borang pk 07 3 contoh format minit mesyuarat 2.doc

5
PK07 Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 MINIT MESYUARAT SK PETRI JAYA, 81900, KOTA TINGGI, JOHOR. MINIT MESYUARAT PBS KSSR BIL 2 /2014 Tarikh : 21 MEI 2014 Masa : 1.30 TGH Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Petri Jaya Pengerusi : En Juraimi b Mohd Said Kehadiran(Bilangan) : 18 orang 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al- Fatihah. 1.2 Guru Besar membacakan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 2014 iaitu berkenaan Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Beliau mengingatkan semula kepada semua guru tentang penambaikan yang berlaku dalam PBS dengan Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor © 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Upload: siti-hazizah-sidek

Post on 21-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PK 15/3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SK PETRI JAYA, 81900, KOTA TINGGI, JOHOR.MINIT MESYUARAT PBS KSSR

BIL 2 /2014

Tarikh

: 21 MEI 2014Masa

: 1.30 TGH

Tempat

: Bilik Mesyuarat, SK Petri JayaPengerusi

: En Juraimi b Mohd SaidKehadiran(Bilangan) : 18 orang 1PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah.

1.2 Guru Besar membacakan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 2014 iaitu berkenaan Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Beliau mengingatkan semula kepada semua guru tentang penambaikan yang berlaku dalam PBS dengan memberi penekanan tentang Dokumen Standard Prestasi yang diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran murid yang lebih fleksibel, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM, FS dan Rekod Transit dan pengisian data tidak lagi secara online.

2PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Cadangan : En Mohd Helmy b RosliSokongan : Pn Siti Haidar b MunawirAJK setuju sebulat suara.

3PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada

4LAPORAN PENJAMINAN KUALITI SEKOLAH

4.1 PEMENTORAN

4.1.1 Pn Salyani memaklumkan bahawa taklimat Penataran Penambahbaikan PBS yang diberikan kepada guru pada 17 April 2014 merupakan program pementoran kepada semua guru PBS. 4.1.2 Guru besar menjelaskan bahawa pementoran adalah merupakan suatu proses bimbingan guru dalam melaksanakan PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Beliau mengingatkan kepada semua guru yang sudah berkemahiran mengajar KSSR dan menjalankan PBS agar membantu guru-guru yang baru mula mengajar matapelajaran KSSR.

4.1.3 Setiausaha PBS turut memaklumkan bahawa guru-guru boleh juga merujuk Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( April 2014 ), dan Buku Soalan-Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah di sediakan. Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran

4.2 PEMANTAUAN

4.2.1 Pn Norliza mengingatkan kepada semua guru KSSR agar melengkapkan Rekod pentaksiran secara manual masing-masing dan mendaftarkan murid ke dalam Modul Offline yang telah dimuat turun. Proses ini sangat penting bagi memastikan pentaksiran yang telah dijalankan direkodkan. Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran

4.3 PENGESANAN

4.3.1 Cik Siti Hazizah memaklumkan bahawa kaedah pentaksiran perlulah selaras mengikut subjek dan tahun yang mesti dibincangkan dengan jelas mengikut panitia masing masing. Beliau menekankan tentang penggunaan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang mesti dirujuk semasa pentaksiran dijalankan sebagai menggantikan Dokumen Standard Prestasi sejak Penambaikan PBS dijalankan bermula April lalu.

4.3.2 Guru Besar memaklumkan, guru-guru boleh merujuk modul pentaksiran atau membuat pengubahsuaian soalan dari segi bilangan ataupun aras soalan kerana Pentaksiran sekolah adalah fleksibel mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

Tindakan : Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran

5.

4.4 PENYELARASAN

4.4.1 Pn Azila memaklumkan bahawa penyelarasan pemberian skor mesti dibincangkan dalam panitia masing-masing mengikut subjek dan tahun. Cik Siti Hazizah mencadangkan agar murid perlu mencapai tahap lulus dengan sekurang-kurangnya betul separuh dari bilangan soalan yang diberikan bagi memberi ruang kepada semua murid mencapai tahap band yang sepatutnya. Tindakan : Penyelaras mata pelajaran

LAPORAN PRESTASI MURID DALAM MODUL PEREKODAN, PENTAKSIRAN SUMATIF, PAJSK dan PPsi5.1 Setiausaha PBS mengingatkan kepada semua guru tentang Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid yang telah dimuat turun oleh semua guru KSSR Tahun 1 hingga Tahun 3 pada April lalu. Semua guru matapelajaran terlibat perlu memastikan semua nama murid telah didaftarkan bagi melancarkan proses merekod prestasi murid.

5.2 Guru besar mengingatkan kepada semua guru yang terlibat agar dapat menjalankan pentaksiran berpandu kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid dan hendaklah merekod pencapaian murid ke dalam Modul Perekodan mengikut matapelajaran masing-masing. 5.3 Beliau turut memaklumkan kepada semua guru kelas agar keputusan pencapaian Pentaksiran Sumatif yang telah dijalankan pada awal Mei lalu diserahkan kepada SU untuk simpanan. Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran5.4 Guru Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru Pendidikan Jasmani tentang salah satu komponen yang terdapat dalam PAJSK iaitu pengurusan Ujian SEGAK yang telah pun dijalankan pada April lalu. Beliau mengingatkan supaya merekodkan keputusan Ujian SEGAK murid tahun 4 ke dalam Borang Rumusan SEGAK dan BMI yang telah disediakan.

Ketua Panitia Pendidikan Jasmani memaklumkan bahawa keputusan Ujian SEGAK telah pun dihantar dan direkodkan dalam Borang Rumusan SEGAK oleh guru pendidikan Jasmani kelas masing-masing. Tindakan : Semua Guru Pendidikan Jasmani

5.5 Pn Siti Yuhana melaporkan bahawa Pentaksiran Psikometrik telah pun dijalankan kepada semua murid tahun 4 pada April lalu. Pentaksiran dijalankan merangkumi tiga subjek utama iaitu bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Segala pelaporan adalah sulit dan hanya diuruskan oleh guru Bimbingan dan kaunseling.

Tindakan : Guru Bimbingan dan Kaunseling

7HAL-HAL LAIN

5.1 Setiausah PBS memaklumkan sebagai persediaan sempena Hari Terbuka 27 Mei , dan diminta guru kelas untuk memasukkan Keputusan Ujian Sumatif yang telah dijalankan. Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan berharap agar semua guru dapat menjalankan tugas masing-masing.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah al-Asr.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

.......................................... ................................

( EN ROSDI B TUKIBON)

Setiausaha

PBS KSSR

SK Petri JayaTarikh : 25 Mei 2014

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor

19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00