bola sepak nota.doc

19
BOLA SEPAK PENGENALAN Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri- ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak. 1.1 SEJARAH 1.1.1 Sejarah Permainan Rajah1.1: Permainan bola sepak tanpa peraturan dimainkan secara meluas di Eropah ketika Zaman Pertengahan Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan.

Upload: rahim

Post on 21-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

BOLA SEPAK

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.1.1 SEJARAH

1.1.1 Sejarah Permainan

Rajah1.1: Permainan bola sepak tanpa peraturan dimainkan secara meluas di Eropah ketika Zaman Pertengahan

Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan Tsu Chu. Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek, episkyro mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun. Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies

Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia. Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselangseli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia. Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia lalu.1.1.2 Perkembangan Bola Sepak di Malaysia

Awal 1920-an

Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Begini perkembangannya.

Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar

dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala

Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. Perkembangan di negara

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya

menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football

Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang

pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson

dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan

Dunia Kedua meletus. Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J.

King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984. Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian. Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama1.1.3 Struktur Organisasi Persatuan

Rajah 1.4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak Malaysia atau dalam bahasa

Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).

Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAM

1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak. Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa

(FIFA).

1.2.1 Undang-undang Permainan

Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini.

Undang-undang 1: Padang Permainan

(a) Permukaan Padang

Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia

bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.

(b) Ukuran padang

Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti

berikut (juga lihat rajah 1.5 ):

Panjang : Minimum 90m (100 ela)

Maksimum : 120m (130 ela)

Lebar : Minimum 45m (50 ela)

Maksimum : 90m (100 ela)

Ukuran padang pertandingan antarabangsa:

Panjang : Minimum 100m (110 ela)

Maksimum : 110m (120 ela)

Lebar : Minimum 64m (70 ela)

Maksimum : 75m (80 ela)

(c) Kawasan padang

Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).

(d) Kawasan gol

Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(e) Kawasan penalti

Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m

(18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari

kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.

(f)Tiang bendera

Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m

jauh dari garisan padang.(g) Lengkungan sudut

Suku bulatan dengan jejari 1m (1ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di

dalam padang permainan.(h) Tiang gol

Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12m .

Undang-undang 2: Bola

Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatangatau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5

manakala saiz 4 dan 3 lazimnya

digunakan untuk sukan remaja.

Berikut merupakan bentuk bola

yang dimaksudkan.

Undang-undang 3: Bilangan Pemain

(a) Pemain

Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan

sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri

daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.

Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya

terdapat kurang daripada 7 orang pemain.

Rajah 1.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11

pemain termasuk seorang penjaga gol.

(b) Perlawanan Rasmi

Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA

dan persatuanpersatuan di bawah gabungannya,

hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk

membuat pertukaran. Peraturan pada setiap

pertandingan mestilah menyatakan berapakah

bilangan pemain gantian yang dibenarkan

untuk membuat pertukaran (3 hingga 7

pemain).

(c) Nama pemain gantian

Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain

gantian mestilah diberikan kepada pengadil

sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk

bermain.

(d) Peraturan pemain gantian

Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya. Pengadil mestilah

dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang

selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada

pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan

pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

(e) Pertukaran Penjaga Gol

Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain

(a) Keselamatan

Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang bolehmembawa bahaya kepada

dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.

(b) Peralatan asas

Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang

patut dipakai oleh pemain:

I . Jersi

II . Kasut bola

III. Seluar pendek

IV . Stoking

V . Pelindung kaki

Rajah 1.10: Kasut bola adalah salah satu

peralatan wajib bagi pemain bola sepak

(a) Pelindung kaki (shin guards)

Setiap pemain juga memerlukan pelindungan

pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards

yang diperbuat daripada bahan yang sesuai

seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam

stoking.

(b) Penjaga Gol

Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang

berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.

(c) Pelanggaran Peraturan

Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil

akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak

dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain

tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang

setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil

(a) Kuasa pengadil

Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa

dalam mengendalikan permainan bola sepak

Rajah 1.11: Pengadil mengawal perlawanan

dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil

(b) Tugas Pengadil

Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:

- Melaksanakan undang-undang perlawanan.

- Mengawal permainan dengan bantuan

pembantu

pengadil.

- Memastikan bola yang digunakan memenuhi

syarat.

- Memastikan peralatan pemain yang digunakan

memenuhi syarat undang-undang 4.

- Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa

merekodkan masa permainan.

- Memberhentikan atau membatalkan permainan

sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada

pihak luar.

- Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat

kecederaan teruk pada pemain dan memastikan

pemain itu dibawa keluar dari padang.

- Memastikan pemain yang mengalami pendarahan

atau luka meninggalkan padang. Pemain yang

cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang

semula setelah mendapat isyarat daripada

pengadil.

- denda yang lebih berat kepada pemain yang

melakukan lebih daripada satu kesalahan.

- Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain

yang membuat kesalahan yang berat dan

mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.

- Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan

yang gagal mengawal kelakuan semasa

perlawanan.

- Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh

pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak

dapat dilihat olehnya.

- Menyambung semula permainan selepas

memberhentikannya.

(c) Keputusan pengadil

Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila

menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu

pengadil.

contoh video:

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan

(a) Tugas

Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugastugas pembantu pengadil ialah:

- Memastikan keseluruhan bola keluar dari

garisan permainan.

- Memastikan arah tendangan sudut, tendangan

gol dan balingan bola ke dalam padang.

- Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan

offsaid.

- Membantu mengesan sebarang kesalahan atau

kejadian yang berlaku di luar pandangan

pengadil utama.

(b) Pembantu

Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak.

Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan

kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Rajah 1.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas

semasa pertukaran dilakukan.

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan

(a) Tempoh permainan

Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap

perubahan di antara pengadil dan keduadua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa

permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa

untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.

Rajah 1.13: Masa permainan untuk

perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit

setiap separuh masa

(b) Masa Rehat

Masa rehat diberikan kepada pemain selepas

menamatkan separuh masa pertama. Masa

yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c) Masa tambahan

Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan

kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari

padang untuk mendapakan rawatan.

(d) Tendangan penalti

Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan

sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e) Pemberhentian perlawanan

Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan

menyatakan sebaliknya.

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan

(a) Permulaan perlawanan

Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan

pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan

memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol

manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh

masa kedua.

Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola

ditendang ke arah hadapan

(b) Sepak mula

Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan

atau memulakan kembali perlawanan pada

separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula

juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan

ketika permulaan di setiap separuh masa

semasa tambahan masa. Jaringan yang

berpunca daripada sepak mula adalah sah.

(c) Prosedur

Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada

sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah

dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil

memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan

pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum

ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan

diambil oleh pasukan lawan. Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan

perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola

meleret di atas atau di udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan:

(a) Perlawanan akan disambung semula dengan

lambungan bola di mana tempat terakhir bola

terkeluar.

(b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau

penjaga garisan semasa di dalam padang

permainan.

(c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan

apabila berlaku pelanggaran undang-undang.

Rajah 1.15: Contoh keadaan bola

masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan

Jaringan gol akan dikira apabila

seluruh bola melepasi garisan gol

di antara tiang gol dan di bawah

besi palang gol, dengan syarat

pemain pasukan penyerang tidak

melempar, membawa dan

menolak dengan menggunakan

lengan atau tangan.

Satu gol akan diperolehi dengan

setiap jaringan. Pasukan yang

menjaringkan paling banyak gol

akan dikira sebagai pemenang

perlawanan. Manakala

perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama

semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan

jaringan gol.

Rajah 1.16: Contoh keadaan bola

bagi menentukan jaringan gol

Undang-undang 11: Offsaid

Pemain dikira berada dalam

keadaan ofsaid apabila pemain itu

berada berdekatan dengan

gawang pihak lawan lebih

daripada bola melainkan pemain

tersebut berada di separuh

padang permainan pasukannya

dan hanya terdapat sekurangkurangnya

2 pemain pihak lawan

berdekatan dengan gawang

mereka bersama pemain itu

sendiri. Denda akan dikenakan

jika pemain melakukan ofsaid.

Sepakan percuma pula akan

diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Rajah 1.17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain

pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

ini contoh video offside

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk

Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja

kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan

di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan

percuma ialah:

(a) menendang atau cuba untuk menendang pemain

pihak lawan.

(b) memegang pemain pihak lawan.

(c) melompat ke atas pemain pihak lawan.

(d) menolak pemain pihak lawan.

(e) mengganggu pemain pihak lawan dari belakang

melainkan pemain pihak lawan menghalang

pemain daripada mengambil bola.

(f) sengaja memukul atau meludah pemain pihak

lawan.

(g) menyadung pemain pihak lawan.

(h) mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa

dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan.

(i) membawa, menarik dan menolak ke hadapan

bola dengan menggunakan lengan atau tangan

(melainkan ia dilakukan penjaga gol di

dalam kawasan kotak penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma

Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira

dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma

tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan

percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurangkurangnya

9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan

tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila

pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawangpasukan

pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk

menghalang jaringan berlaku. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan

sekurangkurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari

kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila

sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali

kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan

percuma.

Rajah 1.18: Pemain yang

mengambil sepakan percuma

adalah seorang yang mempunyai

kemahiran yang tinggi

Undang-undang 14: Sepakan

Penalti

Sepakan penalti akan diberikan

sekiranya pemain melakukan

kesalahan di dalam kawasan

penalti.

Prosedur:

- Sepakan penalti diambil 11m (12

ela) di

hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah

gawang.

- Semua pemain mestilah berada sekurangkurangnya

9.15m di luar kawasan penalti

kecuali pemain yang mengambil tendangan

penalti dan penjaga gol.

- Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan

gawang di antara tiang gol dan tidak

dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan

diambil.

- Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh

pemain yang mengambil sepakan penalti dan

tidak boleh menendang bola sekali lagi

sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

Rajah1.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

contoh video:

Undang-undang 15: Balingan Masuk

Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu

dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara.

Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang

menyebabkan bola terkeluar.

Prosedur:

Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala.

(Rajah 1.20)

Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di

luar garisan.

Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain.

Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

Rajah 1.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol

Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat

hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.

Prosedur:

Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol.

Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain

menyentuhnya.

Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil.

Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut

Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.

Prosedur:

Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan

dengan tiang bendera.

Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.

Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah

tendangan sudut diambil.

Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain

menyentuhnya.

Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol