borang soal selidik
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SHAH
FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI
PROGRAM PENDIDIKAN EKONOMI
Borang Soal Selidik Mengenai Tahap Kemahiran ICT Dalam Kalangan Pelajar Semester 5 dan 6
Program Pendidikan Ekonomi.
LATAR BELAKANG
Soal selidik yang dijalankan oleh pihak kami adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai
tahap kemahiran ICT dalam kalangan pelajar semester 5 dan 6 program Pendidikan
Ekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Memandangkan pelajar telah pun mengambil
subjek ICT dan telah biasa dengan penggunaan ICT dan ini diharap dapat memberikan maklumat
yang tepat mengenai tahap kemahiran pelajar.
Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini adalah sulit dan hasil kajian ini hanya
digunakan untuk laporan kajian kami sahaja.
Diharap kerjasama yang diberikan oleh pihak ANDA dapat membantu kami mendapatkan
maklumat yang tepat mengenai tahap kemahiran ICT ANDA. Terima kasih.
A. MAKLUMAT DEMOGRAFI
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi responden.
Arahan : Sila Tandakan ( ) di dalam kotak yang berkenaan
1. Jantina
( ) Lelaki ( ) Perempuan
2. Kelayakan masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris
( ) STPM ( ) Sijil / Diploma Perguruan
( ) Matrikulasi ( ) Lain-lain (Nyatakan) : ____________
( ) Diploma
B. PENILAIAN TAHAP LATIHAN PENGGUNAAN ICT RESPONDEN
Bahagian ini bertujuan untuk melihat tahap latihan responden terhadap penggunaan ICT.
Arahan : Sila Tandakan ( ) di dalam kotak yang berkenaan
1. Adakah anda mempunyai komputer peribadi / komputer riba?
( ) Ya ( ) Tidak
2. Komputer ialah alat yang mudah dikendalikan?
( ) Ya ( ) Tidak
3. Adakah anda mempunyai pendedahan awal berkaitan ICT sebelum masuk ke universiti?
( ) Ya ( ) Tidak
4. Adakah anda membuat rujukan buku sekiranya menghadapi masalah ICT?
( ) Ya ( ) Tidak
5. Adakah anda biasa menggunakan program selain Microsoft Office untuk
menyempurnakan tugasan?
( ) Ya ( ) Tidak
6. Adakah anda mahir menggunakan Microsoft Powr Point secara interaktif?
( ) Ya ( ) Tidak
7. Adakah anda berpengalaman mengendalikan peralatan ICT (Projektor LCD) di dalam
bilik kuliah?
( ) Ya ( ) Tidak
8. Saya sering membantu kawan / pensyarah lain untuk mengendalikan peralatan ICT.
( ) Ya ( ) Tidak
9. Saya boleh menyelenggarakan perkakasan komputer jika terdapat kerosakan yang kecil.
( ) Ya ( ) Tidak
10. Jika berlaku masalah terhadap peralatan ICT, adakah anda yakin untuk
memperbetulkannya?
( ) Ya ( ) Tidak
C. PENILAIAN TAHAP KEKERAPAN PENGGUNAAN ICT RESPONEN
Bahagian ini bertujuan untuk melihat tahap kekerapan responden menggunaan ICT.
Arahan : Sila Tandakan ( ) di dalam kotak yang disediakan mengikut tahap kekerapan.
Setiap angka mewakili tahap kekerapan;
5 = Sangat Kerap
4 = Kerap
3 = Sederhana
2 = Jarang
1 = Tidak Pernah
BIL PERKARATAHAP KEKERAPAN
1 2 3 4 5
1 Saya memperoleh maklumat berkaitan dengan kursus.
2 Saya kerap menggunakan peralatan ICT.
3 Mencari maklumat dalam Internet.
4 Saya kerap membaca dan menghantar E-Mail.
5 Saya menggunakan video conferencing dalam pembelajaran.
6 Memuat turun fail (Download File).
7 Saya pernah membeli-belah secara on-line.
8 Mengikuti kursus (menyemak bahan kuliah/kursus on-line).
9 Saya berhasrat untuk mempunyai laman web peribadi.
10 Perisian computer banyak membantu saya dalam menyediakan tugasan.
11 Saya menggunakan grafik atau animasi computer semasa membentang tugasan.
12 Saya sentiasa mengintegrasikan pelbagai penggunaan bahan multimedia (video presenter, LCD projector dll).
13 Saya menggunakan secara optimum perisian komputer.
14 Saya mengamalkan pembelajaran dalam net-working (chat, perbincangan, forum dalam myguru dll).
D. PENILAIAN TAHAP KEBERKESANAN SUBJEK ICT YANG DITAWARKAN
Bahagian ini untuk menilai subjek ICT yang ditawarkan kepada pelajar di Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Arahan : Tandakan ( ) di dalam kotak yang berkenaan.
1. Adakah subjek ICT yang ditawarkan dapat membantu anda mendapat kemahiran yang
diperlukan?
( ) Ya ( ) Tidak
2. Adakah latihan amali di makmal computer dalam subjek ICT sudah memadai untuk
melengkapkan anda terhadap kemahiran ICT?
( ) Ya ( ) Tidak
3. Peralatan/perkakasan yang digunakan dalam bilik kuliah adalah yang terkini dan tidak
menimbulkan sebarang masalah?
( ) Ya ( ) Tidak
4. Adakah anda memerlukan latihan tambahan untuk memantapkan lagi kemahiran ICT?
( ) Ya ( ) Tidak
5. Program/perisian dalam komputer di UPSI adalah kurang sesuai dengan subjek
ekonomi?
( ) Ya ( ) Tidak
6. Adakah anda mengaplikasi ilmu ICT dalam pembelajaran?
( ) Ya ( ) Tidak
“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan kaji selidik ini.
Salam penghargaan yang tidak terhingga daripada kami. Sekian.”