buku msk dis 2013

Upload: afifuddin-azizuddin

Post on 10-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    1/20

    1

    TAHNIAH

    SELAMAT DATANG

    Ke

    Politeknik Ungku OmarPoliteknik Premier

    Kepada semua pelajar baharu Sesi Disember 2013

    Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan

    difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana

    sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda

    di sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.

    Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh

    kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat

    cergas dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta

    kokurikulum, seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi

    demi agama, bangsa dan negara tercinta.

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    2/20

    2

    PIAGAM PELANGGAN1.Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama

    pelajar sampai untuk mendaftar.

    2.Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan

    secara sistematik, terancang dan berkesan.

    3.Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang

    berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan

    perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10

    hari bekerja.4.Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu

    selepas semester pengajian berakhir.

    VISI

    Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan danlatihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga

    kerja global menjelang 2015

    MISIMenerobos sempadan untuk membina persekitaran

    pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjanaekonomi yang dipimpin inovasi.

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    3/20

    3

    LIRIK LAGU

    POLITEKNIK UNGKU OMAR

    Politeknik Ungku OmarMegah Terbina di Lembah Kintadi Ipoh BandarayaPerak Darul Ridzuan

    Menjunjung Wawasan Pertiwi

    Mendidik Ilmu TeknologiMembantu Membangun IndustriNegara Berdikari

    Menyahut Segala Cabaran

    Bina Negara Perusahan

    Walaupun Seribu Halangan

    Maju Terus ke Hadapan

    Politeknik Ungku Omar

    Mendukung Cita-Cita Bangsa

    Prinsip Rukun Negara

    Menjadi Panduan Kita

    Tunjukkan Kepada Dunia

    Kita Juga Ada UpayaMenjadi Bangsa Berjaya

    Hidup Bebas dan Merdeka

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    4/20

    4

    LIRIK LAGU

    POLITEKNIK MALAYSIA

    Politeknik Adalah Warisan Kita

    Membekal Tenaga Bidang Teknikal

    Bersama Membina Kemajuan Negara

    Malaysia Ku Tercinta

    Akhlak Mulia Asas JayaItulah Amalan Hidup Kita

    Di Mana Sahaja Politeknik Berada

    Harapan Tetap Sama

    Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu

    Mencipta Lembaran Sejarah

    Harapan Impian kan Menjadi NyataCekal Takwa Usaha Penentu Arah

    Maju Politeknik Ayuh Maju

    Semangatmu Merestui Perjuanganmu

    Teknologi Teras Pembangunan Negara

    Politeknik Malaysia

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    5/20

    5

    MS ISO 9001: 2008

    Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara Sistem Pengurusan Kualiti

    dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2008.

    Pelanggan PoliteknikPelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.

    Dasar KualitiDasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di

    dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yangmenyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk memastikan kehendak pelanggan

    dipenuhi melalui pencapaian objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan

    keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

    Objektif KualitiKecemerlangan Pelajar

    1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 65% mendapat

    pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian.

    Kecemerlangan Staf1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/

    persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 10 hari setahun.

    2. Memastikan sekurang-kurangnya seorang pensyarah memperolehi kelayakan industry atau

    setaraf dengannya mengikut bidang.

    Kecemerlangan Proses1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi yang

    ditetapkan.

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    6/20

    6

    KATA-KATA ALUAN

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu kerana berjaya menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar ini.

    Terima kasih kerana memilih Politeknik Ungku Omar sebagai institusi pilihan saudara/saudari. Sesungguhnya saudara/saudari

    merupakan golongan bertuah yang terpilih untuk memasuki politeknik yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Kecemerlangan

    yang diperoleh dalam peperiksaan SPM/setaraf yang lalu adalah hasil usaha gigih para pelajar selama ini. Justeru, diharapkan

    para pelajar akan terus berjaya untuk mengukir sejarah hidup yang lebih gemilang sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku

    Omar.

    Politeknik Ungku Omar kini berada dalam era transformasi. Proses tranformasi ini melibatkan semua pihak dalam usaha

    untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara kita. Transformasi ini bolehdicapai melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan di politeknik. Ini

    bermakna bahawa semua warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan

    pendidikan dan latihan ini.

    Transformasi politeknik bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi demi

    kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Transformasi ini juga

    diharapkan dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai nilai-nilai kebolehpasaran yang tinggi disamping keupayaan

    keusahawanan yang cemerlang. Seandainya, graduan-graduan mempunyai nilai-nilai tersebut, sudah pasti politeknik ini akan

    menjadi institusi pilihan kepada para lepasan SPM/setaraf di Negara ini. Selain itu, pihak politeknik juga berhasrat untuk menjadi

    peneraju dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional serantau.

    Disamping kemahiran hard skill, kemahiran soft skill juga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    untuk memastikan kebolehpasaran dan keupayaan keusahawanan graduan. Oleh itu, kemahiran teknikal yang tinggi di samping

    penguasaan teori yang mantap dapat membantu graduan mengisi kekosongan jawatan sama ada di sektor awam atau swasta.Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi juga mampu direalisasikan dengan menghasilkan graduan-

    graduan daripada politeknik yang mempunyai kemahiran tersebut.

    Politeknik Ungku Omar berharap agar saudara/saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal ini

    dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama tiga tahun akan datang. Hindarkan diri daripada

    melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah contoh kepada

    masyarakat. Peranan politeknik bukan sahaja menjadi tempat untuk menuntut ilmu tetapi di sinilah para pelajar perlu

    membangunkan keterampilan dan personaliti diri yang akhirnya dapat melahirkan modal insan yang hebat. Semoga dengan

    kehadiran pelajar-pelajar baharu akan dapat memastikan hasrat PUO tercapai seperti mana yang digarap dalam moto PUO iaitu

    Kekuatan dan Keamanan Melalui Teknologi. Akhir sekali, kepada semua pelajar, saya mendoakan semoga anda semua

    mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan bereputasi tinggi demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

    KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI

    MEJ K) D TOHJ. MD NOR BIN YUSOFPengarah

    Politeknik Ungku Omar

    Politeknik Premier

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    7/20

    7

    PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK PREMIERPengarah

    Mej (K) Dato Hj. Md Nor Bin Yusof

    Timbalan Pengarah Akademik)Encik Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah

    Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)Encik Mohd Azhar Bin Mohamed Shafie

    Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai KananKejuruteraan Awam Puan Samikhah Bt. Muhammad@Munir

    Kejuruteraan Elektrik Cik Hajah Juhaida Bt ZakariaKejuruteraan Mekanikal Haji Ab. Latif Bin Saad

    Kejuruteraan Perkapalan Encik Mohana Krishnan a/l GobalakrishnanPerdagangan Puan Ruslin Bt. Ohn @ Abdullah

    Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Puan Hajah Rosdiah Bt. HamzahMatematik, Sains Dan Komputer Puan Lailatun Nahar Bt. Sabardin

    Pengajian Am Puan Hjh. Nor Ainon Bt. ZakariaJabatan Hal Ehwal Pelajar Cik Shamsuri Bt. Mior Khalid

    Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan Encik Zairi Bin OsmanHal Ehwal Pelajar (P&D) Cik Khamsiah Bt. Ishak

    Hal-Hal Pelajar (K&D) Puan Siti Aishah Bt. Ali

    Pengetua Asrama Puan Arshidah Bt. Mat JohorPenilaian Dan Peperiksaan Encik Mohd Rizal Bin Abdul Rahman

    Perhubungan & Latihan Industri Encik Kamaruddin Bin YunusPengurusan Kualiti Puan Fadhilah Bt. Che Aziz

    Pegawai Psikologi Encik Mohd Zuhaidi Bin Yaakop

    Pegawai Perhubungan Awam Puan Hasmiza Bt Hussin

    Latihan Dan Pendidikan Lanjutan Puan Zaitun Bt. Mohd Zain

    Pembangunan Encik Kumaran a/l Kumaraweh

    Multimedia dan Sumber Encik Ahmad Azahan Bin Mohamad

    Teknologi Maklumat Puan Nur Azliza Bt. Ali

    Perpustakaan Encik Zainal Bin Ahmad

    Pegawai Eksekutif Tertinggi Encik Mohammad Jamil Bin Said

    Penolong Akauntan Puan Nor Azura Bt. Ismail

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    8/20

    8

    CARTA ORGANISASI

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    9/20

    9

    MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL

    i. MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik

    Ungku Omar.

    ii. MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal

    Pelajar.

    iii. MSK memberi pendedahan tentang kemudahan dan

    perkhidmatan yang terdapat di PUO bagi memudahkan pelajar

    menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik.

    iv. MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan

    kehidupan sebagai warga politeknik.

    v. MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    10/20

    10

    PERATURAN MINGGU SUAIKENALSepanjang menjalani Minggu Suaikenal:

    1. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan peraturan

    pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.

    2. Pelajar diwajibkan mematuhi jadual pakaian Minggu Suaikenal. (Rujuk Jadual Tempat dan Pakaian MSK)

    3. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju supaya mudah

    dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Ketetapan pakaian dan rupadiri ini adalah

    dikuatkuasakan di seluruh kawasan kampus PUO bermula dari tarikh 1hb Februari 1992. Arahan ini

    hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar

    mematuhi arahan ini.

    4. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa aturcara Minggu Suaikenal dijalankan kecuali untuk ke

    surau dan bilik air.

    5. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai tudung dan berpakaian sopan.

    6. Pelajar lelaki yang memakai baju berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipatkan. Kemeja T

    tidak boleh digunakan melainkan ketika upacara tertentu sahaja.

    7. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek seperti ternyata dalam peraturan pelajar / Sahsiah Rupadiri

    Pelajar PUO.

    8. Semua pelajar baharu diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah

    mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal.

    9. Pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa Minggu

    Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal

    atau Warden Asrama.

    10.Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Minggu Suaikenal

    dan peraturan Kolej Kediaman Pelajar PUO.

    11.Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan, kecederaan, kehilangan

    harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.

    12.Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baharu semasa Minggu Suaikenal. Walau bagaimanapun

    dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa pelawat di bilik rehat atau bilik

    tamu yang disediakan.

    13. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu

    suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak Urusetia Minggu

    Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    11/20

    11

    AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK

    SESI DISEMBER 2013

    PENAUNGMej (K) Dato Hj. Md Nor Bin Yusof

    Pengarah, Politeknik Ungku Omar

    PENASIHATEn. Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah

    Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

    PENGERUSICik Shamsuri Bt. Mior Khalid

    Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

    NAIB PENGERUSIPn. Siti Aishah Bt. Ali

    SETIAUSAHA IEn. Khairuddin Bin Mohd Rosli

    SETIAUSAHA IIEn.Mohd Fadil Bin Abdullah

    JAWATANKUASA:1 Tn. Hj.Mohd Yusof Bin Yaakob

    2 En. Santhiran a/l Ponnusamy

    3 Pegawai Hal Ehwal Pelajar JKE

    4 Pegawai Hal Ehwal Pelajar JKP

    5 Pegawai Hal Ehwal Pelajar JTMK

    6 Pegawai Hal Ehwal Pelajar JPA

    7 Pegawai Hal Ehwal Pelajar JMSK

    8 Pegawai Hal Ehwal Pelajar JKM

    9 Pegawai Hal Ehwal Pelajar JP

    10 Pegawai Hal Ehwal Pelajar JKA

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    12/20

    12

    PERATURAN LALULINTAS

    Panduan penggunaan kenderaan dan peraturan lalu lintasA) Kenderaan Rasmi Politeknik

    1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon

    dan mendapat kelulusan daripada Pengarah.

    2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan

    yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

    B) Kenderaan Persendirian1. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya

    dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.2. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk

    kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak

    politeknik.

    3. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan

    dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak

    kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik.

    4. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar)

    yang rosak atau hilang di dalam kampus.

    5. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat

    untuk digunakan.

    6. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi

    peraturan-peraturan berikut :-

    a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.

    b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik.

    c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang

    kuat atau diubahsuai.

    d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.

    e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal

    adalah digalakkan

    f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.

    g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan rayaseperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan

    Jalan.

    7. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah

    mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

    8. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau

    peralatan kenderaan.

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    13/20

    13

    TINDAKAN TATATERTIB

    Kesalahan sahsiah diriPelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda

    tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran)kaedah 26 A.

    Kesalahan Lalu LintasPelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara

    pentadbiran.

    Atau,

    Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual

    Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

    Perlanggaran Peraturan AmMana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh

    dikenakan tindakan berikut:

    1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik.

    2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta

    Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

    Hukuman TatatertibSeseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan

    mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih

    hukuman-hukuman itu disatukan sekali

    i) amaran;

    ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);

    iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan

    kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang

    ditentukan;

    v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di

    institusi;

    vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag

    ditentukan;

    vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    14/20

    14

    KALENDER AKADEMIK TAHUN 2014

    POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK PREMIER

    POLITEKNIK MALAYSIA

    TARIKH MINGGU AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

    SESI DISEMBER 201325.11.1329.11.13 1 Minggu Aktiviti Suaikenal

    02.12.13

    Sehingga

    18.04.14

    02.12.1320.12.13 3 Minggu Minggu Kuliah 1 -3

    23.12.1327.12.13 1 Minggu Cuti Pertengahan Semester 1

    30.12.1331.01.14 5 Minggu Minggu Kuliah 4 -803.02.1407.02.14 1 Minggu Cuti Pertengahan Semester 2

    10.02.1404.04.14 8 Minggu Minggu Kuliah 9-16

    07.01.1425.04.14 3 Minggu Peperiksaan

    28.04.1420.06.14 8 Minggu Cuti Semester

    SESI JUN 201416.06.1420.06.14 1 Minggu Aktiviti Suaikenal

    23.06.14

    Sehingga

    07.11.14

    23.06.1425.07.14 5 Minggu Minggu Kuliah 1 -5

    28.07.1401.08.14 1 Minggu Cuti Pertengahan Semester 1

    04.08.1417.10.14 11 Minggu Minggu Kuliah 6 - 16

    20.10.1407.11.14 3 Minggu Peperiksaan

    10.11.1428.11.14 3 Minggu Cuti Semester

    CUTI UMUM:

    Maulidur Rasul14 Januari 2014

    Tahun Baru Cina31 Jan & 1 Feb 2014 Hari Buruh1 Mei 2014

    Hari Wesak13 Mei 2014 Pesta Keamatan30 & 31 Mei 2014

    Hari Gawai1 & 2 Jun 2014 Hari Raya Aidilfitri28 & 29 Julai 2014

    Hari Merdeka31 Ogos 2014

    Hari Malaysia16 September 2014 Hari Raya Aidil Adha5 Oktober 2014

    Deepavali23 Oktober 2014 Awal Muharam25 Oktober 2014

    Krismas 25 Disember 2014

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    15/20

    15

    TENTATIF PROGRAM MSK

    SESI DISEMBER 2013

    TARIKH HARI MASA AKTIVITI

    23 NOV SABTU08.00 pagi

    -

    12.00 tgh

    Pendaftaran dan Penempatan Siswa & Siswi yang

    ditawarkan asrama di Dewan Jubli Perak

    24 NOV AHAD08.00 pagi

    -

    12.00 tgh

    Pendaftaran Siswa & Siswi yang tidak ditawarkan

    asrama di Dewan Jubli Perak

    25 NOV ISNIN

    07.30 pagi

    09.00 pagi

    10.30 pagi

    11.30 pagi

    Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK

    Taklimat MSK Sesi DISEMBER 2013Taklimat Perpustakaan

    Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan

    2.15 petang Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN)

    26 NOV SELASA

    07.30 pagi

    09.30 pagi

    11.00 pagi

    Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK

    Taklimat MS ISO 9001 : 2008

    Taklimat Kesedaran Pembudayaan Keusahawanan

    02.15 petang Taklimat KaunselingSukan - Senamrobik

    27 NOV RABU

    07.30 pagi

    08.30 pagi

    09.30 pagi

    11.30 pagi

    Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK

    Taklimat Hal Ehwal Pelajar

    Taklimat Disiplin/Akta 174 dan Taklimat Bantuan

    Kewangan & Kebajikan

    Majlis Penutup MSK Sesi DISEMBER 2013

    2.15 petangProgram Transformasi Diri (ITD)

    28 NOV KHAMIS07.30 pagi

    09.30 pagiPerhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK

    Program Transformasi Diri (ITD)

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    16/20

    16

    JADUAL TEMPAT DAN PAKAIAN MSK

    SESI DISEMBER 2013

    Minggu Suaikenal (MSK) akan bermula dari 25 hingga 27 NOVEMBER 2013. Semua Siswa danSiswi diwajibkan menyertai semua aktivitiyang dijalankan.Hari Tarikh Pelajar Kehadiran Pakaian / Aktiviti Tempat

    1

    25 NOVEMBER2013

    Isnin (pagi)

    Semua

    Siswa &

    siswi

    WajibBaju Putih, seluar

    hitam/gelap , kasut

    hitam/gelap dan Tudung

    hitam

    Dewan Jubli

    Perak

    (Kampus A)

    25 NOVEMBER2013

    Isnin (petang)

    Semua

    Siswa &

    siswi

    WajibBaju Putih, seluar

    hitam/gelap , kasut

    hitam/gelap dan Tudunghitam

    Dewan Jubli

    Perak

    (Kampus A)

    2

    26 NOVEMBER2013

    Selasa (pagi)

    Semua

    Siswa &

    siswi

    WajibBaju Putih, seluar

    hitam/gelap , kasut

    hitam/gelap dan Tudung

    hitam

    Dewan Jubli

    Perak

    (Kampus A)

    26 NOVEMBER2013

    Selasa (petang)

    Semua

    Siswa &

    siswi

    WajibBaju Sukan , seluar track

    hitam politeknik , kasut

    sukan dengan stokin danTudung hitam

    Dewan Jubli

    Perak

    (Kampus A)

    PadangKampus B

    3

    27 NOVEMBER2013

    Rabu (pagi)

    Semua

    Siswa &

    siswi

    WajibBaju Batik, seluar

    hitam/gelap , kasut

    hitam/gelap dan Tudung

    hitam

    (Majlis Penutup MingguSuaikenal)

    Dewan Jubli

    Perak

    (Kampus A)

    Pelajar lelaki : Baju Putih, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Tudung hitamPelajar perempuan : Baju Putih, kain hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Tudung hitam

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    17/20

    17

    NO.PENDAFTARAN:__________________________HEP 6

    AKU JANJI PELAJAR

    Saya,

    ______________________________________________________________________________________,No. Kad Pengenalan _________________________________, dengan sesungguhnya dan

    sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah,

    peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar POLITEKNIK

    UNGKU OMAR, yang dibuat dari masa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar

    institusi ini. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:-

    (a)Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976

    [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan,

    mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan,

    badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama

    ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang

    diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976,

    atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri

    Pengajian Tinggi;

    (b)Akan mematuhi subsyeksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976

    untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai

    menyokong, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti poltik atau kesatuan

    sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana

    pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram;

    (c)Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang

    dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976

    termasuk-

    (i) Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am,

    yang antara lain termasuklah-

    (A)Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan,

    kesentosaan dan nama baik Institusi, mana-mana pelajar, kakitangan,

    pegawai atau pekerja Institusi;(B)Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman

    atau keselamatan awam, kesopanan atau tatatertib; dan

    (C)Tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang

    bertulis; sama ada di dalam atau di luar kampus.

    (ii) Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian

    dan penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan

    teks kuliah;

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    18/20

    18

    (iii) Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasikan perhimpunan, penggunaan

    pembesar suara, panji-panji dan plakad-plakad;

    (iv) Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran

    dokumen-dokumen;

    (v) Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatanpelajar dalam apa-apa pekerjaan;

    (vi) Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman

    keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan

    (vii) Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan

    dan kad pelajar;

    (d)Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama atau sebagaimana

    yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar)

    1976; dan

    (e)Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana

    yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar)

    1976.

    Saya sesungguhnya faham sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam

    undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah

    disingkirkan daripada Institusi.

    *Tarikh: 27 NOVEMBER 2013

    Tandatangan Pelajar

    Nama Pelajar :

    No. Pendaftaran :

    Program :

    **

    Tandatangan Saksi Pelajar

    (Ketua Jabatan/ Pegawai JHEP)

    Nama Saksi :

    Jawatan Saksi :

    *(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 27 NOVEMBER 2013

    **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    19/20

    19

    NO.PENDAFTARAN:__________________________HEP 7

    IKRAR PELAJARKami faham bahawa/ Politeknik Ungku Omar/ mempunyai peraturan-peraturan

    tertentu/ untuk menjamin/ sistem pembelajaran dapat berjalan/ dengan baik dan

    sempurna.

    Oleh itu/ saya berikrar akan mematuhi/ semua peraturan yang ditetapkan/ oleh

    Politeknik Ungku Omar/ dari semasa ke semasa. Saya tidak melibatkan diri/ dalam

    apa jua aktiviti/ yang tidak diingini/ yang tiada kaitan dengan pelajaran/ dan yang

    boleh mencemarkan/ imej Politeknik Ungku Omar/ sepanjang menjadi pelajar/ di

    Politeknik ini.

    Jika saya didapati/ melakukan kesalahan di atas/ semasa saya/ masih menjadi

    pelajar di sini/ maka saya/ dengan rela hati/ sedia menerima sebarang hukuman yang

    diputuskan/ oleh pihak berwajib/ Politeknik Ungku Omar/ termasuk diberhentikan

    dari menjadi pelajar. Dan ibu bapa/ atau penjaga saya/ tidak akan membuat/

    sebarang bantahan dan rayuan/ ke atas hukuman yang diambil/ oleh pihak Politeknik

    Ungku Omar/ terhadap saya.

    Ikrar ini saya lafazkan/ dengan penuh kesedaran/ di hadapan Tuan Pengarah/

    dan Ketua Jabatan saya/ pada hari Rabu/ dua puluh tujuh November / Dua Ribu Tiga

    Belas/ di Dewan Jubli Perak/ Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

    *

    ____________________________________________

    Tandatangan Pelajar

    Nama Pelajar : ___________________________________________________________

    No. Pendaftaran : ___________________________________________________________

    No. Kad Pengenalan : ___________________________________________________________

    Program : ___________________________________________________________*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 27 NOVEMBER 2013

    **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

  • 7/22/2019 Buku Msk Dis 2013

    20/20

    20

    HEP 8

    POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK PREMIER

    POLITEKNIK MALAYSIA

    BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MINGGU SUAIKENALSESI DISEMBER 2013

    ARAHAN: Bagi kenyataan 1 hingga 8, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 5.

    Jantina : L / P

    1. MSK dapat memperkenalkan saya kepada pengurusan PoliteknikUngku Omar. 1 2 3 4 5

    2. MSK dapat memperkenalkan sistem perjalanan dan pengurusan Hal

    Ehwal Pelajar. 1 2 3 4 53 . MSK dapat memberi pendedahan tentang kemudahan dan

    perkhidmatan bagi memudahkan pelajar menjalani kegiatankokurikulum mengikut peraturan Politeknik. 1 2 3 4 5

    4. MSK dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk memulakan 1 2 3 4 5kehidupan sebagai warga politeknik.

    5. MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar. 1 2 3 4 5

    6. Taklimat -taklimat di bawah berkesan :-

    a. Taklimat Perpustakaan. 1 2 3 4 5

    b. Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan. 1 2 3 4 5

    c. Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN).. 1 2 3 4 5

    d. Taklimat MS ISO 9001: 2008. 1 2 3 4 5

    e. Taklimat Kesedaran Pembudayaan Keusahawanan. 1 2 3 4 5

    f. Taklimat Kaunseling. 1 2 3 4 5

    g. Taklimat Hal Ehwal Pelajar. 1 2 3 4 5

    h. Taklimat Disiplin/ Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan &Kebajikan.

    1 2 3 4 5

    7. AJK MSK membantu dan memberi kerjasama yang baik. 1 2 3 4 5

    8. Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian. 1 2 3 4 5

    1. Amat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Amat Setuju