bil. 1/2013 issn 1394 - 8687

17
BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013 1 Bil. 1/2013 www.rmp.gov.my ISSN 1394 - 8687 HAK MALAYSIA SABAH

Upload: others

Post on 21-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

1

Bil. 1/2013 w w w . r m p . g o v . m y ISSN 1394 - 8687

HAK MALAYSIASABAH

Page 2: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

2 3

CP DATO’ PAHLAWAN HAJI HAMZA TAIB CIPTA SEJARAHCommand (ESSCOM) . Mereka terdiri daripada DCP Dato’ Abd Rashid Harun, Komander Pasukan Keselamatan PDRM ESSCOM, DCP Dato’ Ahmad Nadzer Nordin, Ketua Perisikan Bersama ESSCOM, SAC Kamarul Bahrin Mohamad, Ketua Staf Briged PGA ESSCOM, SAC Zulkifli Abdul Aziz, Ketua Staf Perisikan PDRM ESSCOM, SAC Rosli Mohd Isa, Ketua Staf Siasatan ESSCOM, SAC Mohamad Nasir Ramli, Ketua Staf PGK ESSCOM dan SAC Abdul Manaf Othman, Ketua Staf PGU/PGM ESSCOM.

Diikuti, ACP Ahmad Taufek Abdul lah, T imbalan Ketua Staf Siasatan 1 ESSCOM, ACP Willey a/k Richard, Timbalan Ketua Staf Siasatan II ESSCOM, ACP Sulaiman Hussain, Timbalan Ketua Staf PGU ESSCOM, ACP Wan Shazali Wan Abd Rahman, Timbalan Ketua Staf PGM ESSCOM dan ACP Hazani Ghazali, Timbalan Ketua Staf PGK ESSCOM.

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Sempena Peringatan Hari Polis Ke-206 Tahun 2013, tercipta satu sejarah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), apabila DCP Dato’ Pahlawan Haji Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah,

dinaikkan ke pangkat Komisioner Polis (CP) dan seterusnya dikekalkan ke jawatan asal sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Sebelum ini, pangkat CP hanya diberikan kepada Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM sahaja, apatah lagi kepada mana-mana Pesuruhjaya Polis Negeri atau Ketua Polis Negeri. Namun Dato’ Pahlawan Haji Hamza adalah merupakan pegawai kanan polis yang pertama memakai pangkat CP dan kekal memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Dato’ Pahlawan Haji Hamza, 57, berasal dari Jasin, Melaka, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah pada 15 November 2010. Tragedi 12 Februari 2013, pencerobohan Pengganas Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu, telah mengangkat Dato’ Pahlawan Haji Hamza sebagai seorang ketua dan pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab.

Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, telah menyematkan pangkat CP itu kepada Dato’ Pahlawan Haji Hamza Taib, dengan disaksikan oleh CP Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM. Majlis berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, pada 14 April 2013.

Pada majlis sama turut disematkan pangkat kepada pegawai kanan polis yang bertugas di bawah Eastern Sabah Security

PENASIHATACP Ramli Mohamed Yoosuf

KETUA EDITORSupt. Lai Lee Ching

EDITORDSP Venugopal Navaretnam

PENOLONG EDITORASP Mohd Fadzil IsmailInsp. Mohd Zaki Abu BakarInsp. Haslina Muhamad Nor

STAF PENULIS / JURUFOTOSI Megat Nizar Megat Uda AbdullahKpl. Mohamad Wahid Mat DinKpl. Noorlidia MamunKpl. Aslam Syir Khan Fairuz KhanL/Kpl. Mohd Iqbal NasruddinL/Kpl. Sufian ArshadKonst/P Mohamad Shazril Abd. Rashid

PEREKA GRAFIKSM Zakaria Muhamad (Kia)

PENTADBIRAN / PENGEDARANShimatul Aida Maamor

KEWANGANDSP Ahmad Shukri Mat AkhirBaharuddin Baba

ALAMAT SURAT-MENYURATUnit Penerbitan dan PublisitiUrus Setia KPN (Komunikasi Korporat)Polis Diraja MalaysiaBukit Aman50560 Kuala Lumpur

Tel.: 03-2266 8325/8329Faks: 03-2266 8330

DICETAK OLEH:PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

2 3

T A H N I A H

Dari Meja Editor

- DSP Venugopal Navaretnam

Bersua kembali dalam edisi pertama Tahun 2013 sebagai p e m b u k a t i r a i , d e n g a n

mengetengahkan pelbagai berita dan kejayaan yang dikecapi Polis

Diraja Malaysia tidak berapa lama kebelakangan ini.

Para pembaca kal i in i sudah tentu dapat melihat kelainan pada majalah ini hasil kreativiti krew sidang pengarang yang ingin memperkenalkan perubahan bermula dari

masthead baru untuk tahun ini dan seterusnya kandungan yang mencatatkan detik-detik yang telah mengukir sejarah kepolisan yang akan sentiasa terpahat di hati setiap warga polis abad ini.

Di samping merakamkan aktiviti dan juga majlis yang berlangsung di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kita seharusnya sentiasa mengingati saranan dan amanat mantan-mantan Ketua Polis Negara supaya ianya menjadi pedoman sekaligus memperkuatkan ilham serta membina resolusi baru bagi kita berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sememangnya diharungi pada setiap masa tahun demi tahun.

Dalam usaha menjadikan Berita Bukit Aman sebagai majalah korporat dengan pengisian maklumat serta informasi terkini sudah tentu dapat membina imej pasukan yang lebih mantap dan diharap menjadi kebanggaan bersama. Tidak terhenti di sini sahaja, para pembaca akan disajikan dengan artikel berbentuk kejayaan jabatan-jabatan dalam PDRM serta temubual eksklusif tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin dalam pasukan yang telah mengharumkan nama pasukan dalam keluaran akan datang nanti.

Pada 25 Mac lalu, Sambutan Hari Polis Ke-206 bertemakan “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami”, diiringi titisan air mata dan diselubungi suasana pilu kerana isu Lahad Datu. Krew sidang pengarang buat julung kali dalam keluaran ini ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga wira-wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah tempoh hari. Kepada mereka yang tercedera pula, kentalkan semangat dan teruskanlah perjuanganmu demi kedaulatan negara tercinta kita dan pasukan khasnya.

Selamat membaca…

Salam hormat dan salam sejahtera,

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

Page 3: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

4 5

17 Januari 2013 – Mr. Fahad A.H. Alrashid, Duta Besar Saudi Arabia temui Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

7 Februari 2013 - H.E. Mr. Aflah Sulaiman Mohammed Al Taie, Duta Besar Oman bersama - sama Pegawai Kedutaan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

18 Januar i 2013 – Mr. Damian Knight, Duta Besar Australia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

21 Februari 2013 - H.E Madam Martine Dorance, Pegawai Kedutaan Perancis telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

4 5

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

18 Januari 2013 - Dato’ Haji Sa l leh Ha j i I sa , Pengarah Urusan T radel i f t Indopalm Industri bersama Haji Omar Haji Sulaiman, Pengurus Tabung Haji Travel, Kuching, Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

A L B U M

9 Januari 2013 – Dato’ Zubaidah Md. Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik mewakili Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Farouk Othman, Executive Chairman Of APFT Berhad.

5

2 1 F e b r u a r i 2 0 1 3 – Profesor Kevin Bampton, P e m b a n t u D e k a n Faku l t i Pe r n iagaan, P e n g k o m p u t e r a n dan Undang-Undang d a n K e t u a S e k o l a h Undang-Undang dan Kriminologi, University Of Derby, United Kingdom membuat kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

A L B U M

Page 4: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

6 7

“Dalam soal kedaulatan negara kita, dalam keamanan negara kita, kita tidak akan membiarkan seinci pun tanah bumi Malaysia tergugat dinodai oleh sesiapa sekali pun. Oleh itu, sebagai ketua kerajaan saya mengambil keputusan bahawa masa untuk kita memberikan apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita perlu bertindak dengan segala kekuatan yang ada. Namun saya merasa amat dukacita bahawa niat baik dan murni ini telah dibalas dengan tindakan menembak dan membunuh dengan cara sangat kejam yang dilakukan terhadap pasukan polis kita”. Tegas Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Tragedi 1 Mac 2013, dua anggota 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas, terkorban di tembak

Pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Penantian seluruh rakyat Malaysia terhadap isu pencerobohan Pengganas Sulu yang mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu, diketuai oleh Raja Muda Azzumudie di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah selama hampir tiga minggu sampai ke kemuncaknya pada 1 Mac 2013, apabila berlakunya insiden tembak-menembak. Harapan untuk melihat insiden yang bermula pada 12 Februari 2013, berakhir dengan aman tanpa pertumpahan darah dengan melalui pelbagai usaha rundingan dan nasihat tidak kesampaian.

Malah sama sekali tidak diduga oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa mengharapkan berlakunya proses perdamaian antara kedua pihak. Lebih menyedihkan apabila dua anggota 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas

PENGGANAS SULU CEROBOH SABAHOleh : S/Insp. Megat Nizar

(PGK) PDRM gugur manakala tiga lagi cedera dalam tembak-menembak yang berlaku pada pagi Jumaat itu.

Begitulah risiko yang terpaksa di hadapi oleh pasukan polis yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menjaga dan mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara yang dicintai. Jasa dan pengorbanan kedua-dua yang terkorban, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat, 30, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, sesungguhnya tidak ternilai dengan wang ringgit.

Tragedi 2 Mac 2013, enam terkorban ditembak Pengganas Sulu di Kg. Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah. Tragedi dua rakan setugas dari 69 Komando PGK, gugur di Kg. Tanduo, Lahad Datu, sungguh mencengkam perasaan seluruh warga PDRM. Demi

kedaulatan negara tercinta sekumpulan anggota polis bertekad meneruskan misi memburu Pengganas Sulu mesti diteruskan. Dalam fikiran mereka hanya satu, menjayakan misi khas menangkap pengganas yang dipercayai bersembunyi di Kg. Sri Jaya, Simunul, Semporna, sebuah perkampungan di atas air. Misi bahaya diteruskan dengan diketuai oleh Supt. Ibrahim Lebar, Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, dibantu ASP Micheal Padel, Ketua Cawangan Khas Daerah Semporna, tahu Semporna berada dalam keadaan bahaya. Daripada maklumat risikan diterima, pengganas merancang melakukan sabotaj dengan membakar rumah penduduk, membuat tembakan secara rambang dan menyerang balai polis. Keselamatan masyarakat di Semporna benar-benar di tangan mereka. Jika misi itu gagal, mungkin kemusnahan besar bakal berlaku.

Pada petang Sabtu, 2 Mac 2013, kumpulan Supt. Ibrahim bergerak ke Kampung Sri Jaya. Mereka menggeledah beberapa buah rumah yang dikenal pasti menjadi lokasi persembunyian pengganas. Namun tanpa diduga, rupa-rupanya operasi sulit tersebut telah diketahui musuh kerana terdapat ‘orang tertentu’ yang menyalurkan maklumat. Ketika melalui jambatan kayu yang usang di Kampung Sri Jaya itu, Inspektor Mohd. Hasnal Jamil dari Cawangan Khas Bukit Aman ketika itu berada dalam

eksklusif

Page 5: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

8 9

anggota pasukan polis nyata membakar semangat juang mereka untuk berbakti walaupun lapan rakan seperjuangan mereka gugur sebagai bunga bangsa.

S e m a n g a t j u a n g d a n k o m i t m e n j i t u yang ditunjukkan oleh anggota PDRM dalam mempertahankan setiap inci bumi negara Malaysia yang dicintai dengan menumpas atau menangkap penceroboh amat melegakan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan bumi yang bertuah ini mendukung pendirian Malaysia yang ditegaskan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, bahawa operasi bagi

8

kedudukan paling depan diikuti Supt. Ibrahim Lebar dan ASP Michael Padel, dihujani ratusan peluru dari rifle M-16 dan AK-47 oleh sekumpulan Pengganas Sulu dari segenap sudut rumah di atas air itu. Tembakan bertalu-talu itu juga termasuk dari beberapa buah sampan di bawah rumah di perkampungan atas air itu.

Kumpulan pengganas tersebut telah memasang ‘perangkap’ lebih awal untuk menyerang pasukan polis. Kumpulan pengganas seperti dirasuk syaitan dan bersifat seperti binatang buas, tanpa perikemanusiaan bertindak zalim dan kejam ke atas anggota polis yang terkorban termasuk yang mengalami kecederaan.

Melihat rakan-rakan seperjuangan diperlakukan sedemikian rupa oleh Pengganas Sulu durjana itu, anggota yang terselamat mengatur strategi susulan untuk melakukan serangan balas. Strategi yang dirancang mereka itu berhasil. Dalam serangan balas itu, seramai enam Pengganas Sulu berjaya ditembak mati.

Selain Supt. Ibrahim Lebar dan ASP Michael Padel, anggota polis yang turut gugur dalam serangan itu ialah Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

KEJAYAAN pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan di Sabah, khususnya di Lahad Datu dan Semporna, angkara pencerobohan Pengganas Sulu memberi keyakinan t inggi bahawa mereka mampu menjadi benteng kukuh mempertahankan kedaulatan negara.

Ramai Pengganas Sulu dibunuh dan berjaya ditangkap. Kejayaan ini tentunya kerana anggota polis sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa juga ancaman dan disematkan semangat juang yang tinggi di samping sokongan kuat daripada Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara yang sentiasa berada di medan perang.

Sikap prihatin Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang turun ke medan perang meninjau dan bertemu

Page 6: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

10 11

SMS TERAKHIR ANGGOTA 69 KOMANDO

“Wahai isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan…. Jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna”

“Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acap kali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah”

“Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara”

“Wahai ibu & ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia”

“Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.”

memburu kumpulan penceroboh militan di Sabah diteruskan. Pilihan yang ada pada pengganas terlibat ialah meletakkan senjata tanpa syarat. Justeru tidak bangkit soal gencatan senjata seperti yang disuarakan oleh Jamalul Kiram lll setelah mengetahui nasib anggota kumpulan militannya yang kian tersepit dalam operasi yang dilakukan oleh PDRM.

Pendirian tegas itu amat wajar, setelah tindakan ganas dan sikap tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan kumpulan Pengganas Sulu terbabit terhadap anggota polis. Operasi ofensif terpaksa dilancarkan setelah pengganas terbabit menyerang dan membunuh anggota polis dengan kejam. Operasi memburu saki baki pengganas terbabit terus dilancarkan demi menjamin keselamatan rakyat yang tinggal di pantai timur Sabah, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah.

Tragedi di Semporna dan Lahad Datu itu turut memberi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia betapa besar maknanya erti keamanan yang dikecapi hari ini dengan apa cara sekalipun demi keselamatan dan kelangsungan hidup masyarakat kini dan generasi akan datang.

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

1110

Page 7: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

12 13

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor kerana sudi melapangkan masa untuk hadir bersama-sama dengan warga PDRM bagi menjayakan sambutan Peringatan Hari Polis yang Ke-206 pada pagi ini.

Ucapan terima kasih dipanjangkan juga kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, serta dif-dif jemputan dan juga para hadirin yang turut sudi hadir ke majlis ini.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadirat Allah S.W.T., kerana sekali lagi diberi hidayahNya untuk menyambut Peringatan Hari Polis Ke-206 pada tahun ini. Saya dan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga PDRM di seluruh pelusuk tanah air yang telah menjalankan tugas-tugas mulia untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara di tanah air kita ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-alukan kehadiran mantan-mantan kepimpinan tertinggi PDRM yang masih kental semangat jati diri kepolisan mereka hingga ke hari ini. Sesungguhnya tiada perkataan dapat menggambarkan penghargaan PDRM terhadap sumbangan dan pengorbanan yang

TEKS UCAPAN INSPEKTOR JENERAL TAN SRI DATUK SERI UTAMA HAJI ISMAIL HAJI OMAR, KETUA POLIS NEGARA, SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-206 TAHUN 2013

telah dicurahkan, dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara amnya dan pasukan PDRM khasnya. Kepada mereka, kami ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan padu yang berterusan. Kepada yang terlebih dahulu meninggalkan kita, marilah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi mereka yang beriman.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Tema sambutan pada tahun ini masih lagi mengekalkan tema terdahulu iaitu “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami”. Tema tersebut begitu mendalam maksudnya, malah ia boleh dianggap sebagai satu ikrar untuk kita memperbaharui iltizam dalam menyampaikan perkhidmatan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat secara cekap dan berkesan, sehinggalah rakyat

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

13

8 Wira Polis Diraja Malaysia yang gugur

SJN 113088SABARUDDIN DAUD

ASP G/17992ZULKIFLI MAMAT

ACP G/10768IBRAHIM LEBAR

KPL 160475MOHD AZRUL TUKIRAN

SJN/S 12675SALAM TOGIRAN

DSP G/15052MICHAEL AL PADEL

S A N A - S I N I

12

SM 124082ABD. AZIS SARIKON

Page 8: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

14 15

berpuas hati dengan segala tindak-tanduk kita dalam menjaga keselamatan nyawa dan harta benda mereka.

Ikrar dan iltizam inilah juga yang telah kami zahirkan di dalam insiden yang berlaku di dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac 2013, dan di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac 2013 yang menyaksikan lapan pegawai dan anggota PDRM terkorban, seorang anggota tentera juga terkorban dalam Op ini menjadikan jumlah wira yang terkorban setakat ini sembilan orang. Manakala, lapan lagi pegawai dan anggota PDRM dan seorang tentera turut mengalami kecederaan.

Seluruh warga PDRM mengucapkan salam takziah kepada keluarga pegawai polis yang terkorban dan mendoakan semoga pegawai-pegawai yang cedera segera sembuh.

Sesungguhnya hati dan ingatan kita sentiasa bersama mereka di saat-saat tragis ini. Alhamdulillah, kebajikan mereka tidak sesekali kita abaikan di mana sumbangan dari rakyat Malaysia secara individu ataupun berkumpulan sentiasa mencurah untuk meringankan bebanan mereka.

Selepas daripada dua insiden tersebut, semangat pasukan keselamatan yang terdiri dari 69 Komando, PGA, dan UTK serta disokong oleh elemen-elemen lain dalam pasukan tidak luntur malah terus membara. Maka operasi ofensif terus digerakkan untuk memburu pengganas-pengganas yang telah menceroboh kedaulatan negara. Sehingga kini, 63 orang musuh telah berjaya ditewaskan dan mati dalam pertempuran.

Usaha juga telah dilaksanakan di luar kawasan operasi di mana pihak polis terus menjejaki dan mengesan individu-individu tertentu yang dipercayai bersubahat dengan pihak pengganas. Beberapa tangkapan telah dibuat untuk melumpuhkan jentera ofensif pihak pengganas. Pada 20.3.2013, hasil daripada siasatan pegawai penyiasat kita, Peguam Negara telah

memulakan pendakwaan terhadap lapan orang yang te lah d i tangkap dibawah Kanun Keseksaan d ibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Saya ingin menegaskan b a h a w a o p e r a s i d i Sabah mas ih ber ja lan dan InsyaAllah keadaan adalah terkawal . ATM yang bersama-sama PDRM melancarkan operasi ini te lah mula membawa masuk peralatan-peralatan logistik yang lebih sesuai u n t u k m e m a n t a p k a n operasi ini.

Tindakan ini bukan sahaja

menaikkan moral pegawai dan anggota yang bertugas, tetapi telah juga mengembalikan keyakinan orang ramai di negeri Sabah bagi menjalani kehidupan normal seharian mereka. Saya sendiri telah melihat dengan dekat semangat kental yang dipamerkan oleh pasukan keselamatan bagi menghadapi pertempuran. Saya amat terharu kerana ahli pasukan keselamatan negara mempunyai semangat juang yang amat tinggi. Sukacita saya maklumkan bahawa PDRM akan terus memburu pengganas untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya perhatian kita kembali kepada keadaan negara keseluruhannya. Dari “report card” GTP yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri enam hari yang lalu, secara keseluruhannya kadar jenayah telah menurun sebanyak 27 peratus bagi tempoh 2009 hingga 2012 berbanding peningkatan 33 peratus bagi tempoh lima tahun sebelum itu.

Selain daripada itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga melaporkan bahawa insiden jenayah yang dilaporkan di Malaysia adalah masih lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain, iaitu pada purata 550 jenayah yang dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding hampir 6,500 laporan di United Kingdom, dan hampir 4,000 di Amerika Syarikat.

P e t u n j u k - p e t u n j u k i n i a d a l a h s a n g a t memberangsangkan. Saya serta warga PDRM berazam untuk terus meningkatkan prestasi bagi menurunkan kadar jenayah, sejajar dengan program-program yang telah kita laksanakan di bawah NKRA Fasa Dua.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Di bawah NKRA Fasa Dua bagi tempoh tiga tahun, iaitu 2013-2015, PDRM telah memperluaskan inisiatif sedia ada dengan menambahkan inisiatif-inisiatif pencegahan jenayah, merangkumi Unit Rondaan Bermotosikal (URB),

dan beberapa lagi inisiatif yang mengambil pendekatan bersepadu NBOS seperti 1Aman, Green and Blue, dan Amanita di bawah tema “United Against Crime” yang sedang dijanakan sepenuhnya.

Umpamanya, sejak Unit Rondaan Bermotosikal dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap anggota URB dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan memberi impak positif dalam usaha memerangi jenayah, sekal i gus memenuhi tuntutan masyarakat yang mahukan negara ini berada dalam keadaan aman dan selamat.

Sesungguhnya semua kejayaan inisiatif ini tidak akan tercapai jika tanpa sokongan padu dan kerjasama dari semua pihak. Sehubungan dengan itu, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam usaha PDRM mengurangkan jenayah.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

PDRM merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang amat prihatin terhadap segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh warga PDRM di dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.

Pada 11 Mac yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan satu imbuhan yang sangat berharga dan bermakna kepada warga PDRM. Pengumuman tersebut adalah kesetaraan semua pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Perkhidmatan Awam Am berkuat kuasa dari 1 Januari lalu. Pensetaraan tersebut, adalah selaras dengan perubahan skim PDRM yang mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan di atas imbuhan tersebut!

Insya-Allah diharapkan dengan pengumuman skim tersebut, akan memberi impetus semangat baru kepada semua warga PDRM untuk terus memberikan khidmat bakti yang tidak berbelah-bahagi demi kesejahteraan negara tercinta.

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri dan hadirin yang dihormati sekalian

Sebagai sebuah agensi utama bertanggungjawab mengekalkan r u k u n n e g a r a d a n n o r m a

demokrasi, PDRM telah bersiap-sedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Segala keperluan logistik, komunikasi dan keanggotaan diletakkan di dalam tahap siap siaga yang tinggi agar negara terhindar dari anasir yang memudaratkan ketenteraman awam.

Akhir kata, kepada semua warga PDRM, sebagai menyambut Peringatan Hari Polis Ke-206, marilah kita bertekad bersatu-padu sebagai sebuah pasukan yang terus kental dan selagi terdapat apa-apa bentuk ancaman terhadap keselamatan, ketenteraman dan kedaulatan negara kita, PDRM akan terus menabur bakti untuk menghapuskan segala elemen dan anasir-anasir jahat terhadap negara.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima Kasih.

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

14 15

S A N A - S I N I S A N A - S I N I

Page 9: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

16 17

Oleh : Kpl. Mohamad Wahid Mat Din

Kuala Lumpur, 25 Mac 2013 – Sebak, sedih dan ada juga tetamu yang menitiskan air mata di Sambutan Sempena Peringatan Hari

Polis Ke-206 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pada permulaan acara, sambutan yang penuh semangat patriotik itu, keadaan bertukar sayu ketika upacara pemakaian pangkat secara medan kepada lapan wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Kehadiran para balu dan waris menerima kenaikan pangkat wira negara yang terkorban itu amat memilukan. Air mata para hadirin mengalir tanpa disedari seolah merasai sama kesedihan yang mereka alami di atas pemergian insan tersayang.

Kesedihan turut terpancar di raut wajah Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, ketika menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal mendiang Deputi Supritendan Michael Padel yang memakai baju kemeja serta seluar hitam tanda berkabung atas kematian bapa yang disayanginya.

TITISAN AIR MATA DI DATARAN KAWAD

Dua pegawai dan enam anggota yang gugur dalam Op Daulat mendapat kenaikan pangkat secara medan. Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac ialah Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 30, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, manakala di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac ialah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, Deputi Superintendan Polis Michael Padel, 36, Sarjan Mejar Baharin Hamid, 49, Sarjan Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48 Sarjan Salam Togiran, 42 dan Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27.

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 dengan tema “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami” itu, mempamerkan revolusi kepolisian negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan itu untuk menaikkan imej ke arah

perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan, pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis dan menuju era kepolisan bertaraf antarabangsa.

Turut hadir, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Turut mengambil dalam perbarisan itu ialah Kontinjen 69 Komando seramai 93 anggota yang terlibat dengan pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah dalam misi Op Daulat.

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

16 17

S A N A - S I N I S A N A - S I N I

Page 10: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

18 19

RAJA PERLIS BERANGKAT KE

SANTAPAN MALAM PDRM

19

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Lahad Datu, 25 Mac 2013 –Berada di medan perang bukanlah halangan bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengadakan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 tahun 2013, malahan lebih manis lagi

apabila sambutan yang diadakan di Felda Residence Sahabat 16 Lahad Datu, Sabah itu turut disertai oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sama-sama berjuang menentang pengganas Sulu yang mencerobohi negara ini sejak 12 Februari 2013 lalu.

Sebagai simbolik daripada ATM, mereka telah memberikan sejambak bunga dan dua biji kek kepada PDRM, sambil bermain gitar menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Polis’. Sambutan itu walaupun diadakan sederhana namun meriah, malah ‘meremangkan’ bulu roma sesiapa sahaja yang menyaksikan keakraban dan kesepakatan yang ditonjolkan warga PDRM dan ATM itu.

“Keakraban dan perpaduan yang ditunjukkan oleh warga PDRM dan ATM ini menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi seiring dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ini sesuatu yang mengagumkan apabila kami, Polis Diraja Malaysia dapat sama-sama meraikan sambutan Hari Polis bersama warga ATM yang berada di barisan hadapan. Komitmen yang ditunjukkan dalam kalangan anggota terlibat sememangnya sentiasa berada di tahap tertinggi dalam memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga dan dipelihara sehingga ketitisan darah yang terakhir”, kata Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis, di majlis yang menempa sejarahnya yang tersendiri itu.

Penyertaan warga ATM di sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 itu sekali gus membuktikan keakraban kedua-dua pasukan bersatu, sehati dan sejiwa, berkorban demi menjaga keselamatan serta kedaulatan negara. Diakhir majlis warga PDRM dan ATM beramai-ramai menyanyikan lagu “Sedia Berkhidmat dan Perajurit Tanah Air” dengan penuh semangat.

PDRM DAN ATM SAMBUT HARI POLIS KE-206

18

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Ka n g a r , 2 3 F e b r u a r i 2 0 1 3 – “Sesungguhnya kepr ihat inan Tuanku berdua kepada pasukan

polis, telah menunjukkan yang Tuanku berdua amat mementingkan agenda keamanan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara. Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menunjukkan keprihatinan Tuanku kepada pasukan polis, di samping memupuk silaturahim antara warga PDRM dan pihak Istana”.

“Patik sekalian amat terhutang budi dan menyembahkan ucapan menjunjung kasih ke s is i Dul i Yang Maha Mulia Tuanku kerana melalui pertandingan golf persahabatan ini juga telah berjaya mengukuhkan ikatan silaturahim dan kemesraan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua serta kerabat-kerabat dengan warga PDRM keseluruhannya. Bak kata pepatah Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.

Demikian kata Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika mempersembahkan ucapan di Majlis Santapan Malam Golf Persahabatan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-206 Tahun 2013, di Mess Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis.

Terdahulu pada sebelah pagi, telah berlangsung Golf Persahabatan Peringatan Hari Polis Ke-206 Tahun 2013 di Kelab Golf Putra Perlis yang disertai Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putera Jamalullail, Raja Perlis.

“Sesungguhnya warga PDRM berasa amat berbangga dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana berkenan bersama-sama menjayakan pertandingan tersebut. Kerjasama, persefahaman dan juga komitmen yang diberikan amat dihargai oleh warga PDRM”, ujar Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail, di majlis yang bersejarah itu.

Mencemar duli berangkat ke Majlis Santapan Malam itu ialah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

DI MEDAN PERANG

S A N A - S I N I S A N A - S I N I

Page 11: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

20 21

Oleh : L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin

Johor, 29 Januari 2013 - Di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang

DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, telah merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, daerah yang Ke-5 di dalam Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia.

Turut berangkat di majlis tersebut, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor dan Paduka-Paduka Putera dan Puteri serta Kerabat-Kerabat DiRaja.

Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, dalam ucapannya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tuanku untuk merasmikan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya ini. Selain itu, Ketua Polis Negara juga amat menghargai segala penganugerahan dan keprihatinan Duli Yang Amat Mulia Tuanku berkaitan dengan anugerah-anugerah Duli Yang Amat Mulia Tuanku kepada Polis Diraja Malaysia dalam bentuk logistik, yang telah meningkatkan imej terbaik Polis Diraja Malaysia dalam konteks prestasi penugasan.

Turut Hadir, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Mohd Ali Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, dan Tuan Haji Obet Tawil, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

PERASMIAN IPD KULAIJAYA, JOHOR

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

Oleh : Konst/P Mohamad Shazril Abd Rashid

Kuala Lumpur, 20 Februari 2013 – Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan Kepada Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen / Daerah Terbaik Op Selamat

II telah dirasmikan oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara di Ruang Legar Stesen KL Sentral. Op Selamat II dengan tema ‘Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi’ telah bermula pada 3 sehingga 17 Februari 2013 sempena Tahun Baru Cina yang lalu. Ianya bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya semasa perayaan Tahun Baru Cina. Operasi tersebut bukan sahaja menitikberatkan kemalangan jalan raya, malah ia juga dapat mencegah gejala pecah rumah yang kian berleluasa.

Dalam pelancaran Op Selamat II ini, kes pecah rumah telah berjaya menurun sebanyak 124 kes atau 11 peratus, iaitu sebanyak 986 kes telah dilaporkan sepanjang tempoh dua minggu berbanding 1,110 kes pecah rumah yang telah dilaporkan pada tahun lepas. Ini memberikan impak yang besar dalam membanteras jenayah ini. Untuk laporan kemalangan pula, jumlah kemalangan bagi Op Selamat II telah menurun sebanyak 4.5 peratus iaitu daripada 17,054 kes kepada 16,287 kes berbanding tahun lepas.

Seramai 50 orang pemandu berhemah telah dipilih untuk menerima Penghargaan Anugerah Pemandu Berhemah yang terdiri daripada 10 orang pemandu bas, 10 orang pemandu motokar dan 30 orang penunggang motosikal. Di samping itu, Sijil Anugerah Penghargaan telah diberikan kepada tiga kontinjen dan daerah terbaik yang telah mencapai sasaran dan objektif PDRM. Bagi kategori kontinjen yang telah menerima Anugerah Penghargaan Terbaik ialah Kontinjen Kelantan, Sabah dan Terengganu. Bagi daerah terbaik pula, Daerah Seberang Prai Tengah, Daerah Gombak dan Daerah Kota Kinabalu.

Turut membantu dan menjayakan kempen keselamatan rumah dan jalan raya ini ialah PLUS, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan,

OP SELAMAT II MENCAPAI KECEMERLANGAN

Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, MIROS, Konsesi-Konsesi Lebuhraya, Pihak Media dan Prince Court Medical Centre.

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013S A N A - S I N I S A N A - S I N I

20

Page 12: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

22 23

Oleh : L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin

Kuala Lumpur, 18 Mac 2013 – Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan jenayah dan langkah yang terbaru adalah Kempen 1Aman (All

Malaysians All Neighbourhoods) Go To Safety Points yang menyaksikan kerajaan mengadakan kerjasama dengan pihak swasta dalam mencegah jenayah. Kempen ini telah diperkenalkan oleh Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sebagai satu lagi inisiatif di bawah Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan bandar dan kawasan perumahan dengan kerjasama pihak swasta, pihak peniaga dan masyarakat. Majlis pelancaran Kempen 1Aman (Go To Safety Points) disempurnakan oleh Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

“Projek Go To Safety Points melibatkan tujuh buah rangkaian 7-Eleven dan dua cawangan Pos Malaysia Berhad sekitar Bukit Bintang. Kakitangan dua syarikat ini telah dilatih sendiri oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berurusan dengan orang awam semasa kes kecemasan merangkumi bantuan pencegahan jenayah seperti tangkapan orang awam, hak pertahankan diri, laporan dan rangkaian polis yang boleh dihubungi. Stesen minyak Petron juga telah menyatakan persetujuan untuk turut terlibat dalam program Go To Safety Points tersebut” Ujar Dato’ Lee Chee Leong dalam ucapan perasmian.

Turut hadir, Dato Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Wira Ayub Yaakob, Pengerusi Urus Setia NKRA, Dato’ Rusli Ahmad, Timbalan Ketua Urus Setia NKRA, dan Dato’ Mohmad Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur.

KEMPEN 1AMAN (UNITED AGAINTS CRIME)

Oleh : Kpl. Noorlidia Mamun

Masyarakat amat mengetahui bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM), memainkan peranan penting dalam melaksanakan

tanggungjawab utamanya iaitu membanteras jenayah dan mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara, Namun PDRM juga prihatin tentang alam sekitar dan sedar betapa pentingnya semua pihak memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar. Bagi menyokong usaha kerajaan membangunkan negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, pembangunan yang seimbang dan lestari adalah penting bagi memastikan kualiti kehidupan masyarakat ke ‘standard’ yang lebih baik sebaris negara-negara maju.

Sehubungan itu Jabatan Logistik PDRM di bawah pimpinan CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, mengorak langkah yang positif dengan menyahut seruan kerajaan dengan mengatur program membudayakan amalan hi jau dan mengaplikasikan Teknologi Hijau sebagai agenda penting jabatan dalam menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. Sebagai fasa pertama pelaksanaannya untuk tempoh 2013-2015, dengan memberikan tumpuan utama bagi:-

• Mewujudkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan warga PDRM dan masyarakat sekeli l ingnya terhadap amalan teknologi hijau.

• Menggalakkan pengunaan tenaga yang lebih cekap dan efisien.

• Menguruskan sumber air yang berhemah.• Menggunakan sistem pengangkutan yang

mesra alam sekitar• Menggalakkan penggunaan produk dan

perkhidmatan hijau.

Program kesedaran telah dimulakan dengan pelancaran “Go Green PDRM” oleh Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan

AMALAN HIJAU DALAM PDRM

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013S A N A - S I N I K U A L I T I

GO TO SAFETY POINTS

22 23

Page 13: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

24 25

Ketua Polis Negara pada 27 Disember 2012 lalu berserta beberapa seminar. Kempen kesedaran diteruskan dengan pelancaran penggunaan Tong Kitar Semula oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 19 April 2013, dan akan diperluaskan ke semua formasi PDRM seluruh negara.

PDRM sedar mengamalkan budaya hijau bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi juga akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Bagi tahun 2012, PDRM membelanjakan hampir RM300 juta setahun bagi penggunaan air dan elektrik dan dengan menyasarkan pengurangan 10% pada tahun 2013, penjimatan tidak kurang RM30

juta setahun dijangka dapat dicapai. Inisiatif ini sedang dilaksanakan dengan penggunaan lampu-lampu yang jimat tenaga seperti LED, alat penghawa dingin dan peralatan elektrik yang hijau dan efisien dan mengawal suhu dalam bangunan yang optimum.

Kempen kesedaran dengan menutup suis lampu dan peralatan elektrik seperti komputer, mesin pendua dan alat penghawa dingin apabila tidak digunakan akan juga menyumbang kepada penjimatan termasuklah pengubahsuaian bangunan dan pembangunan kompleks pejabat dan perumahan polis yang baru, aspek dan ciri-ciri hijau akan diberi tumpuan. Bangunan hijau pertama PDRM akan dibangunkan di Kuala Lumpur bagi

menggantikan Balai Polis Tun H.S.Lee yang juga akan menempatkan Cawangan Trafik Kuala Lumpur. Antara ciri yang terdapat pada bangunan itu ialah reka bentuk dalaman yang akan mengambil kira kesan pencahayaan semula jadi termasuk penggunaan lampu LED dan juga kemampuan “rain water harvesting”.

Penggunaan tong kitar semula adalah selari dengan amalan 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle yang juga boleh diaplikasikan dalam penggunaan kertas, dakwat dan toner. PDRM membelanjakan lebih daripada RM30 juta setahun dalam menggunakan kertas dan toner dan ini dapat dijimatkan dengan amalan hijau seperti mengurangkan penggunaan kertas dengan

penggunaan elektronik seperti e-mail. Ini telah dibuktikan apabila PDRM memperkenalkan e-slip bagi menggantikan slip gaji pada tahun 2010 yang mana sejumlah RM2.8 juta setahun dapat dijimatkan dengan pengurangan kos kertas, percetakan dan pengeposan slip gaji.

PDRM juga menggunakan lebih daripada 25,000 buah pelbagai jenis kenderaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Ini membabitkan penggunaan bahan bakar tidak kurang daripada RM90 juta setahun. Penggunaan bahan bakar ini juga menyumbang secara langsung kepada pencemaran alam sekitar.

Dalam inisiatif hijau disasarkan pengurangan 10% penggunan bahan bakar bagi tahun 2013 yang boleh memberi penjimatan sebanyak RM9 juta setahun. Ini diharap dapat dicapai dengan pengurusan pengunaan kenderaan yang lebih efisien, penyelenggaraan enjin yang lebih baik yang dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar menggunakan kenderaan hybrid dan elektrik di mana wajar sebagai langkah seterusnya dalam mengurangkan penggunaan bahan bakar.

Seterusnya dalam menggalakkan pengunaan produk dan perkhidmatan hijau, tumpuan sedang diberi untuk melatih kakitangan khususnya di Jabatan Logistik dalam menyediakan spesifikasi produk dan perkhidmatan yang berasaskan teknologi hijau.

Jabatan telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Green Technology Corporation dan lain-lain badan bagi melaksanakan usaha perolehan Hijau dengan menyasarkan tidak kurang 20% perolehan berasaskan teknologi hijau bagi tahun 2013. Dengan sokongan padu kepimpinan tertinggi

25

K U A L I T I

Page 14: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

26 27

dan melalui Blue Print Go Green PDRM 2013 – 2015, hasrat PDRM untuk diiktiraf sebagai Jabatan Kerajaan yang mengamalkan budaya ‘Hijau’ dan mengaplikasikan Teknologi Hijau akan menjadi kenyataan sekali gus membantu negara dalam usaha bersama memelihara alam sekitar sejagat.

“Sehubungan dengan i tu juga, k i ta menjangkakan di masa-masa akan datang, kesedaran terhadap alam sekitar, terutamanya di tempat kita tinggal dan bekerja adalah semakin meningkat. Doktrinasi ke arah ini kini sedang dipergiatkan di semua peringkat, seawal dari peringkat taska, hinggalah ke peringkat universiti

dan alam pekerjaan. Kesedaran terhadap alam sekitar sekarang menjadi sebahagian daripada ciri kehidupan kita. Sebagai negara yang akan menuju ke taraf pembangunan sepenuhnya dalam masa kira-kira tujuh tahun dari sekarang, kita mestilah menyediakan kerangka untuk pemodenan yang bercirikan ‘celik-persekitaran’ atau “environmental awareness”, kata Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar di majlis pelancaran ‘Go Green PDRM’.

PDRM, menerusi Jabatan Logistik, telah merangka satu “blue print” berkaitan “Amalan Hijau Polis Diraja Malaysia” yang menghuraikan strategi

dan kaedah pelaksanaan A m a l a n H i j a u d a n Aplikasi Teknologi dalam PDRM. Blue print ini akan digunakan sebagai garis panduan dan rujukan kepada warga PDRM u n t u k m e l a k s a n a k a n in i s ia t i f - i n i s ia t i f yang berlandaskan persekitaran atau disebut Perolehan Hi jau Kerajaan Green Government Procurement (GGP). Secara ringkas, d i bawah pol i s i GGP, PDRM akan mengambil kira aspek alam sekitar dalam semua perolehan aset dan kelengkapan

polis. Oleh itu, untuk jangka masa beberapa tahun selepas ini, kesemua aset polis akan mengikut tahap piawaian alam sekitar yang setanding dengan negara-negara maju yang telah mengamalkan dasar ini.

Transformasi ke arah “go green” ini adalah sesuatu yang sangat signifikan. PDRM sebagai sebuah pasukan yang mempunyai populasi melebihi 112 ribu orang, tentulah mempunyai jumlah aset yang besar yang akan memberikan impak sekiranya sesuatu polisi diperkenalkan untuk menambah baik sistem pengurusan dan penyenggaraannya.

Umpamanya, jika tidak pun bercakap mengenai kenderaan, jumlah kadar penggunaan air dan elektrik di semua premis PDRM di seluruh negara sekalipun, memadai untuk menggambarkan bagaimana pengurusan mesra alam sekitar ini boleh memberi manfaat kepada pasukan dan negara sekiranya diamalkan. Jika melalui kaedah mesra persekitaran diyakini mampu menjimatkan tenaga elektrik dan air, terdapat juga kaedah-kaedah untuk meningkatkan kecekapan kenderaan tanpa mengganggu alam sekitar. Oleh yang demikian itu, sekiranya semua faktor alam-sekitar “go green” di implementasi dengan cekap dan berkesan, ia bukan sahaja menjimatkan dari aspek kewangan, malah ia boleh sekali gus meningkatkan taraf kehidupan kita melalui persekitaran yang lebih sihat.

“Melalui inisiatif “go green” oleh Jabatan Logistik adalah merupakan satu-satunya projek perintis yang diamalkan oleh jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara. Tahniah dan syabas kepada Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah dan Jabatan Logistik juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hi jau dan Air (KeTTHA) yang telah membantu untuk merealisasikan program ini dalam PDRM”, ujar Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar yang jelas teruja dengan program itu.

26 27

K U A L I T I

Page 15: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

28 29

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013K E R A T A N A K H B A R K E R A T A N A K H B A R

28 29

Page 16: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

30 31

Oleh : Konst/P Mohamad Shazril Abd Rashid

Bukit Aman, 7 Februari 2013 - Sambutan Maulidur telah berlangsung di Masjid Bukit

Aman dengan bertemakan ‘Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Sambutan te r sebut d imer iahkan dengan Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah PDRM turut bersama – sama berarak daripada Menara 2 hingga ke Masjid Bukit Aman.

Lapan Jabatan PDRM telah menyertai perarakan dengan bacaan selawat, memuji Allah dan Rasul. Jabatan KDN/KA telah menjuarai pertandingan pakaian, sepanduk terbaik, dan penyertaan anggota dan pegawai terbanyak , tempat kedua disandang oleh Jabatan Pengurusan dan tempat ketiga, Cawangan Khas.

Ketua Pol is Negara telah melancarkan Buku Panduan Doa Majlis Rasmi & T idak Rasmi PDRM sempena Hari Maulidur Rasul yang

DI MASJID BUKIT AMAN

julung – julung kalinya berjaya diterbitkan oleh Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM Bukit Aman. Ia dihasilkan oleh 10 orang panel penulis BAKA PDRM yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ustaz Che Alias Che Ismail.

Selepas Solat Maghrib, Ustaz Nor Hafizi Abdul Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’.

30

Oleh : L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin

Kuala Lumpur, 21 Mac 2013 – Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara telah merasmikan Mesyuarat

Agung Perwakilan Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras.

“Wanita pada hari ini tidak hanya mahu dilihat dari sudut kebajikan semata-mata, tetapi mereka

perlu diberi peluang untuk mereka meningkatkan tahap keupayaan mereka. Sehubungan itu, Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) ini dianggap selaras dengan hasrat berkenaan dan bertujuan untuk beramah mesra, berbincang dan bertukar-tukar pendapat demi merangka satu strategi yang mantap untuk memperkasakan peranan wanita” demikian ucapan Ketua Polis Negara ketika ucapan perasmian.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi Perkep Malaysia, Puan Sri Datin Seri Utama Hajah Suriati Md. Sobri serta pengerusi-pengerusi PERKEP dari seluruh negara.

“Kita berharap agar keluarga perwira yang terkorban dan tercedera sentiasa tabah menghadapi dugaan ini. Perkep akan sentiasa memberi sokongan berterusan kepada waris dan keluarga perwira negara yang terkorban untuk menghadapi saat-saat sukar ini,” Ucap Pengerusi PERKEP Malaysia sebelum ucaptama perasmian mesyuarat oleh Ketua Polis Negara.

Sementara itu, Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar Ketua Polis Negara dan Puan Sri Datin Seri Utama Hajah Suriati Md. Sobri turut melahirkan penghargaan terhadap inisiatif pelbagai pihak mewujudkan Tabung Wira Lahad Datu yang dapat membantu keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera ketika operasi mengusir pengganas di Lahad Datu, Sabah.

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013P E R K E P A G A M A

MEMPERKASAKAN PERANAN KAUM

WANITA

Sambutan Maulidur

3130

Page 17: Bil. 1/2013  ISSN 1394 - 8687

BERITA BUKIT AMAN - BIL. 1-2013

32

(Buat Perwira Di Lahad Datu Dan Semporna )

Kini Tercatat Lagi Dalam Lipatan SejarahKisah Perwira Negara Gugur Bertempur

Di Medan PerjuanganDemi Kesetiaan Memartabatkan Kedaulatan

Bangsa Dan Negara

Masih Basah Lagi Kita Menangisi Perwira Negara Yang Gugur

Digempur Ditembak Disepak Diterajang Ditikam Diparang

Kejam Dipenggal Dihambur Peluru Dari Segenap Penjuru

Luluh Perasaan Ini Meratapi Pemergian Perwira Negara

Anak Bertanya Pada Ibu Ayahnya Di Mana Mengapa Tidak Kembali

Dengan Jasad Tidak Sempurna Dibadai Kerakusan

Namun Barisan Pejuang Negara Tidak Akan Undur

Meski Di Hadapan Mereka Hanya Maut Yang Sentiasa Akur

Di Sini Kita Bebas Mengisi Mimpi Dalam Lena Yang Panjang Bebas Berlari

Bergurau Ketawa GembiraBebas Menghirup Udara Segar

Tanpa SempadanNamun Nun Di Perbatasan Lahad Datu dan Semporna

Barisan Pejuang Op Daulat Negara Bersengkang Mata

Dari Siang Menerjah Malam Malam Hingga Menjelang Sinar Mentari

Setiap Langkah Dan Gerak Tindak Harus Diperhalusi Dengan Penuh WaspadaDitemani Bunyi Bising Desing Peluru

Ledakan BomSerta Udara Yang Terpalit Hanyir DarahDan Bau Pengganas Yang Tidak Sempat

Dikafankan

Tanah Pusaka Negara Tercinta Ini Tetap Teguh

Kerana Kitalah PenjaganyaKerana Kitalah Benteng Kekuatannya

Kerana Ikrar Tidak Akan Luntur Dalam Darah Pejuang

Ikrar Adalah Tunjang PerjuanganSeragam Memartabatkan Maruah

Maruah Adalah Keramat Negara Yang Sentiasa Dijulang

Walau Berhadapan Dengan Sesiapa Pun Pertualangnya

Ayuh Kita Laungkan AmaranSabah Adalah Milik Kita

Malaysia Milik Kita Tanah Pusaka KitaJangan Sekali-Kali Engkau Najisi

Kami Pejuang Negara Tidak Akan Goyah Tidak Akan Undur

Akan Kami Tentang Kami Gempur Habis Sehabis Habisnya

Walau Jasad Ini Menjadi Galang GantinyaPetualang Bangsa Dan Negara

Nyah Kau Dari Sini !!!Sebelum Engkau Kami Kikis Habis

Perwira Negara Yang Telah GugurDi Sini Kami Tetap Teguh Bertahan

Meneruskan PerjuanganPengorbanan Kalian Tidak Ternilai Harganya

Hanya Doa Mampu Kami TitipkanMoga Kalian

Bersemadi Dengan TenangDitempatkan Dikalangan Insan-Insan Yang

Dicintai Pencipta

Demi Daulat Yang Kita JunjungMari Bersama Kita Laungkan Semangat

Sedia Berkhidmat Sedia Berkhidmat Sedia Berhidmat.

Ciptaan: Sjn. Yusof Ramji