universiti teknologi malaysia borang pengesahan … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan...

46
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENGURUSAN TAWARAN BARU (NEW DEAL) SEKOLAH KEBANGSAAN DI ZON MAHARANI MUAR. SESI PENGAJIAN : 2011/2013 Saya AMINAH BINTI MD TOP No. Matriks MP 111232 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: POS 291, KG PT UNAS LAUT, JLN ABDUL RAHMAN, 84150 PT JAWA, MUAR, JOHOR. PROF MADYA DR YUSOF BOON Nama Penyelia Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: phamcong

Post on 09-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט

JUDUL : PENGURUSAN TAWARAN BARU (NEW DEAL) SEKOLAH

KEBANGSAAN DI ZON MAHARANI MUAR.

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

Saya AMINAH BINTI MD TOP No. Matriks MP 111232 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

POS 291, KG PT UNAS LAUT, JLN ABDUL RAHMAN, 84150 PT JAWA, MUAR, JOHOR. PROF MADYA DR YUSOF BOON

Nama Penyelia

Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau ּט disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan Dan Pentadbiran”

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelia : PROF MADYA DR YUSOF BIN BOON

Tarikh : ................................................................

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

PENGURUSAN TAWARAN BARU (NEW DEAL) SEKOLAH KEBANGSAAN

DI ZON MAHARANI MUAR

AMINAH BINTI MD TOP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

PENGURUSAN TAWARAN BARU (NEW DEAL) SEKOLAH KEBANGSAAN

DI ZON MAHARANI MUAR.

AMINAH BINTI MD TOP

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagaian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JUN 2013

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

ii

“Saya akui bahawa tesis bertajuk “ Pengurusan Tawaran Baru

(New Deal) sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar” ini adalah hasil

penyelidikan saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ..................................

Nama : AMINAH BINTI MD TOP

Tarikh : ...................................

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

iii

DEDIKASI

Istimewa Untuk

Bonda Hajah Peah Binti Endot

Jasa Dan Pengorbanan Mu,

Obor Perjalanan Ku,

Doa Dan Restu Mu,

Nadi Keazaman Dan Perjuangan Ku.

Serta Keluarga Tersayang

Terima Kasih Atas Kerjasama,

Sokongan Dan Dorongan,

Di Saat Diri Ini Memerlukan Pertolongan,

Kalian Hadir Menghulurkan Bantuan,

Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Yusof Boon

Jasa dan Bakti Mu Terpahat di Kalbu,

Menjadi Ingatan dan Sebutan Sepanjang Waktu.

Pihak Pentadbir Dan Rakan Setugas Di SMK Tengku Mahkota Muar Yang

Bertimbang Rasa, Memahami Keadaan Dan Memberi Pelepasan Serta

Kelonggaran Kepada Saya Untuk Mengikuti Kelas Pada Hujung Minggu.

Rakan-rakan Yang Banyak Membantu Dan Memberi Galakkan.

Terima Kasih Kerana Sentiasa Memberi Idea, Kata-kata Semangat Dan

Perangsang. Tika Dan Saat Diri Ini Memerlukan Kekuatan.

Inilah Hadiah Buat Semua. Terima Kasih Allah.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

iv

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, rahmat

dan petunjuk Nya jua membolehkan laporan penyelidikan ini berjaya disiapkan.

Ucapan terima kasih dan penghargaan ikhlas saya rakamkan kepada penyelia

saya iaitu Prof Madya Dr Yusof Bin Boon di atas segala bimbingan, tunjuk ajar,

nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan dan penulisan tesis ini.

Semoga Allah jua yang membalas kebaikan tuan. Tidak lupa juga diucapkan kepada

Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kebenaran kepada saya untuk

menjalankan penyelidikan ini.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada Guru Besar dan guru-guru

sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar yang terlibat dalam penyelidikan ini atas

segala kerjasama dan bantuan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan juga diberi kepada bonda saya dan seisi keluarga serta rakan-

rakan yang memberi bantuan dan sesiapa juga yang telah memberi sumbangan

kepada penyelidikan ini secara langsung atau pun secara tidak langsung.

Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi

segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan

keikhlasan membantu serta berkongsi maklumat akan saya ingat buat selamanya.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

v

ABSTRAK

Kajian yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap

pengetahuan dan tahap amalan dalam pengurusan Tawaran Baru dalam kalangan

guru-guru sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar. Kajian ini juga untuk

meninjau tahap tekanan beban kerja guru-guru tersebut dalam usaha mencapai

Tawaran Baru. Selain itu, kajian ini untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan dan

tahap amalan pengurusan Tawaran Baru berdasarkan demografi iaitu jantina,

bangsa, kelulusan akademik dan tempoh masa perkhidmatan. Seterusnya kajian ini

untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap

pengetahuan dengan tahap amalan pengurusan Tawaran Baru di kalangan guru-guru

sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar. Kajian ini melibatkan sampel seramai

229 orang guru yang dipilih melalui persampelan rawak berstratifikasi bernisbah di

kalangan guru-guru dari 15 buah sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar. Data

dikumpulkan melalui soal selidik. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan

menggunakan kaedah Cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.808.

Semua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Ujian-t dan ujian-F (ANOVA sehala) pada aras α

= 0.05 digunakan dalam menjawab persoalan. Min, kekerapan dan peratusan juga

digunakan dalam menganalisis data. Hasil analisis data mendapati bahawa tahap

pengetahuan, tahap amalan dan tahap tekanan beban kerja dalam pengurusan

Tawaran Baru di kalangan guru-guru sekolah kajian didapati pada tahap tinggi.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengurusan sekolah yang berkesan dan

cemerlang telah menempatkan sekolah-sekolah ini di dalam senarai sekolah yang

akan menerima Tawaran Baru.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the level of knowledge and practice in

the management of the New Deal among primary school teachers in Zone Maharani

Muar. This study was to determine the level of stress workload of teachers is in

pursuit of the New Deal. In addition, this study to look at the different levels of

knowledge and the New Deal management practices based on demographics such

as gender, race, academic qualifications and years of service. Further studies to

identify whether there is a significant relationship between knowledge and the level

of New Deal management practices among primary school teachers in Zone

Maharani Muar. The study involved a sample of 229 teachers who were selected

through random sampling Stratification ratio among teachers from 15 schools in

Zone Maharani Muar. Data were collected through questionnaires. Reliability of

the questionnaire was tested by using the Cronbach Alpha value is 0.808 overall.

All data were analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version

20.0. T-test and F-test (one-way ANOVA) at level α = 0.05 is used in answering the

question. Means, frequencies and percentages are also used in analyzing the data.

Results of data analysis showed that the level of knowledge, the level of workload

and stress levels in the management of the New Deal among school teachers showed

a high level. The results also showed that the effective management and excellent

schools have placed these schools on the list of schools that will accept the New

Deal.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI SIMBOL xix

SENARAI LAMPIRAN xx

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Hipotesis 12

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

viii

1.7 Kerangka Konsep Tawaran Baru 13

1.7.1 Teori Kepimpinan Instruksional 14

1.8 Kerangka Kajian 16

1.9 Kepentingan Kajian 17

1.10 Batasan Kajian 17

1.11 Prosedur Kajian 18

1.12 Definisi Istilah Dan Operasional 19

1.12.1 Pengurusan 19

1.12.2 Tawaran 20

1.12.3 Kontrak 20

1.12.4 Amalan 20

1.12.5 Tekanan Pengurusan 21

1.13 Kesimpulan 21 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 23

2.2 Definisi Pengurusan 26

2.3 Konsep Tawaran Baru 29

2.3.1 Kaedah Pengiraan Skor Komposit 33

2.3.2 Penentuan Skor Komposit 36

2.4 Teori Dan Mode 36

2.4.1 Model Toronto District School Board 37

2.4.2 Model Ubben & Hughes 38

2.4.3 Teori Pengurusan Matlamat (MBO) 39

2.4.4 Teori Chester Barnard 41

2.5 Kajian Terdahulu 41

2.5.1 Kajian Dalam Negara 42

2.5.2 Kajian Luar Negara 43

2.6 Kesimpulan 44

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

ix

3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenaan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Lokasi Kajian 47

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 47

3.5 Instrumen Kajian 49

3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 51

3.6.1 Kesahan Instrumen 51

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 52

3.7 Analisis Data 53

3.7.1 Kaedah Deskriptif 53

3.7.2 Kaedah Inferensi 55

3.8 Kajian Rintis 56

3.9 Kesimpulan 57 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 58

4.2 Profil Responden 59

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina Dan Bangsa 59

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Kelulusan Akademik Tertinggi

Dan Tempoh Perkhidmatan 60

4.3 Analisis Dapatan Kajian 61

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1:

Apakah Tahap Pengetahuan

Tawaran Baru (New Deal) Dalam

Kalangan Guru Sekolah-Sekolah

Kebangsaan Di Zon Maharani Muar? 61

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

x

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 :

Apakah Tahap Amalan Pengurusan

Tawaran Baru (New Deal) Dalam

Kalangan Guru Sekolah-Sekolah

Kebangsaan Di Zon Maharani Muar? 67

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 :

Apakah Tahap Tekanan Kerja Guru

Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di

Zon Maharani Muar Dalam Mencapai

Tawaran Baru (New Deal). 72

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 :

Adakah Terdapat Perbezaan Tahap

Pengetahuan Terhadap Tawaran

Baru Dalam Kalangan Guru

Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di

Zon Maharani Muar Berdasarkan

Demografi ( Jantina, Bangsa,

Kelulusan Akademik Dan Tempoh

Perkhidmatan) ? 77

4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 :

Adakah Terdapat Perbezaan Tahap

Amalan Pengurusan Tawaran Baru

Dalam Kalangan Guru Sekolah-

Sekolah Kebangsaan Di Zon

Maharani Muar Berdasarkan

Demografi ( Jantina, Bangsa,

Kelulusan Akademik Dan Tempoh

Perkhidmatan) ? 80

4.3.6 Dapatan Persoalan Kajian 6 :

Adakah Terdapat Hubungan Yang

Signifikan Antara Pengetahuan

Dengan Tahap Amalan Pengurusan

Tawaran Baru (New Deal) Dalam

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xi

Kalangan Guru Sekolah-Sekolah

Kebangsaan Di Zon Maharani

Muar? 83

4.4 Kesimpulan 85 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 86

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 86

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 90

5.3.1 Apakah Tahap Pengetahuan Tentang

Tawaran Baru (New Deal) Dalam

Kalangan Guru Sekolah-Sekolah

Kebangsaan Di Zon Maharani Muar? 91

5.3.2 Apakah Tahap Amalan Pengurusan

Tawaran Baru (New Deal) Dalam

Kalangan Guru Sekolah-Sekolah

Kebangsaan Di Zon Maharani Muar? 94

5.3.3 Apakah Tahap Tekanan Kerja Guru

Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Zon

Maharani Muar Dalam Mencapai

Tawaran Baru (New Deal)? 96

5.3.4 Adakah Terdapat Perbezaan Tahap

Pengetahuan Terhadap Tawaran Baru

Dalam Kalangan Guru Sekolah-Sekolah

Kebangsaan Di Zon Maharani Muar

Berdasarkan Demografi (Jantina,

Bangsa, Kelulusan Akademik Dan

Tempoh Perkhidmatan)? 99

5.3.5 Adakah Terdapat Perbezaan Tahap

Amalan Pengurusan Tawaran Baru

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xii

(New Dea) Dalam Kalangan Guru

Sekolah-Sekolah Kebangsaan

Di Zon Maharani Muar Berdasarkan

Demografi (Jantina, Bangsa,

Kelulusan Akademik Dan Tempoh

Perkhidmatan)? 100

5.3.6 Adakah Terdapat Hubungan Yang

Signifikan Antara Tahap Pengetahuan

Dengan Tahap Amalan Pengurusan

Tawaran Baru (New Deal) Dalam

Kalangan Guru Sekolah-Sekolah

Kebangsaan Di Zon Maharani Muar? 101

5.4 Cadangan Tindakan 101

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 102

5.6 Kesimpulan 103 RUJUKAN 105

LAMPIRAN 110

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xiii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kepimpinan Instruksional (Hallinger &

Murphy, 1987) 14

2.1 Pecahan Peratusan Peperiksaan Awam Di Sekolah 33

2.2 Formula Menukar Gred Purata Sekolah Kepada Peratus 34

2.3 Contoh Gred Purata Sekolah 34

2.4 Penyetaraan Berdasarkan Biangan Gred Yang Diperoleh 35

2.5 Formula Bagi Julat 1 – 9 35

2.6 Pengiraan Penentuan Skor Komposit 36

2.7 Perbandingan Model 37

2.8 Perbandingan Antara Model NASSP dan Ubben &

Hughes (1992) 38

3.1 Pemilihan Bilangan Responden Mengikut Sekolah 48

3.2 Taburan Item Pengurusan Tawaran Baru (New Deal) 51

3.3 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 54

3.4 Analisis Min 55

3.5 Skala Tahap Kekuatan Nilai Pekali Korelasi Antara

Dua Pemboleh Ubah 56

3.6 Pemeringkatan Kedudukan Item Berdasarkan Nilai

Alpha Cronbach 57

4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina Dan Bangsa 59

4.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik

Tertinggi Dan Tempoh Perkhidmatan 60

4.3 Analisis Taburan Tahap Pengetahuan Tawaran Baru

(New Deal) Dalam Kalangan Guru Sekolah-Sekolah

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xiv

Kebangsaan Di Zon Maharani Muar 66

4.4 Analisis Taburan Tahap Amalan Pengurusan

Tawaran Baru (New Deal) Dalam Kalangan Guru

Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Zon Maharani

Muar 71

4.5 Analisis Taburan Tahap Tekanan Kerja Guru

Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Zon Maharani

Muar Dalam Mencapai Tawaran Baru (New Deal) 76

4.6 Analisis Ujian- T Perbandingan Tahap Pengetahuan

Tawaran Baru Dalam Kalangan Guru Sekolah-

Sekolah Kebangsaan Di Zon Maharani Muar

Berdasarkan Jantina 77

4.7 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Tahap

Pengetahuan Tawaran Baru Dalam Kalangan

Guru Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Zon

Maharani Muar Berdasarkan Bangsa 78

4.8 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Tahap

Pengetahuan Tawaran Baru Dalam Kalangan

Guru Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Zon

Maharani Muar Berdasarkan Kelulusan Akademik 79

4.9 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Tahap

Pengetahuan Tawaran Baru Dalam Kalangan

Guru Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Zon

Maharani Muar Berdasarkan Tempoh

Perkhidmatan 79

4.10 Analisis Ujian- T Perbandingan Tahap Amalan

Pengurusan Tawaran Baru Dalam Kalangan Guru

Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Zon Maharani

Muar Berdasarkan Jantina 80

4.11 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Tahap

Amalan Pengetahuan Tawaran Baru Dalam

Kalangan Guru Sekolah-Sekolah Kebangsaan

Di Zon Maharani Muar Berdasarkan Bangsa 81

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xv

4.12 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Tahap

Amalan Pengetahuan Tawaran Baru Dalam

Kalangan Guru Sekolah-Sekolah Kebangsaan

Di Zon Maharani Muar Berdasarkan Kelulusan

Akademik 82

4.13 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Tahap

Amalan Pengetahuan Tawaran Baru Dalam

Kalangan Guru Sekolah-Sekolah Kebangsaan

Di Zon Maharani Muar Berdasarkan Tempoh

Perkhidmatan 83

4.14 Skala Tahap Kekuatan Nilai Pekali Korelasi

Antara Dua Pemboleh Ubah 83

4.15 Analisis Korelasi Hubungan Pengetahuan

Tawaran Baru Dan Amalan Pengurusan Tawaran

Baru Dalam Kalangan Guru Sekolah-Sekolah

Kebangsaan Di Zon Maharani Muar 84

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xvi

SENARAI RAJAH NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep Dari Tawaran Baru (New Deal)

Melalui Penilaian Berasaskan Prestasi Untuk

Menilai Ketua Sekolah (Pengetua Dan Guru Besar) 13

1.2 Model Kepimpinan Hallinger 15

1.3 Kerangka Kajian Pengurusan Tawaran Baru 16

2.1 Fungsi-Fungsi Pengurusan 29

2.2 Carta Aliran Pelaksanaan Tawaran Baru Untuk

Pemimpin Sekolah 31

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xvii

SENARAI SINGKATAN SINGKATAN KETERANGAN Bil - Bilangan

BITB - Bayaran Insentif Tawaran Baru

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

GPS - Gred Purata Sekolah

JNJK - Jemaah Nazir

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPI - Indeks Prestasi Utama

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LINUS - Saringan Literasi Dan Numerasi

M - Min

MKRA - Ministry Key Result Areas (Bidang Keberhasilan

Utama Kementerian)

NKRA - National Key Result Areas (Bidang Keberhasian

Utama Nrgara)

PGB - Pengetua Dan Guru Besar

P & P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PTK - Program Tranformasi Kerajaan

S - Setuju

SBT - Sekolah Berprestasi Tinggi

SD - Sisihan Piawai

SGPA - Purata Gred Mata Sekolah

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xviii

SIP - School Improvement Program

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

PPPD - Penolong Pegawai Pelajaran Daerah

GB - Guru Besar

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xix

SENARAI SIMBOL SIMBOL KETERANGAN % - Peratus

F - Kekerapan

N - Bilangan

α - Alpha

≤ - Kurang Dan Sama Dengan

< - Kurang Daripada

≥ - Lebih Dan Sama Dengan

> - Lebih Daripada

= - Sama Dengan

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xx

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 110

B Pekeliling Bayaran Insentif Tawaran Baru

Di Bawah Bidang Keberhasilan Utama

(NKRA) Pendidikan Di Sekolah-sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia 117

C Nilai Analisis Data - Kajian Rintis 126

D Nilai Analisis Data - Kajian Sebenar 128

E Analisis Ujian –T

Perbezaan Tahap Pengetahuan Terhadap

Tawaran Baru Berdasarkan Jantina 143

F Analisis ANOVA Sehala

Perbezaan Tahap Pengetahuan Terhadap

Tawaran Baru Berdasarkan Bangsa 144

G Analisis ANOVA Sehala

Perbezaan Tahap Pengetahuan Terhadap

Tawaran Baru Berdasarkan Kelulusan

Akademik 145

H Analisis ANOVA Sehala

Perbezaan Tahap Pengetahuan Terhadap

Tawaran Baru Berdasarkan Tempoh

Perkhidmatan 146

I Analisis Ujian –T

Perbezaan Tahap Amalan Pengurusan

Tawaran Baru Berdasarkan Jantina 147

J Analisis ANOVA Sehala

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

xxi

Perbezaan Tahap Amalan Pengurusan

Tawaran Baru Berdasarkan Bangsa 148

K Analisis ANOVA Sehala

Perbezaan Tahap Amalan Pengurusan

Tawaran Baru Berdasarkan Kelulusan

Akademik 149

L Analisis ANOVA Sehala

Perbezaan Tahap Amalan Pengurusan

Tawaran Baru Berdasarkan Tempoh

Perkhidmatan 150

M Analisis Korelasi

Hubungan Antara Tahap Pengetahuan

Dengan Tahap Amalan Pengurusan Tawaran

Baru 151

N Surat Pengesahan Status Pelajar 152

O Surat EPRD 1 153

P Surat EPRD 2 154

Q Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Dari JPN Johor 155

R Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Dari PPD Muar 156

S Surat Memohon Kebenaran Menjalankan

Kajian Kepada PPD Muar 157

T Surat Memohon Kebenaran Kepada Guru

Besar Untuk Menjalankan Kajian 158

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Ilmu pengetahuan menjadi lampu penyuluh yang menerangi kegelapan hidup

manusia di dunia. Malah ilmu pengetahuan juga menjadi prasyarat kepada

pembentukan mana-mana tamadun yang dibina dan menentukan hala tuju masing-

masing. Begitu halnya dengan negara kita, kerajaan akan terus mengiktiraf dan

memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar belakang

keturunan mahupun sosioekonomi. Bagi meletakkan negara pada landasan yang

lebih kukuh dalam menangani pelbagai cabaran untuk mencapai Wawasan 2020.

Pada bulan April 2009, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji

Abdul Razak telah mengumumkan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan

(PTK) yang dirangka berdasarkan Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan. PTK telah menggariskan secara terperinci objektif,

keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).

Justeru itu pada Isnin 27 Julai 2009, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri

Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan

National Key Results Areas (NKRA) iaitu enam Bidang Keberhasilan Utama

Nasional termasuklah salah satu daripadanya ialah meluaskan akses kepada

pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

memainkan peranan penting dalam merealisasikan Pelan Hala Tuju Program

Transformasi Kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

2

Pendidikan iaitu kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA iaitu

Prasekolah, Literasi dan

Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru kepada

pemimpin sekolah.

Sehubungan dengan sub-NKRA yang keempat iaitu berkaitan dengan

Tawaran Baru (New Deal) kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan penilaian

berasaskan pencapaian yang dibuat melalui bai’ah atau kontrak perjanjian. Ini

merupakan satu pengiktirafan kerajaan ke atas kepentingan peranan dan

tanggungjawab Pengetua dan Guru Besar dalam membangunkan modal insan minda

kelas pertama. Tawaran Baru ini juga bertujuan untuk mewujudkan iklim

persaingan sihat dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar dan guru-guru untuk

melonjakkan kecemerlangan sekolah ( Pekeliling Perkhidmatan Kementerian

Pelajaran Malaysia Bil 1, 2011 : LAMPIRAN B).

Selaras dengan itu, objektif Tawaran Baru adalah untuk meningkatkan

kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di

Malaysia. Pemimpin sekolah mempunyai impak yang signifikan ke atas

kecemerlangan murid melalui:-

i. Kepimpinan Instruksional

Kepimpinan instruksional ini berperanan dalam pembangunan guru, serta

merancang, menyelaras dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

ii. Agen perubahan utama

Pemimpin perlu memastikan visi dan misi diterjemahkan, selaras dengan

matlamat sekolah, bagi mencapai kemenjadian murid.

iii. Mewujudkan persekitaran yang kondusif

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

3

Pemimpin perlu menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif dan

menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik

darjah.

Sumber dipetik dari School Leadership That Works (McREL) dalam NKRA

Pendidikan, Tawaran Baru kepada pemimpin sekolah.

Melalui pengurusan Tawaran Baru ini Pengetua dan Guru Besar harus

bersama-sama dengan penolong kanan, guru-guru kanan mata pelajaran, guru

cemerlang, ketua panitia, pelajar dan ibu bapa berganding bahu melaksanakan

keempat-empat bidang penting di sekolah iaitu dari segi pengurusan akademik,

kokurikulum, hal ehwal murid dan pengurusan sekolah. Pengetua dan Guru Besar

yang layak menerima Tawaran Baru ini mestilah mencapai seratus peratus dalam

skor komposit. Skor komposit diukur berdasarkan 70 peratus gred purata sekolah

(GPS) dan 30 peratus berdasarkan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

(SKPM). Pemberatan dalam kedua-dua komponen dapat dilihat melalui formula di

bawah:

Oleh itu kejayaan sesebuah sekolah terletak pada keberkesanan seluruh

sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamalkan oleh warga

sekolah iaitu pelajar, kakitangan sokongan, guru-guru dan pihak pentadbiran. Pihak

yang amat besar pengaruhnya kepada kecemerlangan dan kejayaan organisasi

sekolah itu ialah pemimpin sekolah iaitu Pengetua dan Guru Besar (Jamilah Ahmad

& Yusof Boon, 2011). Mereka bertanggungjawab dalam melaksanakan seluruh

program pendidikan di sekolah melalui tugasnya sebagai pentadbir, pengurus,

pengarah, penyelia, penyelaras pemudah cara dan penilai. Fokus utama pendidikan

ialah memastikan sistem persekolahan negara berfungsi dengan berkesan, oleh itu

pemimpin sekolah perlu memainkan watak utama dalam melaksanakan

pembangunan pendidikan negara bak kata pepatah “The Principals set the bearing

Skor Komposit (indeks) = 70% (GPS) + 30% (SKPM)

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

4

and tond of the school”, tambahan pula dalam menghadapi era globalisasi dan

meletakkan pendidikan Malaysia pada taraf world class education menurut (Abdul

Syukur, 1988).

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan

peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam

membuat perubahan. Semua perubahan yang telah dirancang di sekolah telah

menjadikan peranan pentadbir sekolah tersebut menjadi semakin penting kerana

wujudnya prinsip “pengupayaan” dalam melaksanakan perubahan (Mohd Izham dan

Norazah, 2007). Menurut Azmi, Wan Fatimah dan Quek (1995) dengan berlakunya

pengupayaan tanggungjawab dan proses membuat keputusan, maka Guru Besar dan

Pengetua sebagai pemimpin di peringkat sekolah diharap dapat bertindak secara

fleksibel, menggerakkan aktiviti serta melakukan perubahan dan inovasi di sekolah

mereka. Menurut Abdul Shukor (1991) pula, kejayaan atau kegagalan sesebuah

sekolah banyak bergantung kepada peranan pentadbir dan pengurusan sekolah yang

dipertanggungjawabkan kepada pengetua. Manakala, Guru Besar dan Pengetua

selaku pentadbir sekolah selalu dikatakan sebagai “The gatekeeper of change”.

Hakikat ini merupakan satu petanda betapa bertambah beratnya beban yang

digalas oleh para pemimpin sekolah dalam mencapai sasaran seperti yang telah

ditetapkan dalam akad tawaran (bai’ah). Tawaran Baru atau New Deal

diperkenalkan kepada pemimpin sekolah oleh (KPM) bertujuan memastikan sistem

pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan

pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Ia juga dilaksanakan

bagi memastikan setiap murid di negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah

dan status sosial berpeluang menerima pendidikan berkualiti untuk dimanfaatkan ke

peringkat yang seterusnya ( dipetik dari teks ucapan YAB Timbalan Perdana

Menteri).

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan

memperkenalkan Tawaran Baru (New Deal) kepada pemimpin sekolah iaitu

memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru

Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada pemimpin ini

yang melepasi sasaran serta membantu (PGB) yang lemah. Menurut Dr Norliza

(2010) Tawaran Baru ini sebagai perangsang kepada (PGB) untuk meningkatkan

kecemerlangan sekolah masing-masing. Bagi sekolah yang tidak menunjukkan

prestasi yang cemerlang, maka kerajaan akan memperkenalkan Program

Pembangunan Prestasi (School Improvement Program-SIP) sebagai kaedah untuk

membantu sekolah-sekolah ini meningkatkan prestasi. SIP merupakan program

pembangunan daripada peringkat bawah ke atas (bottom-up) yang mana pihak KPM

memberi bantuan mengikut keperluan sekolah dan tidak lagi mempratikkan

penyelesaian “one-size fits all”.

Tujuan diperkenalkan Bai’ah baru ini adalah untuk memastikan setiap

sekolah ditadbir secara profesional bagi meningkatkan tahap kecemerlangan

sekolah. Justeru itu kualiti Pengetua dan Guru Besar adalah penentu kepada

berjayanya program Tawaran Baru (New Deal) seperti mana dalam teks ucapan

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Majlis Perutusan Khas 2011 di

Puterajaya. Dalam ucapan tersebut, beliau telah memberikan cabaran baru kepada

Pengetua dan Guru Besar untuk meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang

cemerlang. Tawaran Baru ini akan membuka satu lembaran baru kepada

tanggungjawab pemimpin dalam pengurusan sekolah. Mereka bukan lagi setakat

menduduki kerusi teratas dalam hierarki organisasi sekolah, tetapi kualiti mereka

akan menentukan sama ada sekolah di bawah teraju berada di tahap cemerlang.

Menurut Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (mantan Ketua Pengarah Pelajaran,

2011) tugas Pengetua dan Guru Besar bukan setakat mentadbirkan sekolah semata-

mata tetapi juga sebagai pemimpin yang mampu membangunkan sumber manusia.

Guru-guru dan pelajar merupakan aset utama yang perlu dibangunkan keupayaan

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

6

dan kebolehan mereka ke tahap maksimum supaya dapat berkongsi membangunkan

sekolah ke arah kecemerlangan. Guru-guru boleh memberi sokongan kuat kepada

visi dan misi sekolah sekiranya diberi peluang dan tenaga mereka diuruskan dengan

baik.

Menurut beliau lagi, Pengetua dan Guru Besar yang berkesan akan

menjadikan diri mereka sebagai pemimpin instruksional dan komuniti yang cekap.

Faktor kejayaan sekolah bukan sahaja diukur melalui pencapaian akademik dan

kokurikulum tetapi dinilai dari segi kejayaan sekolah membentuk pelajar yang

holistik, serba boleh dan memiliki sahsiah terpuji. Keupayaan mereka untuk

mempengaruhi ibu bapa supaya turut terlibat dalam aktiviti sekolah merupakan satu

bonus dan kualiti pemimpin yang diperlukan.

Pihak kementerian akan menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh

Pengetua dan Guru Besar di sekolah masing-masing pada setiap tahun penilaian

berdasarkan lima aspek iaitu pencapaian akademik, kurikulum, disiplin, iklim

sekolah dan kepimpinan. Sasaran yang ditetapkan perlu dipersetujui secara

bersama oleh KPM dan Pengetua dan Guru Besar (Muhyiddin Yassin, 2009).

Konsep tawaran baru ini adalah merupakan pengiktirafan dalam bentuk ganjaran

kewangan dan bukan kewangan. Tawaran ini sebagai kontrak pencapaian (Bai’ah)

Pengetua dan Guru Besar (Ayob jantan, 2010). Ini merupakan satu usaha baru

kerajaan untuk mengiktiraf Pengetua dan Guru Besar yang berupaya meningkatkan

kecemerlangan sekolah berdasarkan satu kontrak perjanjian Bai’ah di antara PGB

dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Melalui kepimpinan sekolah yang

berkualiti, adalah diharapkan agar pembangunan modal insan kelas pertama dapat

dijana sehingga ke persada antarabangsa.

Dalam persidangan Pendidikan Malaysia yang ke-15 yang lalu seperti mana

yang dilaporkan oleh Phoon Chong Chee sebagai wakil pihak NUTP ada

menyatakan bahawa Tawaran Baru kepada PGB adalah bertujuan untuk memastikan

pencapaian pelajar menepati visi dan misi yang telah ditetapkan oleh sekolah dan

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

7

untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif di dalam

dan di luar bilik darjah.

Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia

semasa lawatannya ke SMK Tun Syed Zahiruddin Jasin Melaka pada 28 Februari

2011 berkata pada asalnya sasaran ‘New Deal’ oleh KPM adalah sebanyak dua

peratus daripada jumlah keseluruhan Guru Besar di Malaysia, namun disebabkan

oleh pencapaian sekolah yang tinggi menjadikan bilangan sekolah yang mendapat

‘New Deal’ melebihi sasaran (Utusan Online, 2011). Menurut taklimat sektorial

yang dijalankan oleh Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2011,

sekolah rendah di negeri Johor berada dalam kedudukan sepuluh peratus teratas

(586 daripada 7635 buah sekolah) di mana daerah Muar merupakan daerah yang

paling banyak menerima Tawaran Baru pada tahun permulaan anugerahan Tawaran

Baru (New Deal) 2010. Pada tahun tersebut seramai 16 buah sekolah rendah di

Muar telah menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB). Sekolah-sekolah

tersebut ialah SK Bandar Maharani, SK Bukit Rahmat, SK Parit Zain, SK Parit

Pecah, SK Parit Bulat, SK Simpang 5 Darat, SK Orang Kaya Ali, SK Sungai Balang

Darat, SK Sultan Abu Bakar 1, SJKC Ladang Grisek, SJKC Pei Hwa, SJKC Wee

Sin, SJKT Jalan Sialang Tangkak, SJKT Ladang Nordanal, SJKT Ban Heng dan SK

Convent Muar. Manakala dalam taklimat yang sama, telah ditetapkan sasaran baru

2011 untuk daerah Muar adalah sebanyak 36 buah sekolah. Sayangnya sasaran

tersebut tidak berjaya dicapai, hanya tinggal 15 buah sekolah yang berjaya

mengekalkan pencapaian mereka dan tiada sekolah terbaru yang muncul untuk

menerima Tawaran Baru (New Deal) pada tahun 2011.

Menurut Nora Abdullah ( komunikasi personel 17 Disember 2012 ), beliau

menyatakan sekolahnya telah menerima anugerah Tawaran Baru (New Deal)

sebanyak dua kali berturut-turut. Menurut beliau lagi pada tahun yang kedua

pemberian anugerah Tawaran Baru ini, bilangan sekolah rendah di daerah Muar

yang menerima anugerah Tawaran Baru (New Deal) telah menurun dan tiada

sekolah terbaru yang muncul menerima anugerah tersebut. Sedangkan sasaran yang

dikehendaki pada tahun tersebut adalah sebanyak 36 buah sekolah. Bagi beliau

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

8

bukan suatu yang mudah untuk sesebuah sekolah itu mencapai Tawaran Baru, ia

mestilah bermula dari peringkat awal pengurusan dan pentadbiran sekolah. Banyak

kerja yang perlu dilaksanakan seperti menyediakan dokumen-dokumen sekolah,

pencapaian UPSR, skor Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) lebih daripada

90 peratus, sasaran literasi dan numerasi (LINUS), prestasi guru besar dan

kewangan sekolah.

Menurut Wahid Hashim (2010) Guru Besar, Pengetua dan guru yang

menunjukkan prestasi mengagumkan layak menerima ganjaran kerana usaha

berganda yang mereka telah lakukan. Namun begitu adakah amalan ganjaran

kewangan kepada Pengetua dan Guru Besar merupakan kaedah yang terbaik?

Memandangkan habuan yang diberi itu menjadi persoalan moral dalam kalangan

Guru Besar dan Pengetua sendiri. Menurut beliau lagi, sama ada perlu Guru Besar

atau Pengetua diberi ganjaran kewangan kerana ia mungkin akan memberi kesan

negatif dalam jangka masa yang panjang kepada Guru Besar atau Pengetua dan

budaya kerja keseluruhan secara yang kolektif. Persoalan sama ada tugas yang

dilakukan ialah tugas hakiki, tambahan atau kerja kolektif. Ramai yang menganggap

tugas memajukan sekolah merupakan kerja hakiki yang menjadi fardu dan wajib

kepada sesiapa sahaja yang bergelar Guru Besar atau Pengetua sekolah tanpa

mengharapkan balasan. Memadai diberikan kenaikan gred dan gaji.

Wahid Hashim (2010) juga melahirkan rasa bimbang dengan cara pemberian

ganjaran. Pemberian ganjaran akan tertumpu pada sekolah yang pencapaiannya

sudah mencecah 90 peratus keputusan akademik, khususnya sekolah yang sudah

sememangnya cemerlang. Mungkin sekolah yang “teruk” pencapaian akademiknya,

walaupun mengalami kenaikan sehingga 30 peratus masih belum dikira layak

menerima ganjaran kerana masih belum setanding dengan Guru Besar atau pengetua

di sekolah yang sudah sedia cemerlang. Menurut beliau lagi terdapat setengah Guru

Besar atau Pengetua yang menganggap konsep ganjaran dan hukuman ini umpama

memperkenalkan konsep “hire and fire”. Hal ini kerana dinyatakan di bawah Pelan

dan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan bahawa kira-kira 10 peratus yang

berprestasi tercorot akan dikenal pasti berdasarkan kepada skor komposit yang

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

9

terendah. Golongan ini akan diberi latihan dan bimbingan dalam usaha untuk

mempertingkatkan prestasi. Jika usaha ini tidak efektif, maka tindakan seperti

pemindahan dan persaraan pilihan akan diambil. Perkara ini dilihat menekan kerjaya

mereka, khususnya yang berada dalam kawasan “hitam”.

Sewaktu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-50

di Subang Jaya pada Jun 2011, beliau menyatakan pihak Kementerian Pelajaran

sedang memperincikan skim tawaran baru dan bayaran insentif. Langkah ini dibuat

kerana adanya susulan rungutan daripada guru lepasan diploma dan beberapa

kesatuan yang tidak berpuas hati dengan tawaran baru ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam membangunkan model insan kelas pertama demi mencapai matlamat

wawasan 2020, masih terdapat banyak sekolah yang kurang berdaya maju di negara

kita. Oleh itu, kerajaan berusaha membantu melalui pemberian bayaran insentif

tawaran baru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan di

sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Guru Besar dan guru yang

berjaya melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Jabatan Pelajaran Johor dalam taklimat

yang disampaikan oleh Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2011,

daerah Muar disasarkan sebanyak 36 buah sekolah rendah untuk mendapat tawaran

baru. Namun demikian, hanya 15 buah sekolah rendah sahaja yang berjaya (Portal

Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Muar, 2012). Dalam hal ini, daripada 18 buah

sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar hanya 3 buah sekolah sahaja yang telah

berjaya mendapat anugerah Tawaran Baru ( New Deal).

Page 34: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

10

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap

pengetahuan Tawaran Baru dan amalan pengurusan Tawaran Baru dalam kalangan

guru sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar. Mengenal pasti tahap tekanan

guru dalam mencapai Tawaran Baru. Seterusnya mengenal pasti sama ada terdapat

perbezaan pengetahuan Tawaran Baru dan amalan pengurusan Tawaran Baru dalam

kalangan guru sekolah kebangsaan berdasarkan demografi. Akhirnya kajian

dilakukan untuk melihat perkaitan atau hubungan yang signifikan antara tahap

pengetahuan dengan amalan penerimaan Tawaran Baru (New Deal) di kalangan

guru-guru sekolah kebangsaan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini bertujuan untuk :

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan tentang Tawaran Baru (New Deal) dalam

kalangan guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar.

ii. Mengenal pasti tahap amalan pengurusan Tawaran Baru (New Deal) dalam

kalangan guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar.

iii. Mengenal pasti tahap tekanan kerja guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon

Maharani Muar dalam mencapai Tawaran Baru (New Deal).

iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan terhadap

Tawaran Baru dalam kalangan guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon

Maharani berdasarkan demografi (jantina, bangsa, kelulusan akademik dan

tempoh perkhidmatan).

v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan

Tawaran Baru ( New Deal) dalam kalangan guru sekolah-sekolah

Page 35: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

11

kebangsaan di Zon Maharani Muar berdasarkan demografi (jantina, bangsa,

kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan).

vi. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap

pengetahuan dengan tahap amalan pengurusan Tawaran Baru (New Deal)

dalam kalangan guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar.

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya kajian ini ingin mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian seperti berikut :

i. Apakah tahap pengetahuan tentang Tawaran Baru (New Deal) dalam

kalangan guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar?

ii. Apakah tahap amalan pengurusan Tawaran Baru (New Deal) dalam

kalangan guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar?

iii. Apakah tahap tekanan kerja guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon

Maharani Muar dalam mencapai Tawaran Baru (New Deal)?

iv. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan terhadap Tawaran Baru

dalam kalangan guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Maharani

berdasarkan demografi (jantina, bangsa, kelulusan akademik dan tempoh

perkhidmatan)?

v. Adakah terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan Tawaran Baru ( New

Deal) dalam kalangan guru sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Maharani

Muar berdasarkan demografi (jantina, bangsa, kelulusan akademik dan

tempoh perkhidmatan)?

Page 36: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

12

vi. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan

tahap amalan pengurusan Tawaran Baru (New Deal) dalam kalangan guru

sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar?

1.6 Hipotesis

Hipotesis nol berikut dikemukakan untuk diuji pada aras atau kurang

daripada .05 ( p < .05 ).

Hο1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan terhadap

Tawaran Baru dalam kalangan guru sekolah-sekolah kebangsaan di zon

Maharani berdasarkan demografi (jantina, bangsa, umur dan tempoh

perkhidmatan).

Hο2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan pengurusan

Tawaran Baru ( New Deal) dalam kalangan guru sekolah-sekolah

kebangsaan di zon Maharani Muar berdasarkan demografi (jantina, bangsa,

umur dan tempoh perkhidmatan).

Hο3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan

tahap amalan pengurusan Tawaran Baru (New Deal) dalam kalangan guru

sekolah-sekolah kebangsaan di zon Maharani Muar.

Page 37: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

13

1.7 Kerangka Konsep Tawaran Baru

KERANGKA KONSEP DARI TAWARAN BARU / BAI’AH MELALUI PENILAIAN BERASASKAN PRESTASIUNTUK MENILAI KETUA SEKOLAH ( PENGETUA DAN GURU BESAR )

TAWARAN BARU

1.PERUNDINGAN/RUNDINGAN

2.KONTRAK/BAI’AH

3.MENETAPKANKRITERIAUNTUKPENILAIAN

PROMOSI

1.SEKRETARIA2.S.O.O’s3.D.E.O’s4.SEKOLAH

PENILAIAN

1.GREDPURATASEKOLAH(GPS) 70%2.STANDARDKUALITIPENDIDIKANMALAYSIA(SKPM) 30%

GANJARAN

MONETARI:*INDIVIDU*KUMPULAN/

PASUKAN

BUKAN MONETARI*DIPERCEPATKANPROMOSI

*LAMPIRANDENGANINSTITUSITERNAMA

KELUAR

UNTUK 3 TAHUN BERTURU-TURUT

LATIHAN

IAB

1.S.O.O’S2.D.E.O’S

PEMANTAUAN

1.SEKRETARIA2.S.O.O’s3.D.E.O’s4.SEKOLAH

KETERIAMELEBIHSASARAN

MELEBIHSASARAN

ATAS SASARAN/BAWAH SASARAN

Rajah 1.1 : Kerangka konsep dari Tawaran Baru (New Deal) melalui penilaian

berasaskan prestasi untuk menilai ketua sekolah (pengetua dan guru

besar)

Melalui kerangka konsep Tawaran Baru yang telah digariskan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia ini, setiap sekolah yang berjaya melalui langkah

yang ditetapkan barulah mereka layak menerima anugerah Tawaran Baru (New

Deal). Dalam melaksanakan Tawaran Baru pihak sekolah dan KPM perlulah

memuat perundingan dan membuat kontrak perjanjian iaitu bai’ah serta menetapkan

kriteria untuk penilaian dijalankan. Melalui promosi, pemantauan dan penilaian dari

Segi Gred Purata Sekolah (GPS) 70% dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

(SKPM) 30%. Setelah keteria melebihi sasaran barulah sekolah itu layak diberi

ganjaran. Sekiranya sesebuah sekolah itu masih di bawah sasaran Guru Besar akan

dihantar latihan di Institut Aminduddin Baki (IAB). Rajah 1.1 menunjukkan

Page 38: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

14

kerangka konsep dari Tawaran Baru (New Deal) melalui penilaian berasaskan

prestasi untuk menilai ketua sekolah (pengetua dan guru besar).

1.7.1 Teori Kepimpinan Instruksional

Jadual 1.1 : Kerangka kepimpinan instruksional (Hallinger & Murphy, 1987)

Sementara Teori Kepimpinan Instruksional pula ialah satu pendekatan

kepimpinan yang memberi penekanan kepada tingkahlaku guru dalam aktiviti-

aktiviti yang secara langsungnya memberi kesan kepada perkembangan pelajar

(Leithwood, Jantzi dan Steinbach, 1999). Salah satu daripada kerangka kepimpinan

instruksional yang terbaik ialah kerangka kepimpinan instruksional Hallinger dan

Murphy (1987) yang menegaskan bahawa terdapat tiga dimensi kepimpinan

instruksional, iaitu mendefinisi misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran,

dan mempromosikan iklim pembelajaran sekolah.

Dimensi Fungsi

Mendefinisikan

matlamat sekolah

1. Merangka Matlamat Sekolah

2. Menyampaikan Matlamat Sekolah

Mengurus kurikulum

dan pengajaran

3. Penyeliaan dan Penilaian Instruksi

4. Menyelaras Kurikulum

5. Memantau Kemajuan Pelajar

Mempromosikan iklim

pembelajaran sekolah

6. Melindungi Waktu P & P

7. Membudayakan Perkembangan Profesional

8. Mengekalkan Ketampakan (Visibility)

9. Menyediakan Ganjaran Kepada Guru

10. Penguatkuasaan Standard Akademik

11. Menyediakan Insentif Kepada Pelajar

Page 39: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

15

Rajah 1.2 : Model kepimpinan Hallinger

Kepimpinan instruksional lebih merupakan gaya kepimpinan dari atas ke

bawah dalam penurunan kuasa. Penekanan kepada pemantauan dan penyeliaan hasil

kerja pelajar adalah jawapan kepada slogan ‘pelajar didahulukan’. Kesebelas elemen

yang dilaksanakan dalam kepimpinan di sekolah merupakan jaminan perkhidmatan

berkualiti yang sememangnya hak pelajar (Ayob Jantan, 2009).

Kepimpinan instruksional menurut Gllickman (1985) meliputi penyeliaan

secara langsung terhadap guru, pembangunan kumpulan, pembangunan staf,

pembangunan kurikulum dan kajian tindakan. Gordon (1997) pula menyatakan

kepimpinan instruksional adalah aktiviti transformasional yang membangun

berdasarkan kepada kesamarataan dan perkembangan (equality and growth).

MEWUJUDKAN IKLIM PEMBELAJARANPOSITIF

11 ELEMEN KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL ( MODEL HALLINGER )

6) Melindungi Waktu P & P7) Membudayakan

Perkembangan Profesional8) Mengekalkan Ketampakan9) Menyediakan Ganjaran

Kepada Guru10) Penguatkuasaan Standard

Akademik11) Menyediakan Insentif

Kepada Pelajar

3) Penyeliaan Dan Penilaian Instruksi4) Menyelaras Kurikulum5) Memantau Kemajuan Pelajar

1) Merangka Matlamat Sekolah

2) Menyampaikan Matlamat Sekolah

MENDEFINISIKAN MISI SEKOLAH

MENGURUSPROGRAM

INSTRUKSIONAL

MEWUJUDKAN IKLIM PEMBELAJARAN

POSITIF

Page 40: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

16

1.8 Kerangka Kajia

Rajah 1.3 : Kerangka kajian pengurusan Tawaran Baru

Kerangka kajian ini dibentuk berdasarkan objektif kajian dan persoalan

kajian yang dibuat. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti

pengetahuan, amalan pengurusan dan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru-guru

sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar dalam mencapai anugerah Tawaran

Baru (New Deal). Selain itu kajian ini juga untuk melihat perbezaan pengetahuan

dan amalan pengurusan yang ada signifikan dengan faktor demografi. Pengkaji juga

ingin melihat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan amalan

pengurusan tawaran baru dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di Zon Maharani

Muar.

K E RANG K A K AJI AN PENG URUS AN TAWARAN BARU

PENG URUSA N TAWARAN

BARUG URU

PENGETAHUA N

A MALAN

TEKANAN K ERJA

DEMOG RAFI

•JANTINA• BANGSA•K ELUL USAN AK ADEMIK

•T EMPOH PERKHIDMATAN

Page 41: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

17

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini menjadi panduan kepada pengurus pendidikan untuk

meningkatkan kerja dan menyampaikan memaksimumkan pencapaian prestasi ke

arah kecemerlangan dalam pengurusan sekolah. Rasional penyelidikan adalah cuba

untuk mencari cara terbaik untuk menentukan keberkesanan Guru Besar sekolah

kebangsaan dan menilai pengetahuan dan amalan yang dilaksanakan dalam

pengurusan tawaran baru di sekolah-sekolah kebangsaan Zon Maharani, Muar.

Jumlah maklumat kolektif boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti pengurusan

pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.

Hasil kajian ini membolehkan Pengetua dan Guru Besar yang belum

menerima Tawaran Baru menjadikan kajian ini sebagai salah satu panduan untuk

mencapai Tawaran Baru (New Deal). Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat

membantu semua Pengetua dan Guru Besar menetapkan matlamat dan sasaran ke

arah pencapaian Tawaran Baru (New Deal). Justeru itu, diharap kajian ini dapat

dijadikan rujukan bagi pengkaji-pengkaji yang ingin menjalankan kajian berkaitan

dengan tajuk berkenaan pada masa-masa akan datang.

1.10 Batasan Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, hanya 15 daripada 18 sekolah kebangsaan di

Zon Maharani, Muar yang belum menerima Tawaran Baru (New Deal) bagi tahun

2011 diedarkan soalan soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada guru-guru

sekolah kebangsaan di Zon Maharani Muar. Oleh yang demikian, besar

kemungkinan kajian ini tidak dapat menggambarkan keseluruhan pengurusan

tawaran baru yang berjaya dilaksanakan melalui pengalaman dan amalan guru di

sekolah kebangsaan Zon Maharani, Muar. Jumlah responden dianggarkan seramai

229 orang.

Page 42: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

18

1.11 Prosedur Kajian Sebagai persediaan untuk menghasilkan tesis ini, pengkaji telah membuat

beberapa langkah yang perlu dilakukan :

i. Penyelidik membuat pembacaan dari buku, akhbar dan dari internet

berkaitan Tawaran Baru. Menemu bual beberapa Guru Besar yang tahu

tentang pengurusan tawaran baru dijalankan.

ii. Penyelidik membuat proposal dan soalan soal selidik untuk dihantar kepada

Jawatankuasa Penyemak Penyelidikan Fakulti Pendidikan untuk memohon

surat pengesahan dari Fakulti Pendidikan dan surat kebenaran daripada

Bahagian Perancang dan penyelidikan Pendidikan, Kementerian pelajaran.

iii. Penyelidik membuat permohonan kebenaran dari jabatan Pelajaran Negeri

Johor dan seterusnya dari pejabat Daerah Muar untuk menjalankan kajian di

sekolah-sekolah yang terlibat.

iv. Bagi tujuan kajian rintis, seramai 20 orang responden terlibat yang terdiri

dari guru-guru sekolah kebangsaan di luar kawasan Zon Maharani Muar

telah dijalankan.

v. Sebelum soalan soal selidik diedarkan kepada responden, penyelidik telah

pergi terlebih dahulu ke sekolah-sekolah terlibat untuk berbincang dan

memberi penerangan tentang tujuan kajian hendak dilaksanakan. Penyelidik

membuat pemilihan responden secara rawak mudah dan menetapkan tempoh

masa untuk menjalankan kajian. Responden diberi masa selama seminggu

untuk menjawab soal selidik ini. Selepas seminggu semua soal selidik akan

dipungut dan dikumpulkan.

vi. Seterusnya penyelidik akan membuat analisis dari kutipan data-data yang

diperoleh untuk dibuat rumusan kajian.

Page 43: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

19

1.12 Definisi Istilah dan Operasional Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini memerlukan definisi yang

tepat. Justeru itu penjelasan bagi definisi ini perlu untuk menjelaskan pengertian

umum dengan pengertian dalam kajian ada perbezaannya. Dalam kajian ini, terdapat

beberapa istilah konsep berdasarkan Kamus Dewan dan definisi operasional

berdasarkan kajian. Definisi operasional lebih memfokuskan kepada pengertian

dalam kajian. Di antaranya ialah :

1.12.1 Pengurusan

Menurut Kamus Dewan (2007) edisi keempat pengurusan bermaksud perihal

kerja yang mengurus sesuatu. Mohd Hizam dan Zafir (2002), menyatakan

pengurusan merupakan proses yang digunakan oleh seseorang pengurus dalam

usahanya untuk mencapai matlamat. Pengurusan juga boleh didefinisikan sebagai

proses perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan. Menurut

Robbins dan Decenzo (2001), pengurusan bermaksud proses menyempurnakan

sesuatu tugas dengan cekap dan berkesan melalui individu lain. Dessler (2001) pula

mendefinisikan pengurusan di dalam dua dimensi iaitu pertama menggambarkan

pengurus di dalam organisasi dan kedua adalah melihat apa yang pengurus lakukan.

Manakala Daft (2000) mengatakan bahawa pengurusan bermaksud mencapai

matlamat organisasi dengan cekap dan berkesan melalui proses perancangan,

pengorganisasian, kepemimpinan dan pengawalan sumber-sumber organisasi.

Dalam konteks kajian ini pengurusan boleh dibahagikan kepada tiga

bahagian. Pengurusan pertama merangkumi proses atau aktiviti yang saling berkait

di antara satu sama lain dan membentuk satu sistem yang tersendiri. Keduanya

melibatkan penumpuan kepada usaha-usaha untuk mencapai matlamat sesebuah

organisasi dan ketiganya pengurusan mencapai matlamat melalui kerjasama dengan

kumpulan atau individu lain serta penggunaan sumber-sumber yang terdapat dalam

organisasi.

Page 44: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

20

1.12.2 Tawaran

Menurut Kamus Dewan (2007) edisi keempat tawaran bermaksud harga

yang dikemukakan oleh pembeli atau sesuatu yang ditawarkan. Dalam konteks

kajian ini tawaran baru merupakan suatu usaha baru kerajaan bagi member insentif

kewangan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan peningkatan

pencapaian yang cemerlang melebihi sasaran yang ditetapkan berdasarkan kepada

Penilaian Berasakan Pencapaian (Performance Based Assessment) menurut

(Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1, 2011).

1.12.3 Kontrak

Menurut Kamus Dewan (2007) edisi keempat kontrak bermaksud perjanjian

formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Dokumen yang

mengandungi syarat-syarat perjanjian. Dalam konteks kajian ini kontrak perjanjian

menurut surat (Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan

1, 2011) merupakan satu persetujuan yang dibuat antara Pengetua atau Guru Besar

dengan Kerajaan (Kementerian Pelajaran Malaysia) dalam memastikan peningkatan

prestasi sekolah-sekolah di bawah KPM. Pengenalan kontrak perjanjian ini adalah

supaya setiap Pengetua dan Guru Besar menyedari kepentingan dan tanggungjawab

mereka dalam memajukan dan meningkatkan prestasi sekolah. Kontrak Perjanjian

ini perlu diperbaharui setiap tahun supaya setiap Pengetua dan Guru Besar

mengetahui sasaran yang ditetapkan dan berusaha untuk mencapainya.

1.12.4 Amalan Mengikut kamus dewan, amalan ialah sesuatu yang dilakukan atau

dilaksanakan sebagai satu kebiasaan. Dalam konteks kajian ini amalan bermaksud

Page 45: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

21

segala aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan seperti merancang,

menyusun, mengatur, mengarah dan menilai untuk mencapai tawaran baru

dijalankan oleh Guru Besar dan guru-guru di sekolah.

1.12.5 Tekanan Pengurusan Tekanan pengurusan melibatkan tekanan mental dan emosi yang terbentuk

akibat daripada mahu mengatasi sesuatu masalah yang timbul sewaktu menjalankan

tugas pengurusan sesebuah organisasi. Konsep tekanan pengurusan dalam kajian ini

lebih menumpukan kepada tekanan yang berkaitan dengan tugas pengurusan

Tawaran Baru (New Deal). Tekanan pengurusan di kalangan para pengurus

biasanya melibatkan aspek akauntabiliti mereka terhadap organisasi yang dipimpin

ataupun tekanan yang diterima daripada pihak atasan atau bawahan dalam

menyelesaikan sesuatu tugas. Dalam kajian ini meninjau tahap tekanan guru-guru

yang berada di bawah pucuk pimpinan atau pengurus profesional yang

mengendalikan atau menjayakan objektif dan dasar sesebuah organisasi.

1.13 Kesimpulan Bab ini telah melaporkan beberapa senario dalam menguruskan pengurusan

tawaran baru yang berlaku di sekolah-sekolah yang berada di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia. Secara amnya terdapat berbagai-bagai usaha yang dilakukan

oleh pihak pemimpin sekolah untuk melancarkan setiap pengurusan organisasi di

sekolah mereka. Walau bagaimanapun masih terdapat banyak penyelidikan yang

harus dijalankan untuk terus memantapkan kualiti pengurusan di sekolah.

Seterusnya bab ini juga membincangkan beberapa aspek yang penting dalam

penyelidikan seperti latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian,

persoalan kajian, kerangka kajian dan kepentingan penyelidikan ini harus

Page 46: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · 2014-04-07 · berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai ... atau disertasi bagi

22

dijalankan. Hal ini akan diikuti pada bab-bab yang selanjutnya seperti sorotan

kajian, metodologi kajian, hasil dapatan kajian dan implikasi bagi penyelidikan ini.