bm 1 (sejbm)

18
07/16/2022 SEJARAH (1G) 1 BM 1 (SEJBM) TAJUK: ASAL USUL BAHASA MELAYU(PERKEMBANGAN BHSA MELAYU KLASIK)..

Upload: roslina-entri-ii

Post on 13-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

BM 1 (SejBM)

7/13/2011 SEJARAH (1G)1BM 1 (SejBM)TAJUK: ASAL USUL BAHASA MELAYU(PERKEMBANGAN BHSA MELAYU KLASIK)..Peralihan BM Kuno ke BM Klasik

Penggantian Bahasa Melayu Kuno oleh Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

7/13/20112

Terdapat tiga batu bersurat yang penting pada zaman BMK:a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmatc. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

7/13/20113

Pengenalan Bahasa Melayu KlasikMerujuk kepada perkataan klasik, Kamus Dewan ( !986 : 590 )mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyaisifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau lawan bagiperkataan modenAbad ke 13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu.Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.7/13/20114

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:Zaman kerajaan MelakaZaman kerajaab AchehZaman kerajaan Johor-Riau

Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin)b. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin)c. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab)d. Hamzah Fansuri (Syair Perahu)

7/13/20115

Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini.Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. 7/13/20116

.Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)7/13/20117

Ciri Bahasa Melayu Klasik Sistem Tulisan, Kosa Kata dan Tatabahasa1.Meluasnya penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang, yang kini tidak digunakan lagi.Antaranya, adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun". Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.

7/13/20118

2. Struktur ayat Ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit, gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Sebagai contoh:Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik. Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh: Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka (HHT).Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.

7/13/20119

3. Bentuk pasif Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh:Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas

7/13/201110

4. Penggunaan Partikel atau Kata Penegas lah dan pun Banyak mengguna partikel pun dan lah.Contoh: adapun, bertitahlah, berebutlah dsb.- Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya (Sejarah Melayu hal 55). - Batu pun habis berpelantingan. - Syahbandar pun turunlah.

7/13/201111

5. Banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab, Sanskrit dan klasikDisebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini.Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dll.Sanskrit: dosa, pahala, raja dll. Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu manikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb.

7/13/201112

Menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy.(khamis, zakat, syarat)Unsur falsafah islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmu aqaid, al iman dll.Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu meliputi pelbagai aspek, seperti perbendaharaan kata umum, istilah, sistem morfologi dan struktur ayat.

7/13/201113

6. Bahasa IstanaBahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.Contoh: sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb.Disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.

7/13/201114

7. Penggunaan Kiasan, Perbandingan serta Penggunaan Laras Bahasa PuisiPenggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

7/13/201115

8. MorfologiPenggunaan imbuhan.Awalan mar dan ni dalam BM Kuno digantikan dengan ber dan di. Contoh berlepas, diperbuat.

7/13/201116

Peranan Bahasa Melayu KlasikPeranan kebudayaan memperkembangkan kebudayaan Melayu Islam.Peranan Kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum.Peranan pendidikan menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan dan perundangan. Juga alat menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara.Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua franca) dan bahasa perantaraan antara para pedagang.

7/13/201117

7/13/201118Sekian.terima kasih