budaya penyelenggaraan

4
Berita Harian KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu budaya penyelenggaraan peralatan secara kerap diterapkan dalam setiap organisasi, terutama yang mempunyai peralatan canggih dan mahal kerana amalan itu akan menjimatkan kos dan mengelak kerosakan yang akan memerlukan pembaikan. Selain itu, Perdana Menteri berkata, setiap organisasi dan kakitangan di semua peringkat juga mesti sentiasa mengamalkan integriti supaya kecemerlangan dapat terus dipertingkatkan. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, melalui penyelenggaraan dan penjagaan rapi terhadap setiap peralatan, ia akan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa risau atau ragu- ragu mengenai kemampuannya. "Sebab itu kita sediakan peruntukan yang besar untuk penyelenggaraan... jika tidak, akan berlaku kerosakan dan ia tidak dapat digunakan. Kemudian akan timbul cadangan supaya beli yang baru dan ini tentunya memerlukan perbelanjaan besar serta merugikan. "Penyelenggaraan secara kerap perlu diamalkan, penyelenggaraan menjimatkan kos. Walaupun kita sediakan peruntukan penyelenggaraan besar, ia akan selamatkan kita daripada kos yang lebih besar akibat penyelenggaraan yang lemah," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di padang kawad kementerian itu, di sini semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abu Seman Yusop; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abu Bakar Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal. Mengenai integriti, Abdullah berkata ia perlu menjadi amalan setiap kakitangan organisasi untuk memastikan organisasi berkenaan mempunyai kewibawaan, kecekapan dan beramanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Upload: anuar-jais

Post on 25-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Budaya Penyelenggaraan

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya Penyelenggaraan

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu budaya penyelenggaraan peralatan secara kerap diterapkan dalam setiap organisasi, terutama yang mempunyai peralatan canggih dan mahal kerana amalan itu akan menjimatkan kos dan mengelak kerosakan yang akan memerlukan pembaikan.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, setiap organisasi dan kakitangan di semua peringkat juga mesti sentiasa mengamalkan integriti supaya kecemerlangan dapat terus dipertingkatkan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, melalui penyelenggaraan dan penjagaan rapi terhadap setiap peralatan, ia akan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa risau atau ragu-ragu mengenai kemampuannya.

"Sebab itu kita sediakan peruntukan yang besar untuk penyelenggaraan... jika tidak, akan berlaku kerosakan dan ia tidak dapat digunakan. Kemudian akan timbul cadangan supaya beli yang baru dan ini tentunya memerlukan perbelanjaan besar serta merugikan.

"Penyelenggaraan secara kerap perlu diamalkan, penyelenggaraan menjimatkan kos. Walaupun kita sediakan peruntukan penyelenggaraan besar, ia akan selamatkan kita daripada kos yang lebih besar akibat penyelenggaraan yang lemah," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di padang kawad kementerian itu, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abu Seman Yusop; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abu Bakar Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Mengenai integriti, Abdullah berkata ia perlu menjadi amalan setiap kakitangan organisasi untuk memastikan organisasi berkenaan mempunyai kewibawaan, kecekapan dan beramanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Katanya, organisasi dibina oleh ahli yang berintegriti kerana walaupun hanya disebabkan oleh seorang yang tidak berintegriti, nama baik organisasi atau pasukan boleh terjejas.

"Ini bukan saja untuk tentera tetapi semua perkhidmatan, bukan saja untuk yang berpangkat, malah anggota biasa. Ada yang berpangkat tetapi menipu dan melakukan rasuah yang mencemar nama baik organisasi," katanya.

Sehubungan itu, katanya, integriti mesti menjadi milik semua dengan menjadikannya sebagai amalan dan budaya supaya dengannya individu dan organisasi akan berada di puncak tinggi.

Katanya, angkatan tentera negara ini yang berkhidmat di bawah panji Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima banyak pujian daripada negara luar, dan rakyat seperti di Bosnia-Herzegovina dan Somalia amat menghormati tentera Malaysia.

Page 2: Budaya Penyelenggaraan

Beliau berharap kecemerlangan dan kejayaan seperti itu yang menjadi kemegahan negara, akan terus wujud dari generasi ke generasi.

Posted by Civil Servant at 10:36 PM  

Labels: civil service, Maintenance

Kurang senang kualiti kerja, penyeliaan

Oleh LEE LAM THYE

ANTARA isu yang menarik perhatian ramai ialah bagaimanakah budaya penyelenggaraan yang baik dapat dilaksanakan di Malaysia? Kita berbangga sebagai sebuah negara yang berkemampuan menyediakan prasarana bertaraf dunia. Namun bukan daripada segi penyelenggaraan yang baik.

Kes kecacatan dan kerosakan bangunan baru kerajaan dan prasarana yang dibangunkan oleh kerajaan masih segar dalam ingatan. Masalah seperti ini amat memalukan dan terlalu serius untuk diabaikan.

Penyelenggaraan yang buruk terhadap bangunan dan prasarana awam boleh membawa kepada kemalangan dan kecederaan. Tandas awam yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan ketidakselesaan kepada orang ramai. Taman permainan kanak-kanak yang tidak diselenggara dengan baik juga boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan. Sementara jalan raya dan longkang yang tidak diselenggara dengan baik boleh menyebabkan banjir kilat.

Jalan berlubang yang dibiarkan berminggu-minggu membahayakan pengguna jalan raya. Kegagalan untuk memotong pokok dan dahan yang menutupi papan tanda di sepanjang jalan raya pula menyebabkan kesulitan kepada pengguna. Kekerapan kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh serta beberapa masalah alam sekitar lain boleh mengundang bencana dan tragedi.

Kejadian-kejadian yang tidak menyenangkan ini adalah imbasan kepada rasa tidak senang rakyat Malaysia terhadap kualiti kerja yang rendah, pelaksanaan yang tidak sempurna, pengurusan yang lemah, budaya penyelenggaraan yang buruk dan kurangnya etika kerja di kalangan mereka yang terlibat.

Apa yang menjadi persoalan bukan sahaja isu etika kerja tetapi juga isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Kejadian bangunan runtuh adalah isu keselamatan di tempat kerja yang tidak boleh dipandang ringan.

Sudah sampai masanya bagi semua pihak untuk bertindak atau berbuat sesuatu bagi mengelak atau menyekat perkara yang tidak menyenangkan rakyat Malaysia daripada berulang.

Komen yang Malaysia adalah sebuah negara yang "mempunyai prasarana kelas pertama dunia tetapi mentaliti kelas dunia ketiga" adalah tepat. Apatah lagi apabila kita bercakap mengenai budaya penyelenggaraan di negara ini.

Page 3: Budaya Penyelenggaraan

Budaya penyelenggaraan dan perkhidmatan sememangnya bukan kekuatan kita. Kita amat baik dalam menyediakan bangunan dan prasarana yang canggih, tetapi apabila tiba kepada soal penyelenggaraan dan menjaga bangunan dan prasarana tersebut, kita mempunyai banyak kelemahan dan masalah.

Semua pihak berkuasa dan rakyat Malaysia perlu menanam budaya penyelenggaraan yang baik dan menjadikannya sebagai cara hidup seharian. Marilah kita mengubah sikap "prasarana kelas dunia pertama tetapi minda kelas dunia ketiga" apabila kita melakukan penyelenggaraan.

Masanya sudah sampai untuk satu era baru yang menekankan terhadap budaya penyelenggaraan dan keselamatan yang baik.

Saya mencadangkan satu lagi pasukan petugas ditubuhkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri untuk melaksanakan langkah-langkah konkrit bagi menamatkan perasaan tidak senang terhadap kualiti kerja yang rendah, penyeliaan yang lemah dan penyelenggaraan yang buruk oleh pihak yang berkenaan.

TAN SRI LEE LAM THYE

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)