47837790 analisis novel papa lengkap

Upload: john-wayne

Post on 05-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    1/29

    PAPA (Akhirnya Kau Tewas Jua!)(Deana Yusof)

    SESI 2

    SINOPSIS BAB DEMI BAB

    Bab1Julia sedang berbual-bual dengan Mak Cik Noraini di dapur dan terlihat akan keintiman mama danpapanya di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Dia menyatakan perasaan kurangsenangnya apabila melihatkan kemesraan mama dan papanya yang dirasakan berlebih-lebihan.Bab2

    Hari itu, Ju pulang dari sekolah menaiki bas. Biasanya, dia pulang bersama-sama dengan mamanyayang juga guru di situ. Mamanya telah dijemput oleh papanya kerana kurang sihat dan dibawa kehospital. Mama dan papanya pulang dari hospital dengan gembira. Ju sangat gembira apabilamendapat tahu bahawa mamanya mengandung. Namun begitu, Mak Cik Noraini berasa bimbangkerana dia tahu bahawa mama pernah mengalami komplikasi sewaktu melahirkan Julia.Bab3Julia terdengar perbualan mama dengan Mak Cik Noraini yang menyarankan mama supayamenggugurkan kandungannya. Mama bertegas tidak akan menggugurkan kandungannya tambahanpula papa sangat menginginkan anak lagi. Dia rela berkorban untuk papa yang dikasihinya. Petang itu,Julia mengajak papanya bermain tenis. Papanya menolak kerana penat. Julia mahu mengajakmamanya pula tetapi dilarang kerana mama sedang mengandung. Akhirnya, papanya mengalah dan

    bersetuju untuk menemani Julia bermain tenis. Di gelanggang tenis, ada seorang gadis menyapa papa.Papanya memperkenalkan gadis itu kepada Julia sebagai pelajarnya yang bernama Aisyah. Merekaminum bersama. Julia kurang senang serta bimbang papanya akan terpikat kepada pelajarnya itu.Bab4Julia dimarahi oleh mamanya kerana lewat turun ke kereta. Dia memberitahu mamanya bahawakelewatannya disebabkan rakannya meminjam nota geografinya. Pada masa yang sama, Cikgu suziemenumpang kereta mama ke bengkel kerana keretanya rosak. Dalam perjalanan, Cikgu Suziemenyatakan kebimbangannya terhadap kandungan mama akibat pengalaman kandungan mama yangterdahulu. Mama agak tersinggung. Mama memberitahu Cikgu Suzie bahawa dia amat menyayangisuaminya dan bersedia untuk menggembirakan dan berkorban demi suaminya.

    Bab5Mama menyatakan kebimbangannya kepada papa seandainya pengalaman lalu berulang ketika diamelahirkan anak nanti. Papa menenangkan mama. Julia kurang senang melihat cara papanya. Juliabertanyakan kisah kelahirannya kepada Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini menyatakan bahawa saiznyahanya sebesar anak kucing, sering menangis, dan sukar dijaga kerana Julia tidak mahu minum susuformula ketika itu.

    Bab6

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    2/29

    Di kolej, Aisyah sering berjumpa dengan papa. Selain itu, dia juga sering menumpang kereta papauntuk pulang ke rumahnya. Julia pernah menduga hati papanya agar berkahwin lagi. Papamemberitahu bahawa dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu menduakan mama yangdikasihinya.Bab7

    Julia telah masuk ke Tingkatan Lima. Saat mama untuk melahirkan anak pula semakin hampir. Doktortelah memberitahu bahawa mama mengandungkan anak kembar. Papa sangat gembira. Dia telahmembeli dua buah katil serta kelengkapan bayi. Mak Cik Noraini menegur perbuatan papa tetapi tidakdiendahkan oleh papa. Sewaktu mama mahu melahirkan, Julia dikejutkan oleh papa supayamembantunya untuk membawa mama ke hospital. Papa membawa mama ke Hospital UniversitiKebangsaan Malaysia (HUKM). Papa lebih yakin untuk membawa mama ke situ berbanding denganhospital swasta walaupun jaraknya agak jauh. Ketika disorong ke bilik bersalin, mama meminta ampundaripada papa.Bab8Julia, papanya, dan Mak Cik Noraini menanti di luar bilik bersalin. Mama mengalami komplikasi danmemerlukan pembedahan. Selepas pembedahan, doktor menemui papa dan memberitahu mama telah

    melahirkan anak kembar siam tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia sebelum dilahirkan. Doktorjuga memberitahu papa bahawa mama koma kerana terlalu lemah dan kehilangan banyak darah. Papamenamakan adik Julia dengan nama Ahmad dan Muhammad. Jenazah mereka dikebumikan di tanahperkuburan berhampiran dengan rumah mereka. Papa kesal kerana keinginannya untuk mendapatkananak lagi telah menyebabkan hal ini berlaku.Bab9Selepas kelahiran itu, mama koma dan dirawat di hospital. Sejak itu, Julia pulang dari sekolah denganpapanya. Di kelasnya ada seorang pelajar baharu bernama Rasylan. Daripada reaksi yang ditunjukkan,Julia tahu bahawa Rasylan menyukainya. Suatu petang, Rasylan menyatakan bahawa dia inginmengajak Julia ke perpustakaan. Namun begitu, Julia menolak kerana dia terpaksa mengikut papanyake hospital.

    Bab10Julia dan papanya melawat mama di hospital. Cikgu Suzie turut serta. Mama masih di wad ICU.Sewaktu di rumah, Julia melihat album perkahwinan mama dan papanya. Dalam album tersebut terselitsurat papa yang menyatakan kasih sayang dan penghargaannya kepada mama. Dalam bab ini jugadinyatakan kisah Mak Cik Noraini yang juga sepupu papa Julia. Suami serta dua orang anaknyameninggal dalam kemalangan manakala Mak Cik Noraini terselamat. Sejak itu, papa Julia membawaMak Cik Noraini tinggal bersama-sama dengan mereka. Kelahiran Julia telah mengubat duka Mak CikNoraini apabila dia menjadi pengasuh Julia.Bab11Suatu hari Mak Cik Noraini mencadangkan agar papa Julia berkahwin lagi. Papa Julia membantah

    kerana sukar untuk mencari isteri seperti Intan Maliana. Julia meminta izin daripada papanya untuk kerumah Rasylan selepas habis SPM. Papanya tidak mengizinkan dengan alasan seorang perempuantidak sesuai mendahului pergi ke rumah lelaki. Namun begitu, papanya tidak melarang Julia berkawandengan Rasylan asalkan Julia pandai menjaga diri.

    Bab12Mama Julia dibawa pulang ke rumah atas permintaan papa. Semua kelengkapan untuk mama

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    3/29

    disediakan oleh papa. Aisyah datang untuk mengambil Julia bermain tenis. Pada mulanya Juliamenolak ajakan Aisyah kerana ingin menjaga mama di rumah, tetapi papanya mendesak agar Juliapergi kerana telah berjanji. Selepas bermain tenis, Aisyah mengajak Julia ke rumahnya. SekembalinyaJulia ke rumah, dia dimarahi oleh papanya kerana pulang lewat.Bab13

    Selepas SPM tamat, Rasylan berkunjung ke rumah Julia. Perbualan antara Rasylan dengan papa Juliatelah menyingkap kisah peribadi Rasylan yang merupakan anak yatim dan diambil oleh DatukMustakim menjadi anak angkat. Papa Julia menceritakan kisah Datuk Mustakim yang melanggar ibubapanya ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. PapaJulia berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun diamenanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agarbapanya bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.Bab14Ketika berjumpa dengan Julia di kedai buku, Rasylan menyatakan kepada Julia bahawa papanyaseorang yang sombong. Papa melarang Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana tidakmengetahui asal-usul keturunannya. Walaupun Julia cuba mempertahankan Rasylan, namun papanya

    tetap berkeras. Julia sedih.Bab15Sejak pertemuan dengan papa Julia, Julia dan Rasylan bertemu secara sembunyi-sembunyi keranatidak mahu diketahui oleh papa Julia. Julia dan Rasylan mendapat keputusan cemerlang dalampeperiksaan SPM. Semasa meraikan kejayaan mereka, Julia ternampak ayahnya bersama-samadengan seorang wanita yang dikenalinya iaitu Aisyah di Starbucks Coffee. Setibanya di rumah,papanya sudah mengetahui akan keputusan peperiksaannya. Julia bercadang hendak melanjutkanpelajaran di matrikulasi UIA dalam bidang ekonomi.Bab16Julia berjaya mendapat tempat di matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan tinggal

    di asrama. Rasylan juga berjaya mendaftarkan diri di tempat yang sama iaitu di UIA. Hujung minggu ituRasylan menemani Julia ke kedai buku. Selepas membeli buku, mereka bercadang untuk minum diStarbucks Coffee. Rasylan kurang senang akan sikap Julia yang suka membuang duit di restoranmahal. Sekali lagi, Julia ternampak papanya bersama-sama dengan Aisyah di restoran tersebut.Bab17Pada cuti hujung minggu itu Julia pulang ke rumah. Julia bermanja dengan papanya tetapi caranyabermesra itu ditegur oleh Mak Cik Noraini memandangkan dia sudah dewasa. Julia memikirkanpersoalan bapanya dengan Aisyah. Papanya kelihatan agak kurus. Kini, masanya banyak dihabiskanuntuk menjaga mama. Hari minggu berikutnya Julia tidak pulang. Dia mahu menyiapkan kerja kursus.Rasylan pula diminta oleh Encik Muaz al-Khalibi supaya membuat ujian DNA. Semasa bersama-samadengan Rasylan di sebuah restoran, sekali lagi Julia ternampak papanya bersama-sama dengan

    Aisyah.

    Bab18Minggu berikutnya Julia pulang ke rumah. Dia melangkah masuk ke rumah secara senyap-senyap

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    4/29

    untuk mengejutkan Mak Cik Noraini. Dia terdengar perbualan papanya dengan Mak Cik Noraini tentangpengganti mama. Selepas berehat, dia menemui bapanya yang sedang membaca artikel tentangpoligami. Julia memberitahu papanya bahawa dia pernah melihat papanya bersama-sama dengan

    Aisyah beberapa kali di restoran. Dia membantah niat papanya untuk berpoligami kerana mama hiduplagi dan tidak mahu bapanya berlaku curang. Julia dimarahi dan ditampar oleh papanya. Esoknya pagi-pagi lagi Julia pulang ke asrama tanpa dihantar oleh papanya.

    Bab19Julia dan Rasylan bercerita tentang papa Julia. Rasylan mahu Julia lebih bersikap rasional. Julia tidakdapat menumpukan perhatian pada pelajaran selama beberapa hari. Rasylan memberitahu Juliabahawa ujian DNA yang dilakukannya positif. Hal ini membuktikan bahawa dia anak Encik Muaz.Tetapi Rasylan tidak boleh menerimanya. Hujung minggu berikutnya Julia tidak pulang ke rumah.Telefonnya juga dimatikan. Dia masih tersinggung oleh sikap papanya. Suatu hari, semasa hendakbertemu dengan Rasylan, papanya muncul dan membawanya keluar untuk berterus terang kepadaJulia tentang hasratnya hendak mencari teman hidup yang baharu. Julia keras membantah. Papamenurut pendirian Julia. Julia sedih melihat keadaan papanya. Akhirnya, dia memberi kebenarankepada papanya untuk berkahwin lain.

    Bab20Encik Muaz memberitahu Rasylan bahawa dia lahir hasil hubungannya dengan warga Indonesia yangbekerja sebagai pengemas bilik. Setelah tujuh bulan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi jalanberhampiran dengan longkang besar. Ibunya pulang ke Indonesia kerana malu. Julia dibawa olehbapanya bertemu dengan bakal ibu tirinya. Julia juga diminta papanya supaya pulang pada hujungminggu itu bagi meraikan pernikahannya.Bab21Julia demam panas dan dibawa ke hospital oleh papanya. Dia bermimpi didatangi oleh seseorang yangmirip papanya. Dalam mimpinya, Julia meluahkan isi hatinya bahawa dia tidak suka papanyaberkahwin lagi kerana tidak mahu kehilangan kasih sayang papanya. Setelah mendengar pendapatlelaki yang mirip wajah papanya itu, akhirnya Julia sedar bahawa dia harus berkorban untuk

    kebahagiaan orang yang dikasihinya. Setelah dia sedar daripada mimpinya, papa dan Mak Cik Aisyahberada di sisinya.Bab22Setelah berada di hospital selama tiga hari, Julia dibawa pulang oleh papanya dan Mak Cik Aisyah.Selepas tamat cuti pertengahan semester, Julia pulang ke asrama. Sepanjang bersama Mak cik

    Aisyah, Julia dapat merasakan sifat penyayang yang ditunjukkan oleh Mak Cik Aisyah. Walaubagaimanapun, Julia masih belum dapat menerima kehadiran Aisyah sepenuhnya. Selepaspeperiksaan semester tamat, Julia pulang ke rumah. Julia bercuti selama enam minggu. Pada suatuhari, Julia terdengar perbualan antara papanya dengan Mak Cik Aisyah yang tidak membenarkan MakCik Aisyah memasuki bilik mama tanpa ditemani oleh papa. Julia memberitahu Mak Cik Norainibahawa Mak Cik Aisyah dimarahi oleh papa kerana bimbang Mak Cik Aisyah akan meracuni ibunya.

    Semasa perbualan antara Julia dengan Mak Cik Noraini itu, tiba-tiba papa dan Mak Cik Aisyah masuk.Julia terkesima lantas memohon maaf kepada Mak CIk Aisyah.

    Bab23Julia belajar dalam semester ketiga. Julia bertengkar dengan Rasylan berikutan sikap cemburunyaapabila melihat Julia berbual-bual dengan pelajar lelaki. Cuti pertengahan semester bermula lagi. Julia

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    5/29

    memilih untuk pulang dengan menaiki bas bersama-sama dengan Rasylan. Rasylan mengambilkeputusan tidak akan memberitahu bapa angkatnya perihal dia menemui bapa kandungnya. Dia jugatidak mahu menerima tawaran Encik Muaz sebagai bapanya.

    Bab24

    Julia bercuti di rumahnya. Mak Cik Aisyah mengesan sikap Julia yang mungkin bermasalah tentangteman lelaki. Rasylan menelefonnya untuk mengajaknya keluar. Namun begitu, Julia menolak denganalasan mahu menjaga mamanya. Papa mencadangkan Julia bertukar ke universiti tempat bapanyabekerja jika dia bermasalah, tetapi Julia menolak cadangan tersebut. Usai solat berjemaah denganpapa dan mak ciknya, Julia dan papa ke bilik mama. Setelah ditegur, mama mula membuka mata danmenggerakkan tangan dan jari-jarinya serta mencuba untuk berkata-kata. Aisyah masuk ke bilikapabila mendengar papa berbual dengan seseorang. Mama memerhatikan Aisyah yang sedangmemegang bahu papa. Papa memperkenalkan Aisyah sebagai isterinya dan menjelaskan sebab-sebabdia mengahwini Aisyah. Apabila mendengar alasan papa, mama mendengus keras serta melepaskangenggaman tangan papa. Akhirnya, dalam keadaan kecewa, mama menghembuskan nafasnya yangterakhir dan buat pertama kalinya Julia melihat papanya menangis .

    SESI 3

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    6/29

    SINOPSIS KESELURUHAN

    Novel ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri (Papa) dan mamanyaIntan Maliana serta pembantu rumah Makcik Noraini di Kelana Jaya. Intan Julia (16 tahun) bersekolah

    di SMK Seri Gading . Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru Matematik. Bapanya jugamenjadi guru Sains Pertanian di sekolah yang sama. Kemudian bapanya menjadi pensyarah ekonomidi Kolej Ikhtisas. Intan Maliana mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya. Cikgu Suzie danMakcik Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan / komaketika melahirkan Intan Julia. Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) engganminum susu tepung. Intan Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Makcik Noraini adalahsepupu Jefri. Dia kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan loritangki semasa dalam perjalanan dari Johor ke Bidor sewaktu mereka hendak pulang berhari raya.Intan Maliana melahirkan anak kembar Siam bernama Ahmad dan Muhamad di Hospital UniversitiKebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras,Selangor. Anak kembar ini meninggal sewaktu dalam perutdan Intan Maliana koma selama 3 tahun . Jeffri membawa pulang isterinya untuk dirawat di rumah

    sahaja kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama isterinya dan mengikuti perkembanganisterinya dari semasa ke semasa. Selepas SPM , Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi, Universiti IslamAntarabangsa Malaysia, Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama UIA. Dia sesekali pulang ke rumahdan menjaga ibunya yang koma . Julia dan Rasylan belajar di tempat yang sama dan selalu bersamake perpustakaan, minum di Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera.Julia terserempak dua kali dengan bapanya dan Aisyah minum bersama. Aisyah merupakah gadiscantik, anak hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan pelajar Jeffri. Mereka pernahbermain tenis bersama di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanyaberkahwin dengan Aisyah.Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pernahmenampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan adalah anak hubungan terlarang antara pensyarah UIA,

    Muaz al-Khalibi dengan pembantu rumahnya warga Indonesia. Pembantu rumah itu balik ke Bandungdan meletakkan bayi itu di tepi jalan bersebelahan longkang besar kerana malu anaknya tidak berbapasetelah Muaz al-Khalibi pulang ke Jordan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itukepada Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat dan tinggal di Taman Seri Andalas , Kelang. Jeffrimelarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak tahu asal-usul keturunannya. Rasylan menjadianak angkat Datuk Mustakim . Dia tidak mendapat kasih sayang dan sering ditinggalkan di rumahsahaja. Jeffri melangsungkan perkahwinan dengan Aisyah setelah mendapat persetujuan Intan Julia.

    Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang diracun. Setelah3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat

    Aisyah di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama mati terkejut setelah mengetahuiJeffri telah menduakannya.

    SESI 4

    TEMA DAN PERSOALAN

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    7/29

    TEMA

    Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang dalam keluarga.

    Mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayangyang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapisekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yangmendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masamama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.

    Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwiniAisyah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papanya. Ketiga-tiga watak tersebutmenunjukkan rasa saling menyayangi dan mengambil berat antara satu dengan yang lain.

    PERSOALAN

    1. Persoalan pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing.

    Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya.Jeffri pula sanggup berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.

    2. Persoalankesetiaan seorang suami terhadap isterinya.

    Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkankembar siam yang diberi nama Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lainketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untukberkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

    3. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan.

    Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah,dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembar siamnya juga meninggal dunia. Persoalankeprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cubamenasihati Intan Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal

    dihadapi oleh rakan baiknya berdasarkan pengalamannya yang lalu.

    4. Persoalan poligami.

    Jeffri berkahwin dengan Aisyah setelah kesunyian kerana isteri pertamanyaIntan Marliana koma. Keputusan itu juga dibuat setelah mendapat persetujuan anaknya Intan Juliadan hidup bersendirian selama tiga tahun.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    8/29

    5. Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan.

    Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang cemerlangdalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. . Walaupun Julia menghadapi

    tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu.

    6. Persoalan cinta zaman remaja.

    Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima.Hubungan mereka bertambah intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama. Rasylandan Julia sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah.Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta, masalah cemburu telah timbul sehinggamerunsingkan hati Julia.

    7. Persoalan gejala sosial dalam masyarakat.

    Rasylan menjadi mangsa kepada gejala pembuanganbayi yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Dia merupakan anak luar nikah yangdibuang oleh ibu dan bapanya. Dia dijaga di rumah JKM sebelum menjadi anak angkat DatukMustakim. Rasylan mengalami konflik apabila Encik Muaz al-Khalibi tiba-tiba datang mengakusebagai ayah kandungnya.

    SESI 5

    PLOT

    Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapanplot iaitu:

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    9/29

    (i) Permulaan (Eksposisi) Pada suatu petang, ketika Intan Julia berada di dapur dengan Mak cik Noraini, dia memerhatikan

    kemesraan yang ditunjukkan oleh mama dan papanya yang ketika itu berada di kebun kecilberhampiran dengan rumah mereka. Dia berasa kagum akan kemesraan antara mama denganpapanya yang tetap kekal walaupun mereka telah lama berumahtangga. Walau bagaimanapun,apabila melihat keterbukaan mama dan papanya dalam menunjukkan kemesraan mereka, dia

    berasa kurang senang .

    (ii) Perkembangan Ibu Julia telah mengandung anak kedua. Hal ini membimbangkan orang-orang yang rapat dengan

    ibunya kerana ibunya pernah mengalami komplikasi sewaktu melahirkan anak pertama. Namunbegitu, mamanya tetap berhasrat untuk meneruskan kandungannya bagi menunjukkan kasihnyakepada papa. Akhirnya, mama melahirkan anak kembar siam. Anak mereka diberi nama Ahmaddan Muhammad. Walau bagaimanapun, anak kembar ini meninggal dunia dan mama koma. Juliamula rapat dengan Rasylan, iaitu teman sekolahnya. Walau bagaimanapun, hubungan merekatidak disenangi papa. Selepas SPM, Julia dan Rasylan berjaya mendapat tempat di matrikulasiUIA. Di samping itu, papa Julia pula mula rapat dengan pelajarnya yang bernama Aisyah. Aisyahcuba mendekati Julia dengan sering bertanyakan khabar dan mengajaknya bermain tenis.

    Akhirnya, papa menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aisyah. Julia menentang hasratpapanya. Konflik berlaku hingga papa menamparnya. Tetapi selepas papanya berbincang darihati ke hati dengan Julia, akhirnya Julia bersetuju.

    (iii) Konflik Intan Maliana pernah mengalami kesulitan ketika melahirkan Intan Julia namun begitu dia

    sanggup berkorban untuk mengandung semula dan melahirkan anak kedua setelah anakpertamanya berusia 16 tahun.Julia dilarang daripada berkawan dengan Rasylan kerana papa Julia tidak mengetahui latarbelakang keturunan Rasylan.

    Julia khuatir kasih sayang papanya akan berkurangan jika papanya berkahwin dengan Aisyah.Jeffri pula ingin berkahwin lagi tetapi sanggup membatalkan niatnya jika Julia membantah

    hasratnya.(iv) Klimaks Klimaks novel ini bermula pada suatu malam selepas Julia bersembahyang jemaah dengan

    papanya. Mama yang sudah lama koma akhirnya sedar dan mula membuka matanya sertamencuba untuk bercakap. Pada ketika itu, semua ahli keluarganya ada di sisi. Walaubagaimanapun, setelah melihat Aisyah, raut wajahnya berubah. Papa menjelaskan perkara yangsebenar, mama berasa kecewa dan menangis. Sejurus selepas itu, mama menghembuskannafasnya yang terakhir.

    (v) Peleraian Kematian mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya, papanya menangis.

    SESI 6

    TEKNIK PLOT / TEKNIK PENCERITAAN

    Pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot seperti pemerian, dialog, monolog, monologdalaman, imbas kembali, imbas muka, kejutan, dan saspens untuk menjadikan cerita lebih menarik.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    10/29

    1. Teknik Pemerian

    Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatuwataksecara langsung oleh pengarang.

    Antara contohnya: Petang itu cuaca sungguh nyaman. Angin bertiup beralun lembut dan amatmenyegarkan. Dengan rambutku yang ikal dan panjang memcecah bahu dan diikat ekor kuda, denganberseluar panjang dan berkemja T, aku yang tadinya berbaring sebentar di atas tilam empuk bilikkuturun dari tingkat atas menuju ke ruang dapur di tingkat bawah.

    2. Teknik Dialog

    Dialog ialah pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita. Penggunaan teknik dialog dalamsesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik.

    Antara contohnya, Lia..., sambil memegang tangan perempuan yang terbaring. Ini Aisyah, isteriabang, adik Lia juga! Lalu dia mencapai tangan Mak Cik Aisyah dan menghulurkan kapadanya.

    3. Teknik Imbas Kembali

    Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telahberlaku atau yang telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semulakejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan, dan ingatan sesuatu watak.

    Antara contohnya, Mak Cik Noraini teringat akan kisah papa Julia yang pernah bertugas sebagai gurudi kelas Sains Pertanian dan dia juga amat dihormati oleh guru-guru yang sama mengajar dengannya.

    4. Suspens

    Suspens atau ketegangan bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku

    selanjutnya.Antara contohnya, pembaca tertanya-tanya akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelahdoktor memaklumkan bahawa Intan Maliana perlu menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasiterhadap kandungannya.

    5. Monolog DalamanMonolog dalaman bermaksud kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Teknik ini menjadialat untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin, dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentukdialog atau monolog.

    Antara contohnya, Aku hanya memandang keluar tingkap kereta, ke jalan raya dan melihat kereta yangbanyak lalu lalang. Aku meletakkan diriku di tempat mama sekarang, apa yang bakal dirasainya kalaudia tahu semua ini? (Monolog dalaman oleh Julia)

    SESI 7

    WATAK DAN PERWATAKAN

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    11/29

    Watak utama:

    Intan Julia (Ju)

    Berusia 16 tahun pada permulaan cerita dan 19 tahun pada akhir cerita.Fizikalnya mempunyai ketinggian 160cm.Anak sulung kepada Jeffri dan Intan Marliana.Meneruskan pengajian di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas

    mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

    Seorang yang taat kepada ibu bapa.

    Julia patuh kepada kata-kata mama dan papanya. Dia juga sentiasa berusaha untuk menggembirakanhati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh.

    Seorang yang penyayang.

    Julia sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Makcik Noraini. Julia juga amat menyayangi papadan mamanya.

    Seorang yang taat kepada tuntutan agama.

    Sebagai umat Islam, Julia taat kepada perintah Allah. Dia rajin bersolat dan bertudung.

    Seorang yang suka berdikari.

    Walaupun tempat pengajiannya di Pusat Matrikulasi UIA berdekatan dengan rumahnya, namun Julia

    memilih untuk tinggal di asrama (kolej kediaman).

    Seorang yang sensitif.

    Ini dibuktikan apabila Julia tidak membenarkan papanya berkahwin lagi. Dia benar-benar terasabahawa papanya tidak menyayangi mamanya lagi.

    Watak Sampingan:

    Jeffri (Papa)

    Jeffri ialah suami kepada Intan Maliana dan Aisyah serta bapa kepada Intan Julia.Jeffri pernah menjadi guru sebelum menjadi pensyarah ekonomi di Kolej Iktisas dan pensyarah Sejarah

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    12/29

    di IPTA.

    Seorang yang penyayang.Jeffri amat menyayangi isterinya Intan Maliana walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga demimenjaga isterinya yang koma.

    Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana mendidik Intan Julia. Jeffri juga bertanggungjawab menjagaisterinya yang koma selama tiga tahun.

    Seorang yang setia terhadap isterinya.Jeffri tidak jemu-jemu menjaga isterinya yang koma selepas mengalami komplikasi ketika melahirkananak kembarnya.

    Sedia berkorban demi keluarga.Jeffri sanggup meminta izin daripada doktor untuk menjaga isterinya di rumah agar dapat memberikantumpuan yang lebih kepada isterinya.

    Seorang yang tabah menghadapi dugaan.Jeffri tabah menjaga isterinya yang koma akibat komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya.Jeffri juga tabah apabila anak kembarnya meninggal dunia.

    Intan Maliana (Mama)

    Isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Intan Julia.Intan Maliana merupakan lepasan maktab perguruan.Bertugas sebagai seorang guru matematik di Sekolah Menengah Seri Gading.

    Seorang yang sangat mengasihi suaminya.Intan Maliana bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada takdir Ilahi untukmembuktikan kasihnya kepada suami.

    Seorang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan suami.Intan Maliana sanggup mengandung lagi walaupun berhadapan dengan risiko semata-mata untuk

    memenuhi keinginan suaminya. Dia koma setelah menghadapi komplikasi semasa melahirkan anakkembar siamnya. Dia akhirnya meninggal dunia setelah tiga tahun dalam keadaan koma.

    Seorang yang sensitif.Intan Julia ada menyatakan bahawa sifat sensitifnya diwarisi daripada mamanya. Jeffri juga adamenyatakan semasa berbual dengan Aisyah bahawa raut wajah Intan Julia seiras dengannya, tetapisikap Intan Julia sama dengan mamanya, iaitu sangat sensitif.

    Mak Cik Noraini

    Sepupu kepada Jeffri.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    13/29

    Tinggal bersama Jeffri sebagai pembantu rumah setelah kematian suami dan dua orang anaknyadalam suatu kemalangan jalan raya.

    Seorang yang rajin.Mak Cik Noraini rajin membuat kerja-kerja rumah dan dia sering dipuji kerana kerajinannya itu.

    Seorang yang penyayang.Mak Cik Noraini menjaga Julia sejak bayi sehingga dewasa. Dia telah menjaga Julia yang lahir tidakcukup bulan dan ketika mamanya Intan Maliana pengsan.

    Seorang yang prihatin dan mengambil berat.Mak Cik Noraini sentiasa mengambil berat tentang Intan Julia dan sering memberi nasihat kepada

    Intan Maliana tentang risiko dia mengandung kali kedua.Seorang yang berani.Mak Cik Noraini berani menyuarakan pendapatnya ketika menasihati Jeffri supaya tidak terlalu mesradengan Intan Julia yang sudah meningkat dewasa. Dia juga menasihati Intan Maliana tentangkeputusannya untuk meneruskan kandungan yang akan membahayakan nyawanya.

    Rasylan

    Anak angkat kepada Datuk Mustakim. Dia diambil oleh Datuk Mustakim daripada Jabatan KebajikanMasyarakat.Rasylan lahir hasil daripada hubungan terlarang bapanya seorang pensyarah kolej yang berasal dari

    Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan seorang pekerja Indonesia.Rasylan sangat tampan dan berwajah Pan Asian.Rasylan berasa terpinggir selepas ibu bapa angkatnya memperoleh anak kandung sendiri.

    Seorang yang keras hati.Rasylan tidak mahu mengakui Muaz al-Khalibi sebagai bapa kandungnya kerana merasakan diaseorang bapa yang tidak bertanggungjawab.

    Seorang yang penyayang.Rasylan berkawan rapat dengan Intan Julia. Dia juga amat sayangkan Intan Julia. Dia juga telah

    menenangkan kemarahan dan kesedihan Julia selepas diejek oleh Murni.

    Seorang yang berdikari.Rasylan menguruskan semua hal semasa membuat pendaftaran di Pusat Matrikulasi UIA.

    SESI 8

    LATAR

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    14/29

    Latar masa

    Semua peristiwa itu berlaku dalam tempoh beberapa tahun iaitu sejak Intan Julia berusia 16 tahunhingga dia berusia 19 tahun.Latar masa adalah pada zaman sekarang iaitu berlangsung dalam jangka waktu lebih kurang tigatahun. Hal ini dapat dibuktikan apabila cerita bermula ketika Intan Julia berada di Tingkatan Empat danberakhir ketika Intan Julia sedang bercuti sementara menunggu keputusan peperiksaan di PusatMatrikulasi UIA sebelum menyambung pengajiannya di Kampus Utama UIA.

    Latar Tempat

    1. Di rumah Jeffri di Kelana Jaya.

    Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalamsuasana yang harmoni.

    2. Di Sekolah Menengah Seri Gading.

    Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik.

    3. Di Hospital Universiti Kebangsaan MalaysiaTempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.

    4. Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.

    5. Di Restoran Starbucks Coffee di Mid ValleyTempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak denganpapa Julia minum bersama-sama dengan Aishah sebanyak dua kali.

    Latar Masyarakat

    1. Masyarakat bandar dan terdiri daripada golongan elit.

    Jeffri merupakan seorang pensyarah ekonomi di Kolej Iktisas dan Intan Maliana pula seorang gurudi Sekolah Menengah Seri Gading yang terletak di Kelana Jaya yang terkenal sebagai petempatangolongan elit dan masyarakatnya mengamalkan gaya hidup moden.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    15/29

    2. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.

    Jeffri sebagai bapa yang amat menyayangi isterinya Intan Maliana dan anaknya Intan Julia. Jeffrisentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar isterinya kembali sedar daripada koma.

    3. Masyarakat yang terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi.

    Selain Jeffri yang merupakan seorang pensyarah di IPTA dan Intan Maliana sebagai seorang gurudi sebuah sekolah menengah, Intan Julia dan Rasylan juga telah memperoleh keputusancemerlang dalam peperiksaan SPM dan akhirnya mereka berdua berjaya melanjutkan pengajian diPusat Matrikulasi UIA.

    ,4. Masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan berusaha dengan gigih untuk mencapai

    kejayaan.

    Walaupun Intan Julia terpaksa menjaga mamanya Intan Maliana yang koma , namun dia tetap gigihmengulangkaji pelajarannya sehingga dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.Rasylan juga berhadapan dengan kehidupan yang sukar dan sentiasa berasa terpinggir keranahanya menjadi anak angkat kepada keluarga Datuk Mustakim tetapi dia terus belajar dengan gigihdan akhirnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Berkat kegigihan mereka,Julia dan Rasylan dapat menyambung pengajian mereka di Pusat Matrikulasi UIA.

    5. Masyarakat yang bersikap prihtain dan mengambil berat akan masalah orang lain.

    Mak Cik Noraini mengingatkan Jeffri dan Intan Maliana tentang kesukaran Intan Maliana semasamahu melahirkan Intan Julia dahulu. Cikgu Suzie juga telah mengingatkan Intan Maliana tentang

    risiko yang bakal dihadapinya di samping membangkitkan komplikasi yang dihadapi oleh IntanMaliana ketika melahirkan Intan Julia dahulu serta keadaan Julia yang nyaris-nyaris maut sewaktubaru dilahirkan.

    SESI 9

    GAYA BAHASA

    Novel PAPA (akhirnya kau tewas jua!) telah diolah dengan menggunakan pelbagai unsure gayabahasa untuk menjadikan cerita lebih menarik dan berkesan di jiwa pembaca.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    16/29

    1. Simile

    Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatuyang lain dengan menggunakan perkataan seperti, bagai, umpama, bak, laksana, macam danibarat.

    Contoh: Aku lihat Mak Cik Noraini, pembantu di rumahku sedang sibuk macam lipas kudungmembancuh kopi dan menggoreng karipap yang dibelinya dari pasar raya pada petang mingguyang lalu. (hal. 1)

    Contoh: Macam air terjun di Sungai Tekala sahaja lajunya perkataanku terkeluar daripada mulutyang tidak terkawal. (hal. 172)

    2. Personifikasi

    Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati atau objek.Contoh: Matahari sudah mula menunjukkan wajahnya yang garang. (hal. 34)

    3. Sinkof

    Sinkof bermaksud penyingkatan kata.Contoh: Tak ada apa-apa, mama cuma mabuk darahtu saja.Dalam contoh tersebut, kata Tidak disingkatkan menjadi Tak dan kata itu disingkatkan menjadi tu.

    Contoh: kalau kau jadi macam aku tentu pa dan ma berbangga.

    Dalam contoh tersebut, kata engkau disingkatkan menjadi kau, kata papa menjadi pa, manakalakata mama menjadi ma.

    4. Kata Ganda

    Contoh: Dia menelan liurnya berkali-kali sebelum memberikan jawapan.

    5. Peribahasa

    Peribahasa yang sering digunakan dalam sesebuah novel ialah perumpamaan, simpulan bahasa,pepatah dan perbandingan.Contoh: Tentu you ingat lagi pada saat you melahirkan Julia enam belas tahun yang lalu! Apa youtak takut ke? Dia menjeling padaku yang sedap menyandar tetapi memasang telinga.

    SESI 10

    NILAI DAN PENGAJARAN

    NILAI :

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    17/29

    1. Nilai bertanggungjawab

    Jeffri bertanggungjawab membawa Mak Cik Noraini tinggal bersamanya setelah suami dan duaanaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya.Jeffri mengambil alih sepenuhnya tugas menjaga anaknya Intan Julia selepas isterinya koma.Jeffri juga bertanggungjawab menjaga isterina Intan Maliana yang koma selepas melahirkan anakkembar siam mereka.

    2. Nilai belas kasihan

    Datuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan menjadi anak angkatnya selepas mengambilnya dariJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    3. Nilai kasih sayang

    Jeffri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa balik isterinya dari hospital untukmembolehkannya meluangkan masa dan menjaga isterinya dengan rapi.

    Jeffri dan Intan Maliana saling menyayangi sehingga Intan Julia menyatakan keakraban merekaumpama belangkas.Jeffri dan Intan Maliana juga amat menyayangi Intan Julia.

    4. Nilai hormat menghormati

    Julia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal daripada perhubunganterlarang seorang pensyarah kolej yang berasal dari Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan seorangpengemas rumah warga Indonesia.

    5. Nilai berdikari

    Intan Juliana memilih untuk tinggal di kolej Pusat Matrikulasi UIA kerana tidak mahu menyusahkankeluarganya.Rasylan mengurus segala urusan pendaftarannya di Pusat Matrikulasi UIA tanpa bantuan sesiapa.

    6. Nilai prihatin.

    Rakan-rakan Intan Maliana dan Jeffri hadir menziarahi jenazah Ahmad dan Muhammad yangmeninggal dunia sejak dalam kandungan.

    7. Nilai tabah.

    Jeffri dan Intan Julia tabah menerima ketentuan Tuhan apabila Intan Maliana koma dan kedua-duabayinya meninggal dunia.

    8. Nilai taat.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    18/29

    Intan Julia taat kepada perintah mama dan papanya. Intan Julia juga taat kepada tuntutan agamaapabila dia menunaikan solat .

    9. Nilai rajin.

    Mak Cik Noraini rajin melakukan kerja-kerja rumah sehingga mendapat pujian daripada keluargaIntan Julia.

    10. Nilai berani.

    Mak Cik Noraini berani menegur dan menasihati Intan Maliana yang mengandung buat kali keduakerana bimbang akan keselamatannya. Dia juga berani menasihati Jeffri supaya tidak terlalumesra dengan Intan Julia yang sudah meningkat dewasa.

    11. Nilai sanggup berkorban.

    Intan Maliana sanggup mengandung buat kali kedua kerana ingin memenuhi keinginan suaminyaJeffri yang mahu seorang lagi anak walaupun dia sedar tindakan itu membahayakan nyawanya.

    PENGAJARAN :

    1. Suami dan isteri perlu mengekalkan hubungan mesra walaupun telah lama mendirikan

    rumahtangga. Jeffri dan Intan Maliana saling menyayangi dan walaupun mereka sudah lama

    mendirikan rumah tangga namun masih hangat kemesraan mereka.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    19/29

    2. Janganlah membelakangkan aspek kesihatan dalam memenuhi keinginan untuk

    mendapatkan zuriat. Intan Maliana menyatakan keputusan dan pendiriannya untuk terus

    mengandung dan melahirkan cahaya mata demi cintanya yang mendalam terhadap Jeffri

    walaupun dia sedar tentang bahaya dan komplikasi yang akan dihadapinya nanti.

    3. Jagalah diri agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan hubungan

    terlarang. Perbuatan Muaz al-Khalibi yang menodai pengemas bilik warga Indonesia itu telah

    menyebabkan bayi yang dilahirkan iaitu Rasylan, telah dibuang di tepi longkang besar. Akibatnya

    Rasylan dibela sebagai anak angkat dan hidupnya terpinggir dan tidak mendapat kasih sayang

    sewajarnya.

    4. Kita hendaklah gigih berusaha bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran . Intan Julia dan

    Rasylan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus cemerlang dalam SPM dan akhirnya mereka

    berjaya menyambung pengajian di Pusat Matrikulasi UIA.

    5. Kita hendaklah menjaga ikatan kekeluargaan agar sentiasa hidup dalam kesejahteraan .

    Jeffri tetap menyayangi Intan Maliana dan menjaganya dengan baik sepanjang dia koma.

    Walaupun setelah berkahwin dengan Aisyah, Jeffri tetap mengutamakan kebajikan Intan Maliana

    dan Intan Julia dalam hidupnya.

    6. Kita perlu menjaga batasan dalam menunjukkan kemesraan kepada keluarga tetapi jangan

    keterlaluan. Kemesraan antara Jeffri dan Intan Julia telah ditegur dan dinasihati oleh Mak Cik

    Noraini kerana walaupun mereka merupakan anak dan papa, namun Intan Julia sudah meningkat

    dewasa dan adalah tidak manis dilihat oleh orang lain jika mereka bersikap terlalu mesra.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    20/29

    7. Kita hendaklah menjaga batas hubungan semasa bercinta. Intan Julia telah meminta

    kebenaran papanya untuk pergi ke rumah Rasylan namun permintaan itu ditolak kerana Ju masih

    belum matang dan masih muda, malah Jeffri juga belum pernah berjumpa dengan Rasylan.

    Tindakan papa ada kebenarannya untuk menjaga batas pergaulan antara Intan Julia dan Rasylan.

    8. Kita perlu bersedia memaafkan kesalahan orang lain bagi membina hubungan yang mesra .

    Jeffri tidak dapat menerima Rasylan pada awalnya kerana berpendapat Rasylan tidak pasti asal

    usulnya. Rasylan juga merupakan anak angkat Datuk Mustakim yang telah menyebabkan

    ayah Jeffri meninggal dunia dan ibunya pula lumpuh dalam satu kemalangan jalan raya.

    **********

    NOVEL TINGKATAN5

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    21/29

    KONSERTO

    TERAKHIR

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    22/29

    Nota Novel Konserto Terakhir

    SINOPSIS:

    Novel ini mengisahkan Hilmi datang ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa saudaranya

    yang bernama Datuk Johari. Dia berjaya menemui bapa saudaranya dan tinggal di

    rumah tersebut sebagai tukang kebun. Ketika keluarga Datuk Johari bercuti, Hilmi mula

    memberanikan diri bermain piano. Sejak itulah bakatnya mula berkembang dan dia

    mendalami bidang muzik daripada pakcik Bakar. Hubungan Hilmi dengan Hayati begitu

    akrab dan tidak disenangi oleh Datin Salmah. Oleh sebab selalu bertemu anak pakcik

    Bakar iaitu Azizah, akhirnya berputik perasaan cinta lalu mereka berumahtangga.

    Azizah merupakan seorang yang materialistik menyebabkan hubungannya dengan

    Hilmi berakhir dengan penceraian menyebabkan Hilmi tertekan. Ketika pertunjukan

    Orkes Perdana akan berlangsung, Hilmi tersungkur dan tempatnya digantikan olehHayati. Hilmi dimasukkan ke hospital. Tidak beberapa lama kemudian, Hilmi meninggal

    dunia. Datuk Johari terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak

    kandungnya. Akhirnya Datuk Johari juga meninggal dan Datin Salmah insaf.

    TEMA:

    Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup dan kegigihan seorang

    anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari

    pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.

    Berikut ialah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa watak Hilmi adalah seorang yang

    gigih.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    23/29

    1.Gigih menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah ketika bekerja sebagai tukang

    kebun di rumah Datuk Johari. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang

    pemuda kampung dan berpendidikan rendah.

    2. Gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar walaupun pada masa yang samaterpaksa membahagikan masanya untuk bekerja di sebagai pembantu di stesen minyak

    sehingga menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

    3. Gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh

    tanah air.

    4. Gigih menghadapi masalah rumah tangganya walaupun akhirnya terpaksa berpisah

    dengan isterinya disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan.

    5. Gigih berusaha bagi memastikan kejayaan konsert perdananya walaupun terpaksa

    mengabaikan kesihatan dirinya sendiri.

    PERSOALAN/ MESEJ:

    1. Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan: Contohnya

    Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolahdarjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin

    Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk

    mencapai cita citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah

    mengubah corak hidup dan masa depannya.

    2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia: Contohnya dapat ditunjukkan melalui

    kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan

    Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.

    3. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup: Contohnya Hayati ialah

    seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang

    setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku

    buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    24/29

    4. Semangat kerjasama yang membawa kejayaan: Contohnya kejayaan Orkes Hilmi

    merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi

    dimasukkan ke hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat

    pujian.

    5. Sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat:

    Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang

    pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi.

    6. Gaya hidup segolongan masyarakat yang bersifat kebaratan: Contohnya Datin

    Salmah sering menghadiri morning coffee manakala rumah datuk Johari terdapat

    sebuah mini bar.

    7. Sikap suami atau isteri yang curang: Contohnya walaupun sudah bersuami, Hayati

    masih mencintai Hilmi dan bertemu Hilmi sebelum ke luar negara bersama dengan

    Mohsin.

    8. Sikap sesetengah golongan masyarakat yang masih mempercayai perkara karut dan

    khurafat: Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-

    guna terhadap Hilmi.

    NILAI/ NILAI MORAL:

    1. Kegigihan : Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga

    akhirnya beliau menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.

    2. kasih sayang : Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau

    berubah daripada seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan

    agama.

    3. Keimanan : Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab

    bertajuk Hidup sesudah mati.

    4. Kerjasama : Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert

    perdana setelah Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    25/29

    tersebut mendapat pujian.

    5. Merendah diri : Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana

    menghina Hilmi serta bersikap bongkak dan mementingkan darjat.

    6. Kejujuran : Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai

    Hilmi walaupun beliau telah bersuamikan Mohsin.

    7. Patuh perintah ibu bapa : Contohnya, Hayati memamatuhi perintah ibunya dan

    mengikut kemahuan ibunya supaya berkahwin dengan Mohsin.

    PENGAJARAN:

    1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya

    Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu

    yang terkenal.

    2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan:

    Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan

    kerjasama itu membolehkan konsert perdana tersebut Berjaya.

    3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada

    peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar

    cinta kepada kekasih.

    4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan

    perintah ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin.

    5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah

    berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi.

    6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar

    mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi

    menjadi pemuzik terkenal.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    26/29

    7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati

    sentiasa mengerjakan solat setelah membaca buku Hidup sesudah mati.

    WATAK DAN PERWATAKAN:

    A. Hilmi

    1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan

    hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah.

    2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari

    sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin

    Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya

    berbuah lebat.

    3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa

    sanggup berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat

    dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada

    Encik bakar.

    4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmahsehingga taman itu menjadi cantik serta menarik.

    5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin

    salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau

    memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim.

    6. Seorang yang bercita-cita tinggi : Hilmi merantau ke Kuala Lumpur untuk berusaha

    mencapai impiannya menjadi orang yang Berjaya. Dia berusaha mengejar impiannya

    dengan berusaha belajar muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi seorang.

    7. Seorang yang kuat agama : Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima

    waktu walau di mana sekalipun dia berada.

    8. Seorang yang bijak/ berkebolehan : Dapat memainkan piano dan mengenal kod

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    27/29

    piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya.

    B. Datin Salmah:

    1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati.

    2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat

    menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat

    darjah empat sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan

    agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya.

    3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat

    barat. Beliau dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di Morning Coffee.

    4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai

    kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna

    kepada hayati sehingga Hayati berubah daripada sikap asalnya.

    5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan

    anaknya Hayati dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak

    mencintai Mohsin.

    6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak

    hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin

    salmah menyedari Hayati mula berubah mengerjakan sembahyang.

    7. Insaf akan kesilapannya dan ingin menebus dosanya : Datin salmah kesal atas

    perkara yang telah dilakukannya ke atas Hilmi setelah mengetahui bahawa Hilmi ialah

    anak datuk Johari. Dia ingin menebus dosanya dengan menyatakan keinginannya untu

    memelihara anak Hilmi.

    C. Hayati

    1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    28/29

    Mohsin.

    2. Seorang yang cantik.

    3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedihapabila Hilmi keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah

    sikap.

    4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum

    bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi

    keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula

    mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.

    5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun

    beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin

    Salmah.

    D. Datuk Johari

    1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan

    kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada Hilmi.

    2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di

    rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi

    sebagai tukang kebun di rumahnya.

    3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar

    dari rumahnya ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu

    kerana merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana

    hanya memotong gaji Hilmi sahaja.

    4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat

    dilihat apabila terdapat sebuah mini bar di rumahnya. Beliau seorang peminum

    minuman keras.

  • 8/2/2019 47837790 Analisis Novel Papa Lengkap

    29/29

    5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai

    seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.

    6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama

    sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmiialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan

    tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.