bm kerjaya

7
BAB 3 : Asas penulisan yang baik 3.1: Penulisan Mengetahui tentang sesuatu perkara atau bidang, serta menggunakan sum yang tertentu. Dalam erti kata yang lain, penulis harus mengkaji dan meneliti terle tentang sesuatu perkara yang hendak ditulis dalam laporan dengan menggunakan sumber tertentu sebagai rujukan sama ada bertulis, lisan ataupun visual. Selain itu, penge sangat penting kerana membantu penulis dalam menyiapkan laporan dengan tepat . ont laporan kajian,penulis harus mengetahui objekti! kajian,tempat dan sasaran kumpulan merujuk sumber-sumber tertentu sebagai rujukan untuk mendapat hasil kajian yang bai 3." :#andungan Perlu berdasarkan sumber-sumber seperti buku, dapatan kajian, pengalaman, pem dan sebagainya. $ni kerana isi yang hendak ditulis dalam laporan haruslah tepat, dengan !akta serta mengelak penulis daripada membuat kesimpulan yang ber%anggah de !akta yang sebenar. Selain itu sumber-sumber penulisan memberi bayangan, pengetahu maklumat yang sebenar kepada pemba%a dan menjadi rujukan kepada mereka. 3.3: Struktur #andungan laporan perlu di susun se%ara sistematik dengan tajuk dan penombora sesuai. $aitu, mengikut urutan logik, susun atur yang baik dan menarik dan diserta $lustrasi yang menarik dan pelbagai bagi memudahkan pemba%a memahami isi laporan. &rutan bermaksud !akta atau maklumat yang penting dikemukakan dah dengan !akta atau maklumat lain mengikut tahap kepentingan dan mengikut hierarki di

Upload: sabrina-banks

Post on 05-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

BAB 3 : Asas penulisan yang baik3.1: PenulisanMengetahui tentang sesuatu perkara atau bidang, serta menggunakan sumber-sumber yang tertentu. Dalam erti kata yang lain, penulis harus mengkaji dan meneliti terlebih dahulu tentang sesuatu perkara yang hendak ditulis dalam laporan dengan menggunakan sumber-sumber tertentu sebagai rujukan sama ada bertulis, lisan ataupun visual. Selain itu, pengetahuan penulis sangat penting kerana membantu penulis dalam menyiapkan laporan dengan tepat . Contohnya, laporan kajian,penulis harus mengetahui objektif kajian,tempat dan sasaran kumpulan kajian, merujuk sumber-sumber tertentu sebagai rujukan untuk mendapat hasil kajian yang baik. 3.2 :Kandungan Perlu berdasarkan sumber-sumber seperti buku, dapatan kajian, pengalaman, pemerhatian dan sebagainya. Ini kerana isi yang hendak ditulis dalam laporan haruslah tepat, betul dan selari dengan fakta serta mengelak penulis daripada membuat kesimpulan yang bercanggah dengan fakta yang sebenar. Selain itu sumber-sumber penulisan memberi bayangan, pengetahuan dan maklumat yang sebenar kepada pembaca dan menjadi rujukan kepada mereka.3.3: StrukturKandungan laporan perlu di susun secara sistematik dengan tajuk dan penomboran yang sesuai. Iaitu, mengikut urutan logik, susun atur yang baik dan menarik dan disertakan dengan Ilustrasi yang menarik dan pelbagai bagi memudahkan pembaca memahami isi kandungan laporan. Urutan bermaksud fakta atau maklumat yang penting dikemukakan dahulu, diikuti dengan fakta atau maklumat lain mengikut tahap kepentingan dan mengikut hierarki dimana penyataan umum diikuti oleh butir-butir atau perincian. Contohnya, nombor muka surat, tajuk, sub tajuk dan sebagainya.3.4: Gaya PenulisanMenggunakan gaya penulisan yang mudah di fahami oleh pembaca terutama dari segi kebolehbacaan,keseragaman dan peristilahan. Tulis seberapa ringkas yang boleh dalam erti kata yang lain, ringkas tetapi padat, mencakupi semua perkara yang perlu. Penulis harus mengelakkan dari menggunakan istilah-istilah teknikal kerana menyukarkan pembaca memahami isi kandunagn laporan. Istilah teknikal atau perkataan yang mungkin menimbulkan kekeliruan hendaklah dijelaskan sewajarnya sama ada dalam bentuk penjelasan dalam kurungan, atau nota kaki, atau lampiran penjelasan istilah, dan perkataan Bahasa Inggeris dicondongkan (italic).

4.0: LAPORAN AKTIVITILAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2009Oleh: Tuan Mohamad Abas Bin Deraman, Pengarah Program Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan

Anjuran: PIBG Sekolah Menegah Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu, KelantanTempat: Sekolah Menengah Agama Naim LilbanatTarikh: 31 Ogos 2009

1.0 PENGENALAN1.1 Program ini diadakan bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-52 bertemakan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan untuk memupuk semangat cintakan negara dan tanah air dan mengenang jasa perajurit-perajurit negara yang berjuang mempertahankan negara daripada belenggu penjajah dalam kalangan pelajar. Seramai 2000 orang peserta yang terlibat dalam program tersebut termasuk pelajar, ibu bapa dan guru.

1.2 Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Salleh Bin Hussain, Pengarah Pendidikan Kelantan diikuti ucaptama dari Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Shazan bin Abdul Rahman, Ketua Polis Cawangan Kota Bharu. Beliau menyampaikan ucapan ringkas tentang pentingnya semangat perpaduan rakyat dalam mempertahankan kemerdekaan negara sejajar dengan tema 1 Malaysia.

2.0 AKTIVITI PROGRAM2.1 Pengarah Program menyampaikan maklumat tentang tentatif program kepada para peserta.

2.2 Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti acara padang dan aktiviti dewan berdasarkan lampiran berikutnya.

7.00-8.00 Kehadiran pelajar-pelajar dan guru-guru ke sekolah.8.00 8.30 Pendaftaran ibu bapa dan pengagihan sarapan pagi. Kehadiran tetamu jemputan daripada wakil Jabatan Polis Cawangan Kota Bharu, Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, wakil Jabatan Pendidikan Negeri. 8.30 9.00 Sambutan ini dimulakan dengan perasmian oleh Yang Berbahagia Dr. Salleh Bin Hussain, Pengarah Pendidikan Kelantan. Beliau menyatakan ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotisme ke dalam jiwa anak-anak sebagai penyanbung warisan tanah air.9.00 10.00Ucapan oleh Ketua Polis Cawangan Kota Bharu Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Shazan bin Abdul Rahman. Belaiu menyatakan kebimbangan masalah sosial di kalangan remaja yang boleh menggugat keselamatan dan keamanan negara. Beliau juga menyarankan kerjasama daripada semua pihak dalam menangani permasalahan ini.

10.00 12.00 Acara padang dimulakan dengan perbarisan dan persembahan pancaragam oleh persatuan beruniform, diikuti pertunjukan kawad kaki oleh Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Kadet Polis dan Bomba, Pandu Puteri. Satu demonstrasi Memadamkan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat turut diadakan. Para peserta diberi peluang untuk mencuba alat pemadam kebakaran dan mendapat manfaat daripada demonstrasi tersebut. Peserta diminta ke dewan untuk acara seterusnya.12.00 2.00Program diteruskan dengan acara dewan seperti:- Pertandingan melukis logo dan mencipta motto bertemakan 1 Malaysia. - Pelajar daripada Persatuan Bahasa Inggeris mempersembahkan lakonan yang bertajuk Penjajahan Jepun di Tanah Melayu. - Johan pendeklamasi sajak peringkat negeri, Siti Munawwirah Binti Seman menyampaikan sajak bertajuk Bunga Popi, karya Usman Awang.- Acara berbalas pantun antara guru-guru dan ibu bapa dipersembahkan. Aksi dan gelagat mereka menarik minat peserta kerana pertama kali diadakan. - Acara dewan digamatkan lagi dengan persembahan koir yang penuh bersemangat oleh Persatuan Koir sekolah.

2.00 - 3.00 Acara penutup:- Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan saguhati kepada para peserta yang komited sebagai tanda penghargaan oleh Pengetua SMA Naim Lilbanat, Ustaz Abdullah Bin Mohamad dan dalam masa yang sama merasmikan majlis penutup. Beliau berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti sepanjang program dan menyifatkan program ini berjaya mencapai objektifnya. - Jamuan kepada para peserta.- Bersurai.

3.0 PENUTUP Pada keseluruhannya prorgam ini berjaya kerana terdapat kelainan dalam aktivitinya. Walaupun terdapat sedikit kelemahan seperti pengurusan masa, tetapi pengisian program dan penglibatan peserta dalam menjayakan sambutan ini amat memberangsangkan.