biro aktiviti aktiviti

4
AKTIVITI Senamrobik Aktiviti Senamrobik ini akan diadakan pada awal pagi iaitu selepas pendaftaran peserta.Senamrobik ini akan bermula pada jam 8 pagi dan dijangkakan tamat pada jam 8:30 pagi.Hal ini demikian kerana masa yang diperuntukkan untuk senamrobik hanya tiga puluh minit.Aktiviti ini wajib disertai oleh semua peserta dan ianya bukanlah pertandingan.Senamrobik adalah merupakan satu aktiviti pemanas badan kepada semua peserta.Semua ahli Biro Aktiviti akan mengendalikan aktiviti ini. i.)Objektif Objektif utama aktiviti ini adalah bagi memastikan semua peserta berada dalam keadaan bersedia dari segi fizikal sebelum memulakan aktiviti senam seni di samping dapat mengelakkan peserta-peserta daripada mengalami masalah kekejangan otot semasa menjalankan aktiviti senam seni.

Upload: unknown

Post on 19-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

aktiviti

TRANSCRIPT

Page 1: Biro Aktiviti Aktiviti

AKTIVITI

Senamrobik

Aktiviti Senamrobik ini akan diadakan pada awal pagi iaitu selepas pendaftaran peserta.Senamrobik ini akan bermula pada jam 8 pagi dan dijangkakan tamat pada jam 8:30 pagi.Hal ini demikian kerana masa yang diperuntukkan untuk senamrobik hanya tiga puluh minit.Aktiviti ini wajib disertai oleh semua peserta dan ianya bukanlah pertandingan.Senamrobik adalah merupakan satu aktiviti pemanas badan kepada semua peserta.Semua ahli Biro Aktiviti akan mengendalikan aktiviti ini.

i.)Objektif

Objektif utama aktiviti ini adalah bagi memastikan semua peserta berada dalam keadaan bersedia dari segi fizikal sebelum memulakan aktiviti senam seni di samping dapat mengelakkan peserta-peserta daripada mengalami masalah kekejangan otot semasa menjalankan aktiviti senam seni.

ii.)Cara-cara senamrobik dijalankan

Pertama,peserta-peserta akan berbaris di dalam posisi yang telah ditetapkan.Beberapa orang ahli biro aktiviti akan berada di hadapan para peserta dan menjadi model dalam aktiviti senamrobik ini.Muzik akan dimainkan dan para model akan melakukan pergerakan yang sesuai dengan iringan muzik.Para peserta pula akan mengikut semua pergerakan yang dilakukan oleh model.Semua pergerakan yang

Page 2: Biro Aktiviti Aktiviti

dilakukan dalam senamrobik ini adalah berdasarka pergerakan pemanas badan dan regangan.

Aktiviti Senam Seni

Aktiviti senam seni yang telah dipilih ialah Mencipta pergerakan untuk sesebuah lagu.Aktiviti ini akan dijalankan di dalam kumpulan.Semua peserta akan dibahagikan kepada 10 kumpulan.Sepuluh kumpulan ini akan bersaing mencipta pergerakan mereka sendiri untuk sebuah lagu yang akan diberikan kepada mereka.Setiap kumpulan akan mendapat sebuah lagu yang berbeza bahasa dan semestinya berbeza juga pergerakannya.Semua kumpulan mesti mencipta pergerakan yang menarik dan mampu mengeluarkan peluh supaya dapat meningkatkan kecergasan para peserta.

i.)Objektif

Objektif utama aktiviti senam seni ini dilakukan adalah untuk memastikan sasaran iaitu semua peserta dari PPISMP IPGK Perlis dapat meningkatakn tahap kecergasan mereka.Selain itu,objektif lain ialah memastikan peserta sentiasa bersikap kreatif dalam semua aspek.Hal ini apabila semua peserta harus berbincang dalam mencipta pergerakan senam seni ini.Di samping itu,aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara peserta.Ini kerana setiap peserta harus bekerjasama mencipta pergerakan untuk lagu yang diberikan kepada mereka.Objektif seterusnya ialah meningkatkan kesihatan para peserta.

Page 3: Biro Aktiviti Aktiviti

ii.)Cara-cara aktiviti senam seni dijalankan

Pertama sekali,para peserta yang anggarannya adalah lebih kurang 100 orang akan dipecahkan kepada 10 kumpulan.Setiap kumpulan akan mempunyai 10 orang ahli.Setiap kumpulan akan dibimbing oleh dua orang fasilitator yang dipilih dari kalangan pelajar PPISMP TESL dan Agama.Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit bersama fasi masing-masing untuk berbincang dan mencipta pergerakan tersebut.Setiap kumpulan akan mendapat satu lagu yang berbeza yang terdiri dari pelbagai Bahasa seperti Bahasa Melayu,Arab,Inggeris,Cina,Hindustan,Korea dan lain-lain.Setelah selesai berbincang dalam masa 30 minit itu,semua kumpulan akan mempersembahkan pergerakan mereka masing-masing.Kumpulan yang menunjukkan pergerakan paling baik akan diberikan hadiah.