berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ......

12
Berhubunglah dengan kami cpf.gov.sg/EmailAlerts Langgani Makluman Emel CPF untuk dimaklumkan tentang pengumuman, acara dan berita mengenai CPF. fb.com/CPFBoard Berhubung dengan kami melalui Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan mengenai Skim CPF. instagram.com/cpf_board Ikuti kami di Instagram untuk maklumat terkini! youtube.com/CPFvideos Langgani saluran YouTube kami untuk menonton video yang terkini dari CPF. Emel kami di [email protected] untuk memberitahu bagaimana kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Maklumat adalah tepat pada Disember 2018. Hakcipta © 2019 Lembaga Tabung Simpanan Pekerja. Hakcipta terpelihara.

Upload: vonhu

Post on 15-Jun-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

Berhubunglah dengan kami

cpf.gov.sg/EmailAlerts Langgani Makluman Emel CPF untuk dimaklumkan tentang pengumuman, acara dan berita mengenai CPF.

fb.com/CPFBoard Berhubung dengan kami melalui Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan mengenai Skim CPF.

instagram.com/cpf_board Ikuti kami di Instagram untuk maklumat terkini!

youtube.com/CPFvideos Langgani saluran YouTube kami untuk menonton video yang terkini dari CPF.

Emel kami di [email protected] untuk memberitahu bagaimanakami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.

Maklumat adalah tepat pada Disember 2018. Hakcipta © 2019 Lembaga Tabung Simpanan Pekerja. Hakcipta terpelihara.

Page 2: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

Akaun Biasa (OA)

Peroleh sehingga 3.5% faedah* setahun

Akaun Khas (SA)

Peroleh sehingga 5% faedah* setahun

Akaun MediSave (MA)

Peroleh sehingga 5% faedah* setahun

Akaun Persaraan (RA)

Peroleh sehingga 5% faedah* setahun

Usia 55 & ke atas

Boleh digunakan untuk perumahan,

insurans, pelaburan dan pendidikan

Boleh digunakan untuk produk kewangan yang berkaitan dengan usia senja dan persaraan

Boleh digunakan untuk perbelanjaan hospital

dan insurans perubatan yang diluluskan

Digunakan untuk menyediakan pembayaran

persaraan bulanan

CPF direka untuk membantu anda memenuhi 3 keperluan asas ini. Sambil anda bekerja, anda mula menabung untuk 3 keperluan asas ini dalam akaun yang khusus dengan caruman CPF anda. Apabila anda mencapai usia 55 tahun, Akaun Persaraan akan diwujudkan untuk anda.

* Kadar faedah ini termasuk 1% faedah tambahan yang dibayar ke atas jumlah baki gabungan $60,000 yang pertama dalam CPF anda, sehingga $20,000 dari OA. Ini tidak termasuk faedah tambahan 1% di mana ahli CPF yang berumur 55 tahun ke atas akan perolehi untuk $30,000 yang pertama dari baki gabungan, yang dibayar melebihi dari faedah tambahan semasa sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama dari baki gabungan.

Tip#1Urus Pinjaman Perumahan anda – Wujudkan keseimbangan di antara menggunakan wang tunai dan CPF dalam pembiayaan rumah anda. Simpanan CPF anda akan menjadi bayaran persaraan anda kelak.

1 CPF – Asas dalam persaraan Anda

Perancangan persaraan boleh menjadi sesuatu yang menakutkan. Anda mungkin mempunyai persoalan tentang bagaimana untuk merancang hari tua anda dan sama ada anda akan mempunyai simpanan yang mencukupi. Bagi kebanyakan warga Singapura, sistem CPF menyediakan asas bagi persaraan mereka tetapi ianya sering diabaikan. Sila baca untuk mengetahui bagaimana anda dapat memanfaatkan simpanan anda dan bersiap sedia untuk tahun-tahun keemasan anda dengan CPF.

3 Keperluan Asas dalam PersaraanDalam perancangan persaraan, adalah penting untuk menjaga 3 keperluan asas supaya anda boleh bersara dengan lebih tenang.

Rumah yang telah dibayar sepenuhnya

memberi anda jaminan tempat

tinggal, tanpa perlu risau tentang sewa. Rumah anda juga

boleh menambahkan pendapatan

persaraan anda.

Perlindungan penjagaan kesihatan

adalah penting bukan sahaja di usia tua tetapi

juga semasa anda masih muda. Bil-bil

perubatan yang tinggi boleh melenyapkan tabungan persaraan

anda dengan mudahnya.

Aliran pendapatan yang stabil

sepanjang hayat untuk memenuhi

perbelanjaan harian anda pada usia senja

supaya anda tidak perlu risau tentang

simpanan yang tidak mencukupi.

#1 Tempat Tinggal

#2 Perlindungan Asas bagi Penjagaan

Kesihatan

#3 Wang tunai untuk perbelanjaan

harian

2 3

Page 3: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

1%Tambahan

Dari usia 55 tahunPada $30,000 pertama daripada baki gabungan CPF anda

(sehingga $20,000 daripada Akaun Biasa (OA))

1% Kadar FaedahTambahan

Pada $60,000 pertama daripada gabungan baki CPF anda (sehingga $20,000 daripada Akaun Biasa (OA))

dari usia 55 tahun

Akaun Biasa (OA)

Akaun Persaraan (RA)

Akaun Khas (SA) & Akaun

MediSave (MA)

setahunsetahunsetahun

Kadar FaedahTambahan

3 Pihak Bekerja Berganding BahuAnda tidak menabung bersendirian. Majikan anda juga turut membantu.

Sebagai contoh, sekiranya anda berumur dibawah 55 tahun, untuk setiap dolar yang anda carumkan kepada SA anda, majikan anda akan menambah sebanyak 85 sen, yang menjadikan jumlah tersebut meningkat kepada $1.85.

Sokongan terhadap Pekerja Bergaji RendahSekiranya anda seorang pekerja bergaji rendah, anda juga boleh menerima sokongan tambahan di bawah skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja atau Workfare Income Supplement Scheme (WIS) untuk membantu anda membina tabungan anda. WIS menggalakkan pekerja yang layak untuk terus berusaha dan menumbuh simpanan CPF untuk persaraan, perumahan dan penjagaan kesihatan yang diperlukan melalui pembayaran tunai dan caruman CPF.

Anda akan menerima WIS sekiranya anda memenuhi kriteria berikut:

Simpanan anda meningkat…Bukan itu sahaja. Pihak pemerintah membantu anda meningkatkan simpanan CPF anda dengan membayar faedah yang baik dan bebas risiko sehingga 5%* setahun supaya simpanan anda boleh tumbuh dengan lebih cepat.

Anda juga boleh membuat simpanan CPF OA anda bekerja lebih keras dengan memindahkan jumlah tersebut ke SA anda. Dengan kadar faedah lebih tinggi, setiap dolar dalam SA anda akan bertambah lebih dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Selain daripada caruman pekerjaan anda, anda juga boleh memilih untuk menambah SA anda dengan wang tunai dan mendapat manfaat daripada pelepasan cukai sehingga $7,000 setiap tahun. Tertakluk kepada syarat.

* Kadar faedah ini termasuk kadar faedah tambahan 1% yang dibayar ke atas $60,000 yang pertama baki CPF gabungan, sehingga $20,000 dari OA. Kadar faedah tambahan yang diterima bagi Akaun Biasa (OA) akan disalurkan ke dalam Akaun Khas (SA) ahli jika beliau berusia di bawah 55 tahun atau Akaun Persaraan (RA) jika beliau berusia 55 tahun dan ke atas untuk meningkatkan simpanan persaraannya. Bagi ahli yang telah menyertai skim CPF LIFE, faedah tambahan yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam RA atau Dana Anuiti CPF LIFE dan akan menjadi sebahagian daripada bayaran bulanan yang diterimanya.

1 Pendapatan termasuklah gaji asas dan upah tambahan seperti bayaran kerja lembur dan bonus2 Penilaian adalah berasaskan gaji kasar yang diambil daripada rekod caruman CPF3 Golongan kurang upaya di bawah 35 tahun boleh menerima sehingga $1,500

Sebagai contoh, $1.85 anda akan berganda kepada $3.70 dalam tempoh kira-kira 20 tahun akan datang, dan $7.40 dalam kira-kira 40 tahun akan datang. Ini adalah 7 kali ganda daripada sumbangan $1 anda!

1 2 3

$1,500

$2,20045-54

$2,90055-59

$3,600

Bekerja sekurang-kurangnya sebulan

Menerima WIS secara automatik, tiada permohonan

diperlukan2

Anda layak untuk WIS jika anda:

Warga Singapura

Berusia 35 tahun ke atas

Bukan pemilik 2 atau lebih hartanah

Anda dan suami/isteri tidak harus memiliki dua atau lebih hartanah

Pendapatan yang boleh ditaksir suami/isteri anda tidak harus melebihi $70,000

Tinggal dalam hartanah dengan nilai tahunan kurang dari $13,000 pada 31 Dis 2018

Jika anda sudah berkahwin,

Usia anda WIS tahunan maksimum

Kadar-kadar caruman ini adalah untuk ahli yang berusia 55 tahun dan ke bawah.

17% dari gaji

20% dari gaji

Caruman CPF

Daripada majikan anda daripada anda

353-44

Mempunyai pendapatan tidak

lebih daripada $20001 untuk bulan

bekerja dan dalam masa 12 bulan yang lalu

4 5

Page 4: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

2 Persediaan untuk Hari Tua Anda – Meningkatkan Simpanan Anda

Bagi mereka yang lebih suka untuk tidak mempunyai risikoSekiranya anda tidak mahu mengambil sebarang risiko, pertimbangkan untuk tidak melakukan apa-apa. Simpanan CPF anda boleh menikmati faedah yang menarik, dan bebas risiko sehingga 5%* setahun.

Untuk meningkatkan simpanan CPF anda dengan lebih cepat, anda juga boleh membuat tokokan wang tunai kepada SA anda (sekiranya anda berumur 55 tahun ke bawah) dan RA (sekiranya anda berumur 55 tahun ke atas) sehingga Jumlah Penuh (Full Retirement Sum) atau Jumlah Dipertingkat (Enhanced Retirement Sum) semasa masing-masing. Selain itu, anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setahun untuk tokokan wang tunai kepada diri anda sendiri. Tertakluk kepada syarat.

Sebagai alternatif, anda boleh memindahkan simpanan dari OA ke SA anda (sekiranya anda berumur 55 tahun ke bawah) atau SA/OA ke RA (sekiranya anda berumur 55 tahun dan ke atas) untuk mendapat faedah yang lebih tinggi. Anda boleh memindahkan sebarang jumlah sehingga Jumlah Penuh ke SA anda atau Jumlah Dipertingkat semasa ke RA anda. Memandangkan pemindahan ini tidak boleh dibalikkan, rancanglah kewangan anda sebelum membuat pilihan ini.

1 Nikmati pelepasan cukai sehigga $7,000 setahun. Tertakluk kepada syarat. 2 Hanya jika simpanan SA telah dipindahkan sepenuhnya

* Kadar faedah ini termasuk faedah tambahan 1% yang dibayar ke atas $60,000 yang pertama baki CPF gabungan, sehingga $20,000 dari OA.

55 KE BAWAH 55 TAHUN KE ATAS

TUNAI1TUNAI1

OAOA2

SA RA SA

1) Peroleh lebih faedah2) Nikmati pelepasan cukai bila anda menokok dengan wang tunai1

3) Menerima pendapatan sepanjang hayat melalui CPF LIFE4) Nikmati bayaran bulanan lebih tinggi

Tip#2Anda juga boleh pertimbangkan untuk membayar kembali secara tunai wang simpanan CPF yang telah anda gunakan untuk membeli rumah bagi menikmati kadar faedah bebas risiko. Sila masuk ke mycpf Online Services dengan menggunakan SingPass anda untuk mengetahui jumlah yang boleh dibayar balik, sebelum memohon untuk berbuat demikian.

KELEBIHAN

Semua ahli mempunyai kelonggaran dan pilihan untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka yang sesuai dengan keperluan yang berbeza dan kesediaan menanggung risiko tertentu.

3 Langkah untuk Meningkatkan Simpanan Anda

Bagi mereka yang mempunyai masa dan kepakaran kewanganAnda boleh memilih untuk melabur dalam lebih daripada 200 dana pelaburan yang di bawah Skim Pelaburan CPF atau CPF Investments Scheme (CPFIS). Harus diingatkan bahawa pulangan yang tinggi juga mempunyai risiko yang tinggi.

Bagi mereka yang tidak mempunyai masa atau kepakaran kewanganSekiranya anda sanggup mengambil beberapa risiko untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi, Skim Pelaburan Persaraan Sepanjang Hayat atau Lifetime Retirement Investment Scheme (LRIS) yang akan datang mungkin sesuai untuk anda. LRIS akan mengenakan yuran yang lebih rendah, pilihan pelaburan yang lebih mudah, pelaburan yang boleh diuruskan secara pasif dan mekanisme untuk menggalakkan pelaburan jangka panjang. Butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

6 7

Page 5: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

3 Menjangkau usia 55 tahun – Mengasingkan Jumlah Persaraan Anda

Pada usia 55 tahun, simpanan dari SA dan OA anda, sehingga Jumlah Penuh akan dipindahkan ke RA anda untuk membentuk jumlah persaraan anda. Jumlah persaraan anda akan memberi anda bayaran bulanan dari umur kelayakan pembayaran usia kelayakan menerima pembayaran* di bawah CPF LIFE atau Skim Jumlah Persaraan (Retirement Sum Scheme).

Bergantung kepada gaya hidup yang anda inginkan, anda boleh memilih dari pelbagai pilihan pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan anda. Lebih banyak jumlah yang diketepikan untuk RA anda, semakin tinggi pembayaran yang akan anda terima kelak.

Jumlah persaraan yang anda telah ketepikan pada usia 55 tahun akan berkembang dengan faedah dari masa ke semasa. Jadual di bawah menunjukkan berapa banyak simpanan persaraan anda yang akan berkembang pada usia yang berbeza. Sekiranya anda ingin mempunyai pembayaran bulanan pada tahap tertentu, ini adalah simpanan yang anda perlu ketepikan dipelbagai peringkat usia. Jumlah tokokan hanya dihadkan kepada Jumlah Dipertingkat untuk ahli yang berusia 55 tahun ke atas.

Pembayaran adalah berdasarkan kiraan anggaran Pelan Standard CPF LIFE pada tahun 2019.

Angka-angka ini boleh digunakan untuk ahli yang akan berusia 55 tahun pada 2019.

Jumlah Asas [Basic Retirement Sum (BRS)]–Sekiranya anda memiliki hartanah dengan caj/cagaran harta yang mencukupi.

Jumlah Penuh [Full Retirement Sum (FRS)] adalah 2 x BRS – Sekiranya anda tidak mempunyai hartanah atau ingin mendapatkan pembayaran yang lebih tinggi.

Jumlah Dipertingkat [Enhanced Retirement Sum (ERS)] adalah 3 x BRS – Sekiranya anda ingin mendapatkan pembayaran jauh lebih tinggi.

55Tahun

Akaun Khas (SA)

Akaun Biasa (OA)

Akaun Persaraan

Berapakah pembayaran bulanan anda?Bagi mereka yang mencapai usia 55 pada 2019

Ia bergantung kepada simpanan Akaun Persaraan anda

$1,960-

$2,110

$1,350-

$1,450

$730-

$790

$88,000 $264,000$176,000

$540-$570$730-$790

$960-$1,030$1,350-$1,450$1,520-$1,630$1,960-$2,110

$60,000$88,000

$120,000$176,000$200,000$264,000

$75,900$109,300$147,500$214,300$242,900$319,300

$97,200$137,900$184,300$265,600$300,500$393,400

Pembayaran Bulanan Simpanan RA pada usia 55 tahun

Simpanan RA pada usia 60 tahun

Simpanan RA pada usia 65 tahun

* Usia kelayakan menerima pembayaran pada masa kini adalah usia 65 tahun bagi ahli yang lahir pada tahun 1954 atau kemudian.

8 9

Page 6: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

Jumlah Persaraan yang dikenakan kepada pencarum yang akan berumur 55 tahun dari tahun 2019 hingga 2020, telah dimaklumkan lebih awal untuk membantu anda merancang untuk persaraan anda.

Keputusan yang perlu diambil setelah anda berusia 55 tahun:

Berapa banyak perlu diketepikan dalam RA anda. Lebih banyak anda tepikan dalam RA anda, semakin banyak pembayaran bulanan yang akan anda terima. Anda boleh membuat tokokan tunai atau pindahkan baki simpanan dari SA/OA anda ke RA anda sehingga ERS untuk menikmati bayaran yang lebih tinggi.

Berapa banyak untuk dikeluarkan. Anda boleh memilih untuk mengeluarkan baki dalam OA, SA atau RA anda (tidak termasuk wang tokokan, faedah yang diperoleh dan apa-apa geran yang diterima dari pemerintah) selepas mengetepikan sekurang-kurangnya BRS dalam RA anda, jika anda memiliki harta dengan caj atau cagaran harta yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai keperluan mendesak untuk menggunakan simpanan ini, biarkannya dalam akaun CPF anda untuk terus memperoleh faedah bebas risiko. Anda boleh keluarkannya pada bila-bila masa.

Perolehi tambahan setahun!Pada $30,000 pertama dalam baki

gabungan CPF anda

pada $30,000 pertama

pada $30,000 seterusnya

faedah

pada Akaun Khas, Akaun MediSave dan Akaun Persaraan anda setiap tahun

Tip#4Anda boleh terus melunaskan pinjaman perumahan anda dengan:• Menyimpan simpanan OA anda supaya ia tidak akan dipindahkan ke RA anda

apabila anda mencapai usia 55 tahun.• Menggunakan simpanan RA yang melebihi BRS anda (tidak termasuk wang

tokokan, pemerintah geran dan faedah yang diperoleh).• Menggunakan caruman bulanan OA jika anda terus bekerja.

Tip#3Daripada usia 55, anda akan menerima tambahan 1% faedah pada $30,000 pertama daripada baki gabungan CPF anda. Ini bermakna anda akan menikmati tambahan $300 setiap tahun.Jumlah Persaraan bagi ahli berusia

55 di antara 2019 dan 2020

Bayaran adalah berdasarkan anggaran kiraan Pelan Standard CPF LIFE pada tahun 2019.

Jumlah Asas $88,000 $90,500

Pembayaran Bulanan dari umur 65 tahun

$730-$790 $750-$800

Jumlah Dipertingkat $264,000 $271,500

Pembayaran Bulanan dari umur 65 tahun

$1,960-$2,110 $2,010-$2,160

Usia 55 pada2019

Usia 55 pada2020

Jumlah Penuh $176,000 $181,000

Pembayaran Bulanan dari umur 65 tahun

$1,350-$1,450 $1,380-$1,490

10 11

Page 7: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

4 Pada Usia Senja Anda – Memilih Pembayaran Anda

Dengan jangka hayat yang lebih panjang, mempunyai aliran pendapatan sepanjang hayat adalah sangat penting.

Jumlah persaraan yang anda tepikan dalam RA anda akan digunakan untuk menyediakan anda dengan pembayaran bulanan dari umur kelayakan pembayaran anda. Jumlah dan tempoh bayaran anda akan bergantung pada skim anda.

Sekiranya anda warga Singapura atau Penduduk Tetap yang dilahirkan pada tahun 1958 atau selepas itu, dan mempunyai sekurang-kurangnya $60,000 dalam Akaun Persaraan anda enam bulan sebelum anda berumur 65 tahun, anda akan diletakkan ke dalam CPF LIFE. Di bawah CPF LIFE, anda boleh memilih antara 3 pelan yang akan memberi anda pembayaran sepanjang hayat.

Bagi mereka yang ingin mengeluarkan sedikit wangSekiranya anda mencapai usia 55 tahun dari 2013 dan seterusnya, anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran sehingga 20% daripada baki RA dari usia 65 tahun (termasuk $5,000 yang pertama yang boleh dikeluarkan dari usia 55 tahun). Walau bagaimanapun, ini akan mengurangkan pembayaran bulanan anda.

Bagi mereka yang masih boleh menungguSekiranya anda masih bekerja atau mempunyai sumber pendapatan yang lain, anda boleh memilih untuk memulakan pembayaran kemudian, sehingga usia 70 tahun. Pada setiap tahun yang anda tangguhkan, pembayaran akan meningkat sebanyak 7%.

3 Pelan CPF LIFE untuk anda pilihCPF LIFE memberi pembayaran bulanan dari usia kelayakan pembayaran untuk memenuhi keperluan persaraan anda. Dari Januari 2018, anda boleh memilih dari 3 Pelan CPF LIFE ketika anda ingin memulakan penerimaan pembayaran bulanan – Pelan Standard, Pelan Asas dan Pelan Penambahan*.

* Pembayaran di bawah Pelan Penambahan CPF LIFE berkembang pada kadar 2% setahun. Nota: Seperti dengan semua pelan CPF LIFE, bayaran boleh diselaraskan untuk menjelaskan perubahan jangka panjang dalam kadar faedah atau jangka hayat. Pelarasan sedemikian (jika ada) dijangka kecil dan secara beransur-ansur.

Pembayaran adalah anggaran berdasarkan ahli yang telah mengetepikan Jumlah Asas sebanyak $88,000 pada usia 55 tahun dan pembayaran Pelan Standard CPF LIFE pada tahun 2019.

Mula pembayaran pada usia

Pembayaran bulanan sepanjang hayat

Pembayaran bulanan

Waris

Segala anuiti premium yang tidak digunakan (tanpa faedah) dan simpanan Akaun Persaraan, jika ada, akan disalurkan kepada waris anda selepas kematian anda.Nota: Jumlah pembayaran untuk waris berbeza mengikut jenis pelan dan usia kematian.

Tip#5Jika anda memiliki hartanah, anda boleh menggunakan pelbagai skim pengewangan perumahan untuk mendapatkan lebih banyak simpanan persaraan.1. Menyewakan rumah flat/bilik tidur anda2. Berpindah ke saiz rumah yang sesuai dengan Bonus Perumahan untuk Warga

Emas (Silver Housing Bonus)3. Skim Beli Balik Pajakan (Lease Buyback Scheme)

$730 to $790

$970 to $1,050

Tahukah anda bahwa jika anda memulakan

pembayaran pada usia 70 dan bukan 65, anda akan menikmati tambahan sebanyak

$240 hingga $260 dalam pembayaran bulanan

sepanjang hayat?

Lebih untuk diri sendiri

Lebih untuk orang

tersayang

Pelan Standard Pelan Asas Pelan

Penambahan*

Lebih untuk masa hadapan

12 13

Page 8: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

Skim Jumlah Persaraan [Retirement Sum Scheme (RSS)]Sekiranya anda tidak diletakkan ke dalam CPF LIFE, anda boleh memohon untuk menyertai CPF LIFE pada bila-bila masa dari umur 65 hingga sebelum umur 80 tahun. Jika tidak, anda akan menerima pembayaran bulanan dari RA anda di bawah Skim Jumlah Persaraan, sehingga baki RA anda habis.

Pembayaran bulanan anda tidak akan dimulakan secara automatik apabila anda mencapai usia kelayakan pembayaran anda. Untuk memulakan pembayaran anda pada bila-bila masa selepas umur kelayakan pembayaran anda, anda perlu membuat permohonan.

Jika tidak, untuk memudahkan proses pengaktifan, bayaran bulanan anda akan bermula secara automatik apabila anda berusia 70 tahun (dikenakan untuk pencarum yang berumur 70 tahun selepas tahun 2017).

Bergantung kepada sama ada anda berada di dalam CPF LIFE atau Skim Jumlah Persaraan, ini adalah tindakan yang boleh anda pertimbangkan:

CPF LIFE Skim Jumlah Persaraan

Jika anda ingin memulakan pembayaran bulanan anda selepas usia kelayakan menerima pembayaran

Anda boleh merujuk arahan yang boleh didapati di pakej undangan yang akan dihantar kepada anda apabila anda mendekati usia kelayakan menerima pembayaran.

Jika anda ingin mengira anggaran pembayaran bulanan anda

Gunakan Penganggar Pembayaran CPF LIFE.

Kunjungi laman, cpf.gov.sg> Pilih 'Tools'> Pilih 'CPF LIFE Payout Estimator' dan Log masuk dengan SingPass anda.

Gunakan Kalkulator Pembayaran Skim Jumlah Persaraan CPF.

Kunjungi lelaman, cpf.gov.sg> Pilih 'Tools'> Pilih 'CPF '. Retirement Sum Scheme Payout Calculator' dan Log Masuk dengan SingPass anda.

3 Cara Untuk Menjaga Orang Yang TersayangAnda juga mungkin prihatin tentang keperluan persaraan pasangan anda dan orang tersayang - sama ada mereka akan mendapat sumber pembayaran yang stabil ketika persaraan atau jika ia mencukupi untuk keperluan harian mereka.

Anda boleh mempertimbangkan pilihan berikut ini:

1. Memindahkan simpanan CPF anda yang melebihi Jumlah Asas kepada pasangan anda

Bayaran adalah berdasarkan anggaran kiraan Pelan Standard CPF LIFE pada tahun 2019.

Dia memindahkan

$48,000kepada Siti

Sebelum pemindahan

Selepas pemindahan

$730(sepanjang

hayat)

Dia kini mempunyai

$88,000dalam akaun CPF

Beliau kini mempunyai

$88,000dalam akaun CPF

$790(sepanjang

hayat)

$380

Ahmad mempunyai

$136,000 dalam simpanan CPF

pada usia 55 tahun

Siti mempunyai

$40,000dalam simpanan CPF

pada usia 55 tahun

$1,150(sepanjang

hayat)

(sepanjang hayat)

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun

Kedua-dua mereka kini akan mempunyai aliran pembayaran

bulanan mereka tersendiri untuk menyara keperluan mereka dan

ketenangan fikiran semasa persaraan.

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun

Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun

14 15

Page 9: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

2. Memindahkan simpanan CPF anda melebihi Jumlah Asas (dengan caj harta/cagaran hartanah yang mencukupi) kepada ibu bapa atau datuk nenek anda

Bayaran adalah berdasarkan anggaran kiraan Pelan Standard CPF LIFE pada tahun 2019.

Diamemindahkan

$20,000kepada

Sebelumpemindahan

Selepaspemindahan

Ibu Samuel kini dapat menikmati pembayaran bulanan sepanjang hayat yang lebih tinggi dari umur 65 tahun

bagi menyokong keperluannya.

Beliau kini mempunyai

$70,000 dalam akaun CPF

$490(sepanjang hayat)

Ibu Samuel mempunyai

$50,000 dalam simpananCPF pada usia 60 tahun

$370(sepanjang hayat)

Pembayaran Bulanandari usia 65 tahun

Samuel mempunyai

$108,000 dalam simpanan CPF pada usia 35 tahun

Pembayaran Bulanandari usia 65 tahun

Anda boleh memindahkan simpanan melebihi Jumlah Asas (dengan caj

harta/cagaran hartanah yangmencukupi) dari OA anda kepada

ibu bapa dan datuk nenek(jika anda berusia 55 ke bawah).

Dia kini mempunyai

$88,000dalam akaun CPF

3. Memindahkan simpanan CPF anda melebihi Jumlah Penuh kepada orang tersayang yang lain#

Bagi pencarum yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya $60,000 dalam RA mereka apabila mereka mencapai umur kelayakan pembayaran mereka dan di bawah Skim Jumlah Persaraan, mereka akan menerima bayaran bulanan mereka dari RA sehingga ia habis, di bawah Skim Jumlah Persaraan. Walau bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk menyertai CPF LIFE menggunakan simpanan dari RA mereka pada bila-bila masa sebelum berumur 80 tahun.

Apabila anda membuat tokokan atau pemindahan ke akaun CPF orang tersayang anda seperti pasangan atau ibu bapa anda, mereka akan dapat menerima bayaran bulanan yang lebih tinggi dan mendapatkan pendapatan sepanjang hayat mereka dalam persaraan melalui CPF LIFE.

Anda boleh membuat tokokan pemindahan ke akaun CPF dengan pilihan berikut:

# Orang yang tersayang merujuk kepada ibu bapa mertua, datuk dan nenek mertua dan adik beradik.

Pemindahan CPF (CPF Transfers) Tokokan Wang TunaiSecara online di lelaman CPF (log masuk dengan SingPass >My Requests > Building Up My / My Recipient’s CPF Savings)

Hantarkan borang ‘Top Up Retirement Sum Using Cash (For Members)’ yang lengkap

bersama cek kepada Lembaga CPF

Hantarkan borang ‘Top Up Retirement Sum Using GIRO’ yang lengkap untuk GIRO

(Potongan Bulanan/Tahunan)

Aplikasi mudah alih mycpf

Stesen AXS

16 17

Page 10: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

Apa yang akan berlaku kepada simpanan CPF anda apabila anda meninggal dunia?Penamaan CPF atau CPF Nomination memberikan ahli CPF dengan pilihan untuk menentukan siapa yang akan menerima simpanan CPF mereka, dan berapakah jumlah yang akan diterima oleh setiap waris apabila mereka meninggal dunia. Simpanan CPF anda, termasuk simpanan MediSave, akan diedarkan kepada waris anda secara tunai dan tetap.

Sebagai sebahagian daripada penamaan anda, anda boleh memilih untuk mendedahkan arahan anda kepada orang-orang yang diberikan kuasa setelah kematian. Bagi mereka yang telah membuat penamaan, anda juga boleh mengemaskini penamaan anda jika anda ingin memasukkan arahan ini.

Untuk memastikan simpanan CPF anda diagihkan mengikut kehendak anda, anda perlu membuat penamaan CPF. Sekiranya tiada penamaan dibuat, wang CPF anda akan diagihkan mengikut undang-undang kematian tidak berwasiat sekiranya anda meninggal dunia. Sebagai peringatan, penamaan anda akan dibatalkan setelah anda berkahwin.

Apakah perkara yang dirangkumi oleh Penamaan CPF?

Merangkumi Tidak merangkumi

Simpanan CPF dalam akaun Biasa, Khas, MediSave dan Persaraan anda

Hartanah yang dibeli menggunakan simpanan CPF anda

Pembayaran daripada Skim Perlindungan Tanggungan atau Dependants' Protection Scheme (DPS)

Pelaburan di bawah Skim Pelaburan CPF atau CPF Investment Scheme (CPFIS)

Premium CPF LIFE yang tidak digunakan, jika ada

Saham SingTel berdiskaun

5 CPF 1, 2, 3

Secara ringkasnya, berikut adalah bagaimana cara CPF membantu persaraan anda:CPF anda bertujuan untuk memperuntukkan 3 keperluan asas dalam persaraan anda. Ini membentuk asas yang baik untuk merancang persaraan anda.

18 19

Page 11: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

Ya, saya bersedia untuk mengambil risiko tetapi tidak mempunyai kepakaran kewangan dan masa. Anda boleh memilih Skim Pelaburan Persaraan Sepanjang Hayat (akan dilaksanakan kemudian)

Ya, saya bersedia untuk mengambil risiko dan mempunyai kepakaran kewangan dan masa untuk menguruskan secara aktif pelaburan saya sendiri. Anda boleh memilih Skim Pelaburan CPF.

Tidak. Anda boleh memilih untuk tidak melakukan apa-apa dan terus mendapat faedah bebas risiko sehingga 5% * setahun.

3. Bagaimana saya boleh menjaga orang yang tersayang dan membantu mereka memenuhi keperluan persaraan mereka?

Anda boleh: Menggunakan wang tunai untuk menokok ke akaun CPF orang tersayang. Nikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 sekiranya anda membuat tokokan wang tunai kepada mereka. Tertakluk kepada syarat.

Anda tidak menyimpan secara bersendirian. Terdapat 3 pihak berganding bahu untuk membina simpanan CPF anda.

Terdapat beberapa keputusan yang anda boleh lakukan dengan simpanan CPF anda. Pilih dari 3 cara untuk mengembangkan simpanan CPF anda bergantung kepada risiko tertentu.

Anda juga boleh mempertimbangkan 3 cara untuk menjaga orang yang tersayang, untuk memastikan mereka mendapat ketenangan semasa persaraan.

Pilih dari 3 tahap jumlah persaraan bergantung

kepada jumlah pembayaran yang anda ingin terima.

Pilih dari 3 pelan CPF LIFE bergantung kepada bagaimana

anda ingin mengeluarkan pembayaran anda.

PEMERINTAH ANDA MAJIKAN

DARI USIA 55 TAHUN DARI USIA 65 TAHUN

TOKOKAN WANG TUNAI

PINDAHKAN KEPADA

ISTERI/SUAMI

PINDAHAN KE IBU BAPA ATAU ORANG

TERSAYANG

6 Panduan Ringkas untuk Mempertingkatkan Simpanan CPF Anda

1. Bagaimana saya boleh terus mengembangkan simpanan CPF saya?

Anda boleh membuat: Caruman sukarela kepada akaun CPF anda.

Tokokan wang tunai ke Akaun Khas (SA)(sekiranya anda berusia 55 tahun ke bawah) atau Akaun Persaraan (RA)(jika anda berusia 55 tahun dan ke atas). Nikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setahun. Tertakluk kepada syarat.

Pemindahan Akaun Biasa (OA) kepada SA (jika anda berada di bawah 55), atau pindahan SA / OA kepada RA (jika anda berusia 55 tahun ke atas) untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi.

Membayar secara tunai untuk pinjaman perumahan dan tidak menggunakan simpanan CPF.

Kembalikan wang simpanan CPF yang telah anda gunakan untuk membayar rumah anda kepada akaun CPF anda.

2. Adakah saya sanggup mengambil risiko untuk pulangan yang dijangka lebih tinggi dalam simpanan CPF saya?

* Kadar faedah ini termasuk faedah tambahan 1% yang dibayar pada $60,000 yang pertama pada baki CPF gabungan, sehingga $20,000 dari OA.

20 21

Page 12: Berhubunglah dengan kami - cpf.gov.sg · Facebook untuk mendapatkan tips dan maklumat sampingan ... dan pendidikan Boleh digunakan untuk produk ... sebanyak 1% ke atas $60,000 pertama

5. Bagaimana saya ingin mengeluarkan lebih simpanan CPF?

Anda boleh memilih untuk: Mengeluarkan simpanan melebihi Jumlah Asas sekiranya anda mempunyai hartanah.

Mengeluarkan sehingga 20% daripada simpanan RA anda (termasuk $5,000 pertama di mana anda boleh keluarkan pada usia 55 tahun) apabila anda berusia 65 tahun. Tertakluk kepada ahli yang mencapai usia 55 tahun dari 2013 dan seterusnya.

Dengan berbuat demikian, anda akan menerima pembayaran bulanan yang lebih rendah semasa persaraan.

6. Bagaimana saya boleh terus membayar pinjaman perumahan menggunakan simpanan CPF setelah berusia 55 tahun?

Sekiranya anda masih mempunyai pinjaman perumahan yang belum dijelaskan, anda boleh: Memohon untuk mengetepikan simpanan OA anda sebelum usia 55 tahun agar tidak dipindahkan ke RA anda.

Menggunakan simpanan RA anda yang melebihi Jumlah Asas.

Menggunakan caruman OA yang baru sekiranya anda terus bekerja.

Membuat pemindahan CPF melebihi Jumlah Asas kepada pasangan anda.

Buat pemindahan CPF melebihi Jumlah Asas (dengan cagaran hartanah yang mencukupi) kepada ibu bapa atau datuk dan nenek.

Buat pemindahan CPF melebihi Jumlah Penuh kepada orang tersayang.#

Kongsikan risalah ini bersama mereka.

4. Bagaimana saya dapat menikmati pembayaran bulanan yang tinggi semasa persaraan nanti.

Anda boleh memilih untuk: Mengetepikan jumlah persaraan yang lebih dalam RA anda dan/atau menokok sehingga Jumlah Dipertingkat.

Mulakan pembayaran bulanan anda kemudian, sehingga usia 70 tahun.

#Orang yang tersayang merujuk kepada ibu bapa mertua, datuk dan nenek mertua dan adik beradik.

Nota

22