ukm news official portal cerita pengalaman istimewa dua ......cerita pengalaman istimewa dua orang...

2
Malay (Malaysia) English (United Kingdom) UKM News Official Portal carian... Carian Utama Portal UKM Penyelidikan Berita Kampus WEB TV Galeri Foto UKM di Media Cerita Pengalaman Istimewa Dua Orang Angkasawan JUMAAT, 24 OKTOBER 2014 12:17 Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Ikhwan Hashim BANGI, 21 Oktober 2014 – Tiada halangan bagi seorang wanita untuk menjadi seorang angkasawan, demikian menurut Dr Chiaki Mukai, angkasawan wanita Jepun yang pertama. Beliau yang juga Pengarah Pusat Perubatan Gunaan Angkasa dan Penyelidikan Manusia di Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA), berkata beliau tidak merasakan apaapa perbedaan sebagai seorang wanita untuk menjadi seorang angkasawan. Dr Mukai telah berkongsi pengalamannya dengan para penyelidik Malaysia dalam suatu program 'UKM di Angkasa' di sini hari ini. Beliau telah mencipta rekod dengan mencatat waktu paling lama berada di angkasa, iaitu selama 566 jam. Program itu dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk memperingati ulang tahun ketujuh perjalanan Malaysia ke angkasa. Turut hadir Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, satusatunya sahaja angkasawan Malaysia. Beliau adalah seorang doktor perubatan dan Felo Utama di Institut Sains Angkasa (ANGKASA) UKM. Dr Mukai, yang menerima anugerah Kepujian Perdana Menteri untuk Sumbangan kepada ‘Kesetaraan Jantina' di antara banyak anugerah lain yang di terimanya. Beliau mahu wanita di seluruh dunia berusaha mengatasi pandangan jantina sebagai penghalang. Katanya apa pun yang seseorang impikan dia boleh melakukannya. Walaupun ramai kanakkanak sekolah bermimpi mahu menjadi angkasawan, lain pula dengan Dr Mukai, seorang pakar bedah jantung. Membesar di sebuah kampung kecil tidak memberinya peluang untuk didedahkan kepada sains angkasa, apatah lagi berpengalaman "amat istimewa" menjadi seorang angkasawan. Ketika berusia 32 tahun Dr Mukai telah membaca berita mengenai pengambilan rakyat Jepun untuk kumpulan pertama angkasawannya. Walaupun beliau telah menjadi seorang pakar bedah yang cekap hingga telah menerbitkan 60 buah kertas sains, Dr Mukai ketika itu menganggap bahawa hanya seorang juruterbang yang tegap dan gagah sahaja layak menjadi seorang angkasawan. Namun, Dr Mukai amat berminat untuk mencatat sejarah dan selepas bertahuntahun menunggu dan berlatih, telah diberi peluang untuk terbang ke angkasa lepas, malah sebanyak dua kali. "Berada di angkasa lepas adalah perkara yang paling indah yang saya alami dan walaupun andaian bahawa wanita tidak cukup gagah untuk bertahan latihan fizikal dan mental yang amat mencabar, seramai 54 orang wanita telah berbuat demikian," katanya dengan penuh bangga. "Saya mendapat tahu mengenai program penerokaan angkasa lepas ketika saya berusia 17 tahun dan media heboh dengan berita mengenai angkasawan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat kapal angkasa mereka di bulan. "Saya sungguh kagum dan tidak terlintas menjadi seorang angkasawan kerana perkara luar biasa demikian hanya boleh berlaku di negaranegara besar. Jepun pada masa itu belum pun mempunyai program angkasa lepas," tambahnya. Dr Sheikh Muszaphar pula berkata, beliau telah melakukan kajian ke atas bakteria yang berkaitan dengan barah hati, selsel leukemia dan mikrob. Semuanya adalah bertujuan untuk memajukan ilmu pengetahuan dan penyelidikan perubatan. Walaupun tujuh tahun telah berlalu sejak beliau membuat perjalanan ke angkasa lepas pengalaman berada di ISS masih terasa. Pakar bedah ortopedik itu bermimpi untuk menjadi seorang angkasawan sejak berusia 10 tahun dan telah mengambil masa selama 25 tahun untuk merealisasikan citacitanya. Beliau amat bersyukur diberi peluang tersebut.

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 4/20/2015 Cerita Pengalaman Istimewa Dua Orang Angkasawan

    file:///C:/Users/Salbiah/Desktop/KRE/Cerita%20Pengalaman%20Istimewa%20Dua%20Orang%20Angkasawan.html 1/2

    Malay (Malaysia) English (United Kingdom)

    UKM News Official Portal

    carian... Carian

    UtamaPortal UKMPenyelidikanBerita Kampus

    WEB TVGaleri FotoUKM di Media

    Cerita Pengalaman Istimewa Dua Orang AngkasawanJUMAAT, 24 OKTOBER 2014 12:17

       

    Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Ikhwan Hashim

    BANGI,  21  Oktober  2014  –  Tiada  halangan  bagi  seorang  wanita  untuk  menjadi  seorangangkasawan, demikian menurut Dr Chiaki Mukai, angkasawan wanita Jepun yang pertama.

    Beliau yang  juga Pengarah Pusat Perubatan Gunaan Angkasa dan Penyelidikan Manusia diAgensi  Penerokaan  Angkasa  Jepun  (JAXA),  berkata  beliau  tidak  merasakan  apaapaperbedaan sebagai seorang wanita untuk menjadi seorang angkasawan.

    Dr  Mukai  telah  berkongsi  pengalamannya  dengan  para  penyelidik  Malaysia  dalam  suatuprogram  'UKM  di  Angkasa'  di  sini  hari  ini.  Beliau  telah  mencipta  rekod  dengan  mencatatwaktu paling lama berada di angkasa, iaitu selama 566 jam.

    Program  itu  dianjurkan  oleh  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  (UKM)  untuk  memperingatiulang tahun ketujuh perjalanan Malaysia ke angkasa.

    Turut  hadir  Datuk  Dr  Sheikh  Muszaphar  Shukor  Sheikh  Mustapha,  satusatunya  sahajaangkasawan Malaysia. Beliau adalah seorang doktor perubatan dan Felo Utama di Institut Sains Angkasa (ANGKASA) UKM.

    Dr Mukai,  yang menerima  anugerah Kepujian  Perdana Menteri  untuk Sumbangan  kepada  ‘Kesetaraan  Jantina'  di  antara  banyak  anugerah  lain  yang  di  terimanya.Beliau mahu wanita di seluruh dunia berusaha mengatasi pandangan jantina sebagai penghalang. Katanya apa pun yang seseorang impikan dia boleh melakukannya.

    Walaupun ramai kanakkanak sekolah bermimpi mahu menjadi angkasawan, lain pula dengan Dr Mukai, seorang pakar bedah jantung.

    Membesar di sebuah kampung kecil tidak memberinya peluang untuk didedahkan kepada sains angkasa, apatah lagi berpengalaman "amat istimewa" menjadi seorangangkasawan.

    Ketika berusia 32 tahun Dr Mukai telah membaca berita mengenai pengambilan rakyat Jepun untuk kumpulan pertama angkasawannya.

    Walaupun beliau  telah menjadi  seorang pakar bedah yang  cekap hingga  telah menerbitkan 60 buah kertas  sains, Dr Mukai  ketika  itu menganggap bahawa hanyaseorang juruterbang yang tegap dan gagah sahaja layak menjadi seorang angkasawan.

    Namun, Dr Mukai amat berminat untuk mencatat sejarah dan selepas bertahuntahun menunggu dan berlatih, telah diberi peluang untuk terbang ke angkasa lepas,malah sebanyak dua kali.

    "Berada di angkasa lepas adalah perkara yang paling indah yang saya alami dan walaupun andaian bahawa wanita tidak cukup gagah untuk bertahan latihan fizikaldan mental yang amat mencabar, seramai 54 orang wanita telah berbuat demikian," katanya dengan penuh bangga.

    "Saya  mendapat  tahu  mengenai  program  penerokaan  angkasa  lepas  ketika  saya  berusia  17  tahun  dan  media  heboh  dengan  berita  mengenai  angkasawan  NeilArmstrong dan Buzz Aldrin mendarat kapal angkasa mereka di bulan.

    "Saya sungguh kagum dan tidak terlintas menjadi seorang angkasawan kerana perkara luar biasa demikian hanya boleh berlaku di negaranegara besar. Jepun padamasa itu belum pun mempunyai program angkasa lepas," tambahnya.

    Dr Sheikh Muszaphar pula berkata, beliau telah melakukan kajian ke atas bakteria yang berkaitan dengan barah hati, selsel leukemia dan mikrob. Semuanya adalahbertujuan untuk memajukan ilmu pengetahuan dan penyelidikan perubatan.

    Walaupun tujuh tahun telah berlalu sejak beliau membuat perjalanan ke angkasa lepas pengalaman berada di ISS masih terasa.

    Pakar bedah ortopedik  itu bermimpi untuk menjadi seorang angkasawan sejak berusia 10 tahun dan telah mengambil masa selama 25 tahun untuk merealisasikancitacitanya. Beliau amat bersyukur diberi peluang tersebut.

    http://www.ukm.my/news/index.php/ms/component/content/article/1911-two-astronauts-share-their-unforgettable-experiences-.htmlhttp://www.ukm.my/v5http://www.ukm.my/news/index.php/ms/ukm-in-media.htmlhttp://www.ukm.my/news/index.phphttp://www.ukm.my/news/index.php/ms/web-tv.htmlhttp://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus.htmlhttp://www.ukm.my/news/http://www.ukm.my/lensa/mshttp://www.ukm.my/news/index.php/ms/component/content/article/70-current-campus-news/1911-two-astronauts-share-their-unforgettable-experiences-.pdfhttp://www.ukm.my/news/index.php/en/component/content/article/1911-two-astronauts-share-their-unforgettable-experiences-.htmlhttp://www.ukm.my/news/index.php/ms/component/content/article/70-current-campus-news/1911-two-astronauts-share-their-unforgettable-experiences-.html?tmpl=component&print=1&page=http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan.htmlhttp://www.ukm.my/news/index.php/ms/component/mailto/?tmpl=component&link=f354299c9e8b0d6137c699561623bab7333b9e58

  • 4/20/2015 Cerita Pengalaman Istimewa Dua Orang Angkasawan

    file:///C:/Users/Salbiah/Desktop/KRE/Cerita%20Pengalaman%20Istimewa%20Dua%20Orang%20Angkasawan.html 2/2

    Penafian, Hakcipta, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan | Twitter | You Tube | Hubungi Kami

    CSS Valid  |  XHTML Valid  |  TopBest view using Internet Explorer 7.0, with the resolution of 1024x768 

    Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi Selangor, Malaysia l Tel : +603 8921 5555 l Faks : +603 8921 4097 l Email UKM News Portal: [email protected] / Copyright of The National University of Malaysia   Build and maintain by Centre for Corporate Communications

    http://www.ukm.my/news/index.php/ms/hubungi-kami.htmlhttp://www.ukm.my/newshttp://www.ukm.my/news/index.php/component/content/article/70-current-campus-news/1911-two-astronauts-share-their-unforgettable-experiences-.html#colorhttp://www.ukm.my/news/index.php/ms/penafian-hakcipta-dasar-privasi-dasar-keselamatan.htmlhttp://validator.w3.org/check/refererhttp://jigsaw.w3.org/css-validator/check/refererhttp://www.youtube.com/ukmwebtvhttp://twitter.com/UKMNewsportal