batik rujukan internet

Upload: farhan-kamarudin

Post on 04-Apr-2018

301 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    1/14

    1. Sumber : http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htmSejarah

    Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi

    manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu,masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah

    diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita

    khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari

    perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud

    melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik

    Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang

    perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

    Motif

    Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik.

    Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif

    Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan,bunga-bungaan, dan haiwan.

    Rupabentuk Kain Batik Sarung

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    2/14

    Contoh Motif Organik.

    Motif Ayam

    Motif Bunga Buluh

    Motif Bunga Kerak NasiMotif Bunga Kotak Bercampur

    Motif Bunga Orkid

    Motif Bunga Raya

    Motif Daun Sireh

    Motif Geometrik

    Motif Pucuk Rebung

    Motif Rama-rama

    Motif Siput

    Motif Ayam

    Contoh Motif Geometrik.

    Motif Pucuk Rebung

    Motif Bunga Kotak Bercampur

    Motif Bunga Buluh

    Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    3/14

    Corak

    Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik

    tersebut.

    Antara corak-corak yang sering digunakan.

    Corak Berdiri

    Corak Jalur

    Corak Melintang

    Corak Menyeluruh

    Corak Menyerong

    Corak Tompok-tompok

    Corak Ulangan Batu-bata

    Corak Ulangan/Selang seli

    Blok penerap batik

    Proses Membuat

    Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

    Blok penerap

    Campuran lilin

    Kain

    Pencelup

    Sebuah Meja

    Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap

    dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akanditerap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan

    diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila

    direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemurhingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk

    dipasarkan.

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    4/14

    Penjenisan Kain Batik

    Batik terbahagi kepada tiga jenis.

    Batik Blok

    Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corakdiperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut

    susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke

    dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

    Proses menerap kain menggunakan blok corak

    Batik Conteng

    Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelahkerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan

    menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan

    meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan

    tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

    Proses mencanting kain

    Batik Skrin

    Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya

    kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di

    atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas

    kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    5/14

    sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan

    corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

    Penggunaan

    Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuatbaju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang

    MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majliskeramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar,

    sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga

    yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknyayang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-

    masing.

    2. Sumber : http://tanleon.blogspot.com/2011/01/sejarah-batik-batik-merupakan-salah.htmlSejarah batik

    Batik merupakan salah satu kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik merupakan merupakan

    satu jenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna.

    Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud pakaian yang mempunyai

    titik-titik kecil. Perkataan tik bermaksud titik yang asalnya daripada perkataan yang berdetik

    atau tik-tik. Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu tritik yangmembawa maksud proses menghasilkan batik.

    Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu di

    Parsi dan di Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain bercorak batik mula digunakan sejak abadke-7 dan ke-8 lagi. Manakala di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke-15Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka.

    Menurut Profesor Dr. Zakaria bin Mohd Ali (2005), batik bermula Sejak awal lagi, kain kapasyang bercorak itu digunakan oleh pembesar dan juga orang biasa tanpa mengira kedudukan

    dalam masyarakat yang berbentuk feudal. Pembesar-pembesar negeri berkemampuan untuk

    membuat sarong, batik, sutera dalam perkarangan Istana, atau menepahnya dari luar. Dalamkronika abad ke-15 yang bernama Sejarah Melayu, ada dinyatakan Sultan Melaka bergitu

    terpesona oleh seri corak pada kain dari benua Kalinga sehingga baginda menyuruh pegawai

    setianya Hang Nadim ke India untuk membawa balik sebanyak sekapal tetapi penulis kronika

    hendak menjaga susila ketertipan, maka ia menukar jumlahnya itu menjadi 40 jenis kain dan 40kaki panjang bagi setiap satu dan setiap helai kain itu mempunyai 40 motif bunga.

    Selain itu, menurut Siti Zainon Ismail (1986) dalam penulisannya yang bertajuk Rekabentuk

    Kraftangan Melayu Tradisi, asal usul penciptaan batik masih sukar dipastikan. Meninjaukembali kepada kegiatan pencelupan kain yang telah dihasilkan oleh Turki, Mesir, dan Iran yang

    banyak mencipta corak-corak kain seperti kain batik, atau kepada India yang telah mengenalkan

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    6/14

    berbagai jenis tekstil seperti celup ikat Bhadana dengan corak pelangi sutera dan Negara China

    yang mengenalkan kain pelangi sutera.

    Walaubagaimanapun, dari segi keunikan dan keaslian alat yang digunakan, jelas menunjukkan

    bahawa Jawa merupakan tempat kewujudan batik yang sebenar. Di Indonesia, batik telah

    diperkenalkan dan dikenali sejak abad ke-12, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua, Jawamerupakan kawasan di Kepulauan Melayu yang memonopoli perdagangan batik dengan dunia

    luar.

    Menurut Bhupinder Singh (1962), keseian batik telah dapat dikesan sejak abad ke-12. Pada masa

    itu, batik telah dikeluarkan oleh Turki, Egypt dan Persia. Kesenian ini keudiaannyadiperkenalkan di Timur Tengah dan Jawa melalui orang-orang Hindu bersama-sama dengan

    kesenian yang lain. Manakala menurut Pepin Van Roojen (1993), Batik from Malay Peninsula as

    with batik in Sumatra, it is not possible to determine with certainly whether an early piece used

    in the Peninsula was made there, or was imported from Jawa. By contrast with the case of

    Sumatra. However, there has never been a specific peninsular style of batik made in Jawa.

    Instead, it seems almost all styles were exported to the Peninsular, of which the Indo-Europeanvariety was eventually to have the greatest impact on the design of batik produced in thePeninsular itself.

    Keadaan ini menujukkan perkembangan batik berasal dari Semenanjung Malaysia yang manaserupa dengan perkembangan batik di Indonesia. Oleh itu, segi perbandingan pendapat beberapa

    tokoh ini, maka dapat disimpulkan bahawa batik wujud dan diperkenalkan di Jawa pada abad ke-

    12.

    Bertolak dari abad ke-12, batik telah berkembang dari segi penggunaan dan penciptanya. Di

    Malaysia, batik telah bermula pada kurun ke-15. Kedatangan batik adalah melalui negara jiran

    iaitu Negara Indonesia. Di Malaysia, negeri yang bergiat aktif dengan pengusahaan ini adalahKelantan dan Terengganu. Hal ini terbukti dengan adanya karya Munsyi Abdullah yang berjudul

    Pelayaran Abdullah. Batik Melayu yang terdapat di kedua-dua negeri ini dipengaruhi langsung

    dari Jawa dengan menghasilkan batik meniru batik Jawa dan juga batik Siam.

    Pada tahun 1911, salah seorang pengusaha Kelantan iaitu Haji Che Su Bin Ishak telahmendirikan bengkel yang berdekatan dengan tebing sungai Kelantan. Nama tempat itu ialah

    Lorong Gajah Mati. Beliau menggunakan kulit kayu dan pelbagai batang kayu keras yang

    mengeluarkan getah yang kemudiaan dibancuh di dalam bekas, selepas itu, beliau akan mencelupgumpalan kain ke dalamnya sehingga terdapatlah corak-corak biru kehitam-hitaman dengan

    percikan putih. Kain yang dihasilkan akan dijual sebagai kain tudung.

    Disebabkan proses membuat batik ini memerlukan bahan semula jadi seperti air, makakebarangkalian pengusaha batik dirikan bengkel berhampiran dengan tebing sungai atau

    mempunyai tempat menyimpan air yang besar atau banyak untuk proses membatik. Dalam

    proses membuat batik, air merupakan medium yang sangat penting untuk membersihkan celupandari bahan lilin dan untuk membersihkan kain yang telah dicelup. Selepas itu, dengan adanya

    kemudahan api dan air, pengusaha tidak lagi memilih tempat yang berdekatan dengan sungai,

    sebaliknya lebih mengutamakan kawasan yang berhampiran dengan Bandar demi memudahkan

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    7/14

    perniagaan. Hingga hari ini, batik tidak lagi merupakan kraftangan yang dilakukan oleh tukang

    atau perusahaan kecil, sebalinya terdapat beberapa pusat perusahaan batik yang telah ditinjaumerupakan perusahaan besar yang mempunyai ramai tenaga kerja seperti di Persekutuan

    Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Kelantan dan Terangganu.

    Pada tahun 1922, berlakunya perubahan dalam teknik membatik iaitu terciptanya blok-blok kayuyang diukir coraknya. Blok inilah yang dicelup dalam lilin cair untuk diterap pada kain putih.

    Kain-kain yang dibuat dikenali sebagai batip cap atau kain cap. Pada awalnya, warna yangdigunakan masih terbatas. Warna-warna campuran tidak dapat sebati bagi menghasilkan warna

    baru iaitu warna sekunder, warna ini sering dijadikan tanah kain. Proses menggunakan blok

    kayu berukir tidak dapat digolongkan sebagai batik, hal ini kerana mengikut cara penghasilandan definisi batik Jawa, batik haruslah disiapkan dengan penggunaan lilin. Selepas itu iaitu pada

    tahun 1926, batik semakin berkembang dengan kemasukan pewarna kimia dari Eropah. Pada

    masa itu, reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia.

    Di samping itu, batik tulis atau batik canting yang bergitu popular di Jawa tidak dapat

    berkembang di Negara ini adalah kerana batik tulis pada asalnya merupakan batik kraton yangdigunakan oleh golongan bangsawan. Dengan demikian, lilin tidak diterap dengan menggunakanblok tetapi ia memerlukan kecekapan tangan untuk melukis atau mencanting. Kebiasaan kerja-

    kerja ini dijalankan atau dilakukan oleh tukang-tukang perempuan. Oleh kerana tukang cap yang

    dibawa masuk bukan tukang perempuan, maka tidak hiaranlah jika batik lilin cap lebih cepatmeresap ke Kelantan dan Terengganu.

    Pada tahun 1932, Haji Ali Bin Ismail iaitu seorang ahli perniagaan dari Terangganu telahbertemu dengan seorang pembuat batik dari tanah Jawa di Singapura. Pada masa itu, Haji Ali

    Bin Ismail telah mengambil kesempatan dan memperlajari teknik-teknik membuat batik. Di

    samping itu, beliau juga membawa contoh-contoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke

    Terengganu. Seterusnya beliau menggunakan kepakaran yang ada pada Haji Awang iaitu bekaspekerja Haji Che Su dengan membuat manifestasi dan memulakan teknik-teknik baru

    menggunakan blok kayu cara Indonesia.

    Selepas itu, Haji Ali membawa pulang pula blok tembaga dari Singapura dengan menggunakan

    cara baru iaitu menggunakan teknik terapan lilin pada tahun 1936. Pada awal tahun 40-an, batik

    dengan cara penerapan lilin dapat dikatakan berkembang dengan pesat dan digunakan denganmeluas. Rentetan itu, jumlah tukang atau pekerja mahir dalam bidang ini semakin ramai.

    Penggunaan blok kayu telah diganti dengan blok besi atau tembaga. Disebabkan pengusaha

    semakin banyak dan persaingan semakin sengit, maka keadaan ini memaksa pengusaha untuk

    menghasilkan batik yang mempunyai kualiti dari segi ragam hias, corak yang cantik danterperinci di samping penggunaan warna yang pelbagai.

    Proses terapan adalah proses yang terpenting bagi batik lilin, batik lilin yang baik dan berkualiti

    perlu melalui proses terapan tembus ke bahagian belakang kain. Ini bererti bahawa proses

    terapan memerlukan lilin yang dipanaskan secara betul-betul dan memerlukan kemahiran tangan

    supaya lilin yang dicanting dapat tembus ke bahagian belakang kain. Sekira proses ini berjaya,maka warna celupan tidak akan menembusi ke bahagian berlilin yang akhirnya dapat

    meninggalkan kesan cahaya bersih.

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    8/14

    Sehingga ke hari ini, batik terus mendapat sambutan di Malaysia walaupun ia merupakan

    lapangan baru yang berada di Semenanjung Malaysia selepas kemerdekaannya. Batik melaluisejarahnya merangkumi ilham persendirian, budaya, masyarakat, dan identiti suatu masyarakat.

    Menghadapi dunia yang semakin moden dan canggih, perusahaan batik terus berkembang dan

    maju dengan menggunakan pelbagai keadah misalnya penggunaan alat sains dan teknologi

    supaya dapat memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat.

    Perkembangan batik kini semakin melangkah ke depan dan batik sekarang telah diperkenalkandengan pelbagai nama. Misalnya, batik dimensi baru, batik kontemporari dan sebagainya.

    Walaubagaimanapun, corak, motif dan produk yang dihasilkan masih lagi dikenali sebagai batik.

    Fungsi pakaian traditional yang masih dikekalkan termasuk pakaian harian seperti kain sarung,selendang, sapu tangan, pakaian basahan, buaian untuk bayi, kain mengendung anak kecil,

    kelubung, pengikat kepala, tempat membawa bekal dan kain penutup mayat dan penutup

    keranda.

    Sejarah batik Ikat Celup

    Perkembangan batik di Kepulauan Tanah Melayu bermula sejak zaman Srivijaya pada tahun

    1770-an. Contoh kain terawal penciptaan batik asal tempatan adalah kain pelangi atau Bhana

    tanpa menggunakan lilin. Ciptaan batik pelangi dikenali sejak zamn pemerintahan Sultan Zainal

    Abidin II iaitu Sultan Terengganu Ketiga (1773-1808). Tokoh utama ketika itu ialah MinahPelangi. Oleh itu, sejarah batik ini mula diketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi

    memulakan perusahaan Batik di Terangganu.

    Pada tahun 1911, Haji Che Su Bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong

    Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan. Pada masa itu, teknik pembuatan batik hanyaklah

    menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai Batik Pelangi. Pada masa itu, kain

    diimport dari Thailand iaitu kain jenis Kain Pereir dan warna pada masa itu dibuat sendiridengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Oleh itu, batik pelangi yang dihasilkan

    hanyalah terdapat warna biru dan hitam sahaja. Selepas itu iaitu pada tahun 1926, setelah

    kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah menbawa perkembangan terhadap batik pelangi.

    Perkembangan proses mrncelup kain di Malaysia sejajar dengan perkembangan mencelupbenang untuk tenunan songket dan tenun ikat. Sebelum batik lilin dikenali dengan meluas, batik

    pelangi telah wujud dengan menggunakan teknik mencelup kain dengan dasarnya diikat. Corak

    yang dihasilkan pada permukaan kain dengan berbagai kesan warna dari proses pencelupan.Teknik ini dikatakan pengaruh langsung dari Negara India dan China. Sungguhpun pengetahuan

    menggunakan bahan pencelup dibawa dari Negara luar tetapi tukang-tukang Melayu telah

    mengolah dan mencipta teknik yang tersendiri seperti menggunakan blok dan penerapan lilin.

    Dengan itu, ragam hias dilukis terdahulu dengan menggunakan lilin sebelum dicelup denganpewarna.

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    9/14

    3. Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/BatikBatik

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermaknamembuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik.

    Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup,

    dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari

    Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali

    dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan

    Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan

    sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.

    Batik Indonesia, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budayayang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan

    dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2

    Oktober, 2009.

    Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita

    rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.

    Baju batik di Malaysia

    Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju

    batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada

    hari Sabtu sahaja. Ini kemudiannya diubah kepada 1 haribulan dan 15 haribulan. Tetapi orang

    ramai mudah lupa menyebabkan kembali semula kepada sistem lama berdasarkan hari.

    4. Sumber :http://bmpengurusan.blogspot.com/2010/08/batik-malaysia.htmlPertandingan Piala Seri Endon

    Piala Seri Endon diambil sempena nama allahyarham Tan Sri Endon. Acara ini mula

    diperkenalkan pada tahun 2003 dengan tujuan untuk mencungkil dan menampilkan bakat-bakat

    baru dan lama pereka fesyen batik tempatan khususnya dari Malaysia untuk diketengahkan di

    peringkat Antarabangsa.

    Pada awal perkenalan di Bukit Bintang,Kuala Lumpur pada tahun 2003 hanya satu kategori

    dipertandingkan iaitu "Fesyen".Kini pelbagai kategori baru diperkenalkan termasuklah

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_tulishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_skrinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_celuphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_teraphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Batik_moden&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Batik_moden&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_teraphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_celuphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_skrinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_tulishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa
  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    10/14

    kraftangan dan "Soft Furnishing". Pertandingan ini berjaya memikat hati masyarakat untuk

    menjadi peserta termasuklah golongan pelajar,pembuat batik,pereka fesyen,

    pengeluar tekstill,dan juga artis.

    Piala Seri Endon dikendalikan oleh Penyayang iaitu Yayasan Budi Penyayang dengan kerjasamadari Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.

    5. Sumber : http://bmpengurusan.blogspot.com/2010/08/batik-malaysia.htmlAssalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat adik-adik sekalian.

    Pada edisi kali ini, di ruangan sejarah, adik-adik akan disajikan dengan sejarah pembuatan

    BATIK.

    SEJARAH BATIK DUNIA

    Mesti adik-adik pernah melihat guru-guru adik-adik memakai pakaian batik ketika di sekolah

    terutamanya pada hari Khamis. Gabungan warna dan corak yang terdapat pada kain serta baju

    batik sangat cantik dan menarik.

    Pada masa kini, kain batik bukan sahaja dipakai oleh golongan korporat untuk majlis-majlis

    rasmi tetapi ia juga dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira tua atau muda. Corak

    dan warna yang terdapat pada kain batik pula dilukis dan diwarnakan mengikut edaran semasa.

    Terkini, negara kita telah mengeluarkan kain batik yang sesuai untuk semua kaum yang dikenali

    sebagai Batik 1 Malaysia. Batik kini diperaga dalam pelbagai salinan seperti baju kurung, bajukebaya, baju kemeja dan lain-lain.

    Diruangan ini, Dunia Matematik ingin berkongsi dengan adik-adik tentang sejarah pembuatan

    batik serta bagaimana terhasilnya corak batik yang kita boleh kaitkan dengan Matematik.

    Batik merupakan satu bidang kraftangan tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan

    Kepulauan Melayu. Kehalusan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil

    yang tinggi yang unggul bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

    DEFINISI BATIK

    BAHASA MELAYU : Titik

    BAHASA JAWA : Setitik lilin

    INDONESIA : Rintik-rintik putih

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    11/14

    Untuk pengetahuan adik-adik, batik wujud sejak abad ke 15 Masihi lagi di mana manusia telah

    menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Penemuan di Mesir dan Parsi menunjukkan

    bahawa batik telah dikenali semenjak abad ke-4 SM dengan penemuan kain pembungkus mumi

    untuk membentuk pola pada batik.

    Pada abad ke 7, batik mula digunakan di Jepun dan China. Selain itu, teknik batik juga telahdikenali di Nigeria dan Senegal. Di Indonesia, batik menjadi sanagt popular sejak zaman

    Majapahit. Batik cap mula dikenali setelah Perang Dunia pertama sekitar tahun 1920-an.

    G.P Rouffaer berpendapat bahawa teknik batik berkemungkinan diperkenalkan dari India pada

    abad ke 6 manakala J.L.A Brandes iaitu seorang arkeologi dari Belanda dan F.A Sutjipto

    (arkeologi Indonesia) percaya bahawa tradisi batik adalah asli odari daerah Toraja, Flores,

    Halmahera dan Papua.

    Pada abad ke 17, Sulalatus Salatin iaitu seorang lagenda dalam sastera melayu telah

    menceritakan Tentang Laksamana Hang Nadim yang telah diperintahkan oleh sultan Mahmuduntuk belayar ke India agar mendapatkan 140 lembar kain serasah dengan pola 40 jenis bunga

    pada setiap lembarnya. Disebabkan tidak dapat menurut perintah sultan, beliau telah membuat

    sendiri kain itu tetapi malangnya kapalnya karam ketika dalam perjalanan pulang dan beliau

    hanya mampu membawa 4 lembar sehingga membuatkan sultan kecewa. Penafsir mengatakan

    serasah itu bermakna batik.

    Selain itu, dalam sejarah Eropah, teknik batik ini pertama kali diceritakan dalam buku History of

    Java di London pada tahun 1817 yang ditulis oleh Sir Thomas Stamford Raffles. Beliau

    merupakan Gabenor Inggeris di Jawa semasa Napoleon menduduki Belanda. Pada 1873 pula,

    seorang saudagar dari Belanda iaitu Van Rijekevorsel telah memberikan selembar kain batikyang diperolehnya ketika berkunjung ke Indonesia pada awal abad ke 19 di mana batik mula

    mencapai masa keemasannya. Batik Indonesia telah memukau seniman apabila dipamerkan di

    Exposition Universelle.

    Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi

    kini kain batik telah diusahakan dengan menggunnakan alatan moden dan batik jenis baru

    muncul yang dikenal sebagai batik cap dan batik cetak sementara batik tradisional yang

    dihasilkan dengan tulisan tangan menggunakan canting dan malam pula dikenali sebagai batik

    tulis.

    SEJARAH BATIK MALAYSIA

    Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada sejarah perkembangan pembuatan

    batik di Malaysia. Pembuatan batik bermula di Kota Bharu, Kelantan sejak tahun 1914 yang

    telah dipelajari di Kepulauan Jawa.

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    12/14

    Kain batik Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak ynag berasal dari Kelantan. Kain

    yang digunakan untuk membuat batik dikenali sebagai Kain Pereir atau Kain Pelangi yang

    bermaksud kain sutera tiruan ynag berasal dari negeri Siam. Haji Che Su dan rakan-rakannya

    telah mengusahakan perusahaan bati pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota

    Bharu.

    Seterusnya, perkembangan pembuatan batik diperkembangkan ke negeri Terengganu dan negeri-

    negeri lain di Malaysia.

    MATEMATIK DALAM PEMBUATAN BATIK

    Adik-adik, pembuatan batik amat menarik kerana ia berunsurkan Matematik seperti :

    Batik dan Matematik

    CORAK

    Melibatkan unit 2Dimensi dan 3Dimensi seperti simetri, garis lurus, segi empat tepat, bulatan,

    bintang, segi tiga dan lain-lain.

    WARNA

    Menggunakan unit Pecahan atau Nisbah untuk menentukan jumlah warna yang perlu digunakan

    untuk mewarna.

    LEBAR KAIN

    Pengiraan untuk kelebaran panjang kain yang akan digunakan akan melibatkan unit Ukuran

    Panjang.

    AIR

    Sukatan air yang akan digunakan untuk merendam kain batik memerlukan kepakaran dalam unit

    Isipadu Cecair.

    Selain itu, untuk melihat cara pembuatan batik, adik-adik boleh melihat cara pembuatan serta

    hasil kerja anak seni tempatan dalam pembuatan batik menerusi laman YouTube.

    6. Sumber : http://www.nazira.biz/?p=p_17&sName=HARI-BATIKHARI BATIK

    HARI KHAMIS HARI BATIK MALAYSIA

    Suatu masa dahulu, batik Malaysia sangat popular di negara kita. Lebih-lebih lagi dari negeri

    yang banyak mengusahakan industri batik seperti batik Kelantan mahupun batik Terengganu

    yang menjadi pilihan ramai dan tren berpakaian batik ketika itu. Suatu ketika pula, batik

  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    13/14

    Malaysia kian dilupakan dan jualan di pasaran Malaysia agak hambar dek persaingan industri

    tekstil yang bermacam jenis membuatkan fabrik buatan Malaysia semakin dipinggirkan di negara

    kita sendiri.

    Sedih dan simpati melihat ramai dikalangan pengusaha batik yang terpaksa gulung tikar pada

    masa itu, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood menyelamatkan keadaan itu untukmenghidupkan kembali industri batik buatan tempatan agar ia terus hidup dan lebih segar serta

    terus menjadi sebutan hingga ke peringkat antarabangsa.

    Apa yang dapat kita saksikan ketika batik Malaysia tenat, ramai di antara pengusaha batik ada

    yang terpaksa menanggung kebankrapan yang teruk. Kilang batik yang pernah dipenuhi ramai

    anak muda dan anak gadis comel mencanting dan mewarna batik pula menjadi kilang kosong

    lagi terbiar.

    Kerana kesungguhan Allahyarham Datin Seri Endon, selaku Penaung Batik Malaysia, batik kini

    kembali segar bukan sahaja di negara kita tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa.

    Sekali lagi kita 'diingatkan' untuk sama-sama menyokong industri batik apabila kerajaan

    mewajibkan semua kakitangan awam memakai baju batik pada setiap Khamis dan bukan lagi

    pada hari pertama dan ke-15 setiap bulan seperti yang diamalkan sebelum ini.

    Ianya bertujuan memastikan kakitangan awam tidak lupa untuk berbaju batik kerana sebelum

    ini ia hanya dipakai dua kali sebulan. Bagaimana dengan anda? Jom kita segarkan kembali

    Industri Batik negara kita....

    Pastinya produk bermusim ini akan disediakan mengikut permintaan semasa. Sahutlah seruan

    kerajaan, salutkan tubuh badan anda dengan warna-warni batik di badan anda. Selamat membelibelah di sini!

    7. Sumber :http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/12/?menuid=95 Batik ialah salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan

    melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia

    dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan

    pengaruh batik daripada jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua,

    perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negeri-

    negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini.

    Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya. Ini melambangkan satu

    kemahiran kerjatangan yang kreatif di kalangan pembuat-pembuat batik tanah air. Daya tarikan

    batik bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut mendapat sambutan

    dari pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negeri.

    http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/12/?menuid=95http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/12/?menuid=95http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/12/?menuid=95http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/12/?menuid=95
  • 7/30/2019 Batik Rujukan Internet

    14/14

    Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, proses dan gaya tertentu, Salah satu

    teknik ialah Batik Blok. Di Pantai Timur ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik terap.

    Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang blok

    kayu untuk mengecap sejenis bahan pewama hitam semulajadi. Teknik awal ini dipanggil Terap

    Hitam. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin di dalam proses penerapan mula diperkenalkan

    oleh pembuat batik di Pantai Timur.Sejajar dengan itu, blok-blok yang diperbuat daripada

    kepingan keluli mula mengambil alih tugas blok kayu sebelumnya. Corak-corak blok keluli ini

    lebih kemas dan halus buatannya. Blok-blok khas disediakan untuk menerap lilin pada bahagian

    Kepala Kain, Kapit Kain dan Badan Kain.

    Kegunaan Kain Batik Blok

    Kain Batik Blok merupakan kegemaran penduduk tempatan. Ianya dijadikan sebagai kain batik

    sarung dan batik ela. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk

    menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan

    berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik.

    Motif dan Rekacorak Hiasan

    Motif-motif yang sering digunakan pada kain batik blok adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan

    dan bunga-bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga Cengkih, Bunga Cina,

    akar-akar menjalar, paku-pakis dan corak-corak geometrik terutamanya motif Pucuk Rebung.

    Motif-motif ini pula diterapkan dalam berbagai susunan dan tataletak, seperti melintang, tegak,

    serong, tompok-tompok dan susunan batu-bata.