penguasaan pelajar sekolah rendah dalam … filekajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima...

22

Upload: buixuyen

Post on 05-Aug-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi
Page 2: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi
Page 3: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM MEMPELAJARI TAJUK SAINS ASAS IAITU JARAK, LUAS, ISIPADU, MASA, BERAT DAN SUHU

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

PUA LING SIEW

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

satay
Page 4: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi
Page 5: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

iii

For Almighty God And My Beloved Family

Page 6: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan atas limpah kurniaNya, kajian ini telah dapat

disempurnakan mengikut perancangan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan yang

tidak terhingga kepada Prof. Madya Aziz bin Nordin selaku penyelia projek. Di atas

bimbingan, dorongan dan bantuan yang diberikan, projek ini telah menjadi satu

kenyataan.

Rakaman terima kasih juga ditunjukkan kepada pengetua, guru-guru sains dan

pelajar-pelajar yang terlibat di atas pertolongan serta kerjasama yang baik telah diberikan

sepanjang proses pengumpulan data.

Akhir sekali, penyelidik ingin berterima kasih kepada semua pihak secara

langsung atau tidak langsung terutamanya Cheah Chin Foon, Gan Choon Kwi, Lau Chin

Guan, Mike Tan, So Chiau Chin dan Lim Sern Wang membantu menjayakan

penyelidikan ini.

Segala kesilapan adalah daripada saya sendiri tetapi segala kebaikan dan

kelebihan adalah daripada Tuhan yang Maha Berkuasa.

Page 7: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

v

ABSTRAK

Tahap penguasaan cemerlang pelajar dalam mata pelajaran sains banyak

bergantung kepada pemahaman sesuatu konsep yang berkaitan dengan kandungan

sesuatu topik pengajaran. Dengan itu, kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti tahap

penguasaan pelajar sekolah rendah dalam mempelajari tajuk sains asas iaitu jarak, luas,

isipadu, masa, berat, dan suhu. Kajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga

buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi dari

satu ujian penguasaan yang mengandungi 60 soalan objektif yang berkaitan tajuk sains

asas. Data-data kajian telah dianalisis dengan menggunakan Perisian “Statistical Package

For the Social Sciences” (SPSS version 11.5). Dapatan kajian menunjukkan tahap

penguasaan konsep sains di kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana. Ini bermaksud

terdapat ramai pelajar yang tidak dapat memahami dan menguasai dengan sepenuhnya

konsep-konsep sains asas, terutamanya bagi konsep luas dan isipadu. Cadangan-cadangan

meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam tajuk sains asas juga dibincangkan.

Page 8: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

vi

ABSTRACT

An achievement of a student in a science subject depend largely in the

understanding and comprehension of the concepts related to the contents of a particular

science topic. With this, the research seeks to investigate the achievement of the primary

school students in learning the science topic of distance, width, volume, time, weight, and

temperature. This study involved 123 primary five students from three primary schools in

Kluang, Johor. The quantitative informations are obtained from an achievement test

which consist of 60 objective questions related to science topics. Data were collected and

analyzed by software “statistical Package For The Social Science” (SPSS version 11.5).

The result of finding showed that the level of achievement among students in learning th

science topic was at the moderate level. This showed that most of the students still do not

understand and master the basic science concepts completely, especially topics related to

width and volume. Finally, some recommendations to improve student’s achievement in

science learning were discussed.

Page 9: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Tajuk i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xii

Senarai Lampiran

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9

1.8 Terminologi 10

1.8.1 Konsep 10

Page 10: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

viii

1.8.2 Jarak 10

1.8.3 Luas 11

1.8.4 Isipadu 11

1.8.5 Masa 12

1.8.6 Berat 12

1.8.7 Suhu 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Menyiasat Alam Fizikal 14

2.3 Definisi Konsep 15

2.4 Pembentukan Konsep Melalui 17

Pembelajaran

2.5 Kepentingan Konsepsi Dan Kemahiran 19

2.6 Kesalahfaham Konsep Penghalang 20

Kepada Pemahaman Sains

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Instrumen Kajian 24

3.4 Populasi Kajian 24

3.5 Tempat Kajian 25

3.6 Sampel Kajian 25

Page 11: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

ix

3.7 Prosedur Kajian 25

3.8 Kaedah Analisis Data 26

3.9 Kajian Rintis 28

BAB IV ANALISIS KAJIAN

4.1 Pendahuluan 29

4.2 Analisis Taburan Responden

Mengikut Demografi 30

4.2.1 Analisis Taburan Pelajar

Mengikut Jantina 30

4.2.2 Analisis Taburan Pelajar

Mengikut Keputusan Peperiksaan

Sains Pertengahan 2003 31

4.3 Analisis Data Dan Dapatan Pokok Kajian

Untuk Tahap Penguasaan Pelajar Tahun Lima

Terhadap Tajuk Sains Asas 32

4.3.1 Analisis Tahap Penguasaan

Pelajar-Pelajar Terhadap

Konsep Sains Tertentu Sama Ada

Berada Pada Tahap Yang Cemerlang,

Sederhana Atau Lemah 32

4.3.2 Analisis Tahap Kebolehan

Pelajar-Pelajar Menghitung Jarak,

Luas, Isipadu, Masa Dan Berat 34

4.3.3 Analisis Tahap Penguasaan Pelajar

Terhadap Konsep Jarak, Luas,

Isipadu,Masa, Berat Dan Suhu

Merentasi Jantina 36

Page 12: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

x

4.3.4 Analisis Tahap Penguasaan Pelajar

Terhadap Konsep Jarak, Luas, Isipadu,

Masa, Berat Dan Suhu Merentasi

Keputusan Peperiksaan Sains

Pertengahan 2003 37

4.3.5 Analisis Tahap Penguasaan

Pelajar-Pelajar Terhadap Konsep

Jarak, Luas, Isipadu, Berat

Dan Suhu 38

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 43

5.2 Perbincangan 44

5.2.1 Tahap Penguasaan Pelajar

Terhadap Konsep Sains 44

5.2.2 Tahap Kebolehan Pelajar Dalam

Kemahiran menghitung 45

5.2.3 Perkaitan Tahap Penguasaan Dalam

Konsep Sains Dengan Jantina 46

5.2.4 Perkaitan Tahap Penguasaan Dalam

Konsep Sains Dengan Pencapaian

Keputusan Peperiksaan Sains Pelajar 47

5.2.5 Perbandingan Tahap Penguasaan

Pelajar Terhadap Tajuk Jarak, ,Luas,

Isipadu, Masa, Berat, dan Suhu 48

5.3 Rumusan 51

5.4 Implikasi Kepada Pendidikan 52

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 54

Page 13: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

xi

5.6 Penutup 54

Rujukan 56

LAMPIRAN A-Soal Selidik 60

LAMPIRAN B-Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Dari Kementerian Pendidikan Malaysia 86

LAMPIRAN C-Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Dari Jabatan Pendidikan Johor 88

LAMPIRAN D-Surat Kebenaran Dari Fakulti

Pendidikan UTM 89

Page 14: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Menunjukkan Tahap Penguasaan Pelajar 27

3.2 Pengagihan Bilangan Soalan Mengikut

Konsep Sains 27

4.1 Taburan Jantina Pelajar 30

4.2 Analisis Taburan Pelajar Mengikut

Pencapaian Keputusan Peperiksaan Sains

Pertengahan 2003 31

4.3 Tahap Penguasaan Pelajar Tentang Konsep Sains

Tertentu 32

4.4 Peratusan Pelajar Yang Dapat Menguasai

Konsep Sains Yang Dipilih 33

4.5 Menunjukkan Bilangan Soalan Perhitungan

Mengikut Konsep Sains 34

4.6 Tahap Kebolehan Pelajar Menghitung Jarak,

Luas, Isipadu, Masa, Dan Berat 34

4.7 Peratusan Pelajar Yang Dapat Menghitung Jarak,

Luas, Isipadu, Masa, Dan Berat 35

4.8 Taburan Min, Sisihan Piawai Markah Dan

Signifikan Pelajar Merentasi Jantina 36

Page 15: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

xiii

4.9 Taburan Min Dan Sisihan Piawai Markah

Pelajar Merentasi Keputusan Peperiksaan

Sains Pertengahan 2003 37

4.10 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Konsep

Jarak, Luas,Isipadu, Masa, Berat, Dan Suhu 38

4.11 Taburan Min dan Sisihan Markah Pelajar

Terhadap Konsep Jarak, Luas, Isipadu,

Masa, Berat Dan Suhu 39

4.12 Peratusan Pencapaian Keseluruhan Pelajar

Bagi Soalan-Soalan Dalam Tajuk Luas Yang

Sukar Dikuasai Oleh Pelajar 40

4.13 Peratusan Pencapaian Keseluruhan Pelajar

Bagi Soalan-Soalan Dalam Tajuk Isipadu Yang

Sukar Dikuasai Oleh Pelajar 41

4.14 Peratusan Pencapaian Keseluruhan Pelajar

Bagi Soalan-Soalan Dalam Tajuk Suhu Yang

Sukar Dikuasai Oleh Pelajar 42

Page 16: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bagi mencapai hasrat untuk menjadi sebuah negara maju, pendidikan sains di

sekolah rendah telah diperkenalkan semula melalui sesi persekolahan 1994/1995 supaya

dapat mewujudkan masyarakat yang berbudayakan sains dan teknologi yang boleh

membawa Malaysia ke arah merealisasikan wawasan 2020.

Melalui pendidikan sains, setiap pelajar diberi peluang mempelajari dan

memahami unsur sains asas bagi melahirkan individu yang inovatif, celik sains dan

membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam

sekeliling mereka demi mencapai hasrat serta matlamat Falsafah Pendidikan Negara

(FPN). Justeru melalui pendidikan sains pelajar dilatih memahami alam persekitarannya

demi kesejahteraan manusia sejagat.

Page 17: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

2

Memperkenalkan mata pelajaran sains pada usia yang lebih awal bukanlah

sesuatu yang asing, ganjil atau dikhuatiri menjadi beban kepada pelajar kerana

sebenarnya sains adalah cara kita memahami bagaimana dunia, kehidupan dan alam ini

berfungsi. Pendedahan kepada mata pelajaran ini akan membentuk pemikiran yang

berdisiplin dalam diri murid. Lebih awal konsep sains diperkenalkan kepada murid,

lebih banyaklah peluang untuk memupuk minat murid terhadap sains. Ini disebabkan

pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang

lebih tinggi, sentiasa menyoal, dan mencari sebab munasabah ( Yazid dan Hassan,

2002).

Sikap keterlaluan kepada fenomena alam adalah ciri penting dalam pembelajaran

tentang sains kerana sains adalah pembelajaran mengenai kejadian dan benda-benda

yang terdapat di alam ini. Oleh itu, kefahaman konsep sains di kalangan murid-murid

sekolah rendah perlu ditekankan sebagai perintis untuk mewujudkan warganegara yang

celik sains dan teknologi yang mampu memotivasikan dan mereka cipta sesuatu

keperluan hidup bagi kesejahteraan dan kewujudan negara.

“Konsep” menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), pengertian (pendapat

yang terbentuk dalam fikiran) mengenai sesuatu, tanggapan, gagasan dan idea. Dalam

konteks pendidikan sains, pemahaman dengan tepat dan jelas terhadap sesuatu konsep

sains amat penting agar ianya tidak bercanggah dengan konsep sebenar sains atau

konsep yang didokongi oleh para saintis.

Ambiola (1988) menyatakan bahawa sains membekalkan satu konsep yang

membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Setiap pelajar mempunyai

konsep yang telah dibina daripada pengalaman unik dan pemerhatian dalam kehidupan

mereka. Namun begitu seringkali konsep mereka tidak bertepatan dengan teori sains

atau sekurang-kurangnya dengan apa yang diajar oleh guru.

Page 18: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

3

Kegagalan pelajar menguasai sesuatu konsep sains juga disebabkan oleh

miskonsepsi dan kerangka alternatif yang terdapat pada seseorang pelajar. Ahli sains

(Driver, 1981) mendapati bahawa kerangka alternatif ini menggangu penerimaan pelajar

terhadap penerangan saintifik dengan pengetahuan sedia ada mereka.

Daripada kajian-kajian lepas, didapati bahawa idea-idea sains kanak-kanak ini

sukar diubah walaupun ia tidak selari dengan teori sains. Mereka beranggap konsep yang

telah dibina, betul bagi diri mereka walaupun keadaan sebenarnya adalah bertentangan

dengan konsep sains.

1.2 Latar Belakang Masalah

Apakah sains? Menurut Kamus Dewan (1994), sains didefinisikan sebagai ilmu

pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya.

Sains adalah bidang yang meliputi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murni. Sains

membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling

mereka (Faujian dan Hussin, 2003).

Jarak, luas, isipadu, berat, masa dan suhu merupakan subtopik dalam mata

pelajaran sains tahun 4 dan tahun 5 iaitu dalam Bab 2 Alam Fizikal. Menerusi tajuk-

tajuk ini, murid berpeluang untuk memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran

saintifik, serta sikap dan nilai murni tentang alam fizikal. Murid diberi peluang untuk

meningkatkan kefahaman tentang konsep ruang, masa, konsep jarak, luas dan isipadu.

Murid juga akan menyelidik fenomena alam dan tenaga termasuk cahaya, bunyi,haba,

daya gerakan, keeletrikan dan kemagnetan (Pendidikan Sains Sekolah Rendah, 1993).

Page 19: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

4

Berdasarkan sukatan pelajaran sains rendah, kini didapati kebanyakan pelajar

mempunyai tanggapan yang tidak selari dengan fakta saintifik terhadap konsep sains.

Fenomena ini setengahnya bukan merupakan salah konsep ‘miskonsepsi’ tetapi lebih

merupakan kerangka alternatif, yang merupakan sesuatu idea yang dipegang oleh kanak-

kanak berdasarkan pengetahuan dan pengalaman harian mereka. Miskonsepsi atau

kerangka alternatif merujuk kepada persepsi pelajar untuk fenomena sains yang telah

diperolehi sebelum mereka menerima pengajaran formal dalam bidang sains di sekolah

(Mary Wong dan Chin, 1999). Miskonsepsi bukan sahaja menjejaskan pencapaian

pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan sama ada peperiksaan sekolah atau umum.

Malah kesalahfaham konsep ini akan menjadi penghalang pelajar untuk mempelajari

tajuk-tajuk yang berkaitan dengannya.

Apabila kita memperkatakan tentang sains, kita mungkin menggambarkan ia

merupakan perkara yang berkaitan dengan berbagai fakta, konsep dan teori yang mesti

difahami, dihafal dan diingat. Apatah lagi jika terlalu banyak yang perlu diingat, ini

menyebabkan pelajar tidak memahami konsep-konsep sains dengan baik (Aziz Nordin,

1989).

Kesalahfaham konsep asas dalam mata pelajaran sains adalah perkara yang perlu

diberi perhatian berat kerana ia akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran sains serta tidak mendatangkan pembelajaran yang bermakna bagi diri pelajar.

Menurut Hewson (1981), pelajar harus mengakui bahawa pandangan awal ( kerangka

alternatif) mereka adalah kurang sesuai dan perlu diubahsuai.

Menurut Tamby Subahan (1981), kesilapan konsep dalam mata pelajaran sains

dapat dielakkan dengan menggunakan kaedah “Central Concept” di mana tema konsep

akan berkembang berdasarkan idea pusat agar ia tidak melencong daripada konsep asal.

Page 20: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

5

Disebabkan oleh permasalahan tersebut, maka penyelidik merasakan kajian perlu

dilakukan mengenai penguasaan terhadap konsep jarak, isipadu, luas, masa, berat dan

suhu alam fizikal di kalangan pelajar tahun lima.

1.3 Pernyataan Masalah

Kesalahfahaman konsep seringkali mengakibatkan prestasi pelajar rendah. Ini

merupakan satu cabaran bagi guru-guru sains berusaha ke arah menangani masalah

tersebut. Menurut Abu Hassan (1999), masalah pengajaran sains di sekolah yang

dihadapi sejak dari dahulu lagi ialah bagaimanakah cara memperkenalkan konsep yang

baru di samping memastikan konsep lama tidak dilupai. Keperihatian kaum guru

mengenai permasalahan ini sememangnya diakui, bagaimanapun banyak kritikan

mengatakan ramai pelajar tidak dapat menguasai konsep asas yang diperlukan.

Dalam proses pengajaran, guru selalunya menyampaikan sesuatu konsep dengan

menjelaskan secara abstrak terlebih dahulu daripada yang konkrit. Ini boleh

menyebabkan miskonsepsi sesuatu konsep berlaku. Guru menganggap bahawa konsep

yang boleh dilihat dalam kehidupan seharian boleh difahami oleh murid-murid dengan

mudah. Ini adalah fenomena yang sering berlaku kepada guru dalam kelas. Maka tidak

hairanlah berlaku minskonsepsi murid terhadap sesuatu konsep.

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kekeliruan pelajar tahun lima dalam

konsep-konsep sains iaitu jarak, luas, isipadu, masa, berat dan suhu seperti yang

dinyatakan dalam bahagian latar belakang masalah yang terkandung dalam konsep sains

rendah (KBSR). Kekeliruan yang wujud akan mempengaruhi penguasaan pelajar-pelajar

tahun empat dan tahun lima dalam mata pelajaran sains. Pengkaji ingin melihat sejauh

satay
Page 21: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

6

mana tahap pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep sains di kalangan

pelajar-pelajar sekolah rendah.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya penyelidikan ini bertujuan untuk:

i. mengenalpasti tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk sains asas.

ii. mengenalpasti kebolehan pelajar menghitung jarak, luas, isipadu, berat, masa

dan suhu.

iii. membandingkan tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk sains asas

berdasarkan faktor jantina.

iv. membandingkan tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk sains asas

berdasarkan faktor keputusan peperiksaan sains pertengahan tahun 2003.

v. Membandingkan tahap penguasaan pelajar terhadap konsep jarak, luas,

isipadu, berat, masa dan suhu.

Page 22: PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DALAM … fileKajian ini melibatkan 123 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Kluang, Johor. Maklumat kuantitatif diperolehi

7

1.5 Persoalan Kajian

Secara lebih spesifik, kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan jawapan bagi

persoalan-persoalan berikut:

i. Adakah tahap penguasaan pelajar-pelajar terhadap tajuk sains asas berada

dalam tahap cermelang, sederhana atau lemah?

ii. Apakah tahap kebolehan kemahiran menghitung pelajar dalam konsep

jarak, luas, isipadu, berat, masa dan suhu?

iii. Adakah faktor jantina mempengaruhi tahap penguasaan pelajar terhadap

tajuk sains asas?

iv. Adakah faktor keputusan peperiksaan sains pertengahan tahun 2003

mempengaruhi tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk sains asas?

v. Konsep manakah yang sukar untuk dikuasai oleh pelajar?