bank soalan bm ting 4.doc

96

Upload: brandan-price

Post on 10-Nov-2015

291 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gotong-royong yang biasa dilakukan di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan amalan bergotong-royong. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

[100 markah][Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah

perkataan.

1Tuliskan sebuah laporan mengenai satu serbuan yang telah dilakukan bagi menangkap sebilangan buruh asing.

2Sebagai seorang pelajar lepasan universiti, anda dan rakan anda bimbang akan peluang kerja yang bakal dicari. Tuliskan dialog anda dengan rakan anda ketika membincangkan perkara itu.

3Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan penduduk berbilang kaum di negara ini.

4Vandalisme sering dikaitkan dengan diri remaja. Antara sebab vandalisme perlu ditangani adalah kerana vandalisme banyak mendatangkan masalah kepada masyarakat. Nyatakan sebab-sebab berlakunya vandalisme di kalangan remaja.

5Memiliki keluarga bahagia adalah impian semua orang. Namun demikian terdapat keluarga yang menghadapi masalah penceraian dan penderaan kanak-kanak. Tuliskan pandangan anda tentang langkah-langkah yang patut dilakukan untuk membentuk keluarga bahagia.

KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minitKertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

Soalan 1 : Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah gangsterisme di sekolah dan langkah-langkah menanganinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Ada yang memeranjatkan, sekali gus membimbangkan, mengenai hasil satu kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan, tahun lalu. Laporan kajian tersebut yang diumumkan baru-baru ini menjelaskan tentang penularan gangsterisme yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga daripada 1560 buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai-bagai kegiatan kongsi gelap.

Kenakalan melampau remaja di sekolah-sekolah sebenarnya bukan satu perkara baru. Hal ini sering kali dibangkitkan oleh guru-guru, juga selalu menjadi agenda utama dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan Ibu Bapa & Guru ( PIBG ). Memang sesuatu yang patut diperhatikan bahawa pada ketika tahap disiplin murid menurun, kadar jenayah di sekolah terus meningkat setiap tahun.

Murid ponteng sekolah, pelajar menghisap rokok di dalam tandas, pelajar perempuan diraba di kantin, bertumbuk di padang sekolah, melawan guru ketika di bilik darjah, merosakkan harta benda sekolah, dan menconteng tembok sekolah dengan kata-kata lucah, bukan lagi menjadi berita sekarang kerana perbuatan tidak berdisiplin ini berlaku setiap hari di sekolah kita. Guru-guru telah lali dengan kenakalan melampau seperti ini.

Lebih daripada itu murid-murid sekolah menengah sekarang sudah berani mengugut guru. Jika guru berkasar sedikit semasa mengajar, murid mengugut akan menumbuk guru di luar sekolah. Ini bukan ugutan kosong; beberapa orang guru telah dikasari hingga cedera ketika berada di luar kawasan sekolah. Banyak juga kereta guru yang diguris dengan paku, atau dibocorkan tayar, malah ada yang dibakar.

Kajian mengenai kegiatan gangsterisme yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan hanya mengesahkan kemelut selama ini memang menular bagaikan barah di sekolah-sekolah kita. Sekarang sudah terbukti bahawa barah itu semakin membiak. Masalah semakin jelas di hadapan mata. Kemelutnya sudah dikaji, maka puncanya perlu dikenal pasti, dan yang lebih penting penyelesaiannya perlu dicari.

Menyemaraknya kegiatan ala kongsi gelap di sekolah-sekolah kita mungkin antaranya berpunca daripada sikap

pentadbiran sekolah sendiri. Kini bukan satu rahsia lagi bahawa ada guru besar atau pengetua yang enggan membuat laporan polis sekiranya berlaku kegiatan gangsterisme di sekolah. Mereka memilih untuk menyembunyikan kegiatan tersebut daripada pengetahuan umum, semata-mata untuk menjaga nama baik sekolah; juga untuk melindungi wibawa diri sebagai pentadbir sekolah. Keengganan mereka itulah yang menjadikan pelajar lebih kurang ajar dan tidak ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang lebih ganas.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Muhammad sendiri, bahawa guru besar atau pengetua yang cuba menyembunyikan jenayah, walaupun untuk menjaga nama baik dan wibawa sekolah, adalah sama seperti menggalakkan jenayah. Jika inilah sikap pentadbir sekolah, gangsterisme sukar untuk dibendung.

Jika sikap lembut guru selama ini menjadi punca kejatuhan disiplin, pendekatan yang lebih tegas perlu dicuba. Guru hendaklah lebih berani bertindak atau adakah tidak mungkin hukuman merotan murid dilaksanakan kembali? Jika berlembut dan menggunakan perkataan tidak berkesan, mungkin penyelesaian yang lebih tepat ialah rotan.

(Diubah suai daripada Sulitnya Menangani Gejala

Gangsterisme di Sekolah, Dewan Masyarakat, Mei 2000 )

Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) - Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata menular bagaikan barah.

[2 markah]

(ii)Pengarang mengemukakan beberapa punca yang menyumbang kepada masalah disiplin di

sekolah. Nyatakan tiga daripada punca tersebut.

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan terhadap negara jika masalah gangsterisme di sekolah

tidak ditangani. Kemukakan empat pendapat.

[4markah]

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari setitik air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama ikan yang cergas.

Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.

(Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper dalam

antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Mengapakah aku menganggap ibunya seperti Sungai Ceper? [2 markah]

(ii)Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti mencintai dan menyayangi ibu?

[3 markah]

(iii)Huraikan satu perwatakan ibu dalam petikan di atas dan dua perwatakan ibu dalam cerpen

tersebut.

[4 markah]

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung, Hai,baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri! bisik mereka sesama sendiri.

Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini, sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.

Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.

Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkaleh, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.

Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi lalu menyampuk,Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.

Kalau begitu, kata Awang Sulung pula, memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkaleh.

(Dipetik daripada prosa klasik Pelayaran yang Penuh Peristiwa

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Berikan maksud rangkai kata Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu

kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!

[2 markah]

(ii)Apakah alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk membolehkan

baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh?

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu patuh dan sentiasa mentaati ketua yang telah

dilantik mengikut suara majoriti masyarakat?

[3 markah]

Soalan 2 (d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Harga RemajaBerapakah sebenarnya harga remaja

yang bersih

dari gelodak kecewa

bagai kehijauan daun

bagai kesegaran pohon

di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi

piala remajamu

adakah cuka kesangsian

dari cinta murah

atau madu ajaran

dari ilmu susah?

Remaja amat mahal

sesungguhnya

tiada terbeli oleh perjanjian

harga remaja adalah

pendirian

keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu

dengan ketentuan tuju.

Rahman ShaariAntologi Harga RemajaDewan Bahasa dan Pustaka

(i)Berikan maksud adakah cuka kesangsian

dari cinta murah

atau madu ajaran

dari ilmu susah? seperti yang terdapat dalam sajak.[2 markah]

(ii)Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh golongan remaja

untuk memastikan cita-cita mereka tercapai?

[3 markah]

(iii)Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran Bahasa

[30 markah]Jawab semua soalan.(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)dwifungsi(iv)juruaudit

(ii)ekabahasa(v)juruhebah

(iii)dwibudaya (vi)pramatang[6 markah]

(b)Tuliskan semula cakap ajuk di bawah menjadi cakap pindah.

(i)Aku kesal atas sikap kau yang tidak mahu belajar dengan tekun sehingga kau gagal dalam peperiksaan, katanya.

(ii)Simpan perkakas amali ini di tempat yang betul, kata guru sains itu.

(iii)Kamukah yang memecah masuk ke rumah mangsa pada malam kejadian? Tanya ketua kampung.

[6markah]

(c)Bagi setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Bangunan penyiaran itu telah diletup kerana sutruktur bangunannya yang tidak selamat lagi untuk

digunakan.

(ii) Maria sedang sibuk mengulangkaji pelajaran kerana dia akan hadapi ujian pada minggu depan.

(iii) Kaedah penanaman secara hedroponik dapat jimat penggunaanxe "tanah pertanian." tanah pertanian.

[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Berdasarkan kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh saya, saya berpendapat bahawa akibat pelajar lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia adalah kerana mereka tidak berminat dalam mata pelajaran itu.

(ii)Dia berusaha bermati-matian untuk mencapai kejayaan di dalam bidang perniagaan yang diprosesnya sejak sepuluh tahun lalu.

(iii)Mereka bermuafakat pelbagai perkara, di antaranya ialah gejala membuang bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

[6 markah]

(e)Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i)telunjuk lurus, kelengkeng berkait

(ii)tiada rotan akar pun berguna

(iii)tak tumbuh tidak melata, tak sungguh orang tak kata

[6 markah]

Soalan 4 : Novel[15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood.

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah.

(iv) Papa....(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf.

(a)Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan novel yang

telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang telah dihadapi oleh watak utama tersebut.[7 markah]

(b)Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.[8 markah]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan yang diperoleh apabila menyertai kegiatan kokurikulum kepada pelajar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

[100 markah][Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah

perkataan.

1Cogan kata Malaysia Boleh sering diungkapkan untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan masyarakat di negara ini. Tuliskan sebuah rencana berdasarkan cogan kata di atas.

2Pencemaran sungai di negara kita semakin membimbangkan. Sebagai seorang pegawai di Jabatan Parit dan Saliran, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pelajar berhubung sebab-sebab berlakunya pencemaran sungai dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

3Anda adalah seorang pengguna perkhidmatan awam amat kecewa dengan sikap pemandu bas awam dan syarikat yang telah menyediakan perkhidmatan bas awam di tempat tinggal anda. Tuliskan sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk menyatakan masalah yang dihadapi.

4Keceriaan sekolah perlu dijaga pada setiap masa. Pihak sekolah perlu mencari sumber kewangan bagi mencantikkan lagi sekolah. Jelaskan kebaikan menceriakan persekitaran sekolah.

5Jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minitKertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang revolusi maklumat di negara kita dan faedah-faedahnya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Manusia telah menempuh beberapa revolusi dalam jangka hayatnya iaitu bermula daripada revolusi pertanian, kemudian diikuti revolusi perindustrian. Kini muncul pula revolusi yang bakal mengubah bukan sahaja politik, ekonomi, sosial, budaya malah cara hidup masyarakat sejagat. Revolusi ini adalah yang ketiga berlaku dalam sejarah tamadun hidup manusia yang berupaya mengubah dunia dan meninggalkan kesan hebat kepada seluruh penghuninya.

Revolusi yang dimaksudkan ialah Revolusi Maklumat dengan peneraju utama revolusi ini ialah teknologi maklumat (TM). Malaysia juga tidak terkecuali dalam membangunkan teknologi maklumat agar tidak ketinggalan berbanding negara-negara lain. Dalam merealisasikan harapan ini, kerajaan telah membangunkan suatu kawasan bagi menguji pembangunan TM di negara ini iaitu Koridor Raya Multimedia (KRM) atau lebih sinonim dengan panggilan MSC.

Di KRM, syarikat-syarikat TM akan berupaya menguji idea-idea mereka mengenai aplikasi TM tanpa gangguan masalah lapuk yang sering membelenggu mereka sebelum ini. Di samping itu, mereka juga akan mendapat sokongan pelbagai infrastruktur terbaik melalui dasar-dasar kerajaan untuk membantu mereka.

KRM mengandungi kawasan seluas 15 kilometer lebar dan 50 kilometer panjang yang merangkumi bangunan pintar tertinggi di dunia iaitu Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) yang merupakan lapangan terbang terbesar di rantau ini.

Selain itu, ia juga mengandungi bandar pintar iaitu Cyberjaya dan pusat pentadbiran kerajaan yang bakal menjadi kerajaan elektronik pertama, iaitu Putrajaya.TM dan revolusi maklumat ini menukar peraturan-peraturan persaingan antarabangsa sekali gus mengubah cara serta pelaksanaan dalam mentadbir masyarakat dan negara. Selain itu, daya saing ekonomi negara pada masa depan juga akan bergantung kepada kesediaan negara dalam menggunakan TM dan menjadi pekerja yang berilmu. Melalui penggunaan teknologi maklumat dan ilmu, kita boleh meningkatkan produktivi kita di samping kualiti barangan dan perkhidmatan. Kini, kita juga telah menggunakan TM dalam sektor perdagangan seperti penggunaan e-dagang dalam urusan jual-beli.

Sebagai pengiktirafan kepada kepentingan TM, kerajaan melalui Rancangan Malaysia (RMK 7) dan Pelan Induk Perindustrian Kedua (PIPZ), telah mengiktiraf TM sebagai satu elemen perubahan yang besar iaitu alat untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan kualiti hidup.

Bagi membolehkan bidang TM mempunyai hala tuju serta perancangan teratur, kerajaan mewujudkan satu badan yang dikenali sebagai Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA). NITA berperanan menyediakan rangka kertas kerja bagi negara untuk membentuk masyarakat madani seperti yang digariskan iaitu melalui pembangunan insan, pembangunan infrastruktur maklumat (perkakasan dan perisian) dan pembangunan aplikasi.

Minat yang mendadak daripada orang ramai terhadap TM khususnya internet menyebabkan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) menghadapi sedikit masalah memenuhi permintaan yang tinggi untuk melanggan perkhidmatan jaring. Senario ini memberi gambaran situasi beberapa tahun akan datang bertapa kita mampu membangunkan TM ini mengikut garis panduan kita sendiri.

(Diubah suaikan daripada rencana Revolusi Maklumat pada Alaf Baru

oleh Mohd. Yusri Azhar Abdullah, Dewan Masyarakat, September 2000)

Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata gangguan masalah lapuk.

[2 markah]

(ii)Pengarang mengemukakan beberapa kesan sekiranya TM dan revolusi maklumat ini berjaya

direalisasikan. Nyatakan tiga daripada kesan tersebut.

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah kepentingan teknologi maklumat kepada sesebuah syarikat?

Kemukakan empat pendapat.

[4 markah]

Soalan 2 (b) - Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik, dan rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi kenyamanan ini kian tergugat dari hari ke hari, lepas sebuah, ke sebuah bangunan kilang didirikan, satu dari Jepun dan yang satu lagi dari Korea.

Walaupun Pak Itam tidak berapa berkenan, tetapi dia terpaksa mengangguk juga, memandangkan kian ramai anak muda yang menganggur di perkampungan itu. Anak muda seperti enau di belukar, walau bagaimana payah untuk melonjak naik, dihalang oleh pelbagai akar dan dahan-dahan pokok, tetapi ia terus juga memanjat, menindih, memijak yang lain untuk melihat cahaya matahari.

Anak muda, kalau tidak ada kerja, macam-macam benda yang tidak baik boleh berlaku, jadi, mahu tidak mahu, Pak Itam terpaksa menerima hakikat ini. Pak Itam sedar, zaman sekarang ini ialah zaman untuk mengisi kemerdekaan, bukan lagi zaman protes-memprotes melulu. Zaman dia dahulu lain. Orang Putih memang cekik darah, mulutnya manis, tetapi perutnya busuk dan cemar. Sebab itu, separuh daripada hidup Pak Itam hanya di dalam penjara. Keluar masuk penjara, sehingga kehidupan zaman remajanya kering, bagaikan rumput-rumput pada musim kemarau.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua dalam

antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Mengapakah Pak Itam terpaksa bersetuju dengan pembinaan kilang di kampungnya?[2 markah]

(ii)Sekiranya anda pemimpin negara, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan

untuk mengisi kemerdekaan negara.

[3 markah]

(iii)Huraikan satu perwatakan Pak Itam dalam petikan di atas dan dua perwatakan Pak Itam

dalam cerpen tersebut.

[4 markah]

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa KlasikBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Jawab Awang Sulung:

Ijuk-ijuk tali perahu,

Perampung talinya rakit;

Esok-esok baru tahu,

Periuk rompong jadi penyakit.

Sebelum menggantikan tempat Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Awang Sulung telah dihidangkan makanan oleh Si Kembang Cina, kerana ia kelihatan terlalu letih juga. Setelah santap, Awang Sulung pun segeralah menggantikan tempat Tuan Puteri Dayang Seri Jawa itu menjaga kemudi, tetapi Awang Sulung tidak memegang kemudi itu bahkan katanya, Belayarlah engkau geliung ke mana-mana mengikut puputan angin.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa rupanya tidak mahu berehat, ia hendak duduk berdua-duaan dengan Awang Sulung. Pada Tuan Puteri itu bau belacan yang busuk sudah tidak ada pada badan Awang Sulung, sudah berganti dengan bau yang harum hingga Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepadanya.

Setelah tiga hari belayar sampailah geliung itu ke Pulau Tapai.

Kata Awang Sulung:

Pulau Tapai berjajar empat,

Haluan orang pulang ke Jawa;

Putih kuning bagai disifat,

Itulah tempat membuang nyawa.

Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi.

(Dipetik daripada prosa klasik Pelayaran yang Penuh Peristiwa

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)Berikan maksud rangkai kata,belayarlah engkau geliung ke mana-mana mengikut puputan

angin.

[2 markah]

(ii)Apakah reaksi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaik sahaja Awang Sulung mengemudi kapal

itu?

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu kita lakukan sebelum memulakan

pelayaran?

[3 markah]

Soalan 2 (d) - Petikan PuisiBaca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Empat Kerat (Budi)

Terang bulan terang di paya,

Anak kambing memakan rumput;

Jika tak kenang kepada saya,

Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,

Mati dipanah Seri Rama;

Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama.

Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,

Air pasang tenang-tenangan;

Budi sedikit bila kan hilang,

Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,

Mati ditimpa punggur berdaun;

Kasih tuan saya terima,

Sebagai hutang seribu tahun. Anwar Ridhwan (Penyelenggara) Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i)Apakah yang dimaksudkan dengan resam di dunia juga disebut,

orang yang mati meninggalkan nama?

[2 markah]

(ii)Pada pendapat anda, apakah budi yang kita boleh lakukan kepada jiran tetangga? [3 markah]

(iii)Nyatakan tema dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran Bahasa

[30 markah]Jawab semua soalan.(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)prasarjana(iv)prasyarat

(ii)prasarana(v)prasekolah

(iii)prakata (vi)prasejarah

[6 markah]

(b)Tuliskan semula ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

(i)Perlawanan bola sepak antara Perancis dengan Itali semalam telah dimenangi oleh pasukan Itali.

(ii)Pusat membeli-belah Mid Valley dikunjungi oleh ribuan pengunjung setiap hari.

(iii)Surau itu dibina oleh penduduk Kampung Seri Indah secara bergotong-royong.

[6 markah]

(c)Dalam ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pasukan pengakap itu kelihatan mundar-mandir sewaktu mencari tepak yang sesuai untuk berkhemah.

(ii) Selepas dibuang kerja, Razak telah mengusaha tanaman sayur-sayuran secara komersial.

(iii) Sambutan sempena pembukaan gedong membeli-belah itu dibuat secara besar-besar.[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Orang yang diletakkan di tengah-tengah sawah Pak Zali berjaya menakutkan burung-burung yang cuba memusnahkan pokok padinya.

(ii)Pada setiap hari Ahad, panggung wayang itu penuh sendat dengan ramai orang yang ingin menyaksikan tayangan filem di situ.

(iii)Kamu diberi tempuh dua minggu untuk menyiapkan tugasan ini, kata Cikgu Fikri kepada para pelajar-pelajarnya.

[6 markah]

(e)Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i)seperti gunting makan di hujung

(ii)seperti labah-labah kasihkan telurnya

(iii)seperti membilang buah kerayung

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood.

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah.

(iv) Papa..... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf.

(a) Tuliskan sinopsis novel yang telah anda pelajari.

[7 markah]

(b) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.[8 markah]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

[100 markah][Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah

perkataan.

1Anda tinggal di kawasan taman perumahan yang berdekatan dengan lebuh raya. Remaja-remaja yang tidak bermoral telah mengadakan lumba haram sehingga mengganggu ketenteraman penduduk tempatan. Anda tidak berpuas hati dan ingin mengadukan masalah tersebut kepada pihak berkuasa di samping mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Tuliskan surat itu selengkapnya.

2Kempen kitar semula yang dilancarkan oleh kerajaan kurang mendapat sambutan. Anda selaku pegawai di Jabatan Alam Sekitar telah diundang untuk menyampaikan ceramah bagi menyedarkan masyarakat bertapa pentingnya kempen itu dilaksanakan. Tuliskan teks ceramah itu selengkapnya.

3Dewasa ini isu warga tua hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat kita. Terangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh kerajaan dan juga individu bagi menyelesaikan masalah warga tua ini.

4Anda tidak bersetuju dengan pendapat rakan anda yang mengatakan bahawa sambutan Bulan Kemerdekaan tidak perlu diadakan di sekolah. Hal ini kerana rakan anda berpendapat bahawa sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah hanya membazirkan wang sahaja. Tulis sebuah rencana tentang kebaikan mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah.

5Kacang yang lupakan kulitnya membawa maksud orang yang mudah melupakan jasa orang yang telah banyak memberi pertolongan dan bantuan terhadap dirinya. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa kacang yang lupakan kulitnya.

KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minit

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan Teks Komponen kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menangani gejala sosial dan punca-puncanya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak akhir-akhir ini, negara kita sering digemparkan dengan berita-berita tentang beberapa kes jenayah kejam yang cukup memilukan. Pada bulan berikutnya, akhbar tempatan terus dihiasi dengan berita-berita seperti rompakan, ragut, samun dan kegiatan lumba haram. Selain itu, masyarakat kita juga turut berhadapan dengan masalah pengangguran dan kemiskinan tegar, sama ada di bandar atau di luar bandar.

Justeru itu, pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk menangani pelbagai kes jenayah yang berlaku di negara ini. Antara tindakan jangka panjang yang diambil adalah dengan memperkenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Mata pelajaran ini diajar kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan cara berperingkat-peringkat. Kerajaan juga turut memberi perhatian terhadap hukuman kepada pihak pesalah. Hal ini kerana hukuman yang dianggap lebih bertamadun dan dilaksanakan di tempat tertutup seperti hukuman penjara bukan sahaja tidak menakutkan masyarakat, malah tidak meninggalkan kesan yang sagnifikan kepada pesalah.

Bagi memerangi kemelut sosial yang semakin parah di bandar-bandar, terdapat pihak tertentu yang

mencadangkan supaya diwujudkan konsep bandar dan pekan selamat yang bakal menjadikan sesebuah negara bebas daripada ancaman fizikal, sosial dan mental. Dasar Sosial Negara (DSN) yang diperkenalkan oleh kerajaan juga

diharapkan dapat menangani masalah sosial ini. Dasar ini merupakan dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai- nilai murni dan peningkatan keupayaan insan untuk mencapai kestabilan sosial, ketahanan dan kesejahteraan

hidup masyarakat di Malaysia. Institusi keluarga juga perlu diperkukuhkan kerana keluarga menjadi asas kekuatan sesebuah negara.

Sesungguhnya, masalah sosial seperti lari dari rumah, lumba haram dan pergaulan bebas bukanlah menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah perlu dipikul bersama-sama oleh seluruh rakyat Malaysia. Banyak pihak mengharapkan pada tahun-tahun berikutnya akan ada perubahan lebih positif terhadap keadaan sosial masyarakat di Malaysia.

(Diubah suai daripada rencana Menggalas Cabaran Sosial oleh Zamri Misman, Dewan Masyarakat, Januari 2005)Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) - Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata dilaksanakan di tempat tertutup.[2 markah]

(ii)Pengarang mengemukakan beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani

masalah sosial di negara ini. Nyatakan tiga daripada kesan tersebut.

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri dan keluarga kita daripada

terlibat dengan gejala sosial. Kemukakan empat pendapat. [4 markah]

Soalan 2 (b) - Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya. Mikraj mengusik Wah, Wah memicit hidung Mikraj. Mikraj mengenyit mata, Wah memuncungkan mulutnya. Mikraj tersenyum, Wah ketawa tetapi ketawa Wah cuma tiga dekah. Kata Wah jika ketawa lebih-lebih gelap hati jadinya. Intim sungguh mereka berdua. Israk mengintai dari jendela. Perasaan cemburu tidak berputik sekelumitpun dalam dirinya.

Siapa tu, Wah? tuding Mikraj ke arah insan yang melintasi mereka.

Man Bujal. Kawan kamu masa kamu berhingus dulu. Sekarang dia sudah jadi doktor.

Mikraj naik hairan bin ajaib. Doktor kurus melidi?

Doktor kepada dirinya sendiri, jelas Wah sambil tersenyum lalu ternampaklah seribu kedutan pada durja rahsia Wah.

(Dipetik daripada Israk dalam antologi Harga

Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Mengapakah Man Bujal dikatakan menjadi doktor kepada dirinya sendiri?[2 markah]

(ii)Sekiranya anda ibu bapa, nyatakan tindakan-tindakan yang patut dilakukan supaya Israk

dapat bergaul lebih mesra dengan neneknya?

[3 markah]

(iii)Huraikan satu perwatakan Wah dalam petikan di atas dan satu perwatakan Wah dalam

cerpen tersebut.

[4 markah]Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa lama Merah Gajah berkahwin dengan Puteri Betong dengan berkat kurnia Allah Taala, Puteri Betong pun hamil. Setelah genap bulannya, Puteri Betong pun melahirkan seorang anak laki-laki dan diberi nama Merah Silu. Selang beberapa lama kemudian, Puteri Betong pun hamil lagi. Setelah genap bulannya, lahirlah lagi seorang anak lelaki dan diberi nama Merah Hasum.

Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya, tetapi tidak diketahui suaminya sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika puteri sedang menyikat rambut.

Kata Merah Gajah kepada isterinya, Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!

Jawab tuan puteri, jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.

Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya.

Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.

(Dipetik daripada Merah Silu dalam antologi

Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Berikan maksud rangkai kata,Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri

yang sehelai itu!

[2 markah]

(ii)Mengapakah Puteri Betong tidak menceritakan tentang adanya sehelai rambut berwarna

keemasan di tengah kepala kepada suaminya?

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri suami yang baik?

[3 markah]

Soalan 2 (d) - Petikan PuisiBaca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Definisi Orang Berakal

Orang berakal sangatlah mulia,

Pakaian anbia dan aulia,

Barang siapa mengikut dia,

Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,

Menjadi kepala bela bermacam,

Jikalau mata melihatkan kejam,

Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,

Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,

Tiada mengasihi orang yang jahat,

Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,

Perintah syarak tidak menyangkal,

Menjauhkan tamak hendak tawakal,

Ibunya tahu dunia tak kekal.

Jika ia dikasihi raja,

Tiadalah ia melanja-lanja,

Tiadalah menyombong pada bekerja,

Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat,

Makin itu makin ia ingat,

Segala taulannya hatinya dihambat,

Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,

Tanda berakal kasihkan ilmu,

Suka mentelaah tiadalah jemu,

Mencari kupasan jangan tersemu.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)Antologi Harga RemajaDewan Bahasa dan Pustaka

(i)Apakah yang dimaksudkan dengan suka mentelaah tiadalah jemu,

mencari kupasan jangan tersemu?

[2 markah]

(ii)Pada pendapat anda, apakah keburukan sifat tamak?

[3 markah]

(iii)Nyatakan tema dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam puisi di atas.[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]Jawab semua soalan.(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)genting (iv) saluran

(ii)hak (v) anyaman

(iii)mendung (vi) autoriti

[6 markah]

(b)Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)Dermawan itu menghadiahkan lima ratus naskhah buku cerita kanak-kanak kepada perpustakaan di kampung itu.

(ii)Menteri Besar Selangor merasmikan bangunan Bank Bumiputera Commerce yang terletak di Petaling Jaya.

(iii)Tiga orang lelaki bertopeng melarikan wang berjumlah RM 3 juta dari kedai emas itu.

[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i)Pondok rihat di kebun Wak Dolah itu telah disalahguna oleh segelintir pemuda di kampung itu sebagai tempat minum arak dan berjudi.

(ii)Butik Suria ada menjual pelbagai fesyion terpakai import yang cantik dari Korea Selatan.

(iii)Ibu menggunakan tisu untuk mengelapkan selsema di hidungnya.

[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Para pekerja itu membuat mogok untuk meminta kenaikan gaji dari majikan mereka.

(ii)Semua sarap yang bertimbun di tepi jalan itu busuk sangat.

(iii)Sewaktu pulang daripada pejabat, ibu singgah di sederet kedai untuk membeli barang keperluan harian.

[6 markah]

(e)Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i)seperti sutera dalam lukisan

(ii)umpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang

(iii)seperti seludang menolak mayang

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood.

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah.

(iv) Papa..... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf.

(a) Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.

[7 markah]

(b) Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kesan gejala vandalisme yang sering berlaku di sekeliling kita. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menangani gejala vandalisme. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

[100 markah][Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah

perkataan.

1Persatuan St. John Ambulans di sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah pusat peranginan. Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda dikehendaki menulis laporan berkenaan aktiviti yang dijalankan. Tuliskan laporan itu selengkapnya.

2Negara kita sedang berusaha untuk menjadi negara maju pada abad ke -21. Walau bagaimanapun, anda berpendapat sektor pertanian tidak harus diabaikan dalam keghairahan negara ini untuk menjadi negara maju. Tuliskan satu rencana tentang pentingnya sektor pertanian kepada negara.

3Bincangkan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.

4Sekolah anda telah menganjurkan aktiviti tahan lasak mendaki gunung. Ramai peserta mengikuti rombongan tersebut. Tuliskan pengalaman tersebut.

5Belajar di luar negara ada kebaikan dan keburukannya. Nyatakan pendapat anda mengenai isu tersebut.

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan Teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan internet dan langkah-langkah untuk menangani penyalahgunaan internet. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Internet adalah sebagai prasarana yang dibina khusus untuk kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Internet kemudiannya berkembang menjadi saluran komunikasi yang penting dan berkesan kepada penyelidik yang bukan sahaja berkisar mengenai teknologi, tetapi juga dalam bidang lain seperti ekonomi dan sosial. Selepas matang dengan pesat di seluruh dunia, Internet kini menjadi sebahagian elemen kehidupan seharian segenap lapisan masyarakat di banyak negara di dunia.

Perkembangan teknologi Internet yang canggih turut menimbulkan masalah seperti pornografi dan perkembangan penyalahgunaan Internet atau e-mel baru-baru ini telah memberi imej buruk kepada rangkaian maklumat terbesar itu. Penyampaian maklumat secara berleluasa memang ada kesan negatif dan bahayanya yang kemungkinan boleh meruntuhkan masyarakat, malah banyak implikasi yang kini belum diatasi oleh masyarakat pengguna di negara maju termasuk Amerika Syarikat. Dalam hal ini, masyarakat perlu diberi kesedaran supaya Internet terutamanya elektronik atau e-mel dikendalikan dengan bijak dan tidak dijadikan penyebar maklumat palsu.

Bagaimanapun, pada masa yang sama kita harus mengakui bahawa IT termasuk Internet ini amat penting kerana banyak faktor positifnya. Kita juga mesti menyiapkan reformasi pembudayaan dalam konteks nilai, sikap, dan pemikiran dalam menghadapi dunia yang bakal berubah dengan teknologi maklumat ini. Kita tidak boleh lagi bersandarkan kepada perkembangan ilmu melalui buku sahaja. Khazanah ilmu pada era Internet sudah banyak disebarkan melalui komputer dan mereka yang tidak berupaya melibatkan diri mungkin menjadi jahil kerana ketinggalan dalam perkembangan ilmu yang disebarkan melalui teknologi komputer ini. Masyarakat kita belum bersedia untuk itu. Bagaimanapun, dari segi konsep, kerajaan sudah menerima baik perkembangan teknologi ini berbanding dengan negara lain.

Selain menyediakan masyarakat bermaklumat melalui teknologi ini, tugas kita juga penting untuk memastikan semua lapisan masyarakat dibawa bersama menyertai reformasi ini. Apabila prasarana internet menjadi lebih pantas, kita akan mendapati bahawa lebih banyak lagi yang tidak sesuai dengan budaya kita terdedah kepada masyarakat.

Drs. Prakastuti Adhitama, pendidik dari Indonesia, menyebutkan ramai daripada golongan belia terpaksa memilih Internet untuk melahirkan rungutan mereka terhadap pihak berkuasa akibat media lain seperti radio, televisyen, dan surat khabar yang begitu terkawal. Katanya, amalan ini memungkinkan terdedahnya maklumat keselamatan nasional serta masalah domestik yang cukup sulit kepada negara asing.

Beliau juga menyebut tentang kerosakan bahasa oleh golongan remaja yang menggunakan Internet. Bahasanya

lebih merupakan slanga golongan remaja yang kadang kala hanya boleh dimengertikan oleh mereka sahaja, kata Adhitama. Ia tidak seperti media cetak yang bahasanya disunting dengan baik.

Masyarakat luar bandar ketinggalan dalam dunia Internet akibat ketidakmampuan mereka membeli set komputer yang bernilai RM5,000.00. Dalam keghairahan kita hendak mempopularkan penggunaan Internet, kita lupa bahawa orang luar bandar masih belum begitu bersedia, dan mereka hendak diajak berlari.

Mengenai peranan bahasa Melayu dalam Internet, Dr. Ahmad Sabirin Arshad dari Astmautic Technology (M) Sdn. Bhd, berkata kemampuan bahasa Melayu tidak diragukan, malah ia berperanan menjayakan Koridor Raya Multimedia (MSC)

(Diubah suai daripada Internet Ancaman kepada Keselamatan

Negara, Utusan Malaysia, September 1998).

Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) - Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata dikendalikan dengan bijak.

[2 markah]

(ii)Pengarang mengemukakan beberapa kesan negatif daripada perkembangan teknologi internet.

Nyatakan tiga daripada kesan negatif tersebut.

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah kebaikan internet kepada pelajar? Kemukakan empat pendapat. [4 markah]

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa ModenBaca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

CHANDRAN masih belum yakin. Dia cuba memeriksa dan memerhati dua MAHKLUK UTOPIA dari jauh.

MU I

: Saudara-saudara jangan bimbang. Kami adalah makhluk Tuhan seperti saudara-saudara semua.

(Menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ketiga-tiga pelajar. Dengan teragak-agak tiga

pelajar tadi cuba bersalam.)MU I

: Bagaimana sekarang? Meyakinkan?

Ketiga-tiga pelajar mengangguk perlahan-lahan.SALMAH

: Selamat datang ke Malaysia.

CHANDRAN: Apakah saudara berdua ini pelancong?

MU II

: Emm ... boleh juga dikatakan begitu. Tapi melancong hanya tujuan sampingan!

CHONG

: Yang utamanya?

MU I

: Kami datang dengan satu misi suci yang didorong oleh rasa tanggungjawab moral yang kuat

untuk memperingatkan makhluk bumi bahawa betapa situasi kini sudah mencapai tahap yang

cukup kritikal ke arah kemusnahan.

SALMAH

: Mengapa memilih Malaysia?

MU II

: Malaysia kami pilih kerana mempunyai pelbagai potensi yang boleh dimajukan untuk dijadikan

sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral

sejagat.

CHANDRAN: Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu. Perkataan potensi yang

saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara kami masih lagi belum mencapai taraf prestasi yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara membangun. Sedangkan kami rasa

setiap keadaan dalam negara ini adalah terkawal dan membanggakan.

(Dipetik daripada drama Forum Remaja 2020 dalam

antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Apakah maksud satu misi suci dalam petikan di atas?

[2 markah]

(ii)Pada pendapat anda, apakah kebaikan sektor pelancongan kepada negara?[3markah]

(iii)Huraikan dua perwatakan Salmah dalam petikan di atas dan dua perwatakan Salmah dalam

drama tersebut.

[4 markah]

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa KlasikBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata

mereka, Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mertuanya sebab ia

membantunkan sehelai rambut yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah

perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu.

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta

mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar

lengkap dengan segala senjatanya.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar

kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar

kedua-dua belah pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu

matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup.

Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

(Dipetik daripada prosa klasik Merah Silu dalam antologi

Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Berikan maksud rangkai kata Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju

serta mencarik-carik kainnya.

[2 markah]

(ii)Apakah yang berlaku setelah Raja Ahmad bertemu dengan Raja Muhammad?[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk mengelakkan berlakunya peperangan?[3 markah]

Soalan 2 (d) - SajakBaca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mengintai Ruang Insaf

Semakin berat kejahilan

terpikul di bahu

semakin jauh perjalanan

memburu nur-Mu.

Sewaktu berlari di padang hidup

kerap kakiku tersadung selirat akar

tubuhku tercalar duri pidana

pada samar kejauhan

ancala mulia makin kabur

dan menghilang.Sekadar songsong aksara kata

tanpa kembali ke tunjang makna

Apakah dalam sarat khilaf

masih terbuka ruang untuk

dianugerahkan keinsafan?

Rabb,

moga pintu taubat-Mu terbuka

sebelum api dari bara itu menjala.

Shukri Abdullah

Antologi Harga RemajaDewan Bahasa dan Pustaka

(i)Apakah maksud ancala mulia makin kabur dan menghilang dalam sajak di atas?[2 markah]

(ii)Berdasarkan sajak ini, pada pendapat anda, mengapakah penyajak berharap pintu taubat

masih terbuka?

[4 markah]

(iii)Nyatakan tema dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak ini.[3 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]Jawab semua soalan.(a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)imbas muka(iv)acara perasmian

(ii)rakan sebaya(v)kaum Melayu

(iii)bantuan kewangan (vi)masyarakat orang asli

[6 markah]

(b)Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)Aduhai, malang sungguh nasibku hari ini! Kata pengail itu.

(ii)Jangan datang lagi ke sini! Tengking lelaki itu kepada pengemis tua.

(iii)Cikgu Lim berkata kepada para pelajarnya, Siapkan segera kerja ini dan hantarkan kepada saya esok.

[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sebagai tempat tumpu pelancong, Pulau Langkawi banyak mempunyai kedai yang menjual cendera mata.

(ii)Penerokaan kawasan hutan yang semakin berleluasa telah menyebabkan species kehidupan liar

semakin pupus

(iii)Sifat keanak-anak Ruzana mungkin disebabkan dia adalah anak bungsu dalam keluarga.[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Pihak polis telah menghulurkan wang lumayan kepada pemuda itu kerana membantu siasatan.

(ii)Berapa orang pekerja di syarikat itu dimasukkan hospital kerana keracunan makanan.

(iii)Kakak menyarankan adik membeli tomato sos di Kedai Runcit Sri Puchong kerana harga lebih murah.

[6 markah]

(e)Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i)seperti melukut di tepi gantang

(ii)seperti kaduk naik junjung

(iii)seperti pinang pulang ke tampuk

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood.

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah.

(iv) Papa..... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf.

(a) Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.

Buktikan kenyataan tersebut.

[7 markah]

(b) Huraikan watak utama yang telah anda pelajari.

[8 markah]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Huraikan pendapat anda tentang isu masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

[100 markah][Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah

perkataan.

1Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum. Terangkan faedah-faedah hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum.

2Anda telah ditugaskan untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Surat Khabar Merupakan Suatu Saluran Maklumat yang Murah dan Berkesan.

3Sekolah menengah kebangsaan dan sekolah satu jenis jantina manakah yang lebih baik? Anda diminta memberikan pendapat anda tentang persoalan ini. Tuliskan pendapat anda selengkapnya.

4Bersekolah di sekolah berasrama penuh merupakan sesuatu yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Tuliskan penerangan anda tentang kebaikan bersekolah harian.

5Kawasan tempat tinggal anda menghadapi pelbagai masalah akibat kegagalan pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Perbandaran mengutip sampah dengan sempurna. Sebagai ketua penduduk di tempat tinggal anda, tuliskan sepucuk surat kepada majlis perbandaran supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minit

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan Teks Komponen kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar dan punca-punca berlakunya masalah ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masalah kesesakan lalu lintas sering menghantui warga kota. Masalah ini sering berlaku pada waktu pagi dan petang, iaitu pada waktu pergi dan pulang dari tempat kerja. Keadaan ini semakin bertambah parah apabila hari hujan dan berlakunya kemalangan. Masalah ini akan berpanjangan sekiranya tindakan segera tidak diambil untuk mengatasinya. Oleh itu, kerajaan telah mengambil tindakan dengan memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk menaik taraf sistem perhubungan dan pengangkutan yang sedia ada. Contohnya dengan pembinaan jejambat bertingkat di pusat-pusat bandar. Kerajaan juga turut membuka laluan alternatif bagi mengelakkan pergantungan hanya kepada sebatang jalan raya utama sahaja untuk ke destinasi masing-masing.

Pihak kerajaan juga turut mengambil langkah bijak dengan melakukan penstrukturan semula bandar-bandar baru. Tujuan bandar-bandar satelit ini dibuka ialah untuk mewujudkan penempatan berselerak agar semua aktiviti ekonomi tidak hanya tertumpu di kawasan pusat bandar sahaja contohnya seperti Putrajaya. Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga turut memainkan peranan dengan memperkenalkan sukatan baru ujian memandu yang lebih sukar dan memperkenalkan sistem kuota. Selain itu kerajaan juga disarankan agar menaikkan cukai import dan cukai jalan bagi kenderaan yang diimport dari negara luar. Hal ini supaya dapat menambahkan beban tambahan kepada penduduk.

Peranan pihak pengusaha pengangkutan awam juga penting untuk menangani masalah ini. Antaranya, pengusaha pengangkutan awam ini perlulah meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dengan menyediakan laluan perjalanan yang lebih banyak dengan ketetapan waktu perjalanan. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di jalan raya. Masalah ini juga tidak seharusnya dipandang ringan oleh warga kota. Warga kota juga perlulah mencari alternatif lain agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mereka boleh mengambil inisiatif lain seperti berkongsi kereta dengan rakan atau jiran yang sama tempat kerja. Selain itu, mereka juga boleh menunggang motosikal ke tempat awam atau menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti komuter, LRT, monorel dan lain-lain. Tindakan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar.

Oleh itu, semua pihak perlulah tampil dan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ini. Masyarakat juga mestilah turut membantu dalam menyelesaikan masalah ini dan tidak hanya bersikap lepas tangan kepada pihak kerajaan sahaja untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ini.

(Diubah suai daripada Masalah Kesesakan di Bandar-

bandar Besar, Dewan Siswa, Februari 2004)

Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) - Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata menghantui warga kota. [2 markah]

(ii)Nyatakan tiga langkah yang boleh diambil oleh warga kota untuk mengharungi kesesakan

lalu lintas di ibu kota.

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kesesakan lalu lintas kepada warga kota?

Kemukakan empat pendapat.

[4 markah]

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa ModenBaca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TUK WALI : (Menjerit marah) Hoi, mengapa riuh-rendah ni? Kamu tau tak rumah siapa ni?

PEMUDA 1: Kalau tak silap, ini rumah Tuk Wali!

TUK WALI: Memang tak silap! Yang silapnya kenapa kamu buat bising di sini?

PEMUDA 4: Kami tak tau tuk ada di dalam!

TUK WALI : Ada ke tidak tuan rumah, tak penting! Yang pentingnya, kita ni mesti hormati harta

benda dan hak kawasan orang lain!

PEMUDA 3: Sorrylah, tuk! Takkanlah itu pun tuk nak marah!

TUK WALI: Biadap punya budak! (Menampar PEMUDA 3) Celupar betul mulut kamu ni!

MAK UMI: (Keluar sewaktu TUK WALI menampar PEMUDA 3)

Hoi, udah le tu! Bukannya anak cucu awak nak dibuat macam tu!

(Dipetik daripada drama Gelanggang Tuk Wali dalam

antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Mengapakah empat orang pemuda itu datang ke rumah Tuk Wali pada malam hari?[2 markah]

(ii)Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu beradab sopan?[3 markah]

(iii)Berikan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran daripada

keseluruhan drama.

[4 markah]

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa KlasikBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cik Langsuir menikam pari,

Pari ditikam tombak senangin;

Bukan sahaya sengaja ke mari,

Dihantar ombak ditumpu angin.

Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.

Sungguhpun dalam hatinya mahu mengatakan bahawa putera ini mungkin anak saudaranya, tetapi hatinya masih merasa ragu-ragu sebab takut tersalah orang kelak malu di tengah khalayak ramai

Sila anakanda ke balairung seri.

Baiklah, ayahanda. Tetapi anakanda hendak ke gelanggang sabung terlebih dahulu. Di gelanggang, disuruhnya Bujang Selamat bertanyakan tentang adat bergelanggang. Jawab penghulu gelanggang, Bermain di sini beradat juga, encik.

Bolehkah menyeru tuah ayam di dalam gelanggang? tanya Bujang Selamat lagi.

Semuanya boleh, encik. Yang tidak boleh hanya mencabut keris di pinggang, membuang tengkolok di kepala, menyinsing lengan dan menyerukan anak lelaki.

Baiklah, penghulu. Adakah dikenakan bertaruh rial jika hendak menyabung di gelanggang ini?

Boleh juga orang muda. Banyak ditaruh lagi baik, jika sedikit tidak pula ditolak.

Hai Selamat, kata Awang Sulung, pucuk dicita ulam pun tiba!

(Dipetik daripada prosa klasik Pelayaran yang Penuh Peristiwa

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Nyatakan maksud pantun yang diungkapkan oleh Awang Sulung Merah Muda di bawah.

Cik langsuir menikam pari,

Pari ditikam tombak senangin;

Bukan sahaya sengaja ke mari,

Dihantar ombak ditumpu angin.

[2 markah]

(ii)Nyatakan adat-adat yang perlu dipatuhi oleh Awang Sulung Merah Muda bagi

membolehkan baginda dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam persabungan ayam?[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghormati adat dan budaya sesuatu

masyarakat yang kita kunjungi?

[3 markah]

Soalan 2 (d) - Petikan Puisi

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Pantun Empat Kerat Jenaka dan Sindiran

Apa guna berkain batik,

Kalau tidak memakai capal;

Apalah guna beristeri cantik,

Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa,

Naik sigai ke atas atap;

Ikan kering lagi ketawa,

Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,

Suruh diambil mari diurut;

Duduk termenung harimau tua,

Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,

Hinggap menghisap bunga layu;

Hati di dalam menaruh bimbang,

Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,

Kayu tumbang tepi pangkalan;

Hairan sekali hati saya,

Burung terbang disambar ikan.

Harun Mat Piah (Penyelenggara)

Antologi Harga RemajaDewan Bahasa dan Pustaka

(i)Apakah yang dimaksudkan dengan baris pantun apalah guna beristeri cantik,

kalau tak pandai menumbuk sambal?

[2 markah]

(ii)Sebagai ibu bapa, bagaimanakah anda mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam

kalangan anak-anak?

[3 markah]

(iii)Nyatakan tema dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran Bahasa

[30 markah]Jawab semua soalan.(a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)tindak-tanduk(iv)setinggi-tinggi

(ii)berduyun-duyun(v)kejar-mengejar

(iii)secantik-cantik (vi)gilang-gemilang [6 markah]

(b)Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat yang berikut :

Subjek : ________________________________________________________

Predikat : ________________________________________________________ (i)Abangnya datang terlalu kerap.

(ii)Adik tidur sungguh nyenyak.

(iii)Sangat kecil rumah Ali.

(iv)Tinggi lampai badan gadis itu.

(v)Hidup Datin Nora sangat sederhana.

(vi)Burung gagak itu terbang sangat tinggi.

[6 markah]

(c)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ibu nampak meletihkan kerana asyik melayan karenah anakku yang terlalu nakal itu.

(ii)Haris memandang kapal terbang yang terlepas dengan pendangan sayu.

(iii)Pelumba jalan kaki itu melaju langkahnya ketika hamper tiba di garisan penamat. [6 markah](d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Berapa orang awam telah terbunuh di dalam serangan bom di bangunan itu tiga hari lalu.

(ii)Latif sudah dua setengah tahun duduk di bandar.

(iii)Datuk Musa masih sakit dan dirawat di unit kawalan rapi oleh ramai doktor-doktor

peribadinya.

[6 markah]

(e)Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i)seperti api dalam sekam

(ii)patah tumbuh hilang berganti

(iii)ukur baju di badan sendiri

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood.

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah.

(iv) Papa..... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf.

(a)Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji.[7 markah]

(b) konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang

anda telah baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi. [8 markah]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

[100 markah][Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah

perkataan.

1Anda merupakan seorang pemberita dan ingin menulis berita bertajuk Kebakaran Ngeri Ragut Empat Nyawa. Tuliskan berita itu selengkapnya.

2Andaikan bahawa anda Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah daerah anda. Anda diminta untuk menyampaikan ucapan bagi merasmikan Majlis Pembukaan Perkhemahan yang akan diadakan oleh persatuan tersebut tidak lama lagi. Tuliskan teks ucapan tersebut selengkapnya.

3Prestasi negara dalam bidang sukan semakin menurun. Kalau dulu kita boleh berbangga dengan pasukan bola sepak Malaysia, pasukan hoki negara dan banyak lagi. Kini segalanya tinggal memori. Prestasi atlit sukan negara dalam pelbagai acara makin diragui oleh peminat sukan. Nyatakan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku.

4Sejak akhir-akhir ini kes sumbang mahram semakin menjadi-jadi. Bincangkan punca-punca ianya berlaku serta langkah-langkah mengatasinya.

5Rakan anda menghadapi masalah keluarga. Sebagai seorang ahli persatuan pembimbing rakan sebaya, anda cuba membantunya dengan memberi sedikit nasihat sebagai panduan buatnya. Tuliskan dialog anda dengan rakan anda itu.

KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minitKertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan Teks Komponen kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kenaikan harga minyak petroleum di negara ini dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa pada 1 Oktober lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat negara ini. Ada yang menyokong kenaikan harga minyak tersebut, tetapi tidak kurang yang menentangnya. Kenaikan harga minyak itu didorong oleh beberapa faktor luaran dan dalaman. Antaranya ialah kenaikan mendadak harga petroleum di pasaran dunia yang kini mencecah AS$37.80 (RM143.60) setong berbanding AS$18.00 (RM68.40) pada tahun 1997. Kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa telah menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petroleum sebanyak RM 3.1 bilion.

Walaupun harga petrol dan gas petroleum cecair mengalami kenaikan sebanyak 10 sen seliter dan diesel lima sen seliter, tetapi kadar kenaikan itu kurang daripada 10 peratus. Keadaan ini bermakna, harga minyak secara keseluruhannya di negara kita masih murah berbanding dengan negara-negara jiran yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina tidak terkecuali Brunei. Tambahan pula, sudah lama harga minyak tidak dinaikkan dan kenaikan tersebut bukan sahaja dianggap wajar tetapi tidak akan membebankan para pengguna.

Sekiranya harga minyak dikekalkan pada parasnya, maka kerajaan terpaksa mengurangkan bebanan subsidinya dengan menaikkan cukai di sektor yang lain. Secara tidak langsung menyebabkan para pengguna terpaksa membayar lebih untuk barangan ataupun perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor berkenaan. Jadi, kesan kenaikan harga minyak mentah tidak mungkin dapat dielakkan oleh rakyat negara ini sama ada mereka turut menanggung kos itu ataupun membayar lebih dalam bentuk lain untuk mengurangkan tekanan pengaliran keluar wang oleh kerajaan.

Apa-apa sahaja bentuk kenaikan yang berlaku di negara ini sama ada gaji, tol, kadar elektrik, dan minyak akan mempengaruhi kenaikan harga barangan serta perkhidmatan yang lain termasuk juga yang dikawal oleh kerajaan. Kenaikan harga minyak walaupun pada kadar yang kecil akan menyebabkan kenaikan secara besar-besaran harga makanan, barangan kegunaan seharian dan tambang kenderaan. Meskipun amaran telah dikeluarkan oleh kerajaan supaya harga barangan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya tetapi ia masih gagal menghalang golongan tertentu daripada menangguk di air keruh.Untuk itu kerajaan perlu mengambil langkah dan tindakan yang tegas bagi memastikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan itu tidak berlaku secara drastik. Kalau usaha ini dapat dilakukan, kenaikan harga minyak sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini tidak memberikan kesan yang besar terhadap rakyat negara ini. Sebaliknya kenaikan harga minyak itu boleh dijadikan cabaran bagi rakyat negara ini dalam memperbaiki pengurusan perbelanjaan harian mereka. Langkah ini bagi mengelakkan pembaziran.

Sektor-sektor ekonomi yang menghadapi kesan kenaikan harga minyak pula perlu berusaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan mereka bagi meminimumkan kos pengeluaran serta operasi masing-masing. Cuma yang menjadi persoalan di sini, adakah harga minyak akan diturunkan sekiranya harga petroleum di pasaran dunia menjadi stabil semula? Tidak sukar untuk menjawabnya kerana apabila sesuatu harga barang itu mengalami kenaikan biasanya ia tidak akan turun lagi. Inilah dilema yang sering dihadapi oleh para pengguna yang terpaksa berbelanja lebih demi meneruskan kehidupan dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat serta mendesak ini.

(Diubah suai daripada Kenaikan Harga Minyak : Antara

Pro dan Kontra, Dewan Masyarakat, Disember 2000)

Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) - Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata menangguk di air keruh.

[2 markah]

(ii)Berdasarkan petikan di atas, apakah kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran?

Nyatakan tiga daripada kesan tersebut.

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus dilakukan oleh pengguna apabila berlaku

kenaikan harga barang di pasaran? Kemukakan empat pendapat.[4 markah]

Soalan 2 (b) - Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Um terpaksa menerima cabaran uj yang bertalu-talu. Seluruh keluarga menjadi ruwet. Tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Perlawanan antara jurulatih dan pelatih lebih hebat diperkatakan; perlawanan antara pemenang gelaran IGM dengan pemenang gelaran FM.

Sebagai pemenang gelaran IGM, Uj sangat pasti dia mampu mengalahkan Um. Hanya keajaiban sahaja yang dapat memungkinkan Um dapat menewaskannya.

Ada antara ahli keluarga yang tidak senang dengan pertarungan ini. Untuk apa durian mencabar mentimun? Semua orang tahu kehebatan Uj. Tidak perlu dia membuktikan apa-apa. Perlawanan ini sebenarnya sekadar mahu memalukan Um yang sudah pasti kalah.

Tetapi bukan Uj manusianya yang mudah surut. Yang mahu mendengar nasihat. Um tetap diseretnya ke meja percaturan.

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur dalam antologi

Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Mengapakah Uj bersungguh-sungguh mencabar Um berlawan catur?[2 markah]

(ii)Sekiranya anda ialah Um, nyatakan alasan-alasan yang wajar untuk anda menolak

pelawaan Uj berlawan catur?

[3 markah]

(iii)Nyatakan satu perwatakan Uj dalam petikan di atas dan dua perwatakan Uj yang terdapat

dalam cerpen.

[4 markah]

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa KlasikBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka beberapa lamanya ia berjalan maka sampailah ia ke negeri Rom itu lalu masuklah ia ke dalam rumah bondanya Si Batu Kembar itu. Setelah dilihat oleh Si Batu Kembar anaknya datang itu maka terlalulah sukacitanya lalu dipeluknya dan diciumnya itu.

Syahadan maka baginda pun bertanya, Hai Indera Jenaka, manatah Si Piatu itu sekarang ini?

Maka sembah Indera Jenaka itu, Ya tuanku, adapun Si Piatu itu bukankah akan namanya benar dan nama yang benar Indera Nata kerana sekalian mergastua yang di dalam hutan menyebutnya Indera Nata. Arakian maka adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lembur kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata itu terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang. Maka hamba pun terlalu hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Maka hamba pun terlalu takut melihat kelakuannya itu.

Hatta maka raja pun hairan mendengar ceteranya Indera Nata itu, Wah, anak siapakah gerangan itu maka terlalu ia sangat beraninya dan bijaksana itu!

(Dipetik daripada prosa klasik Hikayat Indera Nata, dalam

antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Berikan maksud rangkai kata,Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa

oleh lembur kehendaknya ke negeri Pattani.

[2 markah]

(ii)Nyatakan kelebihan yang dimiliki oleh Indera Nata?

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah kegunaan binatang kepada manusia? [3 markah]

Soalan 2 (d) - SajakBaca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Di Perpustakaan

Melangkah ke ruangmu

Satu pertukaran yang kontras

Dari kehangatan merata

Ke kedinginan yang menerpa

Terlalu hening di sini

Gua pendeta bersemadi

Di puncak sepi

Di sana sini

Kepala-kepala runduk

meneliti

Mata dan fikir bersebati

Maju ke ruang buku

Terlalu kerdil aku di sini

Terapung di laut ilmu

Tercurah berzaman

Dalam tak terselam

Betapapun kulayari

Bahtera ilmu di sini

Tak terteroka

Yang akan kucatat

Hanya setitik dari tinta

Yang akan kupetik

Hanya sebiji dari mutiara

Engkau adalah pusaka moyang

Gedung peradaban insan

Terhimpun berzaman

Bersemadi di sini

Aku adalah pelayar yang dahaga

Di dada samudera

Tak berpantai

Betapapun kuteguk darinya

Dahaga tak pernah langsai

Shafie Abu Bakar

Antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i)Apakah yang dimaksudkan dengan betapapun kuteguk darinya

dahaga tak pernah langsai?

[2 markah]

(ii)Pada pendapat anda, bagaimanakah golongan pelajar dapat memanfaatkan perpustakaan

dengan sebaik mungkin?

[3 markah]

(iii)Nyatakan tema dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam puisi ini.[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran Bahasa[30 markah]Jawab semua soalan.(a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)kaum Melayu(iv)menurunkan harga

(ii)besar-besar(v)kemelesetan ekonomi

(iii)tinggi-tinggi (vi)berfikiran kritis[6 markah]

(b)Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:-

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

(i)Hafiz berlari sangat pantas.

(ii)Kerani pejabat Encik Azli rajin.

(iii)Warna kereta abang biru tua.

(iv)Pak Abu berjalan sangat lembap.

(v)Baik sungguh pemuda itu.

(vi)Gelap benar malam ini.

[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Pada musim tengkujoh pekail tidak turun ke laut.

(ii)Kejayaan Shafie meraih enugerah tersebut telah menyebabkan dirinya disanjungkan oleh masyarakat.

(iii)Kenakalan Firdaus telah memaksa ibunya menkurungnya di dalam bilek sebagai denda.

[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Negara-negara di dunia sedang berusaha menghuraikan persengketaan antara kedua buah negara tersebut.

(ii)Pokok mempelam dihadapan rumah saya mulai beranak.

(iii)Loret yang diperbuat dari kristal itu berkecai apabila jatuh terhempas ke lantai. [6 markah]

(e)Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i)belum duduk sudah berlunjur

(ii)biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati

(iii)berdiri sama tinggi duduk sama rendah

[6 markah]

Soalan 4 : Novel[15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood.

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah.

(iv) Papa..... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf.

(a)Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel

yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut.[7 markah]

(b) Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang

dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladani berdasarkan novel

yang anda pelajari.

[8 markah]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada keburukan tabiat merokok. Huraikan pendapat anda tentang keburukan tabiat merokok. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

[100 markah][Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah

perkataan.

1Anda telah terpilih sebagai guru contoh bersempena sambutan Hari Guru di sekolah anda. Anda telah diminta untuk memberikan ceramah bertajuk Peranan Seorang Guru Terhadap Bangsa Madani.

2Antara kebaikan semangat kejiranan ialah jiran dapat membantu kita ketika dalam kesusahan seperti ditimpa bencana. Jiran juga dapat membantu kita menjaga keselamatan rumah.

Nyatakan langkah-langkah bagi mewujudkan semangat kejiranan.

3Kemajuan pesat yang telah kita lalui semenjak dua dekad kebelakangan ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kebersihan sungai-sungai yang terdapat di negara kita. Bincangkan kesan-kesan yang mungkin timbul sekiranya keadaan ini tidak diatasi serta cadangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengelakkan masalah ini daripada menjadi lebih serius.

4Anda bersama rakan-rakan anda telah memancing ikan di sebuah lombong. Rakan-rakan anda seronok memancing. Mereka dapat menangkap banyak ikan. Inilah pengalaman pertama mereka memancing ikan. Catatkan pengalaman tersebut.

5Riadah dalam kehidupan seharian dapat mendatangkan kesan positif kepada kesihatan diri. Hubungan kekeluargaan juga semakin erat jika dilakukan bersama keluarga. Namun demikian, aktiviti riadah ini masih belum menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia.

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minitKertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi soalan 2(b), soalan 2(c), soalan 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

Soalan 1 : Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk mempertingkatkan bidang pertanian dan kebaikannya kepada negara. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam keghairahan negara membangunkan sektor perindustrian dan Teknologi Maklumat (IT), sektor pertanian tidak sepatutnya diabaikan. sebaliknya, sektor pertanian perlu dibangunkan sejajar dengan kepesatan dalam bidang industri dengan memberikan wajah baru kepada sektor tersebut melalui penggunaan teknologi moden dan peningkatan hasil keluaran. Bagi memastikan pertanian terus kekal relevan, maka usaha untuk mempelbagai kegiatan pertanian dan meningkatkan hasil keluaran perlu dilakukan secara berterusan.

Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan bidang pertanian ialah dengan meningkatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian. Justeru itu, negara mungkin boleh belajar dari Thailand mengenai cara-cara untuk meningkatkan hasil dan kualiti pertanian sehingga menjadi bahan komoditi eksport yang menguntungkan. Selain itu, langkah-langkah juga perlu diambil bagi meningkatkan pendapatan para petani sebagai dorongan dan rangsangan kepada rakyat untuk menceburi sektor ini.

Selain itu, sektor pertanian seperti buah-buahan juga mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Permintaan yang semakin meningkat terhadap buah-buahan sepatutnya mendorong para petani mengusahakan penanaman buah-buahan secara besar-besaran. Sistem penanaman secara kecil-kecilan harus diubah kepada sistem perladangan dalam skala yang besar. Mana-mana dusun yang sedia ada boleh memulakan penanaman semula dengan cara yang si