bengkel penyediaan modul program cemerlang jabatan pendidikan melaka 2

11
BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PROGRAM CEMERLANG JABATAN PENDIDIKAN MELAKA 2014 TARIKH : 25.8.2014 HINGGA 27.8.2014 TEMPAT : AKAR BEACH RESORT PORT DICKSON ASAK 1 : PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR A- AMALAN S- SAHSIAH A-ARAH K- KEMENJADIAN RASIONAL : Pelajar merupakan generasi yang penting untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka adalah golongan pemangkin kepada kecemerlangan dan keutuhan ummah. Ummah sesebuah tamadun akan goncang jika jiwa para pemudanya gersang dari nilaian Islam dan modal insan yang sepatutnya. Bagi membolehkan para pelajar mencapai kejayaan yang sebenarnya, jiwa pelajar juga mesti diisi dengan roh rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi melalui realiti kehidupan di zaman ini. Justeru itu pendedahan program bimbingan pelajar dan motivasi amat penting kepada semua pelajar yang ingin memperolehi kecemerlangan dalam tujuan hidup mereka. Program ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi,kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya melalui kesedaran yang wujud dari dalam diri belia itu sendiri. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin untuk melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh melalui Program Murid Berisiko Disiplin dan Ponteng. MATLAMAT : - Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek OBJEKTIF

Upload: pauling-chia

Post on 09-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bengkel Program Cemerlang

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2

BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PROGRAM CEMERLANG

JABATAN PENDIDIKAN MELAKA 2014

TARIKH : 25.8.2014 HINGGA 27.8.2014

TEMPAT : AKAR BEACH RESORT PORT DICKSON

ASAK 1 : PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR

A- AMALAN S- SAHSIAH A-ARAH K- KEMENJADIAN

RASIONAL :

Pelajar merupakan generasi yang penting untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka adalah golongan pemangkin kepada kecemerlangan dan keutuhan ummah. Ummah sesebuah tamadun akan goncang jika jiwa para pemudanya gersang dari nilaian Islam dan modal insan yang sepatutnya.

Bagi membolehkan para pelajar mencapai kejayaan yang sebenarnya, jiwa pelajar juga mesti diisi dengan roh rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi melalui realiti kehidupan di zaman ini. Justeru itu pendedahan program bimbingan pelajar dan motivasi amat penting kepada semua pelajar yang ingin memperolehi kecemerlangan dalam tujuan hidup mereka.

Program ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi,kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya melalui kesedaran yang wujud dari dalam diri belia itu sendiri.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin untuk melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh melalui Program Murid Berisiko Disiplin dan Ponteng.

MATLAMAT : -Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek

OBJEKTIF

1. Membangunkan potensi murid serta membina kekuatan mental dan fizikal termasuk keyakinan diri ke dalam diri pelajar bagi meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.

2. Meningkatkan disiplin murid untuk membentuk modal insan yang berkualiti seiring pembangunan negara menjadi Negara Maju menjelang 2020.

3. Mengubah tingkahlaku murid menjadi lebih baik bagi melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik tetapi merangkumi kecemerlangan dalam akhlak, budi bahasa dan berdisiplin.

Page 2: Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2

4. Mempertingkatkan kecemerlangan prestasi akademik melalui perubahan sahsiah terpuji

5. Memupuk jati diri kepimpinan sebagai ketua di dalam diri murid supaya sejajar dengan pembangunan pendidikan negara.

JUSTIFIKASI

PONTENG SEKOLAH

1. Ponteng masalah serius negara

2. Hasrat kerajaan pelajar dapat bersekolah

3. Masalah ponteng harus ditangani oleh semua guru. Penglibatan guru setakat ini

tidak menyeluruh walaupun telah ditegaskan semua guru adalah guru disiplin

4. Semua pihak samada warga sekolah dan masyarakat dan komuniti luar

bertanggungjawab dalam menangani masalah ponteng di kalangan pelajar.

5. Sistem kawalan dan pemantauan yang tidak berterusan menyebabkan masalah

ponteng terus berleluasa

AHLI-AHLI : 1. PN. HJH HAMIZAH BINTI HASSAN

PENGETUA SMK (A) SHARIFAH RODZIAH

2. EN. LEE SOON LUWI

GPK HEM SMK TUN. HJ. ABDUL MALEK

3. EN. BONG JUN WAT

GPK HEM YOK BIN

4. EN.MOHD GHAZALI BIN MOHD YUSOF

GPK HEM SM(A) JAIM AL-ASYRAF

5. EN. ABD RAHIM BIN AHMAD

KAUNSELOR SMK TUN HJ. ABDUL MALEK

6. ROSLAN BIN OTHMAN

KAUNSELOR SMK METHODIST (ACS)

MASALAH PELAJAR :- 1. Masalah disiplin ponteng- Ponteng sekolah

Page 3: Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2

- Ponteng kelas- Ponteng aktiviti

2. Biadap / Tak hormati

- biadap guru- staff- rakan

3. Vandalisme

4. Tidur

5. Aktif ko kurikulum – Lemah akademik

6. Kurang Minat & motivasi

7. Cinta

8. Tidak buat kerja & ulangkaji

BUKU KAWALAN KELAS

A. OBJEKTIF

1. Mengesan pelajar tidak hadir

2. Mengesan pelajar ponteng kelas

3. Mengesan masalah disiplin pelajar

4. Mengawal inventori kelas

B. PELAKSANAAN

1. Guru matapelajaran

2. Penyelaras Tingkatan / Penyelaras disiplin

3. GPK HEM

4. Guru Bimbingan & Kaunseling

C. CARA PELAKSANAAN

1. Guru Matapelajaran

- mencatat kehadiran pelajar (guru waktu pertama)

- mencatat masalah disiplin

Page 4: Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2

- melaporkan peralatan dan inventori dalam bilik darjah

2. Penyelaras Tingkatan / Penyelaras Disiplin

- Memantau , mengumpul dan mengesahkan maklumat

- Melaporkan pelajar yang bermasalah kepada Ketua Guru

Disiplin ( Borang Disiplin )

- Melaporkan sebarang kerosakan dan inventori kepada

penyelaras 3K

3. GPK HEM

- GPK HEM mendapatkan maklumat daripada Ketua Guru

Disiplin dan Penyelaras 3K

- Bersama-sama guru disiplin mengambil tindakan pelajar

terhadap masalah disiplin

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling

a. Mendapatkan maklumat nama pelajar yang

bermasalah

b. Membuat sesi kaunseling individu dan kelompok

c. Membuat tindakan susulan seperti menghubungi

ibu/bapa/penjaga

d. Maklumkan kepada GPK HEM tindakan yang telah

dilaksanakan

Page 5: Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2

PEMBANGUNAN INSAN MENJANA KEMENJADIAN

BUKU MERAH / HIJAUA. OBJEKTIF

- Membangunkan potensi murid serta membina kekuatan

mental dan fizikal termasuk keyakinan diri ke dalam diri

pelajar bagi meningkatkan motivasi diri untuk mencapai

kejayaan

- Meningkatkan disiplin murid untuk membentuk modal

insan yang berkualiti seiring pembangunan Negara menjadi

Negara Maju menjelang 2020.

- Meningkatkan tingkahlaku murid menjadi lebih baik

merangkumi kecemerlangan akademik , akhlak , dan

berdisiplin

- Mempertingkatkan kecemerlangan prestasi akademik.

- Memupuk jati diri kepimpinan sebagai ketua di dalam diri

murid supaya sejajar dengan pembangunan pendidikan

Negara

- Mengukur perubahan tingkahlaku kepada yang lebih baik

B. PELAKSANAAN

1. Guru Disiplin

2. Guru Bimbingan & Kaunseling

3. GPK HEM

4. Guru Matapelajaran

5. Guru mentor

C. TATACARA PELAKSANAAN

1. Guru Disiplin

a. Memilih pelajar yang disiplin tegar untuk menyertai program ini

( Program Buku Merah )

b. Memantau disiplin pelajar yang terlibat dari masa ke masa

Page 6: Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2

c. Sebagai panel untuk mencadangkan pelajar ini untuk menukar ke buku

hijau

d. Memastikan buku dikumpul mencukupi di bilik disiplin

2. Guru Bimbingan & Kaunseling

a. Pendedahan awal untuk kesedaran

b. Mengadakan kaunseling kelompok

c. Analisis kumpulan sasaran yang akan bertukar buku hijau

3. GPK HEM

a. Melantik guru mentor kumpulan sasaran

b. Mengesahkan pelajar berubah dari buku merah ke buku hijau yang telah

dicadangkan oleh panel penilai

c. Mengadakan pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya membentuk sikap

positif

d. Merancang tindakan susulan mengikut keperluan

4. GURU MATAPELAJARAN

- Guru matapelajaran memberi ulasan dan menilai

perubahan sikap pelajar

5. GURU MENTOR

- Memantau dan membimbing mentee

- Menyemak dan menandatangani buku hijau/merah

- Memaklumkan kepada guru disiplin atau GPK HEM pelajar

yang masih melakukan kesalahan termasuk yang tidak

menghantar buku

Page 7: Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2

PROGRAM TRANSFORMASI INSANA. PELAKSANA

1. Pembantu Rintis / Pembantu Tadbir Data

2. Guru mata pelajaran

3. Guru Bertugas

4. Guru Disiplin

5. GPK HEM

6. Guru Bimbingan & Kaunseling

B. MASA

Selepas sekolah hingga 4.00 ptg

C. AKTIVITI

Menghabiskan keja sekolah

Kerja amal

D. BIDANG TUGAS PELAKSANA

1. Pembantu Tadbir Rintis

- setiap petang Pembantu Tadbir Rintis menyenaraikan pelajar tidak hadir

2. Guru Matapelajaran

- mencatat nama pelajar ponteng dalam buku kawalan

3. Guru Disiplin

- menyenaraikan murid yang ponteng kelas.

4. GPK HEM

- melaksanakan dan memantau Kelas Tahanan

5. Guru Bertugas

- memastikan kehadiran pelajar

- menyelia aktiviti kelas tahanan

6. Guru Bimbingan & Kaunseling

- mengadakan sesi kaunseling dan peneguran

Page 8: Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2

PROGRAM-PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH

1. Santapan Rohani semasa perhimpunan

2. Bacaan Surah Yassin

3. Solat Hajat / Solat Taubat / Solat Berjemaah/Video

4. Program Pembentukan Nilai Murni

5. Ceramah Muzakarah Ilmu

6. Program Memperkasakan Kepimpinan Sekolah

7. Briged Komuniti

8. Program Khidmat Sukarela

Page 9: Bengkel Penyediaan Modul Program Cemerlang Jabatan Pendidikan Melaka 2

JUSTIFIKASI

PONTENG SEKOLAH

6. Ponteng masalah serius Negara

7. Hasrat kerajaan pelajar dapat bersekolah

8. Masalah ponteng harus ditangani oleh semua guru. Penglibatan guru setakat ini

tidak menyeluruh walaupun telah ditegaskan semua guru adalah guru disiplin

9. Semua pihak samada warga sekolah dan masyarakat dan komuniti luar

bertanggungjawab dalam menangani masalah ponteng di kalangan pelajar.

10. Sistem kawalan dan pemantauan yang tidak berterusan menyebabkan masalah

ponteng terus berleluasa