bmk

23
ISI KANDUNGAN PENGENALAN........................................................... 2 ATURCARA MAJLIS...................................................... 3 TEKS PENGACARAAN MAJLIS.............................................. 4 REFLEKSI............................................................ 12 Bibliography........................................................ 14 1

Upload: anonymous-dkzoro

Post on 14-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: bmk

ISI KANDUNGANPENGENALAN..............................................................................................................................................2

ATURCARA MAJLIS.......................................................................................................................................3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS.......................................................................................................................4

REFLEKSI....................................................................................................................................................12

Bibliography...............................................................................................................................................14

1.0 PENGENALAN

1

Page 2: bmk

Penganjuran majlis merupakan kelaziman yang terdapat di mana-mana sahaja di

Malaysia seperti di sekolah, institut, pejabat, taman perumahan, universitI dan

sebagainya. Majlis ini pula diadakan untuk tujuan-tujuan tertentu sama ada rasmi atau

tidak rasmi seperti majlis makan malam, sambutan ulang tahun perkahwinan, majlis

persaraan dan sebagainya.

Definisi pengacara majlis mengikut takrifan Noresah Baharum (2010) pengacara majlis

sebagai orang yang mengendalikan persembahan acara-acara dalam sesuatu

pertunjukan, majlis dan lain-lain manakala majlis ialah perjumpaan orang ramai atau

keramaian.

Menurut siti Hajar Abd. Aziz ( 2008 ) mentakrifkan pengacara majlis sebagai individu

yang mengendalikan perjalanan acara-acara dalam sesuatu majlis, persembahan, atau

pertunjukan. Pengacara juga disebut juruacara yang merujuk kepada orang yang

memimpin sesuatu majlis. Majlis pula bersifat keramaian mahupun sambutan yang

diadakan untuk sesuatu tujuan

Pengacaraan Majlis terbahagi kepada dua jenis iaitu Majlis secara Am dan Majlis

Secara khusus. Dalam majlis secara Am teredapat majlis rasmi, majlis separuh easmi

dan majlis tidak rasmi .manakala majlis secara khusus pula ialah majlis penuh istiadat,

majlis rasmi dan formal, majlis rasmi tetapi tidak formal, majlis tidak rasmi tetapi formal

dan majlis tidak rasmi dan tidak formal.

Untuk menjadi pengacara majlis yang baik seseorang individu haruslah berkebolehan

serta tidak kekok untuk tampil kehadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin di

khalayak ramai. Seseorang pengacara majlis sebelum majlis berlangsung mesti tahu

menyusun pengucapan mengikut prosedur yang tepat serta peka pada situasi majlis

bagi melancarkan perjalanan majlis tersebut. Berketerampilan serta tidak kaku semasa

pengacaraan merupakan pengacara majlis yang baik.

2

Page 3: bmk

2.0 KEPENTINGAN MENYEDIAKAN ATUR CARA PENTADBIRAN MAJLIS

Dalam majlis-majlis rasmi, kelancaran program adalah amat penting. Majlis-

majlis rasmi mempunyai aturcara yang padat tetapi penting dan daling berkaitan antara

satu sama lain. Majlis-majlis rasmi seumpama ini juga selalunya dihadiri oleh ramai

orang. Aturcara majlis ilah jadualmpelbagai acara yang telah ditetapkan untuk

dilaksanakan dalam sesuatu majlis. Ia merupakan urutan acara dalam sesrbuah majlis

dari mula hingga akhir.

Atur cara pentadbiran ialah merupakan kiunci utama bagi melaksanakan sesuatu

majlis. Atur cara majlis biasanya ditulis secara terperinci untuk sesuatu majlis rasmi.

Antara matlamat utama atur cara pentadbiran adalah untuk dijadikan panduan kepada

pegawai yang mengendalikan program. Ini penting kerana tanpa atur cara yang

terperinci, sukar badi pegawai bertugas untuk melaksanakan tugas masing-masing.

Salah satu perkara yang besar yang mungkin menyebabkan majlis terganggu ialah

masa perjalanan majlis tersebut. Oleh itu, jika tiada atur cara yang lengkap, maka sukar

bagi pegawai bertugas untuk membantu melicinkan perjalanan atur cara majlis.

Selain daripada itu, atur cara juga penting bagi memastikan majlis yang

sepatutnya. Ini kerana di dalam atur cara pentadbiran akan dinyatakan peristiwa yang

berlaku serta nama pegawai yang bertugas. Jika tiada maklumat seperti ini maka majlis

yang sepatutnya mengikut protocol serta peraturannya akan rosak dan tercemar dan

keadaan akan lebih buruk jika tetamu yang hadir adalah dari golongan professional.

Kawalan masa juga amat penting untuk sesuatu majlis yang dijalankan. Atur cara

yang kemas dan tersusun mengikut masa dan peristiwa sangat penting bagi

melancarkan perjalanan majlis tersebut. Kawalan masa yang teratur dalam atur cara

membolehkan pegawai yang bertugas dapat menjalankan tugas mereka dengan baik

dan ini akan melicinkan perjalanan majlis. Selain itu, atur cara majlis sentiasa

mengambil kira waktu bermulanya majlis. Waktu bermula majlis amat penting

3

Page 4: bmk

ditentukan kerana jika terlalu awal, sukar untuk orang menghadirinya. Sekiranya lokasi

majlis adalah jauh, adalah sukar untuk orang ramai hadir terlalu awal.

Disamping itu, atur cara ini juga penting untuk dijadikan sebagai penduan pada masa

akan datang dan juga sebagai bahan rekod. Ini membolehkan sesuatu majlis yang

akan diadakan pada masa akan datang dapat diperkemaskan lagi susun atur cara

majlis bagi mengelakkan kecelaruan serta member kelebihan kepada pegawai yang

bertugas untuk membuat baik pulih atur cara.

Dalam sesuatu aturcara pentadbiran terdapat tiga bahan utama iaitu bahagian

masa atau tarikh, bahagian keterangan tentang urutan atur cara, dan bahagian tindakan

pihak-pihak yang berkaitan. Ini semua penting bagi memastikan majlis tersebut berjalan

dengan lancar tanpa sebarang ganggguan sama ada dari segi teknikal atau kesilapan

daripada pegawai bertugas.

4

Page 5: bmk

3.0 ATURCARA MAJLIS

Atur Cara Majlis Sambutan Hari Guru

Peingkat Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Lang, Banting

Tarikh: 16 Mei 2013

Tempat :Dewan Permata

Masa : 7.45 pagi- 12.00 pagi

7.45 pagi Perarakan para guru dari pintu pagar ke Dataran Pengetua dengan

iringan kompang

7.50 pagi Bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah

8.00 pagi Pembacaan Perutusan Hari Guru

Ucapan Ketua Murid,YDP PIBG dan Pengetua

8.15 pagi Penyerahan kad ucapan oleh Ketua Murid kepada Pengetua

Bacaan doa khas untuk guru

Bacaan ikrar oleh semua guru SMK BBST

8.35 pagi Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia

8.40 pagi Pemotongan kek Hari Guru

8.50 pagi Sukaneka

10.00 pagi Rehat

10.30 pagi Persembahan

Penyampaian hadiah

12.00 tgh

hari

Pelajar bersurai

12.10 tgh

hari

Jamuan Guru

5

Page 6: bmk

4.0 TEKS PENGACARAAN MAJLIS

Teks pengacaraan majlis

Sempena sambutan hari guru

Peringkat Sekolah

Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Lang Banting

MASA CUE ANN CATATAN

7.45 pagi Para pelajar

memenuhi tempat

duduk yang

disediakan

didalam dewan

Assalamualaikum dan selamat

sejahtera. Hari ini merupakan hari

yang sangat bermakna bagi guru-guru

diseluruh Malaysia kerana hari ini

adalah hari untuk memperigati jasa

baik guru.

Para pelajar diminta berdiri untuk

member laluan kepada semua guru

berarak masuk ke dalam dewan

Minta pelajar berdiri

semasa mula perarakan

berjalan.

7.50 pagi Apabila

perarakan sudah

sampai ke tempat

yang disediakan.

Juru acara

mengucapkan…

Terima kasih kepada badan

pengawas sekolah kerana mengiringi

para guru dengan paluan

kompang.pada pagi ini semua guru

kelihatan sungguh cantik dan tampan

sekali. Bagi memulakan majlis hari ini

para hadirin diminta untuk

menyanyikan tiga rangkai lagu iaitu

lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor

dan lagu Sekolah. Dengan segala

hormatnya dipersila.

Minta semua pelajar dan

guru-guru terus berdiri

6

Page 7: bmk

Indah madah merdu suara,

Cantik manis buat pemikat,

Awal bismillah pembuka bicara,

Moga majlis berkat dan rahmat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari

ini, dijemput ustaz azhar bin zulkifli

untuk mengetuai bacaan doa.

dipersilakan

8.00 pagi

Ust Mohd Azhar

duduk.

Majlsi mengucapkan ribuan terima

kasih kepada ustaz azhar atas bacaan

doa sebentar tadi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-

sama memanjatkan syukur ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya

jua maka kita diberikan luangan waktu

dan kesempatan untuk kita sama-

sama berkumpul di Dewan Gemilang

ini bagi meraikan Sambutan hari Guru

peringkat sekolah bagi tahun 2010.

Selasih mekar di tengah desa

Mencelah sama kembang melati

Guru Pembina Negara Bangsa

Menabur ilmu berkhidmat bakti

Hadirin-hadirat yang dihormati

sekalian,

7

Page 8: bmk

Sambutan Hari Guru merupakan satu

pengiktirafan buat kita yang bergelar

’cikgu’..Semoga dengan pengiktirafan

ini dapat menyemarakkan lagi iltizam

dan tekad serta ikhtiar dalam usaha

kita menjana dan mengangkat

martabat profesion keguruan sebagai

profesion yang dipandang tinggi

semurni tugas seorang guru.

Majlis diteruskan dengan pembacaan

perutusan Pembacaan Perutusan Hari

Guru oleh Pn Nurhasliza Sebagai

Guru Penolong kanan . Dipersilakan…

Terima kasih kepada pn Nurhasliza

amanat yang telah diberikan oleh

kementerian pelajaran sama-samalah

kita jayakan bagi melahirkan pelajar

yang cemerlang dari masa ke

semasa.

Seterusnya ucapan daripada Guru

Besar iaitu En Abdul Razak. Dengan

segala hormatnya dipersilakan.

Terima En Abdul Razak dan

sekarang kita dengar ucapan daripada

ketua PIBG iaitu En Isa. Dipersilakan.

Dan akhir sekali kita dengar ucapan

daripada ketua murid iaitu Mohd

Rayyan.

8

Page 9: bmk

Terima kasih Mohd rayyan diatas

ucapan dan kad hari guru kepada

semua guru disekolah ini.

8.35 pagi Setelah ucapan

dterakhir dan

penyampaian kad

oleh Ketua Murid

Majlis mempersilakan semua guru

untuk naik ke pentas bagi

menyampaikan Lagu Kami Guru

Malaysia serta ikrar Guru Malaysia 

Dipersilakan.

...........

Sama-samalah kita dengarkanlah

alunan suara cikgu-cikgu kita

mendendangkan lagu GURU

MALAYSIA.

8.40 pagi Setelah semua

guru mengambil

tempat masing-

masing

Sebelum guru-guru mengambil tempat

duduk..dijemput Yang berbahagia

Tuan Pengetua untuk memotong kek

Hari Guru yang disumbangkan oleh

PIBG sekolah. Dipersilakan. 

.........................

Terima kasih kepada Tuan Pengetua.

Terima kasih diucapkan kepada

semua guru TERIMA KASIH CIKGU.

8.50 pagi Selesai

pemotongan kek

Semua pelajar dan guru-guru diminta

pergi ke padang untuk menyaksikan

sukaneka yang akan dijalankan

sebentar lagi. Kita akan berkumpul

9

Page 10: bmk

semula di dalam dewan pada pukul

10.30 pagi. Terima kasih.

10.00 pagi Rehat

10.30 pagi Para pelajar dan

guru-guru

memenuhi tempat

duduk yang

disediakan

didalam dewan

Setelah Pn Che

Faridah Turun

daripada pentas

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Bagai bunga kembang tak jadi.

Alhamdulilah kita berkumpul semula

selepas berpenat di atas padang.

Terima lasih atas sokongan semua

pelajar tadi. Tahniah kepada

kumpulan yang menang. Dan

seterusnya adalah persembahan

daripada para guru dan pelajar bagi

memerihkan majlis ini.

dijemput rakan seperjuangan, Pn Che

Faridah bt Che Isa untuk

bergandingan mendeklamasikan sajak

bersama saya untuk semua guru di

SKSL

........................

Terima kasih diucapkan kepada Pn.

Che Faridah.

Seterusnya kita perdengarkan pula

palutan kata ’berdikirlah pulok’

persembahan dikir barat yang akan

dipersembahkan oleh pelajar-pelajar

kita, ... dipersilakan.

......

Buat pengumuman

kepada murid-murid dan

guru-guru untuk

memasuki dewan

10

Page 11: bmk

Kumpulan Dikir

Turun Pentas

Kump. Pend.Khas

turun pentas.

Setelah

penyampaian

hadiah selesai

Terima kasih diucapkan kepada

kumpulan dikir itu tadi.

Persembahan

seterusnya,pendeklamasian sajak

bersambungan dengan Irama Nasyid

dari kumpulan Kelas Pendidikan Khas

dengan lagu TERIMA KASIH CIKGU.

Dipersilakan……

Terima kasih kepada kumpulan

Pendidikan Khas.

Demikian tadi berakhirnya

persembahan . Terima kasih sekalung

budi diucapkan kepada semua yang

menjayakan persembahan itu tadi.

Guru-guru dan para pelajar yang

dikasihi sekalian,

Seterusnya, majlis penyampaian

hadiah kepada pemenang-pemenang

bagi acara pertandingan memasak,

permainan dan sukaneka hari

guru,dan hadiah cabutan bertuah

Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan Yang Berbahagia Pn

Nurhasliza, untuk mengiringi yang

berbahagia, En. Amran bin Ibrahim,

GPK HEM untuk menyampaikan

Tunggu sehingga para

pemenang mengambil

hadiah baru umumkan

11

Page 12: bmk

hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.

LAMPIRAN..........

Majlis merakamkan setinggi-tinggi

ucapan terima kasih kepada Yang

Berbahagia GPK KO dan GPK HEM.

Seterusnya, Majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan yang

berbahagia En Abdul Rahim bin

Abdullah, GPK Tadbir untuk

mengiringi Yang Berbahagia, Tn.Hj

Abdul Razak Bin Muhamad, Guru

Besar SKSL untuk menyampaikan

hadiah kepada para pemenang. Majlis

mempersilakan.

lihat

[ LAMPIRAN]..........

Seterusnya penyampaian anugerah

guru. majlis mempersilakan Mohd

Rayyan, selaku Ketua Murid untuk

membaca keputusan. Dipersilakan.

pemenang yang lain.

12

Page 13: bmk

KEPUTUSAN ???

Terima kasih kepada Ketua Murid.

cabutan bertuah

Majlis merakamkan setinggi-tinggi

ucapan terima kasih kepada Yang

Berbahagia, Tn.Hj Abdul Razak Bin

Muhamad dan Yang Berbahagia En.

Abdul Rahim b Abdullah.

12.00

tengah

hari

Pelajar bersurai Demikian tadi persembahan guru,

pelajar dan juga acara penyampaian

hadiah. Majlis yang melibatkan pelajar

berakhir di sini. Para pelajar boleh

bersurai dalam keadaan tertib dan

pulang terus ke rumah.

12.0

tengah

hari

Jamuan guru Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis kita sampai ke penghujungnya.

Pihak majlis mohon mengambil

kesempatan waktu di penghujung ini

untuk mengucapkan ribuan kalungan

bunga terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat dalam memastikan

majlis sambutan Hari Guru peringkat

sekolah ini dapat dilangsung dengan

jayanya. 

13

Page 14: bmk

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU.....

SELAMAT HARI GURU!

Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh dihujung taman,

Kalungan budi junjungan kasih

Mesra kenangan sepanjang zaman

Tetamu jemputan, Semua guru dan

staf sokongan dijemput ke kantin

untuk menikmati juadah jamuan yang

telah disediakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

14

Page 15: bmk

REFLEKSI

Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan

hidayah-Nya juga saya dapat menyiapkan tugasan Bahasa Melayu Kontekstual ini

dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah

banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan

tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan

tenang dan sabar. Pada mulanya, saya mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan

tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas.

Setelah mendengar penerangan tersebut saya mula berbincang dan mencari maklumat

untuk membuat kerja kursus ini.

Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk

mencari maklumat tentang tajuk yang telah saya pilih dan cara penulisan pengacaraan

majlis .Selain dari itu saya juga mencari maklumat tambahan di internet. Dengan cara

ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan saya untuk menyelesaikan

kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya meneruskan

langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar

bagi saya untuk melakukan tugasan ini kerana baru pertama kali saya membuat teks

ucapan dan sedikit teruja untuk membuat sesuatu perkara yang baru.. semasa

membuat tugasan ini banyak perkara baru yang saya pelajari serta saya berusaha

untuk membuat pantun bagi mencantikkan lagi bahasa didalam teks pengacaraan

ini.Namun, berkat kesabaran dan ketekunan, saya berjaya juga menyempurnakan

tugasan ini.

Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat saya gunakan ia ketika

bergelar guru kelak. Contohnya sekiranya saya diminta untuk menjadi pengacara

sesebuah majlis saya dapat sempurnakan majlis itu dengan jayanya kerana saya telah

pelajari serba sedikit mengenai pengacaraan majlis atau pun saya diminta untuk

15

Page 16: bmk

membuat teks ucapan saya sudah bersedia dengan ilmu yang saya perolehi semasa

didalam institut. Alhamdulillah, sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi

kerana limpah kurnianya saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak

terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Dr.Haji Mashudi bin Bahari selaku

pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar

dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para

sahabat. Jasa kalian tak dapat saya balas dan amatlah saya hargai. kepada keluarga

juga yang banyak membantu memberikan kata-kata semangat dan menjadi sumber

inspirasi saya semasa saya berada dalam alam pengajian.

Sekian, terima kasih.

16

Page 17: bmk

Bibliografi

Kairuddin Mohamad, maridah alias, siti normaniseh, azmi ayub, faiziah shamsudin, abd. rahim ismail, maria mansur. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. shah alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

siti hajar abdul aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. shah alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

17