bimbingan dan kaunseling

19
Pengenalan Menjadi seorang guru yang baik bukanlah suatu perkara yang mudah. Seseorang guru yang baik sudah semestinya dapat menguasai kemahiran pedagogi dengan baik. Namun begitu, kemahiran pedagogi sahaja tidak cukup untuk membuat seseorang itu menjadi seorang guru yang baik. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan diperkenalkan dengan dengan subjek EDU 3107 iaitu Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak bagi melengkapkan ilmu bakal guru untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan progresif. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4, bimbingan boleh didefinisikan sebagai perbuatan membimbing iaitu petunjuk tentang cara melakukan sesuatu. Menurut Shertzer dan Stone (1964) pula bimbingan ialah suatu proses yang membantu individu memahami diri dan dunia seseorang. Menurut mereka lagi, proses seseorang individu itu memahami diri dan dunianya memerlukan oleh seseorang yang pakar dalam hal ini iaitu guru bimbinga atau kaunselor. Definisi lain oleh Alice Crow (1964) yang mentakrifkan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi mengurus diri mereka dengan lebih baik samada dalam menentukan matlamat jangka pendek atau panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaik sikap dan tingkah laku individu tersebut. Kaunseling pula didefinisikan sebagai proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat oleh Kamus Dewan Edisi Ke 4. Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. James (1982) pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Berdsarkan definisi-definisi yang telah diberikan, ia memberi gambaran kepada kita bahawa Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak menjadi salah satu tunjang yang penting kepada seseorang guru untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Tugasan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak pada kali ini dibahagi kepada dua bahagian. Di dalam bahagian yang pertama, akan menghuraikan konsep asas

Upload: syukur-kamaruddin

Post on 10-Aug-2015

97 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

Page 1: Bimbingan Dan Kaunseling

Pengenalan

Menjadi seorang guru yang baik bukanlah suatu perkara yang mudah.

Seseorang guru yang baik sudah semestinya dapat menguasai kemahiran pedagogi

dengan baik. Namun begitu, kemahiran pedagogi sahaja tidak cukup untuk membuat

seseorang itu menjadi seorang guru yang baik. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar

kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan diperkenalkan dengan dengan subjek EDU

3107 iaitu Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak bagi melengkapkan ilmu bakal

guru untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan progresif.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4, bimbingan boleh didefinisikan sebagai

perbuatan membimbing iaitu petunjuk tentang cara melakukan sesuatu. Menurut

Shertzer dan Stone (1964) pula bimbingan ialah suatu proses yang membantu

individu memahami diri dan dunia seseorang. Menurut mereka lagi, proses

seseorang individu itu memahami diri dan dunianya memerlukan oleh seseorang

yang pakar dalam hal ini iaitu guru bimbinga atau kaunselor. Definisi lain oleh Alice

Crow (1964) yang mentakrifkan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada

seseorang individu bagi mengurus diri mereka dengan lebih baik samada dalam

menentukan matlamat jangka pendek atau panjang, merancang cara-cara bertindak

serta memperbaik sikap dan tingkah laku individu tersebut.

Kaunseling pula didefinisikan sebagai proses teratur yang melibatkan

perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha

mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat oleh Kamus

Dewan Edisi Ke 4. Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses

untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan

bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. James (1982) pula

mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih

menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya,

membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Berdsarkan definisi-definisi yang telah diberikan, ia memberi gambaran

kepada kita bahawa Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak menjadi salah satu

tunjang yang penting kepada seseorang guru untuk menjadi seorang guru yang

berkualiti. Tugasan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak pada kali

ini dibahagi kepada dua bahagian. Di dalam bahagian yang pertama, akan

Page 2: Bimbingan Dan Kaunseling

menghuraikan konsep asas kepada teori-teori bimbingan dan kaunseling iaitu Teori

Beheviorisme, Teori Rasional Emotif dan Teori Perorangan. Setiap teori akan

diperincikan mengikut konsep, prinsip dan ciri-ciri teori tersebut. Selain itu, di dalam

bahagian ini juga kan di sertakan dengan pendapat tokoh-tokoh setiap teori seperti

Ivan Pavlov untuk Teori Beheviorisme, Carl Rogers untuk Teori Pemusatan Insan

dan Albert Ellis untuk Teori Rasional Emotif.

Di dalam bahagian kedua pula, sebuah teori akan dipilih untuk diaplikasikan

di dalam kelas bagi membantu kami sebagai seorang guru. Di dalam bahagian ini,

kami bersepakat untuk memilih Teori Rasional Emotif oleh Albert Ellis. Kami tertarik

untuk memilih teori kerana konsep teori yang diutarakan oleh Ellis itu sendiri iaitu

manusia perlu mengubah atau memperbetulkan pemikiran tidak rasional dalam

kehidupan mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa teori ini lebih menekankan

perubahan ke atas seseorang individu itu lebih bersifat kendiri dimana individu itu

sendiri yang perlu mencabar pemikiran tidak rasional mereka supaya mereka boleh

hidup di dalam tingkah laku sepatutnya. Di dalam tugasan ini kami akan mengupas

isu kaunseling yang berlaku kepada murid berdasarkan teori yang bawa oleh Albert

Ellis ini.

Page 3: Bimbingan Dan Kaunseling

1.0 Konsep Asas Teori Behavorisme

1.1 Pengenalan

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan pengasas teori ini

adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Selain daripada

J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka

adalah Skinner, Thorndike dan Pavlov. Teori Behavioris pada zaman

sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi

mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti.

Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam

yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam

pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang

menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa.

1.2 Komponen

Terdapat beberapa kompoen penting yang menjadi prinsip dan tunjang

utama kepada teori ini. Antaranya ialah:

A. Komponen Pertama ( Pelaziman Klasik )

Komponen bagi teori ini yang pertama merupakan kesinambungan

daripada prinsip pelaziman klasikal. Prinsip ini juga disebut sebagai

pelaziman responden. Prinsip ini diasaskan oleh Ivan Pavlov (1960) dan

Hull (1943) berdasarkan kajian yang dijalankan mereka.

Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli

psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk

menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran.

beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan

seorang kanak–kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.

Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak–kanak

tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak–kanak tersebut tidak

menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi pabila satu bunyi

yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut,

Page 4: Bimbingan Dan Kaunseling

kanak–kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang

beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak–kanak

tersebut pada tikus putih.

Contoh ini penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman

teori behaviorisme, dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh

dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran.

Sebagai contoh, seorang murid yang mempunyai masalah kerana tidak

berminat dengan mata pelajaran Matemati. Oleh itu, guru perlulah

menyediakan rangsangan yang betul dan sesuai dengan murid

berkenaan untuk menarik minatnya kepada subjek berkenaan.

B. Komponen Kedua ( Pelaziman Operan )

Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B.

F. Skinner (1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan

untuk mempastikan sesuatu tingkah laku berulang. Peneguhan adalah

sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada

unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan positif ialah

wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah seperti

menghilangkan ransangan yang negatif seperti kejutan elektrik atau

bunyi loceng yang kuat.

Sebagai contoh, seorang murid yang selalu gagal dalam ujian

Matematik mendapat keputusan yang cemerlang didalam ujian yang lain.

Guru boleh memberi peneguhan positif kepada murid tersebut seperti

memberinya pujian supaya dia dicontohi oleh rakan-rakan sekelas yang

lain. Contoh kepada peneguhan negatif pula ialah seorang murid tidak

menyiapkan tugasan mata pelajaran Matematik. Guru memarahi murid

tersebut dihadapan kelas. Pada masa hadapan, terdapat dua

kemungkinan yang akan berlaku kepada perubahan tingkah laku murid

tersebut samaada murid tersebut akan menyiapkan kerja sekolahnya

ataupun murid tersebut akan menjadi takut untuk mengikuti kelas guru

tersebut pada masa akan datang.

Page 5: Bimbingan Dan Kaunseling

C. Komponen Ketiga ( Terapi Tingkah Laku Kognitif )

Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau

cognitive behaviour therapy. Terapi ini adalah gabungan daripada dua

aliran pemikiran yang berbeza, iaitu satu pendekatan yang berunsur

ketingkahlakuan sahaja, dan yang satu lagi berunsurkan kognitif. Kita

tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari

perspektif ketingkah lakuan sahaja, tetapi kita juga perlu mengambil kira

proses pemikiran. Proses pemikiran itu adalah proses kognitif.

2.0 Teori Rasional Emotif

2.1 Pengenalan

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau

dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Beliau

mendapati teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam

dan teori tersebut merupakan satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik.

Berdasarkan kelemahan yang terdapat di dalam teori Freud maka terbinalah

Teori Rasional emotif oleh beliau. Pada awal tahun 1955, beliau telah

menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan

dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal

sebagai bapa kepada teori RET.

2.2 Konsep Asas

Konsep asas kepada Teori Rasional Emotif ialah seperti Yng berikut :

i. Teori ini mempunya tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan

tingkah laku.

Menurut Albert Ellis, teori ini mementingkan tiga aspek

utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Hal ini

bermaksud teori ini memberi penekanan kepada pemikiran,

penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat

keputusan. Melalui teori ini seseorang yang mempunyai

masalah akan di bantu oleh kaunselor berdasarkan tiga

aspek diatas.

ii. Teori ini bercorak deduktif

Page 6: Bimbingan Dan Kaunseling

Hal ini bermaksud teori ini mengajar, mengarah dan

mengutamakan pemikiran daripada kepercayaan yang tidak

rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan

supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan

rasional. Hal ini menjadi tunjang kepada teori ini di mana

manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan

fikiran yang tidak rasional. Sebagai contoh, seorang pelajar

yang selalu tidak menyiapkan kerja sekolahnya perlu berusaha

melawan pemikirannya yang malas membuat kerja sekolah

dimana pemikiran tersebutlah dipanggil pemikiran tidak

rasional.

2.3 Prinsip

Teori ini juga berpegang kepada beberapa prinsip utama. Antaranya ialah:

i. Prinsip teori ini boleh digunakan kepada masalah

semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah

yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Hal ini

bermaksud teori ini bersifat menyeluruh samada buat masa

sekarang ataupun untuk masa hadapan.

ii. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan,

bukan hanya mengikut perasaan. Seseorang yang menghadapi

masalah perlu berfikir secara rasional sebelum mengambil

sesuatu keputusan atau tindakan. Berbalik kepada contoh yang

dinyatakan di atas, pelajar yang malas melakukan kerja sekolah

perlu berfikir dengan rasional apakah implikasi daripada

tindakannya tersebut. Sekiranya pelajar dapat berfikir dengan

rasional, sudah pasti kerja sekolah akan disiapkan.

2.4 Pendekatan

Teori Rasional Emotif juga dikenali sebagai Terapi A-B-C. Teori ini

dilihat sebuah teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang

lain. Hal ini demikian kerana teori ini menjadikan kognitif, emosi dan

Page 7: Bimbingan Dan Kaunseling

aspek tingkah laku sebagai aspek yang utama. Mari kita lihat apa yang

dimaksudkan dengan Terapi A-B-C.

i. A - Activating event

‘A’ di dalam teori ini merujuk kepada suatu peristiwa, fakta,

sikap atau tingkah laku yang dialami seseorang. Perkara ini boleh

juga disebut sebagai peristiwa pencetus kepada permasalahan

seseorang individu. Contohnya:

" Saya selalu gagal dalam ujian Matematik"

ii. B - Believe 

‘B’ pula merujuk kepada sistem kepercayaan yang dimiliki oleh

seseorang individu. Cara penilaian di dalam bahagian ‘B’ ini

mempunyai 2 cara iaitu :

Rasional

Tidak rasional

Pemikiran rasional ialah pemikiran dimana idividu itu dapat berfikir

dengan baik sebelum mengambil sesuatu tindakan. Pemikiran tidak

rasional pula ialah tingkah laku terganggu yang menyebabkan

klien tidak dapat berfungsi mengikut norma masyarakat. Sebagai

contoh:

B1 - Penilaian tidak rasional

" Saya telah gagal dalam ujian Matematik. Saya berputus asa dan

terasa sudah tiada harapan untuk cemerlang dalam subjek ini."

B2 - Penilaian rasional

" Saya telah gagal dalam ujian Matematik. Saya berasa kecewa.

Mulai hari ini saya akan gandakan usaha dan memastikan ujian

akan datang saya akan lulus dengan cemerlang.”

Page 8: Bimbingan Dan Kaunseling

iii. C - Consequences 

‘C’ pula merupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian

‘B’ akan peristiwa di ‘A’. Emosi ini merupakan perkara yang

mengganggu kefungsian klien. Maksudnya di sini, seseorang yang

mengalami peristiwa pencetus di ‘A’ akan menjalani proses di ‘B’.

Sekiranya penilaian di ‘B’ dibuat secara tidak rasional, maka ‘C’

atau emosi akan menjadikan individu terganggu. Sebagai contoh:

Penilaian B1 : Anda akan berasa sedih dan putus asa.

Penilaian B2 : Anda akan cuba mengatasi perasaan kecewa,

dan cuba tumpukan untuk mendapat markah yang lebih tinggi. 

iv. D - Disputing

‘D’ merupakan kaedah-kaedah dan strategi saintifik yang

digunakan untuk berhujah, mencabar dan membetulkan sistem

kepercayaan yang tidak rasional dalam diri klien. (Usaha untuk

mengatasi penilaian tidak rasional). Sebagai contoh:

Guru bimbingan dan kaunseling akan membantu anda untuk

melawan penilaian yang tidak rasional.

3.0 Teori Perorangan(Pemusatan Insan)

3.1 Pengenalan

Teori Pemusatan Klien atau Perorangan telah diperkenalkan oleh Carls

Rogers dalam bukunya yang pertama, Counseling and Psychotherapy

yang telah diterbitkan pada 1942 . Rogers memulakan pemusatannya

kepada pengalaman klien dan juga pandangan subjektifnya terhadap

fenomena dunia ini.

Teori yang dikemukakan oleh Rogers adalah menganggap manusia

adalah aktif, mempunyai tujuan, matlamat, sedia membaiki diri, yang

mana kesemuanya menggambarkan bahawa manusia mampu bertindak

sendiri mengikut pembawaan semulajadinya.

Page 9: Bimbingan Dan Kaunseling

3.2 Konsep Asas

Rogers menganggap manusia itu adalah positif dan konstruktif jika

suasana menghargai dan mempercayai diwujudkan. Rogers tidak

meenggemari denga sistem yang mengatakan bahawa manusia tidak

boleh dipercayai dan sebaliknya individu perlu diarah, dimotivasi, disuruh,

dihukum, diberi ganjaran dikawal dan diuruskan oleh orang lain yang lebih

berkuasa dan mahir ( Corey, 1982 ).

Rogers menyarankan tiga keadaan untuk mewujudkan suasana

galakan pertumbuhan supaya individu dapat berkembang mengikiut

keupayaannya. Iaitu :

1) Penerimaan tanpa syarat.

2) Ketulenan dan keterbukaan(Kongruen).

3) Empati

Rogers cukup percaya jika sikap ini diguna dalam perhubungan,

manusia akan mengurangkan mekanisma bela diri dan akan lebih

bersikap terbuka terhadap pengalamanya dan persekitarannyadan

kelakuan mereka akan mengikut lunas-lunas sosial dan lebih konstruktif.

Teori Rogers mengenai personaliti manusia adalah berasaskan

kepada pengalaman beliau sendiri. Rogers menolak konsep Freud

tentang manusia yang mengandaikan manusia pada asasnya adalah tidak

rasional tidak bersosial dan merosakkan diri sendiri.

3.3 Prinsip

Prinsip-prinsip teori ini mengandungi 3 bahagian yang penting iaitu :

i. keadaan

ii. proses

iii. hasil

Hal ini bermaksud, jika seseorang individu itu mengalami keadaan-

keadaan tertentu yang menyebabkan individu tersebut terpaksa

Page 10: Bimbingan Dan Kaunseling

menjalankan beberapa proses tertentu dan sekali gus melahirkan

perubahan dalam personaliti dan tingkah laku (Grummon,1979)

Rogers tidak percaya bahawa kemahiran teknik dan latihan ada

sumbangannya kepada kejayaan. Sebaliknya beliau percaya bahawa

sikap yang dipegang dan perhubungan dua hala oleh kaunselor adalah

ramuan terpenting untuk membawa kejayaan kepada klien. Menurut

Rogers, sejauh mana perubahan personaliti akan bergantung kepada :

1) Sejauh mana kaunselor berkeadaan kongruen dan ikhlas dalam

perhubungan.

2) Sejauh mana kaunselor mengalami pertimbangan positif tanpa

syarat.

3) Sejauh mana kaunselor memperlihatkan kefahaman empati yang

tepat mengenai rangka tujuan dalam diri klien.

4) Sejauh mana semua keadaan di atas diamati oleh klien. Klien

haruslah dapat mengesani 1-3 itu sekurang-kurangnya secara

minimum.

3.4 Pendekatan

a) Penerimaan Tanpa Syarat

Menurut teori ini, sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor

ialah sikap mengambil berat yang mendalam dan ikhlas terhadap klien

sebagai seorang manusia. Perasaan ambil berat ini pula tidak

seharusnya tercemar oleh penilaian-penilaian tentang perasaan,

fikiran, tingkah laku klien sebagai baik atau tidak baik ( Corey, 1982 ).

Kaunselor perlu memberi penghargaan yang tinggi kepada klien

dan menerimanya dengan penuh kemesraan tanpa meletakkan

sebarang syarat terhadap penerimaan itu. Inilah yang dikatakan oleh

Rogers sebagai pertimbangan positif tanpa syarat. Sebagai contoh,

seorang guru perlu menerima semua murid sebagai kliennya tanpa

mengira latar belakang atau status murid tersebut. Hal ini kerana ada

Page 11: Bimbingan Dan Kaunseling

dalam kalangan guru yang membezakan klien yang mempunyai status

seperti ibu bapa mereka orang berada dengan klien yang berasal dari

keluarga yang miskin.

b) Kongruen dan Genuine

Kongruen bermakna semua aspek pengalaman organismik

kaunselor pada masa sesi temu bual itu boleh dengan bebas di bawa

dengan kesedaran dan bahawa konsep kendiri adalah kongruen

dengan pengalaman itu. ‘Dia adalah dirinya’. Kaunselor yang ikhlas

adalah spontan dan menyatakan sikap dan perasaan yang mengalir

dalam dirinya dengan terbuka, baik kepada perasaan yang selesa

mahupun tidak. Kongruen boleh membantu melahirkan perasaan

marah, kecewa, suka, bimbang dan sebagainya semasa proses

perhubungan. Sebagai contoh, seorang guru yang sedang menjalani

sesi kaunseling dengan kliennya menyatakan rasa kesal dengan

kliennya yang berpakaian tidak sopan ketika sesikaunseling

dijalankan. Maka dengan tindakannya itu membuatkan klien akan

terus megubah cara berpakaiannya pada sesi akan datang.

Genuine pula adalah kejujuran kaunselor dalam menjalinkan

hubungan dengan klien. Ahli terapi mestilah menerima klien dengan

fikiran, tanggapan dan sikap terbuka. Kaunselor mestilah bersikap

mesra dengan klien walaupun nilai-nilai yang dipegang oleh klien

bertentangan dengan nilai-nilai kaunselor. Sebagai contoh, walaupun

klien memakai pakaian yang kurang sopan, tidak bermakna guru akan

terus menjarakkan hubungan dengan kliennya. Sebagai guru

kaunseling yang baik, guru perlu bersikap profesional dan sentiasa

menjaga kepentingan kliennya.

c) Empati

Empati ialah cuba memahami dengan sensitif dan tepat

pengalaman dan perasaan klien dan makna pengalaman dan

Page 12: Bimbingan Dan Kaunseling

perasaan itu kepadanya bila didedahkan pada masa interaksi dalam

proses kaunseling. Rogers percaya bahawa empati berada bersama

orang lain dengan cara empati adalah satu cara yang cukup berkuasa

untuk membawa perubahan personaliti (Grummon, 197s9).

Ini bermakna kaunselor seperti betul-betul berada dalam dunia

persepsi klien. Matlamat empati yang tepat ialah untuk membantu

klien mendekati pengalamannya sendiri yang pula menjadi rujukan

bagi memandu tingkah lakunya dan pemahaman kendirinya. Empati

yang tepat menggalakkan penyelesaian kepada keadaan tak kongruen

di antara kendiri dengan pengalaman.

Sebagai contoh, seorang murid datng menyatakan masalah

mengenai kesedihannya kerana kehilangan kucing kesayangan.

Kesedihannya itu telah jmengganggu emosinya. Walaupun masalah

yang dihadapi oleh murid tersebut dilihat kecil, namun guru tidak boleh

memandang rendah terhadap masalah tersebut. Guru perlu

menghalusi jiwa murid tersebut untuk memahami keadaannya yang

sebenar.

Page 13: Bimbingan Dan Kaunseling

4.0 Teori Rasinal Emotif Sebagai Pembantu Proses Bimbingan dan Kaunseling

Berdasarkan ke tiga-tiga teori yang telah kami bincangkan di atas, kami telah

bersetuju untuk memilih teori Rasional Emotif oleh Abert Ellis untuk membantu kami

menjalankan proses bimbingan dan kaunseling. Setelah melihat daripada beberapa

aspek dan melakukan perbandingan dengan teori-teori yang lain, kami bersepakat

untuk memilih teori ini kerana teori ini percaya bahaya, setiap manusia mempunyai

tanggungjawab ke atas perasaan gangguan yang di timbulkan oleh mereka sendiri

sama ada keadaan sedar atau tidak sedar. Hal ini bermaksud, setiap individu

mempunyai kuasa untuk mengubah atau mengubati emosi mereka yang terganggu

dengan kemampuan mereka sendiri iaitu dengan menggantikan pemikiran tidak

rasional yang mengganggu emosi mereka dengan pemikiran yang rasional.

Selain itu, kami memilih teori ini juga kerana teori ini mempunyai pendekatan

yang menarik dan lain dari teori yang lain. Teori Rasional Emosi ini menggunakan

pendekatan A-B-C-D dalam proses bimbingan dan kaunseling. Pendekatan ini dilihat

begitu baik kerana klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang

diaktifkan dan ganguan emosi yang dialami. Klien akan berjaya menyelesaikan

maslah mereka sendiri apabilia klien betul-betul memahami punca yang menjadi

gangguan kepada emosi mereka. Disamping itu, teori ini juga telah menggariskan

empat langkah yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselaor bagi memudahkan

kaunselor menjalakan proses bimbingan dan kaunseling.

Mari kita lihat contoh kes yang telah kami kendali menggunakan pendekatan

Teori Rasional Emotif. Secara ringkasnya murid ini merupakan seorang murid

perempuan tahun enam yang cemerlang dalam bidang akademik, namun dia

mempunyai masalah dengan pergaulan sesama rakan sebayanya. Banyak aduan

yang diterima mengatakan dia selalu bergaduh dengan rakan-rakan sekelas. Mari

kita soroti apakah masalah dan jalan penyelesaian yang dapat kita berikian untuk

murid ii menggunakan Teori Rasional Emostif:

Page 14: Bimbingan Dan Kaunseling

Berdasarkan dialog di atas, kita dapatt lihat bagaiman kaunselor cuba

membina hubungan dengan murid tersebut. Hal ini merupakan peringkat pertama

yang telah digariskan di dalam proses kaunseling Rasional Emotif. Guru perlu

embina hubungan baik dengan klien dengan menjadi pendengar yang baik dan

mewujdkan suasana yang kondusif antara guru dan klien itu sendiri. Hal ini penting

kerana pada peringkat ini lah klien akan mengukur ketulusan dan keikhlasan yang

ada pada seseorang kaunselor. Sekiranya pembawakan kaunselor itu membuatkan

klien tidak selesa, maka sesi kaunseling tidak dapat berjalan dengan lancar kerana

klien mungkin tidak senang untuk berkongsi masalah dengan kaunselor tersebut.

KS : Assalamualaikum Shima.

KL : Waalaikummussalam cikgu.

KS : Cantik Shima hari ini. Shima Sihat?

KL : Sihat cikgu. Alhamdulillah.

KS : Shima dah makan?

KL : Belum cikgu.

KS :Mengapa belum makan?

KL :Saya dah kenyang cikgu.

KS : Baiklah, ada apa-apa yang cikgu boleh bantu Shima hari ini?

KS : Baiklah, ada apa-apa yang cikgu boleh bantu Shima hari ini?

KL : Hemm… (Dima beberapa ketika)

KS : Shima, Kalau ada masalah cikgu sedia mendengar. Kalau Shima

Berdiam diri, macam mana kita naka tahu punca masalah Shima.

KL : Saya malu cikgu. Saya malu dengan rakan-rakan. Saya malu dengan

cikgu-cikgu. Saya anak orang miskin. Ayah saya tukang kasut. Ibu

suri rumah. Kawan-kawan selalu ejek saya.

Page 15: Bimbingan Dan Kaunseling

Dialog di atas pula menunjukkan guru sudah mula melangkah ke peringkat

kedua proses Kaunseling Rasional Emotif iaitu guru cuba untuk membimbing klien

supay mendedahkan tingkah laku emotif di bawah pendekatan A-B-C-D. Melauli

peringkat ini, guru akan dapat melihat dengan lebih jelas apakah punca kepada

permaslahan murid tersebut. Guru perlu bijak dala memujuk klien untuk berkongsi

masalah yang dihadapi. Guru tidak boleh terlalu tergopoh gapah dalam

mendapatkan maklumat daripada klien kerana hal itu akan membuatkan klien

berasa tidak selesa dengan sikap guru.

Dialog di atas juga menunjukkan klien telah memberitahu gurunya apakah

punca masalah yang dihadapinya iaitu:

“Saya malu cikgu. Saya malu dengan rakan-rakan. Saya malu dengan

cikgu-cikgu. Saya naka orang miskin. Ayah saya tukang kasut. Ibu suri

rumah. Kawan-kawan selalu ejek saya.”

Dialog ini menerangkan tentang peristiwa pencerus kepada permasalahan yang

dihadapi oleh klien. Mengikut pendekatan A-B-C-D oleh teori Rasional Emotif,

perkara ini boleh di letakkan di bawah ‘A’ dimana ia menjadi suatu peristiwa, fakta,

sikap atau tingkah laku yang dialami seseorang yang menyebabkan berlakunya

gangguan emosi klien tersebut. Hal ini bermaksud, klien di atas teleah terganggu

emosinya akibat daripada peristiwa dimana kawan-kawan yang selalu mengejeknya

kerana dia seorang yang miskin.

KL : Saya malu cikgu. Saya malu dengan rakan-rakan. Saya malu dengan

cikgu-cikgu. Saya anak orang miskin. Ayah saya tukang kasut. Ibu

suri rumah. Kawan-kawan selalu ejek saya.

KS : Jadi Shima tertekan kerana selalu diejek oleh rakan-rakan?

KL : Ya cikgu. Kenapa saya dilahirkan miskin. Kadang-kadang saya rasa

hidup ini tidak adil. Saya rasa tak semangat untuk ke sekolah. Saya tertekan.

KS : Shima, kejayaan di dunia ini belum tentu menjamin kebahagiaan di

akhirat sana. Dalam Islam, kejayaan yang abadi adalah apabila

cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat……

Page 16: Bimbingan Dan Kaunseling

Berdasarkan dialog di atas, klien telah menyatakan peristiwa pencetus

kepada gangguan emosinya iaitu rakan-rakan yang selalu mengejeknya kerana dia

sorang yang miskin. Guru terus merangsang klien supaya klien menyatakan apakah

kepercayaan klien terhadap peristiwa pencetusnya. Kepercayaan ini boleh terjadi

samaada kepercayaan yang rasional atau kepercayaan yang tidak rasional.

Berdasarkan dialog di atas, klien tersebut telah menyatakan kepercayaan iaitu:

“Ya cikgu. Kenapa saya dilahirkan miskin. Kadang-kadang saya rasa hidup ini

tidak adil. Saya rasa tak semangat untuk ke sekolah. Saya tertekan.”

Berdasarkan dialog di atas, jelas menunjukkan bahawa klien mempunyai tindak

balas yang tidak rasional kepada masalahnya. Hal ini merujuk kepada kata-kata

klien yang telah di tebalkan di dalam petikan di atas. Hal ini merujuk kepada

peringkat ‘B’ di dalam pendekatan A-B-C-D Teori Rasinal Emotif ini. Klien mungkin

merasa terlalu merendah diri sehingga dia malu untuk berhadapan dengan rakan-

rakannya di sekolah. Hal ini menyebabkan klien menimbulkan banyak masalah di

sekolah sperti bergaduh dengan rakan-rakan dan bersifat pasif di dalam kelas.

Dialog di atas juga menunjukkan emosi klien yang terganggu kerana tertekan

dengan ejekan-ejekan dari rakannya. Hal ini jelas dilihat pada ayat :

“Saya tertekan.”

Patah kata di atas jelas menunjukkan bahawa emosi klien sedang terganggu. Hal ini

merujuk kepada peringkat ‘C’ di dalam pendekatan A-B-C-D teori ini. Peringkat ini

merujuk kepada emosi yang dirasai hasil daripada penilaian ‘B’ akan peristiwa di ‘A’.

Emosi ini merupakan perkara yang mengganggu kefungsian klien. Maksudnya di

sini, seseorang yang mengalami peristiwa pencetus di ‘A’ akan menjalani proses di

‘B’. Sekiranya penilaian di ‘B’ dibuat secara tidak rasional, maka ‘C’ atau emosi akan

menjadikan individu terganggu. Begitulah keadaan yang berlaku kepada klien kami

di mana dia telah mengambil kepercayaan tidak rasional pada peringkat ‘B’.

Page 17: Bimbingan Dan Kaunseling

Berdasarkan dialog di atas, kita dapat melihat bagaimana guru cuba

membantu klien dengan membezakan kepercayaan rasional dengan tidak rasional

dan memahami bagaimana percayaan rasional membawa hasil positif manakala

kepercayaan tidak rasional membawa hasil negatif. Hal ini merupakan peringkat

ketiga proses kaunseling teori. Guru perlu membimbing klien supaya mengubah

pemikiran yang tidak rasional kepada pemikiran yang rasional.

Dialog diatas juga menunjukkan bahawa guru sudah masuk ke peringkat ke

empat proses kaunseling Teori Rasional Emotif di mana guru telah menggunakan

teknik pertikai dari masa ke semasa untuk melatih klien mencabar percayaan tidak

rasionalnya. Dialog di atas menunjukkan guru sedang meyakinkan klien bahawa

fitrah tentang kehidupan manusia sebagai seorang hamba Allah di muka bumi. Hal

ini dapat mengembalikan fikiran klien kepada tujuan asal manusia diciptakan iaitu

untuk mnyerahkan diri dan bertaqwa kepada Allah. Dengan taqwa walaupun berada

KS : Shima, kejayaan di dunia ini belum tentu menjamin kebahagiaan di akhirat sana.

Dalam Islam, kejayaan yang abadi adalah apabila cemerlang didunia dan Berjaya

di akhirat. Menjadi miskin, seorang buruh setelah berusaha bersungguh-sungguh,

bukan bererti gagal. Itu hanya ujian dalam kehidupan.”

KL : Apa maksud dengan ujian kehidupan?

KS : Bila Allah beri kita kaya, belum bererti Allah memuliakan kita… Allah baru menguji

kita. Begitu juga apabila Allah berikan kemiskinan buat kita… itu bukan

menunjukkan Allah sedang menghina kita tetapi sebaliknya Allah sedang menguji

kita. Bukan itu sahaja, apabila Allah kurniakan kuasa, menarik kuasa, rupa yang

cantik, rupa yang buruk, ternama atau biasa-biasa sahaja, semuanya ujian untuk

kita.

KL : Ujian untuk apa cikgu?

KS : Ujian sama ada kita mengingati-Nya atau tidak, mentaatinya atau tidak. Orang

miskin boleh berjaya jika dia sentiasa mengingati Allah dengan kesabarannya.

Orang kaya, mengingati Allah dengan kesyukurannya. Yang berkuasa, menegakkan

keadilan kerana Allah. Adakah kita sentiasa ingat kepada Allah ketika kita senang?

Seorang hamba Allah sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan, positif

mahupun positif

KL : Maksudnya, yang negatif pun jadi positif?

KS : Ya, semuanya baik, tindak balas kitalah yang menentukannya. Jika kita positif

maka positiflah ia. Kita perlu menghadapinya dengan hati yang sabar, syukur atau

redha.

Page 18: Bimbingan Dan Kaunseling

pada tahap kesukaran, kepayahan mahupun kemewahan yang melanda diri, hati

tetap akan tenang kerana kita sedar bahawa segala yang diberikan kepada kita

hanyalah sebagai satu ujian untuk menguji kita sebagai hamaba. Apabila klien

berjaya mengubah pemikiran tidak rasional kepada pemikiran yang rasional, maka

tingkah laku klien juga akan diubah secara tidak langsung.

Dialog di atas menunjukkan kepada kita bahawa guru telah berjaya

mengubah fikiran tidak rasional klien kepada pemikiran yang rasional. Klien juga

berjanji akan mengubah tingkah lakunya untuk mengubah nasib keluarganya. Klien

juga akan menganggap ejekan daripada rakan-rakannya sebagai satu cabaran atau

motivasi ekstrinsik untuk dia menempah kejayaan. Hal ini jelas membuktikan teori ini

sangat sesuai diaplikasikan oleh seorang kaunselor.

KS : Ya, semuanya baik, tindak balas kitalah yang menentukannya. Jika kita positif

maka positiflah ia. Kita perlu menghadapinya dengan hati yang sabar, syukur atau

redha.

KL : Oh, saya sudah faham cikgu! Maksudnya semua yang terjadi di dunia ini adalah

ketetapan Allah.

KS : Betul tu Shima. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersyukur, sabra dan redha

atas ketentuan-Nya. Jadi, selepas ini apa tindakan kamu?

KL : hmm.. Saya berjanji kepada diri saya untuk mengubah nasib keluarga saya. Saya

akan belajar bersungguh-sungguh untuk bantu ibu dan ayah saya. Saya saying

mereka cikgu. (sambil menangis). Saya tak akan peduli apa yang kawan-kawan ejek

saya,

KS : Bagus Shima bagus. Ibu dan ayah pasti bangga ada anak macam Shima. Anggap

sahaja ejekan kawan kamu itu sebagai cabaran kepada kamu.

KL :Baik cikgu. Terima kasih.

Page 19: Bimbingan Dan Kaunseling

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan huraian-huraian yang telah dibuat jelaslah kepada kita bahawa

teori-teori kaunseling yang terdapat di dalam subjek Bimbingan Dan Kaunseling

kanak-kanak ini boleh dan wajar diaplikasikan kepada murid-murid di sekolah.

Penguasaan terhadap teori-teori ini akan memudahkan guru meilih instrumen

yang perlu digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien

mereka. Selain itu, penguasaan teori-teori ini juga dapat mempelbagaikan

instrumen yang boleh digunakan oleh guru tersebut. Sebagai contoh, untuk

merangsang murid yang baru sahaja lulus dalam ujian, guru boleh menggunakan

pendekatan Pelaziman operan dimana guru boleh memberi peneguhan positif

kepada murid tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan

motivasi murid tersebut untuk terus berusaha pada masa mendatang.

Selain itu, dengan menguasai teori-teori ini, guru juga dapat meningkatkan

keyakinan mereka dalam menjadi seorang kaunselor. Hal ini demikian kerana

penguasaan terhadap ilmu-ilmu teori ini diyakini dapat meningkatkan kemahiran

guru dalam menjadi seorang guru dan kaunselor yang baik. Oleh itu, sebagai

seorang bakal guru, wajar bagi kita untuk khatam segala ilmu berkaitan dengan

bimbingan dan kaunseling ini bagi membantu kita pada masa akan datang.

Selain itu, kami juga telah memilih Teori Rasional Emotif untuk dijadikan teori

yang dapat membantu proses bimbingan dan kaunseling. Secara

keseluruhannya, teori ini kami lihat sangat berkesan kerana teori ini mengajar

klien berfikir dan bertingkahlaku secara rasional. Walau bagaimanapun, mereka

bebas untuk memilih antara tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Dengan

kata lain mereka diajar untuk bertanggungjawab atas pemikiran masing-masing

dan konsekuen tingkah laku yang berikutan.

Secara amnya, dapat dilihat pendekatan ini cepat sampai kepada masalah

yang dihadapi oleh klien. Oleh itu, penyelesaian masalah juga dapat dilakukan

dengan segera. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat

digunakan dalam menghadapi gejala yang lain dan kebiasaannya klien akan

merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari

cara berfikir.