facebook dalam pendidikan

22
1 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER II SESI 2012/2013 Tajuk Kerja Kursus: Ahli Kumpulan : Fatimah Aribahal PT122337CT Rosmawati Mohamad PT122313CT Rukizah Moong PT122316CT Siti Norprisiella Lasah PT122338CT Zuraina Maskul PT122300CT WEB 2.0 : FACEBOOK

Upload: rukizah-moong

Post on 18-Dec-2014

1.730 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Facebook dalam pendidikan

1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI

DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER II SESI 2012/2013

Tajuk Kerja Kursus:

Ahli Kumpulan :

Fatimah Aribahal PT122337CT

Rosmawati Mohamad PT122313CT Rukizah Moong PT122316CT

Siti Norprisiella Lasah PT122338CT

Zuraina Maskul PT122300CT

WEB 2.0 : FACEBOOK

Page 2: Facebook dalam pendidikan

2

1.0 PENGENALAN

Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet

merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook

merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi

yang semakin canggih. Memandangkan kesan penggunaan facebook telah memberi satu

fenomena dan memberikan impak yang besar kepada penggunanya, jadi banyak kajian

telah dilakukan.

Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris,

2009). Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh

dunia. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg

lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli

politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi

celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi

pendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang

diselitkan dengan politik. (The Malaysiainsider, 2010).

Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan mendapati ramai pelajar menggunakan

facebook untuk tujuan sosial. Namun demikian, pada masa yang sama mereka juga

menggunakan facebook bagi tujuan pendidikan. Oleh yang demikian, dalam penulisan ini

penulis cuba untuk menjelaskan sejauh mana facebook berguna dalam pendidikan dan

pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN

Corak pembelajaran yang wujud pada masa kini adalah hasil daripada usaha individu –

individu yang berusaha untuk membuat kajian tentang sifat-sifat proses pembelajaran. Hasil

usaha tersebut telah membawa kepada terhasilnya beberapa teori pembelajaran yang

digunapakai di dalam bilik darjah. Terdapat tiga teori yang utama iaitu Teori Tingkah Laku

(Behaviouris), Teori Kognitif dan Teori Konstruktivisme.

Page 3: Facebook dalam pendidikan

3

2.1 TEORI TINGKAH LAKU (BEHAVIOURIS)

BEHAVIORISME

• Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.

• Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran

• atau hukuman.

• Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang

• boleh diukur atau diperhatikan.

• Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid

• dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.

Teori ini menekan perubahan tingkahlaku. Kajian tingkahlaku yang dapat dilihat atau diukur.

Ianya tidak mengambil kira proses pemikiran yang berlaku. Antara tokoh teori ini adalah:

• Pavlov (1849-1936)

• Watson (1878-1958)

• Thorndike (1874-1949)

• Skinner (1904-1960)

Thorndike mengatakan bahawa pembelajaran ialah pembentukkan suatu hubungan di

antara S-R (STIMULUS-RESPONSE). Beliau juga telah menghasilkan tiga hukum penting

iaitu:

• Hukum kesan

• Hukum latihan

• Hukum “readiness”

Prinsip pembelajaran yang ditekankan oleh Thorndike ialah:

• Pembelajaran memerlukan praktik dan ganjaran.

• Suatu siri tindakbalas boleh digabungkan.

• Pemindahan pembelajaran berlaku disebabkan pengalaman.

• Kepintaran adalah bergantung kepada kekerapa.

Page 4: Facebook dalam pendidikan

4

Namun begitu, Skinner telah mengubahsuaikan kajian teori pembelajaran tingkahlaku dan

telah mencadangkan prinsip pembelajaran yang berikut:

• Tingkahlaku diperkukuh secara positif akan berulang.

• Pengukuhan intermitent berkesan.

• Maklumat diberi sedikit demi sedikit.

• Pengukuhan digeneralisasikan untuk menghasilkan perlaziman sekunder.

Walau bagaimanapun, teori pembelajaran tingkahlaku telah memberikan kesan kepada:

• Objektif tingkah laku pembelajaran.

• Analisis taksonomi tingkah laku pembelajaran

• Taksonomi matlamat pembelajaran Gagne

• Pembelajaran mastery

• Pendekatan industry dan tentera

• Mesin mengajar dan pengajaran terancang

• Pengajaran individu

Kekuatan teori ini ialah menekankan asas bahawa pelajar terfokus kepada matlamat yang

jelas dan boleh bertindak balas terhadap matlamat itu manakala kelemahan teori ini ialah

terdapat kemungkinan pelajar mendapati tiada ransangan yang sesuai untuk maklum balas

berlaku, iaitu pelajar tidak dapat memberi maklum balas.

2.2 TEORI KOGNITIF

KOGNITIVISME

• Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema.

• Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu

diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau

skema diubah suai.

Page 5: Facebook dalam pendidikan

5

Teori ini menekan proses pemikiran di sebalik tingkah laku, iaitu proses yang berlaku dalam

fikiran pelajar. Antara tokoh teori ini adalah:

• Edward Tolman

• Bandura

• J.Piaget

• Bartlett

• Gagne/Briggs

• Good

• Ausubel

Implikasi Teori Kognitif dalam pengajaran ialah:

• Organisasi dan struktur pengetahuan.

• Pengetahuan prosedur yang boleh digunakan.

• Kemahiran mendapatkan pengetahuan.

Konsep utama teori kognitif adalah:

• Skema

• Pemprosesan maklumat

• Kesan bermakna

• Kesan kedudukan bersiri

• Kesan latihan

• Kesan pemindahan

• Kesan tahap memproses maklumat

• Kesan keadaan

• Kesan mnemonik

• Pengelola awal

Untuk mengaplikasi teori kognitif dalam pengajaran, guru mesti melibatkan pelajar secara

aktif. Contohnya memberi kawalan kepada pelajar dan memastikan pelajar boleh membuat

latihan pada bila-bila masa. Selain itu, guru juga perlu memberikan perhatian kepada

penstrukturan dan organisasi maklumat untuk memudahkan pemprosesan.

Kekuatan teori ini ialah melatih pelajar sesuatu dengan kaedah yang sama dan seterusnya

memupuk keseragaman dalam melakukan kerja. Manakala kelemahan teori ini pelajar hanya

Page 6: Facebook dalam pendidikan

6

belajar satu kaedah untuk melakukan sesuatu dan kaedah tersebut berkemungkinan bukan

kaedah yang terbaik atau yang sesuai dengan pelajar atau situasi pada masa berkenaan.

2.3 TEORI KONSTRUKTIVISME

KONSTRUKTIVISME

• Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan

kepada pengetahuan sedia ada.

Teori ini menekan pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif dan pelajar membina

konsep baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai

perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran berlaku

apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan maklumat baru.

Implikasi teori ini dalam pengajaran ialah:

• Guru mengalakkan pembelajaran melalui penemuan.

• Guru dan pelajar berinteraksi secara aktif.

• Guru menyesuaikan pengajaran mengiku kefahaman pelajar.

• Guru guna turutan yang paling aktif untuk memberi pengetahuan.

Kekuatan teori ini pelajar penterjemah realiti yang pelbagai, pelajar dapat menangani

masalah sebenar dalam pelbagai bentuk. Manakala kelemahan teori ini pula tiada

keseragaman. Pelajar mempunyai perwakilan model mental masing-masing dan masalah

mungkin timbul apabila setiap individu mengutarakan pandangan masing-masing yang

mereka katakan betul.

3.0 PENDIDIKAN ABAD KE-21

Globalisasi dalam pendidikan bermaksud merentas sempadan dan media dengan

penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebarang bentuk ilmu dan maklumat

Page 7: Facebook dalam pendidikan

7

yang diperoleh tidak terhad di bangku sekolah sahaja tetapi boleh berlaku melalui internet.

Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan atau GATS (General Agreement on Trade and

Service:1999) yang telah ditandatangani oleh kebanyakan negara maju bersetuju untuk

menghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang untuk

pertukaran pakar pendidikan, penubuhan institusi pendidikan serta pengiktirafan sijil-sijil

dari semua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan di antara anggota-anggota.

Berdasarkan kenyataan setiausaha Agung Universiti komanwel iaitu Profesor Micahel

Gibbons, globalisasi merupakan proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang

telah berlaku lama dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan

pelaksanaan pengajaran berkualiti. Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan

pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta pengujian dan penilaian.

Merujuk kepada pelaksanaan pendidikan di Finland yang merupakan tempat ketiga

dunia dalam penilaian global, usaha Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan

pendidikan vokasional telah mengambil sistem pendidikan Finland sebagai rujukan.

Umumnya, sistem pendidikan vokasional di Finland bersifat disentralisasi. Pendekatan

terhadap pendidikan umum juga berbeza yang mana hanya satu peperiksaan awam iaitu

pada peringkat akhir menengah atas. Sistem pendidikannya juga tidak menetapkan saiz

kelas kecuali untuk pelajar berkeperluan khas. Finnish National Board Of Education (FNBE)

merupakan satu badan yang menentukan kerangka kurikulum yang akan dilaksanakan di

seluruh negara. Guru yang ditugaskan mengajar akan menentukan metodologi pengajaran

dan bahan pengajaran yang akan digunakan. Ibu bapa boleh mengikuti perkembangan

anak-anak mereka secara online manakala pihak sekolah akan menyediakan pangkalan data

yang lengkap tentang pelajar untuk disemak oleh ibu bapa. Kurikulum untuk pendidikan

menengah atas disediakan untuk tiga tahun. Pendidikan vokasional peringkat menengah

atas disediakan di kolej vokasional. Pendidikan vokasional di pandang tinggi dan diterima

sebagai satu alternatif oleh rakyat Finland. Pendidikan di Finland juga tidak terlalu tertumpu

pada peperiksaan tetapi lebih bersifat menjadikan pelajar mampu berfikir dan berdikari.

Sistem pendidikan negara Finland turut memartabatkan guru dalam usaha

melahirkan guru abad ke 21. Ramai dalam kalangan graduan cemerlang cenderung untuk

memohon menjadi sehingga berlaku peningkatan dalam tempoh lima tahun terakhir ini.

Beban mengajar guru di Finland adalah jauh lebih rendah berbanding negara lain seperti di

Amerika Syarikat dan New Zealand. Guru-guru secara langsung dilatih untuk mengajar

pelajar bagi membolehkan pelajar melepasi ujian dengan skor yang baik. Guru dan pelajar

tidak didoktrinkan dengan ujian tetapi ditekankan kepada pembelajaran kendiri. Guru-guru

Page 8: Facebook dalam pendidikan

8

juga di latih agar menggunakan pendekatan yang lebih bercorak pembelajaran kreatif dan

bersahaja. Ia bertujuan untuk merangsang perkembangan minda dan menggalakkan budaya

berfikir dalam kalangan pelajar. Usaha memartabatkan guru termasuklah memastikan

kerjaya ini mempunyai masa depan yang gemilang menerusi kenaikan pangkat.

Sistem pendidikan di Jepun merupakan salah satu contoh pendidikan yang maju di

Asia Tenggara. Kemajuan sistem pendidikan Jepun dapat dilihat dalam pelbagai bidang

seperti ekonomi, teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politik dan lain-lain. Kesemua

kemajuan ini sangat berkait rapar dengan kemajuan dalam pendidikan. Pendidikan di Jepun

dibangunkan atas prinsip-prinsip seperti legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral,

penyesuaian dan penetapan persekitaran pendidikan dan desentralisasi. Tujuan pendidikan

di Jepun adalah untuk membesarkan anak yang sihat fikiran dan badan serta penuh estetika

sehingga melahirkan pelajar yang ideal iaitu pelajar yang selalu melatih diri sendiri,

mematuhi peraturan, bersedia bekerja secara sukarela dan mempunyai dasar untuk berfikir

secara internasional. Umumnya, kaedah pengajaran yang digunakan adalah kombinasi

daripada penjelasan dan soal jawab dengan guru, perbincangan sesama pelajar dan

penerokaan oleh pelajar dengan menggunakan alat pembelajaran.

Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum berperanan untuk melahirkan rakyat yang

mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun

Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

Laporan Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Negara dalam proses menyediakan

warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama

iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan

teliti. Ini amat penting untuk menentukan agar kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan

berkualiti cemerlang.

Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad

kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor

perindustrian dan perdagangan. Kurikulum abad ke 21 adalah relevan dan koheran dan

dapat memenuhi matlamat yang ingin dicapai. Perancangan kurikulum mestilah bersifat

futuristik, fleksibel dan dinamil agar dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa

dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia abad 21 mestilah dapat menangani

cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara

berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan

tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

Page 9: Facebook dalam pendidikan

9

Hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif,

kurikulum yang direncanakan haruslah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri

yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum haruslah

lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan

pelbagai kemahiran iaitu kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif, kemahiran

berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran mencari, menginterpretasi

dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain,

kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

3.1 KEMAHIRAN ABAD KE 21.

Guru selaku penyampai maklumat kepada pelajar perlu memiliki kemahiran dan

pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teknologi maklumat kerana sumber

pengetahuan utama abad ke 21 berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu,

Kesinambungan integrasi ICT bermula di peringkat universiti yang melatih bakal guru,

kemudiannya guru ini pula akan mengajar generasi baru di sekolah. Dalam konteks

pendidikan, perkembangan bidang teknologi maklumat dapat memudahkan manusia

berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih

sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Kemudahan seperti komputer, multi

media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk

digunakan oleh semua pelajar. Menjelang abad ke 21, pelajar perlu mendapat segala

kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.

Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan adalah

salah satu pendekatan utama dalam pemupukan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan

pelajar. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat.

Amatlah penting generasi baru menguasai kemahiran abad ke-21 ini supaya mereka boleh

mengharungi cabaran era globalisasi yang padat dengan informasi dan teknologi. Malah

lebih penting lagi ialah pembelajaran yang bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi

inovasi dan kreativiti baru yang mengolah proses pembelajaran dalam suasana yang baru.

Oleh itu, setiap pelajar perlu memiliki kemahiran dalam penggunaan komputer atau lebih

dikenali sebagai celik komputer. Ini kerana, komputer beupaya meningkatkan mutu

pembelajaran. Menjelang abad ke 21, komputer menjadi alat standard di semua sekolah

Page 10: Facebook dalam pendidikan

10

sama ada di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Semua sekolah di

Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya

INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang

bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain

malah dengan pelajar lain di seluruh dunia.

Pengisian kurikulum perlu memberi penekanan kepada kemahiran yang menjurus ke

arah pembelajaran koperatif iaitu kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan

dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi pelbagai tahap

kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran

membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan antara ahli

kumpulan. Penekanan terhadap cara berfikir secara kritis dan reflektif iaitu setiap aktiviti

kurikulum menjurus kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan

sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti

andaian-andaian, idea, pandangan yang membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi

yang lebih baik atau penghasilan produk baru. Selain itu, pengembangan kreativiti kurikulum

perlu banyak menonjolkan aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina

daya imaginasi dan boleh memberi pandangan.

Kemahiran Generik juga diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum generik

bolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketerampilan di

tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi aset kepada

majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam

bidang yang berlainan. Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa juga turut diberi

penekanan. Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa

supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan dan berupaya menggunakan segala

maklumat dalam pelbagai bahasa.

3.2 GURU ABAD KE 21.

Secara umumnya dapat dikatakan bahawa guru ialah teras kepada pelaksanaan

proses pendidikan walaupun proses pendidikan boleh berlangsung tanpa adanya guru.

Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawabnya sebagai pendidik. Dalam usaha melahirkan manusia yang berkualiti, para

Page 11: Facebook dalam pendidikan

11

pendidik perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri tertentu agar generasi alaf baru yang kaya

maklumat, kekuatan minda, memiliki nilai luhur, bersemangat jati diri, jaya diri, berdaya

usahawan dan berketrampilan berjaya dilahirkan.

Abad ke 21 akan membawa perubahan akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains,

teknologi dan pengetahuan. Gelombang ini akan terus mewarnai dunia dengan pelbagai

warna mengakibatkan berlakunya perubahan yang tidak dapat dijangka. Dalam konteks ini,

guru mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Paling mustahak, guru mesti dapat

mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan ini. Guru juga seharusnya memainkan

peranan sebagai pemimpin dan paling kurang sebagai pemimpin dalam bilik darjah. Guru

mesti berusaha untuk memperkembangkan setiap potensi pelajarnya dari semua aspek

termasuk intelek dan rohaninya. Guru perlu bersedia untuk menjadi seorang guru yang

inovatif dan kreatif agar pelajar yang kreatif dan inovatif dapat di bentuk. Selaras dengan

perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu di

reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya

literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap

terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik di kalangan pelajar.

Sebagai seorang profesional, guru mesti memahami akan keperluan pelajarnya

dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti melengkapkan dirinya selaku penyelidik di

bilik darjah agar dapat mengenal pasti pencapaian pelajar, menilai keberkesanan

pengajaran, mengukur keberkesanan dan seterusnya berusaha memperbaiki segala

kelemahan. Guru juga mesti mengamalkan sikap sebagai pelajar iaitu sentiasa menambah

ilmu pengetahuan dan memperbaharui ilmunya. Profesyen perguruan harus berkembang

dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat

dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan

sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh

masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen

perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah,

murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan

masyarakat setempat. Secara ringkasnya, guru mesti menjadikan pembelajaran seumur

hidup sebagai budaya hidupnya

Guru yang berkualiti ialah guru yang bersifat profesional, mahir dalam semua hal

perguruan, tahu tentang teori dan amalannya, tahu tentang pengajaran dan pembelajaran,

peka kepada perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada

Page 12: Facebook dalam pendidikan

12

tatasusila profesion perguruan. Proses pendidikan yang berkualiti merujuk kepada proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu apa yang diajar oleh guru dapat diterima

dan dihayati oleh murid. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi

kecenderungan dan minat pelajar terhadap pelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran

kaunseling di samping memahami psikologi pembelajaran. Guru juga seharusnya

mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Antara ciri-ciri guru abad ke 21 ialah:

• Mempunyai ciri beriltizam iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta

penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas sebagai pendidik.

• Berorientasikan maklumat iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat

baru untuk dikongsikan.

• Mempunyai wawasan iaitu berpandangan jauh dan mempunyai visi yang ingin di

capai.

• Berpandangan secara global yang melihat perspektif pendidikan bukan terhad dalam

negeri tetapi secara global.

• Sentiasa berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi dalam

pendidikan serta perubahan kurikulumnya.

• Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi

dan perubahan pendidikan.

• Mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan.

• Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan.

• Merebut peluang pendidikan terbuka iaitu mengamalkan budaya pendidikan

sepanjang hayat.

• Mampu mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi

cabaran globalisasi pendidikan.

Menjelang tahun 2012, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baharu diharap akan

dapat dilaksanakan. Profesion keguruan akan berubah apabila guru dapat menikmati

pelbagai laluan kerjaya berbeza dan menerima kesan daripada pelan induk pembangunan

profesionalisme yang dirangka khusus untuk guru, serta pemberian ganjaran berdasarkan

prestasi bukannya tempoh perkhidmatan. Abad ke 21 akan terus membawa perubahan

akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains, teknologi dan pengetahuan. Dalam konteks ini, guru

mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Guru juga perlu dapat mengurus dan

menjadi pengurus kepada perubahan ini.

Page 13: Facebook dalam pendidikan

13

3.3 PELAJAR ABAD KE-21

Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahami

tugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagi

tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu

mancari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya

tetapi masih terdapat sesetengah sekolah sekolah masih bergelut dengan soal asas

pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih

pada peringkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri

pelajar abad ke-21 antaranya:

• Berupaya menbuat hubung kait

• Bijak menyoal

• Yakin dalam berkomunikasi

• Mengambil risiko

• Dahagakan ilmu

• Bersifat ingin tahu

• Menjana idea

• Fleksibel

• Tidak mudah berputus asa

• Mendengar dan membuat refleksi sendiri

• Berani mencuba

• Mampu berfikir sendiri

• Mampu belajar dengan orang lain

• Membuat perubahan

• Berintegriti

• Berkeperibadian tinggi

Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, seseorang pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri

tersebut. Hal ini kerana, melalui ciri-ciri yang terkandung ini mampu melahirkan generasi

muda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkan modal insan yang sangat

berguna terhadap negara

Page 14: Facebook dalam pendidikan

14

Selain dari itu, pelajar pada abad ke-21 juga mestilah mengikut perubahan yang

diperlukan untuk memenuhi keperluan semasa yang dicorakkan oleh pembangunan

teknologi. Pembelajaran pelajar pada abad ke-21 patut memanfaatkan teknologi yang serba

canggih ini untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Pelajar pada abad ke-21

sangat memerlukan pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi

membaca, menulis, dan mengira tetapi literasi abad ke-21 adalah melibatkan literasi digital.

Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,

mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas

maklumat yang diperolehi. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital

sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat di kalangan pelajar abad ke-21.

Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan pelajar

untuk berkomunikasi secara interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat

mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi

pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sumber terbaik bagi membina

kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat

berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility

(bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian

sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal

perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan

perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah

atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah

memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program

pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara

asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.

4.0 WEB 2.0 FACEBOOK

4.1 Apakah itu facebook

Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet

merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook

merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi

yang kian canggih. Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan

dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun

Page 15: Facebook dalam pendidikan

15

ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook

lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan

dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai

makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang

dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada

timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran

universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan

membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan

rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.

Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian

beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan

Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana

pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang

berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif

seluruh dunia.

Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah

sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan

mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh

tahun,iaitu "face book".

4.2 Kelebihan facebook

Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009).

Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.

“Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi

maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai

kempen facebooknya,(The Malaysiainsider, 2010).Kementerian Penerangan Komunikasi Dan

Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan Kumpulan facebook 1 Malaysia sebagai tanda

sokongan rakyat terhadap kumpulan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di

kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

(KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk

bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang

kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan

Page 16: Facebook dalam pendidikan

16

tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat

bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri

diwajibkan mempunyai akaun facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak

terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009).

Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi,

maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain

boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh

mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat"

sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar.

Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari

pengiklanan, seperti iklan sepanduk. Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada

para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan"

melainkan ditetapkan sebaliknya.

Penggunaan facebook sebagai media pembelajaran sangat membantu guru dalam

penyampaian bahan-bahan pelajaran yang cukup banyak, sehingga guru tidak lagi dibatasi

oleh waktu yang terbatas kerana penggunaan media pembelajaran facebook, guru dan

pelajar boleh melakukannya di luar waktu sekolah, dan juga dengan mengunakan media

pembelajaran facebook pelajar menjadi lebih tertarik dan aktif dalam pembelajaran kerana

pembelajaran dengan media pembelajaran facebook tidak lagi merujuk kepada guru sebagai

pusat, akan tetapi pelajar sebagai pusat dan membina pengetahuannya sendiri dengan

belajar mandiri melalui internet, di sini guru hanya sebagai fasilitator dan evaluator.

Dengan media pembelajaran facebook pelajar dilatih belajar mandiri/tanggung jawab

belajar, aktif, dan bekerja sama dalam menyelesaikan permasalahan, kolaboratif,

membangunkan strategi belajar, juga melatih pelajar dalam penguasaan TMK dan melatih

penggunaan bahasa Inggeris, pembelajaran yang meaningfull dan engaged learning.

Kelebihan bagi para guru adalah dalam peringkat jejaringnya, contohnya seorang guru

meng add / submit rakan guru lain atau menjadi fans dari Persatuan Guru-guru

Semenanjung walaupun guru tersebut bearada di Sabah, akhirnya mereka dapat dengan

mudah bertukar maklumat yang terkini.

4.3 Cara menggunakan facebook dalam pendidikan

Page 17: Facebook dalam pendidikan

17

Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada

pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta

pelajar untuk:

1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-

kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka.

2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai

tugasan kursus, serta permohonan kursus.

3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.

Cadangan idea dalam memanfaatkan Facebook untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

Caranya ialah:

1. Semua pelajar membuat akaun facebook.

2. Guru add semua pelajar di facebook dan memasukkannya satu group sesuai rombongan

belajar.

3. Guru menyediakan bahan-bahan pembelajaran melalui Nota / Notes.

4. Pelajar membaca bahan-bahan dari Nota guru.

5. Guru memberikan tugas melalui kotak mesej kepada semua pelajarnya sehingga boleh

memberikan tugas berbeza individu.

6. Pelajar menjawab tugas dengan menghantar mesej ke gurunya.

7. Guru memberikan ruang perundingan melalui forum / group

8. Guru membentuk ruang perbincangan melalui kemudahan chat

Facebook sebenarnya tetap mempunyai banyak manfaat. Sebagai bukti akan nilai positif

Facebook ini, khususnya bagi dunia pendidikan, dapat dilihat iaitu akan kewujudan beberapa

kemudahan dan ciri-ciri yang ada dalam Facebook. Justeru, bagaimana sebenarnya cara

memanfaatkan facebook sebagai sarana pembelajaran / pendidikan ini dilakukan? Aktiviti

melayari facebook dalam pendidikan adalah dengan cara menjalankan beberapa ciri-ciri

aplikasi yang berikut :

• Facebook Share: Ini merupakan ciri-ciri asas di facebook. Ciri-ciri ini pastinya juga

boleh digunakan sebagai alat untuk membantu pembelajaran. Siapapun boleh

Page 18: Facebook dalam pendidikan

18

berkongsi apapun (tulisan singkat, link, gambar, video dan sebagainya) ke semua

rakan-rakannya. Dengan ciri-ciri ini guru dapat mencari laman-laman web atau

gambar-gambar yang berkaitan dengan pembelajaran, kemudian di kongsi/share di

facebook untuk seterusnya boleh diakses oleh pelajar, sehingga pelajar mempunyai

panduan dalam mencari bahan-bahan pembelajaran di internet, dengan perkongsian

ini juga guru boleh menugaskan pelajar untuk memberikan analisis, kritik atau

komen terhadap fenomena sosial yang berada di dalam share / pautan tersebut.

• Facebook Quiz : Pada masa ini, sudah banyak kuiz-kuiz yang terdapat di facebook.

Kebanyakaan kuiz yang dibuat hanya untuk suka-suka. Ciri-ciri ini sejatinya boleh

digunakan untuk melakukan quiz online. Guru boleh membuat kuiz dengan mudah

kemudian mengarahkan pelajar-pelajarnya untuk menjawab kuiz tersebut. Guru

boleh menukar tugasan yang berbentuk soalan dengan membuat kuiz ini, di dalam

kuiz ini guru juga boleh menetapkan skor yang diperoleh pelajar berdasarkan

jawapan yang mereka berikan.

• Facebook Note: Guru boleh memancing pelajar-pelajarnya saling berbincang

mengenai topik tertentu. Guru hanya perlu membuat note di wall kemudian men tag

ke seluruh pelajar-pelajarnya untuk memancing perbincangan. Dengan ini guru boleh

menggalakkan murid-muridnya saling berbincang mengenai topik tertentu.

• Facebook Apps: Dengan ciri-ciri ini hampir segalanya boleh dilakukan. Salah

satunya adalah dengan membuat sebuah game edutainment pada platform facebook

Apps ini. Salah satu contoh Facebook Apps game edutainment yang cukup terkenal

dan banyak dimainkan adalah Geo Challenge. Sebuah aplikasi game untuk menguji

pengetahuan geografi dari pemain-pemain.

• Up Date Status: Melalui Up Date Status, guru boleh mengingatkan pelajar tentang

bahan-bahan yang akan dipelajari dalam pertemuan seterusnya, memberi

rangsangan, atau memberi jalan sebagai pokok perbincangan melalui "komen",

sehingga pelajar terpancing untuk berbincang.

• Forum: Ciri-ciri ini juga boleh dijadikan sebagai cara perbincangan antara pelajar

dengan guru mahupun pelajar dengan pelajar.

• Up Load Photo: Dengan ciri-ciri ini guru mahupun pelajar biasa memuatnaik

(upload) gambar / gambar yang berkaitan dengan bahan-bahan pelajaran, kemudian

Page 19: Facebook dalam pendidikan

19

gambar tersebut boleh di share dan dijadikan tema perbincangan dengan cadangan

"komen"

• Mesej: Melalui perkhidmatan mesej, guru boleh memberikan tugas atau cadangan

sumber yang boleh pelajar akses di internet.Pesan. Melalui layanan pesan, guru bisa

memberikan tugas atau rekomen sumber yang pelajar boleh akses di internet.

• Chating: Dengan ada perkhidmatan chating di facebook, guru dan pelajar boleh

memanfaatkannya untuk aktiviti soal jawab ataupun perbincangan pelajar dalam

mengerjakan suatu tugas dari guru walaupun pelajar tersebut berada di tempat yang

berbeza, sebaiknya bagi kelas maya yang real time.

4.4 Penggunaan facebook dalam P&P

‘Facebook” merupakan laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia.

Pelanggan-pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan remaja. Sangat sukar untuk

menemui remaja yang tidak mempunyai laman sosial sendiri. Pada masa kini, laman sosial

seakan-akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai kemudahan untuk

berinteraksi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru seharusnya mengambil peluang

terhadap kepesatan dunia internet untuk mengubah cara mengajar dalam usaha mencapai

tahap pengajaran yang berkesan.

Tidak dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagi

berfungsi dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik

darjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan mengubah gaya

pengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk belajar. Dalam

pengajaran terdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan laman sosial ini dalam

pengajaran mereka. Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan,

memuat naik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya, guru

perlu memikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia laman sosial.

Guru perlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman yang memberi faedah

kepada murid-murid.

Untuk melakukan pengajaran melalui ‘facebook’, guru perlulah terlebih dahulu

mempunyai akaun laman sosial tersebut. Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan,

guru perlu menambah pelajar-pelajarnya sebagai rakan. Seterusnya,barulah guru boleh

Page 20: Facebook dalam pendidikan

20

melakukan pengajaran berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran misalnya,

guru boleh memuat naik bahan pengajaran atau nota sehari sebelum pengajaran sebagai

tatapan awal pelajar sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberi

gambaran awal kepada pelajar terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara dapat ini

mengukuhkan kefahaman pelajar.

Dalam pengajaran guru boleh melakukan aktiviti pelbagai aktiviti seperti

menyambung cerita di laman “Facebook”, contohnya, guru menulis satu perenggan di

dinding laman sosial dan kemudiannya meminta pelajar untuk menyambung jalan cerita

tersebut. Pengajaran sebegini sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalam

pengajaran guru. Pelajar tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yakni

satu dunia pembelajaran yang baharu baginya.

Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota dan latihan untuk dijawab oleh

pelajar. Guru memberikan satu tempoh masa untuk pelajar menjawab soalan-soalan latihan

dalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman sosial ialah, pelajar akan

berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana rakan-rakan mereka boleh melihat

jawapan yang diberikan. Apabila masing-masing boleh melihat jawapan masing-masing,

pastilah pelajar=pelajar akan saling bersaing menjawab soalan yang diberikan dengan baik

untuk menjadi yang terbaik.

Di samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh jawapan atau hasil kerja terbaik

setiap kali latihan diberikan di dalam kelas. Hasil kerja pelajar yang terbaik diimbas dengan

menggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman sosial untuk

tontonan umum. Pelajar yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai

oleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan sahaja kepada diri pelajar

tersebut, malah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Mereka akan cuba

membuat latihan sebaik mungkin untuk menjadi hasil kerja/jawapan pilihan yang bakal

dimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di “Facebook”.

Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berkongsi gambar,

video, fail dan sebagainya. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naik

video yang berkaitan dengan pengajaran seperti video forum, video debat dan sebagainya.

Guru juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman web

yang berbicara mengenai aspek pengajaran. Untuk memastikan keberkesanan cara ini, guru

boleh meminta pelajar membuka pautan yang dikongsikan dan fahami apa yang ada di

Page 21: Facebook dalam pendidikan

21

dalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta pelajar menerangkan

apa yang terdapat dalam laman tersebut.

Guru memikul tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guru

adalah contoh terbaik kepada pelajar. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru,

guru perlu menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanan

dalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untuk

menerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh pelajar-pelajar dan dalam kalangan

teman-teman sosial yang lain.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dalam era internet sekarang, amat wajar guru mengaplikasikan

laman “facebook” dalam pengajaran. Cara ini dilihat lebih berkesan kerana pelajar banyak

menghabiskan masa di laman-laman sosial. Cara ini dapat membuatkan penggunaan laman

sosial lebih berfaedah dan membuatkan pelajar seronok dan termotivasi apabila belajar

dengan menggunakan laman sosial yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan

suasana pengajaran lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih

banyak interaksi dan peluang pengajaran. Pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip

belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin

mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan

sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan

kemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik

mereka (PennState 2007).

RUJUKAN

ICT Pupuk Kemahiran Abad ke-2 (2001) (Atas Talian).Diperoleh:

http://pmr.penerangan.gov.my (12/11/2012).

Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan.

Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (Atas Talian). Diperoleh:

http://www.ukm.my/fst/images/ebook/sosial.pdf (17 Disember 2012 ).

Page 22: Facebook dalam pendidikan

22

Pendidikan bertaraf dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21

(Atas Talian). Diperoleh : http://sarjana.tripod.com (15/11/2012).

Teori Pembelajaran Dalam Perlaksanaan Pengajaran (Atas Talian ). Diperoleh:

http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71 ( 10 Disember 2012).