bu...4 tarikh 24 mei 2014, sempena konvokesyen ke-52 universiti teknologi malaysia, utmspace sekali...

9
MEI - OGOS Edisi 31 BULETIN

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MEI - OGOS

    Edisi 31

    BULETIN

  • 2

    Pada tarikh 6 Mei 2014, UTMSPACE telah meraikan 721 graduan dari program Eksekutif dalam satu Majlis Penyampaian Diploma. Majlis diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai bersempena Konvokesyen UTM kali ke-52. Penganugerahan yang diberikan adalah untuk graduan dari Program Eksekutif dan Diploma Profesional bagi tahun 2013. Wakil dari 21 Pusat Pengurusan Program UTMSPACE juga turut dijemput dalam sesi penyampaian ini.

    Y.Bhg Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM dan UTMSPACE, telah berbesar hati untuk menyampaikan diploma kepada para graduan. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Prof. Ir. Dr. Wahid Bin Omar, Naib-Canselor UTM dan Prof. Dr. Khairul Anuar B. Abdullah, Dekan UTMSPACE, serta ahli-ahli akademik yang lain.

    Salah seorang graduan yang diraikan ialah Ybhg. Tn. Hj. Rasman B Ithnain, ADUN Mersing, yang telah bergraduat dengan jayanya dan kini menjadi alumni UTMSPACE. Beliau berasa bersyukur kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang melalui Program Eksekutif UTMSPACE. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada UTMSPACE kerana memberi peluang kepada golongan yang tidak berkesempatan untuk melanjutkan pengajian sebelum ini disebabkan kekangan tanggungjawab kepada keluarga.

    Beliau turut berbangga kerana dengan usaha gigihnya, beliau berjaya graduat walaupun sentiasa dihimpit kesibukan selaku seorang wakil rakyat yang perlu menjaga kebajikan hampir 24,000 penduduk di kawasan Sedili.

    Majlis

    Penyampaian

    Diploma

    Eksekutif

  • 3

    Pada 12 Jun 2014, buat julung-julung kalinya

    UTMSPACE mengadakan perlawanan

    persahabatan futsal dengan Kelab Media

    Johor. Perlawanan ini berlangsung di Daiman

    Sport Complex, Taman Sri Skudai dengan

    disertai oleh 3 pasukan Media, 2 pasukan

    UTMSPACE Kuala Lumpur dan 2 pasukan

    UTMSPACE Johor Bahru.

    Acara dimulakan pada jam 8 malam

    dengan pengundian bagi menentukan

    permainan secara liga kumpulan A

    dan B. Pada peringkat separuh akhir,

    untuk kumpulan A, UTMSPACE KL B

    telah bertembung dengan pasukan

    UTMSPACE KL A, manakala bagi kumpulan

    B, pasukan UTMSPACE JB bertemu pasukan

    MEDIA A. Pada permainan akhir, Pasukan

    Media A telah bertemu dengan pasukan

    UTMSPACE KL A.

    Juara perlawanan menerima wang tunai

    berjumlah RM500, piala pusingan dan

    medal bagi setiap ahli pasukan. Manakala

    tempat kedua menerima wang tunai

    RM300 dan medal. Bagi tempat ketiga

    pula, pemenang menerima wang tunai

    RM200 beserta medal.

    Pasukan Media telah berjaya menduduki

    tempat pertama. Manakala Pasukan

    UTMSPACE KL A mendapat tempat kedua

    dan UTMSPACE KL B mendapat tempat

    ketiga. Tahniah diucapkan kepada

    semua pasukan yang telah memberikan

    3

    FutsalMedia

    Friendly2014

    kerjasama

    dengan penuh

    semangat kesukanan.

    Pihak UTMSPACE mengucapkan ribuan terima

    kasih kepada En. Raja Jaafar B Raja Ali, selaku Naib

    Pengerusi Kelab Media Johor yang turut hadir dan

    mengambil bahagian dalam permainan futsal ini.

    Selain itu, ucapan terima kasih turut dirakamkan

    atas kehadiran para wartawan daripada Utusan

    Malaysia, Kumpulan Berita Harian, Media Prima,

    Sinar Harian dan lain-lain yang terlibat. Harapan

    kami pada tahun hadapan, pertandingan ‘Futsal

    Media Friendly’ ini akan diadakan sekali lagi

    dengan lebih meriah dan seterusnya merapatkan

    lagi hubungan erat antara UTMSPACE dan pihak

    media Johor.

  • 4

    Tarikh 24 Mei 2014, sempena Konvokesyen ke-52

    Universiti Teknologi Malaysia, UTMSPACE sekali lagi

    meraikan graduannya melalui Majlis Anugerah

    Dekan dan Hadiah UTMSPACE. Ia diadakan untuk

    memberi penghargaan kepada graduan yang

    meraih kejayaan cemerlang dalam pengajian.

    Seramai 68 orang penerima anugerah yang diraikan

    dalam majlis ini yang diadakan di Perpustakaan Raja

    Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru. Para graduan telah

    menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500, dan

    baju batik sutera/jam tangan setiap seorang.

    Menurut Profesor Dr Khairul Anuar B. Abdullah,

    Dekan UTMSPACE, pada Majlis Konvokesyen ke-52

    UTM ini, seramai 559 graduan Pengajian Separuh

    Masa layak dianugerahkan. Seramai 21 graduan

    menerima Hadiah Akademik UTMSPACE atas

    kejayaan mendapat Kelas Pertama. Turut diraikan

    ialah Penerima Anugerah Dekan seramai 68

    graduan yang telah mendapat PNGK 3.50 dan

    ke atas.

    UTMSPACE berbesar hati memberikan Hadiah

    UTMSPACE kepada graduan bagi kategori

    Veteran, Suami/Isteri dan Adik-beradik yang

    telah sama-sama berjaya bergraduat dalam

    konvokesyen kali ke-52 UTM ini. Sejak 21 tahun

    penubuhannya, UTMSPACE telah melahirkan

    seramai lebih 13,000 orang graduan dalam

    pelbagai bidang menerusi Program Pengajian

    Separuh Masa ini yang seterusnya telah terbukti

    menjadi pemangkin kemajuan negara sebagai

    modal insan yang berkualiti dan berguna.

    Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE

    diwujudkan secara khusus bagi menyampaikan

    rasa terima kasih dan ucapan tahniah kepada

    para graduan yang telah gigih berusaha

    meningkatkan pengetahuan demi kemajuan

    diri dan kerjaya mereka pada masa akan

    datang. Bukanlah suatu usaha yang mudah

    untuk mencapai kejayaan seperti ini. Semestinya

    kejayaan yang dikecapi pada hari ini adalah

    hasil pelbagai pengorbanan dan komitmen

    yang jitu daripada para graduan dan keluarga

    mereka.

    Majlis Anugerah Dekan dan

    Hadiah UTMSPACE

  • 5

    Pada 6 September 2014, sesi pendaftaran pelajar baru Program Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE telah berlangsung. Sesi Pendaftaran telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru dari jam 8.00 pagi sehingga 5 petang. Seramai 607 orang pelajar telah datang mendaftar dari keseluruhan jumlah 1007 orang calon yang telah ditawarkan tempat.

    Pelajar hadir dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk mengikuti program sarjana muda pengajian separuh masa UTMSPACE bagi sesi September 2014/2015. Sebanyak 24 program ditawarkan bagi kemasukan September 2014 di 10 pusat pembelajaran di seluruh Malaysia. Antara pusat pembelajaran tersebut ialah di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Pulau Pinang, Miri (Sarawak), dan Kerteh (Terengganu). Program yang ditawarkan terbuka kepada pelajar dewasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan usia, serta mereka yang ingin meningkatkan pencapaian dalam kerjaya masing-masing.

    Majlis pendaftaran pelajar baru telah dirasmikan oleh YB Prof. Dr. Khairul Anuar Bin Abdullah selaku Pengarah Urusan/ Dekan UTMSPACE. Pada sesi petang, sesi taklimat berkenaan Pengajaran & Pembelajaran Program Pengajian Separuh Masa & Sesi Soal Jawab juga telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli b. Mohd Yunus.

    UTMSPACE mempunyai satu sistem akademik yang unik dan tidak seperti program jarak jauh (PJJ) di universiti lain kerana ia menawarkan program pengajian separuh masa yang memerlukan pelajar mengikuti kuliah secara bersemuka dengan pensyarah UTM, sama seperti pelajar sepenuh masa. Apa yang membezakan program ini ialah, kuliah diadakan pada hujung minggu. Kuliah ini turut diadakan di 17 pusat pembelajaran UTMSPACE seluruh negara dan bertujuan memberi peluang

    kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar.

    Objektif program pengajian ini adalah untuk melahirkan ahli teknologi dan golongan profesional yang kreatif sebagai memenuhi kehendak pasaran. Pensyarah yang mengendalikan program ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dan sudah mengikuti kursus sebelum layak menjadi tenaga pengajar untuk golongan pekerja dewasa dalam program pengajian separuh masa sarjana muda ini.

    Program ini adalah satu laluan kepada golongan ‘orang lama’ yang bekerja, sama ada lepasan Diploma mahupun lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana golongan ini sebenarnya lebih memahami dan menguasai ilmu pembelajaran dengan lebih baik berbanding pelajar biasa kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas melalui pendedahan semasa berada dalam dunia pekerjaan.

    Selain bilangan jam kuliah yang sama dengan pelajar sepenuh masa, pelajar-pelajar di UTMSPACE juga turut mengambil kertas peperiksaan sama yang dijalankan secara serentak dengan semua pelajar kursus sepenuh masa di UTM. Oleh itu, kualiti sijil akademik yang dimiliki mereka adalah sama dengan pelajar perdana selepas menamatkan pengajian dan kerana itulah program ijazah kejuruteraan UTMSPACE adalah satu-satunya program ijazah kejuruteraan separuh masa yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Program sarjana muda ini ditawarkan sebanyak 2 kali setahun. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di www.utmspace.edu.my.

    UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada semua pelajar baru yang berjaya mendaftar dan selamat maju jaya dalam mengharungi cabaran sebagai mahasiswa.

    Pendaftaran

    Mahasiswa

    Baru Program

    Sarjana Muda

  • 6

    KESUKEB Johor telah menganjurkan Ekspedisi

    Menjejak Puncak Gunung Panti pada 10 Mei

    2014. Hampir kesemua warga UTMSPACE

    melibatkan diri dalam program ini. Gunung

    Panti setinggi 1684 kaki terletak di Kota Tinggi,

    Johor Bahru.

    Dengan bekalan latihan stamina selama

    sebulan, para peserta ekspedisi berjaya

    menempuhi segala halangan dan rintangan

    sepanjang pendakian. Terima kasih diucapkan

    kepada semua warga UTMSPACE yang

    mengambil bahagian.

    Ekspedisi Menjejak Puncak Gunung Panti

  • 7

    Pasukan SJFC (Space Johor Football Club) telah

    menghadiahkan sehelai jersi pasukan kepada Pengarah

    Urusan / Dekan UTMSPACE, Yang Berbahagia Prof. Dr.

    Khairul Anuar Abdullah. Jersi tersebut telah diserahkan

    kepada beliau pada 9 Jun 2014.

    Secara rasminya, jersi ini telah dipakai oleh para pemain

    pada program Futsal Media Friendly bertarikh 12 Jun 2014.

    Terima kasih kerana menyokong pasukan SJFC. Sokongan

    anda pembakar semangat pasukan SJFC.

    SPACE Johor Football Club

    “ Football is not an instant success “

    Penyerahan Jersi

    Pasukan SJFC

    Jika berminat untuk mengadakan

    perlawanan persahabatan boleh

    hubungi:

    Shahrul Nizam 012 723 1047

    Khalidi 017 723 2395

  • 10

  • Fotografi Fotografi Graduasi Fotografi Korporat

    Fotografi Produk/Talent/Makeover

    Rekaan GrafikTV Media Slide

    FotografiKeluarga/Bayi

    Rekaan LaporanTahunan/

    Profil SYarikat

    Video Korporat

    07 521 8144 0183677983 013 6454905 013790209707 521 7129

    PEJABAT FARHAN HILMI NAZRI

    spacevectorstudio [email protected]

    [email protected]

    [email protected]