identiti seni bina melayu dalam era …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · bagi...

21
1 IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI Oleh Prof. Madya. Dr. Hj. Wan Salleh Hj. Wan Ibrahim Setiausaha Agung The World Melayu-Polynesia Organisation E-mel : [email protected] Abstrak Watak atau persona seseorang individu itu boleh dilentur diperingkat ianya masih dipucuk rebung lagi. Begitu juga halnya dengan sesuatu negara yang baru sahaja mencapai kemerdekaan. Satu strategi untuk mendidik individu-individi berjiwa merdeka adalah dengan cara mengasuh dan menggilap bakat-bakat kesenian mereka terutama melalui kreativiti seni bina. Bidang seni bina, sebagai ibu segala seni-seni, mampu mencipta tamadun yang hebat pada masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Ini terbukti dengan adanya tinggalan piramid, ziggurat serta tugu dan monument yang membayangkan betapa tingginya tamadun kecapaiannya pada masa lalu. Sekiranya kita menyingkap tabir prasejarah tamadun Melayu dizaman silam, kita dapati bahawa sebahagian besar tamadun Alam Dunia bergantung kepada kepandaian kaum Melayu yang ramai menghuni disetiap pelusuk dunia. Budaya material dan budaya bukan material yang dicipta mereka bermula dari tamadun Sunda, Indonesia (14,000 -10,000) beransur melebar pengaruhnya ke utara, ke barat, ke timur dan ke selatan. Satu contoh penciptaan bijak pandai Melayu adalah dalam evolusi seni bina kediaman vernakular yang sesuai dan telah diadaptasikan oleh mereka mengikut kehendak iklim dan batasan geografi. Untuk memenuhi kekosongan jiwa merdeka dan membudayakan bangsa Malaysia, identiti seni bina Melayu kini diterokai sesuai dengan ruang dan masanya. Hasrat dan ideologi membina bangsa ini bermula sejak adanya Kongres Kebudayaan Kebangsaan (1957) dan Dasar Kebudayaan Malaysia (1971). Namun begitu, aspek pengimplimentasian dasar ini agak lemah. Dengan itu kesedaran untuk mencipta lembaran baru bermula dengan wujudnya Sekretariat Senibina Beridentiti Kebangsaan (2013); yang matlamat akhirnya diharap akan menjadi akta seni bina beridentiti kebangsaan. Kata kunci : Budaya bangsa, identiti seni bina, akta seni bina kebangsaan 1.0 PENDAHULUAN Negara Malaysia ini sebenarnya bersifat masyarakat majmuk, dengan adanya pelbagai etnik, budaya.dan bahasa yang berbeza. Kaum Melayu merupakan kaum etnik awal yang menghuni kawasan ini, walaupun ada setengah sejarawan menyatakan bahawa kaum Orang Asli itu lebih lama. Mengikut pendapat Prof. Emeritus Dato` Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)(2005), kaum Orang Asli ada juga pertalian/kesamaan dengan kaum Melayu dan boleh diklasifikasikan sebagai kaum Pribumi;

Upload: ngoxuyen

Post on 31-Jan-2018

321 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

1

IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM

ERA GLOBALISASI

Oleh

Prof. Madya. Dr. Hj. Wan Salleh Hj. Wan Ibrahim

Setiausaha Agung

The World Melayu-Polynesia Organisation

E-mel : [email protected]

Abstrak

Watak atau persona seseorang individu itu boleh dilentur diperingkat ianya masih dipucuk

rebung lagi. Begitu juga halnya dengan sesuatu negara yang baru sahaja mencapai kemerdekaan.

Satu strategi untuk mendidik individu-individi berjiwa merdeka adalah dengan cara mengasuh

dan menggilap bakat-bakat kesenian mereka terutama melalui kreativiti seni bina. Bidang seni

bina, sebagai ibu segala seni-seni, mampu mencipta tamadun yang hebat pada masa lalu, masa

kini dan masa hadapan. Ini terbukti dengan adanya tinggalan piramid, ziggurat serta tugu dan

monument yang membayangkan betapa tingginya tamadun kecapaiannya pada masa lalu.

Sekiranya kita menyingkap tabir prasejarah tamadun Melayu dizaman silam, kita dapati bahawa

sebahagian besar tamadun Alam Dunia bergantung kepada kepandaian kaum Melayu yang ramai

menghuni disetiap pelusuk dunia. Budaya material dan budaya bukan material yang dicipta

mereka bermula dari tamadun Sunda, Indonesia (14,000 -10,000) beransur melebar pengaruhnya

ke utara, ke barat, ke timur dan ke selatan. Satu contoh penciptaan bijak pandai Melayu adalah

dalam evolusi seni bina kediaman vernakular yang sesuai dan telah diadaptasikan oleh mereka

mengikut kehendak iklim dan batasan geografi. Untuk memenuhi kekosongan jiwa merdeka dan

membudayakan bangsa Malaysia, identiti seni bina Melayu kini diterokai sesuai dengan ruang

dan masanya. Hasrat dan ideologi membina bangsa ini bermula sejak adanya Kongres

Kebudayaan Kebangsaan (1957) dan Dasar Kebudayaan Malaysia (1971). Namun begitu, aspek

pengimplimentasian dasar ini agak lemah. Dengan itu kesedaran untuk mencipta lembaran baru

bermula dengan wujudnya Sekretariat Senibina Beridentiti Kebangsaan (2013); yang matlamat

akhirnya diharap akan menjadi akta seni bina beridentiti kebangsaan.

Kata kunci : Budaya bangsa, identiti seni bina, akta seni bina kebangsaan

1.0 PENDAHULUAN

Negara Malaysia ini sebenarnya bersifat masyarakat majmuk, dengan adanya pelbagai etnik,

budaya.dan bahasa yang berbeza. Kaum Melayu merupakan kaum etnik awal yang menghuni

kawasan ini, walaupun ada setengah sejarawan menyatakan bahawa kaum Orang Asli itu lebih

lama. Mengikut pendapat Prof. Emeritus Dato` Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman,

Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)(2005), kaum Orang Asli ada

juga pertalian/kesamaan dengan kaum Melayu dan boleh diklasifikasikan sebagai kaum Pribumi;

Page 2: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

2

manakala kaum etnik Cina, India dan lain- lain merupakan kaum pendatang. Masyarakat

berbilang kaum (majmuk) ini hidup bersama walaupun integrasi nasional belum wujud dengan

sempurna.

Fakta ini penting diperjelaskan awal-awal lagi memandangkan pilihan tajuk identiti seni bina

Melayu juga menjadi elemen Dasar Kebudayaan Kebangsaan, 1971 (Wan Salleh Wan Ibrahim

& Noor Farhani Othman, 2014). Setiap negara didapati ada dasar kebangasaannya. Dasar

kebangsaan Australia dan New Zealand dinamakan `Creative Australia‟ dan `Creative New

Zealand‟. Walaupun dasar kebudayaan Malaysia ini adalah yang memberi fokas kepada

kebudayaan etnik majoriti Melayu, elemen budaya lain juga diberi penekanan.

Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

mudah diterima kerana bagi mereka beranggapan bahawa setiap kaum harus diberi kebebasan

dalam aspek-aspek yang mereka suka (Siong Vui Choong, 2006). Ini adalah satu ciri

`persengketaan‟ (Jenkins, 2004) yang terpaksa dialami oleh semua negara majmuk, bila

menghadapi ketidakseimbangan ekonomi, budaya dan sosial. `Persengketaan‟ ini menjadi

berlarutan bila dasar sosiobudaya dalam menterjemahkan arah tuju negara dari segi keutamaan

elemen dalam penampilan bentuk seni bina kebangsaan. Kalaulah pada awal kemerdekaan dulu

isu seni bina kebangsaan ini tidaklah menjadi berat, diakhir-akhir dekad 1990-han dan bermula

dekad 2000, ianya menjadi hangat.

Dalam era globalisasi (Wilson & Wimal Dissanayake, 1996, Wan Salleh Wan Ibrahim, 2005) ini

negara-negara membangun mengalami `hilang kawalan‟ dari segi dominasi teknologi dan

perubahan budaya dari negara-negara perindustrian yang lebih maju. Penerobosan media

komunikasi dan nilai liberalisme politik, budaya dan ekonomi dari luar kadangkala boleh dilihat

sebagai usaha menceroboh nilai dan pantang larang tempatan. Semangat untuk

menginterpretasikan segala aspirasi kebangsaan yang kuat dalam 20-30 tahun pasca

kemerdekaan dulu tidak lagi mendapat tempat. Situasi sosiopolitik baru yang mengarahkan

kepada `kepelbagaian budaya‟ (multiculturalism) dalam semua bidang : dari pendidikan,

penghayatan seni dan kraf, budaya aestetik, visi pembandaran dan pelancongan menjadi

hambatan. Dengan itu, dasar untuk pemupukan `jati diri‟ bangsa dalam penterjemahan hasrat

citarasa dalam seni dan budaya tidak dikira penting lagi.

Ini terbukti nyata bila kebebasan berfikir tidak ada sekatan lagi, dan `fikiran terbuka‟ menjadi

hambatan baru. Dalam konteks masyarakat majmuk, kepelbagaian budaya (multiculturalism)

yang sama rata dicanang habis-habisan (Jenkins, 2004, Siong Vui Choong, 2006). Hujjah

mereka konsep penerimaan identiti Melayu-Islam itu hanya relevan pada awal kemerdekaan

Malaysia (1957) sahaja. Dalam era globalisasi ini - bermula sejak tahun 2000 (Smiers, 2003) -

keseragaman budaya berdasarkan nilai budaya tempatan tidak lagi sesuai. Dengan itu usaha

untuk melestarikan penerusan budaya tempatan (etnik Melayu) amat diperlukan (Wan Salleh

Wan Ibrahim, 2003, 2003a, 2005, 2009).

Kertas kerja ringkas ini akan menyentuh:

(a) Pembentukan identiti budaya bangsa dan identiti seni bina

Page 3: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

3

(b) Seni bina vernakular Melayu

(c) Penghayatan seni bina Melayu dan

(d) Perihal Akta Seni bina Beridentiti Kebangsaan

2.0 PEMBENTUKAN IDENTITI BUDAYA BANGSA DAN IDENTITI SENI BINA

Persoalan identiti seni bina Melayu adalah subjek yang besar, bukan hanya kepada penulis

bahkan juga kepada mereka dalam profesyen seni bina dan perumus dasar budaya Malaysia.

Penyediaan kertas kerja dan masa perbincangan yang diberikan ini sudah tentu terhad. Oleh itu

bahan penulisan ini hanya sesuai untuk memulakan diskusi akademik di kalangan mereka yang

kurang prihatin akan bidang rekabentuk dan seni bina agaknya.

Kebanyakkan negara-negara Asia yang baru mencapai kemerdekaaan dari kuasa penjajah

meletakkan keutamaan mereka kepada membina budaya bangsa. Apa itu budaya bangsa dan

kepentingannya?

Budaya bangsa, secara ringkas, bermaksud himpunan hasrat-hasrat murni rakyat yang merdeka

selepas mencapai kemerdekaan. Mereka telah lama mengidam-idam kebebasan bersuara,

kebebasan untuk menggarapkan nilai sosiobudaya yang mereka anggap harus diangkat setinggi-

tinggi mungkin. Sekiranya mereka mempunyai warisan seni visual, kraf dan seni bina yang harus

disanjung tinggi mengapa aspek ini disorok-sorok dari pengetahuan umum. Perasaan dan emosi

simbolik ini harus diberi ruang untuk diperlihatkan serta kreativiti asli diletak dimedan terbuka.

Walaupun begitu, banyak lagi faktor lain yang harus dibincangkan kerana bidang kesenian dan

budaya indah tidak beroperasi dalam konteks ruang dan masa yang kosong. Antara factor yang

juga penting termasuklah peranan elit politik yang mengolah dasar dan ideologi negara

setempat. Faktor-faktor ini saling mempengaruhi antara satu sama lain.

2.1 Budaya bangsa

Langkah pertama untuk membahaskan konsep `budaya bangsa‟ ini pernah di mulakan oleh Tan

Sri Aziz Tapa yang menganjurkan Kongres Kebudayaan Melayu di Melaka pada 30 Disember

1957. Walaupun kebanyakan perbincangan berkisar mengenai budaya dan Bahasa Melayu,

`budaya‟ dan `kebudayaan‟ itu lebih luas pengertiannya.

Istilah ` budaya‟ (http:ms/Wikipedia.org/wiki/Budaya) berasal dari perkataan Sanskrit buddayah,

…. bermaksud budi pekerti atau akal … hal-hal budi dan akal manusia; manakala `bangsa‟ pula

adalah “ sekelompok manusia yang di takdirkan untuk bersama, senasib dan sepenanggungan

dalam satu negara.”

Fakta “ senasib dan sepenanggungan” ini amat kritikal bila sesuatu negara itu masyarakat

majmuk. Membina sesuatu akal-budi manusia supaya mereka bangga akan keturunan (walaupun

Page 4: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

4

berbeza agama dan budaya) perlu dididik dan dipupuk dari peringkat awal lagi. Ini memerlukan

ilmu dan psikologi. Pakar psikologi kanak-kanak seperti Montessori, Piaget dan Freud percaya

pembelajaran saintifik harus dimulakan di peringkat awal kerana deria kognitif mereka amat kuat

dan berkesan. Begitu juga penerapan nilai budaya, sensitiviti terhadap idea dan bentuk benda

aestetika perlu juga digarap diperingkat demikian (Wan Salleh Wan Ibrahim & Noor Farhani

Othman, 2014: 17).

“ As such, building an identity and soul of a nation, therefore, lies in early childhood

education. Many non-formal education (indigenous knowledge) in the past were early

apprenticeship to a great artist or master (adiguru).”

Amalan untuk penghayatan seni-seni kreatif tergolong juga sebagai satu elemen

ketatakenegaraan. Individu-individu yang diasuh dengan amalan budaya dengan akal budi yang

luhur akan menjadi warganegara yang berbakti ke arah kesejahteraan umum. Yang dikatakan

celik budaya bukan sahaja pandai kraf dan mencipta bahan indah tetapi perlu mencintai sejarah,

menghayati warisan serta hidup berjiwa seni (Wan Salleh Wan Ibrahim, 2009a). Bila sesuatu

bangsa baru saja mencapai kemerdekaan, memupuk `jiwa merdeka‟ ini melibatkan kempen dan

projek-projek seandainya.

Dalam membicarakan `budaya bangsa‟, atau `nation-building‟ Malaysia

(ww1:utusan.com.my/utusan/infoasp?y=2001), falsafah berikut perlu difahami:

“ Semangat nasionalisme yang menyebar di kalangan negara-negara dunia ketiga

selepas kejatuhan kuasa penjajah Barat mewujudkan perbahasan tentang identity

nasional dalam segala aspek budaya hidup setiap bangsa. Identiti nasional sesebuah

negara dikira penting bagi menjanakan kesatuan bangsa, kesamaan aspirasi dan

memberi kesinambungan sejarah warisan masing-masing. Dalam sesebuah negara yang

berbilang kaum seperti Malaysia persoalan identiti merupakan sesuatu yang rumit dan

sensitif. Pada zaman dahulu, sebelum wujudnya teknologi moden, persoalan identity seni

bina tidak timbul dengan ketara kerana setiap hasil seni bina pada waktu itu dengan

sendirinya melambang spirit of the times atau jiwa sezaman dan spirit of place atau jiwa

setempat masing-masing. Setiap rupabentuk pada ketika itu merujuk terus kepada tahap

teknologi primitif yang tidak banyak pilihan.”

Perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan itu suatu pengorbanan, perjuangan untuk

mendirikan objek-objek visual penuh simbolik juga perjuangan; dan perjuangan untuk meneroka

dan memulihkan elemen rupabentuk lama dan mengadapatasikan kepada yang relevan juga satu

pengorbanan. Objek seperti arca, pintu gerbang, tugu, monument, muzium kebudayaan dan

universiti sebagai contoh tergolong dalam kategori membina budaya bangsa. Projek-projek

demikian akan menyuntik jiwa merdeka dan rasa daulat di kalangan rakyat. Uuk melestarikan

aspirasi-aspirasi ini memerlukan pembuat dasar yang ada visi serta pereka yang kreatif untuk

mengabadikan spirit of the times. Keputusan-keputusan demikian terserah kepada segolongan

elit politik yang berani dan kreatif.

2.2 Elit politik dan ideologinya

Page 5: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

5

Kepemimpinan politik dan peranan elit politik amat ketara bagi memenuhi hasrat rakyat yang

dahagakan perubahan. Ada dua jenis pemimpin. Satu yang bercorak birokratik yang mengharap

dasar dan strateji di sediakan oleh penasihat sahaja; manakala ada jenis kedua, pemimpin yang

bersifat karismatik, yang berani mengubah sikap dan tabiat masyarakatnya. Pemimpin jenis

pertama itu adalah seperti Perdana Menteri Jawaharlal Nehru (India ), manakala pemimpin jenis

kedua adalah Adolf Hitler (Germany), Presiden Soekarno (Indonesia) dan Presiden Gamal Abdul

Naseer (Mesir).

Terkadang-kadang pemimpin karismatik boleh dilihat yang lebih berupaya. Satu contoh adalah

Hitler (http:en.wikipedia.org/wiki/Nazi_architecture) dalam suasana politik negara Germany

dalam tahun-tahun 1880-1910. Dalam tahun awal pembesaran beliau, Hitler bercita-cita untuk

menjadi seorang akitek, dan amat cenderung kepada penghayatan seni visual dalam kehidupan.

Ketokohannya yang petah berpidato, berani dalam bidang ketenteraan membawa beliau

menjadikan seni bina sebagai penghambat minda rakyat Jerman bila beliau berkuasa. Stadium-

stadium (lihat Gambar 1), untuk mengadakan rapat umum dibina, bangunan-bangunan rasmi

untuk menonjol-nonjol kekuasaan parti sosialistnya dipertontonkan kepada pelawat-pelawat

asing.

Sumber: http://www.german-architecture.info/GERMANY/TEN/TEN-NS-02.htm

Gambar 1: Mega stadium dengan gaya seni bina agung

Cita-cita Hitler adalah untuk memperkasakan bangsa Aryan-Jerman menjadikan mereka lebih

hebat daripada kehebatan empayar klasik Roman sebelumnya. Seni bina, baginya, adalah

segala-galanya - seperti agama juga : “ Architecture as religion.”

“ A major difference between the neoclassical state architecture of Nazi Germany and neoclassical architecture in other modern countries in Europe and America is that in Germany it was but one facet of a severely authoritarian state. Its dictator aimed to establish architectural order, gridiron town plans, axial symmetry, hierarchical placement

Page 6: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

6

of state structure within urban space on a scale intended to reinforce the social and political order desired by the Nazi state …”

Istilah `architectural order’ gridiron town plans, axial symmetry dan heirachical placement‟

merupakan satu rupabentuk agung (grand design) yang mencakupi bukan hanya motif, ragam

hias, skel, ruang lingkup seni bina bangunan atau kelompok bangunan tetapi seni bandar

(townscaping) termasuk panorama arca, tugu, monument, landskap hijau yang sama-sama

memain peranan bagi menghidup dan meniupkan semangat. Semangat ini mencakupi semua

deria manusia secara total.

Di Indonesia (Abidin Kusno, 2000), (http://cungss.wordpress.com/2012/11/01/indonesian-

architecture-cultu...), Presiden Soekarno, dalam tahun-tahun 1960-1959, telah memulakan

projek-projek bukan sahaja yang menyuntik semangat kebangsaan rakyat Indonesia.

Diantara projek Soekarno adalah arca kebebasan Irian Barat oleh Edhi Sunarso Gambar 2),

stadium Asian Games, Masjid Al-Istiqlal, Tugu Monas Jakarta, Hotel Indonesia dan urban

design kota Jakarta.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_West_Papua

Gambar 2 : Arca Pembebasan Irian Barat (Indonesia) oleh Edhi Sunarso

2.3 Identiti Alam Melayu sejak zaman prasejarah manusia

Kehebatan seni visual, teknologi, pertukangan kraf dan seni bina Melayu bertaraf dunia sejak

zaman prasejarah lagi. Bila arkeologi dan pertanian barat mulai mengkaji jejak-jejak pertanian

Page 7: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

7

padi paling awal didapati kaum Melayu (Pribumi China) adalah peneroka benua China,

membawa teknik menanam padi ke Korea dan Jepun sejak 5,000 tahun sebelum Masihi (Fuller,

2007, 2007a, 2011). Mereka sudahpun menghuni dan mencipta bangunan-bangunan awal di

persekitaran Lembah Yangzi, Yunnan, pulau Taiwan dan Filipina, meneres bukit dan membuka

negeri dan kerajaan dari Afrika Timor, Madagascar ke Hawaii dan New Zealand (Wan Salleh

Wan Ibrahim, 2013). Tamadun yang mereka adalah `world class‟ pada suatu ketika dulu.

2.4 Rumah kediaman Austronesia

Benua China dihuni peneroka Melayu kira-kira 7,000-5,000 Sebelum Masihi. Zaman ini zaman

penanaman padi paling awal di Asia dan dunia. Budaya penanaman padi awal dikesani sebagai

Budaya Daxi, Hemudu dan Dapenken yang bukan budaya China (Fuller, 2007; 2007a, 2011;

Wan Salleh Wan Ibrahim, 2011).

Seni bina kediaman Melayu Budaya Hemudu, secara ringkas adalah seni bina vernakular

Melayu paling awal (Gambar 3).

Sumber: http://www.cultural-china.com/chinaWH/html/en/35History234.html

Gambar 3 : Replika rumah Melayu kira-kira 5,000 Sebelum Masihi di Zhejiang, China

Bentuk seni bina ini, disebabkan teknik penanaman padi Melayu, juga tersebar ke negara Jepun,

Korea, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Tenggara Asia (Waterson, 1991 :15 : Wan Salleh Wan

Ibrahim, 2011).

“ Doenig stresses the potential importance of southern China as a source of cultural

influence in both Japan and Southeast Asia. We must note that southern China at this

period was not culturally “Chinese”; Domenig points out that the origins of “Chinese”

(Han) culture are to be sought in the valley of the Huang Ho in northern China, but the

Neolithic cultures of southern China, concentrated in the Yangtze River Basin, are better

regarded as belonging in character to the South-East Asian world.”

Page 8: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

8

Ciri-ciri kediaman kaum etnik Melayu purba dipanggil `Rumah Austronesia‟ oleh seorang

pengkaji anthropologi seni bina yang bernama Waterson (1991, 1998). Dua contoh Rumah

Austronesia di Vietnam adalah rupa bentuk Nha Rong (Gambar 4a), manakala contoh Malaysia

adalah Rumah Terengganu (Gambar 4b) dibawah. Walaupun demikian, seni bina Melayu di

Malaysia mempunyai banyak variasi dari pelbagai daerah dan negeri.

Sumber: Gambar 4a: http://www.vietnamradio.info/ Gambar 4b: http://www.thestar.com.my/story/

Gambar 4 : Rumah Nha Rong Vietnam dan Rumah Terenggan

2.5 Perihal identiti

Menurut Kamus, penggunaan istilah `identiti‟ merujuk kepada “ sifat-sifat yang terdapat pada

seseorang atau sesuatu yang sebagai keseluruhannya memperkenalkannya dan mengasingnya

daripada yang lain. “ Untuk kita mengcamkan seseorang individual, biasanya paras (rauk) muka

menjadi pengenalkepastian. Begitulah juga saiz dan paramuka bangunan menjadi identity.

Menyentuh tentang identiti seni bina dan semangat kebangsaan, Menteri Petempatan Manusia

Filipina pada tahun 1978 dulu telah menyeru (Klassen, 1978: 218):

“ May we enjoined architects and builders to evolve designs that will reflect our culture and will utilise

our indigenous materials … Architecture is the most social of the arts and should capture therefore the

spiritual and cultural identity of the people. Let the spirit of our age be written in our architecture. This is

a challenge that will require your creative talents and your national pride. “

Banyak masa dipolemikkan akan perwujudan `bangsa Filipina’ (Cabalfin, 361, https://www.academia.edu.704910/Modernising _ the_Native_the_Ver..)

“ Being Filipino meant being a distinct and essential national culture differing from other world cultures.”

Semangat nasionalisme orang Filipina menyebabkan mereka terasa bahawa mereka amat berbeza dari

budaya Tenggara Asia; pada hal ini tidak benar. Negara Filipina juga merupakan satu diantara komponen

Page 9: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

9

wilayah Alam Melayu yang luas. Elemen seni bina vernacular mereka pun Melayu disebabkan mereka

berasal dan berpindah dari kawasan Malaysia-Indonesia juga suatu ketika dulu.

3.0 SENI BINA VERNAKULAR MELAYU

Gaya rupabentuk seni bina vernakular Melayu adalah unik, cantik serta sukar difahami kerana cara

pembinaannya menggunakan bahan kayu dan tidak menggunakan paku. Inilah satu sebab mengapa ia

menjadi rekabentuk pilihan hanya kepada mereka dikalangan tukang-tukang rumah tradisional sahaja

Cara pemasangan bahagian rumah Austronesia, (Noone, 1948; Sheppard, 1972; Wan Salleh Wan

Ibrahim, 2012 : 237) asas adalah ringkas, iaitu yang dirikan atas 8 tiang, berukuran 8 meter serta tinggi 5

meter. Di Filipina (Fernandez, 2001: 119) struktur ini dipanggil bahay-kubo (balai berkotak) yang

menggunakanm kayu, rotan dan buluh. Kediaman ini dipanggil juga rumah nipah yang bumbung atau

atapnya menggunakan daun nipah untuk meneduh ruang dibawahnya. Rumah yang lebih tinggi

kemahiran dan bahan adalah rumah torogan di kawasan Mindanao kepunyaan ketua masyarakat Datu

(ibid : 123).

Rumah jenis ini mengandungi ibu rumah (bilik-bilik), bahagian dapur, serambi dan anjong. Seni bina

rumah ini lebih tinggi kemahiran dan bahan buatannya. Di Malaysia rumah dikira sebagai yang

mempunyai bilangan tiang (dengan pelapit) untuk menampung beban berat struktur : dari dinding,

bumbung, atap dan perabut rumah pemilik. Ibu rumah mempunyai 12 tiang, dapur dan anjung 6 tiang

sahaja. Selain itu dinding juga ada jala dan tebuk-tebuk ukiran sesuai dengan cuaca dan iklim tempatan

yang panas. Ciri pengudaraan tebuk dinding ini biasa dihiasi dengan ukiran bunga, yang memerlu

pengukir ukiran yang mahir pula. Warisan ukiran yang mempamerkan budaya seni alam tumbuh-

tumbuhan juga mencipta identiti yang luhur Yang dimaksudkan ukiran yang berseni tempatan adalah

(Raja Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, 2005: 71) yang :

“ Ukiran-ukiran boleh dibuat dalam bentuk tebuk tembus, separuh timbul atau tebuk tembus silap.

Motif yang dipilih biasanya tumbuhan tempatan seperti daun kiambang, bunga ketumbit, daun

petola dan daun kacang. Seniman selunya menerima ilham dari pada alam tempatan

sekelilingnya sebagai asa bahan bentuk dan menjelmakannya ke alam seni ukir yang dihasilkan.”

Umumnya seni bina rumah Melayu berbeza-beza yang diperhatikan dari segi rupa bentuk bumbung, tebar

layar serta hiasan dinding, pintu, dapur, anjung dan tangga. Walaupun begitu, kemahiran tukang rumah

juga dilihat dari aspek kepandaian pemasangan tiang, pelanchar, rasok serta bahan-bahagian lain. Ini

menjadi satu komposisi yang lengkap.

Di Malaysia (Gurupiah Mursib & Ra‟alah Mohamad, 1998 :20-21) rumah yang memerlukan sistem

pemasangan penyambungan dipanggil `rumah pisang sesikat,‟ (Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan

Teh, 1997 : 36 ). Variasi rumah kediaman di Malaysia berbeza sedikit-sedikit seperti rumah yang terdapat

di Songkla (Thailand) dengan rumah di Champa, Kelantan dan Terengganu (Sheppard, 1972; Raja

Bahrin, 1988) Wan Salleh Wan Ibrahim, 1997; 2004). Sebagai contoh, tebar layar ekor itik yang sangat

ketara terdapat juga di Champa, Kelantan dan Terengganu; manakala bata singgora juga diimpot dari

selatan Siam. Juga, dalam sistem pemasungan dan penyambungan bahagian rumah, yang dalam Bahasa

Inggeris ia dipanggil `mortise –jointing‟. Dalam sistem ini, ditiang-tiang yang besar lubang-lubang

ditebuk agar pelanchar ibu rumah dan rasok serambi menjadi penyambung bila hendak diadakan anjung

rumah (annex).

Page 10: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

10

Rumah yang paling tinggi hirarki adalah istana yang mempunyai balai rekreasi serta seni taman

hiasannya. Lokasi yang dipilih biasanya di kawasan tanah tinggi atau tepi pantai.

Tukang-tukang rumah tradisional yang berkebolehan kini amat sukar dicari kerana warisan pembinaan

rumah demikian hampir pupus; kecuali sekiranya ada kelayan yang eksklusif – sebagai contoh,

pembinaan hotel peranginan seperti Tanjung Jara, Dungun Terengganu. Akitek Melayu yang minat dalam

rekabentuk seni bina warisan ini tidak ramai seperti minat yang ditunjjukkan oleh Yang Mulia Datuk Raja

Bahrin (Senibahri Arkitek)(2005).

Mengapa terjadi demikan? Ini disebabkan profesyen seni bina lambat wujud di Malaya (Malaysia).

Warisan seni bina Malaysia adalah warisan amalan British yang menerapkan gaya Neo-Mughal, Tudor-

Victorian, Straits Chinese shophouses dan Gaya Antarabangsa.

Pengadaptasian seni bina Melayu kepada bangunan pasca Merdeka bermula dengan projek Muzium

Negara (1963). Projek ini diberi kepada akitek Ho Kok Hoe. Memandang semangat menghidupkan projek

identiti Melayu sangat perlu, peluang baik untuk interpretasinya bermula dengan bangunan Ibu Pejabat

Bank Bumiputra di Jalan Melaka.

Sumber : https://www.google.com.my

Gambar 5: Contoh Seni bina Melayu di Jalan Melaka, Kuala Lumpur

Projek Bank Bumiputra diusahakan oleh akitek Datuk Mohd Akmal Hisham Albakri dari Kumpulan

Arkitek Sdn. Bhd. Manakala itu, ada lagi projek yang mempamer elemen-elemen setempat seperti

Perpustakaan Negara (tengkolok), Istana Budaya (payung separa terbuka) Menara Maybank (keris) dan

Menara Telekom (pucuk rebung). Projek Menara Maybank dan Menera Telekom diusahakan oleh Hijjas

Kasturi dari Hijjas Kasturi Associates.

Page 11: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

11

Pengadapatasian yang lebih teliti akan seni bina rumah Melayu tradisi juga terdapat di Muzium

Terengganu, Istana Melawati dan Pullman Lakeside Resort di Putrajaya. Inisiatif ini telah dibuat oleh

Yang Mulia Datuk Raja Bahrin Raja Ahmad Shah (Senibahri Arkitek).

4.0 PENGHAYATAN SENI BINA MELAYU

Satu contoh yang boleh menjadi penanda aras tahap pengadapatasian seni bina vernakular ke

moden telah dimulakan oleh Yang Mulia Datuk Raja Bahrin dari firma Senibahri Arkitek. Projek

ini adalah di Pullman Lakeside Resort Hotel, Putrajaya. Berikut adalah gambar 6 A – pandangan

rusuk bangunan utama. Pengulangan rupabentuk terdapat dibahagian hadapan bangunan. Di gambar

6B, penggunaan tunjuk langit dan ukiran tebuk tradisional gunungan terdapat di pintu masuk ke tempat

letak kereta basemen hotel. Bahan kayu tidak lagi digunakan untuk ukiran tetapi cement fibre (board).

Gambar 6 A – Pandangan Bangunan Pullman Lakeside Hotel

Page 12: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

12

Gambar 6 B : Pemeleh gunungan di pintu masuk ke kawasan telak kereta

Gambar 6 C : Perhatikan pemeleh pintu gunungan dengan ukiran sulur bayu

Page 13: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

13

Gambar 6 D : Penggunaan Awan Larat dan Ukiran Amat Menakjubkan

Minat dan penghayatan yang ditunjukkan oleh Yang Mulia Raja Bahrin tidak ada tandingan lagi.

Mengapa demikian? Berikut adalah beberapa pemerhatian yang boleh kita manfaati.

4.1 Pendidikan arkitek-arkitek Malaysia

Ramai dikalangan para akitek Malaysia telah mendapat pendidikan (Ho Kah Chun, Ahmad

Sanusi Hassan & Norizal M. Nordin, 2005) di luar negara, khususnya di United Kingdom dan

Australia. Oleh yang demikian, mereka amat terdedah kepada teori dan nilai gaya antarabangsa,

seperti adiguru (`master-architect‟) Le Corbusier, Frank Lloyd Wright, Walter Gropius, Mies

Van der Rohe, Smithson dan Lasdun, antaranya. Gaya mereka ini dipanggil `Modern

Architecture‟ yang cuba mengantarabangsakan semua bangunan baru khususnya pencakar langit

(skyscraper) dan menolak ragamhias (ornament) tradisi disetiap bahagian bangunan. `Kegilaan‟

gaya ini juga di panggil `Modern Movement in Architecture‟. Para arkitek golongan ini

mempengaruhi professor-profesor yang mengajar di sekolah seni bina di United Kingdom,

Eropah dan Amerika, termasuk juga di negara-negara Sosialis Rusia dan satelitnya.

Page 14: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

14

Kesannya mereka anjurkan kediaman rumah pangsa, apartmen secara pembinaan massa dan gaya

rekabentuk `brutalist „ (kegerutuan simen, bangunan rupa kotak-kotak) seperti rupabentuk

Dewan Tunku Canselor (Universiti Malaya) dan Universiti Teknologi MARA (Shah Alam).

Pengaruh idea demikian yang dibawa balik dikelolai juga oleh Jabatan Kerja Raya bersama

Howard Ashley dan Datuk Baharuddin Abu Kassim; dan ini mempengaruhi juga gaya Datuk

Hisham Akmal Al Bakri (di Jabatan Kerja Raya) menghasilkan Masjid Negara dan Pusat

Dagangan Dunia Putra (Kuala Lumpur) dalam Gaya Neo-traditionalism.

4.2 Kurangnya penulisan sejarah mengenai seni visual budaya Alam Melayu

Memang terdapat kekurangan amalan dan fahaman seni bina Melayu dikalangan akitek-akitek lulusan

luar negara. Usaha untuk membahaskan akan identiti seni bina telah dimulakan sejak 1980-an oleh Prof.

Farid Wardi Sudin, Syed Ahmad Jamal dan lain-lain lagi, namun tanpa penyelidikan dan pendokumentasi

secara sistematik, usahanya tidak mengambil tempat sebagaimana yang diharapkan.

Satu usaha untuk memartabatkan seni-seni tradisi Melayu boleh juga dilihat dalam penubuhan Institut

Teknologi Mara pada tahun 1967; dan diadakan Jabatan Seni Bina. Jabatan Senibina ini diketuai oleh

Hijjas Kasturi. Namun usaha untuk menambahkan minat dan kefahaman terhadap seni bina warisan tidak

cukup dengan mengadakan subjeknya sebagai input kurikulum sahaja. Mengikut pendapat Ar. Zuraina

Leily Awalludin (Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, Jabatan Kerja Raya) ianya menuntut

diadakan kursus yang lebih luas dan menyeluruh. Malah satu fakulti yang khusus perlu diadakan bagi

membawa kemahiran pertukangan kayu, teknologi perkayuan, kraf-kraf untuk memperlengkapkan

tumpuan kepada seni bina vernakular warisan Malaysia dan kedaerahan Nusantara.

4.3 Kelemahan aplikasi Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Setiap negara yang berdaulat perlu mewujudkan satu dasar yang memandu keperluan negara

dalam melestarikan seni-seni budaya bangsanya sendiri. Pada tahun 1971, telah diadakan satu

Kongres Kebudayaan Kebangsaan dan dasar berikut menekankan akan tiga aspek iaitu:

Budaya Pribumi mestilah diasaskan kepada budaya pribumi setempat

Elemen-elemen yang sesuai dari budaya lain juga boleh menjadi sebahagian budaya

nasional

Islam adalah satu komponen penting dalam pengolahan budaya nasional.

Walaupun ada dasar seperti ini, ramai pegawai-pegawai kerajaan tidak begitu perihatin betapa

pentingnya dasar tersebut dalam memandu arah serta menyuntik roh seni bina dalam

Page 15: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

15

perlaksanaannya. Pegawai-pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan juga tidak mengetahui kesan

kelulusan pelan pembangunan yang seharusnya seharmoni dengan bangunan dan tema tempat

yang dimaksudkan. Dalam tahun 1998, telah diadakan satu pameran warisan seni bina Malaysia

(news.google.com/newspapers?nid=13098). Ramai aktivis budaya telah dijemput hadir. Seorang

diantaranya adalah Tuan Syed Ahmad Jamal (kini allahyarham). Beliau telah memberi komen

berikut:

“ Our buildings will have to be honest, not pretentious. Buildings must be good neighbours. They must blend with one another. A building may be beautiful on its own, but not so when plonked down amongst others.” Apa yang diperkatakan beliau adalah tentang pentingnya kawalan bangunan agar spirit of the place dan

kesepadanan rupabentuk, ketinggian bangunan serta integrasi kegunaan yang boleh memanfaat pengguna

(end-user) dapat dioptimakan. Kita perlu sedar bahawa setiap inci ruang dan fizikal bangunan atau

sekelompok bangunan-bangunan semua menyebar kesan kepuasan atau sebaliknya kepada pengguna.

Setiap pengguna atau pelawat adalah kelayan bangunan itu sendiri.

4.4 Dominasi nilai dan teknologi seni bina gaya antarabangsa

Bandar-bandar di Malaysia, sebelum dan selepas tahun 1957 lagi, sudah hilang karekter ke

Malaysiaannya disebabkan negara kita telah dijajah oleh Portugis dan Inggeris. Kota Melaka

(Vis, 1998 : 62-63), Georgetown (Khoo Salma Nasution, 1998: 64-65), Kuala Lumpur (Gullick,

1998: 74-75) dan Taiping (Barlow,1998 : 72-73) besar yang lain telah dipenuhi oleh seni bina

rumah kedai (1998 : 90-91 dari gaya Neo Classical Greek Straits, Belanda, Art Deco hingga ke

Moden (1990). Diantara bandar-bandar besar, hanya Kampung Baru (Kuala Lumpur)(Fujita,

2013) dan Kampung Morten (Melaka) yang masih kekal sebagai petempatan beridentiti Melayu.

Bandar-bandar Pantai Timur seperti Kota Bharu dan Kuala Terengganu pun beransur-ansur

hilang kediaman seni bina Melayu. Di bandar Kota Bharu yang menonjol adalah hanya disekitar

Istana Balai Besar, Istana Jahar dan Istana Seri Akar dan ditepi jalan ke Pantai Chahaya Bulan.

Namun Pihak Berkuasa Kota Bharu tidak ambil berat akan kepentingan untuk mengazetkan

kawasan warisan ini untuk mengekal seni bena lama bagi tujuan pembinaan semula (urban

renewal) atau melestarikan untuk kepentingan pelancongan. Bandar Kuala Terengganu juga

menerima nasib yang sama tanpa disedari. Hanya Muzium Terengganu, Aryani Resort Hotel dan

Hotel Tanjung Jara sahaja yang nampak ada ciri-ciri seni bina Melayu.

Walaupun begitu masih ada lagi `pelanggan‟ terhadap seni bina Melayu tradisional. Projek

Masjid Ulu Albab di Seberang Jerteh yang telah siap pada 24 Februari 2012 menjadi tarikan

pelancong. Projek ini diusahakan oleh pengukir terkenal Terengganu, iaitu Wan Mustafa bin

Wan Su, menggunakan sistem teknik tebuk pasak (peg and jointing) dan bahan 80% kayu

cengal. Projek ini menelan belanja RM 12 juta.

Page 16: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

16

Sumber: http://zainabdullah.wordpress.com/2012/01/08/my-best-12-pictures-of-2011/

Gambar 7: Masjid Ulul Albab, Seberang Jertih, Besut, Terengganu

5.0 PERIHAL AKTA SENI BINA KEBANGSAAN MALAYSIA

Sejak tahun 2009 sudah wujud kesedaran untuk mengekal dan mempromosikan seni bina identiti

Melayu sebagai identiti kebangsaan. Majlis Jemaah Menteri pada 29 Julai telah memutuskan

bahawa setiap bangunan baru perlu beridentiti kebangsaan. Jabatan Kerja Raya dan Lembaga

Arkitek Malaysia (LAM) telah diarah untuk menyusul perkara ini dengan segera. Inisiatif awal

telah dibuat oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM); yang disertai sama dengan penyediaan

kertas kerja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bertajuk “ The Case for the

Formulation of the Malaysian Architectural Policy.“ Bagi tujuan ini, Lembaga Arkitek

Malaysia (LAM) dan Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti

Kebangsaan Malaysia telah ditugaskan untuk menjadi Sekretariat. Satu jawatankuasa bertugas

yang di panggil Sekretariat Seni Bina Identiti Kebangsaan di Universiti Kebangsaan

Malaysia telah berjaya menghimpunkan ahli akademik dan professional pada 18 Oktober 2013.

Kumpulan bertugas ini telah menyediakan satu garispanduan yang dinamakan `Garispanduan

Senibina Beridentitikan Kebangsaan‟ (GASIK).

Secara ringkas, GASIK telah menerima hakikat peri pentingnya rekabentuk bangunan yang

menjanakan kesan berpanjangan kepada manusia. Sebagaimana kata Perdana Menteri Britain

(Sir Winston Churchill): “ We shape our buildings, and afterwards our buildings shape us.”

Page 17: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

17

Kata-kata diatas amat mendalam serta sepatutnya memberi iktibar kepada semua yang

berkepentingan (stakeholders) dalam seluruh industri pembinaan. Industri pembinaan banyak

melibatkan pembekal bahan, pemodal, pereka bentuk yang melibat sama Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT); yang meluluskan pelan-pelan disetiap peringkat. Mereka harus dikawal dan

menyesuai (control and regulate) dengan peraturan agar memastikan asas seni bina kebangsaan

dipatuhi : iaitu yang beririkan tropis, lestari, kehendak sosial pengguna, bahan binaan, ornament

serta mengambilkira elemen seni bina Nusantara Melayu dan tamadun dunia dalam perkiraan

keutamaannya.

Sekiranya garispanduan GASIK ini didapati menyeluruh dan diberi kuasa undang-undang dan

penguatkuasaannya, barulah ia boleh dimajukan kepada menteri berkenaan yang akan bertindak

membawa usul ini kepringkat menjadikanya Akta Senibina Kebangsaan.

6.0 RUMUSAN

Kesedaran manusia terhadap betapa pentingnya kita mencorakkan rupabentuk fisikal dan sosial

kita pada masa lalu amat kuat, namun kini rakyat Melayu-Malaysia kurang ambilkira hal-hal

demikian. Jenerasi baru Malaysia kurang sangat mengambil berat akan perkaitan sejarah budaya

di sekitar bumi Malaysia serta peranan mereka (kaum Melayu) yang pernah suatu masa dulu

membuka-mencorakkan negeri dan kerajaan di rantau dunia.

Walaupun Dasar Kebudaayan Kebangsaan telah diadakan pada tahun 1971, ianya tidak difahami

serta dikuatkuasakan oleh pihak-pihak yang berwajib. Kelemahan untuk mempraktikkan prinsip

ini boleh dilihat bahawa dalam era globalisai ini elit politik kita tidak lagi yakin (lack of political

will) akan semangat kebangsaan yang perlu diperjuangkan.

Dengan adanya kesedaran diperingkat kementerian dan juga berberapa garispanduan yang

sedang diusahakan, diharap krisis seni bina Malaysia tidak lagi berpanjangan. “ Kalau hendak

seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih “ : itu pepatah Melayu lama.

RUJUKAN

Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan The (1997). Warisan Seni Bina Melayu. Bangi :

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abidin Kusno (2000). Behind the Postcolonial : Architecture, Urban Space and Political

Cultures in Indonesia. Oxford : Routledge.

Barlow, H.S. (1998). Taiping and other early tin mining towns. Dalam The Encyclopedia of

Malaysia Architecture (Chen Voon Fee, suntingan m.s.72-73). Singapore : Archipelago Press.

Farish A. Noor & Eddin Khoo (2003). Spirit of Wood : The Art of Malay Woodcarving.

Singapore : Perplus Editions (HK) Ltd.

Page 18: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

18

Fernandez, H. (2001). Philippines Dalam Transforming Traditions : Architecture in the

ASEAN Countries. (Suntingan Jon Lim, m.s. 113-160). Singapore : ASEAN Studies

Publications Series.

Fujita, M. (2013). Global architecture and ethnic enclaves: Reading Kuala Lumpur‟s City Centre.

The Emerging Asian City: Concomitant Urbanites and Urbanism. N. York : Routledge.

Fuller, D. Lin Qin & Harvey (2007). A critical assessment of early agriculture in East Asia ,

with emphasis on Lower Yangtze. Dalam Seminar on First Farmers iin Global Perpsective,

Uttar Pradesh State Department of Archaeology, Lucknow, India, 18-20 Januari.

Fuller, D., Harvey, E. & Lin Qin, (2007a). Presumed domestication? Evidence for wild rice

domestication in the fifth millennium BC of the Lower Yangtze Region, Antiquity 81, m.s. 316-

331.

Fuller, D. (2011). Pathways to Asian Civilisations: Tracing the Origins and Spread of Rice and

Rice Cultures, Rice, 4, m.s. 76-92.

Gullick, J.M. (1998). Early Kuala Lumpur. Dalam The Encyclopedia of Malaysia

:Architecture (Chen Voon Fee, suntingan m.s. 74-75). Singapore : Archipelago Press.

Gurupiah Mursib & Ra‟alah Mohamad (1998). The Basic Malay House. Dalam The

Encyclopedia of Malaysia : Architecture (Chen Voon Fee, suntingan m.s. 20-21). Singapore :

Archipelago Press.

Hilton, R. N. (1956). The Basic Malay House. JMBRAS, Vol. XXI, Part 3, August, m.s. 134-

155.

Ho Kah Chun, Ahmad Sanusi Hassan & Norizal. M. Nordin (2005). An Influence of Colonial

Architecture To Building Styles and Motifs In Colonial Cities in Malaysia. Malaysia Design

Archive, USM, Penang,

Jenkins, G. (2004). Contested Space Cultural Heritage and Identity Reconstructions. New

Brunswick : Transaction Publishers.

Khoo Salam Nasution (1998). Early Georgetown, Penang. Dalam The Encyclopedia of

Malaysia Architecture (Chen Voon Fee, suntingan, m.s. 64-65). Singapore : The Archipelago

Press.

Klassen, W. W. (1978). Towards Filipino Architecture. Philippines Quarterly & Culture, 6,

218-227).

Page 19: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

19

Mina Najafi & Mustafa Kamal bin Mohd Shariff (2013). Place Attachment to Public-funded

Mosques in Malaysia : A Study of People’s Perception. Kuala Lumpur : LAP Lambert

Academic Publishing.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (2005). Aspek-aspek Tamadun melayu :

Perkembangan dan Perubahan. Dalam Prosiding Warisan Seni Bangsa (Indahshah Sidek,

Maimunah Omar & Wan Salleh Wan Ibrahim et al, suntingan, m.s. 1-10). Kuala Lumpur:

Percetakan Ampang Press Sdn. Bhd.

Raja Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (2005). Pengadaptasian Seni Bina Melayu Untuk Kegunaan

Moden. Dalam Prosiding Warisan Seni Bangsa (Indahshah Sidek, Maimunah Omar & Wan

Salleh Wan Ibrahim et al, suntingan, m.s. 70-74). Kuala Lumpur: Percetakan Ampang Press Sdn.

Bhd.

Siong Vui Choong (2006). Multiculturalism : The Roots of Malaysian Architecture and

Identity. Unpublished Bachelor of Architecture Thesis, Victoria University of Wellington, New

Zealand.

Smiers, J. (2003). Arts Under Pressure : promoting cultural diversity in the age of

globalization. London : Zed Books.

Vis, L. (1998). The colonial legacy in Melaka. Dalam The Encyclopedia of Malaysia

Architecture (Chen Voon Fee, suntingan, m.s. 62-63). Singapore : The Archipelago Press.

Wan Salleh Wan Ibrahim (1997). The Kelantan House. Dalam Encyclopedia of Vernacular

Architecture of the World, Vol. 1, ( Paul Oliver, suntingan,. m.s. 1134-1135). Cambridge :

Cambridge University Press.

…………………………… (2003) Identiti Melayu Dalam Alam Bina. Kertas kerja Persidangan

Antarabangsa Pengajian Melayu 2003: Emosi Melayu, Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya, 11-12 Julai.

…………………………… (2004). Kelantan Malay Vernacular House-form. Dalam Malaysia

Papers on Society and Culture (Yaacob Harun, suntingan, m.s. 100-110). Wellington : Chair of

Malay Studies, Victoria University of Wellington.

…………………………… (2005). Warisan Seni Bangsa Dalam Era Globalisasi. Dalam

Prosiding Seminar Warisan Seni Bangsa (Indahshah Sidek, Maimunah Omar et al.suntingan,

m.s. 11-22). Kuala Lumpur : Ampang Press.

………………………… (2009). Rekabentuk Kediaman Melayu Sebagai Adaptasi Luas Alam

Melayu. Kertas Kerja Seminar Pengetahuan Tradisi dan Harta Intelek : Peranan Muzium

Memartabatkan Warisan seabagai Penghubung Ilmu dan Harta Intelek. Perbadanan Harta

Intelek Malaysia/LESTARI, UKM, Dewan Satu, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala

Lumpur.

Page 20: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

20

…………………………(2009a). Concept of National Heritage in Historical and Archaeological

Perspective. Dalam Proceedings of the Seminar on Intellectual Property and Heritage Issues

in the Built-Environment (Wan Salleh, Nik Ismail Azlan & Ezlina Ahnuar, suntingan, m.s. 27-

49). 20-21 Julai.

…………………………(2011). Melayu di Pulau Hainan dan Taiwan. Dalam Alam Melayu:

Suatu Pengenalan (Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli, Muhamad

Zain Musa et al, suntingan, m.s. 193-208). Bangi : Penerbit ATMA, Universiti kebangsaan

Malaysia.

…………………………(2012). Seni Bina Gaya Vernakular Nha Rong di Kalangan Suku-suku

Gunung Truoug Son, Vietnam. Dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah

dan Budaya di Alam Melayu, Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi, Suntingan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli & M Oktober

Mohd Shamsudin, m.s. 231-251), 15-16 Oktober..

…………………………(2013). Tracing Sunda Maritime Culture and the East African Trail to

Madagascar. Kertas kerja International Conference on Nusantara Maritime Culture, Hotel

Armada, Petaling Jaya, 11-12 September.

Wan Salleh Wan Ibrahim & Noor Farhani Othman (2014). Malaysian Art and Craft Education :

Identity and Global Focus, Kertas kerja `Seminar Transformasi Pendidikan Nasional

(Pertama)’ : Strategi Mentransformasikan Pendidikan Nasional, Auditorium, Fakulti

Pendidikan, Universiti Malaya, 9-10 Mei.

Waterson, R. (1991). The Living House: An Anthropology of Architecture in South-East

Asia. Singapore : Oxford University Press.

……………. (1998). The Austronesian house: Ancient antecedents. Dalam The Encyclopedia

of Malaysia Architecture (Chen Voon Fee, suntingan m.s. 14-15). Singapore : Archipelago

Press.

Wilson, R. & Wimal Dissanayake (1996). Global/Local: Cultural Production and the

Transnational Imagery. London: Duke University Press.

Sumber Internet

`Architecture of Kuala Lumpur‟ (http://en.wikipedia.org/wiki/Architecture_ of_ Kuala Lumpur).

Cabalfin, E. “ Modernizing the Native : The Vernacular and the Nation in Philippine Modern

Architecture (https://www.academia.edu/704910/Modernizing_the_Native_the_Ver).

--------------- “ The Other‟s Other : Self-exoticism and National Identity in Post-colonial

Philippine Architecture (Cabalfin_Espayo-2010-libre-pdf).

“ Indonesian architecture culture during guided democracy(1959-1965):sukarno and works of

fredrich silaban (http://cungss.wordpress.com/2012/11/01/indonesian-architecture-cultu...).

Page 21: IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan

21

`Nazi architecture‟ (http://en.wikipedia.org/wiki/Nazi_architecture).

Ooi Kah Chuen “ A walk down the corridors of time”

(news.google.com/newspapers?nid=13098).

“ Sekretariat Senibina Identiti Kebangsaan, UKM”

(https://www.facebook.com/sekretariatsenibinaidentitikebangsaan).

Wan Sharizatul bt Wan Mohd Rashdi “ Malaysian Architectural

Identity”(http:designerspuo.wordpress.com/architectural-writings/teaching-ad…).

PENGHARGAAN

Penghargaan diberikan kepada Ar. Zuraina Leily Awalludin, Ketua Penolong Pengarah Kanan,

Cawangan Akitek, Jabatan Kerja Raya Malaysia/Ahli Lembaga Akitek Malaysia kerana

berkongsi maklumat dan pendapat mengenai identiti seni bina kebangsaan.