bm 2 ting 2

9
Bahasa Melayu Pertengahan Tahun 2009 2 jam PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG 2009 TINGKATAN 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua baagian : Bahagian A (i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

Upload: smk-dato-shahbandar-hussain

Post on 23-Jun-2015

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM 2 Ting 2

Bahasa Melayu

Pertengahan Tahun

2009

2 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG 2009

TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C

dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua baagian : Bahagian A (i) dan Bahagian A(ii).

Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan

Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan

dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25

minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

KERTAS INI MENGANDUNGI 6 HALAMAN BERCETAK

[ Lihat sebelah

Page 2: BM 2 Ting 2

02/2 SULIT

SULIT

Bahagian A (i){Masa yang dicadangkan : 40 minit}

{20 Markah}

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan pokok hiasan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita boleh melihat pokok hiasan ditanam di mana-mana sahaja seperti di pinggir jalan raya. Banyak faktor yang menyebabkan pokok hiasan itu ditanam di pinggir jalan raya. Pokok hiasan itu bukan saja berperanan meningkatkan kualiti alam, malah untuk keindahan panorama dan landskap. Selain itu, pokok hiasan tersebut juga bermanfaat kepada iklim persekitaran, seperti membersihkan udara, memerangkap debu, mengawal hakisan tanah, mewujudkan keseimbangan ekologi dan menyerap air. Lazimnya kerja menanam pokok di pinggir jalan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Saiz dan spesifikasi pokok mesti diambil kira sebelum kerja penanaman dilaksanakan demi mewujudkan persekitaran yang indah dan menarik.

Penanaman pokok hiasan tersebut membabitkan spesis pokok yang bersaiz besar, sederhana ,kecil dan bermusim. Langkah ini bertujuan menceriakan kawasan pinggiran jalan raya, pembahagi jalan raya mahupun bulatan jalan raya. Beberapa aspek penting diambil kira sebelum pokok ditanam; antaranya, pokok tersebut dapat dijadikan tempat berteduh; batang ,akar dan dahannya cantik. Pokok besar yang boleh menimbulkan masalah tidak akan dipilih untuk ditanam di kawasan bandar. Sebenarnya, terdapat sembilan spesis pokok besar yang disyorkan untuk ditanam di pinggir jalan bagi menghijaukan persekitaran. Pokok-pokok itu ialah pokok sena, mahagoni, ketapang, pokok pukul lima, ru, tembusu, damar minyak, kenari dan lokus.

Persekitaran pembahagi jalan pula memerlukan pokok kecil seperti akasia jawa,gelirisidia, akasia perak, buta-buta, tapak kuda dan jambul merak. Selain tu, pokok ara, beringin,belongan, kesinar dan pokok pain japonica yang mudah dibentuk gubahan daunnya juga kelihatan indah apabila berada di kawasan pembahagi jalan. Pokok daripada famili palma seperti palma diraja, palma raya, kelapa sawit dan palma dadel juga mampu dijadikan elemen penyeri di sepanjang jalan raya. Sesetengah pihak berkuasa tempatan turut memanfaat pokok tempatan seperti jenerih, pokok payung, pokok harapan, jambu laut, kemudu siam, kemboja, beresah, setadu dan kayu manis untuk mengisi kawasan bandar.

Sementara itu, pokok ara atau bunut kampong yang terbiar di tepi paya juga boleh dimanfaatkan untuk dijadikan hiasan di sepanjang jalan raya. Pokok ini kelihatan amat menarik apabila mencapai tahap kesuburannya, lebih-labih lagi jika daunnya didandang dengan rapi. Gabungan warna hijau dan kuning pada pokok ini yang ditanam mengikut ukuran landskap yang

2

Page 3: BM 2 Ting 2

betul akan menjadikan persekitaran jalan kelihatan begitu bersih. Pokok ara bukan sahaja tahan lasak dengan keadaan cuaca yang panas tetapi memiliki kelebihan tersendiri. Pokok ini cepat mengeluarkan pucuk muda selepas cantasan dilakukan. Hasilnya struktur rimbunan daunnya menjadi padat dan menarik mengikut bentuk yang diinginkan .

(Dipetik dan diubahsuai daripada Torek Sulong,”Pokok Jalanan Bukan Sekadar Penyeri Alam” dlm Berita Minggu, 7 April 2002)

Bahagian A (ii) : Pemahaman

{10 markah}

Berdasarkan petikan bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata keindahan panorama ? {2 markah}

2. Berikan dua aspek yang perlu diambil kira sebelum pokok hiasan ditanam di pinggir jalan raya { 4 markah}

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memupuk minat menanam pokok hiasan kalangan pelajar di sekolah ataupun di rumah. { 4 markah}

3

Page 4: BM 2 Ting 2

Bahagian B

{Masa dicadangkan : 25 minit }

{20 markah}

Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis haiwan kesayangan. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan menjaga haiwan kesayangan . Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

4

Page 5: BM 2 Ting 2

Bahagian C

[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata.

(a) Pusat Sumber Sekolah anda terpilih untuk menyertai Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri. Anda sebagai Setiausaha Pengawas Pusat Sumber Sekolah diminta menulis surat kepada Pengetua untuk memohon kelengkapan pusat sumber sekolah bagi menyertai pertandingan tersebut. Tulis surat itu dengan selengkapnya.

(b) Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah di daerah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Langkah-Langkah Mempopularkan Permainan Tradisional”. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

(c) Tulis sebuah cerita yang menarik berdasarkan peribahasa di atas.

(d) Ibu bapa berperanan penting dalam menentukan kejayaan anak-anak. Berikan pendapat anda.

(e) Negara kita mempunyai ramai tokoh yang terkenal dalam pelbagai bidang. Berdasarkan seorang tokoh terkenal tanahair, bincangkan jasa tokoh tersebut kepada masyarakat dan negara.

5

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Page 6: BM 2 Ting 2

(Bahagian D)

[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan Dua iaitu, Novel Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh.

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga contoh peristiwa bagi persoalan pengorbanan yang dinyatakan di atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

6

Persoalan

Pengorbanan

Peristiwa 2Peristiwa 1 Peristiwa 3