belanjawan modal

10
BELANJAWAN MODAL 1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan. 2. Belanjawan Modal adalah satu analisis yang dibuat semasa pihak pengurusan sedang menimbangkan untuk membuat perbelanjaan modal. 3. Perbelanjaan modal adalah perbelanjaan yang dibuat untuk perkara- perkara yang memberi faedah melebihi setahun. Keputusannya melibatkan :- a) Memperkenalkan keluaran baru b) Menambah atau mengurangkan asset bukan semasa c) Menukar kaedah pengeluaran d) Menjalankan kempen promosi e) Melaksanakan projek penyelidikan 4. Ciri-ciri penting dalam perbelanjaan modal :- a) Dana semasa ditukar dengan faedah masa depan b) Dana dilabur dalam aktiviti jangka panjang c) Faedah dinikmati dalam tempoh yang lama 5. Kepentingan belanjawan modal :- a) Memberi kesan dalam jangka panjang b) Melibatkan amaun yang besar c) Keputusan yang dibuat sukar ditarik balik d) Keputusannya sukar dibuat, tidak dilakukan berulangkali 6. Langkah-langkah menyediakan belanjawan modal :- a) Mengenalpasti projek serta altenatif-altenatif yang ada Contoh :- Projek – memperkenalkan keluaran baru Altenatif :- (i) Membeli mesin baru (ii) Menggunakan mesin sedia ada. b) Menilai projek – berdasarkan altenatif yang ada merangkumi :- (i) Membuat anggaran faedah dan kos (ii) Menilai aliran faedah dan kos 7. Terdapat dua kaedah untuk membuat penilaian ke atas belanjawan modal:- i. Kaedah Aliran Tunai a) Aliran Tunai Terdiskaun 1

Upload: sitiazziraidris8552

Post on 29-Jun-2015

2.783 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BELANJAWAN MODAL

BELANJAWAN MODAL

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

2. Belanjawan Modal adalah satu analisis yang dibuat semasa pihak pengurusan sedang menimbangkan untuk membuat perbelanjaan modal.

3. Perbelanjaan modal adalah perbelanjaan yang dibuat untuk perkara-perkara yang memberi faedah melebihi setahun. Keputusannya melibatkan :-

a) Memperkenalkan keluaran barub) Menambah atau mengurangkan asset bukan semasac) Menukar kaedah pengeluarand) Menjalankan kempen promosie) Melaksanakan projek penyelidikan

4. Ciri-ciri penting dalam perbelanjaan modal :-a) Dana semasa ditukar dengan faedah masa depanb) Dana dilabur dalam aktiviti jangka panjangc) Faedah dinikmati dalam tempoh yang lama

5. Kepentingan belanjawan modal :-a) Memberi kesan dalam jangka panjangb) Melibatkan amaun yang besarc) Keputusan yang dibuat sukar ditarik balikd) Keputusannya sukar dibuat, tidak dilakukan berulangkali

6. Langkah-langkah menyediakan belanjawan modal :-a) Mengenalpasti projek serta altenatif-altenatif yang ada Contoh :-Projek – memperkenalkan keluaran baru

Altenatif :- (i) Membeli mesin baru (ii) Menggunakan mesin sedia ada.

b) Menilai projek – berdasarkan altenatif yang ada merangkumi :-(i) Membuat anggaran faedah dan kos(ii) Menilai aliran faedah dan kos

7. Terdapat dua kaedah untuk membuat penilaian ke atas belanjawan modal:-i. Kaedah Aliran Tunaia) Aliran Tunai Terdiskaun

i) Nilai Kini Bersihii) Kaedah Kadar Pulangan Dalaman

ii. Tempoh Bayar Balik

8. Nilai masa WangKonsep ini menunjukkan RM1 pada hari ini mempunyai nilai yang berbeza pada masa akan datang.

Konsep ini telah digunakan oleh pihak organisasi untuk membuat pertimbangan dalam memilih projek yang boleh menguntungkan.

1

Page 2: BELANJAWAN MODAL

Kaedah Aliran Tunai1. Aliran tunai masuk merupakan faedah manakala aliran tunai keluar merupakan kos. Perbezaannya merupakan aliran tunai bersih.Contoh Penambahan dalam hasil , pengurangan dalam kos, nilai sisaan dan pengurangan belanja modal.

2. Aliran tunai keluar ialah pertambahan dalam aliran tunai keluar. Sebelum projek dilaksanakan perniagaan membayar sejumlah wang apabila projek dilaksanakan amaun pembayaran menjadi lebih besar. Contohnya Pelaburan awal, penambahan modal kerja, belanja baiki dan penyelenggaraan, penambahan dalam kos operasi dan lain-lain

3. Tempoh dimana pelaburan awal dan perbelanjaan sebelum sesuatu projek berjalan ditandakan To.

4. Bagi tempoh yang seterusnya ditandakan T1, T2…… untuk projek siap.

5. Nilai bakian adalah anggaran tunai apabila tamat hayat penggunaan sesuatu asset.

6. Jumlahkan aliran tunai bersih ialah aliran tunai masuk tolak aliran tunai keluar. Sekiranya aliran tunai masuk lebih besar perniagaan mendapat lebihan dan juga sebaliknya. Bandingkan bagi setiap altenatif untuk membuat keputusan. Pilihlah yang lebih menguntungkan.

Contoh 1Syarikat sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan satu produk baru. Pihak pengurusan mempunyai 2 altrnatif iaitu menggunakan mesin yang sedia ada atau membeli mesin baru. Mesin sedia ada mempunyai nilai pasaran RM70,000. Ia boleh digunakan 5 tahun lagi dan tiada nilai bakian. Kos pembaikian dianggarkan RM10,000 setahun. Syarikat juga boleh membeli mesin dengan harga RM120,000. Ia mempunyai nilai bakian RM20,000 setelah digunakan selama 5 tahun.Keupayaan kedua-dua mesin adalah seperti berikut:-

Mesin sedia ada Mesin baruKeluaran setahun (unit) 40,000 60,000Kos berubah seunit RM4.00 RM4.50Kos tetap setahun RM30,000 RM20,000 (tidak termasuk belanja susut nilai )Harga jualan seunit RM10.00 RM10.00

Sediakan jadual yang menunjukkan aliran tunai bersih.Penyata Aliran tunai: Membeli mesin baru

T0 T1 T2 T3 T4 T5Aliran Tunai Keluar:Pelaburan awalKos berubah (Jumlah)Kos tetap

Aliran Tunai Masuk:Jualan mesin lamaHasil jualanNilai bakian

2

Page 3: BELANJAWAN MODAL

Penyata Aliran tunai: Terus menggunakan mesin lamaT0 T1 T2 T3 T4 T5

Aliran Tunai Keluar:Kos pembaikianKos berubah (Jumlah)Kos tetap

Aliran Tunai Masuk:Hasil jualan

Kaedah Aliran Tunai TerdiskaunTerdapat dua pendekatan untuk membuat keputusan bagi belanjawan modal bagi kaedah aliran tunai terdiskaun. Pertama menggunakan pendekatan Nilai Kini Bersih (NKB) dan yang kedua ialah Kadar Pulangan Dalaman.

a) Pendekatan Nilai Kini Bersih (NKB).* Nilai kini bermaksud nilai pada masa sekarang.* Nilai kini aliran tunai bersih bermaksud nilai yang ditunjukkan pada tahun 0.* Nilai kini bersih ditentukan dengan mendiskaunkan aliran tunai bersih kepada nilai pada masa memulakan projek (T0).

Contoh 2Syarikat Bersatu bercadang untuk membeli sebuah mesin yang berupaya dalam sesetengah operasi yang selama ini dilakukan secara manual. Kos mesin tersebut ialah RM5000 dan boleh digunakan selama 5 tahun. Mesin tersebut tidak mempunyai nilai bakian pada akhir tempoh ke 5. Penggunaan mesin tersebut dapat menjimatkan kos buruh sebanyak RM1,800 setahun. Syarikat meletakkan pulangan minimum sebanyak 20% sebelum cukai daripada pelaburan tersebut. Adakah syarikat patut membeli mesin tersebut?Cara penyelesaian:

Analisis NKB

Item Tahun Aliran tunai (RM) Faktor Aliran NKKos yang dijimatkan(Kos buruh)

1-5 RM1,800 2.991

Pelaburan awal 0 (RM5,000) 1.000NKBContoh 3Syarikat Pertiwi mendapat kontrak menjual satu produk baru selama 5 tahun. Produk tersebut dibeli daripada pembekal. Syarikat Pertiwi bertanggungjawab ke atas kos pengagihan dan promosi. Selepas mengkaji secara teliti, Syarikat Pertiwi telah membuat belanjawan keatas kos dan hasil bagi produk tersebut:

Kos kelengkapan RM 60,000Modal kerja 100,000Belanja penyelenggaraan kelengkapan 5,000Nilai bakian 10,000Hasil dan kos tahunan:

3

Page 4: BELANJAWAN MODAL

Hasil jualan 200,000Kos barang dijual 125,000Belanja operasi pentadbiran 35,000

Syarikat akan menggunakan modal kerja untuk pelaburan lain apabila akhir tempoh 5 tahun sekiranya syarikat tidak berhasrat untuk menyambung kontrak tersebut.Syarikat Pertiwi meletakkan kadar diskaun dan kos pelaburan sebanyak 20%. Adakah anda bersetuju untuk mencadangkan produk baru ini?

Cara penyelesaian:Analisis NKB

Item Tahun Aliran tunai (RM) Faktor 20% Aliran NK

b. Kadar Pulangan Dalaman (KPD) Didefinasikan sebagai kadar diskaun yang menjadikan nilai kini bersih suatu aliran tunai bersih bersamaan dengan kosong (o).

Contoh 3. Syarikat Perwaja bercadang membeli sebuah jentolak yang besar, pada masa sekarang syarikat sudah mempunyai sebuah jentolak yang agak kecil. Harga Jentolak baru ialah RM16, 950 dan boleh digunakan selama 10 tahun. Tiada nilai skrap . Jentolak baru itu juga boleh menyelesaikan kerja dengan cepat berbanding jentolak lama. Keadaan ini boleh menjimatkan kos buruh sebanyak RM3000 setahun.

Penyelesaian:Untuk mengira pulangan dalaman, kita perlu mencari kadar diskaun yang boleh menjadikan nilai kini bersih kosong. Cara mudah untuk menentukan kadar diskaun apabila aliran tunai masuk bersih adalah sama sepanjang tahun dengan menggunakan formula.

Faktor Kadar Pulangan Dalaman = Kos pelaburan/Aliran tunai masuk bersih

Faktor KPD = RM16,950/RM3000 = 5.650 ( Rujuk jadual nilai kini untuk dapatkan kadar diskaun)

Item Tahun Aliran tunai (RM) Faktor12% Aliran NKPenjimat kos (kos buruh)Pelaburan awalNilai kini bersih

4

Page 5: BELANJAWAN MODAL

Teknik Interpolasi digunakan apabila kadar pulangan dalaman tidak ada dalam jadual nilai kini setelah proses pengiraan formula dibuat.

katakan ;Pelaburan awal RM6,000Penjimatan tahunan RM1,500Jangka hayat projek 10 tahun

Langkah 1RM 6,000/RM1,500 = 4.000

Langkah 2 Semak 4.000 di dalam jadual, kedudukannya antara 20% dan 22%.

Langkah 3 Tunjukkan seperti berikutFaktor nilai kini

Faktor 20% 4.192 4.192Faktor sebenar 4.000Faktor 22% 3.923 Perbezaan 0.192 0.269

Langkah 4Kadar pulang dalaman = 20%+(0.192/0.269x 2%)

= 21.4%

Jadual Nilai KiniMenggunakan jadual nilai kini yang telah disediakan. Ia memberi nilai angkali yang akan didarab dengan amaun aliran tunai mengikut tahun tunai diterima dan kadar diskaun yang diberi.

Jadual Nilai Kini bagi RM1

Tempoh 12% 14% 16% 18% 20% 22% 1 0.8929 0.8772 0.8621 0.8475 0.8333 0.8197 2 0.7972 0.7695 0.7432 0.7182 0.6944 0.6719 3 0.7118 0.6750 0.6407 0.6086 0.5787 0.5507 4 0.6355 0.5921 0.5523 0.5158 0.4823 0.4514 5 0.5674 0.5194 0.4761 0.4371 0.4019 0.3700 6 0.5066 0.4556 0.4104 0.3704 0.3349 0.3033 7 0.4523 0.3996 0.3538 0.3139 0.2791 0.2486 8 0.4039 0.3506 0.3050 0.2660 0.2326 0.2038 9 0.3606 0.3075 0.2630 0.2255 0.1938 0.1670 10 0.3220 0.2697 0.2267 0.1911 0.1615 0.1369

5

Page 6: BELANJAWAN MODAL

ii. Kaedah Tempoh Bayar Balik

Didefinasikan sebagai bilangan tahun yang perlu untuk mendapat semula pelaburan yang dibuat. Tempoh masa merujuk kepada bilakah sesuatu pelaburan itu membiayai pelaburannya sendiri. Berdasarkan kaedah ini, secepat mana sesuatu pelaburan itu mendapat pulangannya semula pelaburan itu adalah yang terbaik.

Apabila aliran tunai tahunan bersih adalah sama sepanjang tahun, pengiraan TBB adalah berdasarkan formula berikut:-

TBB= Kos pelaburan/ Aliran tunai masuk bersih

Contoh: Syarikat Yok memerlukan mesin baru. Syarikat mempertimbangkan dua mesin, mesin A dan B. Mesin A bernilai RM15,000 dan akan mengurangkan kos operasi sebanyak RM5,000 setahun. Mesin B bernilai RM12,000 dan dapat mengurangkan kos operasi sebanyak RM5,000 setahun. Mesin manakah yang atut dibeli oleh Syarikat Yok?

Mesin A : TBB = ____________ = _________

Mesin B : TBB = ____________ = _________

Berdasarkan pengiraan bayaran balik di atas, Syarikat Yok sepatutnya membeli mesin ______kerana tempoh bayar balik ________ berbanding mesin _______ yang tempoh bayar balik ialah ________.

Contoh tambahan bagi TBB. TBB dikira dengan membahagikan kos pelaburan dengan aliran tunai masuk bersih yang dihasilkan daripada projek tersebut, sekiranya mesin baru telah mengantikan mesin lama, oleh itu nilai bakian yang diterima daripada pelupusan mesin lama tersebut perlulah ditolak daripada kos mesin baru. Sebagai tambahan, susutnilai yang ditolak untuk mendapatkan pendapatan bersih perlulah ditambah semula untuk mendapatkan aliran tunai masuk bersih.

Contoh:- Syarikat Goodtime mempunyai beberapa rangkaian kedai. Salah satu mesin di kedainya kurang menghasilkan untung. Jadi syarikat bercadang untuk mengantikan mesin tersebut dan memasang mesin membuat aiskrim. Mesin tersebut bernilai RM80,000 dan mempunyai 8 tahun jangka hayat. Pertambahan hasil daripada mesin baru iaitu, pendapatan bersih ialah RM20,000, manakala susutnilai mesin baru RM10,000. Mesin lama boleh dijual pada nilai skrap RM5000. Syarikat Goodtime tidak akan membeli mesin membuat aiskrim, melainkan TBB adalah 3 atau kurang daripada 3 tahun. Adakah patut syarikat membeli mesin tersebut.Penyelesaian:-Langkah 1 Kirakan Aliran tunai masuk bersih

Pendapatan bersih …………….Tambah: susutnilai ___________Aliran tunai masuk bersih ___________

Langkah 2 Kos belian mesin baru …………….

Tolak: untung jualan mesin lama(Nilai bakian) __________Kos pelaburan diperlukan __________

Langkah 3 Kirakan TBB

TBB = Kos pelaburan diperlukan/ Aliran tunai masuk bersihTBB = RM______________/RM____________

= _____________.

6

Page 7: BELANJAWAN MODAL

Kaedah Kebaikan Kelemahan TBB 1. Mudah difahami

2. Menjimatkan masa kos analisis

1. Tidak mengambil kira aliran tunai selepas TBB2. Tidak mengambil kira keseluruhan aliran tunai3. Tidak mengambil kira corok aliran4. Sukar menetapkan tempoh yang maksimum harus dibenarkan

KPP 1. Mudah difahami dan digunakan2. Boleh dikira dengan data perakaunan.3. Menggunakan keseluruhan aliran pendapatan.

1. Menggunakan keuntungan perakaunan bukan aliran tunai2. Mengenepikan nilai masa bagi mata wang.

NKB 1. Mengambil kira semua nilai masa bagi wang2.Mengambil kira aliran tunai

1. Sukar digunakan2. Ia mengandaikan kos modal syarikat diketahui

KPD 1. Mengambil kira nilai masa bagi wang2. Mengambil kira semua aliran tunai3.Tidak perlu menentukan kos modal perniagaan

1. Sukar difahami dan digunakan2. Mengandaikan tunai yang diperolehi dari pelaburan dilabur semula dan memberi pulangan pada KPD

Membuat Pemilihan

Langkah terakhir dalam belanjawan modal adalah membuat pemilihan yang berasaskan peraturan keputusan

Ringkasan peraturan keputusan Peraturan Keputusan

Kaedah Pilih satu alternatif sahaja Boleh pilih lebih dari satu alternatif TBB Alternatif yang dipilih ialah TBB

yang terkecilPilih alternative yang TBB lebih kecil dari yang ditetapkan

NKB Pilih alternatif yang NKB terbesar Pilih alternatif yang NKB positif KPD Pilih Alternatif ysng KPD terbesar Pilih alternatif yang KPD lebih

besar dari yang ditetapkan KPP Pilih alternatif yang KPP terbesar Pilih alternatif yang KPP lebih

besar dari yang ditetapkan

Faktor factor Kualitatif

Selain daripada faktor-faktor kuantitatif, faktor-faktor kualitatif perlu juga diberi pertimbangan yang melibatkan :-

1. Kesan projek ke atas alam sekitar2. Kesan projek ke atas keupayaan organisasi pada masa depan

7

Page 8: BELANJAWAN MODAL

3. Kesan projek ke atas nama baik organisasi4. Kesan projek ke atas moral kakitangan organisasi5. Kesan projek ke atas keyakinan pengurus

8