bab 1. pengenalan kepada facebook ads

Upload: norfazihan-osman

Post on 07-Jul-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    1/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 1

    ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

    Sebelum itu Saya kenalkan diri saya KHAIRUL (KHAI) atau di kenali sebagai

    “SMPAT LG KOT” di facebook. Sudi-sudi lah ADD saya sebagai kawan di

    facebook ye . https://www.facebook.com/SmpatLgKot

    Panduan facebook ads VERSI KAMUS DEWAN & PUSTAKA DAN VERSI

    LOGHAT UTAGHA ini saya sediakan untuk khas buat anda di dalam “QAISYA

    STOKIS & DROPSHIP GROUP KHAI” dan kepada sahabat-sahabat yang ingin

    belajar teknik-teknik pemasaran facebook ads. Dan sebagai ucapan TERIMA

    KASIH kerana sudi menyertai TEAM GROUP saya.

    Semoga ilmu ini dapat di manfaatkan dan di amalkan oleh anda dan semoga

    mendatangkan hasil insha allah.. AL-FATIHAH..

    Sekian ,

    K I

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    2/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 2

    Panduan FB ADS untuk ahli-

    ahli Qaisya stokis &

    dropship (khai group)

    KAMI BANTU ANDA “LEBAT POKET “

    SERTAI KAMI MENJADI STOKIS & DROPSHIP UNTUK PRODUK “HOT” YANG

    SEDANG “MELETUP”

    JOIN GROUP  > https://www.facebook.com/groups/547105295353546/

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    3/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 3

    Pengenalan

    KepadaFacebook

    Advertising !

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    4/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 4

    Pengiklanan di Facebook AdsFB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising..dalam Bahasa Melayu,

    Pengiklanan Facebook!

    Facebook mempunyai ramai pengguna di seluruh dunia. Mengikut data yang di

    keluarkan pihak Facebook, pada may 2013 pengguna Facebook di dunia telah

    meningkat kepada 1.11 Bilion dan malaysia berada pada ranking ke 19 dari 213

    negara didunia ini. Mengikut statistik Pengguna facebook di Malaysia sudah

    meningkat kepada 13,589,520 pengguna. Paling menarik, angka pengguna

    Facebook sentiasa meningkat dari sehari ke sehari.

    Terdorong dari jumlah pengguna Facebook yang ramai, Facebook mengambilkesempatan menjana pendapatan menerusi perkhidmatan pengiklanan. Facebook

    membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin beriklan di Facebook melalui

    program Facebook Ads.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    5/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 5

    Facebook menyediakan ruang untuk pengiklan untuk mengiklankan produk,

    servis, komuniti mereka dan sebagainya kepada jutaan pengguna Facebook

    berdasarkan;

    • data geografi (di mana pengguna FB berada),

    • data demografi (umur, jantina dan status pengguna FB) ,

    • data sosiografi (apa yang pengguna FB suka), dan juga

    • data sosiografi (hubungan antara seorang pengguna FB dengan pengguna

    FB yang lain yang telah sertai mana-mana fanpage atau group).

    Di Facebook Ads, anda boleh iklankan apa sahaja yang anda mahu asalkan ia

    mematuhi peraturan yang telah pihak Facebook tetapkan. Tidak seperti Google

    Adword, syarat untuk pengiklanan di Facebook Ads tidaklah terlalu ketat.

    Facebook Ads menawarkan dua jenis iklan iaitu pay per click dan pay per view.

    Pay per click bermakna anda hanya bayar jika iklan anda di klik manakala pay per

    view bermakna anda bayar bagi setiap 1000 kali iklan anda di paparkan di

    Facebook.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    6/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 6

    Keisitimewaan Facebook Ads adalah anda boleh setkan pengiklanan anda untuk di

    paparkan pada golongan yang tepat atau targeted. Anda boleh pilihumur, jantina,tempat tinggal, minat dan berbagai kriteria yang lain ketika proses membuat

    iklan. Secara tidak langsung, iklan anda hanya di paparkan kepada golongan yang

    anda pilih sahaja.

    Contohnya ketika proses memilih pilihan, anda telah pilih jantina perempuan,

    berumur 20 tahun ke atas dan beralamat di Malaysia. Apabila anda jalankan iklan

    anda atau run pengiklanan anda, iklan anda hanya di paparkan pada golongan

    yang menepati ciri – ciri yang anda pilih sahaja.

    Kos pengiklanan pula bergantung kepada sejauh mana anda bijak membida harga.

    Pada peringkat awal anda run iklan di Facebook Ads, biasanya anda perlu bayar

    mahal sedikit supaya iklan anda senang untuk di luluskan. Bagi akaun baru,

    mereka akan cepat approve iklan anda jika anda letakkan harga bida yang

    standard atau mahal sedikit.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    7/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 7

    Kemudian, secara perlahan–lahan, anda turunkan harga bida. Apabila akaun

    Facebook Ads approve atau akaun sudah lama di gunakan dan anda juga sudah

    terbukti membayar pada pihak mereka, anda di berikan keistimewaan membida

    harga iklan pada harga yang lebih rendah.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    8/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 8

    Pengiklanan di Facebook sangat menguntungkan kerana kosnya murah

    berbanding Google Adword dan tempat lain. Lagipun, pengguna Facebook agakresponsif dan mereka akan klik iklan yang mereka rasa menarik.

    Untuk lebih untung, dari semasa ke semasa anda review cara anda beriklan di

    Facebook dan sentiasa cuba mencari cara iklan yang paling menguntungkan.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    9/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 9

    CPM atau CPC?

    Ada dua jenis pengiklanan yang di tawarkan pihak facebook iaitu cost per click

    (CPC) dan cost per thousand impression (CPM). Anda hanya boleh pilih satu fungsi

    bagi setiap kempen pengiklanan yang anda run.

    Kedua – dua jenis pengiklanan mempunyai kebaikan masing – masing bergantung

    kepada matlamat anda beriklan. Bagi iklan cost per click, anda perlu bayar bagi

    setiap klik yang anda terima manakala bagi iklan jenis cost per thousand

    impression pula, anda perlu bayar bagi setiap 1000 paparan yang iklan anda

    terima.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    10/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 10

    Cost per click (CPC) (sesuai untuk menjual produk di facebook)

    Biasanya jika anda mahu orang periksa apa yang anda iklankan atau ambil

    tindakan apa yang anda iklankan, anda pilih iklan jenis cost per click (CPC) . Ini

    kerana anda hanya bayar bagi setiap klik yang anda terima. Jika tiada klik, anda

    tidak perlu bayar.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    11/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 11

    Kebiasaan bagi peniaga-peniaga di facebook mereka lebih GEMAR guna CPC

    keranna kos tidak terlampau tinggi dan saya cadangkan gunakan CPC.

    Pihak facebook sangat membantu pengguna perkhidmatan iklannya. Apabila anda

    sudah setkan 8 usd bagi CPC iklan anda, pihak facebook akan terus run iklan anda

    sehingga tercapai matlamat tersebut. Secara tidak langsung, anda pasti akan

    terima pelawat pada fan page perniagaan anda. Keburukannya adalah anda perlu

    belanja lebih jika mahu bilangan pelawat yang lebih ramai. Namun, jika anda

    dapat target audience yang betul pada iklan anda, anda pasti akan dapt hasil yang

    memberangsangkan.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    12/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 12

    Cost per impression (CPM)

    Bagi iklan jenis ini pula, anda perlu bayar bagi setiap 1000 paparan yang iklan

    anda terima. Motif utama pengiklanan jenis ini adalah untuk memberitahu pada

    umum bahawa perniagaan anda wujud. 1000 paparan itu boleh jadi akan di

    paparkan pada pengguna facebook yang sama atau berlainan.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    13/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 13

    Jadi, kelebihan utama pengiklanan jenis ini adalah ia boleh meningkatkan

    kesedaran pengguna facebook mengenai perkara yang anda promosikan. Kedua

    untuk memberitahu pengguna facebook yang perniagaan dan fan page anda

    wujud di facebook.

    Untuk jadikan perniagaan anda lebih untung, saya cadangkan anda gunakan

    kedua – dua jenis pengiklanan yang di tawarkan pihak facebok. Secara tidak

    langsung, anda boleh dapat potensi pelanggan dan dalam masa yang sama

    perniagaan anda semakin popular dari sehari ke sehari.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    14/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 14

    Kelebihan yang facebook Ads beri padaperniagaan andaApabila anda menggunakan Facebook Ads untuk promosikan perniagaan anda,

    anda boleh peroleh beberapa kelebihan. Antaranya:-

    Anda boleh meningkatkan bilangan like bagi Facebook Fanpage anda. Lagi

    banyak like bermakna lagi ramai yang akan menerima maklumat mengenai

    perniagaan anda.

    Nama perniagaan atau brand perniagaan anda akan di ketahui ramai orang.

    Apabila mereka melihat iklan anda, secara tidak langsung mereka tahu

    bahawa perniagaan anda wujud. Jangan pendang rendah pada kuasa viral.

    Mereka yang telah melihat iklan anda atau telah membaca iklan anda akan

    promosikan perniagaan anda kepada kenalan mereka yang

    memerlukannya. Sudah jadi sifat seorang manusia untuk menolong

    manusia yang lain apabila mereka berada di dalam kesusahan. Apabila

    mereka melihat kenalan mereka ada masalah dan masalah tersebut boleh

    di selesaikan produk anda, mereka akan rekomen produk anda kepada

    kenalan mereka. Inilah kuasa viral.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    15/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 15

    Melalui Facebook Ads, anda boleh peroleh pelanggan baru. Di Facebook

    Ads, iklan akan muncul berdasarkan maklumat peribadi dan aktivitipengguna Facebook. Secara tidak langsung, anda boleh dapat ramai

    pelanggan baru menerusi Facebook Ads.

    Meningkatkan bilangan pelawat ke website anda. Apabila bilangan pelawat

    ke website anda bertambah, kemungkinan untuk semakin ramai orang take

    action juga adalah tinggi. Take action bermaksud pelawat yang melawatwebsite anda mungkin akan subscribe emel anda, membeli apa yang anda

     jual atau membaca artikel yang anda tulis.

    Maklumat mengenai perniagaan boleh tersebar dengan pantas. Melalui

    Facebook Ads, anda boleh promosikan sesuatu dengan kadar yang pantas.

    Anda tidak perlu untuk menunggu terlalu lama. Anda daftar, tunggu iklananda di approve dan maklumat iklan anda akan tersebar pada pengguna

    Facebook terpilih dengan segera. Ini akan memudahkan anda untuk

    promosikan sesuatu dengan pantas dan mendapat keuntungan dengan

    pantas juga.

    Boleh menewaskan pesaing – pesaing anda. Kelajuan dan ketepatan yang

    Facebook Ads tawarkan membolehkan anda membawa perniagaan anda ke

    hadapan berbanding pesaing – pesaing anda.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    16/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 16

    Kelebihan facebook ads pada pemilik

    perniagaan Anda boleh promosikan perniagaan anda secara automatik siang dan

    malam bergantung kepada bajet anda. Secara tidak langsung, anda hanya

    duduk relaks dan menunggu sahaja pelanggan anda datang.

    Anda boleh popularkan perniagaan anda dalam sekelip mata. Apabila

    perniagaan anda popular, ia akan jadi buah mulut dan secara tidak langsung

    bilangan mereka yang berpontensi untuk jadi pelanggan anda akan

    meningkat. Kesannya sama seperti iklan di televisyen dan surat khabar di

    mana pengiklanan di kedua – dua medium ini bercorakkan memberitahu

    supaya boleh jadi buah mulut orang ramai. Melalui medium Facebook Ads,

    anda boleh beritahu pada seramai mungkin individu mengenai perniagaan

    anda.

    Anda boleh promosikan perniagaan anda pada prospek yang tepat.

    Maksudnya anda boleh promosikan perniagaan anda hanya pada golongan

    manusia yang berminat sahaja.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    17/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 17

    Anda boleh tingkatkan bilangan like di facebook fanpage perniagaan anda.

    Melalui fanpage, anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan secara real

    time.

    Anda boleh promosikan produk baru perniagaan anda dengan secepat

    mungkin. Kesan bagi Facebook Ads adalah segera iaitu anda boleh terima

    pelanggan secepat mungkin di saat anda run iklan anda. Secara tidak

    langsung, pengaruh produk baru anda boleh tersebar secepat mungkin.

    Kos pengiklanan Facebook Ads yang sederhana membolehkan anda untuk

    bersaing dengan syarikat – syarikat yang lebih besar.

    Kecepatan Facebook Ads menyebarkan maklumat mengenai iklan anda

    membolehkan anda untuk memotong dan meninggalkan pesaing – pesaing

    anda dalam sekelip mata sahaja.

    Facebook Ads adalah pengiklanan mampu milik. Walaupun perniagaan

    anda tidak ada bajet yang tinggi, anda tetap boleh gunakan perkhidmatan

    Facebook Ads kerana anda di beri ruang untuk letakkan bajet pengiklanan

    yang anda mampu.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    18/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 18

    Anda boleh dapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan cepat.

    Contohnya jika anda laburkan 0.10 USD untuk satu click iklan dan selepas

    20 klik, anda peroleh pelanggan. Barang yang anda jual pula berharga RM

    100. Secara tidak langsung, anda dapat untung berlipat kali ganda hasil dari

    perlaburan 2 USD.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    19/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 19

    Apakah yang Facebook Ads tawarkanpada anda?

    Ramai yang beriklan di Facebook tetapi tidak memahami apa

    sebenarnya yang di tawarkan pihak Facebook menerusi Facebook Ads. Memang

    Facebook Ads adalah penyumbang kepada pendapatan Facebook.Namun, mereka

    tidak wujudkan Facebook Ads begitu sahaja.Untuk mereka pikat anda gunakan

    perkhidmatan pengiklanan mereka, mereka perlu tawarkan sesuatu pada anda.

    Oleh itu, untuk optimumkan penggunaan Facebook Ads, anda perlu faham apa

    yang pihak Facebook tawarkan pada anda. Facebook mempunyai misi yang sangat

     jelas iaitu beri kuasa pada setiap penduduk dunia untuk berkongsi dan bebas

    berkomunikasi antara satu sama lain. Maknanya, Facebook mahukan dunia yang

    lebih terbuka. Melalui Facebook, manusia boleh berhubung dengan keluarga,

    rakan dan bersosial dengan orang yang tidak mereka kenali di Group dan

    Fanpage.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    20/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 20

    Untuk ahli perniagaan pula, Facebook mahukan setiap orang mempunyai peluang

    berniaga dan berkomunikasi dengan pelanggan mereka melalui Facebook

    Fanpage. Hubungan dua hala akan membolehkan ahli perniagaan memahami

    lebih tepat apa yang pelanggan mereka mahu.

    Bagi merancakkan lagi penggunaan Facebook, pihak Facebook mewujudkan

    Facebook Ads. Melalui Facebook Ads, pengguna Facebook dapat mengetahui

    maklumat terbaru mengenai perkara yang mereka minat dan untuk ahli

    perniagaan pula ia dapat membantu mereka untuk mencari pelanggan dengan

    tepat dan agresif.

    Facebook Ads berfungsi berdasarkan maklumat profile pengguna

    Facebook dan aktiviti yang di jalankan pengguna Facebook. Maksudnya iklan yang

    keluar tertera pada setiap pengguna Facebook adalah berdasarkan umur mereka,

    bahasa mereka, lokasi mereka, minat mereka dan sebagainya.

    Kesimpulannya, pihak Facebook menawarkan pada ahli perniagaan untuk beriklan

    pada kelompok manusia yang tepat berdasarkan ciri–ciri prospek perniagaan

    mereka. Lebih tepat, ahli perniagaan boleh beriklan pada mereka yang benar –bernar berminat pada perkara yang di jual.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    21/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 21

    Apabila anda faham apa yang pihak Facebook tawarkan menerusi Facebook Ads,

    barulah anda boleh rancang strategi yang berkesan untuk beriklan di Facebook.Nampak seperti remeh tetapi ramai yang rugi ketika beriklan di Facebook Ads

    kerana tidak memahami apakah fungsi sebenar Facebook Ads.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    22/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 22

    Persediaan yang anda perlu lakukan

    sebelum beriklan di Facebook Ads

    Tetapkan matlamat anda beriklan

    Untuk beriklan, anda perlu ada matlamat.Dapatkan matlamat yang jelas kenapa

    anda hendak beriklan. Adakah untuk tambah bilangan like? Adakah untuk

    dapatkan subscriber? Adakah untuk cari pelanggan baru? Adakah untuk

    memperkenalkan produk atau perniagaan anda? Apabila matlamat anda jelas,

    anda akan tahu untuk guna ayat apa untuk beriklan dan kepada siapa anda ingin

    target.

    Kenali pelanggan anda.

    Jika anda ingin gunakan iklan Facebook untuk promosi perniagaan anda, anda

    perlu kenal siapa pelanggan anda. Adakah pelanggan anda merupakan golongan

    ibu bapa? atau, Adakah pelanggan anda merupakan remaja lelaki ? atau

    sebagainya. Kenali pelanggan anda membolehkan anda tahu untuk tulis ayat apa

    bagi menarik perhatian mereka. Selain itu, anda juga tahu apa yang hendak di isi

    di bahagian targeting nanti.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    23/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 23

    Bajet pengiklanan yang anda mampu.

    Sediakan jumlah wang yang tetap untuk anda belanjakan ketika iklan di Facebook

    nanti. Dengan melakukan persediaan ini, secara tidak langsung anda tidak akan

    beriklan lebih dari wang yang anda ada dan anda boleh kawal perbelanjaan iklan

    anda.

    Masa untuk melihat prestasi iklan anda.

    Sediakan masa untuk melihat prestasi iklan anda pada setiap hari.Ketika beriklan

    di Facebook, anda perlu lihat prestasi iklan anda pada setiap hari supaya wang

    anda tidak rugi. Jadi, tetapkan masa 30 minit sehari sekurang – kurangnya untuk

    menilai prestasi pengiklanan Facebook anda.

    Pastikan landing page anda menarik.

    Pastikan page website yang akan terkandung di destination URL berada dalam

    keadaan baik. TIdak guna anda beriklan jika landing page anda teruk.Baiki landing

    page dan dan pastikan semuanya berfungsi dengan baik.Apabila semuanya ok,

    barulah anda beriklan di Facebook Ads.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    24/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 24

    Peraturan umum Facebook Ads yang

    anda perlu tahuKadangkala anda pasti hairan kenapa kempen pengiklanan anda tidak di approve

    pihak Facebook walaupun anda rasa iklan tersebut tidak melanggar apa–apa

    peraturan. Untuk membantu anda mencipta iklan yang menepati peraturan pihak

    Facebook, saya telah senaraikan peraturan umum Facebook Ads.

    Text pada gambar iklan melebihi 20% . Boleh rujuk sini mengenai text anda

    adakah lebih 20% atau tidak -> http://facebookadvertchecker.paidto.co.uk/

    . sila rujuk panduan untuk memilih gambar fb ads yang disediakan di BAB 7

    Gambar iklan yang ada perkataan “BEFORE” AND “AFTER” .

    Anda tidak boleh masukkan ayat - ayat yang boleh mengyinggung hati dan

    perasaan pengguna Facebook di dalam iklan anda. Contohnya anda tidak

    boleh tulis ‘ Untuk Melayu Sahaja, Bangsa lain Sila pergi’.

    Iklan yang ada gambar untuk produk Adult iaitu produk seks adalah di

    larang.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    25/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 25

    Iklan untuk produk alcohol tidak di bolehkan untuk beberapa negara. Jika

    anda ingin promosi di negara yang di benarkan, anda perlu lalui berbagai

    saringan dari pihak Facebook.

    Iklan untuk dadah, rokok dan perjudian tidak di benarkan.

    Iklan untuk ubat yang perlu pengesahan doktor adalah tidak di benarkan

    manakala ubat bagi biasa di benarkan asalkan ubat tersebut tidak

    mengandungi bahan yang merbahaya seperti steroid.

    Iklan akan di batalkan jika landing page mengandungi spyware atau

    malware sehingga boleh menjejaskan komputer pengguna facebook.

    Iklan untuk senjata seperti pistol, pisau dan sebagainya tidak di benarkan.

    Iklan untuk perniagaan yang tidak masuk akal seperti skim cepat kaya juga

    tidak di benarkan.

    Picture yang ada nama FACEBOOK juga peraturan baru tidak boleh

    digunakan.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    26/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 26

    Untuk pastikan iklan anda sentiasa di luluskan, anda perlu ikut peraturan umum di

    atas. Biasanya jika iklan anda tidak di luluskan, pihak Facebook akan beri alasan

    kenapa iklan anda tidak di luluskan. Dari situ, anda boleh ubah yang mana patut

    untuk pastikan iklan anda di luluskan.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    27/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 27

    VERSI UTAGHA

    • Macam yang dok habaq kat ataih.. abg mark wat fb bukan saja2 ja dok bagi

    hampa syok2 dok mengorat dan mengejas awek… dia buat nk bagi hampa

    wat ghamai.. lepaih tu dia amik peluang nie wat iklan… semua pakat dok

    wat ghamai lani jumlah pengguna fb kt Malaysia taun 2013 nie dah jadi

    13.3 juta oghang… tudia…. semua golongan pakat dok wat fb…. Kalu hampa

    nk taw mak pak kami pun dah ada FB… abaih ari2 mak pak kami dok

    skodeng FB anak2 dia….. hahaha… tu yg tk brapa nk kelear tu... nak galak

    lebih pun kena cover line…hehehe..

    • Iklan yg dok habaq tadi tu lah nama dia FB ADS. Fb ads nie tak susah tera

    mana pun.. janji hampa taw seting 1-2 minit ja nk seting benda nie… special

    benda nie taw tak tang mana ? nie dia nak habaq mai.. hampa tak gadoh

    nak p spam kt wall kawan2 hampa dah… tak gadoh nk kena hampuk dgnkawan2 hampa pasai dok tag nama depa..sapa tak bara kena taw nama kt

    produk entah apa2 kan… kami pun radang kalu kena lagu tu…hihi..

    • ok dipendekkan crita… hampa wat fb ads nie hampa boleh pilih sapa dia

    hampa maw… hampa boleh pilih umur, tempat, status dan kesukaan

    oghang dlm fb.. jadi hampa tak susah lah nk juai brg hampa.. pilih ja sapa

    dia hampa maw nanti kuar lah kt wall depa.

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    28/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah.IKHLAS : KHAI ( FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot ) Page 28

    • Bab modai hampa tak gadoh nk serabut pala..fb tak akan caih lebih dari

    bajet hampa…letak ja brapa hampa maw depa nanti iklan takat mana

    hampa set. Dan nak habaq mai… nk wat iklan nie pun bukan dok leh hentak

    ikut suka hampa ja… adalah peraturan dia nak kena ikut…nanti hampa

    ghujuk panduan sebelah peraturan cara2 gambaq2 kt folder luar sana noh..

    • Ok dah kot..takat nie ja lah aku dok sembang muhong… kalu nk taw lagi

    pasai pengenalan boleh ulang baca yg kt ataih nie… versi utagha nie saja

    syok2 buat tak bagi hampa mengantok dok baca…haha.. ok next page lak…

  • 8/18/2019 BAB 1. Pengenalan Kepada Facebook Ads

    29/29

    Pengenalan Kepada Facebook Advertising !

    Hakcipta terpelihara www.supply.my Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa

    izin penerbit yang sah

    ©Hakcipta Terpelihara www.supply.my

    FB : https://www.facebook.com/SmpatLgKot

    (KHAI)

    Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, illustrasi dan isi

    kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada

    elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

    daripada penerbit ( KHAI ).

    Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak

    bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara

    peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan

    naskhah ini, secara langsung atau tidak langsung. Teknik yang disebut di dalam

    naskhah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat

    menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.Tidak ada jaminan yang

    dibuat.Pembaca bertanggungjawab diatas segala penggunaan maklumat yang

    disenaraikan didalam ebook ini.Penulis berhak untuk membuat sebarang

    perubahan tanpa notis.

    Segala screenshot atau gambar-gambar diambil daripada laman web yang

    tertentu. Penulis adalah bukan pemilik laman web tersebut.Ia adalah merupakan

    hak cipta pemilik gambar tersebut.

    Hanya pengedar yang sah boleh menyebarkan ebook ini.