beberapa saranan amalan untuk dilakukan sepanjang ramadhan.doc

2
Beberapa saranan amalan untuk dilakukan sepanjang Ramadhan Ramadhan al Mubarak menjelma kembali dalam rangka ziarah rutin tahunannya. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila datang Ramadhan pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dirantai, wahai orang yang mahu melakukan kejahatan hentikanlah, dan wahai orang yang mahu melakukan kebaikkan teruskanlah " RasululLah SAW di dalam sabdanya yang lain bermaksud : "Awalnya keampunan, pertengahannya rahmat dan akhirnya pembebasan dari api neraka" Marilah kita semua umat Islam berlumba-lumba mengerjakan semua amalan yang baik dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Saranan amalan seperti berikut; Membuat persediaan menyambut kedatangan Ramadhan dalam penuh suasana ibadat, seperti ada tadarus di kalangan anak-anak, cuba mengamalkan segala perkara makruf dan menjauhi segala maksiat dan kemungkaran supaya kegembiraan menunggu ketibaannya dapat dirasai oleh anak-anak, ahli keluarga dan jiran-jiran. Buang sifat membazir semasa menyediakan juadah berbuka dan persiapan hari raya. Melatih diri untuk Infaq dengan menyediakan tabung Ramadhan dengan memperuntukkan sehari RM1.00 sepanjang Ramadhan untuk disedekah. Bersungguh-sungguh dengan membawa anak-anak solat subuh berjemaah di masjid sepanjang Ramadhan. Mendirikan Solat tarawih pada setiap malam dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Berusaha mengenali jiran dan mengajak mereka berbuka puasa bersama atau memberikan mereka makanan untuk berbuka puasa. Mengendalikan berbuka puasa secara jamaah sama ada di kawasan perumahan masing-masing ataupun mengambil peranan untuk melakukannya di surau-surau atau di masjid-masjid kawasan kita serta berusaha untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin. Membaca al Quran sekurang-kurangnya sejuzuk sehari.

Upload: aminurrashid-abul-wasaq-ibrahim

Post on 14-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Beberapa saranan amalan untuk dilakukan sepanjang Ramadhan

Beberapa saranan amalan untuk dilakukan sepanjang RamadhanRamadhan al Mubarak menjelma kembali dalam rangka ziarah rutin tahunannya.Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila datang Ramadhan pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dirantai, wahai orang yang mahu melakukan kejahatan hentikanlah, dan wahai orang yang mahu melakukan kebaikkan teruskanlah "RasululLah SAW di dalam sabdanya yang lain bermaksud :

"Awalnya keampunan, pertengahannya rahmat dan akhirnya pembebasan dari api neraka"Marilah kita semua umat Islam berlumba-lumba mengerjakan semua amalan yang baik dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Saranan amalan seperti berikut; Membuat persediaan menyambut kedatangan Ramadhan dalam penuh suasana ibadat, seperti ada tadarus di kalangan anak-anak, cuba mengamalkan segala perkara makruf dan menjauhi segala maksiat dan kemungkaran supaya kegembiraan menunggu ketibaannya dapat dirasai oleh anak-anak, ahli keluarga dan jiran-jiran.

Buang sifat membazir semasa menyediakan juadah berbuka dan persiapan hari raya.

Melatih diri untuk Infaq dengan menyediakan tabung Ramadhan dengan memperuntukkan sehari RM1.00 sepanjang Ramadhan untuk disedekah.

Bersungguh-sungguh dengan membawa anak-anak solat subuh berjemaah di masjid sepanjang Ramadhan.

Mendirikan Solat tarawih pada setiap malam dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

Berusaha mengenali jiran dan mengajak mereka berbuka puasa bersama atau memberikan mereka makanan untuk berbuka puasa.

Mengendalikan berbuka puasa secara jamaah sama ada di kawasan perumahan masing-masing ataupun mengambil peranan untuk melakukannya di surau-surau atau di masjid-masjid kawasan kita serta berusaha untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin.

Membaca al Quran sekurang-kurangnya sejuzuk sehari.

Berusaha untuk mendirikan qiamullail sepanjang bulan Ramadhan sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud dan 1 rakaat witir.

Melatih diri untuk mengenali dan belajar beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan beriktikaf sehari semalam (24jam) dari hari-hari sepuluh terakhir, kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW.Niat puasa; Sahaja aku memunaikan puasa esok hari pada bulan Ramadhan pada tahun ini

kerana Allah taala