bm p2 t2

6

Click here to load reader

Upload: hasmi-mohamad

Post on 05-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Bahagian A (i) :

SULIT 02/2

Bahagian A : Ringkasan

[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca berlakunya banjir kilat di negara ini. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bencana alam seperti banjir kilat akibat daripada hujan lebat yang tidak henti-henti, boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Bencana ini merupakan perkara biasa di negara kita dan setiap kali berlakunya banjir, banyak yang kehilangan harta, malah adakalanya nyawa manusia pun terkorban sama.

Perbuatan orang ramai yang membuang sampah sarap di merata-rata hingga sampah itu memenuhi sungai dan longkang besar dikenal pasti sebagai antara penyebab utama banjir kilat. Jangankan sampah yang kecil, malah tilam, peti sejuk, dan sisa binaan rumah pun dibuang ke dalam sungai. Hal inilah yang menyebabkan aliran sungai menjadi perlahan sebelum masuk ke sungai utama atau ke laut. Aliran yang tersekat akhirnya menyebabkan air sungai cepat melimpah ke luar tebing lalu membanjiri jalan serta kawasan kediaman apabila hujan turun. Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan kurang serius dalam menjaga kebersihan sungai. Kakitangannya menjalankan usaha pembersihan sungai hanya setelah mendapat arahan daripada pihak atasan. Kekurangan kakitangan dan luasnya kawasan yang perlu diawasi dijadikan penyebab serta alasan mengapa hal demikian terjadi.

Selain itu, kegiatan mengubah suai rumah kediaman di kawasan tinggi tanpa mengambil kira struktur tanah persekitarannya turut menjadi penyebab kepada masalah banjir kilat ini. Keadaan bertambah parah apabila pihak pemaju tidak memantau projek pembinaan mereka dengan teliti. Pihak pemaju gemar mengorek permukaan tanah dan kemudian menambak semula kawasan itu. Tindakan itu menyebabkan hilangnya fungsi tanah sebagai penyerap hujan. Pemaju sepatutnya membiarkan ketebalan lapisan tanah sekurang-kurangnya 15 milimeter bagi membolehkan bahagian ini menyerap air hujan. Malangnya, kebanyakan pemaju bersikap lepas tangan, asalkan projek masing-masing siap. Mereka tidak mengambil peduli tentang kesejahteraan alam dan manusia pada masa akan datang.

Di samping itu, fenomena angin monsun tropika di negara ini yang membawa hujan lebat yang hampir setiap hari turut mengakibatkan banjir kilat, apatah lagi jika persiapan menghadapi banjir belum benar-benar sempurna. Dalam hal ini, maklumat pantas daripada pihak Jabatan Kaji Cuaca amat diharapkan supaya banjir dapat dihadapi dengan penuh persediaan dan musibah yang tinggi dapat dielakkan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Banjir Kilat Perlukan Pendekatan Baru , Utusan Malaysia, Mei 2009) Bahagian A (ii): Pemahaman Petikan Umum

[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.1. Apakah yang dimaksudkan oleh rangkai kata musibah yang tinggi ?

[2 markah]2. Berdasarkan petikan, bagaimanakah kekotoran sungai dapat menyebabkan banjir kilat?

[4 markah]3. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa bagi

menangani banjir kilat ?

[4 markah]

Bahagian B:

Karangan Rangsangan

[20 markah]

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti cuti sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C :

Karangan Pilihan

[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.1. Sebagai seorang pemberita, anda ditugaskan untuk menulis berita tentang suatu kejadian kemalangan jalan raya.

Tulis berita itu selengkapnya.2. Kekurangan tenaga kerja tempatan dan kebanjiran pekerja asing di negara ini telah mengundang pelbagai masalah sosial.

Nyatakan kesan-kesan kemasukan pekerja asing.3. Sukan mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Sukan juga dapat menyatupadukan rakyat. Bincangkan cara-cara sukan dapat menyatupadukan rakyat.4. Andaikan bahawa ada kekosongan jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber di sekolah anda. Anda berminat untuk mengisi jawatan tersebut dan ingin membuat surat permohonan kepada Guru Pusat Sumber. Tulis surat permohonan anda itu.5. Tulis cerita yang menarik berdasar peribahasa bagai aur dengan tebing .Bahagian D : Novel

[10 markah]

Jawapan anda mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda pelajari di Tingkatan 2.

Berdasarkan novel yang anda kaji, tulis contoh peristiwa bagi setiap binaan plot seperti di dalam gambar rajah.KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_____________

_______________

(MOHD HASMISAFAR MOHAMAD)

(NOORASIAH BT.YUSOFF)

GURU BAHASA MELAYU

KETUA PANITIA BAHASA

MELAYUPahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini

Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain

Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin

Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari

Peleraian

Puncak

Permulaan

Perkembangan

PLOT

PAGE 4SULIT 02/2