booklet cob.pdf

60
PANDUAN PEMUDAHCARA BANGUNAN BERSTRATA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP) Kerajaan Negeri Pulau Pinang Majlis Perbandaran Seberang Perai www.mpsp.gov.my

Upload: mohd-nazmi

Post on 31-Jan-2016

328 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Booklet COB.pdf

PANDUAN PEMUDAHCARA BANGUNAN BERSTRATA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Majlis Perbandaran Seberang Perai

www.mpsp.gov.my

Page 2: Booklet COB.pdf

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JMB / MC

PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

KAEDAH – KAEDAH DALAMAN (SEKSYEN 14 AKTA 663)UNDANG – UNDANG KECIL (JADUAL KETIGA SEKSYEN 44AKTA 318) PENUBUHAN JMB / MC

3

Page 3: Booklet COB.pdf

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB )

DAN PERBADANAN PENGURUSAN (MC)

4

Page 4: Booklet COB.pdf

Joint Management Body atau Badan Pengurusan Bersama.

Badan yang menguruskan pengurusan dan penyelenggaraan di bangunan tersebut.

Badan Pengurusan Bersama yang di tubuhkan terdiri daripada pemaju dan pemilik unit.

Merupakan pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu

meterai perbadanan.

JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah akta

hakmilik strata.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN JMB

5

Page 5: Booklet COB.pdf

TUJUAN PENUBUHAN JMB

Menyediakan peluang kepada pembeli bersama menyenggaradan menguruskan bangunan dan harta bersama.

Mewujudkan satu mekanisme bagi pemaju dan pembelibersama-sama bertangungjawab dalam mengurus danmenyenggara bangunan.

JMB sebagai ‘perantara’ kepada semua pemilik unit sebelumMC di wujudkan.

Mengurangkan jurang perselisihan faham antara pemaju danpembeli untuk bersama-sama melaksanakan peranan masing-masing.

Konsep JMB bagi memastikan pengurusan dan pentadbiransesuatu kawasan dalam keadaan terurus dan teratur.

6

Page 6: Booklet COB.pdf

Mengurus & menyenggara harta bersama

Menentukan kadar caj penyenggaraan

Menginsuranskan bangunan

Menyedia dan menyenggara daftarai strata

Memastikan APB diaudit utk makluman pembeli

Melakukan apa perkara lain yang suai manfaat atauperlu bagi kepentingan bersama

7

Page 7: Booklet COB.pdf

KUASA JMB

Mendapatkan kembalidari pembeli sejumlah

wang yang dibelanjakanoleh JMB terhadap unit

/petak pembeli

Melakukan perkara ygmunasabah selaras

dgn tugas sebagai JMB

Membuat kaedahDalaman /Undang –

undang kecil

Kutip YuranPenyenggaraan

Benarkan perbelanjaanbagi menjalankan

penyenggaraan danpengurusan harta bersama

Membeli, menyewaatau peroleh hartaalih atau tidak bagi

kegunaan awam

Dapatkanperkhidmatan Ejen

Pengurusan

8

Page 8: Booklet COB.pdf

Wujud apabila Buku Daftar Strata telah dibuka

Bertujuan bagi menguruskan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan bangunan

bertingkat

Pemaju dikehendaki menyerahkan tanggungjawab penyenggaraan dan

pengurusan kepada MC apabila 25% Hakmilik Strata telah pindah hak milik

kepada pemilik petak ( pemilik asal)

Perlu memilih Ahli Majlis.

Boleh mendakwa dan didakwa

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN

PERBADANAN PENGURUSAN (MC)

9

Page 9: Booklet COB.pdf

Mengurus & menyenggara harta bersama

Menginsuranskan bangunan

Mematuhi notis & perintah PBT

Menyedia dan menyenggara daftarai strata

Mempamerkan nama dan alamat sama seperti yangterkandung dalam daftrat strata dipintu masuk lotserta menyediakan peti surat

TUGAS & TANGGUNGJAWAB PERBADANAN PENGURUSA (MC)

10

Page 10: Booklet COB.pdf

KUASA MC

Mendapatkan kembali daripemilik petak wang yang

dibelanjakan oleh MC berkenaan pemilik petak yang

gagal mematuhi notis atauperintah berkuasa

Melakukan perkara yang munasabah bagi tugasnya

dengan kuatkuasakanundang –undang kecil

Mengambil tindakan keataspemilik petak sekiranya

pemilik petak gagalmematuhi arahan

Kenakan caruman keataspemilik petak ikut kadar yang ditetapkan ikut syer masing -

masing

Meminjam wang yang diperlukan dalam menjalankankuasanya dan membayar balik

pinjaman serta faedah yang dikenakan

Membeli, menyewa atauperoleh harta alih untuk

kegunaan berhubung hartabersama

11

Page 11: Booklet COB.pdf

PERSATUAN PENDUDUK PERBADANAN PENGURUSAN (MC)

Amalan biasa didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan ( ROS ).

MC bertaraf sebuah perbadananyang diperkanunkan atau “body corporate “. Ianya tertubuh di bawahAkta Hakmilik Strata 1985 dan tidakperlu didaftarkan di bawahPendaftar Syarikat atauPendaftar Pertubuhan.

Tidak mempunyai sebarang kuasadi bawah Akta Hakmilik Strata 1985.

MC juga seperti badan-badan lain, iaitu mempunyai kuasa untukmendakwa dan didakwa dimahkamah.

PERBEZAAN DI ANTARA PERSATUAN PENDUDUK DAN PERBADANAN PENGURUSAN (MC)

PERSATUAN PENDUDUK PERBADANAN PENGURUSAN ( MC )

Amalan biasa didaftarkan di Pejabat

Pendaftar Pertubuhan ( ROS ).

MC bertaraf sebuah perbadanan yang

diperkanunkan atau “body corporate “.

Ianya tertubuh di bawah Akta Hakmilik

Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan di

bawah Pendaftar Syarikat atau Pendaftar

Pertubuhan.

Tidak mempunyai sebarang kuasa di

bawah Akta Hakmilik Strata 1985.

MC juga seperti badan-badan lain, iaitu

mempunyai kuasa untuk mendakwa dan

didakwa di mahkamah.

12

Page 12: Booklet COB.pdf

TUNTUTAN TUNGGAKAN YURAN PENYENGGARAAN OLEH JMB

Notis bertulis pertama dikeluarkan dengan memberi tempoh selamaempat belas (14) hari kepada pembeli/pemilik petak yang terlibat.

Jika gagal, notis bertulis kedua dikeluarkan dengan memberi tempohselama empat belas (14) hari kepada pembeli/pemilik petak terlibat.

Jika masih gagal, JMB boleh mengambil tindakan mahkamah terhadappembeli/pemilik petak yang terlibat.

13

Page 13: Booklet COB.pdf

TUNTUTAN TUNGGAKAN YURANPENYENGGARAAN OLEH

PESURUHJAYA BANGUNAN ( COB )

Pesuruhjaya Bangunan akan mengeluarkan notis dalam Borang Ameminta pembeli/pemilik petak membayar tunggakan yuranpenyenggaraan dalam masa empat belas (14) hari.

Jika yuran penyenggaraan tertunggak selama enam (6) bulan, ataspermintaan pemaju atau JMB, Pesuruhjaya boleh mengeluarkan waranpenahanan dalam Borang B yang membenarkan penahanan apa-apa hartaalih kepunyaan pembeli/petak yang ditemui di dalam petak atau ditempat lain di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT).

Waran hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai daripada PejabatPesuruhjaya dan beliau perlu membuat notis dan inventori harta yangditahan dalam Borang C.

14

Page 14: Booklet COB.pdf

EJEN PENGURUSAN

PELANTIKAN EJEN PENGURUSAN

Pihak JMB atau MC boleh melantik ejen pengurusan bagi menjalankankerja-kerja pengurusan dan penyenggaraan bangunan. Pihak JabatanPesuruhjaya Bangunan ( COB ) juga boleh melantik ejen pengurusan jikamendapati pihak pemaju atau Badan tidak menjalankan kerja-kerjapengurusan dan penyenggaraan bangunan dengan baik.

Ejen pengurusan yang dilantik perlu membuat perjanjian dengan pihakpemaju atau Badan bagi menjalankan tugasnya selaku pihak pengurusanbangunan. Pihak ejen pengurusan juga berhak dibayar fi atau upahberhubung kerja-kerja pengurusan dan penyenggaraan bangunan yang telahdijalankan olehnya.

15

Page 15: Booklet COB.pdf

KEBEBASAN EJEN PENGURUSAN

Seseorang tidak boleh dilantik sebagai ejen pengurusan jika beliaumempunyai kepentingan profesional atau kewangan terhadap bangunanyang diurus dan disenggara.

KUASA DAN TUGAS EJEN PENGURUSAN

Ejen pengurusan yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas ataukuasanya seolah-olah bertindak sebagai pemaju atau Badan. Sebagai contoh,segala kutipan yuran penyenggaraan hendaklah dimasukkan ke AkaunPenyenggaraan Bangunan dalam masa dua hari bekerja dari tarikhpenerimaan wang tersebut.

16

Page 16: Booklet COB.pdf

PENUBUHAN JMB

JENIS- JENIS MESYUARAT (JMB/MC)

MesyuaratAgung

Tahunan(AGM)

Mesyuarat JMC (Ahli

Jawatankuasa)

MesyuaratAgung LuarBiasa (EGM)

17

Page 17: Booklet COB.pdf

18

Page 18: Booklet COB.pdf

PROSEDUR MESYUARAT AGM JIKA KUOROM

TIDAK CUKUP

Dalam masa ½ jam selepasmasa ditetapkan, dan kuoromtidak ada MAKA ahli yangberhak untuk mengundi yanghadir hendaklah membentuksuatu kuorum

Selepas 1 jam selepas masaditetapkan untuk mesyuarat,tiada anggota yang berhakuntuk mengundi hadir/ ahliyang hadir enggan memegangjawatan

Pemaju dalam masa 7 harimemberitahu COB dan COBboleh mengambil tindakanberikut

(i) Menetapkan tarikh baruMesyuarat JMB atau

(ii) Melantik Ejen Pengurusanuntuk menyenggara bangunan

19

Page 19: Booklet COB.pdf

CARTA ALIR MESYUARAT AGUNG PERTAMA

20

Page 20: Booklet COB.pdf

1[;’; MESYUARAT AHLI JMC

(Joint Management Committee)

MASA

(i) Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat seberapa banyak yang perlu bagi pelaksanaan

fungsi Badan dengan cekap pada bila-bila masa yang diputuskan oleh pengerusi tetapi tidak

boleh lebih daripada 2 bulan luput antara mesyuarat itu.

(ii) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta oleh Psuruhjaya atau oleh sekurang-

kurangnya dua anggota Jawatankuasa itu.

KELAYAKAN / KUORUM

Pengerusi dan sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan anggota jawatankuasa

KETETAPAN JAWATANKUASA

1) Semua ketetapan dianggap telah diluluskan dalam mesyuarat itu jika:

(a) Semua ahli JMC telah dimaklumkan ketetapan yang dicadangkan secara bertulis

(b) Ketetapan bertulis itu ditandatangani oleh semua ahli JMC

2) Jika ada persoalan yang perlu diputuskan, pengerusi hendaklah mempunyai undi

pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya,

21

Page 21: Booklet COB.pdf

CARTA ALIR MESYUARAT JMC

22

Page 22: Booklet COB.pdf

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

MASA

(i) Mesyuarat ini hendaklah diadakan sekali setahun dan tidak melebihi 15 belas bulan luput antara tarikh satu Mesyuarat AgungTahunan enggan yang berikutnya.(ii) Suatu mesyuarat agung tahunan badan hendaklah diadakan untukmenimbang Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan dan untuk menjalankanapa-apa urusan lain yang mungkin berbangkit.

KELAYAKAN¼ daripada pembeli yang yang berhak mengundi ( hanya pembeli yang TIDAK

mempunyai tunggakan caj penyenggaraan berhak mengundi)

AGENDA

(i) Pemilihan Ahli JMC(ii) Pengesahan untuk ambil alih insurans(iii) Penetapan Caj Penyenggaraan(iv) Penetapan kadar bunga diatas kelewatan membayar caj penyenggaraan(v) Hal – hal lain berkaitan pengurusan & penyelenggaraan

23

Page 23: Booklet COB.pdf

CARTA ALIR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

24

Page 24: Booklet COB.pdf

25

Page 25: Booklet COB.pdf

26

Page 26: Booklet COB.pdf

CONTOH –CONTOH BORANG

CONTOH : NOTIS MESYUARAT

NOTIS MESYUARAT PERTAMA …………………………………Kepada :Semua Pembeli Petak/Unit,

Dengan ini diumumkan bahawa Mesyuarat Pertama JMB…………………………akan diadakan pada…………hb………………200…………….bersamaan hari…………….., jam…………………..bertempatdi……………………………

AGENDA sek. 6 (1)

•Pemilihan Pengerusi Mesyuarat Pertama JMB•Ucapan Pengerusi Mesyuarat•Pemilihan ahli – ahli Jawatankuasa Pengurusan Bangunan•Pengesahan Pengambilan Alih Insurans•Memutuskan Kadar Penyenggaraan & Pengurusan•Memutuskan Kadar Wang Penjelas (Sinking Fund)•Memutuskan Kadar Bunga Pembayaran Lewat•Penetapan tahun kewangan berakhir•Menentukan cara pemilihan juruaudit bertauliah•Menentukan tarikh mengambil alih harta bersama serta pengurusan dan penyenggaraan harta bersama•Hal- hal lain•Penangguhan Mesyuarat Pertama

Bertarikh pada………………………….hb…………..20……….sambungan… 27

Page 27: Booklet COB.pdf

Sila ambil perhatian bahawa:

•Kuorom pada mesyuarat pertama hendaklah merupakan satu perempat (1/4) daripadapembeli yang telah membayar caj penyenggaraan kepada Akaun Penyenggaraan Bangunanpemaju. Sek 6.(2)

•Jika dalam masa setengah jam, selepas masa yang ditetapkan untuk mesyuarat, kuoromtidak diperolehi, ahli yang berhak mengundi (yang telah menjelaskan caj) yang hadirhendaklah membentuk kuorom; sek 6.(3)

•Jika selepas satu jam selepas masa yang ditetapkan untuk mesyuarat, tiada anggota yang berhak untuk mengundi hadir atau semua anggota yang hadir, enggan memegang jawatanjawatankuasa, pemaju hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh mesyuarat itu, memberitahu COB dan COB boleh;

1.Menetapkan satu tarikh baru bagi mesyuarat pertama; atau2.Melantik ejen pengurusan untuk menyenggara harta bersama bangunan sek 6.(7)

•Segala ketetapan pada mesyuarat pertama hendaklah diputuskan dengan mengangkattangan; sek 6.(7)

•Pembeli bersama tidak berhak mengundi kecuali dengan cara proksi yang dilantik bersama; dan sek 6.(5)

•Sekiranya terdapat persamaan undi,pengerusi mempunyai undi pemutus sek 6.(6)Bertarikh pada________hb_____20___.

PEMAJU28

Page 28: Booklet COB.pdf

No Nombor Parsel/unit pembeli layak

mengundi

Nombor Parsel /unit pembeli yang tidak

layak mengundi

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

CONTOH : PENDAFTARAN PEMBELI & PROXYDAFTAR PEMBELI & PROXYBERHAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT PERTAMAPenerimaan bantahan akan tamat pada ………..hb………20…………(2 hari sebelum mesyuarat)Tarikh :………………………….. Nota : Daftar ini disediakan oleh pemaju dan dipamerkan di papan kenyataan pembangunan berkenaan 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Pertama

No Nombor Parsel/unit

pembeli layak mengundi

Nombor Parsel /unit pembeli

yang tidak layak mengundi

1

2

3

4

5

6

7

8

Penerimaan bantahan akan tamat pada ………..hb………20…………( 2 hari sebelum mesyuarat)Tarikh :………………………….. Nota : Daftar ini disediakan oleh pemaju dan dipamerkan di papan kenyataan pembangunan berkenaan 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Pertama

29

Page 29: Booklet COB.pdf

NOTA :

(1) Jikalau anda melantik proksi untuk mesyuarat pertama, sila isikan borangpelantikan proksi ini dan menyerahkannya kepada pejabat pengurusan/pemajutidak kurang dari 2 hari dari tarikh mesyuarat bagi tujuan pengesahan. Pemajuberhak menolak kelewatan penyerahan borang proksi.

(2) Bagi pembeli badan korporat, wakil syarikat akan menyerahkan suratpengesahan syarikat tersebut kepada pemaju yang membenarkan wakil ituuntuk menghadiri, mengundi dan membuat apa-apa keputusan bagi pihaksyarikat berkenaan

Samb ….

30

Page 30: Booklet COB.pdf

Contoh : Borang Deklarasi Contoh : Borang Deklarasi

CONTOH BORANG DEKLARASI

JMB ………………………………………………………

Borang Deklarasi

Saya, seperti tandatangan di bawah, telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama pada Mesyuarat Pertama ………………………………………………………………………. ………………………………………… yang diadakan pada……………………………………………...

Butiran diri saya adalah seperti berikut :•Nama pembeli/*Badan Korporat :………………………………………………………………….…•No. Kad Pengenalan/ Passport/Syarikat:…………………………………………………………... •Alamat Kediaman :…………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………..…...

•E-mel :………………………………………………………………………………………………….. •No. Tel Pejabat / Rumah :…………………………………………………………………………….

Saya, penama seperti di bawah ingin membuat deklarasi seperti berikut :-•Saya adalah pembeli petak no. …………………dalam skim pemajuan…………………………….. ………………………………………………………………………………………………………………. •Saya telah membayar sepenuhnya caj Penyenggaraan Bangunan sehingga tarikh akhir seperti yang terteradidalam Mesyuarat yang Pertama3) Saya bukan seorang bankrap4) Saya tidak pernah disabitkan oleh mana-mana mahkamah undang-undang5)*Sebagai sebuah badan korporat, saya diwakili oleh pegawai diberi kuasa yang

nama dan nombor kad pengenalan adalah seperti berikut : …………..……………………........... …………………………………………………………………………………………………….…………

6) Butir-butir saya seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan betul.…………………………………..… Tandatangan & Meterai SyarikatNama : ……………………………………………………………………………………………………….

*Jawatan dalam badan korporat :..……………………………………………………………………….Tarikh :………………………………………………………..

(*) Potong mana yang tidak berkenaan 31

Page 31: Booklet COB.pdf

CONTOH : MINIT MESYUARAT PENUBUHAN JMB

Perkara : Mesyuarat Pertama Badan Pengurusan BersamaTaman ABC

Tempat : Dewan ABCTarikh : ……………………..Jam : ……………………..Kehadiran: 1) Nama Pemilik Berdaftar & No Petak

2) ……………………………………………………………...3) ………………………………………………………………

Kehadiran Wakil Pemaju•………………………………………………………………•………………………………………………………………

AGENDA

•Pemilihan pemegang jawatan Jawatankuasa sebagaimana yang diperuntukan dalamsubseksyen11(2);•Mengesahkan pengambilan alih insurans yang dilaksanakan oleh pemaju kepada BadanPengurusan•Tertakluk kepada subseksyen 23(2) , menentukan amaun yang hendaklah dibayar olehpembelikepada kumpulan wang penyenggaraan bangunan bagi penyenggaraan dan pengurusan

hartabersama bangunan;•Penentuan kadar bunga yang kena dibayar oleh pembeli berkenaan dengan pembayaranlewat caj;dan•Apa-apa perkara yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan harta bersamabangunan.

32

Page 32: Booklet COB.pdf

Tarikh :Kepada : <Nama Pemaju > c/o The Management Office,<Nama Kawasan Pemajuan><Alamat>Perkara : Pelantikan ProksiSaya/Kami __________________________________________________________pembeli/pembeli bersama unit /parsel No.________________ dengan ini melantik :-Nama : ____________________________________________________________ No.K/P :____________________________________________________________ Sebagai *proksi saya/kami *wakil syarikat pada mesyuarat pertama <Nama JMB> yang akan diadakan seperti berikut selaras dengan kehendak Akta 663, Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007.Tarikh :Masa :Tempat :

Cop Syarikat (jika berkenaan)………………………………………………………… Tandatangan Proksi

TandatanganPembeli/Pembeli Bersama

CONTOH BORANG PELANTIKAN PROXY

33

Page 33: Booklet COB.pdf

Kata Aluan

Mesyuarat telah dimulakan pada pukul................... En. X selaku wakil dari ...........(Pemaju) mengalu-alukan kedatangan semua ahli yang hadir pada mesyuarat ini. Beliau juga memberi sedikit penerangan dan penjelasan tujuan penubuhan Badan Pengurusan Bersama mengikut peruntukan akta.

Agenda (a)

Pemilihan pemegang jawatan Jawatankuasa sebagaimana yang diperuntukan dalam akta(a).1 Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa jumlah bilangan Ahli Jawatankuasa yang boleh dilantik adalah minima 5 orang dan maksima adalah seramai 12 orang bersama 1 wakil dari Pemaju. Ianya terdiri daripada :-

- 1 orang Pengerusi- 1 orang Setiausaha- 1 orang Bendahari- 9 orang Ahli Jawatankuasa- 1 orang wakil Pemaju

(a)2 Pengerusi Mesyuarat meminta supaya penduduk mengundi samada bersetuju untuk menentukan bilangan Ahli Jawatankuasa sebanyak 12 orang. En. B (A-4-06) mencadangkan untuk bersetuju terhadap bilangan tersebut dan di sokong oleh ahli sebulat suara oleh semua yang hadir.

(a)3 Nama-nama yang telah dipilih dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa adalah seperti dibawah ini dan dipersetujui sebulat suara.

34

Page 34: Booklet COB.pdf

Bil Calon Jawatan

01En.A I/C :

(A-2-10) H/P No : Pengerusi

02En.B I/C :

(A-4-06) H/P No :Timbalan Pengerusi

03En.C I/C :

(A-G-04) H/P No :Setiausaha

04Puan D I/C :

(B-G-08) H/P No :Bendahari

05En.E I/C :

(A-3-03) H/P No :AJK

BIL CALON JAWATAN

01En.A I/C :

(A-2-10) H/P No : Pengerusi

02En.B I/C :

(A-4-06) H/P No :Timbalan Pengerusi

03En.C I/C :

(A-G-04) H/P No :Setiausaha

04Puan D I/C :

(B-G-08) H/P No :Bendahari

05En.E I/C :

(A-3-03) H/P No :AJK

yang hadir.

(a).4 En.G(B-1-01) mencadangkan agar semua perlantikkan tersebut diterimapakai dan dipersetujui dan En. H (A-G-02) menyokong. Keputusan ini jugatelah dipersetujui sebulat suara oleh semua yang hadir.

35

Page 35: Booklet COB.pdf

Agenda (b)Mengesahkan pengambilan alih insurans yang dilaksanakan oleh Pemaju kepada BadanPengurusan Bersama.

(b).1 Pengerusi Mesyuarat menjelaskan bahawa premium insuran kebakaran yang telah sedia diambiloleh Pemaju adalah melalui Ejen Insurans : XYZ Berhad dan akan tamat pada ................................Bangunan tersebut telah diinsurankan sebanyak RM........................... dan jumlah premium yangdibayar adalah RM............................ – meliputi satu bangunan satu tahun sekali.

(b).2 Beliau meminta keputusan ahli untuk meneruskan atau menyemak semula polisi insurans yangsedia ada apabila tamat tempoh kelak.

(b).3 Keputusan : En. M (A-G-02) mencadangkan agar meneruskan polisi insurans yang sedia ada sehingga tamattempoh. Ianya disokong oleh En. N (B-01-08) dan dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli yang hadir.

Agenda (c)Penentukan amaun yang perlu dibayar oleh pembeli kepada kumpulan wang penyenggaraanbangunan bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan :

(c).1 Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa amaun penyenggaraan bulanan yang dikenakansekarang berjumlah RM.............. bermula dari bulan pertama iaitu ..................………………...

(c).2 Pengerusi Mesyuarat meminta keputusan semua ahli untuk mengekalkankannya atau sebaliknya.(c).3 Keputusan : En. P (B-02-10) mencadangkan agar mengekalkan RM.......... amaun wang penyenggaraan ini

sehingga Mesyuarat Penubuhan Perbadanan Pengurusan diadakan. Ianya disokong oleh En. Q (A-04-05) dandipersetujui sebulat suara oleh semua yang hadir.

36

Page 36: Booklet COB.pdf

Agenda (d)Penentuan kadar bunga yang kena dibayar oleh pembeli berkenaan dengan pembayaran lewat caj;

(d).1 Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa kadar bunga boleh dikenakan terhadap mana-manapemilik yang membayar lewat wang penyenggaraan mengikut peruntukan akta dengan surat rasmibeserta resit kutipan wang penyenggaraan.(d).2 Beliau meminta keputusan semua ahli samada bersetuju mengenakan kadar bunga atau sebaliknya.(d).3 Keputusan – En. R (B-01-7) mencadangkan agar tidak dikenakan kadar bunga terhadap sebarang pembayaranlewat sehingga Mesyuarat Penubuhan Perbadanan Pengurusan diadakan. Ianya disokong oleh Pn. S ( B-02-06) dandipersetujui sebulat suara oleh semua ahli yang hadir.

Agenda (e)Apa - apa perkara yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan.Contoh : Pematuhan Undang-Undang kecil ( house rules), sampah sarap, kemasukan warga asing,tunggakan kutipan penyenggaraan dsb.Akhir sekali , Pengerusi Mesyuarat memaklumkan jika masih ada saranan/aduan yang hendakdimajukan boleh dibuat kepada Badan Pengurusan Bersama yang telah dilantik.

Penutup

1)Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan jugamengucapkan tahniah kepada mereka yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa BadanPengurusan Bersama, Taman ABC dan amat berharap mereka yang telah dilantik dapatmenjalankan tugas dengan penuh dedikasi .

37

Page 37: Booklet COB.pdf

CONTOH : AGENDA MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BERSAMA (JMC)

MESYUARAT PERTAMAJAWATANKUASA PENGURUSAN BERSAMA (JMC)

JMB...................................................................................................................AGENDA

Memutuskan :

1. Pemilihan pemegang jawatan (daripada ahli pembeli dalam JMC)a) Pengerusib) Setiausahac) Bendahari

2. Menentukan (Comment: Should be decided at the First Meeting of JMB)a) Bank kewangan untuk membuka akaunb) Penandatangan cek dan syarat berkaitannya;

3. Menentukan nilai bond yang akan dituntut daripada ejen pengurusan(jika perlu);

4. Menentukan cara pemilihan ejen5. Menentukan tarikh mesyuarat yang ke 2 JMC6. Hal-hal lain7. Penangguhan mesyuarat

Bertarikh pada ………………hb…………….20…………..

Tarikh : ………

……………

38

Page 38: Booklet COB.pdf

CONTOH MINIT MESYUARAT PERTAMA JMC

Tarikh : ……………………………… Masa :………………………………. Tempat :…….…………………………Kehadiran : …………………… orang

Ucapan pengerusi mesyuarat…………………………………………………………………..Pengerusi Mesyuarat menerangkan peruntukan akta secara ringkas dan tujuanmesyuarat ini.

1. a)Pemilihan Pengerusib) Pemilihan Setiausahac) Pemilihan Bendahari

2. (a) MEMUTUSKAN BANK KEWANGANMemutuskan membuka akaun dengan bank …………………Cawangan ………………………………………………………

b) MEMUTUSKAN PENANDATANGAN CEKMemutuskan bahawa mana-mana dua daripada tiga pegawai principal

(iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) boleh meluluskan dan tandatangan secara berkongsi3. MENENTUKAN CARA PEMILIHAN EJEN PENGURUSAN4. MENENTUKAN TARIKH MESYUARAT KE- 2 JMC5. HAL-HAL LAIN6. PENAGGUHAN MESYUARATMesyuarat ini ditangguh pada pukul ……………………………(Setiausaha) (Pengerusi) (Pemaju)Tarikh :………………………

39

Page 39: Booklet COB.pdf

PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

40

Page 40: Booklet COB.pdf

PENGURUSAN KEWANGAN

AKAUN-AKAUN YANG PERLU DITADBIR DAN DIURUS OLEH BADAN

Akaun Penyenggaraan - Maintenance Account

Untuk tujuan menyenggara dan mengurus harta bersama ( seperti lif, koridor, tangga, lobi,tangki air, parit, pembentung, paip, padang permainan, tempat letak kereta, atau mana-manabahagian yang digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu.

Juga untuk tujuan membayar segala perbelanjaan dan kos yang disenaraikan di bawah Akta dandiluluskan oleh Jawatankuasa Badan.

Akaun Kumpulan Wang Penjelas - Sinking Fund Account

Untuk tujuan membiayai penyenggaraan harta bersama yang memerlukan perbelanjaan yangbesar seperti mengecat mana-mana bahagian daripada harta bersama, memperoleh apa-apa hartaalih bagi kegunaan bersama atau membuat pembaharuan atau penggantian kepada lekapan (fixtire) atau lengkapan (fitting).

Juga untuk tujuan apa-apa perbelanjaan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Badan.

41

Page 41: Booklet COB.pdf

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUKA AKAUN

Selepas penubuhan (Mesyuarat Pertama Badan) dan pendaftaran Badan :

Badan perlu memohon kepada pihak bank untuk membuka akaun. Antara dokumen yang diperlukan untuktujuan tersebut adalah :

Surat perakuan Pendaftaran Badan (Sijil Badan)Minit Mesyuarat Pertama BadanSenarai signatori (terdiri daripada Jawatankuasa Badan) untuk akaun semasa (cek)Salinan kad pengenalan signatori*Kebiasaanya 3 signatori diperlukan untuk membuka akaun (Pengerusi ,Setiausaha & Bendahari)

KUTIPAN CAJ PENYENGGARAAN - MAINTENANCE FEE

Badan hendaklah mendepositkan segala wang yang diterima daripada pembeli ke dalam akaun (Maintenance Account & Sinking Fund Account) dalam masa dua hari bekerja dari tempoh penerimaan wang itu.

42

Page 42: Booklet COB.pdf

LAPORAN KEWANGAN BULANAN

(Maintenance Account & Sinking Fund Account)

1. Disediakan secara bulanan atau sekurang-kurangnya setiap suku tahun.2. Empat (4) bahagian utama :

Penyata Kewangan Maintenance Account - Jumlah Kutipan dan Perbelanjaan Penyata Kewangan Sinking Fund - Jumlah Kutipan dan Perbelanjaan Penyata Balance Sheet - Aset dan Liabiliti Laporan Kutipan & Kawalan Kredit

3. Dibentangkan dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa.

LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN

1. Disediakan oleh akauntan yang dilantik oleh Badan untuk Tahun Kewangan yang telah berakhir.2. Dibentangkan semasa AGM untuk kelulusan.3. Lima (5) perkara utama dalam Laporan Kewangan Tahunan :

Laporan Pemeriksa Kira-Kira/ Auditor Penyata Deklarasi oleh Badan Penyata Kewangan Balance Sheet Penyata Kutipan/ Pendapatan dan Perbelanjaan Nota Keterangan/ Penjelasan

43

Page 43: Booklet COB.pdf

4. Laporan Kewangan Tahunan perlu diaudit oleh akauntan bertauliah/ chartered accountant - berdaftar denganMalaysian Institute of Accountants (MIA).(www.mia.org.my)

5. Sesalinan Laporan Kewangan Tahunan perlu dikemukakan kepada Pesuruhjaya Bangunan seperti alamatberikut :

Pesuruhjaya BangunanMajlis Perbandaran Seberang PeraiJalan Perda Utama, Bandar Perda

14000 Bukit Mertajam

6. Contoh Laporan Kewangan (Sila rujuk Lampiran) :

Laporan Kewangan Harian - Lampiran ALaporan Kewangan Bulanan - Lampiran BLaporan Kewangan Tahunan - Lampiran C

44

Page 44: Booklet COB.pdf

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI - Cashflow Management

Pengurusan kewangan perlu dilakukan dengan cekap dan teliti.

Pastikan kutipan/pendapatan cukup menampung segala perbelanjaan/pembayaran.

Segala perbelanjaan/pembayaran mesti berpandukan kepada bajet yang diluluskan olehJawatankuasa Badan.

Kenalpasti hutang tunggakan dan ambil tindakan yang sewajarnya.

Membuat pembayaran yang wajib setiap bulan mengikut jangkamasa yang diberikan untukelak denda atau penalti.

Laporan Pengurusan Bulanan dan Mesyuarat sewajarnya diadakan.

45

Page 45: Booklet COB.pdf

LAMPIRAN ACONTOH :LAPORAN KEWANGAN HARIAN - 01 FEBRUARI 2012BADAN PENGURUSAN TAMAN XXXX

Nota :Insuran = Purata setahun mengikut syer unit/petakCukai Tanah = Purata setahun mengikut syer unit/petakSinking Fund = Kebiasaannya dicaj tidak melebihi 10 % daripada Maintenance Fee setiap bulan

46

Page 46: Booklet COB.pdf

LAMPIRAN BCONTOH :LAPORAN KEWANGAN BULAN FEBRUARI 2012BADAN PENGURUSAN TAMAN XXXX

47

Page 47: Booklet COB.pdf

LAMPIRAN CCONTOH : LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN

48

Page 48: Booklet COB.pdf

BADAN PENGURUSAN TAMAN xxxxLAPORAN DAN PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011

Kandungan Muka Surat

MAKLUMAT JAWATANKUASA PENGURUSAN 3

PENYATA PEGAWAI PENGURUSAN 4

LAPORAN JURUAUDIT

PENYATA KEWANGAN 5-6

i. Kunci Kira-Kira 7ii. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan 8

iii. Penyata Penerimaan dan Pembayaran 9

iv. Nota-nota Kepada Penyata Kewangan 10-13

49

Page 49: Booklet COB.pdf

50

Page 50: Booklet COB.pdf

51

Page 51: Booklet COB.pdf

52

Page 52: Booklet COB.pdf

53

Page 53: Booklet COB.pdf

54

Page 54: Booklet COB.pdf

55

Page 55: Booklet COB.pdf

Kaedah-kaedah Dalaman (Seksyen 14 Akta 663)Undang-undang Kecil

( Jadual Ketiga, Seksyen 44, Akta 318)

Pemaju atau JMB dikehendaki mengadakan, menyenggara dan menguatkuasakankaedah-kaedah dalaman (house rules)

Merupakan peraturan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh semua penghuni dania boleh dikemaskini atau diubahsuai dari semasa ke semasa.

Peraturan ini merangkumi semua aspek termasuk keselamatan, kebersihan,penjagaan harta bersama, peraturan meletak kenderaan, pelawat dan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pembeli atau penghuni petak.

Seperti juga pemaju dan JMB, MC juga dikehendaki menyenggara danmenguatkuasakan beberapa peraturan tetapi dalam bentuk undang-undang kecilyang ditetapkan di Jadual Ketiga Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].

56

Page 56: Booklet COB.pdf

Pemilik atau penghuni perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam undang-undangkecil iaitu seperti yang berikut:

Membenarkan perbadanan dan ejen-ejennya pada setiap masa yang munasabah dandengannotis yang secukupnya (kecuali dalam hal kecemasan di mana tiada notis dikehendaki) untukmasuk ke dalam petaknya bagi maksud:

Memeriksa petak itu; Menyenggara, membaiki atau membaharui paip wayar, kabel dan saluran Menyenggara membaiki dan membaharui harta bersama dan Melaksanakan apa-apa kerja atau melakukan apa-apa perbuatan yang perlu; Dengan segera menjalankan segala kerja yang diperintahkan oleh mana-mana pihak berkuasa

awam berkenaandengan petaknya

Membaiki dan menyenggarakan petaknya; Tidak menggunakan dan membenarkan petaknya digunakan dengan sedemikian cara yang boleh

menyebabkanberlakunya kacau ganggu atau bahaya kepada mana-mana pemilik lain atau keluarga pemilik itu;

Tidak menggunakan petaknya dengan secara yang bertentangan dengan syarat-syarat penggunaanpetak;

Memberitahu perbadanan dengan serta merta mengenai apa-apa pertukaran yang dicadangkantentang pemilikan petaknya atau mengenai apa-apa urus niaga lain berhubungan dengan petak;dan

Menggunakan dan menikmati harta bersama dengan sedemikian cara yang tidak mengganggu dengan tak munasabahnya penggunaan dan penikmatan harta bersama itu oleh

pemilik lain atau oleh keluarga atau pelawat mereka.57

Page 57: Booklet COB.pdf

Undang-undang kecil juga menyenaraikan dengan jelas larangan terhadap pemilik petak iaitu:

Menggunakan petaknya bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang yang bolehmerosakkan nama baik bangunan itu;

Menggunakan bahan api atau apa-apa bahan atau material yang boleh mendatangkan asapatau wasap (fumes) atau bau yang buruk;

Membuang atau membenarkan jatuh, apa-apa kotoran atau sampah atas harta bersamakecuali ke dalam tong-tong sampah yang disenggarakan oleh pemilik atau dalam pelongsorsampah yang diperuntukkan dalam bangunan itu; atau

Memelihara apa-apa binatang dalam petaknya atau atas harta bersama yang bolehmenyebabkan kegusaran kepada mana-mana pemilik lain.

Samb….

58

Page 58: Booklet COB.pdf

Bagi memudahkan MC/JMB menguatkuasa Kaedah-kaedah Dalaman / Undang-undangKecil, dilampirkan Contoh-contoh Notis yang dikeluarkan kepada mereka yang berkaitanmengikut ketidakpatuhan mereka terhadap undang-undang kecil / kaedah dalaman yangsedang berkuatkuasa.

59

Page 59: Booklet COB.pdf

CONTOH NOTIS PENYALAHGUNAAN KAWASAN HARTA BERSAMA

60

Page 60: Booklet COB.pdf

CONTOH NOTIS TUNGGAKAN CAJ PENYENGGARAAN

61