big+ppg-simpulan+dan+ikatan

22
Simpulan dan Ikatan PANEL PENGGUBAL KURIKULUM BINA INSAN GURU-PPG PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK [ PPA ] IPGM CYBERJAYA

Upload: wendy-peterson

Post on 06-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PPG-SIMPULAN

TRANSCRIPT

Simpulan dan Ikatan

Simpulan dan IkatanPANEL PENGGUBAL KURIKULUMBINA INSAN GURU-PPGPUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK [ PPA ]IPGM CYBERJAYA Definisi TaliDiperbuat daripada sabut, dawai, kapas, rami,hemp,dan bahan-bahan campuran (sintetik ).Terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan.Contohnya, tali digunakan untuk mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat

Tentang Simpulan dan IkatanEmpat perkara yang berkaitan:i.Simpulan( Knotting)ii.Ikatan( lashing)iii.Sambat (splicing)iv.Mematikan hujung tali (whipping )

SimpulanSimpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.

Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana

SambatSambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.

Menyambung dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik dan selamat semasa digunakan.

Ikatan yang dibuat pada hujung tali supaya tidak terurai. Penyambatan semula dilakukan dengan ikatan mahkota dan setiap bebenang diselitkan di bawah dan seterusnya di atas bebenang sehingga hujungnya kukuh dan tidak terbuka.Biasanya memadai dengan menyelitkan kali untuk bebenang yang lengkap dan sekali untuk separuh bebenang. Ikatan ini dilakukan agar tali tahan lama dan senang digunakanMematikan hujung taliPerlu untuk mengelakkan tali terbutai di hujungnya

Fungsi Ikatan dan SimpulanAntara beberapa penggunaannya seperti:1.Mendaki2.Kehidupan seharian3.Memancing4.Seni5.Pengakap6.Mencari dan Menyelamat7.Bidang Perkapalan dan sebagainya.

Ikatan Buku SilaIkatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka atau kain anduh , menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan.Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Ikatan Manok (Clove hitch)

Ikatan simpul manok biasanya digunakan sebagai permualaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.

Simpulan Tindih Kasih

Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau pengikat leher binatang supaya tidak terjerut.Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh dalam sungai.

Simpulan Bunga Keti

Simpulan bunga keti digunakan bagi menyambung tali yang tidak sama besar saiznya dan dapat digunakan dengan selamat.

Bunga Keti BergandaIkatan bunga keti berganda juga digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar saiznya dan dapat digunakan dengan selamat.

Simpul Angka no. 8

Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots.Ikatan Simpul Pulih

Ikatan simpul pulih digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa perlu memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan tali yang tidak kukuh.

Lilit dua simpulMengikat hujung tali ke tiang/ pokok, gelung atau tali lain supaya tidak terlucut.

Simpul Belit Lucut/ Ikatan Pencuri (Highwayman's hitch) Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantasBoleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali

Lilit Balak(Timber Hitch)

Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.Untuk menarik balak atau kayu.Untuk memulakan Ikat Serong.

PANEL PENGGUBAL KURIKULUM BIG-PPGBil.NamaJabatan / Institut1Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,RashidPenyelarasPengarahPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM2En.Baharuddin bin Ab. LatiffPen.PenyelarasPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM3En. Ahmad Sukri b. MustaffaAhliIPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman4Tuan Haji Ruslan bin SaadAhliIPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman5En. Mohamad Hafedz b. SallehAhliIPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman6En. Hishamuddin bin HassanAhliIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT7En.Zakaria bin MustaffaAhliIPG Kampun Bahasa Melayu, Kuala Lumpur8Tuan Haji Norhizan b. ZainolAhliIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT9En.Zulkapli bin WaginiAhliIPG Kampus Ilmu Khas, Kuala LumpurSEKIAN TERIMA KASIH