bm komsas novel papa

8
Kritikan sosial dalam novel papa akhirnya kau tewas jua Novel yang saya kaji ialah novel papa akhirnya kau tewas jua. Kritikan sosial merujuk kejadian atau fenomena sosial yang berlaku dalam kehidupan realiti dan juga disebut oleh pengarang dalam cerita novel itu. Pengarang mengkritik sikap manusia yang gagal mengawal hawa nafsu mereka. Contohnya, Encik ua! yang gagal mengawal hawa nafsu lalu melakukan perbuatan sumbang dengan pengemas biliknya sehingga menyebabkan "aylan hampir ditimpa masalah setelah ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang itu. Kritikan sosial kedua merujuk sikap manusia yang melihat perhubungan berdasarkan keturunan. Contohnya, #e$ri yang melarang #ulia berkawan rapat dengan "asylan kerana pelajar itu bukan keturunan elayu asli dan tidak mempunyai asal usul keluarga yang betul. #ulia berpendapat perhubungan manusia tidak harus berdasarkan asal usul atau keturunan tetapi berdasarkan keperibadian seseorang itu. Kritikan social ketiga ialah %endam yang berpanjangan & %atuk ustakim melanggar ibu bapa #e$ri ketika pulang dari solat tarawih. 'apanya meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. #e$ri berasa marah kerana %atuk ustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. "asylan mencadangkan agar papa #ulia, #e$ri bertemu dengan %atuk ustakim tetapi papa #ulia enggan.

Upload: muhammad-sirhan

Post on 07-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kritikan sosial dalam novel papa akhirnya kau tewas juaNovel yang saya kaji ialah novel papa akhirnya kau tewas jua. Kritikan sosial merujuk kejadian atau fenomena sosial yang berlaku dalam kehidupan realiti dan juga disebut oleh pengarang dalam cerita novel itu. Pengarang mengkritik sikap manusia yang gagal mengawal hawa nafsu mereka. Contohnya, Encik Muaz yang gagal mengawal hawa nafsu lalu melakukan perbuatan sumbang dengan pengemas biliknya sehingga menyebabkan Raylan hampir ditimpa masalah setelah ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang itu. Kritikan sosial kedua merujuk sikap manusia yang melihat perhubungan berdasarkan keturunan. Contohnya, Jeffri yang melarang Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana pelajar itu bukan keturunan Melayu asli dan tidak mempunyai asal usul keluarga yang betul. Julia berpendapat perhubungan manusia tidak harus berdasarkan asal usul atau keturunan tetapi berdasarkan keperibadian seseorang itu.

Kritikan social ketiga ialah Dendam yang berpanjangan -Datuk Mustakim melanggar ibu bapa Jeffri ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Jeffri berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar papa Julia, Jeffri bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.

SASPENS DALAM NOVEL PAPA

1.Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Maliana yang mengandung itu. Maliana masih meneruskan kebajikan itu walaupun menyedari bahawa risikonya amat tinggi terutama selepas mengalami masalah ketika melahirkan Julia dulu.2.Saspens ketika Intan Maliana berada di dalam bilik pembedahan di HUKM untuk melahirkan anak keduanya pembaca tertanya-tanya tentang keselamatan Intan Maliana dan bayi yang bakal dilahirkannya pembaca ingin tahu sama ada Intan Maliana akan menghadapi komplikasi yang sama ketika melahirkan Intan Julia atau sebaliknya3.Pembaca tertanya-tanya tentang kesudahan hubungan papa dan Aisyah. Julia menentang hubungan itu dan melihat hubungan mereka itu sebagai tidak elok atau curang kerana mama masih hidup.4.Pembaca tertanya-tanya nasib Marliana yang dalam keadaan koma itu. Sebaik sahaja melahirkan anak kembarnya, Marliana tidak sedar diri lalu pembaca ingin tahu sama ada Marliana akan pulih atau tidak

Teknik Plot Novel Papa1. Dialog pertuturan / perbualan antara watak dalam novel. Contoh: perbualan Jeffri dengan Rasylan tentang latar belakang Rasylan. Rasylan memberitahu Jeffri bahawa dia merupakan anak angkat Datuk Mustakim yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.2. Monolog tutur kata atau pengucapan oleh watak secara sendirian. Contoh: Jeffri berkata kepada isterinya, Intan Maliana yang sedang koma bahawa Intan Julia telah mendapat keputusan SPM yang baik dan dia hendak memohon kemasukan ke matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.3. PEMERIANDigunakan untuk memerihalkan suatu keadaan, suasana, ciri-ciri fizikal, dan perasaan seseorang. Teknik ini memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu peristiwa mahupun keadaan yang timbul dalam plot novel.Contoh:Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja sedemikian. Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika mama ditemani angin petang yang bertiup lembut. (m/s 3)

Berdasarkan novel yang anda pelajari, wajarkah pengarang menjudulkan novel itu dengan judul tersebut? Berikan alasan anda. (7 markah)

Berdasarkan novel yang telah saya kaji, iaitu novelPapa...(akhirnya kau tewas jua!)karya Deana Yusof, saya berpendapat bahawa pengarangwajarmenjudulkan novel itu dengan judul tersebut.

Antara sebab saya bersetuju dengan judul tersebut ialah papa Julia, Jeffri akhirnya menangis juga selepas mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan papa. Selama ini, papa seorang yang tabah menerima segala dugaan yang menimpa keluarganya. Dia reda menerima ketentuan Ilahi. Walaupun anak kembar Siam papa meninggal dunia, papa tidak mengeluarkan air matanya. Namun begitu, air mata papa tewas apabila insan yang paling disayanginya, mama pergi buat selama-lamanya. Buktinya, Julia melihat kelopak mata papa berair dan jatuh ke pipinya buat kali pertamanya.

Selain itu, papa juga tewas dalam membuktikan kesetiaannya kepada mama. Papa telah berjanji akan setia kepada mama. Namun begitu, papa telah memungkiri janjinya dengan berkahwin buat kali kedua dengan Aisyah lantaran kesunyian hidup. Hidup papa sunyi kerana mama koma selepas melahirkan anak kembar Siamnya. Tindakan papa yang tidak mengotakan janjinya kepada mama telah mengecewakan mama dan akhirnya, mama meninggal dunia selepas papa memperkenalkan isteri baharunya kepada mama.

Demikianlah alasan-alasan yang membuktikan kewajaran penulis menjudulkan novel itu dengan judul yang telah diberikan.

Tiga keistemewaan watak utama. Watak utama Intan Julia: Taat akan perintah Tuhan. Intan Julia tetap taat melaksanakan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat Subuh, walaupun hatinya tertekan selepas ditampar oleh bapanya.

Tabah dalam menghadapi ujian hidup. Sungguhpun Julia menghadapi pelbagai dugaan hidup seperti keadaan ibunya yang koma serta perhubungannya dengan Rasylan tidak direstui Jeffri, namun dia menghadapi semua keadaan itu dengan hati yang tabah dan sedikit pun tidak mengganggu prestasi pelajarannya.

Tidak memandang rendah akan orang lain. Sungguhpun Julia mengetahui bahawa Rasylan tidak berbapa serta dilahirkan angkara kedurjanaan Encik Muaz al-Khalibi terhadap seorang pengemas bilik yang berbangsa Indonesia, namun Julia tidak memandang rendah terhadap temannya itu.

1. Dua peristiwa yang dapat dijadikan ikhtibar: Encik Muaz al-Khalibi telah melakukan perbuatan yang terkutuk sebanyak beberapa kali dengan pengemas biliknya yang berwarganegara Indonesia. Ekoran perbuatan tersebut, wanita terbabit telah mengandung. Wanita itu telah ditinggalkannya sebaik sahaja dia menamatkan pengajiannya. Ikhtibar yang diperoleh daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah menjauhi perbuatan mungkar dan mestilah bertanggungjawab atas perbuatan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Julia telah terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan Jeffri tentang niat Jeffri untuk berkahwin lagi. Julia berbual dengan papanya untuk mendapat butiran lanjut. Dalam perbualan tersebut, Julia ditampar oleh Jeffri kerana mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati Jeffri. Ikhtibar yang diperoleh daripada peristiwa tersebut ialah seseorang anak janganlah terlalu mengikut kata hati apabila bercakap dengan ibu bapa. Sebaliknya, jagalah tutur kata agar tidak menyinggung perasaan orang tua.

TEMA

Novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) bertemakan kemanusiaan iaituikatan kasih sayang antara ahli keluarga. Pengarang mengungkapkan ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Sikap ibu dan bapanya yang menyayang juga membuatkan Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Oleh sebab itu dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Intan Julia tidak menyenangi hubungan bapanya dengan Aisyah. Malah Intan Julia pernah ditempelengi oleh bapanya kerana mengatakan bapanya curang kepada ibunya. Namun dia terpaksa juga membenarkan bapanya berkahwin dengan hati yang berat demi memikirkan kepadaan bapanya yang tidak menentu. Jauh di sudut hati dia masih tidak boleh menerima Aisyah sebagai pengganti ibunya.

Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Oleh karana sifat kasih sayang yang menebal dalam dirinya membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya. Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalahdia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi. Malah Intan Julia ditempelengnya sehingga menyebabkan Intan Julia berasa kecewa dan pulang ke asrama awal pagi keesokan harinya.

Walaupun begitu, Jeffri amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum serta pelajaran Intan Julia. Dia marah apabila Intan Julia tidak mahu makan. Jeffri sentiasa bertanya perkembangan pelajaran anaknya sejak dari sekolah menengah hinggalah semasa Intan Julia belajar di UIA. Jeffri kerap menghantar Intan Julia ke kampus. Semasa di sekolah menengah Jeffri sentiasa menghantar Intan Julia pergi dan balik dari sekolah setelah Intan Maliana sedang koma. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.

PLOT

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa plot novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) adalahmengikut kronologiatau perkembangan peristiwa mengikut urutan masa. Ia bermula denganperingkat permulaanapabila pembaca novel ini diperkenalkan dengan watak utama iaitu Intan Julia dan Mak Cik Noraini yang merupakan pembantu rumahnya. Kemudian pengarang memperkenalkan watak ibu dan bapa Intan Julia iaitu Jeffri dan Intan Maliana. Hubungan Jeffri dengan isterinya Intan Maliana sangat mesra dan intim sehingga menimbulkan rasa meluat dan rasa cemburu kepada Intan Julia. Mak Cik Noraini menceritakan tentang perhubungan Jeffri dengan Intan Maliana kepada Intan Julia. Mereka mengajar di sekolah yang sama dan berkahwin. Intan Julia berharap dia juga akan mendapat pasangan atau suami seperti bapanya pada suatu hari nanti.

Plot segera beralih keperingkat perkembanganapabila Jeffri dan Intan Maliana pulang dari hospital. Jeffri memberitahu bahawa Intan Maliana hamil. Berita itu mengejutkan Mak Cik Noraini. Itulah permulaan konflik menyebabkan peristiwa berkembang. Mak Cik Noraini telah menasihatkan agar Intan Maliana agar memikirkan kembali keputusannya untuk melahirkan anak sekali lagi. Intan Maliana mempunyai sejarah perubatan yang kronik semasa melahirkan anak pertama iaitu Intan Julia. Intan Maliana telah kehilangan banyak darah dan koma. Intan Maliana juga telah dinasihatkan oleh kawannya Suzie agar menggugurkan kandungan itu. Namun kerana sayang dan tanggungjawab kepada suaminya Jeffri, dia enggan menggugurkannya.

Plot semakin berkembang apabila kandungan Intan Maliana semakin besar. Maliana juga risau dengan kandungannya dan proses bersalin kemudiannya. Namun Jeffri memberikan semangat dan dorongan serta menyerahkannya kepada takdir. Setelah sampai ketika, Intan Maliana sakit pada awal pagi. Dia dihantar ke hospital dan terpaksa melalui pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Malangnya anak itu kembarsiamdan sudah meninggal dalam kandungan. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma.

Selain daripada konflik itu, Intan Julia juga melalui konflik. Dia ditegah oleh bapanya supaya merenggangkan hubungannya dengan Rasylan kerana Rasylan anak luar nikah. Intan Julia dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga menghadapi konflik dalam dirinya apabila pengarang memperkenalkan watak Aisyah. Intan Julia berkenalan dengan Asiyah semasa dia bermain tennis dengan bapanya. Dia tidak senang hati dengan perhubungan bapanya dengan Aisyah. Dia terserampak dengan bapanya bersama dengan Aisyah sebanyak tiga kali di restoran makanan segera. Dia mengesyaki bapanya mempunyai hubungan dengan Aisyah.

Peringkat kemuncak atau klimaksplot pada novel ini agak singkat. Intan Julia tidak senang hati dengan perbuatan bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Tambahan apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab kata-kata bapanya kerana tidak tahanlagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu.

Peringkat anti klimaksplot novel ini bermula apabila Jeffri datang menemui Intan Julia di kampus. Jeffri telah menjelaskan kedudukan dirinya yang sebenar menyebabkan dia mahu berkahwin lagi. Dia hanya mahu seseorang menguruskan hidup bersamanya kerana usianya semakin bertambah. Namun dia tidak akan berkahwin sekiranya Intan Julia masih tidak membenarkannya berbuat demikian. Akhirnya dengan berat hati Intan Julia membenarkan bapanya berkahwin dengan Aisyah.

Melihatkan Aisyah tidak pernah menunjukkan sikap yang tidak baik terhadap dirinya dan bapanya, hati Intan Julia semakin dapat menerima kehadiran Aisyah dalam keluarganya. Dia menyatakan penerimaan itu selepas berlaku salah faham sehingga mereka menuduh Aisyah ingin meracuni Intan Maliana. Intan Maliana sedar akhirnya. Namun dia terkejut dan marah dengan rindakan Jeffri yang telah berkahwin dengan Aisyah. Intan Maliana sakit dan meninggal dunia.