budaya & pembelajaran

13
1. Pengenalan Kepimpinan di sesebuah sekolah dan di dalam sesebuah bilik darjah adalah faktor utama atau faktor penentu kewujudan persekitaran bilik darjah yang yang memiliki budaya mesra dan kondusif yang akan membantu dalam menghasilkan keberkesana pengajaran dan pembelajaran yang semaksimum mungkin. Persekitaran bilik darjah yang perlu diberikan penekanan bukan sahaja melibatkan unsur – unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata kasar semata – mata seperti ruang bilik darjah mahupun peralatan yang terdapat di dalamnya. Tetapi sebaliknya, elemen – elemen penting yang harus wujud dalam sesebuah bilik darjah juga haruslah mempunyai unsur yang melibatkan emosi dan juga hubungan kemanusiaan bagi memupuk minat dan menarik perhatian murid untuk lebih fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Penggunaan perkataan mesra sebenarnya melibatkan beberapa elemen – elemen penting yang menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan dan dalam hubungan tersebut nilai – nilai murni menjadi pegangan dan amalan seterusnya terbina persefahaman toleransi dan hormat – menghormati. Manakala budaya dapat difahami sebagai suatu nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakai oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak kerohanian dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut. 1

Upload: apit8019

Post on 11-Dec-2015

5 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perkongsian bersama

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya & Pembelajaran

1. Pengenalan

Kepimpinan di sesebuah sekolah dan di dalam sesebuah bilik darjah adalah

faktor utama atau faktor penentu kewujudan persekitaran bilik darjah yang yang

memiliki budaya mesra dan kondusif yang akan membantu dalam menghasilkan

keberkesana pengajaran dan pembelajaran yang semaksimum mungkin.

Persekitaran bilik darjah yang perlu diberikan penekanan bukan sahaja

melibatkan unsur – unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata kasar semata – mata

seperti ruang bilik darjah mahupun peralatan yang terdapat di dalamnya. Tetapi

sebaliknya, elemen – elemen penting yang harus wujud dalam sesebuah bilik darjah

juga haruslah mempunyai unsur yang melibatkan emosi dan juga hubungan

kemanusiaan bagi memupuk minat dan menarik perhatian murid untuk lebih fokus

semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam bilik

darjah.

Penggunaan perkataan mesra sebenarnya melibatkan beberapa elemen –

elemen penting yang menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan.

Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan dan dalam hubungan

tersebut nilai – nilai murni menjadi pegangan dan amalan seterusnya terbina

persefahaman toleransi dan hormat – menghormati. Manakala budaya dapat difahami

sebagai suatu nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakai oleh sekelompok

masyarakat yang memenuhi kehendak kerohanian dan jasmani sehingga wujud

kesejahteraan bagi kelompok tersebut.

Dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan dapat diwujudkan oleh

perhubungan guru dengan murid melalui perlakuan yang positif dan kegembiraan yang

berlaku dan terjadi semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam

bilik darjah.

1

Page 2: Budaya & Pembelajaran

2. Lakaran Pelan Kasar Bilik Darjah Yang Kondusif Untuk Pengajaran dan

Pembelajaran.

9m

7 m

2

Sudut Perpustakaan Mini

Sudut Multimedia

Papan TulisPapan Kenyataan Papan Kenyataan

Rak Buku

Pintu Depan

Pintu Belakang

Rak Alatan & BBM

Meja Murid

Meja Guru

Sudut Karya Murid

Page 3: Budaya & Pembelajaran

3. Faktor Fizikal

3.1Saiz Bilik Darjah

Ukuran bilik darjah yang dianggap sesuai untuk menampung murid-murid adalah 9 x 7

meter atau diperbesar lagi.

3.2 Suasana Am Bilik Darjah

Bilik darjah dihias, ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk mempamerkan hasil-

hasil kerja murid, alat bantu mengajar, carta, keping gambar yang berwarna-

warni,model dan objek yang lain.Papan kenyataan serta almari juga disediakan.

3.3 Peralatan

Kerusi dan meja murid-murid, kerusi dan meja guru, papan kenyataan, juga rak-rak

buku, almari dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

3.4 Keadaan Cahaya dan Udara Bilik Darjah

Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi untuk membolehkan pengedaran udara

yang secukupnya di dalam bilik darjah.

Cahaya yang cukup supaya tidak menjejaskan penglihatan murid-murid dan tidak

menyebabkan mereka cepat berasa letih dan mengantuk.

4. Faktor Kemanusiaan

4.1 Kasih Sayang

guru perlu menyayangi kanak-kanak.

4.2 Keadilan

Bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua murid dilayan secara saksama

4.3 Demokrasi

Guru tidak melantik ketua darjah tetapi meminta murid-murid memilihnya. Guru

sanggup mendengar serta menerima pendapat yang baik daripada murid-murid.

4.5 Bertimbang Rasa

Dapat membentuk murid yang bersikap sedemikian terhadap kawan-kawan mereka.

3

Page 4: Budaya & Pembelajaran

4.6 Kelucuan

Guru yang bergurau dari semasa ke semasa dapat menghilangkan kebosanan murid.

Guru tidak boleh menggunakan sindiran terhadap murid-muridnya. Ini akan

menyebabkan murid-murid berasa rendah diri atau terhina.

5. Faktor Teknikal

Perkara yang terlibat adalah seperti kemahiran guru, computer, projector overhed,

transparensi, slaid, pita rakaman dan sebagainya. Guru harus meningkatkan lagi

kemahirannya. Alat Bantu mengajar yang digunakan secara berkesan akan

menyebabkan pengajaran-pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menarik.

4

Page 5: Budaya & Pembelajaran

6. Huraian Elemen Bilik Darjah yang Melahirkan Persekitaran yang Mesra Budaya

Dalam Konteks Kesihatan Hidup Pelajar dan Peningkatan Kualiti Pengajaran dan

Pembelajaran.

Menurut Woolfolk (2001:437) pengurusan bilik darjah adalah perlu bagi

mewujudkan persekitaran bilik darjah yang positif dan produktif untuk sesi pengajaran

dan pembelajaran. Guru perlu jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang

mempunyai sistemnya yang tersendiri yang mana mempunyai perkaitan dan

perhubungan antara persekitaran fizikalnya dengan benda – benda benyawa iaitu

hubungan guru dan murid.

6.1 Pelan Lantai

Salah satu perkara penting yang perlu diwujudkan untuk persekitaran bilik darjah

yang kondusif ialah pelan lantai. Walaupun luas keseluruhan sesebuah bilik darjah

tidaklah sebesar sebuah rumah mahupun dewan, adalah penting bagi seseorang guru

untuk menyediakan pelan lantai untuk bilik darjahnya. Seseorang guru boleh

meyediakan pelan lantai bilik darjah can cuba untuk memaksimumkan penggunaan

setiap ruang yang berada di dalam bilik darjah. Dalam penghasilan pelan lantai, perkara

utama yang perlu diberikan perhatian yang khusus oleh guru ialah saiz keluasan bilik

darjah, susun atur perabot dan kelengkapan bilik darjah dan juga peralatan yang sesuai

mengikut tahap murid sama ada murid tahap 1 atau murid tahap 2 serta gaya

pengajaran guru. Melalui penghasilan pelan lantai, guru boleh merancang susun atur

ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan proses pembelajaran

yang berkesan. Sebagi contoh, bagi tahap satu, guru perlu merancang ruang

pembelajaran yang berbeza – beza, iaitu mewujudkan ruang bacaan, ruang aktiviti

melukis dan kraftangan, ruang bercerita dan lakonan serta ruang bagi aktiviti

berkumpulan. Guru boleh memilih untuk meletakkan ruang bagi aktiviti melukis dan

kraftangan berhampiran dengan sinki dan bakul sampah, manakala ruang bagi aktiviti

berkumpulan pula perlu dijarakkan lebih jauh antara kumpulan murid yang sedang

menjalani aktiviti pembelajaran kendiri. Manakala pelan lantai bagi murid tahap dua

sedikit berbeza berbanding dengan murid tahap satu, ini kerana murid tahap dua sudah

berkemampuan untuk mengawal diri mereka dan sudah berkemampuan untuk berdikari

5

Page 6: Budaya & Pembelajaran

dalam sesetengah perkara. Oleh itu, ruang yang disediakan perlu untuk mengambil kira

unsur – unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai – nilai perpaduan dan

persefahaman antara pelbagai kaum. Woofolk (2001) berpendapat, persekitaran bilik

darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi

pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh

guru dalam menyediakan pelan lantai bilik darjah.

6.2 Kebersihan, Pencahayaan dan Pengudaraan

Kebersihan adalah antara nilai utama dalam kehidupan manusia. Kebersihan

fizikal akan mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa manusia. Ruang dan

persekitaran yang bersih akan akan menimbulkan suasana damai dan selesa

seterusnya keadaan ini akan menjadi pendorong kepada keharmonian hidup manusia.

Kebersihan sesebuah bilik darjah merupakan faktor utama yang menjadi tarikan dan

dorongan kepada murid untuk melalui proses pembelajaran yang ceria. Apabila

sesebuah bilik darjah bersih, murid akan terdorong dengan sendirinya untuk menjaga

kebersihan bilik darjah mereka kerana mereka telah di didik untuk sentiasa berada

dalam suasana ataupun persekitaran yang bersih. Menjaga kebersihan bilik darjah pasti

menjadi amalan kepada murid dan pemupukan nilai hidup secara bekerjasama dan

bergotong – royong akan mnjadi rutin dalam kehidupan harian murid – murid. Guru

yang perihatin akan sentiasa memupuk budaya menjaga kebersihan di kalangan anak

didiknya dengan cara penyediaan jadual bertugas harian dan memastikan jadual

tersebut dipatuhi. Murid juga sentiasa diingatkan agar bersama – sama memikul

tangunggjawab memastikan kebersihan bilik darjah. Di kebanyakkan sekolah di negara

kita, cara pihak pengurusan sekolah dan guru – guru memupuk amalan kebersihan bilik

darjah ialah melalui pertandingan kebersihan kelas yang dijalankan setiap minggu.

Selain aspek kebersihan bilik darjah, sistem pencahayaan dan pengudaraan di

dalam bilik darjah perlulah diberikan perhatian yang serius oleh guru. Guru – guru yang

mengajar di dalam kelas perlu memastikan sistem pencahayaan yang berada di dalam

kelas mampu memberikan keselesaan kepada murid untuk mengikuti sesi pengajaran

dan pembelajaran. Keadaan bilik darjah yang terlampau terang atau terlampau suram

dan gelap akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada murid serta seterusnya akan

6

Page 7: Budaya & Pembelajaran

mengalihkan minat dan tumpuan yang sepatutnya diberikan oleh murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan sistem pengudaraan, persekitaran

bilik darjah haruslah mendapatkan bekalan udara yang segar dan bersih. Bagi bilik –

bilik kelas yang tidak menggunakan alat penghawa dingin, guru perlu memastiakn

semua tingkap – tingkap yang terdapat di dalam kelas dibuka semuanya bagi

memastikan udara dari luar dapat memasuki dan melalui bilik darjah. Keadaan ini akan

membantu untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit dan menjadikan murid

berada dalam keadaan sihat dan selesa untuk mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran.

6.3 Susunan Kerusi dan Meja Murid

Dalam menentukan susun atur kerusi dan meja murid di dalam kelas, guru harus

memastikan bahawa kerusi dan meja yang akan murid gunakan dapat dilihat dan

sentiasa berada dalam pengawasan guru. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa

semua murid di dalam kelas berada dalam pengawasan guru serta memudahkan guru

untuk memantau murid dan guru mudah untuk bertindak dengan segara jika terdapat

murid yang memerlukan pertolongan atau bantuan dari guru. Susunan kerusi haruslah

mudah diubah dan disusun supaya dapat disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang akan dilakukan oleh guru. Selain itu, susunan kerusi dan meja juga

hendaklah disesuaikan dengan aktiviti kerja berkumpulan dan keadaan disiplin murid di

dalam kelas.

6.4 Susunan Perabot dan Peralatan

Susunan perabot dan peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran juga

haruslah disesuaikan dengan suasana dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru

perlu memastikan perabot yang terdapat di dalam bilik darjah tidak terlalu mengambil

ruang yang banyak yang mana seterusnya menyebabkan kesempitan ruang di dalam

kelas. Selain itu, ruang penyimpanan barang yang disediakan di dalam kelas akan

memudahkan murid – murid untuk menyimpan barangan peribadi mereka, namun guru

harus memastikan mereka tidak meninggalkan barangan peribadi mereka sejurus tamat

waktu persekolahan. Sudut – sudut bacaan sebaik – baiknya diletakkan berdekatan

7

Page 8: Budaya & Pembelajaran

dengan rak atau almari yang menyimpan buku. Ini bertujuan mengelakkan murid

mundar mandir atau berjalan – jalan di dalam kelas semasa sesi bacaan buku di ruang

bacaan. Seterusnya kemudahan peralatan TMK (ICT) juga haruslah diletakkan ditempat

yang bersesuaian untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi

membantu mengelakkan pembaziran masa bagi menyusun atur semula kelas jika guru

ingin menggunakan peralatan ICT.

6.5 Hiasan Bilik Darjah

Guru boleh membentuk rasa tanggungjawab murid terhadap kelas mereka

dengan cara memberikan kebebasan untuk murid menghias sendiri kelas mereka tetapi

dengan pemantauan dan nasihat oleh guru. Dengan memberikan kebebasan untuk

menentukan dan memilih hiasan di dalam bilik darjah, guru akan membantu memupuk

rasa bertanggungjawab di kalangan murid – murid. Manakala kebebasan yang

diberikan akan menyebabkan murid berasa mereka dihargai dan dipercayai oleh buru.

6.6 Sudut dan Ruang Bacaan

Menurut Morrow dan Weinstein (1982), bilik darjah juga sepatutnya menjadi

tempat di mana berlakunya galakan budaya membaca dalam kalangan murid. Guru

perlu menyediakan pusat literasi di dalam bilik darjah bagi mebolehkan murid mencari

maklumat dan menambah pengetahuan melalui aktiviti membaca. Guru boleh

menyemai minat membaca murid melalui beberapa cara atau teknik, antaranya ialah :

Menampal nota atau maklumat – maklumat yang dapat membantu murid untuk

menghafal dan mengingat fakta.

Mewujudkan perpustakaan mini sendiri di dalam kelas dan murid – murid

digalakkan untuk menyumbag bahan bacaan untuk perpusatakaan mini kelas.

Menggantung kad – kad bacaan yang tertera perkataan atau nota ringkas untuk

menarik minat murid membaca atau menghafal. Kad yang sesuai untuk menarik

minat murid haruslah mempunyai tulisan yang jelas untuk dibaca oleh murid

serta mempunyai bentuk dan warna yang pelbagai.

8

Page 9: Budaya & Pembelajaran

6.7 Ruang dan Sudut Multimedia

Ruang dan sudut pembelajaran yang melibatkan multimedia sesuai dengan

perkembangan semasa yang mengutamakan pemikiran kritis dan kraetif. Kepelbagaian

sumber bahan multimedia seperti teks, audio, imej, animasi, video dan media elektronik

menjadikan sesi pembelajaran di kalangan murid akan lebih menyeronokkan dan

mampu membantu untuk mengekalkan tahap kosentrasi murid terhadap sesi

pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Guru harus menggunakan sepenuhnya ruang

ini kerana telah terbukti pembelajaran melalui bahan multimedia akan menarik lebih

banyak perhatian murid berbanding cara lama yang menggunakan papan tulis.

9