universiti teknologi malaysia borang pengesahan … fileuniversiti teknologi malaysia borang...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBELAJARAN INKUIRI ASID DAN BES KBSM MELALUI LAMAN WEB
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NOOR DAYANA BT ABD HALIM (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 31, LORONG TERTATAI 2/19, PROF. MADYA MOHAMAD BILAL ALI BANDAR BARU KUALA SELANGOR Nama Penyelia 45000, KUALA SELANGOR SELANGOR Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ____________________
Nama Penyelia : Prof. Madya Mohamad Bilal Ali
Tarikh : 30 April 2009
i
PEMBELAJARAN INKUIRI ASID DAN BES KBSM MELALUI LAMAN WEB
NOOR DAYANA ABD HALIM
Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ____________________
Nama Penulis : Noor Dayana Abd Halim
Tarikh : 30 April 2009
iii
Buat abah tersayang... En Abd Halim Abdullah
Terima kasih atas dorongan dan semangat yang diberikan kepada anakmu sepanjang hidup ini
Tidak dilupa adik-adik yang dikasihi, Khairul Ikhwan dan Khairul Anwar
Yang sentiasa berada dimana sahaja diperlukan
Buat sahabat tersayang Nurbiha dan Nurul Aini
Jasa kalian takkan dilupakan Kita sentiasa senang dan susah bersama dalam
meneruskan pengajian ini
Dan juga Pensyarah Apa yang diajar sentiasa diingati dan akan digunakan kelak
Terima Kasih Semua.............
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, dengan limpah kurnianya sempurnalah Projek Sarjana Muda ini dengan hasil yang cukup baikdan memberangsangkan.
Pertamanya, terima kasih diucapkan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda I, En Juhazren Junaidi dan Penyelia Projek Sarjana Muda II, Prof. Madya Mohamad Bilal Ali atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Cadangan serta kritikan yang diberikan memberi impak yang positif dan mendalam dalam penghasilan projek ini.
Seterusnya ucapan terima kasih kepada keluarga terutama ayahanda dan adik-adik yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dorongan dalam menempuh pengajian di universiti.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan Nurbiha A.Shukor dan Nurul Aini Md Desa yang sentiasa mengambil berat perihal diri ini dan membantu di saat susah. Seterusnya kepada Fatimah Hishamuddin yang memberi tunjuk ajar dalam penghasilan animasi. Dengan bantuan kalian penghasilan projek ini dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.
Akhirnya, kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang sentiasa memantau serta menilai diri ini dari semasa ke semasa. Dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dangan penghasilan projek sarjana muda ini. Terima kasih diucapkan.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk membangunkan laman web kimia Acids and Bases
mengikut sukatan pelajaran kimia tingkatan empat KBSM. Kandungan utama laman
web ini adalah pembelajaran kendiri topik Acids and Bases dengan mengaplikasikan
teori konstruktivisme dan pendekatan inkuiri penemuan. Laman web ini meliputi
konsep-konsep utama berkenaan tajuk ini seperti “Concept and Chemical Properties
of Acids and Bases”, “Role of Water to Show the Properties of Acids and Alkalis”
dan “Strength of Acids and Alkalis”. Selain itu, elemen dalam model motivasi ARCS
juga turut diaplikasikan dalam pembangunan laman web ini. Bahagian rekabentuk
pula mengaplikasikan model Hannafin & Peck sebagai model rekabentuk. Laman
web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8
sebagai platform utama dan perisian sokongan seperti Macromedia Flash 8 dan
Adobe Photoshop CS2 dan Sound Forge 7. Kesimpulannya, di harapkan kajian ini
dapat membantu para pelajar mengatasi masalah miskonsepsi dalam tajuk ini serta
dapat dijadikan rujukan tambahan atau alternatif oleh para pelajar, guru serta
masyarakat yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang tajuk Acid and Bases ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of the project is to develop web based learning material on
Chemistry Form 4 syllabuses. This website enables users to learn by their own on
Acids and Bases topics. Constructivism theory and inquiry based learning approach
were engaged in the website development. The main subtopics contain in this website
are “Concept and Chemical Properties of Acids and Bases”, “Role of Water to Show
the Properties of Acids and Alkalis” dan “Strength of Acids and Alkalis”. Else, the
motivation components’, ARCS also integrated in this website. This website has been
developed using the Macromedia Dreamweaver 8 as the main platform and
Macromedia Flash 8 dan Adobe Photoshop CS2 dan Sound Forge 7 as supportive
software. Finally, it is hope that this website become as a reference for students to
learn this subtopic and to overcome their misconception about Acids and Bases.
Others, this website is also useful for teachers and other people to get information
more about Acids and Bases.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Projek 9
1.5 Kepentingan Projek 10
1.5.1 Pelajar 10
1.5.2 Guru 11
1.5.3 Masyarakat 11
1.5.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 11
1.6 Batasan Projek 12
1.7 Rasional Projek 12
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Kimia 12
viii
1.8.2 Inkuiri penemuan 13
1.8.3 Konstruktivisme 13
1.8.4 Laman Web 13
1.8.5 Internet 14
1.8.6 Pengajaran dan Pembelajaran 14
1.8.7 Miskonsepsi 14
1.9 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Pembelajaran berbentukan komputer 17
2.2.1 Kelebihan PBK dalam pembelajaran kimia 21
2.3 Penggunaan internet dan web dalam P&P 23
2.3.1 Kelebihan penggunaan internet dalam 26
pembelajaran kimia
2.4 Teori pembelajaran konstruktivisme 28
2.4.1 Aplikasi konstruktivisme dalam PBK atau 30
laman web
2.5 Pendekatan inkuiri penemuan 32
2.5.1 Aplikasi pendekatan inkuri penemuan 35
dalam laman web
2.6 Model motivasi ARCS 38
2.6.1 Attention (Perhatian) 39
2.6.2 Relevance (Relevan) 39
2.6.3 Confidence (Keyakinan) 39
2.6.4 Satisfaction (Kepuasan) 40
2.7 Penutup 40
3 REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 41
ix
3.2 Model Pembangunan 42
3.3 Aplikasi Model 43
3.3.1 Fasa Analisis Keperluan 43
3.3.1.1 Analisis kumpulan sasaran 43
3.3.1.2 Analisis kandungan pelajaran 43
3.3.2 Fasa Reka Bentuk 45
3.3.2.1 Reka bentuk informasi 46
3.3.2.2 Reka bentuk interaksi 48
3.3.2.3 Reka bentuk antaramuka 50
3.3.2.4 Carta Alir 53
3.3.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 55
3.3.3.1 Perkakasan 56
3.3.3.2 Perisian 60
3.3.3.3 Perisian web browser 57
3.2.4 Fasa Penilaian dan Penambahbaikan 58
3.3 Penutup 59
4 HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 60
4.2 Struktur Asas Laman Web 61
4.2.1 Paparan Menu Utama (Home) 61
4.2.3 Paparan Ruangan Pembelajaran (Learn) 61
4.2.4 Paparan Ruangan More Info 64
4.2.5 Paparan Ruangan Latihan (Quizzes) 65
4.2.6 Paparan Ruangan Help 66
4.2.7 Paparan Ruangan Web Master 67
4.3 Aplikasi teori konstruktivisme dalam laman web 68
4.4 Aplikasi pendekatan inkuiri dalam laman web 71
4.4.1 Paparan Have You Ever Wondered? 72
4.4.2 Paparan I Think That... 74
x
4.4.3 Paparan Let’s Investigate 74
4.4.4 Paparan What Have I Learned? 75
4.4.5 Paparan Ruangan Forum 76
4.4.6 Paparan Ruangan Chat 77
4.5 Aplikasi Model Motivasi ARCS dalam laman web 78
4.5.1 Aplikasi komponen Attention (Perhatian) 78
4.5.2 Aplikasi komponen Relevance (Relevan) 79
4.5.3 Aplikasi komponen Confidence (Keyakinan) 80
4.5.3 Aplikasi komponen Satisfaction (Kepuasan) 80
4.6 Rekabentuk Laman Web 81
4.7 Penilaian 82
4.8 Penutup 86
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Rumusan Laman Web 87
5.2.1 Kekuatan laman web 88
5.2.2 Kelemahan Laman Web 90
5.3 Perbincangan 90
5.4 Cadangan 92
5.5 Refleksi Kendiri 92
5.6 Kesimpulan 93
5.6 Penutup 93
RUJUKAN 94
LAMPIRAN 1 - 4
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT
4.1 Implementasi ciri-ciri teori konstruktivisme 68
dalam laman web
4.2 Implementasi komponen Attention (Perhatian) 78
dalam laman web
4.3 Implementasi komponen Relevance (Relevan) 79
dalam laman web
4.4 Implementasi komponen Confidence (Keyakinan) 80
dalam laman web
4.5 Implementasi komponen Satisfaction (Kepuasan) 80
dalam laman web
4.6 Hasil penilaian pakar terhadap reka bentuk 83
interaksi laman web
4.7 Hasil penilaian pakar terhadap reka bentuk 84
interaksi laman web
4.8 Hasil penilaian pakar terhadap reka bentuk 84
antaramuka laman web
4.9 Hasil penilaian pakar terhadap isi kandungan 85
laman web
4.10 Hasil penilaian pakar terhadap strategi pengajaran 85
laman web
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT
2.1 Model Inkuiri Harwood (2004) 37
2.2 Model Motivasi ARCS 38
3.1 Model Pembangunan Hannafin & Peck 43
3.2 Struktur Hirarki Penyampaian Informasi 47
3.3 Pergerakan mata pengguna semasa mempelajari 50
isi kandungan dalam laman web
3.4 Carta alir laman web Acids and Bases 54
3.5 Carta alir ruangan Learn 54
4.1 Paparan ruangan Home 62
4.2 Paparan ruangan Learn 63
4.3 Paparan ruangan Objectives, Flash Back dan Pit Stop 64
4.4 Paparan ruangan More Info 65
4.5 Paparan ruangan Quizzes 66
4.6 Paparan ruangan Help 67
4.7 Paparan ruangan Web Master 68
4.8 Paparan ruangan Content Relationship 70
4.9 Paparan ruagan Content Mapping 71
4.10 Paparan ruangan Have You Ever Wondered? 72
bagi subtopik Concept and Chemical Properties
of Acid and Base
4.11 Paparan ruangan Have You Ever Wondered 73
bagi subtopik Role of Water to Show the Properties
of Acids and Alkalis
4.12 Paparan ruangan Have You Ever Wondered? 73
bagi subtopik Strength of Acids And Alkalis
xiii
4.13 Paparan ruangan I Think That.. 74
4.14 Paparan ruangan Let’s Investigate 75
4.15 Paparan ruangan What Have I Learned? 76
4.16 Paparan ruangan Forum 77
4.17 Paparan ruangan Chat 78
4.18 Contoh multimedia animasi 79
4.19 Ruangan What Have I Learned? 80
yang menyatakan ucapan Congratulation
4.20 Paparan kuiz yang menyatakan audio berbunyi 81
“Excellent”
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN PENERANGAN
ARCS Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction
CD ROM Compact Disk Read Only Memory
ICT Information, Communication and Technology
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
WWW World Wide Web
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
1 Borang senarai semak pengaplikasian teori 105
Konstruktivisme dalam laman web
2 Borang senarai semak pengaplikasian pendekatan 108
Inkuiri Penemuan dalam laman web
3 Borang senarai semak pengaplikasian komponen 110
Motivasi ARCS dalam laman web
4 Borang soal selidik reka bentuk laman web 113
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Perkembangan dunia teknologi serta projek Multimedia Super
Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara
negara-negara maju di seluruh dunia. Kepesatan teknologi ini juga memberi
impak yang besar dalam dunia pendidikan. Ini disebabkan, persaingan
masyarakat dunia yang lebih terkehadapan dalam era 21 dan perubahan
masyarakat bermaklumat telah menimbulkan cabaran baru dalam institusi
pendidikan. Bagi negara Malaysia, untuk mencapai Wawasan 2020 dan
dalam usaha untuk melahirkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk
mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) adalah perlu.
Bidang pendidikan telah lama diterima sebagai tunggak pembangunan
ekonomi alaf baru kerana ia dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu
dan berakhlak mulia (Hishammuddin, 2002). Wan Mohd Zahid (1993) menyatakan
untuk mencapai sistem pendidikan yang cemerlang, perlulah berganjak dari norma
kebiasaan kepada yang lebih kreatif, inovatif dan imiginatif. Justeru, kedatangan alaf
baru telah memperkenalkan teknologi maklumat yang membawa perubahan besar
dalam suasana pengajaran dan pembelajaran.
2
Jika dahulu, guru di sekolah hanya menggunakan kapur dan papan hijau
untuk mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar. Kini, penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu fenomena yang
janggal. Ini kerana, aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah
sebagai satu daya usaha dalam memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi (Tengku Zawawi, 2001).
Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan
memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, dan kreatif dengan
menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997). Maka, atas sebab inilah Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Sekolah Bestari sebagai langkah permulaan
dan sekaligus bertindak mengisi perancangan dan pelaksanaan projek MSC. Selain
itu, projek Pembestarian Sekolah juga dilaksanakan dengan mengaplikasikan konsep
Sekolah Bestari agar sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden
mengikut arus pembangunan semasa (Hishammuddin, 2005). Pelaksanaan kedua-
dua projek ini, dilihat boleh membuka ruang kepada guru dan pelajar dalam
mendedahkan mereka dengan teknologi maklumat yang mana dapat meningkatkan
lagi kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam dunia pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer meliputi aspek penggunaan CD-ROM atau secara atas talian melalui
internet. Menurut Zaharah (2007), pembelajaran berasaskan internet merupakan
pendekatan baru dalam proses P&P iaitu mengintegrasikan teknologi komputer
maklumat (ICT) dalam bahan bantu mengajar. Bagi aspek penggunaan internet ini,
laman-laman web pendidikan digunakan sebagai bahan rujukan kepada guru dan
pelajar. Pembelajaran berasaskan web merupakan salah satu cara pembelajaran yang
dipelopori dalam konsep sekolah bestari (Tina, n.d). Crumlish (1996) mencadangkan
supaya laman web dalam pendidikan di gunakan sebagai tutor, pusat sebaran dan
penerbitan, medan perbincangan (forum) dan pemandu (search engine).
Kajian oleh Hossein (2002) dalam (Tina (n.d)) mengatakan, pengajaran
interaktif adalah merujuk kepada pendekatan pengajaran menggunakan bahan
pengajaran berasaskan web agar dapat mengwujudkan persekitaran yang
3
menggalakkan penyertaan maksimum pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan
guru. Dari aspek pembelajaran pula, pembelajaran kendiri dapat diaplikasikan
apabila pelajar menggunakan laman web kerana pelajar bebas untuk menentukan
sendiri urutan pembelajaran mereka.
1.2 Latar belakang masalah
Kimia adalah satu cabang sains yang penting untuk dipelajari kerana kimia
membolehkan pelajar mengetahui dan memahami fenomena yang berlaku
disekeliling mereka (Taber, 2002). Walaubagaimanapun subjek kimia berkait rapat
dengan konsep-konsep yang abstrak dan ini menyebabkan kesukaran kepada pelajar
untuk memahaminya (Sirhan, 2007). Oleh itu, matapelajaran kimia melibatkan
kemahiran daya pemikiran kreativiti pelajar pada aras yang tinggi (Abu Hassan,
2003). Sirhan (2007) juga mengatakan kebanyakkan kandungan konsep kimia
diperjelaskan dengan cara makroskopik, mikroskopik, dan simbolik. Ini
menyebabkan timbulnya konflik dan kekeliruan dalam mempelajari ilmu kimia.
Telah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai pelajar menganggap kimia
sebagai satu matapelajaran yang sukar dan ini menyebabkan mereka tidak
meminatinya (Alias, 1998). Kebanyakkan pelajar mengatakan mata pelajaran kimia
banyak melibatkan konsep-konsep yang abstrak dan sukar dibayangkan oleh
pemikiran mereka. Menurut Taber (2002), pelajar memerlukan imiginasi dan daya
pemikiran yang tinggi untuk menguasai sesuatu konsep kimia. Pemahaman sebenar
bukanlah hanya mengetahui konsep utama tetapi boleh mengaplikasikannya serta
menerangkannya dengan jelas dan mudah difahami. Inilah kesukaran yang di alami
oleh pelajar apabila mereka mempelajari kimia (Sirhan, 2007).
Berdasarkan huraian sukatan mata pelajaran kimia tingkatan 4 dan 5
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pembangun dapat melihat secara
keseluruhan bahawa beberapa topik yang perlu diberikan perhatian dan sentiasa
menjadi fokus kepada para guru kimia. Antara topik yang menjadi fokus seperti
struktur atom, garam, elektrokimia, tindak balas redok, asid dan bes, hidrokarbon dan
4
termokimia (Mohd Hazli, 2007). Topik-topik yang dinyatakan amatlah menjadi
masalah dan terdapat pelbagai miskonsepsi oleh para pelajar. Manakala. kajian oleh
Mei-Hung Chiu (2005), menyatakan bahawa topik-topik dalam matapelajaran kimia
yang sukar serta boleh menimbulkan miskonsepi adalah persamaan kimia,
pengoksidaan dan penurunan, elektrolisis, jirim dan juga asid dan bes.
Miskonsepsi dapat diertikan sebagai idea yang tidak diterima dalam idea
saintifik yang mana ianya timbul kesan daripada pengalaman hidup seharian (Head,
1982). Miskonsepsi juga ditafsirkan oleh Zurida dan Norhaidah (2006) sebagai salah
tanggapan di mana idea yang dibentuk adalah tidak selaras dengan konsep yang
sebenar. Kadang kala, dalam usaha memahami pengajaran daripada para guru, para
pelajar sebenarnya mungkin akan membina kefahaman sendiri dan kefahaman ini
akan menjadi pengetahuan yang amat lemah dan secara tidak langsung menghasilkan
miskonsepsi.
Kebanyakkan konsep dalam matapelajaran kimia adalah berkaitan dan
berhubungan antara satu sama lain. Salah satu konsep asas yang penting dalam
mempelajari kimia adalah konsep asid dan bes (Gokhan, Alipasa dan Hulya, 2005).
Subtopik asid dan bes adalah berkaitan dengan konsep kimia yang lain contohnya
seperti jirim, persamaan kimia, tindak balas kimia dan stoikiometri, larutan,
pengoksidaan dan penurunan dan keseimbangan kimia. Banyak kajian telah
dijalankan menunjukkan bahawa ramai pelajar mengalami masalah dalam
pemahaman konsep asid dan bes.
Kajian oleh Cros et al. (1986) menunjukkan bahawa pelajar tidak mampu
menerangkan fenomena konkrit yang berlaku disebalik tindak balas asid dan bes.
Pelajar juga gagal memberi contoh asid dan bes lemah serta menyalahtafsirkan pH
sebagai alat pengukuran darjah keasidan sahaja. Kajian beliau pada dua tahun
berikutnya 1988, pula menyatakan bahawa pelajar mendifinisikan asid adalah bahan
yang mempunyai pH kurang dari 7. Ini bertentangan dengan definisi yang diberikan
oleh Arrhenius yang mendifinisikan asid adalah bahan yang membebaskan ion
hidrogen (H+) apabila bahan itu bertindak balas dengan air. Ross dan Munby (1991)
melaporkan bahawa pelajar mendifinisikan asid sebagai bahan yang mempunyai rasa
masam dan mengeluarkan haba. Perbezaan definisi antara teori Bronsted dan
5
Arrhenius turut mengelirukan pelajar. Konsep penderma dan penerima atom
digunakan dalam teori Bronsted-Lowry manakala konsep menderma dan menerima
ion hidrogen (H+), digunakan dalam teori Arrhenius. Pelajar didapati amatlah sukar
melihat kesinambungan antara kedua-dua teori ini dalam menjelaskan definisi asid
dan bes (Hawkes, 1992).
Seterusnya, kajian oleh Schmidt (1995) dalam (Gokhan, Alipasa dan Hulya,
2005) pula mendapati pelajar tidak dapat menciri dan membezakan asid dan bes
dengan betul. Kajian yang dilakukan oleh Barker pada tahun yang sama (1995),
mengatakan bahawa pelajar gemar menerangkan makna asid menggunakan perkataan
“memakan” atau menghakis bahan tanpa merujuk kepada kandungan zarahnya.
Walaupun pelajar tahu untuk mengukur pH dan tahu sifat menghakis sesuatu bahan
asid, namun pelajar tetap sukar untuk mengaitkan ciri asid dengan kandungan zarah
di dalamnya. Driver et al. (1994) dalam (Gokhan, Alipasa, Hulya, 2005) mengatakan
bahawa kebanyakkan pelajar membentuk kesemua miskonsepsi idea asid dan bes ini
adalah berdasarkan pengalaman harian seperti merasa makanan masam, membaca
iklan tentang mandian asid dan fenomena hujan asid tanpa menjalankan kajian atau
merujuk kepada yang pakar.
Hand dan Treagust (1991) telah mengenalpasti beberapa miskonsepsi dalam
minda pelajar terhadap topik asid dan bes ini. Antaranya, asid adalah bahan yang
memberi hakisan apabila terkena sesuatu bahan seperti kayu dan besi, proses
peneutralan adalah proses menghilangkan sifat asid dan asid kuat menghakis lebih
cepat berbanding asid lemah.
Seterusnya, pada tahun 1993, kajian yang dijalankan oleh Nakhleh & Krajcik
pula memperoleh tiga idea utama konsep asid dan bes di kalangan pelajar iaitu,
pertama, asid dan bes tidak bertindak balas tetapi cuma membentuk satu campuran
fizikal. Kedua, asid dan bes bertindak balas tetapi dengan hanya melekat bersama
membentuk partikel. Konsep yang ketiga pula, pelajar menyatakan tindak balas ion
hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH- hanya sesuai untuk membentuk garam larut
bukannya tindak balas peneutralan.
6
Kajian yang dijalankan oleh Cris Horton (2001) di Arizona State University
juga telah menyenaraikan dua miskonsepsi yang selalu terjadi di kalangan pelajar
dalam tidak balas kimia iaitu apabila asid dicampurkan dengan bes, asid akan
meneutralkan bes untuk menjadi larutan neutral tanpa mengambilkira kuantiti bahan
tindak balas yang dicampurkan. Selain itu,pelajar juga mendifinisikan proses
penuetralan adalah proses memansuhkan ion hidrogen (H+), dan ion hidroksida,
(OH-).
Mei-Hung Chiu (2005) dalam kajiannya juga telah menyatakan empat
miskonsepsi pelajar dalam tajuk ini. Pertama, pelajar menyatakan larutan asid dan
bes mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama. Kedua, pelajar menganggap
bahawa larutan seperti natrium bikarbonat dan asid asetik menjadi neutral kerana
proses peneutralan tanpa dapat menerangkan tindak balas yang berlaku dengan tepat.
Ketiga, pelajar menganggap lebih banyak molekul hidrogen dalam asid itu, lebih kuat
sifat sesuatu asid dan seterusnya keempat, pelajar menganggap molekul hidrogen itu
hanya boleh larut dalam larutan ionik sahaja. Merujuk kepada kesemua miskonsepsi
yang telah disenaraikan, pelajar akan mengalami kesukaran untuk mempelajari topik-
topik berkaitannya seperti persamaan kimia dan tindak balas kimia seperti yang telah
dinyatakan oleh Gokhan, Alipasa dan Hulya (2005).
Di samping konsep-konsep kimia yang sememangnya sukar di fahami,
kaedah penyampaian maklumat oleh guru juga boleh mempengaruhi keberkesanan
kefahaman pelajar. Kaedah penyampaian mata pelajaran kimia seharusnya menjalani
anjakan paradigma dari kaedah tradisi kepada pendekatan alternatif seperti
kolaboratif, kendiri, pembelajaran berasakan masalah dan sebagainya menerusi
multimedia interaktif yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses P&P.
Gokhan, Alipasa dan Hulya (2005) mencadangkan bahawa guru haruslah
menggunakan bahan dan strategi pengajaran yang menggalakkan pelajar berfikir
secara aktif terutamanya dalam membantu pelajar membentuk konsep dalam topik
asid dan bes. Jika dibandingkan dengan pendekatan secara objektivisme, guru
hanyalah sebagai penyalur pengetahuan dan pelajar hanya menerima ilmu tanpa
terlibat secara aktif di dalam bilik darjah (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006).
7
Selain itu juga, hasil analisa pembangun terhadap pembangunan laman web
Projek Sarjana Muda yang lepas, didapati bahawa terdapat beberapa kekurangan
yang mana kekurangan ini boleh ditingkatkan semasa membangunkan laman web ini.
Antaranya ialah, tiada pengaplikasian pendekatan pembelajaran. Laman web yang
telah dibangunkan hanya menerapkan teori konstruktivisme secara umum
menggunakan ciri pembelajaran yang telah disenaraikan oleh Robert Gagne (1985).
Selain itu, menurut cadangan yang diutarakan oleh Zaharah (2007) dan juga Nurul
Huda (2007), elemen multimedia seperti audio dan video haruslah diintegrasikan di
dalam laman web bagi tajuk asid dan bes agar proses pembelajaran dapat berlaku
dengan lebih berkesan.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kimia SPM boleh
digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk menjadikan proses P&P lebih
menarik dan tidak terlalu stereotaip. Kajian daripada De Tong (1995), menyatakan
bahawa pengajaran berasaskan komputer dapat memberikan pengalaman kepada
pelajar dalam memperbetulkan salah faham konsep mereka selama ini. Lembaga
Peperiksaan Malaysia memberi cadangan kepada guru untuk mempelbagaikan
kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar, menggunakan bahan-bahan
yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan, dan untuk memperjelas sesuatu
konsep, serta mengajar dengan teknik yang kreatif menggunakan literasi komputer
yang interaktif.
Dengan ini, pelajar akan berasa seronok dan tidak berasa bosan untuk
mengikuti proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Minat terhadap subjek kimia
juga dapat dipupuk. Seterusnya, keseronokan yang dirasai dapat membantu pelajar
memahami konsep dengan lebih mudah dan seterusnya dapat mengingatinya dengan
lebih cepat.
Interaktivi di dalam multimedia akan menjanjikan keseronokan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Multimedia juga memudahkan banyak proses
penyaluran ilmu. Halaman web yang berteraskan multimedia boleh digunakan secara
berkesan bagi tujuan penyampaian sesuatu isi pelajaran dengan mudah dan efektif
(Jamalludin dan Zaidatun, 2000). Dalam membincangkan potensi pembelajaran
berasaskan web, Hill (1997) dalam Tina (n.d) menyatakan bahawa pembelajaran web
8
memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi strategi berfikir pada aras tinggi
dengan menggalakkannya berfikir secara mencapah dan berbagai perspektif. Sanders
dan Morrison-Shetlar (2001) dalam Tina (n.d) juga turut mendapati bahawa
pembelajaran web memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi sacara
sinkroni antara satu sama lain, mempunyai kesan positif yang tinggi terhadap
pembelajaran dan kemahiran berfikir secara kritis.
Disamping itu, pengimbas World Wide Web merupakan satu aplikasi yang
membolehkan maklumat dicapai dengan mudah serta mempunyai kawalan oleh
pengguna yang tinggi (Alessi & Trollip, 1991). Maklumat yang dapat disebarkan
melalui Web juga lebih dinamik dan boleh diubah oleh pembangun pada bila-bila
masa mengikut keperluan. Berbanding dengan aplikasi multimedia yang lain
contohnya seperti Compact Disk Read Only Memory (CD-ROM), maklumat yang
disampaikan adalah lebih bersifat statik (Read Only Memory) (Baharuddin,
Jamaluddin & Zaidatun, 2000).
Justeru, dalam mengatasi miskonsepsi dan kebosanan pelajar terhadap mata
pelajaran kimia umumnya bagi tajuk asid dan bes, pembinaan dan pengaplikasian
multimedia seperti halaman web dapat meningkatkan lagi kualiti pembelajaran.
Nakhlek et al., (1993) dalam Gokhan, Alipasa, Hulya (2005) telah mencadangkan
bahawa cara yang terbaik untuk guru-guru yang ingin mengajar matapelajaran kimia
yang melibatkan pemahaman konsep terutama bagi tajuk asid dan bes adalah dengan
menggunakan aktiviti berasaskan komputer (Computer-Based Activity). Ini
dibuktikan oleh Noraini (2001) yang menyatakan keberkesanan perisian multimedia
asid dan bes menunjukkan terdapat sedikit kemajuan dalam pencapaian pelajar
daripada ujian pra dan pos. Kefahaman pelajar selepas menggunakan perisian
tersebut telahpun meningkat.
Tuntasnya, seperti yang telah diketahui konsep asid dan bes banyak dikaitkan
dengan suasana dan persekitaran pelajar. Oleh yang demikian, Web yang
menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme dengan pendekatan inkuiri
penemuan dapat menggalakkan pelajar melakukan refleksi dan mengkaji maklumat
daripada soalan-soalan terbuka yang dikemukakan. Web juga amatlah sesuai
digunakan dalam pembelajaran penerokaan dalam situasi pembelajaran yang
9
berbentuk inkuiri penemuan dan pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian
masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
1.3 Pernyataan Masalah
Nakhleh & Krajcik (1993) menyatakan bahawa asid dan bes adalah satu topik
dalam matapelajaran kimia yang sukar di sekolah menegah. Aziz (1996) juga
mengatakan bahawa, pelajar sering mengalami masalah dalam subjek kimia kerana
kandungan matapelajaran kimia yang mengandungi konsep yang sukar difahami serta
perkaitan konsep yang rumit. Sehingga kini, pelajar masih lagi tidak dapat membina
struktur konsep kimia dengan betul (Mei-Hung Chiu, 2005). Selain itu, pendekatan
dan cara pengajaran secara tradisional menimbulkan kebosanan terhadap pelajar.
Guru hanya berperanan sebagai penyampai maklumat satu hala tanpa melibatkan
pelajar menjadi aktif. Sungguhpun guru menggunakan strategi pengajaran yang
melibatkan pelajar aktif, namun penggunaan web dengan pelbagai elemen
multimedia dijangka dapat membantu guru menerangkan konsep-konsep kimia yang
abstrak. Ini seterusnya dapat meningkatkan kefahaman dan memperbaiki
miskonsepsi dalam minda pelajar. Oleh itu, pembelajaran berasaskan web dengan
menggunakan pendekatan inkuiri penemuan akan digunakan untuk mengatasi
masalah ini.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini adalah untuk membangunkan laman web interaktif kimia
tingkatan 4 KBSM bagi tajuk asid dan bes dengan ciri berikut :-
i. Mengaplikasikan teori konstruktivisme dan pendekatan inkuiri
penemuan.
10
ii. Menerapkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio,
video dan animasi.
1.5 Kepentingan Projek
Projek yang dihasilkan ini adalah untuk kepentingan semua lapisan
masyarakat amnya. Walaubagaimanapun, projek ini dibangunkan khas kepada
beberapa pihak yang terlibat secara langsung terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran kimia tingkatan empat. Antara pihak yang terlibat adalah :-
1.5.1 Pelajar
Web ini merupakan sumber rujukan alternatif bagi para pelajar yang
mengambil subjek kimia khususnya pelajar tingkatan 4 dan 5. Ini kerana topik asid
dan bes merupakan topik yang terkandung dalam silibus kimia tingkatan empat.
Antara subtopik yang menjadi asas kepada pemahaman dan pembentukan konsep
bagi topik ini adalah ciri-ciri asid dan bes, fungsi air dalam menunjukkan sifat asid
bes, dan konsep kepekatan ion hidrogen dan ion hidroksida serta kaitannya dalam
menentukan nilai pH sesuatu bahan. Oleh itu, topik ini akan menjadi asas kepada
pembentukan konseptual dan kefahaman untuk topik berikutnya, iaitu topik garam.
Seterusnya, laman web ini menjadikan pelajar bebas memilih dan
menetapkan waktu mengikut kehendak masing-masing untuk belajar. Ini bermakna
pelajar bebas untuk belajar pada waktu yang dianggap sesuai bagi mereka. Pelajar
juga berpeluang meneroka dan membina pengetahuan dalam suasana pembelajaran
yang mengikut kemampuan sendiri. Di samping itu,warna yang ceria serta pelbagai
media yang digunakan seperti audio, video dan animasi akan meningkatkan motivasi
pelajar untuk mempelajari kandungan pelajaran.
11
1.5.2 Guru
Kepentingan projek ini juga adalah sebagai sumber alternatif kepada para
guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Penggunaan web ini dapat
membantu guru menyampaikan isi pengajaran dengan lebih berkesan dan pantas
berbanding pengajaran tradisonal yang mengambil masa yang agak lama dan sangat
membosankan. Selain itu, web ini juga boleh digunakan untuk mempelbagaikan alat
bantu mengajar dan seterusnya mengubah peranan guru di mana guru hanya
bertindak sebagai fasilitator dengan memantau pembelajaran pelajar menggunakan
web ini dan bukannya sebagai penyalur maklumat secara mutlak.
1.5.3 Masyarakat
Web ini boleh digunakan oleh masyarakat sebagai sumber rujukan untuk
mempelajari konsep asas asid dan bes. Tidak kira sesiapa sahaja, semua lapisan
masyarakat boleh menggunakan informasi dalam web ini untuk menambah
pengetahuan. Justeru, pembangun merasakan laman web ini dapat membantu
mereka yang bukan profesional dalam bidang sains atau sains tulen untuk mendalami
konsep kimia khususnya bagi tajuk asid dan bes.
1.5.4 Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kebiasaannya membuat perisian dalam
bentuk cakera padat (compact disc) yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah sebagai
kaedah pengajaran berbantukan komputer. Namun, sebagai langkah alternatif
perisian berasaskan laman web ini dapat gunakan untuk mempelbagaikan lagi kaedah
pengajaran di sekolah-sekolah.
12
1.6 Batasan Projek
Perisian berasaskan web ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran
kimia tingkatan 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran
Malaysia. Selanjutnya, teori pembelajaran yang diaplikasikan dalam laman web ini
adalah teori konstruktivisme. Dari aspek pendekatan pula, web ini menggunakan
pendekatan inkuiri penemuan untuk proses penyampaian maklumat kepada pelajar.
1.7 Rasional Projek
Rasionalnya, penulis membangunkan projek ini kerana terdapat banyak
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia. Perisian berasaskan web
ini di harap dapat membantu pelajar dalam meningkatkan lagi kefahaman terhadap
tajuk asid dan bes. Ini kerana, penggunaan web atas talian ini dapat bertindak
sebagai penghubung antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru yang
berlainan tempat dan pada kedudukan yang jauh. Selain itu, pembelajaran mengikut
teori konstruktivisme dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan boleh
membantu pelajar mengaitkan isi pembelajaran dengan kehidupan seharian dan juga
dapat membantu pelajar dalam pembentukan konsep asid dan bes dengan betul.
1.8 Definisi dan Istilah
1.8.1 Kimia
Menurut kamus dewan (2005), kimia adalah ilmu sains asas yang berkaitan
dengan struktur, kelakuan, komposisi, dan sifat tindak balas yang berlaku antara
atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan fenomena
kimia. Walaubagaimanapun dalam konteks kajian ini, kimia adalah mata pelajaran
13
yang diajar di sekolah menengah mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum.
1.8.2 Inkuiri penemuan
Secara amnya, inkuiri bermaksud mencari dan menyiasat masalah atau fenomena
yang berlaku di sekeliling. Penemuan pula merupakan proses mental yang
mengasimilasikan konsep dan prinsip (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006). Dalam
konteks kajian ini, inkuiri penemuan adalah satu pendekatan yang digunakan dalam
proses pengajaran pembelajaran perisian ini.
1.8.3 Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu teori pembelajaran yang dicetuskan oleh ramai
ahli psikologi antaranya Piaget,Vygotsky dan Gestalt. Mengikut teori ini,
pembelajaran berlaku melalui penerokaan dan pengubahsuaian maklumat yang
kompleks secara individu atau berkumpulan untuk membina pemahaman baru
tentang sesuatu konsep (Slavin, 2003). Teori pembelajaran ini akan diaplikasikan
oleh pembangun dalam perisian berasakan web ini.
1.8.4 Laman Web
Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan
merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman
web’(Crumlish, 1996). Laman web terdiri daripada pautan halaman web yang
mempunyai tema atau fokus yang serupa (Scheider et al., 2002). Menurut Alessi &
Trollip (2001), laman web juga ditakrifkan sebarang koleksi fail yang dilanggan
mengikut piawaian web dan boleh dicapai melalui internet. Laman web selalunya
14
boleh jadi terbuka kepada semua pengguna dan memberikan semua pengguna
mengakses namun laman web juga boleh jadi laman web sulit di mana ia
memerlukan pengguna memasukkan kata laluan untuk mengakses.
1.8.5 Internet
Internet merupakan jaringan global yang dihubungkan dengan beribu bahkan
jutaan jaringan komputer (local/wide area network) ajaran dan medan komputer
peribadi (stand alone) yang memungkinkan setiap komputer yang terhubung
dengannya boleh berhubung antara satu sama lain (Saharani et al., 2005).
1.8.6 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Secara umumnya, pengajaran adalah satu sistem tindakan yang bertujuan
untuk menggerakkan pembelajara. Dimana pengajaran juga melibatkan penyusunan
dan manipulasi sesuatu keadaan dan terdapat rintangan atau halangan yang perlu di
atasi oleh individu. Pembelajaran pula adalah proses pelajar belajar untuk
mendapatkan sesuatu ilmu. Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006), proses
pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan guru dan pelajar berinteraksi secara
dua hala agar proses P&P dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
1.8.7 Miskonsepsi
Menurut Tamby Subahan (1999), miskonsepsi dan pengetahuan sedia ada para
pelajar diperoleh secara tidak langsung dalam kehidupan masing-masing. Kajian
yang telah dilakukan oleh Driver et al. (1985) menyatakan bahawa kanak-kanak yang
datang ke sekolah sememangnya mempunyai idea-idea intuitif. Idea-idea intuitif ini
mungkin bercanggah atau menyalahi penjelasan pengertian saintifik. Oleh itu,
15
konflik yang dibina berdasarkan idea-idea itiutif dengan pengalaman sebenar akan
membentuk miskonsepsi atau salah tanggapan.
1.9 Penutup
Secara keseluruhannya, pembangun dapat menyimpulkan bahawa
miskonsepsi dan kebosanan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran tradisional haruslah digantikan dengan pendekatan
alternatif untuk mengatasi masalah ini. Ini bermaksud pendekatan alternatif yang
dicadangkan adalah menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme dengan
pendekatan inkuiri penemuan dalam perisian berasaskan web. Selain itu,
pengaplikasian penggunaan komputer khususnya web diharap dapat meningkatkan
kefahaman, memupuk minat serta mewujudkan persekitaran baru kepada pelajar.
Oleh itu, dalam bab berikutnya, pembangun akan menerangkan secara terperinci
tentang teori dan pendekatan yang digunakan dalam reka bentuk perisian berasaskan
web ini.