bola sepak 9 sebelah

10
KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH LIGA SUKAN UNTUK SEMUA 2013 Anjuran: JABATAN BELIA DAN SUKAN(P) SABAH BERSAMA SAFA DAERAH PUTATAN Pada 7 September, dan 14 – 15 September 2013 Pagi: mula jam 7.30am dan Petang: mula jam 2.00pm. Padang Jabatan Penjara Sabah, Kepayan. PERATURAN KEJOHANAN DAN BORANG PENYERTAAN

Upload: faizal-lahaning

Post on 25-Dec-2015

148 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

23

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Sepak 9 Sebelah

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH LIGA SUKAN UNTUK SEMUA 2013

Anjuran:JABATAN BELIA DAN SUKAN(P) SABAH

BERSAMA SAFA DAERAH PUTATAN Pada 7 September, dan 14 – 15 September 2013

Pagi: mula jam 7.30am dan Petang: mula jam 2.00pm.Padang Jabatan Penjara Sabah, Kepayan.

PERATURAN KEJOHANANDAN

BORANG PENYERTAAN

Page 2: Bola Sepak 9 Sebelah

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH LIGA SUKAN UNTUK SEMUA 2013

JBS(P) SABAH BERSAMA SAFA PUTATAN

PERATURAN KEJOHANAN

1. NAMA KEJOHANAN:

1.1. Kejohanan ini di namakan ‘KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH, LIGA SUKAN UNTUK SEMUA 2013.

2. PENGELOLA KEJOHANAN:

2.1. Kejohanan ini adalaha anjuran Jabatan Belia Dan Sukan (P) Sabah bersama SAFA Daerah Putatan.

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT KEJOHANAN:

3.1. Tarikh, masa dan tempat kejohanan seperti berikut:

Tarikh : 7 September, dan 14 – 15 September 2013

Masa : Pagi – mula jam 7.30am Petang – mula jam 2.00pm.

Tempat : Padang Jabatan Penjara Sabah, Kepayan.

4. PENYERTAAN/ HAD UMUR DAN YURAN PENYERTAAN:

4.1. Penyertaan adalah Terbuka Daerah Putatan dan umur tidak dihadkan (Terbuka kepada semua Had Umur).

4.2. Borang Penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan kepilkan bersama salinan Kad Pengenalan semua pemain dan Yuran Penyertaan sebanyak RM100.00 Tunai (Ringgit Malaysiaa: Satu Ratus Sahaja).

5. PENDAFTARAN PEMAIN/PEGAWAI DAN KELAYAKAN PEMAIN:

5.1. Setiap pasukan hanya perlu mendaftarkan pemain sebanyak 13 orang pemain dan Dua (2) orang pegawai sahaja. Jumlah Lima Belas (15) orang.

5.2. Pemain yang telah berdaftar dengan pasukan lain dalam kejohanan ini adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali menyertai pasukan lain jika pasukan nya telah terkeluar atau kalah dalam kejohanan ini.

SAFA-1

Page 3: Bola Sepak 9 Sebelah

7. SISTEM PERTANDINGAN:

6.1. Kejohanan ini menggunakan sistem ‘Double Knock-Out’.

6.1.1. Semua pasukan akan diundi dan bertemu lawan masing-masing untuk menentukan “Kalah” dan “Menang” dan setelah selesai semua perlawanan tersebut, pasukan berkenaan akan dibahagikan kepada dua (2) Bahagian, iaitu ‘Kumpulan Menang’ dan ‘Kumpulan Kalah’.

6.1.2. Mana-mana Dua (2) pasukan teratas (menang) bagi setiap kumpulan tersebut akan ke pusingan seterusnya, iaitu pusingan Kalah Mati (crossing), seperti di gambarajah Carta Perlawanan (m/s: SAFA-6)

6.2. Kejohanan ini pada keseluruhannya menggunakan Undang-Undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada mengikut Standard Undang-Undang ‘Permainan Bolasepak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)’ dan ‘Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)’ kecuali peraturan yang sedia ada dalam kejohanan 9 sebelah.

6.3. Jawatankuasa Penganjur juga boleh membuat beberapa peraturan dan syarat-syarat yang boleh diguna pakai dalam kejohanan 9 Sebelah.

8. PERATURAN DAN TEMPOH PERLAWANAN:

8.1. Tempoh atau masa penuh sesuatu perlawanan adalah 20 minit iaitu 10 minit bagi setiap separuh masa. Tiada masa rehat dan tiada penggantian pemain dalam sepakan 3oring3.

8.2. Sekurang-kurangnya Dua Puluh (20) minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap-tiap pasukan hendaklah mengemukakan nama semua Pemain termasuk pemain simpanan seperti dalam 3oring asal kejohanan yang akan diedarkan oleh Urusetia Kejohanan.

8.3. Bilangan minimum pemain dalam padang untuk sesuatu perlawanan yang akan dijalankan ialah Tujuh (7) orang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur. Bagi Pasukan yang gagal untuk berbuat demikian akan dikira kalah dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

8.4. Hanya Tiga (3) orang sahaja yang dibenarkan untuk tujuan pertukaran pemain simpanan dalam sesuatu perlawanan termasuk dalam masa tambahan (tetapi tidak pada tendangan penalti).

8.5. Hanya Pengurus dan Jurulatih sahaja yang dibenarkan untuk memberikan arahan kepada pemain di atas padang.

9. KIRAAN MATA:

9.1. Pasukan yang menang akan ke ‘Kumpulan Menang’ manakala yang kalah akan ke ‘Kumpulan Kalah’. Jika perlawanan tersebut berkeputusan ‘seri’, maka perlawanan masa tambahan selama 10 minit lagi (5 minit setiap separuh masa) akan dijalankan.

Page 4: Bola Sepak 9 Sebelah

SAFA-2

9.2. Jika keputusannya masih juga seri, maka, tendangan penalti (5 kali sepakan) akan dijalankan. Jika keputusan ini seri juga maka lambungan duit syiling akan dijalankan bagi menentukan menang dan kalah.

10.JERSEY:

10.1. Setiap pasukan hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 2 set jersey yang lengkap dengan nombor yang jelas.

10.2. Sekiranya terdapat 2 pasukan yang bertanding menggunakan warna jersey yang sama, maka pengadil akan menentukan kelebihan kepada tuan rumah atau dengan lambungan duit syiling untuk memastikan salah satu daripada pasukan tersebut terpaksa menukarkan jersy mereka atau mana-mana yang perlu atas budi bicara pengadil.

10.3. Ketua Pasukan dimestikan untuk memakai Lilitan Lengan yang jelas di sebelah kiri lengan jersinya.

10.4. Sekiranya Ketua Pasukan itu diganti, maka lilitan tersebut hendaklah diberikan kepada pemain lain yang masih bermain sebagai Ketua Pasukan.

10. PENUNDAAN, PERLAWANAN TERTANGGUH / KELEWATAN:

10.1. sekiranya pengadil berpendapat bahawa keadaan cuaca atau padang tidak sesuai untuk meneruskan perlawanan atau hal-hal yang tidak diduga atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dilangsungkan pada hari yang akan ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Penganjur dan Pengadil, dan keputusan ini adalah MUKTAMAD.

10.2. Sekiranya sesuatu pasukan bertindak keluar padang kerana enggan meneruskan perlawanan maka kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Jika jaringan semasa perlawanan tidak berpihak kepada lawan atau lebih rendah, maka keputusan jaringan 3 gol tanpa balas akan diberikan. Sekiranya keputusan semasa pemberhentian perlawanan lebih tinggi dari 3 gol tanpa balas, maka keputusan muktamad (3-0) adalah kekal.

10.3. Sekiranya mana-mana pasukan tidak Berjaya menyediakan pasukannya minimum Tujuh (7) orang pemain pada masa yang ditetapkan dalam Jadual Perlawanan, diberi masa 5 minit untuk menunggu, jika dalam masa yang diberikan itu masih juga gagal, maka pasukan tersebut akan dikira kalah dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

10.4. Jika sesuatu perlawanan itu dihentikan sebelum separuh masa kedua dan belum ada jaringan, maka perlawanan tersebut akan dimulakan semula dengan 0-0 bagi perlawanan baru dengan masa penuh 20 minit perlawanan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

SAFA-3

Page 5: Bola Sepak 9 Sebelah

10.5. Jika perlawanan itu dihentikan dalam masa 5 minit babak kedua, maka perlawanan akan diadakan dengan kedudukan (jaringan) semasa ketika diberhentikan perlawanan. Perlawanan akan diadakan dalam masa penuh babak kedua sahaja, iaitu 10 minit pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

10.6. Jika perlawanan terganggu ketika/masa perlawanan hanya berbaki 5 minit terakhir, maka keputusan perlawanan ketika itu adalah dijadikan sebagai keputusan terakhir dan Muktamad, dan perlawanan adalah dianggap tamat.

11. PENGGANTUNGAN PEMAIN:

11.1. Pemain yang telah menerima Dua (2) Kad Kuning secara automatik digantung satu perlawanan berikutnya.

10.1. Bagi pemain yang menerima Kad Merah akibat menerima Kad Kuning yang kedua dalam satu perlawanan, maka pemain tersebut dikira digantung satu (1) perlawanan sahaja yang berikutnya.

10.2. Pemain yang menerima Dua (2) Kad Merah secara automatik digantung dua (2) perlawanan berikutnya.

10.3. Pihak Jawatankuasa Penganjur melalui Jawatankuasa Tatatertib berpendapat bahawa (dalam perkara 10.2.) pemain tersebut boleh beri hukuman lebih berat iaitu digantung sepanjang kejohanan atas sebab-sebab berikut:-

(a) Menimbulkan kekecohan atau rusuhan.

(b) Berkelakuan amat ganas atau luar biasa dan diluar kawalan yang mengikut tafsiran Jawatankuasa Tatatertib perlu dihukum lebih berat lagi.

11. PENGADILAN:

11.1. Pengadil Pertandingan adalah dari Persatuan Bola sepak Sabah (SABAH FA).

11.2. Sebarang laporan Pengadil Perlawanan adalah diterima pakai dalam menilai sesuatu insiden atau perkara yang berlaku.

11.3. Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil Perlawanan yang diawasi oleh Jawatankuasa Penganjur adalah MUKTAMAD.

12. BANTAHAN:

12.1. Sebarang bantahan rasmi haruslah dibuat/dihantar secara bertulis dalam masa dua (2) jam selepas tamat perlawanan tersebut berserta dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) yang tidak akan dikembalikan tidak kira bantahan tersebut berjaya atau pun tidak,dan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Jawatankuasa Penganjur.

Page 6: Bola Sepak 9 Sebelah

SAFA-4

12.2. Sebarang bantahan berkenaan keputusan Pengadil berkaitan Undang-Undang Permainan TIDAK akan dilayan. Keputusan adalah Muktamad.

12.3. Pihak Penganjur (jika perlu) berhak sepenuhnya menambah perkara-perkara yang tidak tercatat di dalam syarat-syarat atau peraturan kejohanan ini dan mana-mana yang bersesuaian dalam kejohanan ini pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan keadaan semasa.

13. RISIKO / KECEDERAAN:

13.1 Semua Pengurus Pasukan perlulah mengambil langkah-langkah yang bijak untuk menjaga keselamatan dan bertanggungjawab ke atas sebarang kemungkinan dan menjaga disiplin para pemain serta berkerjasama untuk menjaga nama baik pasukan masing-masing, Jabatan Belia Dan Sukan (P) Sabah, SAFA Daerah Putatan dan Daerah Putatan amnya.

13.2. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kerosakan dan kehilangan harta benda yang berlaku ke atas semua pegawai dan pemain bagi pasukan-pasukan yang bertanding disepanjang kejohanan ini berlangsung.

14. TARIKH PENYERAHAN BORANG PENYERTAAN DAN UNDIAN:

14.1 Borang yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar selewat-lewatnya pada 6 September 2013 (Jumaat) jam 3.00 petang

kepada:-

(a) En. Latip Hj. Jiar - 016-8370584

(b) En. Sabdin Hj. Moksin - 016-8484151

(c) En. Mohd. Zaini Jad - 013-8645180 - KBS(N), Pej. Daerah Putatan.

(d) En. Ahmad Helmi Mohd. Taib - Majlis Daerah Putatan (e) En. Dzulfahmy - Kompleks Belia Dan

Sukan(P) Sabah)

14.2. Undian akan dibuat pada 7 September 2013 (Sabtu) jam 8.00 pagi di Kompleks Belia Dan Sukan (P) di jalan Taman Pasir Putih Putatan dan seterusnya Majlis Perasmian Kejohanan. Semua Pasukan dikehendaki hadir untuk Majlis Perasmian kejohanan.

15. HADIAH:

15.1 JUARA – Tunai RM3,000.00, Sebuah Piala Kemenangan, 15 Medal.

15.2. NAIB JUARA – Tunai RM2,000.00, Sebuah Piala Naib Juara, 15 Medal.

Page 7: Bola Sepak 9 Sebelah

15.3. KETIGA – Tunai RM1,000.00, Sebuah Piala Naib Juara, 15 Medal.

15.4. KEEMPAT – Tunai RM500.00, Sebuah Piala Ketiga,15 Medal

SAFA-5

15. TAMBAHAN:

Setiap pasukan haruslah menunjukan mutu permainan yang berdisiplin tinggi dan tidak akan mencemarkan nama baik diri sendiri, pasukan, Penganjur dan Daerah Putatan amnya demi untuk kepentingan bersama.

Motto untuk kejohanan ini ialah “FAIR PLAY”.SELAMAT BERTANDING.

CONTOH : CARTA PERLAWANAN(untuk 20 pasukan)

KUMPULAN MENANG KUMPULAN KALAH1

2

3

4 (a)

5 (c)

6

7

8

9

1011

12

13

14

15(b)

16 (d)

17

18

19

20

Page 8: Bola Sepak 9 Sebelah

Note: Pusingan Seterusnya, (a) vs. (d) dan (b) vs. (c), FINAL: Menang (a)/(d) vs. Menang (b)/(c)

SAFA-6

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH LIGA SUKAN UNTUK SEMUA 2013JBS(P) SABAH BERSAMA SAFA DAERAH PUTATAN

Tarikh: 7, 14-15 September 2013. Tempat: Padang Penjara Sabah, Kepayan

Anjuran Jabatan Belia Dan Sukan (P) Sabah bersama SAFA Daerah Putatan

CARTA PERLAWANAN (Sambungan)

KUMPULAN MENANG KUMPULAN KALAH

(a)………………………………….. (c)…………………………….…

(b)………………………………….. (d)……………………………….

SEPARUH AKHIR:

(1) (a)MENANG vs. (d)KALAH (2) (b)MENANG vs. (c)KALAH…………….……..vs…………………. ………………..vs…………..

………

AKHIR:

MENANG Perlawanan (1) vs. MENANG Perlawanan (2)

………………………………..vs. ………………………………

TEMPAT KETIGA & KEEMPAT:

KALAH Perlawanan (1) vs. KALAH Perlawanan (2)

KEPUTUSAN:

JUARA :……………………………………………….

NAIB JUARA :……………………………………………….

KETIGA :……………………………………………….

KEEMPAT :……………………………………………….

Page 9: Bola Sepak 9 Sebelah

SAFA-7