persepsi guru-guru mpv dalam melaksanakan program …€¦ · alatan kajian yang digunakan untuk...

26

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada
Page 2: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada
Page 3: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM MATA

PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK

HARIAN BIASA DI NEGERI KEDAH-SATU TINJAUAN

ISMAHANA BINTI ISMAIL

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam).

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

2006

Page 4: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _________________________

Nama Penulis : ISMAHANA BINTI ISMAIL.

Tarikh : APRIL 2006.

Page 5: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

iii

DEDIKASI

Buat keluarga dan rakan-rakan yang disayangi,

Buat Ibu dan Ayah yang sentiasa disayangi ....

En. Ismail Bin Ibrahim dan Pn. Habsah Binti L. Omar,

Terima kasih di atas dorongan dan sokongan yang sentiasa dihulurkan untukku.

Buat semua ahli keluarga....

Pn. Ismahanani & En. Mohd Rafi, Pn. Ismahanim & En. Mohd Shukri, Cik

Ismahanes, En. Mohd Isman Hadi dan En Mohd Isman Hafiz.

Mohd Faiz Aiman, Farah nabila, Mohd Danial Aiman, Mohd Hafizin Aiman,

Mohd Syamil, Mohd Syahir, Mohd Syahmi dan Mohd Amjad Fawwaz.

Kalian semua adalah penyeri hidupku.

Buat semua sahabat karib....

Rosnani, Rabiah, Ragwant, Norida, Jurita dan Hanani.

Terima kasih di atas semangat setia kawan dan motivasi yang dihulurkan.

Buat kalian semua....

Terima kasih untuk segalanya. Semoga ALLAH S.W.T sentiasa merahmati dan

membalas budi kalian di dunia dan akhirat.

Page 6: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Cik Sarimah

Binti Ismail yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan

nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui

dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih disampaikan buat pengetua-pengetua

sekolah yang terlibat serta guru-guru yang banyak memberikan kerjasama yang tidak

terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar.

Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan dorongan dalam meniti

perjuangan menuntut ilmu ini, iringan doa agar keutuhan keluarga akan kekal ke akhir

hayat dipanjatkan pada Allah S.W.T.

Terima kasih juga kepada pensyarah penilai, Tn. Haji Kandar B. Selamat dan

Dr. Muhammad Sukri B. Saud, yang sudi membaca dan menilai penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga khas buat kawan-kawan yang sentiasa memberi

pertolongan dan kata-kata semangat, juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam

penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Page 7: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru MPV dalam

melaksanakan program MPV di sekolah menengah akademik harian biasa. Alatan kajian

yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini

terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian A berhubung maklumat latar belakang

responden sementara Bahagian B mengandungi 40 item yang dipecahkan mengikut

empat persoalan kajian utama. Item-item tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan, α

= 0.87. Seramai 34 orang guru MPV sebagai responden kajian daripada 16 buah sekolah

menengah dari tiga buah daerah di Negeri Kedah terlibat dalam kajian ini. Data

dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Packages for Social

Sciences) versi 13. Data dipersembahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min.

Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru-guru MPV dari aspek minat, kemahiran,

kemudahan disediakan di sekolah dan penyelenggaraan bengkel dalam melaksanakan

program MPV di sekolah menengah akademik harian biasa berada pada tahap

sederhana.

Page 8: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

vi

ABSTRACT

This research is conducted to identify the perception of MPV’s teachers in daily

academic secondary school. Research instrument used for data collecting of this research

was questionnaire. This questionnaire was divided into two sections. Section A consisted

of the background of respondent while Section B consisted 40 items that divided

according four research questions. The reliability value of those items was α = 0.87. 34

MPV’s teachers from 16 secondary schools in three districts in Kedah State were chosen

as research respondent. Data have been analyzed using computer software SPSS

(Statistical Packages for Social Sciences) version 13. The data was presented in a form

of frequency, percentage and mean. Finding of this research shown that perceptions of

MPV’s teachers in implementing MPV program in daily academic secondary schools in

term of teacher’s interest, skill, facilities provided and workshop maintenance was at the

moderate level.

Page 9: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Penyataan masalah 7

1.4 Objektif kajian 8

1.5 Persoalan kajian 9

1.6 Kepentingan kajian 9

1.7 Skop dan batasan kajian 10

1.8 Definisi operasional 10

1.9 Penutup 12

Page 10: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

viii

II SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 13

2.2 Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 14

2.2.1 Penawaran dan Pelaksanaan Program (MPV) 15

2.2.2 Perihal dan Status Program 17

2.3 Minat 19

2.4 Kemahiran guru 20

2.5 Kemudahan disediakan 21

2.6 Pengurusan dan penyelenggaraan bengkel 22

2.7 Penutup 23

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk kajian 24

3.3 Prosedur kajian 26

3.4 Populasi kajian 28

3.5 Instrumen kajian 29

3.5.1 Bahagian A : Latar belakang responden 30

3.5.2 Bahagian B : Berhubung dengan persoalan kajian 30

3.6 Kesahan 32

3.7 Kebolehpercayaan 33

3.8 Kajian rintis 33

3.9 Analisis data 35

3.9.1 Skala Likert 37

3.9.2 Pekali korelasi Pearson 37

3.10 Penutup 38

Page 11: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

ix

IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Bahagian A – latar belakang responden 40

4.2.1 Jantina 40

4.2.2 Bangsa 40

4.2.3 Umur 41

4.2.4 Pengalaman mengajar 42

4.2.5 Kelulusan akademik tertinggi 43

4.2.6 Tempat latihan perguruan 44

4.2.7 Ikhtisas tertinggi 44

4.2.8 Bidang ikhtisas 44

4.2.9 Mata pelajaran yang diajar di sekolah 45

4.3 Bahagian B – analisis persoalan kajian 46

4.3.1 Minat 46

4.3.2 Kemahiran 50

4.3.3 Kemudahan disediakan 54

4.3.4 Menyelenggara bengkel 58

4.4 Taburan min bagi keseluruhan pembolehubah

yang terlibat 61

4.5 Perhubungan di antara pembolehubah 62

4.5.1 Hubungan antara minat dengan

kemahiran, kemudahan disediakan dan

menyelenggara bengkel 62

4.5.2 Hubungan antara kemahiran dengan kemudahan

disediakan dan menyelenggara bengkel 63

4.5.3 Hubungan antara kemudahan disediakan dengan

menyelenggara bengkel 64

4.6 Penutup 64

Page 12: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

x

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan kajian 65

5.2.1 Adakah guru-guru MPV mempunyai minat

dalam melaksanakan program MPV di sekolah. 65

5.2.2 Adakah guru-guru MPV mempunyai kemahiran

dalam sesuatu mata pelajaran MPV di sekolah. 67

5.2.3 Adakah kemudahan yang disediakan oleh pihak

sekolah mencukupi dalam melaksanakan

program MPV di sekolah. 68

5.2.4 Adakah guru-guru MPV berkebolehan dalam

mengendali dan menyelenggara bengkel MPV

di sekolah. 69

5.3 Rumusan kajian 70

5.4 Cadangan 71

5.4.1 Cadangan tindakan 71

5.4.2 Cadangan kajian lanjutan 72

5.6 Penutup 73

BIBLIOGRAFI 74

LAMPIRAN 77

Page 13: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

xi

SENARAI JADUAL

Jadual Tajuk Halaman

1.1 Jadual tahun penawaran MPV di sekolah menengah

akademik harian biasa dalam tiga buah daerah

di Negeri Kedah. 7

2.1 Jadual perlaksanaan mata pelajaran vokasional

di sekolah menengah akademik harian biasa

(Tahun 2002 – 2005). 16

3.1 Senarai sekolah dan jumlah guru yang terlibat 28

3.2 Pembahagian Item bahagian A mengikut faktor

demografi responden 30

3.3 Senarai item soalan mengikut persoalan kajian 31

3.4 Skor Skala Likert 5 mata 32

3.5 Senarai sekolah dan jumlah guru yang terlibat dalam

kajian rintis 34

3.6 Pekali Alpha Cronbach 34

3.7 Perubahan Mata Skala Likert 36

3.8 Skor Min Purata 36

3.9 Interprestasi nilai Korelasi 37

4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 40

4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 40

4.3 Taburan responden berdasarkan umur 41

4.4 Taburan responden berdasarkan pengalaman mengajar 42

4.5 Taburan responden berdasarkan kelulusan akademik

tertinggi 42

4.6 Taburan responden berdasarkan tempat mendapat

latihan perguruan 43

Page 14: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

xii

4.7 Taburan responden berdasarkan pendidikan ikhtisas

Tertinggi 44

4.8 Taburan responden berdasarkan bidang ikhtisas 44

4.9 Taburan responden berdasarkan mata pelajaran yang

diajar di sekolah 45

4.10 Analisis data terhadap minat dan sikap guru-guru MPV 46

4.11 Analisis data terhadap kemahiran guru-guru MPV 50

4.12 Analisis data terhadap kemudahan yang disediakan

oleh pihak sekolah kepada guru-guru MPV 54

4.13 Analisis data terhadap menyelenggara bengkel oleh

guru-guru MPV 58

4.14 Taburan min keseluruhan pembolehubah yang terlibat 61

4.15 Nilai pekali pearson bagi minat dan sikap 62

4.16 Nilai pekali pearson bagi kemahiran 63

4.17 Nilai pekali pearson bagi kemudahan disediakan 64

Page 15: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

xiii

SENARAI RAJAH

Rajah Tajuk Halaman

3.1 Carta aliran prosedur kajian 26

Page 16: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

xiv

SENARAI NAMA SINGKATAN

MPV Mata Pelajaran Vokasional

PMR Penilaian Menengah Rendah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SKK Sekolah Ke Kerjaya

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

ERT Ekonomi Rumah Tangga

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

EPRD Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

PSM Projek Sarjana Muda

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS Statistic Package For Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

UPM Universiti Putra Malaysia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

Page 17: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

xv

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A - Borang Soal Selidik

Lampiran B - Surat Kebenaran dari Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lampiran C - Surat Kebanaran dari Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah

Page 18: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah adalah tempat pendidikan seseorang itu berkembang secara formal dan

tidak formal. Pendidikan yang dimaksudkan itu termasuklah pendidikan dunia mahupun

akhirat.

Pendidikan di kalangan orang-orang Melayu di Tanah Melayu sebelum

kedatangan British berupa pengajian Al-Quran dan didikan agama Islam. Selepas waktu

Subuh, Zohor dan Asar, murid-murid diajar pendidikan tidak formal seperti berladang,

bersawah, pertukangan kayu dan logam seperti mengukir dan membuat keris,serta kerja

tangan seperti membuat bakul.

Setelah British menduduki Tanah Melayu, era pendidikan tidak formal masih

dikekalkan dengan kewujudan konsep aperantis, di mana Bangsa Melayu mempelajari

tulisan Jawi serta belajar berkebun dan menangkap ikan di laut. Bangsa Cina diajar

dalam perniagaan dan melombong bijih timah. Manakala Bangsa India pula, diajar

menoreh getah.

Page 19: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

2

Selepas itu, pendidikan formal diperkenalkan dengan konsep sekolah majmuk,

iaitu mencampurkan semua bangsa di dalam satu kelas yang diajar oleh sukarelawan

Islam atau Kristian. Namun begitu, sekolah ini tidak mempunyai objektif yang jelas

(NM Nazier, 2000).

Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1914, pendidikan

bercorak praktikal masih diwujudkan, seperti melukis, berkebun, menganyam dan

memasak. Penumpuan masih lagi diberikan kepada membaca, menulis dan mengira

disamping subjek keusahawanan dan perdagangan (NM Nazier, 2000).

Kemudian Sekolah Pelajaran Lanjutan diwujudkan untuk memberi peluang

kepada kanak-kanak menyambung pelajaran selama tiga tahun dengan menitik beratkan

mata pelajaran seni perusahaan. Ia adalah sekolah khas untuk murid-murid yang lulus

untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah termasuk dari sekolah pedalaman.

Pelajar yang gagal pula, akan dimasukkan ke sistem Sekolah Lanjutan Kampung. Ia

boleh dirumuskan bahawa Sekolah Pelajaran Lanjutan adalah lebih kepada akademik

manakala Sekolah Lanjutan Kampung lebih kepada kemahiran (NM Nazier, 2000).

Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dan ditukar nama kepada

Malaysia, banyak perubahan dalam pendidikan telah dilakukan. Salah satu daripadanya

ialah mengimplimentasikan pendidikan vokasional dan menaikkan umur keluar sekolah

sehingga 15 tahun. Pada tahun 1964, Bahagian Teknik dan Vokasional ditubuhkan

dengan memperkenalkan Sistem Aneka Jurusan dengan menawarkan mata pelajaran

vokasional untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3. Antara mata pelajaran elektif yang

diwujudkan adalah Seni Perusahaan, Perdagangan, Sains Rumah Tangga dan Sains

Pertanian. Sistem Aneka Jurusan ini diwujudkan untuk membantu ekonomi negara

dalam struktur tiga serampang iaitu sekolah vokasional untuk melatih pekerja separa

mahir, politeknik untuk melatih pelajar menjadi juruteknik dan universiti untuk melatih

pelajar menjadi jurutera (Akta Pelajaran, 1961).

Page 20: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

3

Pada tahun 1968, sekolah menengah vokasional diperkenalkan iaitu untuk

membolehkan pelajar lepasan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah

Rendah (PMR) untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 dan 5 mengikut jurusan yang

diminati. Pada tahun 1997, semua sekolah menengah vokasional dinaik taraf menjadi

sekolah menengah teknik dengan mengekalkan aliran vokasional dan ditambah dengan

aliran teknik (NM Nazier, 2000).

Pada tahun 2002, program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) telah

diperkenalkan di sekolah menengah akademik biasa. MPV adalah singkatan nama

kepada 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran vokasional yang ditawarkan

kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Sebelum ini subjek elektif vokasional ini hanya ditawarkan di sekolah menengah teknik

dan vokasional sahaja, tetapi sekarang ia terbuka dengan lebih luas. Perubahan ini dapat

menyediakan tenaga kerja yang dapat memenuhi keperluan pada masa hadapan

terutamanya dalam menuju wawasan 2020 nanti, sebagaimana amanat Dato’ Seri Tun

Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 :

“Sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran,

daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih

berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang utama. Malaysia

mestilah memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang

amat penting ini” (Ibrahim Abu Shah et al. 1994)

Penawaran pelbagai jenis mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah

menengah akademik biasa ini adalah berdasarkan kepada matlamat program MPV untuk

melahirkan pelajar berkemahiran. Ini untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan,

memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2003).

Page 21: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

4

1.2 Latar belakang masalah

Demi untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju

menjelang tahun 2020, mutu sistem pendidikan yang sedia ada perlu ditingkatkan

khususnya di dalam bidang vokasional. Pendidikan vokasional yang dirancang oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi

latihan dari segi kemahiran, akademik dan pendedahan yang sesuai bagi menghadapi

alam pekerjaan.

Bagi meneruskan pendidikan vokasional, KPM telah mewujudkan satu program

berteraskan kemahiran di sekolah menengah akademik pada peringkat menengah atas

dan membuka peluang yang lebih baik kepada pelajar yang lemah dari segi akademik

dan KPM telah menggantikan program Sekolah Ke Kerjaya (SKK) dengan program

MPV (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Matlamat program MPV adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran

dalam bidang yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka mendapat

pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih

tinggi. Program ini bukan sahaja disasarkan kepada kumpulan pelajar yang lemah tetapi

juga yang mempunyai pencapaian yang sederhana.

Dalam program MPV, pihak sekolah boleh menawarkan 2 atau 3 mata pelajaran

vokasional dengan mengambil kira kemudahan dan alat kelengkapan sedia ada,

keupayaan tenaga pengajar dan enrolmen pelajar yang sesuai. Setiap mata pelajaran

harus dikendalikan dalam 1 atau 2 kelas dengan kapasiti pelajar adalah antara 20 hingga

25 orang pelajar bagi setiap kelas. Masa yang diperuntukan untuk mata pelajaran ini

adalah 12 waktu seminggu kecuali mata pelajaran Produksi Multimedia dan Grafik

Berkomputer yang dikendalikan dalam masa 8 waktu seminggu. Pembelajaran adalah

berdasarkan kepada modul yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Page 22: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

5

Bagi memastikan program MPV ini mencapai matlamatnya, perlu dipastikan

sekolah yang terlibat mendapat kemudahan yang sesuai seperti bengkel, bekalan perabot

dan mesin dan alatan tangan yang sesuai dengan mata pelajaran yang ditawarkan untuk

membolehkan pelajar menjalankan kerja amali dengan selesa, lancar dan selamat. Jika

sekiranya, kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan tidak mencukupi atau tidak

diselenggarakan dengan baik, dikhuatiri matlamat untuk memberikan kemahiran kepada

pelajar akan terjejas dan kurang berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Kemahiran yang hendak diberikan kepada pelajar akan dapat disampaikan

dengan lebih berkesan sekiranya guru-guru yang mengajar subjek MPV mempunyai

pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam mata pelajaran yang diajar. Pemilihan

guru yang terdiri daripada mereka yang mempunyai latarbelakang opsyen yang berbeza

untuk mengajar MPV tidak dapat menjanjikan pengajaran yang berkesan walaupun telah

diberikan latihan kemahiran berpusat latihan tempatan (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2003).

Semenjak program MPV diperkenalkan pada awal tahun 2002, guru-guru yang

terlibat untuk mengajar MPV hanya diberikan kursus jangka pendek selama 3 minggu

iaitu pada bulan November tahun 2001. Bagi persediaan untuk tahun 2003 pula, pihak

KPM telah menganjurkan kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu kepada guru-

guru yang berminat dan terpilih (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Dengan itu

untuk melaksanakan pengajaran MPV berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang

dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, guru-guru ini hanya bergantung kepada

ilmu yang diperolehi semasa kursus serta pengetahuan dan kemahiran bidang

pengkhususan mereka semasa di maktab perguruan atau di universiti sebelum ini.

Persoalannya adalah, adakah kursus yang diberikan berkesan dan kemudahan

yang disediakan oleh pihak sekolah mencukupi dan dapat menjadikan guru-guru yang

mengajar MPV bersedia untuk mengajar mata pelajaran ini?. Adakah pembolehubah-

pembolehubah yang dikaji mempengaruhi pelaksanaan program MPV ini?.

Page 23: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

6

Jangka masa latihan yang panjang adalah perlu untuk memperolehi ilmu

pengetahuan dan memperkemaskan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Pengetahuan

atau kemahiran yang cukup adalah penting untuk membina minat dan sikap guru dalam

pengajaran dan pembelajaran (Ishak dan Koh Bon Boon ,1983).

Ryan dalam (Crow dan Crow, 1980) menyenaraikan ciri-ciri guru yang efektif

sebagai guru yang mempunyai sifat-sifat berikut :-

i. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam matapelajaran yang

diajarnya.

ii. Mempunyai imaginasi yang tinggi iaitu yang membolehkan ia membuat

pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep

dengan mudah.

iii. Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dengan baik dalam

pengajarannya.

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa latihan yang khusus adalah perlu

untuk memastikan seseorang guru itu benar-benar bersedia untuk mengajar sesuatu mata

pelajaran yang diamanahkan dan ia amatlah penting bagi guru-guru yang bakal mengajar

bidang kemahiran seperti program MPV ini.

Jadual 1.1 menunjukkan tahun MPV ditawarkan di sekolah menengah akademik

harian biasa dalam tiga daerah di Negeri Kedah. Oleh kerana ia merupakan mata

pelajaran baru maka segala data berkaitan guru-guru dan pelajar-pelajar MPV masih

dalam proses kemas kini.

Page 24: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

7

Jadual 1.1 : Tahun penawaran MPV di sekolah menengah akademik harian biasa

dalam tiga buah daerah di Negeri Kedah.

BIL NAMA SEKOLAH TAHUN

1 SMK Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang 2002

2 SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar 2002

3 SMK Seri Mahawangsa, Jitra 2002

4 SMK Simpang Kuala, Alor Setar 2002

5 SMK Tanjung Pauh, Jitra 2003

6 SMK Kubang Rotan, Alor Setar 2003

7 SMK Mergong, Alor Setar 2003

8 SMK Syed Ibrahim, Pendang 2003

9 SMK Tunku Putra, Pulau Langkawi 2003

10 SMK Tengku Laksamana, Alor Setar 2004

11 SMK Kubor Panjang, Pendang 2004

12 SMK Tunku Abdul Aziz, Alor Setar 2004

13 SMK Pokok Sena, Pendang 2004

14 SMK Permatang Bonglai, Kubang Pasu 2004

15 SMK Pulau Nyior, Kubang Pasu 2004

16 SMK Ayer Hangat, Pulau Langkawi 2004

Jumlah sekolah 16

1.3 Penyataan masalah

Guru adalah elemen penting dalam pendidikan. Pengajaran yang berkualiti

terhasil daripada guru-guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan bagi sesuatu disiplin ilmu. Banyak masalah akan dihadapi oleh guru-guru

MPV jika mereka tidak benar-benar bersedia untuk mengajar dan menyelaras keperluan

mata pelajaran MPV ini.

Page 25: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

8

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tanggapan guru-guru MPV dalam

melaksanakan mata pelajaran berorientasikan vokasional di sekolah menengah akademik

harian biasa di negeri Kedah dari segi :-

i. Minat

ii. Kemahiran

iii. Kemudahan yang disediakan

iv. Pengurusan dan penyelenggaraan bengkel

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan bagi melihat tanggapan guru-guru MPV dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kemahiran vokasional di

sekolah akademik harian biasa. Antara objektif utama dalam menghasilkan kajian ini

adalah :-

i. Mengenalpasti tahap minat guru-guru MPV dalam melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran program MPV ini.

ii. Mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru MPV dalam membantu

melaksanakan program MPV ini.

iii. Mengenalpasti tahap kemudahan yang disediakan dalam membantu guru-guru

MPV untuk melaksanakan program MPV di sekolah.

iv. Mengenalpasti tahap kebolehan mengendali dan menyelenggara bengkel oleh

guru-guru MPV dalam melaksanakan program MPV ini.

v. Mengenalpasti hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah di dalam

kajian ini.

Page 26: PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM …€¦ · Alatan kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada

9

1.5 Persoalan kajian

Berpandukan latar belakang masalah, tujuan utama kajian ini adalah untuk

mengkaji beberapa persoalan yang telah digariskan terlebih dahulu, di antara persoalan

tersebut adalah :-

i. Adakah guru-guru MPV mempunyai minat terhadap bidang kemahiran dalam

melaksanakan program MPV di sekolah?

ii. Adakah guru-guru MPV mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran MPV di

sekolah?

iii. Adakah kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah mencukupi dalam

melaksanakan program MPV di sekolah?

iv. Adakah guru-guru MPV berkebolehan dalam mengendali dan menyelenggara

bengkel MPV di sekolah?

1.6 Kepentingan kajian

Memandangkan mata pelajaran berbentuk kemahiran adalah berbeza dari segi

perlaksanaannya berbanding mata pelajaran bukan kemahiran. Kajian ini diharap dapat

menjadi satu garis panduan dalam memperbaiki perlaksanaan program MPV yang

berbentuk kemahiran mengenai keperluan dan kesediaan guru-guru MPV dalam

melaksanakan program MPV di sekolah menengah akademik harian biasa.

Matlamat umum kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan mendedahkan kepada

pihak yang berkaitan seperti KPM, JPN, Bahagian Pendidikan Guru dan pihak sekolah

mengenai tanggapan guru-guru MPV dalam melaksanakan program MPV di sekolah

menengah akademik harian biasa. Saranan-saranan yang berguna juga diberikan dalam

mencari pendekatan yang lebih sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru-