brief projek complete

9
NO. CONTENTS PAGE NO. 1 1.0.0 PENGENALAN 1.1.0 Apakah tujuan Pengurusan Projek? 1.2.0 Maksud Taklimat Projek dan Tujuannya. 1.3.0 Nama, dan orang yang terlibat dalam projek tersebut. 1.4.0 Kepentingan Taklimat Projek 1-3 2 2.0.0 PERTANYAAN KEPERLUAN BAGI PROJEK 4-7 3 3.0.0 KESIMPULAN 7 4 4.0.0 LAMPIRAN 8 1.0.0 PENGENALAN

Upload: kin-hamzah

Post on 23-Nov-2015

73 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Pengurusan Projek (Taklimat Projek)

Pengurusan Projek (Taklimat Projek)2014

NO.CONTENTSPAGE NO.

11.0.0 PENGENALAN1.1.0 Apakah tujuan Pengurusan Projek?1.2.0 Maksud Taklimat Projek dan Tujuannya.1.3.0 Nama, dan orang yang terlibat dalam projek tersebut.1.4.0 Kepentingan Taklimat Projek1-3

22.0.0 PERTANYAAN KEPERLUANBAGI PROJEK4-7

33.0.0 KESIMPULAN7

44.0.0 LAMPIRAN8

1.0.0 PENGENALAN

1.1.0 APAKAH TUJUAN PENGURUSAN PROJEK?Satu pengurusan yang melibatkan pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumi aktiviti seperti merancang dan pengawalan sesuatu projek dengan bergantung kepada kekangan belanjawan supaya projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Projek didefinisikan sebagai satu aktiviti operasi yang wujud hanya sekali- sekala dalam tempoh masa yang tertentu.

Terdapat TIGA peringkat pengurusan projek yang utama iaitu :-

Perancangan

Penjadualan

Pengawalan

1.2.0 MAKSUD TAKLIMAT PROJEK DAN TUJUANNYA.

Taklimat Projek adalah kenyataan yang menerangkan tujuan, kos, keperluan prestasi dan kekangan masa projek.Sebelum memulakan proses pembinaan, penentuan kehendak dan objektif projek sangat penting. Selain itu juga, dalam taklimat tersebut perlu ada definisi dan kehendak yang jelas terhadap projek, kualiti yang dikehendaki dan tempoh yang sepatutnya disiapkan.Kegagalan penyediaan maklumat ini, akan menyebabkan silap pengurusan dan mengundang masalah yang besar pada masa akan datang. Antara masalah yang wujud ialah perubahan dari segi reka bentuk akibat tiada skop projek. Kos juga yang akan meningkat disebabkan tuntutan terhadap kerja-kerja perubahan dan kesilapan reka bentuk. Yang paling penting, menentukan pihak-pihak yang terlibat dalam kumpulan pengurusan projek perlu dibincangkan dalam taklimat tersebut.

1.3.0 TENTANG PROJEK TERSEBUT.

Nama Projek ini adalah Tempat Letak Kereta Bertingkat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang terletak di Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tujuan projek dijalankan bertujuan untuk Membuat Letak Kereta bertingkat. Kos projek ini, ialah RM 18.0 JUTA. Projek ini dijalankan pada pertengahan tahun 2011 dan berakhir pada tahun 2014. Pihak yang terlibat dalam projek ini adalah Ketua Pengarah Kerja Raya Jambatan Kerja Raya Malaysia Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi Ibu Pejabat JKR Malaysia (IR. MAMMAN K.T. GEORGE) dan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Universiti Kebangsaan Malaysia (PROF. MADYA IR. DR. ABDUL KHALIM ABDUL RASHID) Turut terlibat iaitu (Timbalan Pengarah, Ketua Unit Mekanikal, Ketua Unit Juruukur Bahan, Ketua Unit Arkitek) Jambatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dan Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Bahagian Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi.

1.4.0 KEPENTINGAN TAKLIMAT PROJEK Untuk mendapatkan semua orang bermula dengan kefahaman yang sama tentang apa yang perlu dicapai. Ia memberikan arahan dan berfungsi sebagai penanda aras terhadap yang untuk menguji konsep dan pelaksanaan yang anda bergerak melalui projek.

Tanggungjawab mutlak bagi menentukan matlamat dan objektif dan mengenal pasti penonton dan konteks terletak dengan pelanggan. Satu lagi faedah ringkas kejelasan ia menyediakan anda sebagai pelanggan tentang mengapa anda memulakan projek.

2.0.0 PERTANYAAN KEPERLUAN ( Berdasarkan taklimat projek Pembinaan Tempat Letak Kereta Bertingkat Pusat Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.)

2.1.1 Laluan masuk dan keluar diaras yang sesuai untuk memudahkan pemandu keluar dan masuk perjalanan naik dan turun yang minimum. Di sini mengatakan bahawa pintu masuk dan keluar tempat letak kenderaan itu berada pada aras yang sama kerana jika aras pintu masuk dan keluar berbeza akan menyukarkan pengguna untuk mencari tempat keluar, bagi pengguna yang baru menggunakan tempat tersebut mungkin akan tersesat dan pembaziran minyak kenderaan berlaku.

2.1.2 Kemudahan lif untuk pergerakan pemandu/penumpang turun dan naik Lif adalah penting untuk bangunan yang tinggi, ini kerana manusia pada masa kini ingin perkara yang mudah dan cepat, jika lif tidak disediakan maka pengguna tersebut terpaksa menggunakan tangga dan menyebabkan pengguna mengeluh dan pada masa yang masa pengguna tidak berminat ke tempat yang sama pada masa akan dating.

2.1.3 Kemudahan tangga untuk pergerakan pemandu/penumpang turun dan naik. Di samping kemudahan lif tangga juga perlu disediakan, walaupun lebih berminat untuk menggunakan kemudahan lif tangga juga perlu untuk kegunaan kecemasan seperti kebakaran, kerana lif tidak sesuai digunakan ketika kebakaran berlaku, cuba kita lihat jika tangga tidak disediakan semasa kebakaran berlaku penghuni tempat tersebut tidak dapat keluar ini menyebabkan berlakunya kematian, jika lif rosak dan tangga tidak disediakan maka hasrat pengguna yang ingin ke tingkat atas tidak tercapai.

2.1.4 Kemudahan tandas lelaki dan perempuan di lokasi yang sesuai Ini penting jika tandas dibina pada tempat yang tidak sesuai seperti tempat makan maka pengguna yang makan di situ mungkin akan terbau bau yang yang tidak diinginkan, kemudahan tandas boleh di tempat sebegitu tetapi sekurang-kurangnya terlindung sedikit dari mata pengguna, ini kerana kemudahan tandas adalah penting untuk pengguna melepaskan hajat.

2.1.5 Kemudahan stor pencuci hendaklah disediakan berhampiran kawasan tandas. Ini adalah jelas kerana jika stor pencuci jauh dari tandas akan menyusahkan pekerja yang ditugaskan untuk mencuci tandas, dalam masa yang sama masa dapat dijimatkan dan pekerja boleh meminimumkan penggunaan tenaga kerja. Dalam masa yang sama sekurang-kurannya kebersihan tandas terjamin.

2.1.6 Bilik kawalan/ kakitangan keselamatan untuk 2 orang hendaklah disediakan di lokasi yang sesuai Ini kerana keselamatan adalah penting walau di mana kita berada, untuk tempat yang bilik kawalan adalah sesuai di lokasi yang sunyi seperti tempat meletakkan kenderaan kerana tempat-tempat sebegitu adalah tempat yang sesuai untuk melakukan jenayah, dalam masa yang sama jika ada yang tersesat terutamanya budak-budak adalah mudah untuk meminta panduan dan jika berlakunya kehilangan barang kakitangan keselamatan boleh membantu.

2.1.7 Keseluruhan bangunan hendaklah dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup lengkap dengan sistem perakam yang boleh merakam untuk tempoh tidak kurang dari 48 jam (ditempatkan di bilik pengawal). Sistem kamera litar tertutup adalah penting kerana ia dapat merakam pergerakan pelawat dan jika berlaku kes jenayah, kamera tersebut dapat merakam gambar si pelaku dan memudahkan pihak berkuasa melakukan kerja-kerja penangkapan dalam masa yang sama kelakuan manusia dapat dikawal.2.1.8 Laluan masuk dan keluar yang berasingan untuk kenderaan kakitangan dan kenderaan orang awam hendaklah disediakan Ini juga penting kerana dapat mengelakkan berlakunya kesulitan antara orang awam dengan kakitangan, jika kenderaan orang awam terlalu banyak menggunakan laluan masuk dan keluar yang sama ini menyebabkan pembaziran masa berlaku bagi kakitangan yang terkejar-kejar untuk ke tempat kerja.

2.1.9 Setiap laluan keluar dan masuk hendaklah dilengkapi dengan sistem kawalan pagar palang automatik (automatic boom gate). Ini adalah penting untuk menjimatkan tenaga kerja dan kos yang dikeluarkan, jika sistem ini dijalankan secara manual adakala penjaga pagar meninggalkan tempat tersebut kerana urusan-urusan tertentu maka ini akan menyusahkan pengguna yang melaluinya.

2.1.10 Palang masuk automatik untuk kakitangan hendaklah boleh beroperasi dengan membaca kod bar (barcode) Kad Kakitangan PPUKM/UKM sedia ada dan palang automatik keluar hendaklah boleh dibuka secara automatik. Ini dapat memudahkan kakitangan untuk keluar masuk dan automatik itu penting kerana dapat menjimatkan masa kakitangan jika manual kakitangan tersebut terpaksa membukanya sendiri ini akan menyusahkan kakitangan tersebut.

2.1.11 Palang masuk automatik untuk orang awam hendaklah dilengkapi dengan system tiket manakala laluan masuk hendaklah mempunyai palang automatik lengkap dengan kaunter bayaran. Ini juga penting kerana dalam masa yang sama dapat menjana pendapatan, tempat meletakkan kenderaan memang menjadi tempat utama bagi pengguna b0erkenderaan walaupun terpaksa, ini juga untuk membezakan kakitangan dengan orang awam.

2.1.12 Dilengkapi dengan kotak-kotak bunga di lokasi yang sesuai sebagai perhiasan. Orang awam yang melalui kawasan tersebut akan tertarik dengan hiasan tersebut ini juga cara untuk menarik kehadiran pengunjung, pengunjung juga dapat menenangkan fikiran melihat hiasan tersebut dan dapat menceriakan pengunjung.

2.1.13Seboleh mungkin pokok-pokok sedia ada di kawasan tapak hendaklah dikekalkan. Ini untuk mengekalkan kehijauan atau keaslian tempat tersebut, juga untuk menunjukkan yang bahawa kehijauan itu penting dalam masa yang sama mementingkan alam sekitar.

3.0.0 KesimpulanTaklimat projek merupakan elemen yang sangat penting terutamanya dalam pembinaan. Ini kerana ianya sangat membantu kepada pihak kontraktor mengenai gambaran sebenar yang perlu mereka hadapi semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan. Ini dapat mengelakkan kesulitan atau masalah yang berkemungkinan akan mereka hadapi seperti kelewatan dan pembaziran.

4.0.0 Lampiran

7 | Page