borang pengesahan status tesis€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab...

22
PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI TAJUK PENGHASILAN MONTAJ MENGGUNAKAN APLIKASI ADOBE PREMIERE PRO CS3 SESI PENGAJIAN: 2007-2008 Saya MOHAMAD MARZIZI BIN AB MAJID (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 9 ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 3932 TAMAN SRI GUCHIL, PN. NORASYKIN BTE MOHD ZAID 18000 KUALA KRAI, Nama Penyelia KELANTAN Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI TAJUK

PENGHASILAN MONTAJ MENGGUNAKAN APLIKASI ADOBE PREMIERE PRO CS3

SESI PENGAJIAN: 2007-2008 Saya MOHAMAD MARZIZI BIN AB MAJID

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 3932 TAMAN SRI GUCHIL, PN. NORASYKIN BTE MOHD ZAID 18000 KUALA KRAI, Nama Penyelia KELANTAN Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : Pn. Norasyikin Bte Mohd Zaid

Tarikh : 30 April 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI TAJUK PENGHASILAN

MONTAJ MENGGUNAKAN APLIKASI PERISIAN

ADOBE PREMIERE PRO CS3

MOHAMAD MARZIZI BIN AB MAJID

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugeraan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : MOHAMAD MARZIZI BIN AB MAJID

Tarikh : 30 APRIL, 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

iii

DEDIKASI

Untuk Ibu dan Ayah

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,

Meriam binti Che Kob

Abdul Majid bin Deraman

Dengan doa dan restumu aku disini,

Memenuhi hajat dan harapan mu,

Menebus kegagalan diriku sendiri,

Kerana kesilapan di masa lalu.

Buat Isteriku yang tersayang,

Nor Azilima Idawati binti Aziz

Sesungguhnya kehadiranmu,

Banyak memberi semangat kepadaku,

Segala pengorbanan dan doronganmu,

Amat besar ertinya kepadaku.

Kepada rakan-rakan seperjuangan,

Khususnya Shidah dan Nik, Miza,

Sham, Leman, Ahmad, Jas dan Akob, Napi

Dan rakan-rakan sekelas SPT (PKPG)-2005/08,

Yang banyak membantuku diwaktu susah dan senang,

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian,

Semoga ikatan persaudaraan antara kita,

Kekal berpanjangan selagi hayat dikandung badan,

I’ll miss all of you

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapat penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda 2 dalam tempoh masa yang

ditetapkan walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan dugaan.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek ini iaitu Puan Norasyikin Binte

Mohd. Zaid di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan

yang diberikan bagi menjayalan projek ini.

Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada ibu dan ayah serta keluarga

tersayang di atas pengorbanan, sokongan serta dorongan yang di berikan kepada

saya. Terima kasih juga kepada semua serta pihak-pihak yang membantu secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda 2 ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

v

ABSTRAK

Kebanyakan modul yang berkonsepkan pembelajaran secara individu

sememangnya banyak dipasarkan di pasaran. Tujuan utama ianya dihasilkan

adalah untuk membantu pelajar belajar tentang sesuatu dengan cara sendiri.

Namun begitu, kebanyakan modul yang dipasarkan tidak benar-benar membantu.

Ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pengimplimentasian terhadap pendekatan

pembelajaran yang tidak sesuai selain daripada kos penerbitan yang mungkin

agak tinggi. Disebabkan itu, projek ini dijalankan untuk menghasilkan sebuah

modul pembelajaran kendiri bagi tajuk Penghasilan Montaj Menggunakan

Aplikasi Adobe Premiere Pro CS3. Kebanyakan buku rujukan ini dikeluarkan

dalam versi Bahasa Inggeris,dan boleh dikatakan tidak terdapat satu buku rujukan

pun dalam Bahasa Melayu, maka ini menyukarkan pelajar yang lemah dalam

Bahasa Inggeris untuk mempelajarinya.. Selain daripada itu, kebanyakan buku

rujukan yang ada dipasaran tidak benar-benar memfokuskan terhadap pembinaan

montaj Modul ini dihasilkan berdasarkan pecahan tajuk dalam kursus Teknologi

Grafik, Animasi dan Video Digital(SPM2302), DI Fakulti Pendidikan,UTM.

Tujuan utama modul ini dihasilkan adalah untuk membolehkan pelajar

mendapatkan pengetahuan yang lebih berkaitan penghasilan montaj menggunakan

perisian Adobe Premiere Pro CS3. Modul pembelajaran kendiri ini dihasilkan

dengan menggunakan Teori Beban Kognitif dan Pendekatan Langkah Demi

Langkah. Penilaian formatif dijalankan sepanjang penghasilan modul ini oleh

pensyarah projek. Penilaian sumatif pula dijalankan secara tidak formal terhadap

rakan-rakan bagi mendapatkan pandangan berkaitan rekabentuk dan

penyampaian isi pelajaran berdasarkan pendekatan dan teori yang digunakan.

Penghasilan modul ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari topik

ini dengan lebih baik lagi.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

vi

ABSTRACT

A lot of self learning modules have been introduced to the market. The

main objective of this project is to guide student in learning something with their

own style or skills. However, most of the modules in the market do not really

guide the users, because of several factors, such as implementation towards

learning approaches that are not suitable, elsewhere it is caused by the high

distributing cost. Most of the references are published in English, probably there

are no references in Bahasa Melayu. This will probably affect students who

cannot really understand English well. Elsewhere, most references in the market

do not focus toward montage creation. The development of this module based on

certain topics in course Graphic Technology, Animations and Digital Video

(SPM2302), Faculty Of Education, UTM. The sole aim of producing this module

is to guide students to attain knowledge related to montage creation using Adobe

Premiere Pro CS3. This module is constructed based on the step by step approach

and cognitive load theory. Formative evaluation has been done in this module

development by the supervisor. Summative evaluation was conducted informally

to the few of friends to get some feedback on design and content delivery based

on theory and approach. The production of this module is hoped to enable

students to learn and understand these topics well.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Skop dan Batasan Kajian 7

1.6 Definisi Operasi 7

1.6.1 Montaj 8

1.6.2 Modul 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Penutup 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pengenalan Kepada Modul 12

2.3 Kepentingan Modul dalam P & P 13

2.4 Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 17

2.5 Pengenalan Kepada Montaj 18

2.5.1 Pengaplikasian Montaj dalam P&P 19

2.6 Pendekatan Pembelajaran 21

2.7 Teori Beban Kognitif 21

2.8 Kajian Mengenai Keberkesanan Modul Pembelajaran 24

Kendiri Terhadap Pencapaian Pelajar

2.9 Penutup 26

BAB 3 REKA BENTUK MODUL

3.1 Pengenalan 27

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran yang digunakan

Dalam Pembinaan Modul 28

3.2.1 Fasa Analisis 29

3.2.1.1 Mengenalpasti Masalah 30

3.2.1.2 Objektif Pembinaan Modul 30

3.2.1.3 Objektif Topik 30

3.2.1.4 Kumpulan Sasaran 32

3.2.1.5 Skop Isi Pelajaran 32

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 32

3.2.2.1 Susunan Pembelajaran Modul 33

3.2.2.2 Hasil Pembelajaran 33

3.2.2.3 Pengenalan 33

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

ix

3.2.2.4 Isi Pelajaran 34

3.2.3 Fasa Pembangunan 34

3.2.3.1 Perisian yang Digunakan 34

3.2.3.2 Isi Kandungan 35

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 36

3.2.5 Fasa Penilaian 37

3.3 Penutup 37

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Kriteria Modul 40

4.2.1.1 Bab 1 40

4.2.1.2 Hasil Pembelajaran 40

4.2.1.3 Pengenalan 41

4.2.1.4 Isi Pelajaran 42

4.2.2.1 Bab 2 45

4.2.2.2 Hasil Pembelajaran 45

4.2.2.3 Pengenalan 45

4.2.2.4 Isi Pelajaran 46

4.2.2.5 Aktiviti 51

4.2.3.1 Bab 3 52

4.2.3.2 Hasil Pembelajaran 52

4.2.3.3 Pengenalan 52

4.2.3.4 Isi Pelajaran 53

4.2.3.5 Aktiviti 57

4.2.4.1 Bab 4 58

4.2.4.2 Hasil Pembelajaran 58

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

x

4.2.4.3 Pengenalan 58

4.2.4.4 Isi Pelajaran 59

4.3 Penutup 62

BAB 5 PERANCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan 64

5.3 Kesimpulan 67

5.4 Cadangan 68

5.5 Penutup 69

RUJUKAN 70

LAMPIRAN 72

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ledakan teknologi maklumat telah memberi kesan yang amat besar

kepada manusia pada masa kini khususnya dalam mengubah cara mereka

bekerja. Teknologi maklumat ini bukan sahaja dapat memudahkan kerja,

meningkatkan prestasi, menjimatkan masa dan juga tenaga kerja, tetapi juga

memudahkan bagi perpindahan dan transformasi maklumat yang bergerak dan

berlaku dalam ruang siber atau maya. K-ekonomi merupakan isu utama yang

ditekankan oleh Perdana Menteri kita Dato’ Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi

dan perlu diambil perhatian yang serius oleh kita semua. Seharusnya pengetahuan

tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk

generasi yang akan datang. Winston dalam Zarina (2004) menyatakan “empayar

di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda”. Kesan daripada ledakan

teknolgi maklumat ini bukan hanya dirasai oleh sektor awam dan swasta sahaja,

malah sektor pendidikan juga turut sama merasakan kesannya.

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

Sejak tahun 1990 lagi, sektor pendidikan telah berkembang dengan pesat

dalam meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan. Namun begitu

masih banyak yang perlu dilaksanakan untuk melonjakkan sistem pendidikan

negara ke tahap yang setara dengan negara maju dan bertaraf dunia.

Misi Nasional dengan lima tonggak utama mempersembahkan rangka

kerja komprehensif untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, Kesepuluh dan

Kesebelas ke arah Wawasan 2020. Wawasan Misi Nasional menggariskan

cabaran-cabaran utama yang Malaysia perlu tangani untuk tahun-tahun

mendatang. Dalam menjayakan misi nasional, Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan telah diwujudkan. Antara kandungannya adalah membangunkan

modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia yang maju,

memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan

dapat diteruskan, dan merintis serta menerajui perubahan demi melonjakkan

sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada 2020 (Dato’ Sri Abdullah

Ahmad Badawi,2006).

Kenyataan yang dipetik daripada perdana menteri kita itu amat selari

dengan visi UTM untuk meningkatkan kualiti pendidikan di dalam usaha

melahirkan sumber manusia yang berdaya saing dan kreatif. Sewajarnya amalan

pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran perlulah dipelbagaikan untuk

merangsang minda pelajar supaya menjadi pelajar yang kreatif dan inovatif. Sejak

dilahirkan, manusia telah diberikan anugerah oleh ilahi dengan aras-aras

kecerdasan yang membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan

alam sekeliling. Namun begitu, kecerdasan mereka berbeza disebabkan oleh

faktor-faktor seperti latar belakang sosial dan juga geografi. Walaupun berada

dalam bidang yang sama, tetapi mereka tetap mempunyai perbezaan individu

seperti tingkah laku, teknik dan gaya belajar, motivasi, kesediaan dan kebolehan

menguasai sesuatu kemahiran dan nilai terhadap sesuatu pelajaran (Burn 1971).

Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri-ciri yang

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

sistematik dan terancang diperlukan untuk memaksimumkan keberkesanan di

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil kajian yang telah dilakukan oleh Habibah Alias (1991)

membuktikan bahawa kegunaan modul dapat membantu meningkatkan lagi

pencapaian seseorang pelajar. Penggunaan modul membolehkan seseorang pelajar

menguasai sesuatu topik mata pelajaran sebelum beralih kepada topik yang

seterusnya. Shaharom Noordin dan Yap Kueh Chin (1991) telah menjelaskan

bahawa kegunaan modul pembelajaran membolehkan seseorang pelajar itu

menjadi lebih cemerlang dan produktif. Ini disebabkan di dalam modul terdapat

pelbagai aktiviti yang boleh menjadi perangsang kepada minda pelajar dan dapat

menarik minat seseorang pelajar untuk terus terlibat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

1.2 Latar belakang masalah

Terdapat beberapa perkara yang menjadi tunjang dalam membestarikan

pendidikan di sekolah, antaranya ialah akses kendiri, terarah kendiri dan pada

kadar kendiri. Pendidikan merupakan satu proses yang dinamis dan sentiasa

berubah-ubah sama ada dari segi perancangan serta perlaksanaan. Perubahan ini

berlaku bersesuaian dengan perubahan masa dan zaman. Menurut Mok (1996)

sejak dekad 70-an lagi perkembangan sains dan teknologi telah membangun

dengan pesat dan canggih, khususnya penciptaan alat media eletronik dan

komputer menyebabkan pelbagai jenis pendidikan telah diwujudkan dan

diperkenalkan untuk kegunaan di institusi-institusi pendidikan demi menangani

tuntutan semasa serta cabaran-cabaran yang akan dihadapi pada masa akan

datang.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

Walaupun penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi semakin penting ekoran wujudnya perlaksanaan sekolah

bestari, namun cara pengajaran di sekolah masih berpusatkan guru atau

pengajaran tradisional. Bahan yang digunakan adalah setakat buku teks, carta dan

gambar rajah. Semua ini sememangnya amat membosankan pelajar. Buku teks

atau buku rujukan tidak dapat menunjukkan audio dan animasi, rajah yang

berwarna sukar dihasilkan dengan banyak kerana memerlukan kos yang tinggi

untuk mencetaknya dan diedarkan untuk setiap pelajar. Dengan wujudnya

penggunaan komputer dalam pendidikan, ianya telah banyak membantu pelajar-

pelajar dalam meningkatkan kadar penerimaan mereka di dalam kelas berbanding

dengan menggunakan kaedah pembelajaran tradisional.

Kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk memahami sesuatu

konsep yang diajar disebabkan sesetengah konsep itu terlalu kompleks dan

abstrak. Sebagai contoh, fenomena mengenai mikroskopik dan pengaliran arus

eletrik yang sememangnya memerlukan pelajar membuat gambaran mengenai

kejadiaannya. Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan komputer sebagai

Bahan Bantu Mengajar (BBM). Simulasi dan animasi berkomputer merupakan

kaedah yang paling berkesan untuk mengajar konsep yang terlalu sukar. Simulasi

dan animasi berkomputer boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian atau

pembelajaran menerusi laman web. Dengan wujudnya teknologi maklumat ini,

ianya berpotensi menjadikan proses pembelajaran dan pembelajaran lebih

menyeronokkan dan berkesan.

Di UTM khususnya di Fakulti Pendidikan, pelbagai kursus berkenaan

dengan aplikasi komputer diajarkan kepada pelajar. Ini bagi melengkapkan diri

pelajar itu dengan ilmu berkaitan dengan teknologi maklumat. Diharapkan, bakal

guru ini nanti mampu menangani cabaran dan menggabungkan pelbagai ilmu,

kemahiran dan kreativiti kearah menimbulkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan bermakna.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

Pada masa kini, penggunaan modul akademik adalah berkonsepkan

memberi kemudahan, khususnya bagi pelajar mengikuti pengajian mereka, ianya

telah di tetapkan oleh pihak universiti. Modul jenis ini adalah modul yang sangat

lengkap dan mengandungi semua bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran

yang selaras dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh pihak universiti.

Modul jenis ini membolehkan pembelajaran secara individu dilakukan dan ianya

tidak memerlukan bantuan atau tunjuk ajar daripada pensyarah. Kebiasaannya,

pelajar akan dibekalkan dengan modul lengkap di awal semester dengan harapan

pelajar dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

Sejak reformasi pendidikan, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat

pendidikan. Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMKK) adalah hasil

daripada jawatankuasa Bullock (1975) yang menegaskan kepentingan peranan

bahasa dalam proses pembelajaran. Malaysia telah menuju ke arah penggunaan

bahasa yang tepat dan jelas dan sesuai dalam mata pelajaran tertentu. BMKK

merangkumi aspek bahasa dari segi sebutan, struktur ayat dan tatabahasa dengan

keperluan laras bahasa spesifik dalam setiap bidang ilmu. Laras bahasa terdiri

daripada istilah-istilah spesifik bagi setiap mata pelajaran serta gaya bahasa yang

selaras dan sesuai dengan disiplin ilmu yang tertentu (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 1990). Perlaksanaan BMKK ini melibatkan peranan bersama diantara

para pendidik. Penggunaan bahasa dalam bahan pengajaran dan pembelajaran

hendaklah betul dan tepat penggunaannya disamping penggunaan istilah yang

sesuai dalam bidang berkaitan.

Oleh itu, pembangunan sesebuah bahan pengajaran dan pembelajaran

terutamanya modul haruslah dibangunkan dengan kaedah yang betul serta

mengimplementasikan strategi yang bersesuaian agar penggunaan modul ini

menjadi lebih bermakna dan berkesan.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

1.3 Pernyataan masalah

Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti bagi pelajar yang

mengambil kursus Teknologi Grafik, Animasi dan Video Digital dimana tidak

terdapat rujukan khusus bagi kegunaan pelajar. Ketiadaan bahan rujukan yang

khusus dan sesuai menimbulkan kesusahan kepada pelajar untuk dijadikan

panduan selain daripada bergantung kepada nota yang diberikan oleh pensyarah.

Kebanyakan buku rujukan yang berada di pasaran mempunyai skop pembelajaran

yang terlalu luas dan berbeza dengan sukatan pelajaran yang dibina oleh pihak

fakulti. Selain itu juga, kebanyakan buku rujukan ini adalah dari luar negara dan

harganya terlalu mahal. Buku rujukan ini juga ditulis dalam versi Bahasa Inggeris,

keadaan ini telah menyukarkan pelajar yang lemah penguasaannya dalam Bahasa

Inggeris untuk dijadikan panduan. Tambahan lagi bahan-bahan rujukan yang ada

kurang menerapkan elemen grafik dan tidak menggunakan pendekatan yang

sesuai bagi memberikan kesan yang lebih efektif kepada pelajar apabila

menggunakannya.fxz

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti

berikut :

i. Membangunkan modul pembelajaran bagi topik Penghasilan Montaj

menggunakan aplikasi perisian Adode Premiere Pro bagi kursus Teknologi

Grafik, Animasi, dan Video Digital (SPM2302).

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

ii. Membangunkan modul pembelajaran yang berdasarkan Teori Beban

Kognitif.

iii. Mengimplementasikan elemen-elemen multimedia yang bersesuaian

seperti grafik, teks, audio dan imej.

.

1.5 Skop dan batasan kajian

Kajian ini tertumpu kepada mata pelajaran Teknologi Grafik, Animasi dan

Video Digital, Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi

Malaysia iaitu kod KURSUS SPM 2303. Oleh itu, modul ini dibangunkan

mengikut sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut. Sasaran pelajar adalah pelajar

tahun dua yang mengambil kod subjek SPM 2303, Teknologi Grafik, Animasi

Dan Video Digital.

1.6 Definisi Operasi

Pembangun telah menggunakan bebrapa istilah dalam pembangunan

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi tajuk Penghasilan Montaj yang

mengandungi topik-topik seperti Pengenalan, Memasukkan Kesan Khas Pada

Teks, Membina Semula Cerita, dan juga Mengubahsuai Bunyi Dalam Video bagi

kursus Teknologi Grafik, Animasi dan Video Digital (SPM2303) menggunakan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

aplikasi perisian Adobe Premiere Pro CS3. Berikut dijelaskan makna istilah

dalam konteks penggunaannya dalam pembangunan ini.

1.6.1 Montaj

Merujuk kepada Kamus Dwi Bahasa Oxford Fajar Inggeris-Melayu,

Melayu-Inggeris (2004), montaj merupakan pilihan atau guntingan dan susunan

gambar atau filem untuk untuk membuat satu gambar atau filem yang teratur.

1.6.2 Modul

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) memberikan dua definisi,

pertama ; Unit atau bahagian yang lengkap dengan komponen yang melaksanakan

fungsi tertentu dan dapat dirungkaikan dengan unit-unit lain di dalam sesuatu

yang besar. Kedua ; Kursus, pelajaran (latihan dan seumpamanya) yang dapat

dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau

kemahiran.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

1.7 Kepentingan projek

Modul pembelajaran ini dibangunkan mengikut sukatan mata pelajaran

Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia bagi mata

pelajaran Teknologi Grafik, Animasi Dan Video Digital. Maka, pelajar yang

mengikuti kursus ini mendapat panduan secara khusus dalam membantu mereka

menambah pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran ini selain daripada

kelas kuliah dan kelas amali.

Pembangunan modul ini juga berdasarkan Teori Beban Kognitif di mana

aktivitinya mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza.

Adalah mustahil bagi pensyarah untuk mengenalpasti kesemua tahap pemahaman

pelajarnya, disebabkan masa kuliah dan amali yang terlalu singkat. Dengan

adanya modul ini, pelajar dapat belajar secara individu walaupun pelajar itu telah

ketinggalan mengikuti kuliah ataupun amali.

Modul pembelajaran ini juga menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif

dan berusaha untuk mengembangkan daya pemikiran individu supaya boleh

menghurai, merumus dan menghasilkan idea-idea baru. Ianya secara tidak

langsung membantu pelajar dan pensyarah meningkatkan prestasi mereka,

seterusnya dapat meningkatkan mutu dan menaikkan nama Fakulti Pendidikan

sebagai fakulti yang banyak melahirkan pelajar yang cemerlang.

Selain daripada itu, diharapkan penghasilan modul pembelajaran ini akan

menjadi pemangkin terhadap penghasilan modul pembelajaran yang seterusnya

tidak hanya kepada penghasilan montaj sahaja. Tidak dapat dinafikan, buku

rujukan yang berkaitan banyak terdapat dipasaran, tetapi ianya tidak diterangkan

dan dihuraikan secara terperinci. Penghasilan montaj adalah bersifat subjektif dan

memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menjadikan sesuatu paparan montaj

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini . perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan

itu menarik, dengan adanya modul pembelajaran ini diharapkan ianya dapat

mengembangkan lagi pemikiran dan pengetahuan para pelajar.

1.8 Penutup

Perisian komputer berasaskan video digital berpotensi besar dalam

meningkatkan dan memperkembangkan keupayaan pelajar untuk berfikir, belajar,

memahami dan berkomunikasi. Teknologi video telah melalui trasformasi hebat

dari medium yang mempunyai kos yang tinggi dan penggunaan yang kompleks

serta melibatkan banyak lagi peralatan sampingan, telah pun berubah kepada

medium yang lebih mesra pengguna dan ianya mempunyai pelbagai kemudahan

untuk memudahkan pengguna dalam pengendaliannya serta harga yang

berpatutan. Transformasi ini telah membuka ruang kepada penggunaan aplikasi

terbaru dalam bidang teknologi pendidikan. Pada era teknologi maklumat yang

pantas berkembang ini, penekanan terhadap aspek-aspek mutu pendidikan secara

menyeluruh adalah penting. Aspek ini penting kerana mutu pendidikan menjamin

kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Begitu juga dengan bahan bantu

mengajar terutamanya modul pembelajaran hendaklah mempunyai mutu yang

tinggi agar penggunaannya menjadi lebih berkesan dan bermakna.