bm 1

Download bm 1

If you can't read please download the document

Upload: hasdey-harimin

Post on 19-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

1PENGENALAN

Penulisan karangan adalah komponen penting dalam kemahiran bahasa sehingga ia dijadikan satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah. Kamarudin Husin (1996: 192) memetik pendapat Loban menyatakan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan akhir sekali ialah kemahiran menulis. Penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bagi semua peringkat sekolah adalah tingkat terpenting kemahiran bahasa.Kemahiran mengarang ini amat disedari oleh para pendidik dan pengkaji bahasa. Ianya perlu dipelajari dan dilatih sebagai aset penting yang perlu dimiliki oleh setiap murid dalam mengharungi dunia moden hari ini. Ini jelas kelihatan mencakupi ruang litup dalam dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial. Penguasaan bahasa penulisan akan melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat- menyurat, laporan, pernyataan perasaan, dan penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif (kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah.Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1976), dan Isahak Haron (1979) berpendapat penulisan karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa, dan ayat, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang atau penulis) melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa (Awang Mohamad Amin, 1983:188).Ketrampilan dalam mengarang perlu dikembangkan sejak dari peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat menengah melalui sistem pendidikan negara. Ini kerana semua mata pelajaran memerlukan kecekapan dalam pengucapan idea, fakta, dan hujah dalam bentuk tulisan. Marohaini Yusoff (1989: 179) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan menulis atau mengarang, dan tidak kepada aspek-aspek penggunaan bahasa yang baik serta teknik-teknik mengarang yang berkesan. Selain keperluan berfikir untuk mendapatkan isi, pelajar juga tidak diajar bagaimana untuk berfikir bagi menghasilkan cara yang berkesan menyampaikan sesuatu mesej atau idea.Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah. Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan dengan jelas bahawa kemahiran menulis adalah keperluan wajib bagi selain daripada kemahiran membaca, mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan modul-modul pembelajaran di alaf baru ini.


Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung, menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh yang sekata seperti minda, mata dan tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk disepakati menjadi seperangkat ayat atau perenggan yang lengkap yang kemudiannya memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi oleh masyarakat umum, jika perlu. Menulis juga adalah proses merekod bahan-bahan ujuran ke dalam bentuk tulisan berdasarkan pendapat, idea dan pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol grafik yang disusun menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya menzahirkan bahasa dan gagasan. Penulisan yang tersusun akan memberi makna dan memberi manfaat kepada khalayak pembaca dan pendengarnya.Daripada A C Krizan dan Joyce P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa kita bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat bertulis mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara seperti wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim meskipun ratusan tahun sudah berlalu.Bloomfield (1933: 21) di dalam Lyons (1995: 253) mengatakan bahawa penulisan bukanlah bahasa, tetapi cara mencatatkan bahasa dengan tanda yang dapat dilihat.Tanda-tanda yang dapat dilihat itulah yang dinamakan simbol atau huruf yang disatukan sehingga menjadi perkataan yang membawa makna. Beliau juga mentakrifkan penulisan ialah bahasa yang disampaikan melalui bunyi atau grafik malahan melalui cara yang tidak terhingga banyaknya.

2DEFINASI WACANAPerkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983: 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993: 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut: Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> WacanaWacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat yang lengkap.Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan,mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

3 Wacana tulisanWacana Jenis Tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung. Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel, surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan sebagainya.Wacana bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab, buku dan siri buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapan.Sesebuah wacana tulisan yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggan dengan satu perenggan, bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh.

Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandung format-format tertentu.
Penulisan tersebut adalah seperti berikut:
a. Surat kiriman tidak rasmi;
b. Surat kiriman rasmi;
c. Dialog;
d. Syarahan;
e. Ucapan;
f. Laporan;
g. Berita;
h. Catatan harian; dan
i. Perbahasan.
Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskan konsep wacana. Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.

4

Contoh-contoh yang berkaitan dengan wacana berformat.Aspek penting dalam penutupMulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa seperti berikut:

a) Ayat / Frasa memulakan penutup.1) Kesimpulannya2) Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa .3) Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa ..4) Ringkasnya, jelaslah bahawa .5) Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa.6) Natijahnya, jelaslah bahawa

Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut format yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan.Pelajar perlu mengemukakan rumusan pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isi karangan yang telah dibincangkan. Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup seperti di bawah.

b) Ayat / Frasa memulakan penutup berformat1) Sekian, terima kasih.2) Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun,Pucuk pauh delima batuanak sembilang di tapak tangansekian sampai dini dahulubuat tatapan pembaca sekalian.

5MENGAPLIKASI WACANA DALAM PENULISAN KARANGANGaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa) dalam pertuturan.Wacana juga mempunyai tujuan menentukan jenis sesuatu ayat tersebut. Kata hubung dan penanda wacana yang digunakan akan menentukan jenis-jenis sesuatu ayat bergantung fungsi sesuatu ayat tersebut. Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Ianya bagi mengelakkan pengulangan maklumat atau pengulangan ayat yang mempunyai tujuan atau matlamat yang sama. Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembacanya. Sesuatu penulisan yang baik dapat dinilai melalui sejauh mana bahan tulisan itu mampu menyakinkan pembacanya. Pencerahan dari segi maklumat dan pengolahannya yang sempurna mampu mengwujudkan satu bentuk penghubung antara bahan bacaan dengan pembacanya.Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar iaitu wacana lisan. Penanda wacana dan kata penghubung berfungsi sebagai pengabung jalin antara maklumat yang diterima dan menjadikannya serasi dan bertepatan. Segala maklumat akan digabungkan mengikut hiraki dan keutamaan. Pengabungan antara maklumat dan fakta akan dipisahkan dengan mengunakan perenggan yang ianya seharusnya saling berkait dan saling bertautan. Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya: Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. Ayat- ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi (makna tautan) dan koherens (logik). Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca itu sendiri tanpa perlu ditulis. Secara tidak langsung pembaca dapat menghayati sesuatu penulisan tersebut dan menikmatinya.

6Wacana haruslah mempunyai maklumat baru dan dapat dibuktikan dengan data atau sesuatu fakta. Sesuatu ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Ianya berfungsi untuk membenarkan sesuatu yang mungkin akan dianggap sebagai satu andaian atau rumor pada permulaannya menjadi sesuatu yang hakiki dan fakta. Ini akan menghasilkan sesuatu penulisan yang bersifat kenyataan, logik dan realistik dan bukanlah rekaan individu semata- mata.Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, isi. KamusWacana ialah satu unit bahasa yang lengkap dan melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:1. Pendahuluan2. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)3. Penutup4. Graf, jadual, peta dan statistik.

7APLIKASI PENULISAN WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Aplikasi penulisan wacana dalam dalam penulisan sekolah rendah melibatkan tajuk atau objektif, kemahiran, media pengajaran, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.Contohnya : tajuk atau objektif : penulisan - menyambung cerita. murid boleh menulis tentang tajuk yang diberika

Kemahiran : 1.16 menyoal untuk mendapatkan maklumat. 2.26 memberikan pendapat tentang sesuatu pernyataan yang diketahui.

Media pengajaran : - gambar, kad perkataan dan keratin akhbar.

KBKK : Sumbang saran dan menyusun mengikut urutan.

MERANCANG PENULISAN1.KERANGKA PENULISANPengenalanMemperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau tidak faham. Murid perlu menarik perhatian pembaca supayamembaca penulisan tersebut.Isi Isi hendaklah mengikuti kehendak tajuk penulisan tersebut. Penulisan yang baik sekurang-kurangnya mengandungi empat isi dan disusun dengan teratur serta berkaitan antara satu dengan yang lain. Setiap isi perlu dipecahkan dalam perenggan yang khusus dan isi yang utama mestilah didahulukan dalam penulisan tersebut. Pastikan semasa mengolah ayat, isi tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Keaslian isi penulisan sangat penting dalam mnghasilkan sesebuah penulisan yang bermutu iaitu tidak meniru bulat-bulat daripada penulisan lain. Terdapat enam kaedah yang boleh diaplikasikan dalam mengenalasti isi iaitu, apakah?, siapakah?, bilakah?, mengapakah?, dimanakah?, dan, bagaimanakah?. PenutupKesimpulan merupakan rumusan secara menyeluruh bagi sesuatu penulisan yang telah dihasilkan. Dalam kesimpulan, pendapat mengenai perbincangan atau tajuk penulisan juga perlu digambarkan secara ringkas dan penamatan penulisan secara mengejut dan tergantung perlu dielakkan.

8CARA MENULISPemilihan tajuk atau soalanSemasa memilih tajuk soalan, baca dan fahami terlebih dahulu setiap tajuk atau soalan dan mengenalpasti segi bentuk soalan iaitu berformat atau tidak berformat. Kemudian pilih tajuk yang benar-benar boleh dikuasai.Penyusunan rangka penulisanDengan menggunakan kaedah yang mudah untuk mendapatkan isi, senaraikan semua isi penting secara ringkas dan menyusun isi mengikut urutan dan kepentingan. Kemudian, memasukkan huraian yang disertakan dengan comtoh yang sesuai.PenulisanSemasa memulakan penulisan pastikan dimulakan dengan pendahuluan pada perenggan yang pertama. Setiap isi yang dihuraikan perlu dirulis dalam satu perenggan dan disertai dengan contoh. Penyemakan penulisanSetelah selesai menulis, murid perlu melakukan penyemakan bagi memastikan tiada kelemahan dalam penulisan yang dihasilkan. Antara aspek yang perlu disemak ialah, kejelasan tulisan, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat dan aspek tatabahasa yang lain.

9KESIMPULANNYAPenulisan yang baik perlu mengembangkan ideanya dengan baik dan sempurna. Penulisan yang baik dan berkesan ialah clear writing is clear thinking (penulisan yang baik merupakan pemikiran yang jelas) Ssouri (1981). penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis. Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat.wacana pula merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat. Selain itu, wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran yang berurutan dan disusun secara sempurna seterusnya menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Wacana terletakkan dalam hieraki tertinggi iaitu selepas tingkat ayat,klausa, frasa dan kata. Konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan karangan bagi pelajar sekolah rendah merangkumi perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan. Kamarudin Husin (1988) telah mengemukakan tiga peringkat strategi penulisan wacana bagi peringkat sekolah rendah iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan. Ciri-ciri wacana pula merangkumi tautan, runtutan, tujuan, penerimaan maklumat, keadaan dan interteks. Wacana penting dalam penulisan karangan kerana mempengaruhi pengolahan, penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata, dan penggunaan bahasa. Aplikasi penulisan wacana dalam dalam penulisan sekolah rendah melibatkan tajuk atau objektif, kemahiran, media pengajaran, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

10RUJUKANRUJUKANAdenan Ayob.,Mohd Rain Shaari. (2013). Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu : Edisi Kedua. Open University Malaysia. Meteor Doc.

Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. KualaLumpur: PTS Publications and Distributors

Hashim Othman. (2000). Penaksiran Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu daripada Perspektif Komunikatif: Penetapan Piawai Perlakuan Minimum dan Analisis Kecekapan.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://web.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/sp_bm_kbsr.pdf (tarikh muat turun : 19 FEB 2014)Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya. Longman Malaysia.

Marohaini Yusoff, Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman (2002). Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa daan Pustaka.

Nik Safiyyah Karim. Berita Harian, 2008.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Nor Syed Abd Rahman.,Nornajmah Najmuddin., Rosdah Omar. (2007). Bahasa Melayu Kertas 1&2. Arah pendidikan sdn.bhd. Selangor Darul Ehsan.

Taringan.,Henry Guntur (1993). Pengajaran Kosakata. Bandung.Angkasa.

11