birokrasi max weber

Upload: farah-wahida

Post on 06-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Birokrasi Max Weber

    1/4

    Birokrasi Max Weber

    Nama sebenar Max Weber ialah Maximillian Weber.Beliau dilahirkan pada 21 April 1864 di

    Enfurt Turingia,Jerman

    Meninggal dunia pada 14 Jun 1920 di Munich Jerman.Weber berasal daripada keluarga kelas menengah dan merupakan seorang ahli

    sosiologi sertapenganalisis ekonomi Jerman yang terkenal.

    Ayah beliau adalah seorang birokrat yang mempunyai kedudukan politik yang kuat dan

    ibunya pula seorang yang taat kepada agama.

    Karya terkenal beliau The Prostestant Ethic and The Spirit of Capitalisme.

    Definisi birokrasi

    Konsep birokrasi mula digunakan pada awal abad ke-18 di Eropah Barat.Birokrasi asalnya

    daripada perkataan bureau yang merujuk kepada pejabat iaitu tempat kerja bagi parapegawai awam.

    Birokrasi digunakan sebelum Revolusi Peranchis iaitu pada tahun 1789 dan kemudiaanya

    berkembang ke negara-negara lain

    Birokrasi merujuk kepada sebuah organisasi berstruktur,penuh dengan

    prosedur dantatacara yang perlu diikuti sebelum mencapai tujuan dan matlamat bagi

    sesebuah organisasi.

    Ini adalah berkait rapat dengankecekapan,keberkesanan,kebajikan dan teknik

    pentadbiran dalam sesebuah organisasi.

    Birokrasi dianggap sebagai satu saluran atau laluan yang sukar sebelum mencapai tahap

    selesa.

    Seseorang perlu melalui prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi mencapai

    tujuan dan matlamat.

    Konsep birokrasi Weber

    Konsep birokrasi Max Weber terbahagi kepada tiga iaitu:

    1.birokrasi tradisional atau patrimonial bureaucracy (traditional authority),

    2.rasionalisme (rational legal authority)

    3.kuasa karismatik (charismatic authority).

    Autoriti tradisional

    Elemen kuasa tradisional adalah bersifat warisanatau bersandarkan kepada keturunan.

    Perlantikan seorang pemerintah adalah berdasarkan kepada hieraki keluarga iaitu

    daripada seorang pemerintah kepada waris-warisnya.

    Lazimnya perlantikan seumpama ini didominasi olehmasyarakat tradisi iaitu sebelum

    proses modenisasi berlaku.

    Autoriti Perundangan Rasional

  • 8/3/2019 Birokrasi Max Weber

    2/4

    Rasionalisme (rational legal authority).

    Pelantikan seorang pemerintah atau pentadbir adalah secararasmi melalui pemilihan

    sama ada secaratetap,kontrak ataupun sementara .

    Perlantikan dalam konteks kuasa rasional ini bukanlah atas dasar kepentingan diri tetapiberdasarkan pelaksanaan hak secara sah.

    Justeru kepatuhan masyarakat bukan kepada yang memegang kuasa tetapi kepada

    amalan rasmi yang menjamin kedudukan.

    Autoriti Karismatik

    Karismatik (charismatic authority).Sifat kuasa pemerintah karismatik adalah seseorang

    dilantik secara tidak rasmi dan kuasa yang diperolehi adalah dari hak dan perjuangan.

    Ini adalah berbeza dengan rasionalisme kerana seorang pemimpin dilantik bukan

    berdasarkan undang-undang yang formal dan rasmi.Bersifat karismatik yakni mempunyai personaliti istimewa dan ketokohan untuk menjadi

    seorang pemimpin.

    Seorang pemerintah yang mempunyai ciri-ciri karismatik adalah seorang yang

    berpengaruh(insprition) tidak perlu kepada pemilihan atau penurunan kuasa melalui

    undang-undang tetapi dengan ciri-ciri kepimpinan dan pengaruhnyamampu

    memberikannya kuasa.

    Ciri-ciri Birokrasi Max Weber

    "Berskala hierarki"

    Konsep chain of command (Tertinggi, pertengahan, bawahan)

    Contoh:

    Arahan dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi sebagai pembuat dasar , pegawai

    pengurusan profesional melaksanakan tugas di peringkat jabatan/bahagian masing-

    masing, manakala kakitangan sokongan akan melaksanakan tugas-tugas teknikal.

    "Wujud pembahagian tugas"

    Dikhususkan kepada jabatan /bahagian tertentu

    Contoh:

    Bahagian kewangan diuruskan oleh akauntan, pentadbiran oleh Pegawai Tadbir

    Diplomatik, pembangunan oleh jurutera.

    "Peningkatan gred/jawatan lebih tinggi berdasarkan pencapaian, kelayakan, kecekapan,

    pengalaman, dan kekananan"

    Peperiksaan

    Contoh:

    Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk menilai tahap kompetensi seseorang pegawai

    melaksanakan tugas yang mengambil kira faktor pengalaman dan tempoh bekerja."Aspek kebajikan"

  • 8/3/2019 Birokrasi Max Weber

    3/4

  • 8/3/2019 Birokrasi Max Weber

    4/4

    Peraturan Bertulis

    Diwujudkan bertujuan mendisiplinkan pelajar.

    Pelajar harus mengikuti peraturan yang ditetapkan bagi mengelak tindakan tatatertib.

    Contoh:

    -Murid-murid wajib memakai pakaian seragam sekolah yang ditentukan oleh KementerianPendidikan.

    -Rambut murid-murid hendaklah sentiasa bersih, kemas dan fesyennya hendaklah sesuai

    dengan pelajar sekolah.

    Promosi Berdasarkan Prestasi

    Kenaikan jawatan diberikan berdasarkan penilaian gerak kerja yang baik.

    Memastikan pentadbiran dan pengajaran yang baik.

    Contoh:

    Kenaikan pangkat ke Gred DG44

    Guru Bahasa DG41 (dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda)- disahkan dalam perkhidmatan;

    -berkhidmat sekurang-kurangnya 7 - 10 tahun di Gred DG41

    -Mencapai tahap prestasi Latihan Nilaian Prestasi (LNP) 3 tahun ke belakang pada tahap

    80% ke atas:

    -Sahsiah

    -Gerak kerja

    -Lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan (PTK 1 atau PTK 2);

    -Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

    Kesimpulan

    Birokrasi sering difahami dalam dua perspektif, iaitu daripada sudut pandangan positif

    dan negatif.

    Birokrasi secara umum dapat dimaknai sebagaisistem kerja organisasi baik publik

    mahupun swasta yang mengatur ke dalam mahupun keluar organisasi. Aturan-aturan

    tersebut diciptakan dalam rangka menciptakan ketertiban dalam proses interaksi sosial

    antara manusia.

    Weber merupakan ahli sosiologi yang memperkenalkan idea tentang birokrasi. Jika

    diteliti mengenai birokrasi Weber, ia adalah relevan berdasarkan ciri-ciri yang digariskan

    seperti pembahagian tugas, struktur hierarki dan lain-lain.

    Sehingga kini idea birokrasi weber masih lagi diaplikasi di dalam sektor kerajaan mahupun

    swasta.