bmk-dfinisi ucpn awm

7
PENGENALAN Apabila disuruh untuk berucap di depan orang ramai pelbagai reaksi yang akan diberikan oleh setiap orang. Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa berdebar-debar, gementar dan takut? Sebenarnya setiap speaker samada yang baru, lama atau yang dikenali di seluruh dunia, semuanya mengalami peristiwa yang sama terutamanya rasa gemuruh untuk bercakap di khalayak awam. Pengucapan umum pada dasarnya adalah tergolong di dalam komunikasi lisan. Komunikasi lisan disini ialah merupakan cara lisan dengan melahirkan perkataan-perkataan dengan mulut. Komunikasi lisan boleh berlaku secara langsung (direct) apabila dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga boleh berlaku dalam keadaan di mana dua orang berada berjauhan (remote) iaitu apabila telefon digunakan. Terdapat pelbagai takrif pengucapan awam yang telah diketengahkan oleh beberapa orang tokoh. Antaranya adalah Rahimah Yeop. Beliau merupakan ketua program bagi Program Kepakaran Perundingan yang telah dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN ). Menurut beliau, pengucapan awam adalah merupakan satu interaksi penghantaran mesej atau maklumat antara seorang pengucap atau penyampai dengan sekumpulan pendengar. Menurut Abdul Mua ti Ahmad, (1994) dalam bukunya Panduan Pengucapan Awam, menyatakan bahawa Pengucapan Umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal

Upload: sitifatimah92

Post on 04-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

xcxccc cc

TRANSCRIPT

PENGENALANApabila disuruh untuk berucap di depan orang ramai pelbagai reaksi yang akan diberikan oleh setiap orang. Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa berdebar-debar, gementar dan takut? Sebenarnya setiap speaker samada yang baru, lama atau yang dikenali di seluruh dunia, semuanya mengalami peristiwa yang sama terutamanya rasa gemuruh untuk bercakap di khalayak awam.

Pengucapan umum pada dasarnya adalah tergolong di dalam komunikasi lisan. Komunikasi lisan disini ialah merupakan cara lisan dengan melahirkan perkataan-perkataan dengan mulut. Komunikasi lisan boleh berlaku secara langsung (direct) apabila dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga boleh berlaku dalam keadaan di mana dua orang berada berjauhan (remote) iaitu apabila telefon digunakan.Terdapat pelbagai takrif pengucapan awam yang telah diketengahkan oleh beberapa orang tokoh. Antaranya adalah Rahimah Yeop. Beliau merupakan ketua program bagi Program Kepakaran Perundingan yang telah dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN ). Menurut beliau, pengucapan awam adalah merupakan satu interaksi penghantaran mesej atau maklumat antara seorang pengucap atau penyampai dengan sekumpulan pendengar.Menurut Abdul Muati Ahmad, (1994) dalambukunya Panduan Pengucapan Awam, menyatakan bahawa PengucapanUmum menggunakan anggota komunikasi verbaldanbukan verbalMenurut Ab. Rahman Ab. Rashid et.al di dalam bukunya yang berjudul Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Umum, pengucapan awam ialah komunikasi yang bermaksud untuk menyampaikan maklumat kepada sejumlah orang ramai. Contohnya, seorang guru menyampaikan pengajarannya kepada pelajar-pelajarnya atau seorang pelajar menyampaikan ceramah di dalam bilik darjah. Sebelum komunikasi menjadi satu bidang ilmu tersendiri, pengucapan umum adalah lebih dikenali sebagai pidato umum.

Selain itu, menurut Program Minggu Haluan Pelajar Pra-U, pengucapan awam juga ditakrifkan sebagai kelahiran bahasa dengan penuh bermakna melalui komunikasi secara lisan berlandaskan suara dan perkataan dan bukan lisan pula berlandaskan anggota tubuh pengucap. Tambahan pula, pengucapan awam juga merupakan satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinan masyarakat, organisasi, agensi agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang individu.Takrifan pengucapan awam yang seterusnya diperoleh daripada buku Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh yang dikarang oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, pengucapan awam ialah proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman dengan individu-individu lain. Setiap individu mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Justeru itu, apabila individu tersebut mencerita atau menyampaikan pengalaman dan pengetahuannnya kepada individu lain, maka itu dinamakan pengucapan awam. Mengikut takrifan yang dikemukan oleh Robbins dan De Cenzo (1998) pula, konsep pengucapan awam yang diperoleh daripada buku Komunikasi Efektif yang dikarang oleh Zainuddin Zakaria dan Ziadatul Hidayah Zakaria ialah melibatkan transmisi maksud dan maklumat kepada audiens. Segala maklumat yang disampaikan akan diterima oleh audiens. Manakala menurut Ahmad Kamil Mohamed di dalam bukunya yang berjudul Kejayaan Berkomunikasi: Dalam Era Masyarakat Informasi, pengucapan awam adalah salah satu daripada bentuk komunikasi lisan. Menurut beliau, pengucapan awam adalah satu bentuk ucapan yang disampaikan di hadapan khalayak ramai dan biasanya diadakan pada majlis, seminar, dialog, ceramah, debat dan sebagainya. Ia memerlukan persediaan dengan mengenali audien dan suasana sessi tersebut. Pun begitu, menurut buku Komunikasi Asas yang telah dikarang oleh Samsudin A. Rahim pengucapan awam adalah satu jalan komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada jumlah orang yang ramai. Sebagai satu contoh mudah ialah seorang pensyarah memberi kuliah kepada para pelajarnya, seorang menteri memberi ucapan kepada ahli-ahlinya, atau seseorang pelajar memberikan ceramah dalam bilik darjahnya. Ada beberapa ciri yang boleh kita gunakan untuk mengenakan komunikasi awam atau pengucapan awam. Pertama, komunikasi berlaku di tempat awam seperti di dalam dewan, bilik kuliah, auditorium atau di tempat orang ramai boleh berkumpul. Bilik pejabat, rumah, atau tempat bagi hanya beberapa orang sahaja yang boelh berkumpul adalah dianggap sebagai ruang persendirian. Dengan itu, komunikasi yang berlaku dalam ruang tersebut tidak dikatakan sebagai komunikasi awam atau pengucapan awam. Dalam pengucapan awam, penceramah adalah sebagai sumber dan hadirin yang mendengar ceramah atau ucapannya adalah penerima maklumat yang ingin disampaikan.Pengucapan awam pada dasarnya berlaku secara formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Penceramah tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi antara individu disebabkan jarak dan juga bilangan orang yang ramai. Ceramahnya telah dirancang terlebih dahulu berdasarkan siapa yang akan hadir untuk mendengar ceramah itu. Suasana penyampaian ceramah itu juga telah distrukturkan dengan agenda-agenda yang tertentu. Misalnya siapakah yang akan memperkenalkan penceramah, dan juga bilakah masanya orang ramai boleh mengemukakan soalannya kepada penceramah. Bolehlah kita rumuskan bahawa pengucapan awam, adalah komunikasi bersemuka tetapi melibatkan bilangan sasaran yang ramai, tempat komunikasi berlaku ialah di tempat awam, dan interaksi antara sumber dari penerima maklumat adalah rendah.Disamping itu, terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengucapan awam. Antaranya adalah pengucap ( speaker ), mesej, saluran, pendengar ( audiens ), maklum balas, gangguan dan setting. Pengucapan awam yang menarik dan berjaya menyampaikan mesej yang hendak disampaikan pada pendengar dengan jelas dan tepat. Tambahan pula, mesej yang diterima oleh audiens itu adalah bertepatan dengan mesej yang disampaikan oleh pengucap itu. Perubahan yang berlaku akibat dari pengucapan awam adalah bertepatan dengan perubahan yang dicadangkan. Sebagai seorang pengucap, kita hendaklah mempunyai mesej yang boleh disampaikan sebagai makluman, mempengaruhi audiens, memberi inspirasi serta menghiburkan. Pengucap juga perlu merancang, membuat penyelidikan dan persediaan serta latihan yang sewajarnya demi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Seorang pengucap perlu mempunyai ciri ciri seperti minat, bermotivasi, kredibiliti, perancangan, penampilan dan persembahan yang menarik. Bukan itu sahaja, sesuatu mesej atau maklumat berjaya disampaikan oleh pengucap kepada audiens sekiranya maklumat itu mempunyai tajuk yang sesuai, perkataan dan bahasa yang tepat, memberi huraian dan contoh yang tepat, menyampaikan maklumat dengan gaya yang sesuai dan mempunyai susunan maklumat yang jelas. Tambahan pula, struktur persembahan pula mestilah mengandungi pendahuluan, isi kandungan, cadangan dan penutup.Sehubungan dengan itu, seorang pengucap juga perlu menganggap audiens sebagai pelanggan. Bertitik tolak daripada kenyataan sebentar tadi, analisis audiens diperlukan bagi menentukan strategi pendekatan dengan kaedah yang sesuai. Antaranya ialah pendekatan audiens, lingkungan umur audiens, anggaran audiens, anggaran jantina, anggaran taraf perkahwinan, anggaran bangsa, anggaran latarbelakang sosial dan budaya audiens, anggaran taraf pendidikan, anggaran kerjaya, anggaran minat, anggaran tahap pengetahuan dan pengharapan. Bersangkutan dengan hal di atas, terdapat dua cara penyampaian yang boleh digunakan terdiri daripada lisan dan bukan lisan. Lisan ialah percakapan menggunakan suara manakala bukan lisan pula merangkumi gerak geri, pertembungan mata dengan audiens, bunyi suara dan keterampilan diri. Untuk melihat samaada mesej diterima ataupun tidak oleh audiens, seorang pengucap perlu peka terhadap maklum balas audiens. Seorang pengucap boleh meminta maklum balas daripada audiens, bertindak balas dengan maklum balas dan juga mengulang semula penerangan bagi mendapat maklum balas.Namun dari segi luarannya, audiens mempunyai persepsi yang berbeza, pemahaman yang berbeza, prasangka yang terdiri daripada baik dan buruk terhadap pengucap, berada dalam keadaan yang bising dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengucap. Di dalam majlis pengucapan awam, terdapat perbezaan dari segi fizikal dan psikologi audiens. Jika ditinjau daripada aspek setting pula, seorang pengucap perlu mengetahui keluasan bilik yang disediakan, kemudahan yang terdapat di dalam bilik tersebut seperti audio, video dan lain lain, suhu dan pencahayaan yang sempurna serta tempat persembahan dijalankan.