teori birokrasi

41
PENGENALAN Pembangunan organisasi adalah satukonsep pengurusan pendidikan yang bertujuan memperbaiki keadaan organisasi sekolah secara komprehensif. Pembangunan ini meliputi dimensi pengurusan, kurikulum, kokurikulum, profesionalisme guru, dan hubungan komuniti, Konsep ini bukanlah satu perkara baru, Di Malaysia, konsep ini telah digunakan dengan pesat pada tahun 1960-an dan 1970-an. Pada lingkungan beberapa tahun tersebut berlakunya proses pembinaan negara melalui reformasi sistem pendidikan, struktur pendidikan, dan kurikulum sejajar dengan keperluan pengisian Dasar Pendidikan Kebangsaan. Issues inPembangunan organisasi sekolah terus berlaku pada tahun 1980an dan 1990- an, tetapi penekanan diberi kepada inovasi kurikulum dan petluasan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pendidikan. Arus pembangunan dalam sistem pendidikan dalam dua dekad tersebut menjurus kepada pengisian dasar pembangunan sumber manusia dalam konteks pelaksanaan pelbagai dasar yang dianjurkan oleh Laporan Kabinet (1979) dan Dasar Perindustrian Negara. Pada sudut makro, pembangunan sistem pendidikan telah berlaku dengan baik dan pada kadar yang menjurus kepada sasaran yang dirangkakan oleh Rancangan Malaysia Pertama hinggalah Ketujuh. Namun pada sudut mikro, iaitu peringkat dalaman sekolah, banyak program pembangunan boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti organisasi sekolah. Inovasi pengurusan bagi pembangunan organisasi sekolah masih perlu dilaksanakan oleh semua sekolah kerana keadaan organisasi sekolah di Malaysia masih belum setaraf dengan beberapa sekolah di

Upload: nazriraji

Post on 18-Jun-2015

3.078 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: teori birokrasi

PENGENALANPembangunan organisasi adalah satukonsep pengurusan pendidikan yang bertujuanmemperbaiki keadaan organisasi sekolah secara komprehensif. Pembangunan inimeliputi dimensi pengurusan, kurikulum, kokurikulum, profesionalisme guru, danhubungan komuniti, Konsep ini bukanlah satu perkara baru, Di Malaysia, konsep initelah digunakan dengan pesat pada tahun 1960-an dan 1970-an. Pada lingkunganbeberapa tahun tersebut berlakunya proses pembinaan negara melalui reformasisistem pendidikan, struktur pendidikan, dan kurikulum sejajar dengan keperluanpengisian Dasar Pendidikan Kebangsaan.Issues inPembangunan organisasi sekolah terus berlaku pada tahun 1980an dan 1990-an, tetapi penekanan diberi kepada inovasi kurikulum dan petluasan penggunaankomputer dan teknologi maklumat dalam proses pendidikan. Arus pembangunandalam sistem pendidikan dalam dua dekad tersebut menjurus kepada pengisian dasarpembangunan sumber manusia dalam konteks pelaksanaan pelbagai dasar yangdianjurkan oleh Laporan Kabinet (1979) dan Dasar Perindustrian Negara.Pada sudut makro, pembangunan sistem pendidikan telah berlaku dengan baikdan pada kadar yang menjurus kepada sasaran yang dirangkakan oleh RancanganMalaysia Pertama hinggalah Ketujuh. Namun pada sudut mikro, iaitu peringkatdalaman sekolah, banyak program pembangunan boleh dilaksanakan bagimempertingkatkan kualiti organisasi sekolah. Inovasi pengurusan bagi pembangunanorganisasi sekolah masih perlu dilaksanakan oleh semua sekolah kerana keadaanorganisasi sekolah di Malaysia masih belum setaraf dengan beberapa sekolah dinegara maju. Kekurangan usaha inovasi bagi pembangunan organisasi sekolahmungkin bersangkut-paut dengan fenomena pemusatan yang sentiasa menampilkankekuasaan birokrasi dari atas ke bawah. Namun itu hanyalah sebahagian daripadapelbagai faktor yang mengekang pembangunan sistem pendidikan di negara ini.Birokrasi ialah satu konsep pentadbiran yang menegaskan pembahagian kerjamengikut bidang, dan juga pembahagian kerja mengikut tatatingkat dantarafkedudukan jawatan dan kuasa. Birokrasi juga ditandai oleh aliran arahan danmaklumat daripada peringkat atas ke peringkat bawah dalam struktur pentadbiran.Saiz serta kompleksiti birokrasi bertambah besar mengikut peredaran masa.Sungguhpun birokrasi adalah baik sebagai satu sistem pentadbiran yang sistematikdan koheren, tetapi apa yang menjadi kemusykilan kebanyakan orang ialah semakinsaiz dan kompleksiti birokrasi bertambah, maka sernakin lambatlah pemprosesanberbagai-bagai perkara, dari hal pesanan barangan sehinggalah kepadahal kenaikangaji dan pangkat. lnilah kelemahan utama birokrasi,Masalah Pendidikan,

Dengan kelemahan itu, kebanyakan orang mempunyai persepsi negatifterhadap birokrasi, dan beberapa konsep baru dianjurkan oleh para pentadbir yangkreatif untuk mengurangkan kecerewetan birokrasi. Antara konsep baru ialahuraipemusatan, pengurusan berasaskan organisasi setempat, dan perkasaan. Namun,pe1bagai konsep baru ini lenyap perlahan-lahan ditelan oleh gergasi birokrasi yangtidak mahu menerima perubahan dan inovasi.Artikel ini mencadangkan satu lagi inovasi baru, iaitu satu model yangmenggabungkan dan memperkukuhkan usaha pembangunan organisasi sekolah.Model ini mendorong kepada pembangunan organisasi secara penyertaan demokratikdan penggubalan strategi yang sistematik. Model tersebut ialah model dasar strategikuntuk peringkat organisasi atau mikro. Model ini sesuai untuk menangani sesuatu isudasar pendidikan seperti integrasi kaum, vandalisme di sekolah, dan kelemahan muriddalam bahasa Inggeris. Birokrasi dan arahan dati pihak atasan tidak dapatmenyelesaikan isu dasar ini. Hanya pihak sekolah sendiri yang berkuasa menangani

Page 2: teori birokrasi

isu yang sedemikian.Dalam konteks sistem atau organisasi yang pelbagai, dasar bermakna keputusanyang dibuat oleh pihak pengurusan organisasi dengan beberapa tujuan strategik, iaitu:a) Memberi panduan ke arah sesuatu wawasan pembangunan.b) Memantapkan kedudukan organisasi dalam arus perubahan.c) Menyelesaikan masalah-masalah tertentu.d) Mendisiplinkan manusia tentang erika dan tatasusila organisasi.Dalam rnasyarakat demokrasi di Malaysia, pelbagai dasar boleh digubal olehorganisasi pada beberapa peringkat sistem pentadbiran, sama ada dalam sektor awamataupun swasta. Dalam sistem pendidikan pula, sesebuah sekolah awam sendiri bolehmenggubal dan melaksanakan pe1bagai dasar mikro mereka sendiri. Hal ini adalahkerana beberapa dasar pendidikan bersifat dinamik dan anjal, iaitu boleh diubahsuaidan anjal mengikut konteks tempat, masa, dan budayaIssues in Education, Volume 24,200118masyarakat. Namun demikian, semua dasar mikro yang dilaksanakan pada peringkatsekolah sewajamya sejajar dengan pelbagai dasar makro pada peringkat kebangsaan.Pelbagai dasar strategik dalam pengurusan berasaskan sekolah adalahbeberapa dasar yang digubal oleh pihak sekolah secara kolektif, iaitu bersama guru,pentadbir, murid, dan ibu bapa untuk mencapai mana-mana empat tujuan yangdinyatakan pada perenggan kedua sebelum ini, Tujuan yang kerap menjadi sasarandasar strategik di sekolah ialah mengenai penyelesaian beberapa masalah tertentu,seperti masalah pinjaman buku teks, masalah pengangkutan murid, masalah prestasisains dan matematik yang rendah, dan masalah kelemahan penguasaan bahasaInggeris.Walau bagaimanapun, dalam konteks tujuan pembangunan sekolah, pelbagaidasar strategik boleh digubal oleh pihak sekolah, Dasar tersebut perlu berbentukinovasi baru demi membina sckolah yang berdaya maju, progresif, dan cemerlang.Contoh dasar pembangunan ialah dasar literasi komputer, dasar pusat sumber sainsdan matematik sekolah, dasar pengajaran berpasukan, dasar pembelajaran ala kuliahuntuk menengah atas, dasar pembelajaran secara penyelidikan untuk sekolahmcnengah, dan dasar pembelajaran pemikiran logik dan kritikal untuk mencngah atas,Dalam konteks tujuan etika dan tatasusila organisasi pula, pelbagai dasarstrategik berfokus kepada usaha membina warga sekolah yang berhemah mulia perludigubal. Contohnya ialah dasar kerjasama polis dengan sekolah, dan dasar penyertaanpelbagai pasukan kadet seperti kadet polis, bomba, tentera, dan bulan sabit. Matlamatdasar seperti ini ialah untuk meningkatkan disiplin murid dan guru secara terus, danseterusnya memudahkan pembinaan budaya berhemah tinggi di sekolah. Faedahnyapula ialah beban dan tanggungjawab pembinaan disiplin sekolah dipikul oleh ramai,bukannya oleh beberapa orang guru dan pengawas sekolah.Masalah Pendidikan ,Jilid 24, 200119Dalam konteks tujuan penyesuaian organisasi dalam arus perubahan pula, dasarstrategik berfokus kepada menyerlahkan peranan dan organisasi dalam menghadapicabaran, persaingan, atau ancaman daripada persekitaran luar ataupun dalaman harusdifikirkan. Contohnya, dasar pembe1ajaran teknologi multimedia, dasar kehidupantanpa AIDS, dan dasar pendidikan pelbagai budaya (multicultural education) bolehdigubal bagi mencapai matlamat tersebutPROSES PEMBUATAN DASAR STARTEGIK BERASASKAN SEKOLAHProses bermakna penggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untukmembuahkan hasil yang tertentu tertentu. Oleh itu, proses dasar strategik ialahpenggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untuk memperoleh hasil yang

Page 3: teori birokrasi

tertentu. Di sinilah letaknya konsep teras dasar, iaitu sesuatu dasar yang dilaksanakanoleh pihak pelaksana mesti mengenai kumpulan sasaran yang sewajarnya menerimafaedah. Dasar yang baik membuahkan faedah yang maksimum dalam jangka panjangkepada organisasi, dan dasar yang tidak baik ialah dasar yang tidak mendatangkanfaedah serta menimbulkan pelbagai masalah lain.Pembuatan dasar yang baik mesti memenuhi kriteria yang berikut:a) Penyertaan wakil-wakil yang pe1bagai.b) Pembentukan beberapa jawatankuasa.c) Perbincangan mengenai isu dasar berdasarkan pelbagai fakta.d) Perbincangan dan pen~tapan nilai utama dalam isu dasar,e) Mengenalpasti jenis dan sifat masalah di sebalik isu dasar,f) Merangka beberapa strategi alternatif tindakan untuk sesuatu masalah,g) Menjangka aras kejayaan sesuatu strategi altematif tindakan.h) Membuat anggaran kos dan faedah.Penyertaan wakil daripada pelbagai kumpulan manusia dalam sekolah adalahbersandarkan konsep demokrasi. Pandangan dan kritikan daripada pelbagai kumpulanboleh menimbulkan berbagai ideaIssues in Education, Volume 24, 200120dan juga memurnikan sesuatu ketctapan dasar, atau memperbanyakkan pendekatandan strategi pelaksanaan dasar, Selain daripada itu, pelbagai kumpulan, khususnyayang terdiri daripada kumpulan sasaran akan membawa nilai, motif, dan fakta yangpeIbagai dalam sesi perbincangan penggubalan dasar. Contoh kumpulan sasaran ialahguru baru, mutid nakal, kctua panitia, dan guru penasihat. Contoh nilai pula ialah nilaiprofesionalisme, nilai hormat, dan nilai persaingan.Pembentukan beberapa jawatankuasa teknikal bertujuan membahagikan kerjadalam komponen penggubalan dasar, pelaksanaan dasar, dan penilaian dasar perludilakukan. Sebagai contoh penubuhan beberapa jawatankuasa penting sepertijawatankuasa kewangan, disiplin, kurikulum, kokurikulum, kantin, perhubungan,penyelidikan atau penyiasatan, peperiksaan, dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)perlu dilakukan. Penyertaan beberapa jawatankuasa tersebut boleh juga membinapemerkasaan, sumbang saran dan semangat partisipatifPerbincangan isu-isu dasar, khususnya oleh pelbagai kumpulan danjawatankuasa, mestilah berasaskan fakta-fakra agar julat dan darjah sesuatu isu dapatdikenalpasti setepat mungkin. Hal ini boleh menolak andaian dan prejudis danseterusnya memberikan justifikasi yang kukuh bagi pelaksanaan sesuatu dasar,Antaranya ialah pelbagai persoalan penting dalam perbincangan boleh dikemukakanseperti: Apakah isunya? Berapa ramai yang terlibat? Sudah berapa lamakah isutersebut wujud? Apakah masalah di sebalik isu tersebut? Apakah faktor yangmenyebabkan isu tersebut timbul?Sesuatu dasar yang hendak digubal mestilah mempunyai matlamatnya danseterusnya nilai penting di sebalik matlamat berkenaan, Misalnya, matlamat membinasekolah yang selamat berkait dengan nilai seperti kebersihan, kecermatanpemeriksaan penggunaan e1ektrik, pemadam api, bahan makanan, dan kepekaanterhadap aduan yag diterima. Matlamat meningkatkan kefasihan bahasa Inggeris pulaberkait dengan nilai komersial, ketrampilan diri, dan globalisasi. Nilai yang dikenalpasti menjadi panduan keutamaan pada masa memilihMasalah Pendidikan, Jilid 24, 200125Rajah 1 di atas menunjukkan model kitaran dasar strategik, yang mempunyaitiga peringkat asas, iaitu peringkat penggubalan dasar, peringkat pelaksanaan dasar,dan peringkat penilaian dasar. Petingkat penggubalan ialah petingkat yang paling

Page 4: teori birokrasi

besar dan rumit, dan peringkat ini meliputi aspek perbincangan isu dasar hinggalahkepada penaksiran kejayaan pelaksanaan dasar. Aspek mengenal pasti masalah danpelbagai faktor berkaitan memerlukan ketelitian agar pelaksanaan dasar mengenaisasarannya. Selain daripada itu, strategi pelaksanaan juga memerlukan ketelitian agarprosedur kerja boleh dibuat secara berperingkat-peringkat dan sistematik. Strategidiperolehi melalui analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunities, Threats)untuk sesetengah organisasi pendidikan. Bagi organisasi sekolah contohnya, strategijangka pendek ialah jenis tindakan untuk tempoh antara satu bulan hingga dua tahun,dan strategi jangka panjang ialah jenis tindakan untuk tempoh antara riga hingga limatahun.Peringkat pelaksanaan dasar pula terdiri daripada menggerakkan pelbagaipihak yang terlibat seperti PIBG, ketua panitia, guru, dan murid. Pelaksanaan dasarjuga melibatkan penggunaan wang, oleh itu pentadbir sekolah wajar sekalimendapatkan bantuan dengan berbagai cara untuk menaja pelaksanaan dasar. Aspekpemantauan wajar sekali diberi perhatian agar pelbagai halangan dapat dikenal pastidan diatasi oleh pelaksana dan tiada berlaku pembaziran kewangan. Halangan utamaialah ketiadaan komitmen para guru dan murid untuk me1aksanakan sesuatu dasar,Bagi mengatasi masalah ini kadangkala memerlukan pengetua sekolah bertindaksecara paksaan atau kolaboratif. Hal ini bergantung kepada tahap keseriusankomitmen itu. Penyelesaian secara kolaboratif boleh dilakukan dengan membinakumpulan aliran teras yang sentiasa menyakang tindakan inovatif pengetua. Namundemikian, penggunaan elemen paksaan boleh menimbulkan tentangan di kalanganguru. Hal ini kerana andaian penggunaan kuasa baleh menyelesaikan semua masalahsekolah ialah satu andaian yang salah.Issues in Education, Volume 24, 200126Peringkat penilaian dasar strategik pula memberi perhatian terhadap penilaianfaedah kepada kumpulan sasaran, penilaian terhadap keberkesanan jenterapelaksanaan menjalankan kerja, serta analisis terhadap kos-faedah. Penilaian wajarmengambil kira faedah nyata dan tersirat dari segi jangka pendek dan jangka panjang.Faedah tersirat biasanya sukar diukur tetapi dapat dilihat atau dikesan perubahannyadi kalangan warga sekolah. Sebagai contoh, perubahan keceriaan, perubahankomitmen guru, dan perubahan sikap mood adalah beberapa faedah tersirat yangsukar diukur oleh sesiapa pun, tetapi perubahan ini adalah perubahan yang positif danbaik. Perubahan begini hanya boleh dianggarkan sahaja nilai wangnya dalarnmenaksir koskeberkesanan sesuatu dasar. Nilai nisbah kos-faedah dan kos--keberkesanan yang tinggi menunjukkan pelaksanaan dasar yang mencapai tahaptinggi dan dasar tersebut telah berjaya.PENUTUPKemajuan dan pembangunan organisasi sekolah boleh berlaku dengan caramelancarkan beberapa dasar strategik, iaitu dasar yang mengambil kiraperkembangan dan pelbagai isu luar dan dalam persekitaran sekolah. Keadaanmasyarakat global, negara, dan tempatan kerap berubah-ubah, khususnya dalambidang ekonomi, bahasa, dan budaya, sentiasa memaksa sekolah melakukan inovasiagar proses pendidikan dan pengurusan sentiasa relevan dengan kehendak semasa,Walau bagaimanapun, dasar strategik juga boleh berfokus kepada usaha-usahamengatasi kelemahan dan ancaman terhadap sesebuah sekolah. Antara kelemahanutama sekolah sekarang ini ialah keadaan fizikal, prasarana, serta pusat sumber yangdaif, taraf penguasaan bahasa Inggeris yang rendah, taraf pencapaian matematik dansains yang rendah, dan kesesakan bilik darjah di sekolah ban dar. Ancaman terhadapsekolah pula ialah seperti golongan perosak harta benda sekolah, akhbar yangmemburukkan guru sekolah, dan jenayah di sekolah. Pihak sekolah tidak wajar

Page 5: teori birokrasi

berdiam diri terhadap ke1emahan dan ancaman berkenaan kerana hal tersebut bolehmerosakkan usahaMasalah Pendidikan, Jilid 24, 200127pembangunan sekolah dan pembangunan sumber manusia dalam proses pembinaannegara yang maju. Berdiam diri bererti membiarkan masalah dan menunjukkankelemahan pengurusan sekolah. Hal ini akan menjadi ancaman yang menjerut wargasekolah dari semasa ke semasa.Sekolah wajar memakai metafora "organisasi sebagai organisme hidup", iaitusekolah sebagai institusi sosial yang sentiasa belajar memperbaiki keadaan diridengan cara mengatur sttategi untuk terus membina imej dan prestij yang cemerlang.Hal ini kerana kemajuan dan pembangunan ialah sifat penting tamadun manusia.Essuess Education, Volume 24, 200128RUJUKANAzali Atan (2001). Inovasi pengurusan di kalangan pengetua di daerahMuar, Johar. Kertas Projek Sarjana, Institut Pengetua, FakultiPendidikan, Universiti Malaya.Azizah Md Isa (2001). Persepsi guru-guru terhadap iklim organisasisebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Kertas ProjekSarjana, Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.Bryson, J. M. (1991). Strategic planning for public and nonprofit organizations.San Francisco: Jossey-Bass Publishers.Institut Tadbiran Awam Negara (1994). Dasar-dasar pembangunan Malqysia,Kuala Lumpur: INTAN.Kaufman, R. (1992). Strategic planning plus: An organizational guide.Newbury Park: Sage Publications.Malaysia (1998). Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: InternationalLaw Book Series:Malaysia (1997). Peke/ding kemqjuan pentadbiran awamI991-1993. Kuala Lumpur:International Law Book Series.Malaysia (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkqji pelaksanaan dasar pelajaran.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Mauriel, J. J. (1989). Strategic leadership for school: Creating and sustaining productive change.San Francisco: Jossey-Bass Publishers.Schmuck, R. A., & Runkel, P J. (1994). The Handbook of organizationaldefopment in (thools and college ( Prospect Heights' Waveland Press.Smith, S. c., Mazzarella, J. A., & Piele, P. K. (1982). School leadership:Handbook for survival. Eugene: ERIC, University of Oregon.Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malqysia: S~jarah, sistem dan falsa/ah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Wan Nab Wan Deraman (2001). Kepimpinan pengajaran guru besar sekolah di empatbuah sekolah berkesan di daerah Kinta, Perak. Kertas Projek Sarjana, InstitutPengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.Weimer, D. V, & Vining, A. R. (1992). Policy analysis: Concepts and practice. (2nd ed.).Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Birokrasi ialah sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial.

Page 6: teori birokrasi

Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi.

Weber mengemukakan sepuluh (10) ciri organisasi1, yaitu:1.    Suatu organisasi terdiri dari hubungan-hubungan yang ditetapkan antara jabatan-jabatan. Blok-blok bangunan dasar dari organisasi formal adalah jabatan-jabatan.2.    Tujuan atau rencana organisasi terbagi ke dalam tugas-tugas, tugas-tugas tersebut disalurkan di antara berbagai jabatan sebagai kewajiban resmi (job description).3.    Kewenangan: melaksanakan kewajiban diberikan kepada jabatan (saat resmi menduduki sebuah jabatan).4.    Garis kewenangan dan jabatan diatur menurut suatu tatanan hierarkhis.5.    Sistem aturan dan regulasi yang umum tetapi tegas yang ditetapkan secara formal, mengatur tindakan-tindakan dan fungsi-fungsi jabatan dalam organisasi.6.    Prosedur bersifat formal dan impersonal. Perlu adanya catatan tertulis demi kontinuitas, keseragaman (uniformitas), dan untuk maksud-maksud transaksi.7.    Adanya prosedur untuk menjalankan disiplin anggota.8.    Anggota organisasi harus memisahkan kehidupan pribadi dan kehidupan organisasi.9.    Pegawai yang dipilih utk bekerja berdasarkan kualifikasi teknis.10.    Kenaikan jabatan berdasarkan senioritas dan prestasi kerja.

PERNYATAAN MASALAH (HIPOTESIS)

Sebagai sebuah jabatan yang penting dan besar dari segi saiz, bilangan anggotanya dan taraf profesionalismenya. Sudah tentu pengurusan akan berhadapan dengan

kerenah pentadbiran khususnya sikap dan nilai sumber manusia yang bersifat positif atau negatif . Namun dalam kajian ini kami akan menumpukan sikap dan nilai

pekerja dari perspektif negatif iaitu suatu sifat yang tidak selaras dengan peraturan am dan kehendak organisasi. Akibat nilai-nilai negatif ini akan menjejas disiplin baik

dan kualiti pekerja serta mendorong pengurusan melakukan pemantauan dan mengambil tindakan disiplin terhadap pekerjanya. Walau bagaimanapun, bagi

memudahkan kefahaman kajian ini, kami telah menggunakan istilah laporan tata kelakuan (disiplin/tatatertib) sebagai mesej utama yang perlu dienkod dan didekod

serta menginterpretasi dokumen-dokumen bertulis yang telah dijadikan sebagai alat saluran untuk mengkomunikasikan mesej yang telah diolah dan dijana kepada pihak tertentu untuk tindakan. Manakala gangguan komunikasi ialah faktor penyumbang

menghalang bagi penyegeraan suatu tindakan seperti tempoh penyiasatan dan tempoh menjawab dokumen-dokumen pertanyaan. Kajian ini adalah berbentuk

kualitatif dan bukan kuantitif di mana kumpulan kami tidak mengutamakan statistik mengikut kes tetapi kami cuba menyampaikan bagaimana kes-kes dikendali, diurus dan dikomunikasi dengan baik, cekap dan efektif berpandukan kepada pendekatan pengurusan, kaedah, kuasa dan peraturan yang sedia ada?. Sehubungan dengan itu, kumpulan kami telah menyedia satu set masalah yang mungkin dihadapi oleh

JKRS iaitu “JKR mempunyai tindakan tatatertib yang tertunggak implikasi daripada prosedur dan peraturan yang perlu dilalui sesuai dengan sifat JKR sebuah

organisasi yang birokratik khususnya berkaitan dengan disiplin.” Benar atau tidaknya andaian ini, akan terjawab dalam kesimpulan kami di perenggan akhir nanti.

SEJARAH PENUBUHAN ISN

Page 7: teori birokrasi

Senator Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan bangunan ISN

pada 20 Oktober 1992. Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara

yang diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988.

Tujuan Institut ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan,

penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan berterusan ke arah mencapai

kecemerlangan sukan negara. Bagi mengecapi matlamat ini, jurulatih, ahli sains sukan dan

penggiat sukan harus menggunakan pendekatan saintifik dalam menyediakan program

latihan bersistematik kepada atlet-atletnya.

Selain itu, Institut juga merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu

bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat

kecemerlangan sukan negara.

Sejarah Penubuhan ISN

1983

o Kertas konsep asal penubuhan ISN (kertas kerja Lembaga Pengurus Bil.

14/83, agenda 3) di dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus pada 28 Julai

1983.

o Kementerian Tanah & Wilayah mengenalpasti kawasan 200 ekar di Bukit Jalil

bagi pembinaan bangunan fizikal ISN.

1988

o Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang

diluluskan oleh Kabinet pada 20 Januari 1988.

1992 – 1996

o Kerja pembinaan bermula 1 September 1992.

o Perasmian ISN dilakukan oleh YB. Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan

Sukan ketika itu pada 20 Oktober 1992.

o Kemudahan dibina termasuk blok pentadbiran, sains sukan dan dewan

biomekanik, dewan latihan, asrama (termasuk dewan makan), gimnasium

serta trek latihan (balapan dan padang).

o Pewujudan fizikal ISN dipercepatkan selaras dengan pemilihan Kuala Lumpur

sebagai tuan rumah Sukan Komanwel Kali Ke-XVI, 1998.

o Pada 14 Mac 1996, ISN telah beroperasi secara sepenuhnya di Bukit Jalil,

Kuala Lumpur.

2006 – 2007

o Pembangunan dan perluasan bangunan ISN dilaksanakan bagi menampung

penambahan pakar dan kepegawaian serta ruang makmal untuk tujuan ujian,

penyelidikan dan kajian saintifik.

Page 8: teori birokrasi

o Kerja-kerja pembinaan Plaza ISN bermula 5 Disember 2005 dan siap pada 1

Mac 2007.

o Majlis Penyerahan Kunci Plaza ISN berlangsung pada 31 Mei 2007.

25 April 2007

o YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan pada

ketika itu telah memutuskan perubahan peranan dan fungsi ISN seperti

berikut:

ISN sebagai satu entiti yang memberi fokus kepada penyelidikan,

perubatan dan sains sukan di Malaysia.

Berperanan memberi perkhidmatan sokongan sehingga ke peringkat

akar umbi melalui kaedah saintifik.

SEJARAH SUKAN NEGARA MSN

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan

Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk

Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

 

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian

Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian

Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha

kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan

tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan

telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

 

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya

mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis

Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke

arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

Sukan Dari Perspektif Islam

Page 9: teori birokrasi

Oleh Ahmad Muliady Ab. Majid

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- "Sukan adalah antara jihad umat Islam di dunia ini". Agak pelik bunyi kenyataan ini, tetapi ia mempunyai pengertian tersendiri.

"Ini kerana pengorbanan dan kesungguhan yang dicurahkan atlet demi untuk mengharumkan nama negara di persada dunia sukan adalah satu bentuk jihad walaupun ia tidak sehebat jihad di medan perang," demikian kata Ketua Unit Hal Ehwal Islam Cawangan Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara, Ustaz Mohammad Hasnol Bakar.

Beliau menambah definisi jihad jangan disalah anggap kerana ia mempunyai pengertian yang luas.

"Jihad dalam pengertian dunia moden sekarang ialah pengorbanan tenaga yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk mencapai kemakmuran dan keunggulan yang mendatangkan manfaat kepada ummah.

"Dan sukan juga adalah salah satu bentuk jihad umat Islam di akhir zaman jika kena dengan niatnya dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam," jelasnya kepada Bernama.

Malah menurut Muhammad Hasnol, sejarah mencatit bahawa pemimpin agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah berdakwah mengunakan medium sukan.

"Ini berlaku apabila Nabi telah dicabar beberapa kali oleh ahli gusti dari kaum Quraish di Mekah yang bernama Rukanah Abu Yazid untuk bergusti dengannya dan sanggup memeluk Islam jika Nabi mampu mengalahkannya dalam tiga pusingan.

"Baginda menyahut cabaran itu dan kemudian menewaskan Rukanah. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa umat Islam pada zaman itu mempunyai kekuatan fizikal kerana mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan mereka," katanya.

Menurut Muhammad Hasnol lagi, Nabi pernah menyertai sahabat-sahabatnya untuk bermain panah malah pernah berlumba kuda dengan isteri baginda Siti Aisyah.

"Bagaimanapun, batas-batas seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sehingga mendatangkan kemudaratan pada jiwa, akal dan emosi perlulah diambil berat agar ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam," katanya.

Menutup aurat juga dituntut untuk atlet Islam dan ini tidak menghalang atlet yang menuntup aurat untuk bersaing dengan atlet lain dan mencapai kemenangan, katanya.

Ini terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing yang baru berlalu, di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir, tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung.

Contoh lain ialah pelari dari Bahrin, Ruqaya al-Ghasara yang bertudung tetapi

Page 10: teori birokrasi

masih mampu memenangi pingat emas ketika beraksi di Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006.

Muhammad Hasnol berkata negara Islam perlu menggiatkan sukan di kalangan rakyatnya sendiri dan menjadikan sukan untuk memajukan meraka di peringkat antarabangsa.

"Walaupun negara Islam telah mewujudkan Sukan Perpaduan Negara Islam yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 di Arab Saudi, namun ia belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan oleh seluruh umat Islam," katanya.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan  berita melalui perkhidmatan Newswire.

Kembali Ke Atas

Pencapaian sukan negara, gema 1Malaysia SEJAK sekian lama dari tahun 1950-an hingga kini, Malaysia melahirkan juara dalam arena

badminton antarabangsa, begitu juga dengan sukan hoki yang meletakkan negara sebagai

pasukan digeruni lawan dalam tahun 1970-an.

Sepanjang dekad kebelakangan ini, olahragawan dan olahragawati negara begitu menyinar

dalam sukan di peringkat antarabangsa seperti boling, boling padang, skuasy dan

kebelakangan ini, lumba berbasikal.

Sememangnya rakyat Malaysia, dari berbilang kaum dan agama serta juga fahaman politik

bersatu dengan satu tujuan dalam bidang sukan untuk melihat rakan senegara mencipta

nama di persada sukan antarabangsa.Itulah semangat 1Malaysia.

Tahun ini, semangat itu dilihat lebih menonjol dan berasaskan semangat itulah juga atlet

negara bermain bermatimatian untuk mendapatkan kemenangan buat negara.

Apabila Datuk Lee Chong Wei tewas di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di

Hyderabad, India, satu negara merasai kekecewaan itu.

Bahkan apabila pemain skuasy wanita nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David tidak

berjaya dalam usaha melobi sukan berkenaan ke dalam Olimpik, kita turut terkilan.

Sikap cintakan negara juga telah menyuntik semangat Azizulhasni Awang membuktikan

dirinya jaguh pecut sukan lumba basikal Asia apabila menjuarai acara 200m pecut lelaki

Page 11: teori birokrasi

pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Velodrom Tenggarong dekat Samarinda,

Kalimantan 16 Ogos lalu.

Begitu juga dengan semangat atlet OKU negara yang turut menyumbang pingat untuk

negara seperti yang ditunjukkan oleh atlet paralimpik kuartet 4X100 meter negara dan

perenang Zul Amirul Sidi serta keseluruhan persembahan cemerlang mereka pada Sukan

Para Asean kelima (KL 09).

Sukan suntik semangat 1Malaysia

Kalau dulu, laungan 'Malaysia Boleh' mengaum di belakang setiap atlet Malaysia, apakah

sorakan dan semangat '1Malaysia' berupaya menggantikan slogan ini dalam bidang sukan?

Persoalannya, bagaimanakah semangat itu dapat dibentuk menerusi bidang sukan?

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar ialah Datuk Bandar yang dinamik

dalam usahanya menukarkan wajah Kuala Lumpur menjadi Bandar Sukan yang

membangun dan merupakan Datuk Bandar sewaktu negara menjadi tuan rumah Sukan

Komanwel ke-16 (KL'98).

Beliau sangat menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

yang mahu bidang sukan diberi penekanan kembali di peringkat sekolah.

Rasionalnya menurut Elyas, individu yang sering bersukan selalunya akan sihat tubuh

badan dan minda dan akan membawa kepada sikap sentiasa berfikiran positif.

"Ia menanamkan semangat kerjasama, tanggungjawab dan disiplin yang tinggi. Jika

bermain sebagai satu pasukan yang mewakili negara, perasaan sayangkan negara akan

timbul," katanya semasa ditemui selepas satu forum mengenai "Bermain dan Belajar:

Pembentukan Individu Yang Seimbang, anjuran Nestle Malaysia barubaru ini.

Justeru, beliau bersetuju bahawa sistem persekolahan adalah saluran terbaik untuk

melahirkan generasi yang cintakan negara. Ini juga sesuai untuk Gagasan 1Malaysia.

Bekas ratu trek

Bekas ratu trek negara Marina Chin yang ditemui pada forum yang sama berpendapat

bidang sukan bukan sekadar untuk melihat sejauh mana pencapaian seseorang individu

dalam meraih pingat untuk negara. Tetapi falsafah di sebaliknya ialah melahirkan individu

yang berkeyakinan, berpendidikan dan lebih menonjol berbanding anggota masyarakat yang

lain apabila berada di luar persekolahan.Jelas Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil itu, sukan

ialah satu cabang yang mendidik dan membentuk keperibadian individu secara positif.

Page 12: teori birokrasi

Pengalaman yang dilalui sebagai atlet negara banyak membentuk kesedaran dalam dirinya

tentang nilai yang diperoleh dalam sukan.

Tidak ada perbezaan kaum dalam sukan

Kata Marina, tidak ada perbezaan kaum dalam sukan. "Pada saya, apabila sedang berlatih

bersama-sama di atas padang dan apabila berada di luar negara untuk sesuatu

pertandingan, kita menjadi satu keluarga yang sering mengambil berat dan saling memberi

galakan antara satu sama lain.

“Di peringkat masyarakat pula, sukan dapat menggalakkan dan menaikkan semangat

pertandingan yang sekaligus membawa kepada interaksi sosial yang bermakna.

“Antara lain, ia membina kualiti fizikal dan moral masyarakat bahkan berjaya mewujudkan

suasana yang kondusif untuk memupuk hubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai

kumpulan etnik di negara ini.

"Ketika inilah mereka dapat melupakan perbezaan etnik dan boleh bekerjasama sebagai

satu pasukan dengan satu azam," katanya.

Semangat patriotik akan terpamer dalam usaha para atlet negara mencapai kecemerlangan

di peringkat tertinggi dan kecemerlangan itu perlu dicapai dengan semangat kesukanan

yang tulen.

Jati diri

Bagi Marina, sebagai individu beliau percaya kepada jati diri yang terbentuk dalam bidang

sukan.

Sebagai seorang pendidik pula, beliau mengharapkan semua pihak terutamanya ibu bapa

mengubah cara berfikir mereka dalam masyarakat.

Bagi Marina, pengalaman membesar sebagai seorang atlet banyak menanam sikap

toleransi yang tinggi terhadap individu lain. Ini kerana, sewaktu bersukan, ia turut melibatkan

orang lain.

Secara tidak langsung mengajar beliau bagaimana untuk hidup bersama orang lain tanpa

mengira bangsa mahupun agama. Itulah semangat 1Malaysia. BERNAMA

Page 13: teori birokrasi

Kejayaan meraih 40 pingat emas di Sukan Sea Vientiane baru-baru ini dan berakhirnya penantian 20 tahun untuk emas pertama dari bola sepak memberi sebab untuk warga sukan meraikan penghujung 2009 dengan penuh keceriaan.

Meskipun pelbagai suka duka ditempuhi, ditambah pula dengan ancaman Influenza A (H1N1) yang turut menjejaskan program sukan sepanjang tahun ini, ia tidak menghalang baik atlit mahupun penggiat sukan berusaha melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama negara.

Kejayaan di Sukan Sea dianggap kenangan paling manis apabila berjaya melepasi sasaran awal 30 hingga 35 emas selepas kita ‘kehilangan’ separuh pingat emas yang menyumbang kepada 68 pingat emas seperti yang dimiliki di Korat dua tahun sebelumnya. Hakikatnya, Sukan Sea sering hadir dengan kejutan tersendiri.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong turut mengakui perkara ini biarpun selepas ini cabaran lebih besar menanti untuk berdepan cabaran Sukan Komanwel di New Delhi, Oktober depan apatah lagi beliau sendiri akan memikul beban selaku Chef de Mission Sukan Asia di Guangzhou pada bulan berikutnya.

Menganggap pencapaian tahun ini cukup memuaskan meskipun ada yang tidak menepati sasaran, beliau mahu pencapaian itu terus dipertingkatkan pada tahun mendatang.

“Selepas ini kita perlu meletakkan sasaran realistik khususnya untuk sukan berbentuk subjektif seperti karate dan wushu. Kita mungkin tidak berpeluang dalam sukan terjun berikutan dominasi China tetapi dalam acara seperti wushu, silat seni, karate juga poomsae (taekwondo) peluang masih ada,” katanya.

Menurutnya secara keseluruhannya, pencapaian sukan lain masih memuaskan dan masih unggul dalam acara lumba basikal, skuasy, bowling dan boling padang tetapi apa yang membuat beliau kagum ialah pencapaian 40 atlit pelapis yang yang berjaya membawa satu emas, lima perak dan tujuh gangsa di Sukan Sea, membayangkan sukan negara masih terus mempunyai masa depan cerah.

Sepanjang 2009, nama besar seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Azizulhasni Awang terus gah dalam sukan masing-masing meskipun Chong Wei masih berdepan prestasi tidak menentu manakala pemain England, Jenny Duncalf pula sudah menemui ‘titik kelemahan’ Nicol apabila dua kali menewaskan pemain nombor satu dunia itu tahun ini.

Hanya Azizulhasni kekal konsisten untuk meraih beberapa kejayaan, di sebalik kesibukan menghadapi latihan dan pengajian di Melbourne hingga diangkat menjadi ‘anak emas’ Kementerian Belia dan Sukan juga MSN.

Selain itu, pelancaran program Road to London 2012, penyertaan Pasukan F1 1Malaysia dalam Formula Satu tahun depan, kejayaan skuad paralimpik negara di Sukan Para Asean di Kuala Lumpur antara peristiwa yang memacu harapan negara untuk lebih cemerlang dalam bidang sukan selepas ini.

Page 14: teori birokrasi

Apatah lagi, 2009 turut menyaksikan jawatan Menteri Belia dan Sukan bertukar tangan apabila bekas Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengambil alih tugas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini bertukar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), April lalu.

Sebaik memegang posisi penuh mencabar itu, beliau terus hadir dengan tiga gagasan iaitu menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat bersukan, menaikkan nama negara menerusi pungutan pingat dan membangunkan sukan sebagai satu industri, dengan berpaksikan kejayaan industri sukan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Lanjutan itu, lahirlah Konvensyen Industri Sukan Malaysia (Kismas) yang akhirnya mewujudkan direktori sukan kebangsaan. Turut memberi impak dalam hala tuju sukan negara termasuklah Konvensyen Sukan Kebangsaan yang baru saja berakhir minggu lalu.

Seperti juga Zolkples, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi turut mengakui Sukan Sea adalah pencapaian yang cukup cemerlang tahun ini apatah lagi selepas bola sepak berjaya membawa pulang pingat emas selepas begitu hebat dikritik sebelum ini.

Malah Sukan Sea juga menurut beliau membuka mata terhadap kemampuan sebenar negara dalam sukan mempertahankan diri dan menerusi penyertaan dalam Sukan Mempertahankan Diri Asia banyak membantu mengasah kemampuan atlit biarpun selepas ini akan digabungkan bersama Sukan Dalam Dewan Asia pada 2011.

Daripada 40 emas dimenangi, 13 diperolehi menerusi karate (5), silat (4), wushu (3) dan taekwondo (1).

Cuma di sebalik kegemilangan itu, isu perbalahan di kalangan persatuan turut mencemari kalendar 2009 menerusi pertelingkahan dikalangan atlit boling padang, isu Persatuan Pemain Golf Profesional Malaysia (MPGA) dan tentu sekali masalah dalaman Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) yang entah bila akan selesai.

“Memang akan sentiasa wujud pihak yang tidak berpuas hati tetapi dengan adanya Pesuruhjaya Sukan dan MOM sendiri, kita akan berusaha membantu menyelesaikannya,” kata Kok Chi.

Selain isu perbalahan persatuan, insiden bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh, Jun lalu serta beberapa insiden rusuhan penyokong bola sepak tempatan turut dikenang antara peristiwa hitam dalam sejarah sukan negara 2009.

Begitupun ia diharapkan tidak menjejaskan semangat penggiat sukan negara untuk terus memberikan yang terbaik untuk karier mereka juga kemajuan sukan negara amnya. Semoga apa yang berlaku sepanjang 2009 mungkin boleh diambil iktibar untuk melakar 2010 yang lebih cemerlang

Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di MalaysiaJulismah Jani (Ph. D)[email protected] Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, PerakKertas kerja yang telah dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor

Page 15: teori birokrasi

AbstrakKerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan diMalaysia. Jesteru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan kepada SukanMassa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia dan Sukan, 1988). Dasar tersebutbertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktivitisukan ke arah mencapai kecemerlangan dalam sukan ke tahap tinggi. Strategi pelaksanaansukan massa dan sukan prestasi tinggi hendaklah dibangunkan serentak dengan pendekatanserta tumpuan yang berbeza. Pendekatan bagi membangunkan sukan massa hendaklahditumpukan kepada pendidikan sukan. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripadasemua pihak termasuk guru. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana peranan gurudalam memacukan pembangunan sukan di Malaysia. Objektif kajian ialah mengenalpastitahap ilmu konten guru opsyen dan bukan opsyen dalam bidang sukan berdasarkan SukatanPelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah. Kajian ini turut mengkaji pelaksanaanpengajaran guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani. Sampel kajianmelibatkan 189 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di tingkatan satuhingga lima sama ada opsyen atau bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani di sekolahsekolahmenengah Daerah Batang Padang, Perak. Keputusan kajian mendapati 96.0% guruopsyen mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi dan 4.0 % pada tahap sederhana. Bagi gurubukan opsyen, seramai 2.9 % mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi, 94.2% pada tahapsederhana dan 2.9% pada tahap rendah. Kajian ini turut mendapati 90.0 % guru opsyenmengajar lebih dari 50 peratus tajuk-tajuk bidang sukan berdasarkan Sukatan PelajaranPendidikan Jasmani berbanding 6.4 % guru bukan opsyen. Seterusnya, sebanyak 24.5 % gurubukan opsyen tidak mengajar tajuk bidang sukan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Dapatankajian ini menggambarkan bahawa pelajar di sekolah menengah yang dikaji tidak mendapatpendidikan sukan yang meluas untuk menggalakkan penyertaan dalam sukan sepenuhnya bagimencapai matlamat Dasar Sukan Negara khususnya sukan massa.2PengenalanKerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan diMalaysia. Kerajaan telah menyediakan prasarana sukan untuk kemudahan rakyat menceburkandiri dalam sukan dan dana bagi pertandingan peringkat kebangsaan hingga antarabangsa demipembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat. Jesteru itu, Dasar Sukan Negara telah digubaldengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia danSukan, 1988).Sukan massa merujuk kepada segala jenis sukan termasuk aktiviti rekreasi yangberbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Iamerupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan penyertaan yang luas bukan semata-matauntuk pertandingan. Dasar sukan massa bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihatdan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai program yang melibatkanslogan “Malaysia Cergas” telah diusahakan oleh organisasi tertentu bagi menggalakkanpenyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah bersukan dan rekreasi.Sukan prestasi tinggi merujuk kepada sukan pertandingan peringkat kebangsaan danantarabangsa. Dasar sukan prestasi tinggi menekankan pencapaian kecemerlangan atlet pada

Page 16: teori birokrasi

tahap tinggi. Majlis Sukan Negara telah dipertanggungjawab menyelaraskan pembangunansukan prestasi tinggi.Kejayaan pembangunan sukan negara perlu bermula dengan menggerakan masyarakataktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup mereka. Pendekatan menggerak danmembudayakan sukan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan di peringkat sekolah.Pendidikan sukan menitikberatkan pengajaran kemahiran, strategi dan pengetahuan tentangsukan dan aktiviti kecergasan fizikal. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripadasemua pihak termasuk guru. Peranan guru bukan semata-mata mengajar topik-topik pelajaranyang ditentukan dalam sukatan pelajaran bidang masing-masing. Peranan guru ialahmenyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai pendekatanmengajar untuk pelajar menimba pembelajaran secara berkesan. Hasil dari prosespembelajaran yang berkesan, pelajar dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognisi,membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan nilainilaiafektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002).Persoalannya, bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkanpengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Apakah formula atau model yang perlu adadalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Mampukah seseorang gurumelaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan?Persoalan tentang bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkanpengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila guru menguasai ilmu konten danilmu pedagogi yang mantap dalam bidangnya. Formula atau model yang perlu ada dalamproses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pendekatan-pendekatan yangmelibatkan penggabungjalinan ilmu konten dan ilmu pedagogi secara bersepadu dan bermakna.Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh3direalisasikan sekiranya guru bermotivasi, kompiten dan komitmen terhadap bidang profesionkeguruan yang diceburinya. Guru Pendidikan Jasmani seharusnya pakar dalam pelbagaibidang sukan dan kecergasan fizikal bagi menentukan bagaimana cara mereka menyampaikanilmu dan sejauhmana murid belajar dalam satu-satu unit konten pelajaran. Salah satu aspekpenting pengajaran seseorang guru ialah penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar(knowledge based of teaching) secara interaktif dan mendalam.Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana penguasaan guru dalam teraspengetahuan mengajar khususnya ilmu konten serta pelaksanaan pengajaran dalam pelajaranPendidikan Jasmani sebagai peranan utama dalam memacukan pembangunan sukan diMalaysia.Teras pengetahuan mengajar bermaksud segala jenis pengetahuan yang perlu ada padaseseorang guru untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah(Shulman, 1987). Salah satu elemen teras pengetahuan mengajar ialah ilmu konten iaitupengetahuan tentang kandungan subjek bidang yang hendak di ajar. Christensen (1996)melaporkan bahawa di negara Amerika, kebanyakan guru menggunakan elemen teraspengetahuan dalam mengajar bagi program pendidikan yang dianjurkan oleh the NationalCouncil on Accreditation for Teacher Education (NCATE). Kebaikan yang dapat dihasilkanapabila guru menggunakan elemen-elemen teras pengetahuan dalam proses pengajarannyaialah:a). Guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai berdasarkan ilmukonten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten pedagogi ke arah mencapai objektif pelajaran.

Page 17: teori birokrasi

b). Aktiviti-aktiviti pengajaran dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan pengetahuan dalamkurikulum sekolah, pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan tentang muriddan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan.c). Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat memotivasikanmurid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukan dua waktu seminggu bagipelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah dan masa bagi kegiatankokurikulum (bidang sukan) kepada pelajar. Pendidikan Jasmani adalah bidang ilmu yangmengabungjalinkan aspek-aspek pendidikan melalui aktiviti pergerakan fizikal dalam sukan.Matlamat Pendidikan Jasmani adalah ke arah pembinaan kecergasan diri pelajar melaluiamalan-amalan gaya hidup sihat serta menjadikan aktiviti kecergasan dan sukan sebagaipendidikan sepanjang hayat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Berdasarkan matlamattersebut, guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajarandan disesuaikan dengan tahap kematangan dan kebolehan pelajar. Proses pengajaran danpembelajaran guru hendaklah bermakna dan berkesan dengan menguasai ilmu konten pedagogipada tahap tinggi.Surat pekeliling ikhtisas bilangan 25/1998 memaklumkan bahawa mata pelajaran PendidikanJasmani adalah mata pelajaran teras dan perlu dilaksanakan seperti yang diperuntukan dalamAkta Pendidikan 1996. Pelaksanaan mata pelajaran tersebut hendaklah berlandaskan kepadapelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran4Pendidikan Jasmani melalui pergerakan fizikal. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (PusatPerkembangan Kurikulum, 2001) disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu Tunjang 1:Kecergasan, Tunjang 2: Kemahiran, dan Tunjang 3: Kesukanan.Tunjang Kecergasan memfokuskan kepada komponen kecergasan berasaskan kesihatandan perlakuan motor. Guru yang mempunyai ilmu konten dalam tunjang ini perlu menguasaipengetahuan dan kemahiran dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan,kelenturan dan komposisi badan bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan. Bagikomponen kecergasan berlandaskan perlakuan motor, guru perlu menguasai ilmu konten dankecekapan kemahiran dalam aspek koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan.Tunjang kedua iaitu Kemahiran adalah aktiviti-aktiviti belajar yang melibatkan pelajarmelakukan pergerakan lakuan motor asas seperti kemahiran-kemahiran dalam permainansukan, olahraga, gimnastik, pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan rekreasi. Guruperlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan cekap dalam melaksanakan kemahirankemahirandalam permainan sukan, olahraga, gimnastik, pendidikan pergerakan, pergerakankreatif dan rekreasi.Tunjang Kesukanan menumpukan kepada pendidikan dan amalan pelajar berkaitanaspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dansukan. Bagi tunjang ini, guru perlu mempunyai ilmu konten yang dapat mengaitkan tunjangtersebut dengan bidang lain seperti perubatan, pentadbiran, ekonomi, agama dan politik.Penyataan MasalahMata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah sepatutnya diajar oleh guruguruyang berkelayakan dalam bidang Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan (guru opsyen)

Page 18: teori birokrasi

kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu konten dan pedagogi semasa dalam kursuspengajiannya. Namun demikian, masih terdapat guru-guru yang bukan dalam bidangPendidikan Jasmani atau Sains Sukan (guru bukan opsyen) diminta untuk mengajar matapelajaran tersebut. Perkara ini berlaku kerana kurangnya guru opsyen Pendidikan Jasmani disekolah-sekolah menengah. Tambahan, pihak sekolah masih beranggapan bahawa matapelajaran Pendidikan Jasmani boleh diajar oleh semua guru kerana mata pelajaran ini tidakberunsur peperiksaan dan pendekatan mengajar lebih kepada bermain-main. Tanggapantersebut tidak berasas kerana peranan guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalampelbagai pendekatan kepada murid untuk mereka menimba pembelajaran yang berkesan.Persoalannya, adakah guru opsyen dan bukan opsyen yang mengajar mata pelajaranPendidikan Jasmani di sekolah menengah mempunyai ilmu konten dalam proses pengajarandan pembelajarannya? Justeru itu, kajian ini ingin mengenal pasti sejauh mana penguasaanilmu konten guru Pendidikan Jasmani (opsyen atau bukan opsyen) dan pelaksanaannya dalampelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak.5Objektif Kajiana). Mengenalpasti tahap ilmu konten guru opsyen dan bukan opsyen dalam bidang sukanberdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah di sekolah yangdikaji.b). Mengkaji sama ada wujud pelaksanaan pengajaran dalam bidang sukan bagi guru opsyendan bukan opsyen semasa pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah yang dikaji.Kaedah KajianRekabentuk kajian ini berupa deskriptif melalui kaedah survey. Konseptual kajianmemfokuskan kepada tahap penguasaan ilmu konten dan pelaksanaan mengajar guru opsyendan bukan opsyen dalam pelajaran Pendidikan Jasmani.Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini berupa soal selidik. Alat ukur tersebutmengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama mengandungi soalan-soalan tentang demografiresponden (guru opsyen atau guru bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani). Bahagianini dapat memberikan maklumat latar belakang sama ada guru yang mengajar mata pelajaranPendidikan Jasmani adalah guru opsyen atau guru bukan opsyen dalam bidang PendidikanJasmani serta pengalaman mengajar guru dalam bidang tersebut. Bahagian kedua dalam soalselidik ini merupakan soalan-soalan yang mengandungi elemen ilmu konten. Soalan-soalan inimemberi gambaran sejauh mana tahap penguasaan ilmu konten guru sama ada opsyen ataubukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani. Manakala bahagian ketiga berupa soalansoalanyang meliputi pelaksanaan pengajaran guru dalam pelajaran Pendidikan Jasmani.Sampel kajian meliputi guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani samaada opsyen atau bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani bagi tingkatan satu hinggatingkatan lima di sekolah-sekolah menengah. Tempat kajian ialah sekolah-sekolah menengahDaerah Batang Padang, Perak yang melibatkan kawasan Tanjong Malim, Slim River, Sungkaidan Tapah.Keputusan KajianJadual 1 menunjukkan keputusan analisis data tentang ilmu konten (pengetahuan dankemahiran) guru opsyen dan bukan opsyen Pendidikan Jasmani mengikut TunjangPembelajaran dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM). Hasil kajian mendapati bahawa pada keseluruhannya guru yang dikaji

Page 19: teori birokrasi

mempunyai ilmu konten di antara 26% hingga 75% dalam Tunjang Kecergasan, 26% hingga75% dalam Tunjang Kemahiran dan 51% hingga 100% dalam Tunjang Kesukanan.Sesungguhnya, guru opsyen menguasai ilmu konten dalam ketiga-tiga Tunjang Pembelajaranpada peratusan yang tinggi berbanding guru bukan opsyen Pendidikan Jasmani.6Jadual 1: Peratus Ilmu Konten Guru Opsyen (n = 50) dan Bukan Opsyen Pendidikan Jasmanimengikut Tunjang Pembelajaran (n = 139)Tunjang Pembelajaran%Guru Opsyen%Guru Bukan Opsyen%Keseluruhan%Tunjang Kecergasan76% - 100%51% - 75%26% - 50%Kurang 25%37.043.717.202.104.828.959.406.920.936.338.304.5Tunjang Kemahiran76% - 100%51% - 75%26% - 50%Kurang 25%37.348.913.8026.031.538.104.431.640.226.02.2Tunjang Kesukanan

Page 20: teori birokrasi

76% - 100%51% - 75%26% - 50%Kurang 25%68.431.60042.956.001.1055.643.800.6Jadual 2 di bawah ini adalah keputusan analisis data tentang tahap penguasaan ilmu kontenguru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani.Jadual 2: Tahap Penguasaan Ilmu Konten Guru Opsyen dan Bukan Opsyen PendidikanJasmani (n = 189)PeratusTeras PengetahuanMengajarSkor Min1.00 – 2.33RendahSkor Min2.34 – 3.66SederhanaSkor Min3.67 – 5.00TinggiSkor MinKeseluruhanSisihanPiawaiTahapPenguasaanOBOIlmu KontenK002.902.104.094.270.496.002.927.54.0402.7723.107

Page 21: teori birokrasi

0.2340.2780.620TinggiSederhanaSederhanaNota: O: Opsyen Pendidikan Jasmani (n = 50)BO: Bukan Opsyen Pendidikan Jasmani (n = 139)K: Keseluruhan (Guru Opsyen dan Bukan Opsyen)7Keputusan kajian mendapati 96.0% guru opsyen mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi dan4.0 % pada tahap sederhana. Bagi guru bukan opsyen, seramai 2.9 % mempunyai ilmu kontenpada tahap tinggi, 94.2% pada tahap sederhana dan 2.9% pada tahap rendah. Keseluruhandapatan kajian menunjukkan guru Pendidikan Jasmani menguasai ilmu konten pada tahapsederhana.Kajian ini turut mendapati 90.0 % guru opsyen mengajar lebih dari 50 peratus tajuktajukbidang sukan berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani berbanding 6.4 % gurubukan opsyen (Rujuk Jadual 3). Seterusnya, sebanyak 24.5 % guru bukan opsyen tidakmengajar tajuk bidang sukan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani.Jadual 3: Peratus Pelaksanaan Mengajar Guru Opsyen (n = 50) dan Bukan OpsyenPendidikan Jasmani mengikut Tunjang Pembelajaran (n = 139)Mengajar mengikut Tunjang Pembelajaran%76% - 100%51% - 75%26% - 50%Kurang 25%TidakMengajar%GuruOpsyen55.134.910.000Guru BukanOpsyen02.004.424.344.824.58Perbincangan dan Implikasi KajianSukan sering dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang memerlukan kemahiran pergerakan motorserta kecergasan fizikal, mental dan emosi yang baik. Sukan juga dilihat sebagai satu institusisosial yang berpangaruh dan berperanan dalam membudayakan masyarakat yang sihat, cergas,

Page 22: teori birokrasi

bersemangat kesukanan dan bersikap positif dalam sukan. Membudayakan sukan perludibentuk dari peringkat kanak-kanak dengan ilmu pendidikan sukan. Ilmu pendidikan sukantelah bermula dibangku sekolah melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kegiatankokurikulum. Guru yang terlibat secara langsung dalam pendidikan sukan bertanggungjawabmemberikan didikan dan bimbingan tentang bidang sukan dengan sempurna. Kesempurnaanmendidik dan membimbing merujuk kepada kemantapan ilmu konten dan pedagogi guru dalambidang sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani.Namun, hasil dari kajian ini mendapati bahawa purata 48 % guru opsyen yangmempunyai ilmu konten di antara 76 % hingga 100% dalam Tunjang Pembelajaran mengikutSukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSM). Manakala 25% guru bukan opsyenmempunyai ilmu konten pada tahap 76 % hingga 100% dalam Tunjang Pembelajaran mengikutSukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSM). Sehubungan itu, keputusan kajian mendapati96.0% guru opsyen mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi dan 4.0 % pada tahap sederhana.Bagi guru bukan opsyen, seramai 2.9 % mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi, 94.2%pada tahap sederhana dan 2.9% pada tahap rendah. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkanguru Pendidikan Jasmani menguasai ilmu konten pada tahap sederhana.Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuanterutamanya ilmu konten untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya disekolah. Ilmu konten sangat penting kerana matlamat pengajaran seseorang guru ialah untukmelaksanakan sebaik mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadilebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktivitiaktivitiPendidikan Jasmani. Shanker (1985), telah melaporkan bahawa guru di AmerikaSyarikat yang dikaji menggunakan kemahiran profesional am (ilmu pedagogi am) dengan lebihcenderung memilih tajuk dan kaedah pengajaran yang mudah semasa mengajar bagimenangani situasi yang mana guru merasakan mereka kurang pengetahuan dalam bidang yangdiajar. Seharusnya guru perlu yakin menggunakan ilmu konten daripada ilmu pedagogi amdalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar di sekolah.Pissanos & Temple (1990), melaporkan bahawa guru opsyen Pendidikan Jasmanimerasa kecewa dengan kualiti pengajaran guru bukan opsyen kerana pengajaran merekabersifat “ikut apa yang cikgu suruh buat” daripada pengajaran yang berpusatkan ‘bagaimananak lakukan dan mengapa perlu lakukan kemahiran itu”. Harris (1992), menegaskan bahawaperanan guru Pendidikan Jasmani ialah memperkembangkan pengetahuan, kefahaman,kemahiran dan sikap melalui aktiviti sukan supaya murid menjadi pengamal dalammembudayakan sukan untuk kesihatan dan kecergasan. Kementerian Pendidikan Malaysia(1997) pula menjelaskan bahawa peranan guru bestari ialah melaksanakan proses pengajarandan pembelajaran yang berkualiti sebagai aspek penting bagi menjamin tercapainya matlamatpendidikan negara seterusnya wawasan negara.9Guru Pendidikan Jasmani adalah guru yang menyebarkan pengetahuan awal kepadapelajar tentang sesuatu kemahiran baru tentang sukan. Mereka adalah pencetus kepada minatpelajar terhadap sukan dan seterusnya pelajar akan memilih sukan kegemarannya sebagaikegiatan riadah. Kekangan dalam menguasai sesuatu kemahiran sukan sering berlaku keranaguru yang mengajar Pendidikan Jasmani kurang ilmu pengetahuan dalam bidang yang diajar.

Page 23: teori birokrasi

Tambahan, guru hanya merasakan tiada keperluan dan kepentingan untuk mengajar pelajaranPendidikan Jasmani kerana tidak melibatkan penilaian dan akauntabiliti. Tillman (1996),memperkatakan tentang akauntabiliti yang harus dimiliki oleh seseorang guru PendidikanJasmani. Guru Pendidikan Jasmani yang berakauntabiliti menurut beliau adalah guru yangmempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap tugas mengajarnya dengan betul dansempurna. Justeru, akan mewujudkan situasi pembelajaran yang bermakna bagi seseorangpelajar hasil komitmen guru yang berakauntabiliti.Setiap guru mesti mempunyai tanggungjawab terhadap menyampaikan pelajaran dansepatutnya menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam mata pelajaranPendidikan Jasmani. Namun dalam kajian ini didapati, 90.0 % guru opsyen mengajar lebih dari50 peratus tajuk-tajuk bidang sukan berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmaniberbanding 6.4 % guru bukan opsyen. Seterusnya, sebanyak 24.5 % guru bukan opsyen tidakmengajar tajuk bidang sukan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Dapatan kajian inimenggambarkan bahawa pelajar di sekolah menengah yang dikaji tidak mendapat pendidikansukan yang meluas untuk menggalakkan penyertaan dalam sukan sepenuhnya.Gambaran sedemikian memberi implikasi bahawa matlamat Dasar Sukan Negarakhususnya sukan massa sukar mendapat sokongan dan penyertaan sepenuhnya bagimembentuk masyarakat yang sihat dan cergas. Sebenarnya sistem pendidikan di Malaysiamemberi peluang kepada setiap pelajar mengetengahkan bakat dan kebolehan mereka dalambidang sukan. Ketrampilan guru dalam sukan sepatutnya dapat menggarap pelajarmenyalurkan kemahiran bersukan serta dapat menggunakan ilmu pendidikan sukan semasamereka menyertai pertandingan di peringkat sekolah, daerah atau negeri.Berdasarkan dapatan kajian, adalah disimpulkan bahawa peranan guru PendidikanJasmani ialah memantapkan diri dengan ilmu konten, akauntabiliti dalam melaksanakanpengajaran dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu diajar oleh guru opsyen PendidikanJasmani ke arah memacukan pembangunan sukan di Malaysia.10RujukanChristensen, D. (1996). The profesional knowledge research base for teacher education. In M.W. Metzler. (2000). Instructional models for physical education, (pp. 21). Boston:Allyn and Bacon.Harris, J. (1992). Highlighting health related exercise within the National Curriculum-Part 2.The British Journal of Physical Educator, 23, (2). Pg 18-22.Kementerian Belia dan Sukan. (1988). Dasar sukan Negara. Kuala Lumpur: KementerianBelia dan Sukan Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Sekolah bestari di Malaysia. Kuala Lumpur:Pasukan Petugas Sekolah Bestari.Pissanos, C., & Temple, J.G. (1990). Fitting together physical education specialist andclassroom teachers, pupils and teachers. The Physical Educator, 58, (3). Pg 154-156.Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Sukatan pelajaran rendah dan menengah:Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadusekolah menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.Rink, J. E. (2002). Teaching physical education for learning (4th ed.). Boston: Mc Graw Hill.Shanker, A. (1985). “Educations dirty little secret.” New York Times, October, 1986.Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. HarvardEducational Review, 15 (2), 4–14.Tillman, K.G. (1996). The administration of physical education, sport and leisure programs

Page 24: teori birokrasi

(6th ed). Needham Height Massachusetts: Simon & Schuster Company.

PROSPEK 2006-2010

24.15 Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan akan menekankan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Teras strategik pembangunan sukan adalah seperti berikut:

a) memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan untuk menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan;

b) membangunkan budaya kesukanan di kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai program sukan; dan

c) menggalak gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.

Pengukuhan Jentera Sukan Negara dan Keupayaan Institusi

24.16 Dalam tempoh Rancangan, pembangunan sukan akan memberi penekanan kepada lapan sukan teras, iaitu olahraga, akuatik, badminton, boling tenpin, bolasepak, gimnastik, hoki dan skuasy. Bagi memastikan pembangunan sukan di Malaysia diselaras dan diurus dengan baik secara profesional dan menepati Akta Pembangunan Sukan 1997, Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan terus menganjur program latihan untuk pemegang jawatan dengan memberi tumpuan kepada pentadbiran dan pengurusan. Kira-kira 2,010 pegawai dijangka dilatih setiap tahun. Bagi menyeragam pengurusan persatuan sukan di seluruh negara, Akta Pembangunan Sukan, 1997 akan diperluas ke Sabah dan Sarawak.

24.17 Sektor swasta juga akan digalak untuk melengkapi usaha Kerajaan dalam menyedia kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil dan perindustrian. Satu rancangan jangka panjang mengenai penyediaan dan pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi oleh sektor awam dan swasta akan digubal. Di samping itu, perkongsian dengan sektor swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti bakat muda serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda menyertai aktiviti sukan.

Program Sukan Massa

24.18 Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan akan dianjur untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Usaha tersebut termasuk program pembangunan kecergasan dan aktiviti luar manakala program baru berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai di kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup sihat di kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti kempen, program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan diteruskan dalam tempoh Rancangan. Sebanyak 50 peratus rakyat Malaysia dijangka terlibat secara langsung dalam aktiviti gaya hidup cergas dan sihat menjelang tahun 2010. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini, sejumlah 24,000 jurulatih dan fasilitator dalam sukan massa akan dilantik dan

Page 25: teori birokrasi

dilatih melalui kursus yang akan dijalankan di dalam dan luar negara.

24.19 Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini, semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan digalakkan dengan sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program dan aktiviti ini akan meningkat dan menggalakkan pelancongan sukan dan menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan.

24.20 Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan di naik taraf. Langkah akan diambil untuk memastikan penyenggaraan dan penjagaan kemudahan dilakukan dengan sempurna termasuk penguatkuasaan peraturan dan prosedur mengenai penggunaan kemudahan tersebut. Di samping itu, personel terlibat dalam penyenggaraan kemudahan akan diberi latihan berkaitan bagi memastikan mereka cekap dan berupaya untuk mengurus kemudahan tersebut. Bagi menggalak serta memudahkan penyertaan yang lebih ramai dalam sukan pada peringkat akar umbi, 13 kompleks sukan pelbagai guna peringkat daerah akan dibina. Pelbagai kemudahan untuk sukan seperti badminton, sepak takraw dan futsal serta premis untuk mengadakan mesyuarat dan lain aktiviti berkaitan masyarakat akan disedia di kompleks tersebut. Satu jawatankuasa bagi pengurusan dan penyenggaraan yang teratur bagi setiap kompleks akan ditubuhkan di setiap kawasan berkenaan.

Sukan Berprestasi Tinggi

24.21 Dalam tempoh Rancangan, usaha akan terus diambil untuk menyedia lebih ramai atlit muda untuk menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa melalui program latihan dan kejurulatihan yang sistematik. Sehubungan ini, Program Pembangunan Bakat akan menyediakan latihan kepada 14,570 atlit muda dalam 37 acara sukan. Bagi tujuan ini, pusat latihan dan jurulatih untuk Program Pembangunan Bakat akan ditambah bagi menghasilkan lebih ramai atlit berbakat menjadi juara dan berpotensi memenangi pingat terutamanya untuk Sukan Asia 2006, Sukan Olimpik 2008, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun 2010 serta kejohanan antarabangsa yang lain. Akses yang lebih kepada program latihan di luar negara akan disediakan untuk memastikan atlit cemerlang dalam sukan berprestasi tinggi pada peringkat antarabangsa.

24.22 Pendekatan yang lebih bersistem untuk mengenalpasti dan menyediakan atlit di peringkat sekolah rendah dan menengah akan diguna pakai bagi mewujudkan asas yang lebih baik bagi membolehkan penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi. Bagi tujuan ini, lebih ramai guru pendidikan jasmani akan ditempatkan di sekolah rendah manakala mata pelajaran olahraga dan gimnastik akan dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Di samping itu, program pembangunan sukan sekolah akan terus diperkukuh termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada, membina dua sekolah sukan baru, penglibatan dan penyertaan yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa serta penyediaan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan. Sekolah akan digalakkan untuk menganjur aktiviti selepas waktu sekolah bagi menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah baik kemahiran mereka dalam sukan yang dikenali dan melibatkan diri dalam aktiviti baru di bawah bimbingan jurulatih yang baik. Akses yang lebih baik kepada kemudahan dan kompleks sukan akan disediakan kepada pelajar termasuk kemudahan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menggalakkan pelajar aktif dalam sukan.

24.23 Usaha akan diambil untuk menambah bilangan jurulatih yang berkelayakan memandangkan jurulatih memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan. Lebih banyak program latihan di peringkat sijil, diploma dan ijazah akan dijalankan.

Page 26: teori birokrasi

Satu program khas akan diperkenalkan untuk akreditasi jurulatih yang terlibat dalam menjalankan program pembangunan atlit manakala bekas atlit dan atlit sedia ada yang berpengalaman akan digalakkan untuk mengikuti latihan yang perlu untuk menjadi jurulatih. Institusi pendidikan tinggi awam akan digalakkan untuk menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar untuk mendaftar pada peringkat ijazah dalam bidang sains sukan serta program bagi melatih jurulatih baru.

24.24 Program Persediaan Atlit akan diteruskan bagi menyediakan atlit Malaysia ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun 2006 dan 2010, Sukan SEA pada tahun 2007 serta Sukan Olimpik pada tahun 2008. Sebagai tuan rumah Sukan Paralimpik Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya pada tahun 2006, Malaysia akan terus menyumbang ke arah pembangunan sukan di kalangan orang kurang upaya. Acara ini akan melibatkan penyertaan 48 negara dengan 5,000 atlit dan pegawai sukan serta 10,000 sukarelawan. Bagi tujuan ini, program latihan intensif dan khusus akan dianjurkan bagi memastikan kejayaan penyertaan atlit Malaysia. Di samping itu, peranan sebagai tuan rumah acara sukan yang lain seperti sukan Bot Berkuasa Tinggi, Le Tour de Langkawi, Formula One Grand Prix dan Piala Monsoon akan meningkatkan sumbangan kepada pembangunan industri pelancongan.

Copyright® 2005. All rights reserved. The Government of Malaysia |