budaya kerja kelas pertama

3
Budaya Kerja Kelas Pertama Definisi Budaya Kerja Kelas Pertama. Amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan.Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta memuaskan kehendak pelanggan. Budaya kerja kelas pertama dapat dijelmakan apabila individu dalam organisasi itu dapat memiliki dan menghayati 3 elemen kerja minda kelas pertama seperti berikut:- (i) Cara berfikir dan pemikiran yang memberi kebaikan, kemudahan dan kesejahtera kepada kehidupan orang lain. (ii) Cara merasa dan menghayati merujuk kepada kesedaran kendiri tentang apa yang perlu dilakukan dan peka kepada keperluan dirinya, orang lain dan persekitaran. (iii) Cara bertindak dan perilaku pula bertujuan untuk memenuhi kehendak pelanggan seperti cepat, beradab, adil dan berintegriti. Perlakuan ini perlu menjadi satu amalan kehidupan harian baik di dalam sehinggalah di luar waktu pejabat. 1) Budaya Kerja Kelas Pertama (Keterampilan Diri) Definisi Keterampilan Diri: Keterampilan diri adalah cara kita melihat diri sendiri. Ini meliputi kepercayaan, pemikiran dan perasaan. Ia juga adalah cara bagaimana kita berhubung dengan diri sendiri dan orang lain. Komponen keterampilan diri termasuklah, penampilan secara fizikal, pandangan anda terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri anda, perasaan harga diri dan keyakinan diri. Panduan Pakaian ke pejabat.

Upload: encik-azmie

Post on 30-Dec-2015

1.698 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

budaya kerja ini perlu diterapkan oleh semua penjawat awam

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya Kerja Kelas Pertama

Budaya Kerja Kelas Pertama

Definisi Budaya Kerja Kelas Pertama.

Amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan.Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta memuaskan kehendak pelanggan.

Budaya kerja kelas pertama dapat dijelmakan apabila individu dalam organisasi itu dapat memiliki dan menghayati 3 elemen kerja minda kelas pertama seperti berikut:-

(i) Cara berfikir dan pemikiran yang memberi kebaikan, kemudahan dan kesejahtera kepada kehidupan orang lain.(ii) Cara merasa dan menghayati merujuk kepada kesedaran kendiri tentang apa yang perlu dilakukan dan peka kepada keperluan dirinya, orang lain dan persekitaran.(iii) Cara bertindak dan perilaku pula bertujuan untuk memenuhi kehendak pelanggan seperti cepat, beradab, adil dan berintegriti. Perlakuan ini perlu menjadi satu amalan kehidupan harian baik di dalam sehinggalah di luar waktu pejabat.

1) Budaya Kerja Kelas Pertama (Keterampilan Diri)

Definisi Keterampilan Diri:

Keterampilan diri adalah cara kita melihat diri sendiri. Ini meliputi kepercayaan, pemikiran dan perasaan. Ia juga adalah cara bagaimana kita berhubung dengan diri sendiri dan orang lain. Komponen keterampilan diri termasuklah, penampilan secara fizikal, pandangan anda terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri anda, perasaan harga diri dan keyakinan diri.

Panduan Pakaian ke pejabat.

2. Budaya kerja kelas pertama (Mengutamakan masyarakat)

Ciri-ciri:a) Fikir apa nak beri bukan apa nak dapat.b) Lebihkan orang lain daripada diri sendiric) Manfaatkan kepada orang lain lebih daripada diri sendiri.

Teknik membuat orang rasa dihargai:

a) Mendengar mereka.b) Memuji merekac) Menggunakan nama mereka sekerap mungkin

Page 2: Budaya Kerja Kelas Pertama

d) Jawab soalan dengan tenange) Memberi perhatian kepada semua orangf) Melakukan sesuatu perkara dengan betulg) Melayan orang lain sebagaimana kita mahu dilayan.

Budaya Kerja Kelas Pertama (Pengurusan Pelanggan)

Definisi

Satu pendekatan holistik untuk menawarkan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan melalui pengurusan interaksi dan perhubungan yang cekap antara organisasi dan pelanggan.

Amalan 8S yang boleh dipraktikkan semasa berurusan dengan pelanggan.

a) Salamb) Sayangc) Segakd) Segerae) Sempurnaf) Sensitifg) Senyumh) Sopan

Ciri-ciri perkhidmatan pelanggan yang berkualiti meliputi 3 kategori:

a)Fizikal: i) Persekitaran yang kondusif

ii)Kemudahan sokongan

b) Emosi: i)Mesra dan adil

ii)Mendengar dan memahami (empati)

iii) Menghormati

d) Penyampaian: i) Kebolehpercayaan ii) Responsif iii) Menepati masa iv) Ketepatan v) Mudah diperolehi vi) Mudah difahami vii) Kompeten

Page 3: Budaya Kerja Kelas Pertama

viii) Kredibilitiviiii) Keselamatan