borang pemerhatian

8
BORANG PEMERHATIAN Kelas : Tahun 3 Mata Pelajaran : Bahasa Inggeris Hari : Jumaat Tarikh : 19 Jun 2015 Kekuatan Set Induksi 1. Penggunaan tayangan gambar menggunakan LCD menarik perhatian murid. ( saiz sesuai, jelas, bertepatan dengan tajuk 2. Penggunaan bahan maujud – menggunakan binatang peliharaan sebenar untuk memberikan contoh. 3. Kata-kata guru jelas, mudah difahami, bertepatan dengan tajuk. Pembinaan 1. Murid membawa bahan relia – menggunakan haiwan peliharaan sendiri untuk bercerita. 2. Penglibatan murid aktif – murid bermotivasi untuk bercerita dan pendengar mendengar dengan teliti. 3. Kedudukan murid semasa cerita sesuai diadakan di hadapan kelas. 4. Murid tidak menggunakan bantuan nota untuk bercerita.

Upload: buku-merah

Post on 10-Jul-2016

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

w

TRANSCRIPT

BORANG PEMERHATIAN

Kelas : Tahun 3 Mata Pelajaran : Bahasa Inggeris

Hari : Jumaat Tarikh : 19 Jun 2015

Kekuatan

Set Induksi

1. Penggunaan tayangan gambar menggunakan LCD menarik perhatian

murid. ( saiz sesuai, jelas, bertepatan dengan tajuk

2. Penggunaan bahan maujud – menggunakan binatang peliharaan

sebenar untuk memberikan contoh.

3. Kata-kata guru jelas, mudah difahami, bertepatan dengan tajuk.

Pembinaan

1. Murid membawa bahan relia – menggunakan haiwan peliharaan

sendiri untuk bercerita.

2. Penglibatan murid aktif – murid bermotivasi untuk bercerita dan

pendengar mendengar dengan teliti.

3. Kedudukan murid semasa cerita sesuai diadakan di hadapan kelas.

4. Murid tidak menggunakan bantuan nota untuk bercerita.

Latihan

1. Lembaran kerja mudah untuk murid menjawab.

2. Lembaran kerja bertepatan dengan tajuk.

Kesimpulan

1. Memberi soalan KBAT.

Kelemahan Perlu Diperbaiki

1. Teknik bercerita bebas membuat murid kurang lancar.

2. Penggunakan kosa kata murid agak lemah.

Cadangan Penambahbaikan

1. Murid bercerita menggunakan kad-kad tema yang disediakan oleh

guru.

2. Murid disediakan satu borang i-Think untuk mengumpul maklumat

semasa murid bercerita.

Laporan ‘Profesional Learning Community’ (PLC)

SK Rambai Tujuh, Kuala Kangsar

Pada hari Jumaat lalu iaitu 19 Jun 2015 telah diadakan satu sesi pengajaran

menggunakan kaedah PLC bertempat di Bilik Pemulihan Sekolah Kebangsaan

Rambai Tujuh, Kuala Kangsar. Pengajaran ini telah menggunakan teknik ‘Peer

Coaching’ semasa sesi pengajaran. Pada pusingan pertama aplikasi PLC ini

disekolah, pihak pentadbiran telah memutuskan untuk mengamanahkan Panatia

Bahasa Inggeris untuk mengendalikan sesi pengajaran dengan menggunakan teknik

‘Peer Coaching’ ini serta menjadikan Tahun 3 sebagai murid-murid dalam aplikasi

PLC ini.

Sebelum sesi pengajaran bermula, dua orang guru yang ditugaskan untuk

mengendalikan sesi pengajaran ini iaitu Puan Intan Suzana dan Encik Khairil

Hakimin Bin Hamidun telah duduk berbincang bersama untuk memutuskan tajuk dan

rancangan mengajar yang sesuai untuk diajarkan kepada murid Tahun 3.

Seterusnya, keputusan telah dicapai untuk menggunakan tajuk ‘My Pet’ sebagai isi

pengajaran dan kemahiran lisan dan mendengar sebagai objektif utama yang perlu

dicapai. Akhir sekali penentuan hari dan waktu dilakukan.

Sehari sebelum menjalankan aktiviti PLC, murid-murid Tahun 3 telah

ditaklimat terlebih dahulu untuk membawa haiwan peliharaan masing-masing dan

berlatih untuk bertutur beberapa ayat bagi menceritakan berkenaan haiwan

peliharaan masing-masing.

Pada hari pengajaran PLC dilakukan, dua orang guru dan murid-murid telah

memahami tugas masing-masing. Puan Intan Suzana ditugaskan untuk mengendali

pengajaran pada hari berkenaan manakala Encik Khairil Hakimin membuat rakaman

serta pemerhatian menggunakan borang pemerhatian sepanjang sesi pengajaran

diadakan.

Berdasarkan borang pemerhatian, terdapat kekuatan serta kelemahan yang

didapati semasa pengajaran ini berlangsung.

Kekuatan pengajaran ini ialah dari aspek teknologi maklumat. Penggunaan

projektor semasa set induksi sangat menarik perhatian murid-murid. Murid dapat

melihat gambar yang jelas serta mendapat gambaran awal mengenai tajuk yang

akan diajar sebelum pengajaran dilakukan. Hal ini turut memudahkan guru bercerita

dengan menggunakan contoh-contoh yang ditayangkan dengan menggunakan

projektor.

Selain itu, guru telah membawa haiwan peliharaan sebenar sambil bercerita

perihal haiwan peliharaannya. Hal ini memberikan gambaran kepada murid bagi

mendapatkan idea-idea sebelum mereka berkongsi cerita di hadapan kelas.

Seterusnya, kekuatan pengajaran ini diperhatikan melalui aspek bahan

maujud ataupun bahan contoh sebenar. Dalam hal ini, berdasarkan tajuk ‘My Pet’,

murid telah membawa contoh haiwan peliharaan sebenar ke dalam kelas sambil

berkongsi cerita perkara-perkara menarik mengenai haiwan peliharaan mereka.

Secara tidak langsung, murid-murid lain turut tertarik untuk terlibat dalam sesi

pengajaran. Hal ini didapati, murid kerap bertanya soalan mengenai haiwan

peliharaan rakan-rakan mereka.

Disebalik itu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Yang

pertama, teknik bercerita bebas membuatkan murid kurang lancar untuk bercerita.

Hal ini kerana, mereka perlu mengambil masa yang agak panjang untuk

mendapatkan idea-idea lain selepas bercerita sesuatu idea. Oleh itu, untuk

cadangan penambahbaikan akan datang, perancangan untuk mengadakan kad-kad

tema idea akan dilakukan untuk memudahkan murid untuk bercerita. Dalam hal ini,

kad-kad tema akan ditulis dengan beberapa idea. Oleh itu, murid akan bercerita satu

demi satu dengan menggunakan kad tema berkenaan.

Yang kedua, kelemahan yang perlu diatasi di sini ialah penggunaan kosa kata

Bahasa Inggeris murid. Kebanyakan murid mencampur adukkan Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris semasa menanyakan soalan.

Yang ketiga, kebanyakan murid sukar mengingati maklumat yang diperolehi

melalui cerita haiwan peliharaan oleh murid-murid lain. Semasa menjawab lembaran

kerja, terdapat murid yang menanyakan jawapan kepada guru kerana tidak

mengingati maklumat yang telah didengari. Oleh hal demikian, untuk pengajaran

akan datang, guru akan mengaplikasikan peta minda i-think dalam pengajaran lisan

dan mendengar. Sebagai contoh, semasa murid bercerita, murid lain akan

mendengar secara aktif dan menulis secara ringkas maklumat yang didengar dalam

peta minda i-think.

Secara kesimpulan, pengajaran ini berjalan dengan sangat baik. Murid-murid

terhibur dan aktif dalam sesi pengajaran.

Dilaporkan oleh, 19 Jun 2015

…………………………………

(ENCIK KHAIRIL HAKIMIN B. HAMIDUN)

Guru Bahasa Inggeris,

SK Rambai Tujuh, Kuala Kangsar

Guru sedang meminta murid meneka binatang di dalam sangkar

Seorang murid sedang menceritakan haiwan peliharaannya.

Guru sedang membimbing murid.Haiwan peliharaan guru.