bimbingan dan kaunseling

Upload: ana-twentytwo

Post on 03-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

2.0 PERBINCANGAN KESHassan seorang pelajar yang cemerlang yang baru berpindah ke sebuah sekolah elit di Bandar, Hassan mendapat giliran untuk membentang tugasan sejarahnya. Hassan berasa gementar dan bimbang kerana ia beranggapan saya mesti mendapat markah tinggi dalam pembentangan ini kerana saya sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya. Berdasarkan aspirasi sistem pendidikan secara mmenyeluruh dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025, jelaskan bagaimana anda sebagai seorang guru pembimbing akan membantu Hassan mengatasi perasaan gementar dan bimbang yang timbul akibat pemikiran yang tidak rasional.Pelan pembangunan pendidikan 2013-2025 adalah satu pelan strategik bagi melahirkan modal insan yang padu dari segi kurikulum dan kokurikulum, sebagai contoh, guru di sekolah akan menjadi suri teladan kepada anak-anak murid untuk membina keyakinan diri di samping perkhidmatan kaunseling yang dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah. perkhidmatan kaunseling yang disediakan dapat memberi impak yang signifikan dalam menjana kesejahteraan modal insan dalam aspek emosi, pemikiran dan tindakan demi menyumbang ke arah kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau institut pegajian tinggi adalah menjurus ke arah pembinaan insan yang berketrampilan, seimbang , mencapai tahap profesional yang tinggi dalam Keseriusan membangunkan aspek pendidikan negara ini mencerminkan bahawa betapa aspek profesion perguruan dalam sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama dalam pembangunan terutama dalam memastikan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.Murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia , nilai moral yang tinggi serta berupaya saing dengan rakan sebaya dari negara lain merupakan antara impak daripada PPPM ini. Menurut pelan itu, impak yang didapati daripada murid ialah golongan ini akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar dan boleh berjaya selain mempunyai hak bersuara dalam membentuyk pengalaman mereka. Murid juga akan mempunyai pembelajarn yang kaya dari segi akademik dan bukan akademik eraana lebih banyak projek dan tugasan berkumpulan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) murid serta keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan menurut pelan itu , dari sudut kesannya kepada guru, golongan ini akan menikmati laluan kerjaya yang lebih baik serta proses penilaian yang telus dan adil serta berkait dengan keupayaan dan prestasi yang relevan. Perbincangan kes dalam kerja kursus pendek EDU 3073 ini jugs meruapakan salah satu cabaran utama guru bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan dan bukan mehu mencapai kejayaan yang tertinggi semata-mata tanpa kefahaman pendidikan yang betul. Cabaran inilah yang harus digalas oleh guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Berdasarkan masalah yang di hadapi oleh pelajar tersebut iaitu Hassan , teori yang boleh diguna pakai ialah teori Teori Pemusatan Klien atau Perorangan yang telah diperkenalkan oleh Carls Rogers. Teori ini dapat membantu Hassan untuk mencapai potensi dirinya yang sepenuhnya kerana teori ini mampu membantu Hassan daripada perasaan gementar dan pemikiran yang tidak rasionalnya. Guru harus membuat perubahan yang membawa Hassan kepada kehidupan yang sebenar-benarnya . Kesedaran ini memerlukan usaha yang gigih daripada Hassan untuk mengatasi masalah yang dihadapi secara berterusan. Manusia akan berusaha secara berterusan untuk membaiki diri dalam proses mencapai kesempurnaan kendiri. Secara amnya, manusia tidak pernah berasa puas hati dengan tahap pencapaiannya.Teori Pemusatan Klien atau Perorangan telah diperkenalkan oleh Carls Rogers dalam bukunya yang pertama, Counseling and Psychotherapy yang telah diterbitkan pada 1942 . Rogers memulakan pemusatannya kepada pengalaman klien dan juga pandangan subjektifnya terhadap fenomena dunia ini. Hassan telah mengunci dalam pemikirannya bahawa dia mesti mendapat markah yang tertinggi dalam pembentangan subjek sejarah tersebut. Hassan mempunyai tujuannya yang tersendiri serta matlamatnya. Keadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu akan terikat dengan kemahuannya tersendiri. Teori yang dikemukakan oleh Rogers adalah menganggap manusia adalah aktif, mempunyai tujuan, matlamat, sedia membaiki diri, yang mana kesemuanya menggambarkan bahawa manusia mampu bertindak sendiri mengikut pembawaan semulajadinya. .Pandangan Rogers ini merupakan teori kaunseling tidak berarah. Dalam proses ini kaunselor meletakkan tanggungjawab asas untuk mencari penyelesaian kepada masalah klien (Coleman dan Hammer, 1974). Menurut Rogers, guru perlu membataskan kerjanya kepada pemberian maklumat yang diperlukan oleh pelajar seperti mengenai pelajaran dan hasil pembelajaran atau hasil ujian minat, nilai dan kebolehan pelajar itu sendiri seperti yang dihadapi oleh Hassan. Guru pembimbing yang tidak berarah cuba mengelakkan daripada mencadangkan keputusan-keputusan atau penyelesaian supaya tanggung jawab akhir tetap berada dalam tangan pelajar itu sendiri. Oleh itu, guru hanya menjadi pembimbing dan menjadi penasihat yang utama, kerana semua keputusan akhir adalah bergantung kepada Hassan sendiri. Guru akan membantu Hassan membina keyakinan diri dan membuang semua perasaan gementar dan pemikirannya yang tidak rasional hanya kerana mahukan markah yang tinggi semata-mata. Ini menyebabkan Hassan lebih tertekan jika keputusan akhirnya tidak seprti yang dijangkakan. Teori ini juga banyak menekankan suatu pendekatan baru yang mewujudkan suasana penerimaan, aman damai dan kefahaman yang mana terapi pemusatan klien ini menumpukan perhubungan erat diantara kaunselor dan kliennya. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus menekan kan bahawa prestasi seseorang itu adalah sebagai hanya tertumpu sebagai pemudah cara dalam pembentukan kendiri dengan membantu Hassan menjumpai keupayaan dan kebolehannya sendiri untuk menyelesaikan masalah dan boleh menerima keputusan yang lebih baik berbanding mendapat keputusan yang di luar jangkaan Hassan. Kaunseling tak berarah yang diperkenalkan oleh Rogers dalam 1940 an adalah bertentangan dengan pendekatan tradisi Psiko-analitik yang berarah dalam terapi individu. Rogers telah menggemparkan keadaan pada ketika itu yang mana beliau telah menentang andaian asas iaitu kaunselor yang lebih mengetahui. Dalam kes Hassan ini, kaunseling yang harus diberikan haruslh terarah dan berpusat dan tertumpu kepada Hassan saja. Pendekatan yang strategik harus diterapkan agar guru mudah memahami masalah yang dihadapi oleh Hassan. Beliau juga mencabar kesahan prosedur teraputik yang diguna pakai pada ketika itu, iaitu dari segi menasihati, member pendapat, mengarah, memujuk, mengajar, menentukan dan membuat interprestasi. Keadaan Hassan yang gementar dan bimbang kerana pemikiran yang tidak rasional haruslah dibantu dengan memberi nasihat bahawa tidak semua benda atau apa yang kita lakukan harus mendapat pujian atau keputusan yang cemerlang sama ada dibuat bersungguh-sungguh atau tidak. Hassan juga telah terikat dengan prestasi yang cemerlang semasa di sekolah lamanya. Dia juga beranggapan bahawa pelajar lain dari sekolah elit ini mampu menandinginya kerana latar belakang yang berbeza dari segi pendidikan di sekolah elit dan menganggap mereka lebih hebat berbandingnya. Andaian asas teori ini adalah manusia itu adalah boleh dipercayai dan mempunyai potensi yang luas untuk memahami diri mereka dan menyelesaikan masalah sendiri. Hassan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi menyebabkan dia perlu bekerja keras untuk mendapat kepetusan atau markah yang cemerlang, namun dia akan lebih kecewa jika keputusan markahnya tidak seperti yang ada dalam pemikirannya. Kesimpulannya teori ini adalah tertumpu kepada kaunseling individu dan psikoterapi yang mana ianya mampu membantu seseorang pelajar seperti Hassan membina semula keyakinan diri dan membuang segala perasaan gementar dan pemikiran yang tidak rasional . Teori ini kemudiannya dikembangkan menjadi teori personaliti yang sistematik dan dipraktikkan dalam kaunseling individu. Pendekatan ini kemudiannya ditukar menjadi Terapi Pemusatan Klien (Rogers,1951). Teori ini juga bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi diri seseorang individu itu.Tujuan kaunseling adalah untuk membantu pelajar di dalam proses perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan masalah-masalah di masa hadapan.Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka pelajar haruslah bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati dengan dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti

3.0 TEKNIK KAUNSELING ( Teori Pemusatan Perorangan )Menurut Hansen, Stevic & Warner (1986), Kaunseling Pemusatan perorangan mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga teknik yang fasilatatif iaitu :

Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan yang dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien. Seperti yang dapat kita lihat, Hassan merupakan seorang pelajar yang yakin diri, namun terbatas dengan kehendaknya sendiri dengan keadaan yang gemuruh dan berfikir secara tidak rasional.Melalui kaunseling pemusatan perorangan Hassan telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982), satu ciri utama yang membezakan kaunseling pemusatan perorangan dengan pendekatan lain ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri Hassan sendiri berbanding dengan yang dijangkakan oleh gurunya. Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi Hassan sendiri. Ini bermaksud Hassan harus melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. Manakala sebagai seorang guru bimbingan, kita harus bersedia untuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh pelajar kita sendiri melalui proses empati. guru juga harus mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya. Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal, neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh guru dan pelajar yang kongruen, menerima pelajarnya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati, pelajar dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. Dengan menggunakan teori ini guru hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima pelajarnya seadanya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, pelajar bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu.

3.1 Penerimaan Tanpa SyaratTeknik ini menekankan supaya guru mempunyai sikap menerima pelajar tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan pelajar sama ada baik atau jahat. Dalam ertikata lain, guru haruslah bersedia menerima pelajarnya tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima pelajarnya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Dalam situasi Hassan ini, Hassan yang meruapakan pelajar baharu di sekolah tersebut sudah semestinnyaa berangapan bahawa pelajar di sekolah elit itu lebih hebat daripadanya. Guru haruslah meyakinkan pelajar itu bahawa semua peljar adalah sama dari segi kepandaiannya Cuma yang membezakannya ialah bagaimana kita menggunakan kepandaian itu untuk belajar dan menguasai sesuatu bidang itu dengan betul.

3.2 EmpatiSifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien.Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam objektifnya dari realiti yang sebenar. Dalam teknik ini sebagai seorang guru yang mempunyai nilai kasih sayang dan perasaan empati perlu di aplikasikan dalam setiap masalah yang dihadapi oleh pelajarnya jika mengalami sebarang masalah. Guru perlu menunjukkan perasaan kasih sayangnya kepada Hassan kerana pelajar seperti Hassan ini perlu diberikan pendekatan yang sewajarnya agar perasaan gemuruh dan gementarnya dapat diatasi dengan baik.

3.3 KetulenanSifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kguru yang menggunakan teknik ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain. Guru tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.guru haruslah bersikap terbuka dengan pelajarnya. Guru haruslah tidak tersekat-sekat atau teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada Hassan untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan pengalamannya.

3.4 Aktif Mendengar dan berfikirMendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap membantu. Sebagai seorang guru, kemahiran yang aling penting ialah mendengar. Hassan akan menceritakan masalahnya kepada guru tersebut dan guru haruslah memberikan respon yang positif kepada hassan agar dia sentiasa rasa di sayangi dan di beri perhatian oleh gurunya. Guru yang aktif akan memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu ;a) ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennyab) ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengarc) ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri Guru haruslah mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada pelajarnya bahawa guru sedang mendengar dan menggalakkan pelajarnya untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan kepada pelajarnya. Menurut Mc Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.

3.5 KongruenKongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak menghukum. Guru seharusnya telus dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam situasi Hassan ini, guru adalah pendengar yang aktif kerana apa saja yang diceritakan oleh hassabn haruslah didengar dengan sebaiknya dan bukan pula sebaliknya dengan menhukkum Hassan secara tidak rasional. Pendekatan kongruen ini membolehkan Hassan menceritakan aapa saja yang ada dalam fikirannya pada masa itu.

3.6 Mendengar untuk merasaInteraksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Hassan menceritakan masalahnya kepada guru , oleh itu sebagai seorang guru tindak balas untuk mendengar itu dalah seratus peratus tertumpiu kepd penceritaan Hassan agar guru lebih mendalami apa yang ingin disampaikan olehh Hassan. Melalui pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala boleh dihindari antara Hassan dan juga gurunya. Dinkmeyer & Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk;apa perasaan kamu sekarang Hassan ?jika apa yang saya dengar ini betul Hassan ?

3.7 Mendengar dengan empatiMendengar dengan empati bermaksud guru menyedari bahawa walaupun sesuatu perkara amat berat tetapi guru perlu juga membantunya. Guru perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan kepada Hassan misalnya.

3.8 MenghormatiMenghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata. Dalam situasi Hassan yang sentiasa mendapat markah tertinggi dala pembentanggannya di sekolah lama telah tercabar bila dia berpindah ke sekolah yang lebih cemerlang atau elit. Sudah semestinya Hassan mempunyai keunikannya tersendiri dalam menyampaikan sesuatu isi pelaajaraan. Oleh itu, guru harus menunjukkan rasa hormatnya kepada kebolehan yanga da pada Hassan kerana kebolehan seseorang pelajar itu berbeza-beza.

3.9 Penerimaan yang mesraTeknik ini merupakan keupayaan untuk guru bersifat terbuka, peramah dan menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar dalam masalah yang dihadapi oleh Hassan .3.10 KonfrontasiKonfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya.

4.0 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELINGKemahiran asas bimbingan dan kaunseling ialah komunikasi interpersonal yang berlaku di antara klien dan kaunselor. Komunikasi adalah pemindahan maklumat atau mesej daripada sumber kepada penerima. Komunikasi interpersonal melibatkan komunikasi semuka dan ia berlaku dalam satu persekitaran spesifik atau dalam bentuk kumpulan. Fungsi utamanya ialah untuk mendengar, bercakap, dan menyelesaikan konflik.Komunikasi interpersonal berbeza daripada komunikasi secara lisan (verbal) kepada secara bukan lisan (non-verbal). Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang melibatkan penggunaan pertuturan dalam situasi bersemuka. Ia merupakan proses komunikasi yang paling efektif, ia membenarkan pertukaran berlaku dengan cepat; ia membenarkan penggunaan bahasa isyarat dan pencurahan perasaan di mana penerima dapat menafsir makna daripada gerak laku yang tidak diucapkan (seperti senyuman dan kerut muka) juga daripada perkataan-perkataan.Komunikasi secara bukan lisan ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya. Contohnya, mengangguk kepada mungkin boleh diertikan sebagai memberi galakan peneguhan; menunjuk masam muka menggambarkan kemarahan, diam sahaja mungkin bimbang dan lain-lain lagi. Di dalam sesi kaunseling, yang kerap kali berlaku ialah komunikasi secara lisan dan bukan lisan. Oleh itu, guru yang memainkan peranan sebagai kaunselor dikehendaki menguasai kemahiran berkomunikasi. Kaunselor yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan ialah kaunselor yang boleh bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan empati. Kemahiran berkomunikasi secara lisan boleh dikenalpasti daripada ciri-ciri pertuturan yang baik adalah diturunkan seperti berikut: Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.

Kemahiran asas kaunseling

4.1 Membina HubunganProses kaunseling berkait rapat dengan perhubungan di antara seorang kaunselor dengan kliennya di mana menghadapi masalah atau meminta bantuan kaunselor untuk menyelesaikan masalahnya. Objektif kaunseling ialah membina hubungan dengan kliennya. Untuk mencapai objektif dengan berkesan maka membina hubungan di antara kaunselor dengan klien adalah syarat penting. Dengan ini, seseorang kaunselor hendaklah menguasai kesemua kemahiran yang berkesan dan berguna dalam membina hubungan yang baik dengan kliennya, demi menentukan kejayaan kaunseling yang diaturkan. Oleh Dalam situasi kajian kes ini, proses membina hubungan ini tidak boleh wujud dengan cara paksaan. Ia hanya menjalin hubungan dengan menggunakan teknik yang sesuai di mana seseorang guru itu dapat memberi keyakinan untuk menyakinkan Hassan untuk menceritakan semuanya. guru perlu menunjukkan keikhlasannyabahawa dia memang seorang yang dapat dipercayai oleh Hassan , sudi dan rela serta mampu membantunya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.Situasi-situasi yang menunjukkan bahawa guru menjalin hubungan yang baik dengan Hassan adalah boleh melihat dari segi kemesraan perhubungan dalam pertemuan, tanda kepercayaan lahir akibat penerimaanhassan sepenuhnya tanpa syarat dan seterusnya Hassan akan memberitahu masalahnya tanpa keraguan.Sebagai seorang guru pembimbing hendaklah menjalin hubungan baik dengan muridnya pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya proses temu bual kaunseling dapat diteruskan dengan mesra serta mengikut langkah-langkah yang telah diaturkan. Guru boleh menjalin hubungan baik dengan membuka jalan temu bual seperti menyambut kedatangan Hassan dengan ikhlas dalam memberi keyakinan kepadanya sebelum hassan mula meluahkan masalahnya.Hubungan baik ini dapat dicapai apabila perasaan empati di mana guru dapat memahami perasaan anak muridnya itu. Mengikut Rogers, empati merupakan perihal merasai dunia peribadi klien seolah-olah dunianya. Dengan mempunyai perasaan ini, perasaan guru tidak dipengaruhi oleh perasaan anak muridnya Hassan , dan tidak terjunam dalam situasi yang dihadapi oleh anak muridnya itu. Akan tetapi, Hassan dapat dan menyedari gurunya benar-benar memahami perasaan, fikiran dan situasinya yang dihadapinya. Kesimpulannya, guru pembimbing hendaklah berusaha menunjukkan perasaan empati kepada Hassan supaya mereka berasa dan percaya bahawa gurunya itu benar-benar memahami, mendengar dan mengambil berat terhadap perasaannya. Kemahiran ini dapat menghayati dan merasai dunia subjektif orang lain seolah-olah sendiri berada dalam keadaan dunia ini. Dengan mengadakan perasaan empati ini, hubungan baik di antara guru dan Hassan dapat dijalin dan kekal sepanjang proses kaunseling itu.

4.2 Kemahiran Memberi PerhatianMemberi perhatian memainkan peranan yang penting dalam bidang kaunseling. Ia juga merupakan kemahiran bukan lisan. Walaupun sering digunakan di dalam komunikasi lisan. Sebenarnya melalui kemahiran memberi perhatian, kaunselor dapat mengumpul atau mencungkil banyak maklumat daripada kliennya. Pada tahun 1971, Hasil Kajian Mehrabian menunjukkan peratus jenis komunikasi yang berlaku di antara dua orang individu dibahagikan kepada lisan dan bukan lisan iaitu 7% secara lisan, 38% vocal, 55% dengan gerak isyarat, gaya air muka, kontak mata. Komunikasi bukan lisan banyak menggambarkan situasi lebih tepat daripada komunikasi lisan. Seseorang boleh mengawal komunikasi lisannya sebelum berucap tetapi komunikasi bukan lisan tidak senang dikawal. Ini disebabkan gerak isyarat, air muka atau kontak mata tidak dapat menipu orang lain. Contohnya seorang itu mungkin berkata : saya mesti mendapatkan markah yang cemerlang dalam pembentangan kali ini kerana saya sering mendapat markah yang tertinggi di skolah lama dahulu. Tetapi semasa berucap kontak matanya sering mengelakkan orang lain. Komunikasi bukan lisan orang itu telah menunjukkan bahawa sebenarnya dia merasa bimbang terhadap hari pembentangannya yang akan datang itu. Dengan melalui gaya badan, kita boleh mencungkil banyak maklumat daripada pemerhatian seseorang dari segi caranya menduduk, bergerak dan berjalan. Misalnya, seseorang itu berjalan ke sini dan ke sana menunjukkan masalah sedang mengganggu fikirannya lalu berasa kelam kabut dan bimbang. Mengikut Ekman et al. (1972), terdapat sejumlah 76 gerak isyarat yang biasa digunakan dan difahami. Oleh itu, kaunselor perlu berusaha memahami tanda yang ditonjolkan. Misalnya, Seseorang itu duduk berseorangan dan mendiamkan diri walaupun rakan-rakannya bercakap atau menanyanya soalan. Ini menunjukkan bahawa dia sedang marah dan menjauhkan diri daripada rakan-rakannya. Manakala seseorang itu senyum menunjukkan gembira, suka hati dan baik hati dan sebagainya. Mengikut Argyle (1983), nada suara lebih boleh membongkar maklumat daripada air muka, kerana nada suara yang tinggi dan rendah boleh menunjukkan emosi seseorang. Misalnya, seseorang itu berucap dengan nada suara yang kuat dan tinggi semasa marah, manakala orang yang berperasaan sedih biasanya berucap dengan nada suara yang rendah dan perlahan.Guru yang mempunyai kemahiran memberi perhatian dapat merasai dan menyedari kerisauan dan kebimbangan anak muridnya seperti Hassan dan cuba memujuk dan memberi nasihat supaya Hassan dapat mencurahkan perasaannya yang sebenar supaya proses kaunseling dapat diteruskan di bawah situasi yang lebih sihat.

4.3 Kemahiran MendengarMendengar berhubung rapat dengan memberi perhatian, menurut Rogers (1951) merumuskan: Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud.Dalam proses kaunseling, kemahiran mendengar digunakan lebih banyak daripada berucap dan respons terutamanya dalam peringkat awal sesi kaunseling. Oleh itu, kejayaan dalam sesuatu proses kaunseling bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor.Seseorang guru yang mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan, dia perlu sentiasa bersedia untuk mendengar, tidak memberi perhatian kepada fikiran masalah orang lain, sebaliknya, mendengar dengan teliti dan memcari makna dalam apa seseorang itu berkata. Misalnya , dalam situasi Hassan ini guru adalah pendengar yang yang paling penting dan pemberi respon yang terbaik sekali. Dalam proses kaunseling, sebagai seorang guru harus mendengar setiap perkataan hassan untuk mengelakkan timbulnya pandangan prasangka yang negative kepada Hassan . Sepertimana Eqau (1975) mengatakan mendengar dengan baik-baik akan memberikan kaunselor sesuatu struktur empati yang tepat. Kaunselor juga digalakkan untuk mengembangkan perhatiannya free floating iaitu keupayaan mendengar semua kata yang telah dikomunikasi. Kaunselor harus mendengar kesemua perkataan, metafora, volume, nada, suara, gerak isyarat dan kontak mata. Kesemua perhatian ini akan memberi maklumat yang penting dan berguna tentang pandangan atau pemikiran seseorang yang sedang menghadapi masalah. Oleh itu, kaunselor hendak menguasai kemahiran memberi perhatian dan mendengar secarafree floatingdaripada memikir apa tindak balas dan respons yang harus diberikan. Menurut Carkhuff dan Pierce (1975): Klien akan mengulang tema perbualannya dalam pelbagai persembahan, tema yang diulang akan meyakinkan kaunselor perkara yang diulang adalah usaha klien memberitahu kaunselor yang mana dia benar-benar datang. Dalam proses mendengar dan memberikan respon kepada murid atau klien, para guru dan kaunselor juga perlu menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai. Kajian telah membuktikan ketiga-tiga faktor iaitu memberi perhatian termasuk kontak mata, gaya relaks dan respons boleh menggalakkan kecurahan perasaan dan mempunyai peneguhan yang kuat.

4.4 Kemahiran Mengendalikan Kesenyapan dan Membuat InterpretasiPenyelidik-penyelidik telah membuktikan bahawa kesenyapan-kesenyapan dalam komunikasi dua hala bukan kerana tiada gerak balas (respons), tetapi mempunyai makna yang kompleks. Menurut Shostrom (1968), kesenyapan-kesenyapan ini mempunyai pelbagai makna yang berguna.Kajian juga menunjukkan kesenyapan akan membuat seseorang berucap, memberikan ruang untuk klien berfikir,mengemas idea dan membuat refleksi. Misalnya, seseorang pelajar datang berjumpa kaunselor buat pertama kali, tetapi tidak berucap dan kesenyapan diteruskan buat sementara. Di dalam situasi Hassan ini, guru yang berpengalaman selepas menunggu kira-kira satu minit, akan memecahkan suasana kesenyapan itu dengan berkata: mungkin anda masih cari idea bagaimana anda patut bermula. Bagaimanapun, saya akan dengar dengan hati terbuka bila-bila anda telah bersiap bermula. Dengan kata-kata demikian, perasaan empati mula dikesan oleh klien itu, dan kemungkinannya akan membawa dorongan untuk meluahkan masalah yang mengganggu fikirannya. Di dalam kemahiran kaunseling, adalah penting bagi kaunselor membenarkan sedikit masa kesenyapan di antara komunikasi dua hala, tetapi tidak dibenarkannya tinggal agak lama, iaitu seelok-eloknya tidak lebih daripada satu minit. Di dalam situasi kesenyapan, kaunselor harus menggunakan kemahiran empati dengan menunjukkan kefahaman perasaan klien yang menghadapi masalah, demi mendorongkannya mudah mendedahkan perasaan secara lebih mendalam. Kadang-kala kesenyapan bermakna klien sedang membuat refleksi terhadap perkara yang telah dibincangkan tadi.Ia juga boleh bermakna gambaran takut, marah, letih, hormat, dukacita atau malu. Kaunselor perlu memerhati komunikasi bukan lisan yang mengiringinya. Kadangkala, adalah wajar bagi kaunselor menyatakan secara langsung bahawa kliennya seolah-olah membimbang, merasa marah atau dukacita. Cara ini mungkin dapat mendorongkannya berucap lebih. Kadangkala, adalah perlu bagi kaunselor menjamin kerahsiaan komunikasi mereka, agar membolehkan klien merasa selamat untuk meneruskan perbulannya. Kadangkala, mengakui klien yang segan berucap mungkin membantu untuk memecahkan kesenyapan yang agak lama. Misalnya, Anda merasa sukar untuk meneruskanberucap kerana anda kurang yakin atau tidak percaya saya? atau Anda segan berucap kerana anda marah kerana dipanggil berjumpa saya? Adakah ini fikiran anda Seseorang kaunselor hendaklah menyesuai diri dengan penghentian dan kesenyapan dalam komunikasi, kerana situasi ini seolah-olah memberitahu kliennya: Saya sedang mendengar, saya bagi ruang anda berfikir dan membuat refleksi. Kesenyapan boleh diinterpretasikan sebagai tidak disetujui.Ini biasanya berlaku selepas klien mendedahkan peribadi diri, merasa cemas dalam masa menunggu respons daripada kaunselornya. Sekiranya kesenyapan diinterpretasikan sebagai menawarkan hati atau menyingkir, respons hendaklah mengelakkan. Misalnya, kaunselor boleh berkata: mungkin sukar bagi anda mendedahkan masalah anda. Adakah anda kurang yakin bahawa saya tidak akan memahami perasaan anda? Di dalam situasi ini, jika Hassan tiba-tiba membisu, atau berhenti berucap dan memandang di sebelah, ia boleh diinterpretasikan bahawa Hassan tiba-tiba teringat sesuatu yang penting, misalnya mengingat kembali sesuatu peristiwa yang dia ragu sama ada patut dibongkar. Memecahkan kesenyapan di bawah situasi ini akan lebih membantu jika kaunselor respons dengan berkata: Bagaimana anda memikir sekarang? Untuk mengendalikan kesenyapan dalam komunikasi, adalah perlu bagi kaunselor membenarkan kesenyapan singkat berlaku dalam peringkat awal. Sekiranya kaunselor kurang bersabar menunggu kesenyapan yang berlangsung beberapa saat tetapi terus memberi respons sebaik sahaja klien berucap, dia bukan sahaja mengulang respons ini dalam komunikasi yang berikutnya, tetapi juga kehilangan banyak maklumat yang berguna, dan kemungkinannya menamatkan sesi kaunseling lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

4.5 Menggunakan Bahasa Yang SesuaiDalaum komunikasi dua hala antar guru dan Hassan ini, guru mesti menggunakan bahasa yang sesuai berhadapan dengan anak murid mereka. Selain itu, guru perlu memastikan ibubapa diberitahu dalam bahasa yang mereka memahami mengenai pencapaian akademik dan perancangan masa depan murid-muird. Bahasa kaunselor atau guru mesti konsisten dengan segala tindakan beliau. Contohnya, jika seorang kaunselor mengatakan, Saya sangat gembira untuk bercakap dengan kamu Hassan , nada suara beliau dan pergerakan badannya mesti menyampaikan suasana positif tesebut semasa menerima muridnya. Dalam peninjauan kemahiran menyoal, soalan mengapa perlu dielakkan dalam kaunseling. Ini disebabkan soalan ini mungkin menjadi soalan bertumpu apabila murid menjawab saya tidak tahu. Jika jawapan sebegini diberi, seolah-olahnya murid tersebut tidak ingin meneruskan perbualan tersebut, kaunselor akan meletakkan diri dalam keadaan yang kurang selesa. Kaunselor boleh mengguna semi soalan bercapah seperti: berapa lama anda merasa gementar ini? Atau yang lebih baik, soalan bercapah seperti: bolehkah anda memberitahu saya lebih lanjut tentang perasaan gemmentar yang anda sedang mengalami? Penyoalan merupakan kemahiran penggunaan bahasa yang lebih jika berbanding dengan dorongan minimum. Tujuan dorongan minimum adalah untuk menggalakkan klien meneruskan ucapannya, dan kaunselor sedang mendengarnya. Dorongan minimum boleh dilakukan dengan berkata jadi?, aha, Mm, oh dan sebagainya. Kadangkala soalan boleh dijadikan dorongan minimum, seperti, selepas penjelasan klien, soalan diberikan untuk membuka jalan bagi penerokaan tambahan.Selain itu, gerak isyarat seperti mengangguk kepala atau menunjukkan isyarat tangan juga boleh menjadi dorongan minimum yang berkesan.

4.6 Kemahiran Memberi Tindak Balas Yang SesuaiTindakbalas yang akan dibincang di sini ialah parafrasa dan refleksi. Menurut Kamus Dewan 1998, Parafrasa ialah pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan karangan dan sebagainya dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna asalnya. Secara amnya, parafrasa mengulang kandungan yang telah diucap tetapi bukannya membuat ringkasan, manakala refleksi memfokuskan mengulang perasaan yang terkandung dalam ucapan. Contohnya, seorang pelajar merasa bimbang kerana menghadapi masalah dalam membuat pemilihan mata pelajaran elektif, kaunselor boleh beritahunya dengan berkata: Anda seolah-olah menghadapi masalah membuat pemilihan. (memparafrasa) atau Anda seolah-olah bimbang tentang membuat keputusan. (refleksi) Dalam kaunseling, parafrasa merujuk kepada pengungkapan semula kandungan sesuatu dalam komunikasi lisan daripada seseorang klien. Ia bergantung penguasaan kemahiran mendengar serta kemahiran mengingat. Tujuan menggunakan parafrasa ini ialah bukan sahaja menunjukkan bahawa kaunselor sedang mendengar dengan teliti, tetapi juga memahami maksudnya dengan tepat. Yang penting sekali ialah parafrasa pula berfungsi mendorongkan klien meneroka perasanya lebih mendalam serta membina hubungan baik di antara kaunselor dengan klien. Kata-kata mula bagi parafrasa biasanya mengandungi kata-kata seperti: Anda seolah-olah kata... manakala , kata-kata akhir biasanya mengandungi kata seperti: Adakah ini betul? atau Adakah fikiran saya betul?

5.0 KESIMPULAN