borang pengesahan status tesis - fp.utm.my fileuniversiti teknologi malaysia dengan syarat-syarat...

20
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN) SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya MUSLIHAH BINTI ABD JALIL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Hak milik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hak miliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalty adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 967 JALAN UMNO, 82000, PONTIIAN, JOHOR DARUL TA’ ZIM Tarikh : 23 APRIL 2010 EN. MEGAT AMAN ZAHIRI BIN MEGAT ZAKARIA Tarikh : 23 APRIL 2010

Upload: doankhue

Post on 10-Jun-2019

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN)

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya MUSLIHAH BINTI ABD JALIL

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Hak milik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama

dan dibiayai oleh UTM, hak miliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskah di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalty adalah mengikut

kadar yang dipersetujui kelak.

5. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

967 JALAN UMNO,

82000, PONTIIAN,

JOHOR DARUL TA’ZIM

Tarikh : 23 APRIL 2010

EN. MEGAT AMAN ZAHIRI BIN MEGAT

ZAKARIA

Tarikh : 23 APRIL 2010

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penyelia : EN MEGAT AMAN ZAHIRI BIN MEGAT ZAKARIA

Tarikh : 23 APRIL 2010

i

PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN)

MUSLIHAH BINTI ABD JALIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penulis : MUSLIHAH BINTI ABD JALIL

Tarikh : 23 APRIL 2010

iii

DEDIKASI

Buat mak dan abah tercinta,

HJ ABD JALIL BIN HJ SULAIMAN dan

HJH ZAINAB BTE HJ MOHD DIN,

Terima kasih atas jasa dan pegorbanan kalian,

Doa, jasa, dan kasih sayang yang diberikan akan kukenang sampai bila-bila,

Tiada kasih sesuci dan seindah kasih sayang yang pernah kalian berikan.

Buat abang dan adik yang kukasihi,

HJ MOHD MUSLIM BIN HJ ABD JALIL dan

HJH MUSFIRAH BTE HJ ABD JALIL

Terima kasih di atas galakan dan sokongan kalian.

Dan

Buat rakan-rakan yang banyak membantu,

Sekalung budi atas segala tunjuk ajar, ilmu dan idea yang telah kalian berikan.

TERIMA KASIH !

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi diatas nikmat dan kurnia-Nya, akhirnya dapat

juga saya dan menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Segala susah payah, dugaan, dan

juga masalah yang ditempuhi berjaya diatasi.

Setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia projek ini, En Megat Aman Zahiri bin

Megat Zakaria di atas ilmu yang telah dicurahkan. Jutaan terima kasih di atas segala

bimbingan, tunjuk ajar, dan idea yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan projek

ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan buat pihak Fakulti Pendidikan, Pusat Sumber

Fakulti Pendidikan dan Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) kerana telah memberikan kemudahan bagi peminjaman buku dan tempat untuk

mendapatkan rujukan serta maklumat mengenai projek ini.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung disepanjang penghasilan projek ini dilakukan. Terima kasih

diucapkan.

v

ABSTRAK

Rancangan Pengajaran Harian Merupakan satu persediaan mengajar bagi

guru di sekolah. Ianya mengandungi objektif pembelajaran, isi kandungan

pembelajaran, alat bantu mengajar yang digunakan, serta kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan berdasarkan teori tertentu dengan menerapkan nilai-

nilai murni dalam diri seorang pelajar. Oleh yang demikian, sebuah sistem rancangan

pengajaran harian berasaskan web (e-lesson plan) dibangunkan bertujuan untuk

memberi kemudahan guru-guru di sekolah merancang dan mengemaskini rancangan

pengajaran harian mereka. Sistem ini melibatkan aspek pengurusan seperti kemaskini

maklumat pengetua, maklumat guru, dan rancangan pengajaran harian guru di

sekolah. Melalui sistem ini, guru boleh mengemaskini rancangan pengajaran harian

mereka seterusnya membolehkan pengetua untuk menyemak dan mengesahkan

rancangan pengajaran harian guru secara atas talian. Model pembangunan ADDIE

telah digunakan untuk dijadikan panduan bagi membangunkan sistem ini. Sistem ini

dibangunkan dengan menggunakan perisian utama Active Server Pages (ASP)

sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian tambahan seperti Microsoft Front Page 2003

untuk membina bahasa skrip dan Microsoft Access 2007 sebagai pangkalan data

telah digunakan. Dengan adanya sistem ini, diharapkan ianya dapat membantu guru-

guru menguruskan rancangan pengajaran harian mereka dengan cekap dan

sistematik.

vi

ABSTRACT

Daily lesson plan is a preparation for teachers teaching in schools. It contains

objectives of learning, content of learning, teaching tools that are used, and methods

of teaching and learning based on the theory that use to instill certain values in a

student himself. Therefore, a system of daily web-based lesson plan (e-lesson plan)

was developed to provide facilities for teachers at school to plan and update their

daily lesson plan. This system involves the management aspects of updating the

principal’s information, teacher’s information, and teacher’s daily lesson plan in

schools. In this system, teachers can update their daily lesson plan and allows the

principal to review and verify the teacher's daily lesson plan through online. ADDIE

instructional design has been used to guide the development of this system. This

system was developed by using Active Server Pages (ASP) as a programming

language. Additional software such as Microsoft Front Page 2003 was used to build

scripting language, Adobe Photoshop CS3 to design the interface and Microsoft

Access 2007 and for database. With this system, it can be expected to help teachers

manage their daily lesson plan efficiently and systematically.

vii

BAB

1

KANDUNGAN

PERKARA

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Pembangunan

1.5 Rasional Pembangunan

1.6 Kepentingan Pembangunan

1.6.1 Guru

1.6.2 Pengetua

MUKA

SURAT

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiii

1

3

4

5

5

6

6

6

viii

2

1.6.3 Pentadbiran Sekolah

1.7 Skop Pembangunan

1.8 Batasan Pembangunan

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Sistem

1.9.2 Rancangan Pengajaran Harian

1.9.3 Internet

1.9.4 World Wide Web

1.10 Penutup

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Tugas dan Peranan Guru

2.2.1 Pendidik

2.2.2 Perancang

2.2.3 Pelaksana

2.2.4 Penilai

2.2.5 Pembimbing

2.2.6 Pemudahcara

2.2.7 Perunding

2.2.8 Pendorong

2.3 Persediaan Guru

2.3.1 Kemahiran Merancang

2.3.2 Kemahiran Menyediakan Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran

2.3.3 Kemahiran Menguruskan Masa

2.4 Kesediaan Guru

2.5 Perancangan Mengajar

2.6 Model Rekabentuk Sistem

2.6.1 Model Rekabentuk ADDIE

2.6.6.1 Analisis (Analysis)

2.6.6.2 Rekabentuk (Design)

7

7

7

8

8

8

8

9

9

10

10

11

12

12

13

14

14

14

15

15

16

17

17

18

19

20

20

21

21

ix

3

2.6.6.3 Pembangunan (Development)

2.6.6.4 Perlaksanaan (Implementation)

2.6.6.5 Penilaian (Evaluation)

2.7 Penutup

REKABENTUK SISTEM LAMAN WEB

3.1 Pengenalan

3.2 Model Rekabentuk Sistem

3.2.1 Analysis (Analisis)

3.2.1.1 Analisis Masalah

3.2.1.2 Analisis Punca Masalah

3.2.1.3 Analisis Kumpulan Sasaran

3.2.1.4 Analisis Keperluan Perisian

3.2.1.5 Analisis Keperluan Perkakasan

3.2.2 Design (Rekabentuk)

3.2.2.1 Carta Alir Pembangunan

3.2.2.2 Perisian Pembangunan

3.2.2.2.1 Microsoft Office Word 2007

3.2.2.2.2 Notepad

3.2.2.2.3 Adobe Photoshop CS3

3.2.2.2.4 Active Server Pages (ASP)

3.2.2.2.5 Microsoft Office FrontPage 2003

3.2.2.2.6 Microsoft Office Access 2007

3.2.2.2.7 Internet Explorer

3.2.2.3 Perkakasan yang Digunakan

3.2.2.3.1 Perkakasan Pembangun

3.2.2.3.2 Perkakasan Paparan Sistem Laman

Web

3.2.2.4 Ciri-ciri Laman Web yang Baik

3.2.2.4 Rekabentuk Laman Web

3.2.2.4.1 Rekabentuk Informasi

3.2.2.4.2 Rekabentuk Interaksi

22

22

22

23

24

24

25

25

25

26

27

27

27

28

28

28

28

29

29

29

30

30

30

30

31

31

32

32

32

x

4

5

3.2.2.4.3 Rekabentuk Persembahan

3.2.3 Development (Pembangunan)

3.2.4 Implementation (Perlaksanaan)

3.2.5 Evaluation (Penilaian)

3.3 Rasional Pemilihan Model Rekabentuk Sistem Laman Web

3.4 Spesifikasi Keperluan

3.4.1 Pengguna

3.4.2 Pengetahuan Sedia Ada

3.4.3 Rekabentuk Berasaskan Skrin Komputer

3.4.4 Rekabentuk Berasaskan Teknologi Sebaran dan

Medium Capaian

3.5 Penutup

HASIL REKABENTUK SISTEM LAMAN WEB

4.1 Pengenalan

4.2 Perbincangan Kandungan dan Struktur Sistem

4.2.1 Paparan Permulaan

4.2.2 Paparan Login

4.2.3 Paparan Menu Utama Guru

4.2.3.1 Kemaskini Profail

4.2.3.2 Tambah Lesson Plan

4.2.3.3 Senarai Subjek

4.2.3.4 Senarai Lesson Plan

4.2.3.5 Logout

4.2.4 Paparan Menu Utama Pemantau

4.2.4.1 Kemaskini Profail

4.2.4.2 Senarai Lesson Plan

4.2.4.3 Tambah / Kemaskini / Buang Pengguna

4.3 Penyebaran dan Penggunaan Sistem Laman Web

4.4 Penutup

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

33

33

34

34

34

35

36

36

36

37

37

39

39

39

40

42

42

43

44

45

46

46

47

48

50

52

52

xi

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Kelebihan Sistem Laman Web

5.3.1 Penghasilan Antaramuka yang Menarik dan Ringkas

5.3.2 Interaktif

5.3.3 Menjimatkan Masa

5.3.4 Proses Capaian Maklumat yang Pantas dan Tepat

5.4 Kelemahan Sistem Laman Web

5.5 Cadangan

5.6 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

A Data Guru

B Data Admin

C Data Rancangan Mengajar Guru

D Carta Alir Pembangunan Sistem

53

53

54

55

55

55

55

56

56

57

58

62

xii

NO

2.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

SENARAI RAJAH

PERKARA

Model Rekabentuk ADDIE

Paparan utama sistem, Home

Paparan Login

Paparan Salah Login

Paparan Menu Utama Guru

Paparan Kemaskini Profail Guru

Paparan Tambah Lesson Plan

Paparan Penambahan Lesson Plan Dipaparkan Menerusi

Microsoft Access

Paparan Senarai Subjek

Paparan Senarai Lesson Plan

Paparan Menu Utama Pemantau

Paparan Kemaskini Profail Pemantau

Paparan Senarai Lesson Plan

Paparan Lesson Plan Guru

Paparan Pengesahan Lesson Plan Guru

Paparan Tambah / Kemaskini / Buang Profail Guru

Paparan Kemaskini Nama Guru

Paparan Kemaskini Profail Guru

MUKA

SURAT

21

40

41

41

42

43

44

44

45

46

47

48

49

49

50

51

51

52

xiii

NO

A

B

C

D

SENARAI LAMPIRAN

PERKARA

Data Guru

Data Admin

Data Rancangan Mengajar Guru

Carta Alir Pembangunan Sistem

MUKA

SURAT

62

63

64

65

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan pada masa kini sedang mengalami beberapa perubahan apabila

penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan seperti komputer telah dijadikan

alat bagi membantu penyebaran maklumat dan informasi di sekolah. Dengan adanya

kemudahan komputer, penyebaran maklumat dapat dilakukan dalam masa yang

singkat menerusi talian internet. Menurut Saharani, et.al (2005), penggunaan

komputer menerusi talian internet mampu menawarkan pelbagai kemudahan dan

maklumat yang menguntungkan pelajar dan juga pendidik. Usaha ini dapat dilihat

apabila kerajaan kini berusaha untuk meningkatkan kemudahan pelajar dan pendidik

dengan membekalkan kemudahan komputer secara percuma di sekolah-sekolah.

Seperti yang diketahui, Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau

‘Information Communication Technology’ (ICT) adalah penting pada masa kini.

Justeru itu, di dalam meningkatkan kemahiran ICT, pelbagai usaha telah

dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti penggunaanya supaya mampu melahirkan

masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang ceik IT. Kewujudan Multimedia

Super Corridor (MSC) antaranya membuktikan kesungguhan kerajaan dalam

bersaing menempatkan Malaysia sebagai salah sebuah negara setanding dengan

negara maju yang lain.

Kepentingan dalam penggunaan teknologi maklumat pada masa kini juga

didorong oleh pembangunan pesat negara-negara maju. Justeru itu, bagi melahirkan

generasi yang berkebolehan dalam menggunakan teknologi komputer, kerajaan telah

menerapkan penggunaannya di sekolah. Penerapan ini bermula apabila Kementerian

Pelajaran mengambil langkah inisiatif dengan program pembestarian 10 000 buah

sekolah dan menjenamakan semula 88 buah sekolah bestari sebagai satu daripada

tujuh aplikasi perdana projek MSC. Hal ini telah dinyatakan di dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, di mana projek rintis Sekolah Bestari

ini telah dimulakan pada tahun 1999 hingga 2002 dengan kerjasama Multimedia

Development Corporation (MDeC).

Kesan daripada ini, penggunaan komputer kini tidak lagi dianggap sebagai

suatu budaya yang melambangkan ‘simbol kemewahan’ seseorang, tetapi ianya

merupakan sebuah alat yang menjadi keperluan asas hidup individu untuk mereka

mengikuti serta memperoleh sebarang maklumat tanpa batasan masa dan tempat

mengikut perkembangan kehidupan, persekitaran, ilmu pengetahuan dan penemuan

ilmu-ilmu baru yang canggih. Menurut Keong Ngang et.al, (2006) budaya sekolah

bukan setakat membina iklim pembelajaran yang berkesan, tetapi juga menekankan

nilai yang sesuai untuk mendidik dan mempengaruhi minda pelajar. Menurut Ai

Ngoh (1998), usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju hanya akan tercapai

jika setiap golongan masyarakat, terutamanya golongan pendidik bersedia

menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Di dalam era kemajuan teknologi

maklumat masa kini, pelbagai cabaran harus dipikul oleh golongan pendidik

termasuk usaha kerajaan di dalam mengintegrasikan penggunaan komputer di

sekolah. Ini kerana, guru di sekolah merupakan tunggak utama yang memainkan

peranan sebenar penggerak kemajuan negara.

Tengku Zawawi (1999) pula menyatakan bahawa kurikulum sekolah yang

telah digubal oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah digabungkan dengan

aspek teknologi sebagai satu daya usaha ke arah untuk menyemai dan memupuk

serta menarik minat pelajar dan sekali gus membentuk sikap yang positif terhadap

perkembangan teknologi masa kini. Maka dengan adanya penerapan ini, suatu

perubahan akan jadi lebih menarik di mana membantu proses penyampaian ilmu

dapat disampaikan dengan berkesan dan interaktif.

Kredibiliti pendidikan menjadi tumpuan utama dalam perancangan

pembangunan negara apabila bekas Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi juga telah menggesa supaya rakyat menguasai teknologi

maklumat dan komunikasi ICT dimana beliau tidak mahu melihat berlakunya lagi

fenomena kemiskinan digital dikalangan masyarakat di seluruh negara (Berita

Harian; 21 Ogos 2007). Disini, dapat dilihat bahawa institusi pendidikan bertindak

sebagai pemangkin kepada pembangunan lestari sesebuah negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Tidak dinafikan lagi bahawa penggunaan komputer sekitar tahun 70-an dan

80-an tidak berjaya membawa perubahan terhadap organisasi sesebuah sekolah.

Namun demikian, dengan adanya penubuhan sekolah bestari yang dilakukan oleh

kerajaan, ianya mampu menjadi pemangkin kepada penggunaan komputer pada masa

sekarang. Bagi melahirkan generasi muda yang berkemahiran dalam menggunakan

komputer, ianya harus dimulakan di sekolah dimana golongan pendidik dijadikan

sebagai model serta contoh teladan kepada golongan pelajar.

Menurut kajian Keong Ngang et al. (2006), di dalam Surat Pekekeliling

Ikhtisas Bil. 11/2002, kerajaan mencadangkan Teknologi Komunikasi Maklumat

(ICT) memainkan peranan yang penting untuk memudahkan dan membantu guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana bajet 2003 telah

memperuntukkan RM5 billion untuk empoh Tahun 2002 hingga 2008 bagi

melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga pengajar, menyediakan

geran perintis kepada sekolah-sekolah dan juga peralatan bantuan pengajaran dan

pendidikan.

Hasilnya, penggunaan komputer di sekolah kini berada di tahap yang

maksimum apabila setiap guru mula menggunakannya sebagai alat bantu mengajar

(ABM) di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di

sini, kecekapan dan kesediaan guru dalam mengurus masa dan merancang

pengajaran dapat dilihat supaya tidak akan berlaku sebarang masalah ketika proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Menurut Jung (2005), guru merupakan satu profession yang mencabar di

dalam masyarakat pada masa kini dimana pengetahuan berkembang dengan pesatnya

dan teknologi pada masa kini memerlukan guru-guru yang mahir dalam

menggunakan teknologi ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Melihat pada

keperluan dunia hari ini, teknologi merupakan satu keperluan penting dalam

pengajaran dan pembelajaran. Bagi menggalakkan penggunaan komputer di sekolah,

ianya boleh dimulakan dengan pentadbiran organisasi sekolah supaya kecekapan

organisasi pentadbiran setiap sekolah dapat dilihat seterusnya matlamat kerajaan

melahirkan warga yang celik IT dapat dilaksanakan.

Atas kesedaran ini, pembangun telah memilih rancangan mengajar harian

guru (lesson plan) sebagai satu sistem halaman web untuk dihasilkan. Dalam

pembagunan sistem ini, pembangun menekankan disiplin seorang guru bagi

menggalakkan penggunaan komputer di sekolah, dengan menganggap bahawa

penggunaan komputer dapat membantu guru dan organisasi pentadiran sekolah di

dalam merancang dan mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran harian

pelajar dimana guru perlu melengkapkan rancangan pengajaran harian mereka

melalui atas talian setiap kali sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan. Hal ini dapat membantu memudahkan guru membuat persediaan yang

lengkap sebelum mereka masuk ke kelas. Perancangan mengajar secara atas talian ini

juga dapat membantu pengetua sekolah untuk menyemak seterusnya mengesahkan

rancangan pengajaran harian guru. Dengan hanya memasukkan kata laluan dan

nombor kata kunci, rancangan pengajaran harian setiap guru akan dapat dilihat.

1.3 Pernyataan Masalah

Di dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang

berkemahiran menggunakan komputer, penggunaannya di dalam sistem pendidikan

Malaysia kini dikatakan sedang rancak bermula. Walau bagaimanapun, sistem sedia

ada yang berkaitan pengurusan sekolah adalah sedikit berbanding sistem yang lain.

Setelah menjalani sesi latihan mengajar di salah sebuah sekolah menengah,

pembangun melihat kesukaran guru di dalam merancang dan mengemaskini

rancangan pengajaran harian mereka. Secara tidak langsung, komitmen dan

tanggungjawab setiap guru dapat dilihat dalam melaksanakan tugas harian seterusnya

memberi impak yang mencerminkan imej dan prestasi buruk golongan pendidik di

sekolah. Sehubungan dengan itu, pembangun membangunkan sistem ini bertujuan

untuk membantu guru-guru menyediakan rancangan pengajaran harian mereka. Ini

sejajar dengan saranan bekas Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Dengan adanya pengenalan penggunan ICT di sekolah sama ada di kawasan bandar

dan luar bandar, penggunaan teknologi ICT diharapkan mampu melengkapkan lagi

satu keperluan guru seluruh Malaysia yang memerlukan perubahan di dalam

pengajaran.

1.4 Objektif Pembangunan

Antara objektif pembangunan yang ingin dicapai oleh pembangun ialah:

i. Merekabentuk sistem persediaan rancangan mengajar harian guru di

sekolah.

ii. Membagunkan sistem persediaan rancangan mengajar harian guru di

sekolah.