bedah buku - minda tertawan

Upload: gptd-unisel

Post on 07-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 BEDAH BUKU - Minda Tertawan

    1/2

  • 8/3/2019 BEDAH BUKU - Minda Tertawan

    2/2

    BEDAH BUKU - Minda Tertawan : Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

    Mendengarkan sahaja tentang tajuknya, Minda dan hati aku sudah tertawan. Bukan sahaja kerana

    penulisnya adalah Pak Raja seorang budayawan. Tajuknya juga tertarik dan menarik. Malahdengan cover yang simple memang pasti akan menarik hati untuk di baca Sang Algojo buku

    (Pengkritik Buku - Mencantas, memancung pemikiran penulis). Pak Raja memang jujur dalamtulisannya seperti jujurnya surat kiriman rasmi beliau kepada Tun Mahathir (Perdana Menteri)

    sewaktu ketika dahulu.

    Sindiran dan kritikan beliau terhadap sikap pemikir, cendiakawan dan budayawan yang penakut

    dan takut dalam bayangan sendiri memang tepat sekali. Mereka menghidapi sindrom ABS iaituAsal Bapak Senang. Memuji dan membenarkan dalam senyap (diam tandanya setuju) setiap apa

    yang diungkapkan oleh Penguasa Pemerintah dan politik. Ya asalkan bosnya senang dan selesa.Malah sindrom ini merebak juga sehingga kepada aktivis politik pembangkang dan NGO. Ini

    memang parah jika terus berlaku.

    Sepatutnya yang berlaku adalah sang pemikir, budayawan, ahli akademik dan mahasiswa(golongan intelektual) berani dan bebas menyatakan sudut pandangan mereka yang benar

    berdasarkan kepakaran bidang masing-masing sebagai orang yang berjiwa merdeka.

    Sebagaimana mana pesanan Burhanuddin Al-Helmy: "Di atas robohan kota Melaka, Kita

    bangunkan jiwa merdeka". Maka apabila golongan intektual sudah tidak berani maka tidaktakutlah penguasa untuk mengkhianati peranan mereka. Jadi tertawanlah pemikiran, fikrah

    mereka semua kepada sang penguasa yang zalim. Cuma yang meronta hanya di dalam sudut hati

    yang tidak diterjemahkan ke dalam aksara-aksara yang mampu di baca insan lain.

    Minda Tertawan juga membuka minda aku apabila Pak Raja mengingatkan tentang wujudpelbagai pusat kekuasaan kecil atau besar dalam komuniti umat. Selain parti politik pemerintah,

    parti oposisi juga punya wilayah pengaruhnya. Makanya, peranan NGO yang ada wilayahpengaruh yang tersendiri harus dimainkan. Kadang-kadang wilayah pengaruhnya lebih besardaripada anggota penggerak NGO tersebut. Dinyatakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),

    Comsumers Association of Penang (CAP), Malaysian Trade Unions Congress (MTUC) mampu

    mewakili umat menyatakan sikap benar kepada penguasa. Mereka istiqomah dengan prinsip non-partisan.

    Nama-nama besar seperti Siddiq Fadzil, Zainur Zakaria, SM Mohamad Idris, Ahmad Azam yang

    terlibat dalam NGO sudah memiliki khalayak yang tersendiri. Mereka mampu memberikan

    suntikan vaksin daripada diserang sindrom ABS. Buah pemikiran dan pencerahan yang diberikanamat bermakna kepada umat. Tambahan pula mereka berjuang tanpa kepentingan kuasa politik.

    Mereka bukan mahukan ghanimah (harta rampasan perang). Maka alhamdulillah, aku rasa

    sangat beruntung kerana dapat berada di bawah naungan tersebut iaitu Angkatan Belia IslamMalaysia (ABIM) dan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Mendapat pencerahan keilmuan.

    Minda Aku Tertawan dengan keikhlasan, ketulusan, kesungguhan, kebaktian & keilmuan

    gerakan ini. Gerakan telah menjadi guru buat diri ku.

    IZWAN SUHADAK ISHAK

    16 Mei 2011 @Bestari Jaya