basic plan dalam merancang majlis …docshare01.docshare.tips/files/22810/228100970.pdf · ~...

4
BASIC PLAN DALAM MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN.. Majlis Perkahwinan adalah satu perkara yang mesti dirancang dengan teliti kerana ia akan mencerminkan gaya bakal pengantin tersebut… Ikuti tips berikut untuk memulakan ‘Basic Plan’ dalam merancang majlis perkahwinan anda.. PERANCANGAN MAJLIS PERKAHWINAN.. Merancang majlis perkahwinan adalah satu proses usahasama di antara kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan… Kadang-kadang ada tugasan atau keputusan yang boleh diwakilkan kepada pihak lain, tetapi kebanyakan keputusan perlu dibuat bersama.. Sentiasa ingat asas dalam etika perkahwinan dan tradisi… PERKAHWINAN IMPIAN.. Mulakan dengan senarai serta kos/ bajet yang praktikal.. semua perkara yang akan memberi kebahagiaan serta kesan yang amat bermakna kepada pasangan nanti.. Tulis senarai dengan sangat khusus dan termasuk yang berikut : 1) Tarikh yang ideal? 2) Lokasi? 3) Baju yang akan dipakai nanti? 4) Senarai jemputan? 5) Warna tema? 6) Di mana majlis resepsi akan diadakan? 7) Menu yang akan dihidangkan? 8) Bunga yang akan digunakan? Pastikan senarai termasuk idea daripada kedua-dua pihak pengantin… Semak balik senarai dan susun semula mengikut keutamaan.. Apakah perkara yang paling penting kepada kedua-dua belah pihak untuk memastikan majlis perkahwinan anda adalah yang ‘the best day ever’… Adakah baju dari pereka fesyen yang bernilai $ 10,000 lebih penting? Adakah keghairahan dari pihak pengantin perempuan untuk tema warna oren lebih penting daripada keutamaan pihak pengantin lelaki untuk warna biru (contohnya…)? Sama-sama dalam membuat keputusan yang basic ini akan mula memberi gambaran yang jelas tentang bagaimana majlis perkahwinan akan berlangsung nanti…. SENARAI TETAMU.. Basic plan yang dibuat akan menunjukkan sama ada majlis itu nanti adalah satu acara besar atau satu perhimpunan keluarga yang simple sahaja.. Dan berdasarkan plan tersebut juga mula membuat senarai tetamu awal sebelum meminta ibu bapa pengantin perempuan dan pengantin lelaki membuat senarai siapa yang mereka ingin jemput pula.. Senarai tetamu itu nanti pula, akan membantu dari segi bajet untuk majlis perkahwinan.. Daripada situ mula peruntukkan kos kepada perkara-perkara yang paling penting.. Kebanyakan barangan akan mempunyai kos yang tetap tetapi sesetengah akan berubah-ubah.. Kos yang paling ketara yang akan berubah-ubah akan dikaitkan dengan bilangan tetamu.. Sebelum menyediakan jemputan perkahwinan pastikan bahawa senarai tetamu adalah lengkap, dengan nama-nama yang telah dipadam, atau ditambah, selaras dengan bajet yang diketepikan..

Upload: docong

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BASIC PLAN DALAM MERANCANG MAJLIS …docshare01.docshare.tips/files/22810/228100970.pdf · ~ Memilih jurusolek 6 Bulan Sebelum ~ Mula menempah kad perkahwinan ~ Menghubungi kadi dan

BASIC PLAN DALAM MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN..

Majlis Perkahwinan adalah satu perkara yang mesti dirancang dengan teliti kerana ia akan mencerminkan gaya bakal pengantin tersebut… Ikuti tips berikut untuk memulakan ‘Basic Plan’ dalam merancang majlis perkahwinan anda..

PERANCANGAN MAJLIS PERKAHWINAN..

Merancang majlis perkahwinan adalah satu proses usahasama di antara kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan… Kadang-kadang ada tugasan atau keputusan yang boleh diwakilkan kepada pihak lain, tetapi kebanyakan keputusan perlu dibuat bersama.. Sentiasa ingat asas dalam etika perkahwinan dan tradisi…

PERKAHWINAN IMPIAN..

Mulakan dengan senarai serta kos/ bajet yang praktikal.. semua perkara yang akan memberi kebahagiaan serta kesan yang amat bermakna kepada pasangan nanti.. Tulis senarai dengan sangat khusus dan termasuk yang berikut :

1) Tarikh yang ideal?

2) Lokasi?

3) Baju yang akan dipakai nanti?

4) Senarai jemputan?

5) Warna tema?

6) Di mana majlis resepsi akan diadakan?

7) Menu yang akan dihidangkan?

8) Bunga yang akan digunakan?

Pastikan senarai termasuk idea daripada kedua-dua pihak pengantin…

Semak balik senarai dan susun semula mengikut keutamaan.. Apakah perkara yang paling penting kepada kedua-dua belah pihak untuk memastikan majlis perkahwinan anda adalah yang ‘the best day ever’… Adakah baju dari pereka fesyen yang bernilai $ 10,000 lebih penting? Adakah keghairahan dari pihak pengantin perempuan untuk tema warna oren lebih penting daripada keutamaan pihak pengantin lelaki untuk warna biru (contohnya…)?

Sama-sama dalam membuat keputusan yang basic ini akan mula memberi gambaran yang jelas tentang bagaimana majlis perkahwinan akan berlangsung nanti….

SENARAI TETAMU..

Basic plan yang dibuat akan menunjukkan sama ada majlis itu nanti adalah satu acara besar atau satu perhimpunan keluarga yang simple sahaja.. Dan berdasarkan plan tersebut juga mula membuat senarai tetamu awal sebelum meminta ibu bapa pengantin perempuan dan pengantin lelaki membuat senarai siapa yang mereka ingin jemput pula..

Senarai tetamu itu nanti pula, akan membantu dari segi bajet untuk majlis perkahwinan.. Daripada situ mula peruntukkan kos kepada perkara-perkara yang paling penting.. Kebanyakan barangan akan mempunyai kos yang tetap tetapi sesetengah akan berubah-ubah.. Kos yang paling ketara yang akan berubah-ubah akan dikaitkan dengan bilangan tetamu.. Sebelum menyediakan jemputan perkahwinan pastikan bahawa senarai tetamu adalah lengkap, dengan nama-nama yang telah dipadam, atau ditambah, selaras dengan bajet yang diketepikan..

Page 2: BASIC PLAN DALAM MERANCANG MAJLIS …docshare01.docshare.tips/files/22810/228100970.pdf · ~ Memilih jurusolek 6 Bulan Sebelum ~ Mula menempah kad perkahwinan ~ Menghubungi kadi dan

Bakal pengantin kini akan mempunyai pelan asas yang merangkumi aspek-aspek yang paling penting bagi mereka dengan peruntukan kos untuk setiap item maka pengurusan belanjawan akan menjadi baik.. Kannnn???

Seterusnya adalah merancang komponen komponen majlis perkahwinan yang lebih praktikal seperti menetapkan jadual dan berunding dengan perancang perkahwinan.. Pastikan ia menjadi satu perkara yang menyeronokkan dan ingat ia adalah amalan yang baik untuk ‘successful marrige’!

Wedding Checklist Untuk Majlis Perkahwinan

Hari ni dah masuk 10 Ramadhan 1433H dah. Pejam celik pejam celik dah 10 hari. Tetiba nanti dah raya. Cepat je masa berlalu. Hari Raya nanti, mesti ada ke yang plan nak bertunang or nak nikah??? Sini aku nak share Wedding Checklist, just salah satu panduan secara kasar je untuk aku & juga mereka yang nak berkahwin la. So takde la kelam kabut nanti.

12 Bulan Sebelum~ Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua belah pihak berkenaan tarikh dan waktu

bernikah.~ Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.

~ Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah.~ Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau bufet.

11 Bulan Sebelum~Menetap kan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak

~ Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.~ Mengintai-intai pakaian perkahwinan

~ Membeli barangan hantaran seperti kasut, bag tangan. minyak wangi, baju dan lain-lain

10 Bulan Sebelum~ Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.

~ Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis~ Mencari beberapa lokasi dan tarikh mahlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet.

9 Bulan Sebelum~ Megumpul nama tetamu

~ Pilih katering atau masak sendiri~ Pilih photographer & videographer

8 Bulan Sebelum~ Menempah lokasi dan tarih majlis (khusus untuk dewan @ hotel)

~ Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir~ Menyelesaikan segala temu janji dengan doktor.

7 Bulan Sebelum~ Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori

~ Menentukan pakaian untul semua pengiring pengantin

Page 3: BASIC PLAN DALAM MERANCANG MAJLIS …docshare01.docshare.tips/files/22810/228100970.pdf · ~ Memilih jurusolek 6 Bulan Sebelum ~ Mula menempah kad perkahwinan ~ Menghubungi kadi dan

~ Memilih jurusolek

6 Bulan Sebelum~ Mula menempah kad perkahwinan

~ Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam~ Menjalani ujian darah/HIV

5 Bulan Sebelum~ Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit dan menyedang pakaian)~ Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan , kek pengantin, bunga hias & penghias majlis)~ Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 Bulan Sebelum~ Pilih cincin kahwin~ Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada buat sendiri atau tempah)

3 Bulan Sebelum~ Memastikan kelengkapan PA sistem lengkap seperti deejay , iringan lagu dan sebagainya.

~ Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.~ Uruskan borang nikah pihak lelaki & pihak perempuan.

2 Bulan Sebelum~ Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.

~ Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah.~ Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel @ dewan)

~ Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

1 Bulan Sebelum~ Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu & sauna)

~ Pastikan cincin dalam ukuran yang betul~ Pastikan segala tempahan pelamin ,jurusolek, tiket kapal terbang, bilik & keperluan perkahwinan

berjalan dengan lancar~ Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas

, tiara & kasut.~ Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai

untuk menjaga muzik.

Minggu Sebelum Majlis Berlangsung~ Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.

~ Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis~ Berada di lokasi lebih awal untuk mendapat mood majlis

Seminggu Sebelum~ Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan

~ Menyelesaikan segala urusan kerja sebelum bercuti~ Hindari konflik dan tenangkan hati

Page 4: BASIC PLAN DALAM MERANCANG MAJLIS …docshare01.docshare.tips/files/22810/228100970.pdf · ~ Memilih jurusolek 6 Bulan Sebelum ~ Mula menempah kad perkahwinan ~ Menghubungi kadi dan

Di Hari Perkahwinan~ Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan

~ Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari~ Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik

mungkin.