bond booklet bm email

6
Misi Untuk Melabur: Bon Securities Industry Development Corporation 3, Persiaran Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur Tel : 03 6204 8889 Faks : 03 6204 8298 www.min.com.my Bagaimana pelabur dilindungi Industri pasaran modal di negara kita sentiasa mengutamakan pelabur dengan melindungi mereka daripada kegiatan yang tidak beretika atau tidak bertanggungjawab. Sebarang perlakuan yang melanggar undang-undang industri sekuriti boleh dilaporkan secara terus kepada: Jabatan Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 3 Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur Tel : 03 6204 8999 Faks : 03 6204 8991 Emel : [email protected] Kesimpulannya, pelaburan dalam bon adalah sama seperti produk pelaburan yang lain dimana ia mempunyai unsur risiko dan pulangan yang anda harus fahami. Sesudah mengetahui asas-asas bon, maka anda bolehlah mengambil langkah seterusnya dan mula melabur dalam bon dengan bijak.

Upload: amin-mohd

Post on 16-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bond Booklet BM Email

TRANSCRIPT

  • Misi Untuk Melabur:Bon

    Securities Industry Development Corporation3, Persiaran Bukit Kiara, 50490 Kuala LumpurTel : 03 6204 8889 Faks : 03 6204 8298www.min.com.my

    Bagaimana pelabur dilindungiIndustri pasaran modal di negara kita sentiasa mengutamakan pelabur dengan melindungi mereka daripada kegiatan yang tidak beretika atau tidak bertanggungjawab. Sebarang perlakuan yang melanggar undang-undang industri sekuriti boleh dilaporkan secara terus kepada:

    Jabatan Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia3 Persiaran Bukit KiaraBukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur

    Tel : 03 6204 8999Faks : 03 6204 8991Emel : [email protected]

    Kesimpulannya, pelaburan dalam bon adalah sama seperti produk pelaburan yang lain dimana ia mempunyai unsur risiko dan pulangan yang anda harus fahami. Sesudah mengetahui asas-asas bon, maka anda bolehlah mengambil langkah seterusnya dan mula melabur dalam bon dengan bijak.

  • Misi UntukMelabur:Bon

    Melabur adalah bagaikan suatu pengembaraan yang sungguh mengasyikkan. Walaupun pelaburan mungkin memberikan pulangan yang menarik, namun ia sebenarnya sesuatu yang agak mencabar jika anda ingin menguasainya dengan baik. Dengan pelbagai produk pelaburan yang sedia ada, pelabur yang sudah arif dengan pasaran pun tidak terkecuali daripada berdepan dengan cabaran-cabaran mengendalikan portfolio mereka. Sungguhpun pasaran modal di Malaysia menawarkan pelbagai produk pelaburan, para pelabur biasanya lebih gemar memilih produk yang lebih dikenali seperti saham dan unit amanah. Sebagai seorang pelabur, adalah bijak untuk anda mempelbagaikan portfolio dengan beberapa jenis produk pelaburan. Luangkan masa untuk mengenali produk tersebut sebelum melabur. Dalam risalah ini, anda akan dapat mengenali ciri-ciri bon dan penjelasan bagaimana dan mengapa patut melabur dalamnya.

    1 2

    Mengenai Kami

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman webwww.sidc.com.my danwww.min.com.my.

    Dana BonSebagai seorang pelabur, anda mungkin pernah mendengar mengenai dana bon (iaitu unit amanah yang melabur dalam bon). Dana bon sebenarnya ialah suatu dana yang melabur secara kolektif dalam bon atau lain-lain instrumen hutang. Untuk lebih memahami bagaimana pelaburan bon berfungsi, anda perlu tahu dengan lanjut mengenai bagaimana dana dibentuk, iaitu dalam kes ini, bon itu sendiri. Anda juga harus tahu dan faham mengenai dana bon agar jelas ke manakah wang akan dilaburkan.

    SECURITIES INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (SIDC), peneraju bidang pendidikan, latihan dan sumber maklumat berkaitan pasaran modal di ASEAN, adalah cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia (SC). Ia ditubuhkan pada tahun 1994 dan diperbadankan pada 2007.

    SIDC telah menganjurkan pelbagai program dan seminar selama lebih 15 tahun dalam usahanya untuk meningkatkan tahap kecemerlangan di kalangan peserta pasaran modal. Program-program latihan SIDC adalah khusus untuk pengawal selia pasaran modal Malaysia dan antarabangsa, pengarah syarikat tersenarai dan peserta dalam pasaran modal. Selain itu, SIDC turut menganjurkan program-program celik kewangan untuk orang ramai melalui Jabatan Pendidikan Pelabur, SIDC.

    SIDC juga menjalankan peperiksaan untuk individu yang ingin mendapatkan lesen di bawah sistem pelesenan SC bagi pengantara pasaran modal Malaysia.

    fahamiproduk pelaburan anda

    Program celik kewangan ini disokong oleh DanaPembangunan Pasaran Modal (CMDF) dan SC.

    Penafian balik: Maklumat yang terkandung di dalam risalah ini ialah untuk tujuan pendidikan semata-mata dan mencerminkan keadaan pasaran pada sesuatu masa tertentu yang mungkin berlalu dan menyebabkan risalah ini tidak lagi relevan. Risalah ini tidak semestinya mewakili pendapat Securities Industry Development Corporation dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk nasihat perundangan atau mana-mana nasihat profesional yang lain.

    Hakcipta terpelihara SECURITIES INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION

  • Pelabur seperti anda akan meminjamkan wang kepada syarikat- syarikat ini dengan membeli bon yang diterbitkan. Selepas tempoh tertentu, syarikat akan membayar balik jumlah yang dipinjam. Sementara menunggu tempoh matang, syarikat akan membayar faedah kepada anda secara berkala dengan kadar faedah yang ditetapkan. Ini juga dikenali sebagai kupon.

    Sesetengah bon korporat (dalam bentuk saham pinjaman) di Malaysia tersenarai di Bursa Malaysia. Namun kebanyakan instrumen adalah diterbitkan secara tawaran persendirian (private placement) dan didagangkan secara atas kaunter (over-the-counter). Memandangan bon-bon ini diterbitkan tanpa prospektus, ia hanya boleh diterbitkan atau diberikan kepada sejumlah pelabur yang terhad seperti yang dinyatakan dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Sebagai contoh, bon-bon ini hanya boleh ditawarkan kepada pelabur individu dengan nilai bersih RM3 juta dan ke atas.

    Jadi,apa itubon?

    3 4

    Bon adalah suatu sijil atau sekuriti yang menunjukkan bahawa seseorang pelabur telah meminjamkan wang kepada sebuah syarikat atau kerajaan dan beliau akan mendapat pulangan faedah tetap dan bayaran balik modal.

    Contohnya, anda memerlukan sejumlah wang yang amat banyak dan cara yang paling mudah untuk mendapatkan dana adalah dengan meminjam wang. Syarikat-syarikat besar (malah kerajaan) pun perlu meminjam dana sekali-sekala untuk membiayai projek dan memenuhi impian mereka tetapi jumlah dana yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada apa yang boleh dipinjam dari bank. Maka cara yang paling sesuai untuk mendapatkan dana adalah dengan menerbitkan bon kepada orang ramai.

    [ Penerbit membayar faedah secara berkala ] [ Projek mendatangkan keuntungan ]

    [ Melabur / meminjam dana ]

    Pelabur /Pemiutang

    Penerbit Bon /Penghutang

    Projek /Pembangunan

    [ Dana digunakan untuk ]

    4 3

    1 2

  • 5 6

    Istilah dan ciri-ciri bonTerdapat beberapa istilah dan ciri-ciri bon yang anda harus ketahui, seperti di bawah:

    Apakah kebaikan dan kelemahan pelaburan bon?

    Jumlah yang dipersetujui oleh penerbit untuk dibayar kepada pemegang bon pada tempoh matang.

    Ini juga dipanggil sebagai nilai muka, nilai tara, nilai tebus atau nilai matang.

    Nilai nominal

    Jumlah faedah yang akan diperolehi oleh pemegangbon secara berkala, juga dikenali sebagai bayaran kupon.

    Contohnya: Jika anda memiliki RM100,000 bon dengan kadar kupon 7%, bayaran faedah tahunan adalah:

    RM100,000 x 7% = RM7,000

    Kadar kupon

    Bilangan tahun atau tarikh apabila penerbitakan membayar balik pemegang bon pelaburanprinsipalnya.

    Tempoh hinggamatang

    Suatu perjanjian sah yang menyatakan tanggungjawab penerbit terhadap bon yang dikeluarkan.

    Surat ikatanamanah

    Pihak ketiga yang terlibat dalam pembentukan surat ikatan amanah.

    Tugas pemegang amanah adalah untuk memastikan terma-terma dan syarat-syarat surat ikatan amanah dipatuhi.

    Pemegang amanah

    Jenis penerbit bon adalah aspek yang harus diutamakan apabila memilih bon untuk dilabur. Di Malaysia, jenis penerbit bon termasuklah kerajaan, bank-bank, institusi-institusi kewangan dan syarikat-syarikat.

    Jenis penerbit

    Kadar hasil

    Memberi penerbit hak untuk membeli balik atau call bon daripada pemegang pada kadar yang dinyatakan dalam tempoh tertentu.

    Peruntukanpanggilan

    Dalam bon dana terikat, penerbit pada secara berkala akan mengasingkan wang untuk bayaran hutang pada akhir tempoh dana. Ini mungkin dinyatakan dalam surat ikatan amanah untuk melindungi pelabur.

    Dana terikat(sinking fund)

    Pulangan faedah tetap setiaptahun (tanpa dipengaruhi oleh prestasi syarikat)

    Berbeza dengan pemegang saham biasa, pemegang bon tidak akan dibayar dengan lebih banyak sekiranya syarikat mendapat lebih keuntungan

    Dalam mengagihkan keuntungan, pemegang bon mempunyai keutamaan yang lebih berbanding pemegang saham biasa

    Pemegang bon tidak mempunyai hak mengundi

    Kebaikan Kelemahan

    Kadar diskaun atau kadar faedah yang pelabur bon inginkan daripada pelaburannya. Kadar hasil tidak sama dengan kadar kupon sesuatu bon.

    Harga bon dinyatakan berlawanan dengan kadarhasil. Apabila kadar hasil meningkat, harga bon menurun dan sebaliknya.

  • 7 8

    Kenapa saya patut melabur dalam bon sedangkan ia turut berisiko? Bagi pelabur yang tidak suka menghadapi turun naik pasaran saham, anda boleh mencuba untuk melabur dalam bon. Jika anda seorang pelabur yang mempunyai beberapa jenis produk berisiko tinggi dalam portfolio, adalah baik untuk melabur dalam bon untuk menyeimbangkan tahap pelaburan.

    Apakah jenis-jenis bon yang ada?Bon diklasifikasikan mengikut tempoh matangnya, seperti:

    Mempunyai tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan pada kebiasaannya lima tahun

    Jangka panjang

    Tempoh matang tidak melebihi satu tahunJangka pendek

    Instrumen kewangan yang boleh didagangkan dan diterbitkan oleh syarikat atau perbadanan apabila mereka ingin meminjam dana

    Bon konvensional

    Bon yang mematuhi undang-undang dan prinsip-prinsip pelaburan Islam

    Bon Islam (Sukuk)

    Satu lagi cara untuk mengklasifikasikan bon adalah:

    Bon adalah hutang Saham adalah ekuiti

    Pulangan dalam pelaburan bon telah ditetapkan

    Pulangan bergantung kepada pencapaian syarikat

    Bon mempunyai tarikh matang Saham sah selama syarikat beroperasi

    Apabila membeli bon, anda ialah pemiutang kepada syarikat

    Apabila membeli saham, anda memiliki sebahagian daripada syarikat tersebut

    Bon Saham

    Adakah bon bebas daripada risiko? Seperti pelaburan lain, pelaburan bon juga mempunyai risiko. Antara dua jenis risiko yang utama adalah risiko kredit dan risiko kadar faedah.

    Risiko Kredit Risiko kredit adalah apabila penerbit gagal membayar kupon atau

    tidak mampu membayar balik duit modal pada tempoh matang. Secara umumnya, bon yang paling kurang risikonya adalah bon yang yang diterbitkan oleh kerajaan.

    Risiko kadar faedah Risiko kadar faedah juga dikenali sebagai risiko harga atau risiko

    pasaran. Ini merujuk kepada kemungkinan hasil pulangan dan/atau duit modal susut akibat perubahan kadar faedah yang menjejaskan harga bon.

    Bon diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah peraturan berasaskan pendedahan (disclosure-based regulation) dan pelabur hendaklah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penerbit, dalam dokumen transaksi dan melalui lain-lain saluran informasi yang berkaitan.

    Apakah perbezaan antara pelaburan bon dan pelaburan saham?Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara bon dan saham:

  • 10

    Ketelusan hargaHarga dagangan untuk bon tidak tersenarai atau bon atas kaunter boleh dilihat setiap hari melalui Platform Dagangan Elektronik (ETP) di Bursa Malaysia. ETP berfungsi sebagai pusat mengumpul, menyimpan dan menyebar harga dagangan untuk pasaran bon utama dan sekunder. Ini adalah suatu sistem pengawalan pasaran yang efisien dan dikawalselia oleh Bursa untuk memantau pasaran bon.

    Terdapat juga penilaian bon yang dilakukan oleh Agensi Penetapan HargaBon (BPAM). BPAM adalah inisiatif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk meningkatkan ketelusan dan kualiti mekanisme pencarian harga dan amalan penarafan pasaran bon di Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman-laman web berikut:Bursa : http://www.bursamalaysia.com/website/bm/trading/bondsBPAM : http://www.bpam.com.my

    Adakah pelabur dilindungi jika penghutanggagal membayar hutang?Hak pemegang bon dilindungi oleh Akta Syarikat 1965 dan Akta PasaranModal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

    Di bawah Akta Syarikat, pemiutang termasuklah pemegang bon boleh memfailkan petisyen penggulungan syarikat apabila penghutang gagal membayar hutangnya. Apabila arahan penggulungan dibuat, mahkamah akan melantik pembubar yang akan memantau proses pembubaran tersebut.

    Di bawah CMSA pula, semua pemegang bon wajib menandatangani surat ikatan amanah dengan seorang pemegang amanah yang dilantik. Surat ikatan amanah merangkumi peruntukan bon, perjanjian dan lain-lain keperluan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tugas pemegang amanah adalah untuk menjamin kepentingan pemegang bon seperti mana yang tertakluk dalam surat ikatan amanah dan CMSA.

    Dokumen bon (seperti prospektus, penyata terma dan memorandum maklumat) juga mempunyai perjanjian dan klausa-klausa tetapan yang memberikan perlindungan tambahan kepada pelabur. Anda boleh mendapatkan salinan penyata terma dan/atau terma-terma dan syarat-syarat penting penerbitan bon di laman web Suruhanjaya Sekuriti.

    Bagaimana membaca penarafan bonBon dinilai berdasarkan kemampuan syarikat penerbit untuk memenuhi komitmen yang dijanjikan. Agensi penarafan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat penerbit bon akan menganalisa dan mengeluarkan skala penarafan bon.

    Di Malaysia, terdapat dua agensi penarafan swasta iaitu Rating AgencyMalaysia (RAM) yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) yang ditubuhkan pada 1995.

    Untuk maklumat lanjut mengenai penarafan bon, layari laman web agensi- agensi tersebut:RAM : www.ram.com.myMARC : www.marc.com.my

    Memilih bonTerdapat beberapa faktor penting yang harus dipertimbangkanketika memilih bon:

    Menilai kualiti pelaburan sesuatu bonPenarafan bon

    Jangka masa sehingga jumlah prinsipal mesti dibayar balik

    Tempoh matang

    Pelabur harus tahu sama ada bon yang dilabur mempunyai ciri-ciri tambahan seperti peruntukan panggilan atau boleh tukar (convertible)

    Bon panggilan bermaksud pemegang bon biasanya dibayar sejumlah premium yang kecil atas nilai nominal bon

    Bon boleh tukar membolehkan pelabur menukar bon untuk saham biasa dalam jangka masa tertentu

    Ciri-ciri bon (panggilan atau boleh tukar)

    Di Malaysia, faedah yang diperolehi oleh pelabur individu daripada pelaburan bon dikecualikan daripada cukai

    Status cukai

    Mengambilkira keuntungan kupon pada masa kini dan sebarang keuntungan atau kerugian modal yang bakal dihadapi sekiranya pelabur memegang bon sehingga tempoh matang

    Kadar hasil sehingga tempoh matang

    9