e-buletin utmspace...e-buletin utmspace edisi 37 / 2015 dalam kenangan allahyarham mohazam bin...

6
e-BULETIN UTMSPACE EDISI 37 / 2015 Dalam Kenangan ALLAHYARHAM MOHAZAM BIN MOKHTAR 1973 -2015 Juruteknik Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham, mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan roh orang yang beriman.

Upload: others

Post on 07-Mar-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 37 / 2015 Dalam Kenangan ALLAHYARHAM MOHAZAM BIN MOKHTAR 1973 -2015 Juruteknik Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Marilah

e-BULETIN UTMSPACEEDISI 37 / 2015

Dalam KenanganALLAHYARHAM MOHAZAM BIN MOKHTAR 1973 -2015Juruteknik Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham, mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan roh orang yang beriman.

Page 2: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 37 / 2015 Dalam Kenangan ALLAHYARHAM MOHAZAM BIN MOKHTAR 1973 -2015 Juruteknik Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Marilah

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

INTERNATIONAL CONFERENCE OF WATER RESOURCES (ICWR-2015)

Persidangan ‘International Conference of Water Resources (ICWR-2015) telah diadakan buat kali ke-3 di Bayview Hotel Langkawi, Malaysia pada 24 & 25 November 2015. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk membawa bersama-sama ahli akademik, ahli-ahli sains, jurutera terkemuka, penyelidik, pengurus air dan pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai bidang kerja sumber air.

Persidangan ini juga menjadi platform untuk memahami strategi pengurusan sumber air sedia ada yang diterima pakai di Malaysia berbanding dengan orang-orang di negara-negara lain di seluruh dunia.

Pengerusi persidangan ini adalah Prof. Sobri Harun daripada ICWR. Antara penceramah utama untuk persidangan ini adalah Prof. Kuniyoshi Takeuchi. Beliau merupakan seorang Profesor Emeritus daripada International Centre of Water Hazard and Risk Management(ICHARM), University of Yamanashi. Selain daripada itu, turut terlibat sebagai penceramah utama adalah Prof. Zulkifli Yusop, Dekan Penyelidikan untuk Resource Sustainability Research Alliance, UTM dan Dr. Mohamed Roseli Zainal Abidin, seorang Pengarah dari Humid Tropics Centre, Malaysia.

Page 3: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 37 / 2015 Dalam Kenangan ALLAHYARHAM MOHAZAM BIN MOKHTAR 1973 -2015 Juruteknik Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Marilah

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

UTMSPACE TEAM BUILDING 2015

Program yang telah dijalankan selama dua hari ini bermula daripada 20 November 2015 sehingga 21 November 2015 di Danga City Mall, Johor Bahru dan Stadium UTM Skudai. Semua staf UTMSPACE tidak terkecuali untuk menjayakan program Team Building UTMSPACE ini. Bermula dengan pertandingan tenpin boling di Danga City Mall, seluruh staf UTMSPACE termasuk dari Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bersama menjayakan pertandingan pada malam tersebut.

Keesokan hari, program dimulakan dengan aktiviti Senam Robik di Stadium UTM Skudai. Program Team Building UTMSPACE ini telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Mohd Azraai bin Kassim, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE. Program disambung dengan acara ‘treasure hunt’ melibatkan semua staf yang telah dibahagikan di dalam kumpulan.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada syarikat dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara staf.

Page 4: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 37 / 2015 Dalam Kenangan ALLAHYARHAM MOHAZAM BIN MOKHTAR 1973 -2015 Juruteknik Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Marilah

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

HARI TERBUKA UTMSPACE

UTMSPACE telah menganjurkan acara Hari Terbuka & Hari Bertemu Pelanggan pada 5 Disember 2015 di perkarangan utama bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur. Objektif program ini adalah :i. Mempromosikan program UTMSPACE , Kolej SPACE dan permohonan secara terus atas talianii. Mendapatkan maklum balas pelanggan bagi penambahbaikkan mutu perkhidmatan iii. Meningkatkan bilangan ‘Likers’ laman Facebook UTMSPACE

Program ini telah menarik perhatian lebih 250 orang pelanggan bagi melawat kaunter-kaunter yang disediakan seperti kaunter promosi yang menawarkan produk-produk UTMSPACE. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan program seperti kuiz dan aktiviti menguji minda untuk menarik minat pelanggan ke kaunter. Laman Facebook UTMSPACE berjaya meningkatkan bilangan ‘Likers’ baru seramai 198 orang pelanggan. Aktiviti ini bermula dari 9 pagi hingga 4 petang. Pelbagai cenderahati telah diberikan kepada pelanggan yang klik butang ‘like’ di laman Facebook dan memberi maklum balas.

Program ini perlu diadakan lebih kerap pada masa akan datang bagi mengeratkan silarturrahim antara staf UTMSPACE dan pelanggan khasnya bagi mahasiswa program pengajian separuh masa. Terima kasih kepada semua pelanggan yang hadir dan penglibatan staf UTMSPACE dalam menjayakan program ini.

Page 5: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 37 / 2015 Dalam Kenangan ALLAHYARHAM MOHAZAM BIN MOKHTAR 1973 -2015 Juruteknik Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Marilah

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

JELAJAH JOHOR UTMSPACE 2015

Buat pertama kali, UTMSPACE telah mengadakan jelajah ke seluruh daerah negeri Johor Darul Ta’zim. Program jelajah ini diadakan pada 24 hingga 27 November 2015 bagi sesi pertama dan sesi kedua jelajah. Seramai 7 orang staf UTMSPACE terlibat sepanjang program Jelajah Johor dijalankan.

UTMSPACE sangat besar hati menerima kehadiran Skuad BEST FM sebagai rakan siar sepanjang program Jelajah Johor UTMSPACE 2015 ini berlangsung. Skuad MESRA UTMSPACE bersama Skuad BEST FM telah berlepas daripada bangunan UTMSPACE Johor Bahru pada 24 November 2015, jam 10 pagi.

Jelajah siri pertama telah bersiaran langsung di beberapa daerah negeri Johor termasuk daerah Kota Tinggi, daerah Mersing dan destinasi terakhir jelajah di daerah Kluang. Jelajah siri kedua pula bermula di daerah Pontian, dan seterusnya ke daerah Batu Pahat, daerah Muar dan daerah Segamat.

Jelajah siri terakhir diadakan pada 2 Disember 2015 yang meliputi seluruh daerah Johor Bahru. Kedua-dua skuad MESRA UTMSPACE dan Skuad BEST FM telah berhenti dan membuka booth di tempat-tempat utama setiap daerah bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menerima cenderahati. Terdapat juga program-program seperti kuiz dan pengunjung berpeluang untuk menerima cenderahati khas daripada UTMSPACE dan BEST FM.

Tujuan utama program jelajah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada umum terutama sekali kepada warga Johor tentang program-program UTMSPACE dan program pembelajaran sepanjang hayat. Pihak UTMSPACE mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang memberikan respon positif. Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan.

Page 6: e-BULETIN UTMSPACE...e-BULETIN UTMSPACE EDISI 37 / 2015 Dalam Kenangan ALLAHYARHAM MOHAZAM BIN MOKHTAR 1973 -2015 Juruteknik Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Marilah

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

ZAHABIDIN BIN JUPRIPengurus BesarBahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

MUHAMMAD SHAFAZRIL BIN MOHD MAZLANKeraniUSKL

MOHAMAD HASLIL BIN ABDUL HALILPengawal KeselamatanUSKL

NABILAH SYAFIQAH BINTI ABDUL RAHMANKeraniUSKL

SELAMAT DATANG PERTUKARAN STAF

SELAMAT MAJU JAYA

Ke Keluarga UTMSPACE

Staf yang telah menamatkan perkhidmatan

SIDANG RIDAKSIEDITOR | Farhan Khair bin Fawazul Khair GRAFIK | Maria Ahmad FOTOGRAFI | Syed Muhammad Hilmi bin Syed Yahya

Bil Nama Maklumat Pertukaran

1 Khairul Azry bin Ahmad

Telah ditukarkan dari Bahagian Program Eksekutif ke Bahagian

Hal Ehwal Antarabangsa berkuatkuasa pada 9 November

2015

2 Rosnizam bin Maarof

Telah ditukarkan dari Pusat Pengajian Separuh Masa ke Program Pengajian Diploma

berkuatkuasa pada 11 November 2015

3 Suhaila binti Mahmud

Telah ditukarkan dari Pusat Pengajian Separuh Masa ke Bahagian Kewangan

berkuatkuasa pada 6 Disember 2015

Bil Nama Tarikh Akhir Berkhidmat

Pusat/ Bahagian

1 Nor Izzati Maisarah binti Mohd Zulkifli 9 Nov 2015 PPSM

2 Kamarul Isyak bin Md Talib 25 Nov 2015 BPB

3 Salina binti Ramli 24 Dis 2015 PPD

STAF YANG MENERIMA CAHAYA MATA TAHNIAH !STAF YANG BERKAHWIN

TAHNIAH !

Bil Nama Pusat/ Bahagian

1 Mohd Danial Anuar bin Sulaiman PPD

Bil Nama Jantina Anak Pusat/ Bahagian

1 Abdul Rashid bin Zailan Perempuan BPB

2 Farasdianna binti Ibrahim Perempuan PPK

3 Norshidah binti Mohamad Perempuan PPD

4 Zali bin Ab Rahim Perempuan PPSM

5 Khairiel Idzham bin Nordin Perempuan PPSM

6 Mohd Faizal bin Mohd Yusof Perempuan BTMK

7 Azwin binti Zakaria @ Hamdan Kembar - Perempuan PPP

8 Sarazmin bin Abd. Razak Lelaki BPE

9 Azinor Afandi bin Ab Aziz Lelaki PPK

10 Nurhidayah binti Said Perempuan PPSM

11 Azuan Farees bin Sahil Perempuan BTMK