jabatan perikanan

32
JABATAN PERIKANAN MOHAMMAD SAIFUL AZWA BIN JUSUH

Upload: mosawa

Post on 24-Apr-2015

273 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

jabatan perikanan

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PERIKANAN

JABATAN PERIKANAN

MOHAMMAD SAIFUL AZWA BIN JUSUH

Page 2: JABATAN PERIKANAN

SEJARAH PENUBUHAN

Page 3: JABATAN PERIKANAN

• Sejarah Penubuhan Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit Perikanan Kolonial diwujudkan oleh Kerajaan British di bawah Pentadbiran Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Selat.

Page 4: JABATAN PERIKANAN

Latar Belakang Sejarah

» Sejarah Awal Penubuhan Jabatan Perikanan ( 1894 - 1945 )» Selepas Merdeka ( 1957 - 1970 )» Era 70an Hingga Sekarang

Page 5: JABATAN PERIKANAN

Sejarah Awal (1894 - 1945 ) –Penubuhan Jabatan Perikanan

• Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit ini bertanggungjawab mengawal aktiviti perikanan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Page 6: JABATAN PERIKANAN

• Pada waktu itu, aktiviti perikanan diusahakan secara kecil-kecilan sebagai saradiri penduduk yang tinggal di tepi pantai dan muara sungai. Pada tahun 1904, satu kajian awal mengenai spesis ikan laut telah dijalankan di pantai barat Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada masa yang sama penghijrahan penduduk dari selatan Thailand ke negeri Perlis, Kedah dan Kelantan semakin ramai. Sebahagian daripada mereka telah menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai punca pendapatan. "Ordinan Perikanan" telah diperkenalkan pada tahun 1909 bagi mengawal aktiviti perikanan.

Page 7: JABATAN PERIKANAN

• Pada 1 Februari 1915 sebuah jabatan yang bertanggungjawab ke atas urusan perikanan telah diwujudkan yang dikenali sebagai Jabatan Perikanan dan Muzium. Ia diketuai oleh H.C.Robinson sebagai pengarah. Pada tahun 1921, C.E.Green dilantik mengetuai Jabatan Perikanan dan Muzium. Pada 14 Julai 1922, Jabatan Perikanan dan Muzium telab dipisahkan dan Jabatan Perikanan British-Malaya ditubuhkan. David G. Stead telah dilantik sebagai pengarah dan Singapura dipilih menjadi lokasi ibu pejabatnya yang pertama.

Page 8: JABATAN PERIKANAN

• Usaha untuk membangun dan memajukan akuakultur telah dimulakan pada tahun 1930an. Sebuah Stesen Percubaan Menternak Benih Ikan Air Tawar di Tapah, Perak telah ditubuhkan pada tahun 1935. Tumpuan utama Jabatan Perikanan British-Malaya ialah melindungi sumber perikanan, meningkatkan pengeluaran ikan dan mempelbagaikan pengeluaran dari sumber perikanan.

Page 9: JABATAN PERIKANAN
Page 10: JABATAN PERIKANAN

SELEPAS MERDEKA• Selepas Merdeka, Jabatan Perikanan Malaya telah

dikenali sebagai Bahagian Perikanan Persekutuan Tanah Melayu dan diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama. J.S.Scott telah dilantik sebagai Pemangku, Pengarah dan kemudiannya jawatan ini dipegang oleh Encik Soong Min Kong. Sektor akuakultur telah dimajukan melalui aktiviti penyelidikan dan latihan. Pada 21 Ogos 1957 Pusat Penyelidikan dan Ternakan Ikan Air Tawar Tropika di Batu Berendam, Melaka telah ditubuhkan. Pusat ini memberi tumpuan terhadap penyelidikan mengenai pengurusan ladang ternakan ikan, pengeluaran dan teknologi pembiakan.

Page 11: JABATAN PERIKANAN

• Pada tahun yang sama, sebuah Pusat Latihan Perikanan Darat telah dibuka di Enggor, Perak untuk melatih penternak ikan. Sebuah Sekolah Latihan Perikanan Laut yang kedua di Seberang Takir, Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1958. Program pemeliharaan penyu juga telah dimulakan pada tahun 1962 dengan kerjasama kerajaan Terengganu. Pada Julai 1963, operasi Ibu Pejabat Bahagian Perikanan Persekutuan Tanah Melayu telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pengenalan pukat tunda pada tahun 60an telah menimbulkan persengketaan antara nelayan pukat tunda dengan nelayan tradisional. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah memperkenalkan Akta Perikanan 1963 yang mulai berkuatkuasa pada 21 Januari 1963 Pada tahun 1964 Jabatan Perikanan Sabah telah diwujudkan dan diikuti dengan penubuhan Jabatan Perikanan Laut Sarawak setahun kemudian.

Page 12: JABATAN PERIKANAN
Page 13: JABATAN PERIKANAN

ERA 70 AN HINGGA SEKARANG• Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun

1970, Jabatan Perikanan telah diberi tanggungjawab membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat nelayan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) dan Ketiga (1976 - 1980), sebanyak RM96 juta telah diperuntuKkan kepada Jabatan Perikanan bagi membantu nelayan memiliki vessel, enjin dan pukat melalui Skim Bantuan Subsidi Nelayan. Sebanyak RM45 juta diperuntukkan untuk mengadakan infrastruktur perikanan. Pada tahun 1982, Jabatan Perikanan telah memperkenalkan dasar pelesenan yang lengkap dan seragam bagi tujuan pembangunan dan pengurusan sumber perikanan yang berkesan.

Page 14: JABATAN PERIKANAN

• Pada tahun 1981, kerajaan telah mengisytiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang melibatkan pertambahan kawasan perairan negara dari 47,000 kepada 160,000 batu nautika persegi. Bagi menyesuaikan dengan perkembangan semasa, maka pada tahun 1985 Akta Perikanan baru telah diperkenalkan dan mulai dikuatkuasakan pada Januari 1986. Jabatan telah mempergiatkan aktiviti penyelidikan perikanan dengan menubuhkan Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar, di Batu Berendam, Melaka pada tahun 1957, Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, di Gelang Patah, Johor pada tahun 1978; Pusat Pengeluaran Ikan / Udang iaitu di Tanjung Demong, Kuala Besut, Terengganu pada tahun 1983, Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (NAPFRE) di Pulau Sayak, Kedah pada tahun 1987 dan Pusat Penyelidikan Perikanan di Bintawa, Sarawak pada tahun 1977.

Page 15: JABATAN PERIKANAN

• Beberapa penemuan penyelidikan telah dihasilkan seperti ternakan ikan laut dalam sangkar, udang harimau, siput sudu dan pembenihan ikan dan udang. Pada tahun 1972 sebuah Institut Latihan Nelayan telah ditubuhkan di Batu Maung, Pulau Pinang. Institut ini menawarkan kursus bertaraf sijil kepada nelayan seperti Sijil Kecekapan Jeragan, Pekerja Enjin, Jurumudi, Pembuat Pukat, Pelayaran dan Kejuruteraan. Tanggungjawab Jabatan Perikanan telah dipertingkatkan melalui usaha untuk membaikpulih dan melindungi sumber perikanan melalui pengeluaran lesen dan pengurusan sumber secara rasional, pembinaan tukun tiruan dan penubuhan Taman Laut. Langkah-langkah awal aktiviti ini telahpun dimulakan pada awal tahun 70an dan telah dipertingkatkan pada tahun 80an. Penerokaan perikanan laut dalam telah dilancarkan pada 17 September 1987 oleh YA.B. Perdana Menteri Malaysia bersama dengan TYT Perdana Menteri Negara Thai. Jabatan telah mengambil langkah mengeluar lesen dan melatih nelayan laut dalam bagi mempergiatkan aktiviti ini. Jabatan juga telah member tumpuan untuk menjadikan industri akuakultur satu satu sektor yang penting menjelang abad ke 21. Jabatan juga telah memainkan peranan yang cukup aktif di peringkat antarabangsa dan serantau. Antara pertubuhan yang disertainya ialah Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC -sejak 1967), Program Teluk Benggala (BOBP-sejak 1978), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Program Rangkaian Pusat-Pusat Akuakultur Asia dan Pasifik (NACA -sejak 1980) dan Program Laut China Selatan (SCSP). Sebuah Departmen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD) telah ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai departmen SEAFDEC yang keempat. Tahun 1993 telah menandakan permulaan kepada era baru dalam perkembangan dan sumbangan sektor perikanan yang lebih bermakna terhadap ekonomi negara; apabila Dasar Pertanian Negara (1992 - 2010) yang dilancarkan telah menggariskan masa depan pembangunan sektor perikanan terutamanya perikanan laut dalam dan akuakultur.

Page 16: JABATAN PERIKANAN
Page 17: JABATAN PERIKANAN

VISI, MISI & OBJEKTIF

Page 18: JABATAN PERIKANAN

• VisiMeningkatkan pengeluaran dan imbangan dagangan perikanan negara ke arah mewujudkan kumpulan sasar yang maju menjelang tahun 2010.

• MisiMengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mapan, dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti

Page 19: JABATAN PERIKANAN

• Objektif

1. Merealisasikan sasaran pengeluaran ikan negara kepada 1.83 juta tan metrik setahun melalui peningkatan sumbangan perikanan laut dalam sebanyak 380,000 tan metrik, akuakultur 508,000 tan metrik dan mengekalkan sumbangan perikanan laut pantai iaitu 938,000 tan metrik.

2. Berusaha kearah meningkatkan nilai eksport produk berasaskan ikan kepada RM3.3 billion disamping mengawal peningkatan import supaya berada ditahap RM2.8 billion.

3. Berusaha ke-arah pencapaian pendapatan minimum bersih usahawan perikanan sebanyak RM 3,000 sebulan.

4. Memastikan pendapatan golongan nelayan melebihi paras kemiskinan.

Page 20: JABATAN PERIKANAN

FUNGSI UNIT-UNIT DALAM JABATAN PERIKANAN

Page 21: JABATAN PERIKANAN

• Unit Kewangan• » Menyediakan laporan perbelanjaan di peringkat Jabatan mengikut

program/ aktiviti/ pembangunan. • Bertanggungjawab dalam pengurusan personel, perjawatan, gaji dan

pengambilan kakitangan• » Mengurus hal-hal tender dan belanjawan• » Pengurusan pentadbiran am • » Menyelaras peruntukan kewangan terhadap projek-projek

pembangunan.• » Membuat pembayaran perkhidmatan dan bekalan, pembelian aset,

pemberian tetap dan pembelanjaan lain.• » Bertanggungjawab mengemaskinikan kod- kod perakauanan untuk Ibu

Pejabat dan PTJ.• » Bertnggungjawab terhadap pengurusan akaun/ Kumpulan Wang

Amanah dan hasil untuk Jabatan.• » Menyemak dan mencetak Buku Vot Pembangunan dan mengurus setiap

bulan melalui E-SPKB.

Page 22: JABATAN PERIKANAN

Unit Personel • » Mengurus dan merancang penempatan pegawai / kakitangan • » Menguruskan pertukaran pegawai / kakitangan • » Urusan pengambilan / pengisian jawatan • » Pelepasan jawatan dengan izin • » Menyelenggara dan mengemaskini rekod Buku Kenyataan Perkhidmatan • » Menyediakan Laporan Perjawatan • » Urusan tanggung kerja• » Urusan pengesahan dan pemberian taraf berpencen • » Menyediakan Laporan Suku Tahun Perjawatan • » Mengurus pergerakan gaji dan penyelarasan gaji • » Merekod cuti pegawai / kakitangan • » Urusan persaraan • » Pinjaman perumahan • » Urusan kursus • » Menguruskan hal ehwal kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia • » Menguruskan hal ehwal pentadbiran

Page 23: JABATAN PERIKANAN

• Unit Pentadbiran • » Menguruskan penyelenggaraan kenderaan • » Menguruskan keselamatan pejabat • » Kad Perakam Waktu • » Menguruskan Anugerah / Sijil / Khdimat Cemerlang / Takziah • » Menguruskan lawatan luar negeri, umrah dan mengerjakan haji • » Menguruskan permohonan Kuarters / Rumah Rehat • » Menguruskan permohonan rawatan perubatan • » Menguruskan majlis-majlis rasmi • » Menguruskan sistem fail-fail terbuka / sulit • » Menguruskan pengedaran Pekeliling • » Menguruskan urusan pemandu / saman kenderaan • » Penyeliaan bangunan • » Menguruskan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) • » Menguruskan urusan Parlimen

Page 24: JABATAN PERIKANAN
Page 25: JABATAN PERIKANAN

• Bahagian Bahagian Pentabiran Dan Kewangan• Bahagian Perancang dan Antarabangsa• Bahagian Pembangunan Dan Perundingan Khidmat Teknikal• Bahagian Pembangunan Sumber Manusia• Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan• Bahagian Perlindungan Sumber• Bahagian Pelesenan Dan Pengurusan Sumber• Bahagian Pengembangan Perikanan• Bahagian Pembangunan Akuakultur• Bahagian Kejuteraan• Bahagian Biosekuriti Perikanan• Cawangan Perundangan

BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM JABATAN PERIKANAN

Page 26: JABATAN PERIKANAN

LOGO

Page 27: JABATAN PERIKANAN

• Logo Jabatan Perikanan Malaysia telah dilancarkan oleh Y.B. Datuk Seri Sanusi Junid, Menteri Pertanian Malaysia pada 14 November 1994.

Page 28: JABATAN PERIKANAN

Tema :• Industri Perikanan Maju, Wawasan Dituju

Konsep • Ikan berbentuk aerodinamik yang bergerak pantas di

pentas perairanLogo ini bertemakan "Industri Perikanan Maju, Wawasan Dituju". Ia melambangkan pembangunan seimbang sektor perikanan melalui usaha gigih Jabatan untuk membawa perubahan, pembangunan dan pengurusan sumber perikanan secara rasional.

Page 29: JABATAN PERIKANAN

Maksud Simbol Dan Warna

Simbol Ikan :• Ikan berbentuk aerodinamik yang bergerak pantas di pentas perairan

melambangkan kegigihan dan kepantasan bekerja yang sentiasa menuju kecemerlangan oleh anggota Jabatan dan Pengusaha Industri Perikanan untuk mencapai matlamat wawasan.Warna Merah :

• Melambangkan pelbagai aspek kekuatan fizikal bagi membawa perubahan dan pembangunan sektor perikanan.Warna Putih :

• Melambangkan pelbagai kekuatan nilai murni yang diamalkan bagi menjamin pembangunan sektor perikanan yang berterusan.Warna Biru :

• Mencerminkan perairan perikanan di Malaysia dan antarabangsa yang kaya dengan sumber perikanan.

Page 30: JABATAN PERIKANAN

Senario Industri Perikanan Malaysia

Page 31: JABATAN PERIKANAN

• Pengeluaran

Sub-sektor perikanan pada tahun 2008 telah menghasilkan ,731,988 tan metrik ikan dengan anggaran nilai RM7,115 juta. Jumlah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 5.0% dari segi kuantiti berbanding tahun 2007. Bidang perikanan tangkapan dan akuakultur masing-masing menyumbang sebanyak 1,377,623 dan 354,365 tan metrik kepada pengeluaran ikan negara.

Page 32: JABATAN PERIKANAN