1.0 kecederaan kepala tertutup ( closed head injuries...

13
1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries ) Kepala merupakan satu tempat dimana didalamnya terkandung otak. Manusia telah lama dikagumi dengan bahagian berwarna kelabu, berlipat-lipat yang terkandung dalam tengkorak kita. Seperti jantung, hati, dan perut yang dianggap sebagai pengawal emosi dalam berbagai budaya. Begitu juga otak dikenali sebagai pengawal kepintaran. Melalui perkembangan masa, otak telah dibandingkan dengan pelbagai bahan. Pada zaman dahulu, otak dikatakan sebagai kotak suis telefon. Kebelakangan ini, manusia sentiasa membandingkannya dengan komputer. Ada yang menyatakan ianya lebih baik dari komputer. Tidak kurang juga yang menyatakan sebaliknya. Kepala manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, kulit kepala, tengkorak, dan otak. Kecederaan otak boleh berlaku akibat daripada beberapa bentuk trauma di kepala iaitu hentakan yang kuat secara langsung atau hentakan yang kuat secara tidak langsung. Menurut Brain and Spinal Cord.org menyatakan seperti berikut : A closed head injury is a trauma in which the brain is injured as a result of a blow to the head, or a sudden, violent motion that causes the brain to knock against the skull. A closed head injury is different from an open head injury, in that no object actually penetrates the brain. Closed head injuries can be diffuse, meaning that they affect cells and tissues throughout the brain; or focal, meaning that the damage occurs in one area. Closed head injuries can range from mild to severe. Kecederaan kepala dibahagikan kepada dua iaitu kecederaan kepala terbuka dan tertutup. Kecederaan kepala tertutup ialah kecederaan yang diakibatkan oleh hentakan kuat oleh sesuatu objek dan tidak menyebabkan keretakkan tengkorak. Manakala kecederaan kepala terbuka ialah kecederaan yang mengakibatkan tengkorak retak atau pecah dan menggangu sistem otak akibat daripada kemalangan, atau tembakan , (Terjemahan dari U.S. National Library of Medicine) . Kebanyakkan yang mengalami kecederaan ini ialah kanak-kanak. Kecederaan kepala juga boleh membawa kepada traumatic brain injury (TBI). Menurut Davis (2007) traumatic brain injury (TBI) merupakan penyebab utama kematian bagi manusia yang berumur 38 tahun ke bawah di Amerika Syarikat

Upload: dothien

Post on 06-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )

Kepala merupakan satu tempat dimana didalamnya terkandung otak. Manusia telah

lama dikagumi dengan bahagian berwarna kelabu, berlipat-lipat yang terkandung

dalam tengkorak kita. Seperti jantung, hati, dan perut yang dianggap sebagai

pengawal emosi dalam berbagai budaya. Begitu juga otak dikenali sebagai pengawal

kepintaran. Melalui perkembangan masa, otak telah dibandingkan dengan pelbagai

bahan. Pada zaman dahulu, otak dikatakan sebagai kotak suis telefon.

Kebelakangan ini, manusia sentiasa membandingkannya dengan komputer. Ada

yang menyatakan ianya lebih baik dari komputer. Tidak kurang juga yang

menyatakan sebaliknya.

Kepala manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, kulit kepala, tengkorak,

dan otak. Kecederaan otak boleh berlaku akibat daripada beberapa bentuk trauma di

kepala iaitu hentakan yang kuat secara langsung atau hentakan yang kuat secara

tidak langsung. Menurut Brain and Spinal Cord.org menyatakan seperti berikut :

‘ A closed head injury is a trauma in which the brain is injured as a result of a

blow to the head, or a sudden, violent motion that causes the brain to knock against

the skull. A closed head injury is different from an open head injury, in that no object

actually penetrates the brain. Closed head injuries can be diffuse, meaning that they

affect cells and tissues throughout the brain; or focal, meaning that the damage

occurs in one area. Closed head injuries can range from mild to severe. ‘

Kecederaan kepala dibahagikan kepada dua iaitu kecederaan kepala terbuka

dan tertutup. Kecederaan kepala tertutup ialah kecederaan yang diakibatkan oleh

hentakan kuat oleh sesuatu objek dan tidak menyebabkan keretakkan tengkorak.

Manakala kecederaan kepala terbuka ialah kecederaan yang mengakibatkan

tengkorak retak atau pecah dan menggangu sistem otak akibat daripada

kemalangan, atau tembakan , (Terjemahan dari U.S. National Library of Medicine) .

Kebanyakkan yang mengalami kecederaan ini ialah kanak-kanak. Kecederaan

kepala juga boleh membawa kepada traumatic brain injury (TBI). Menurut Davis

(2007) traumatic brain injury (TBI) merupakan penyebab utama kematian bagi

manusia yang berumur 38 tahun ke bawah di Amerika Syarikat

Page 2: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

kelakukan ganas ke atas seseorang, dan kecederaan dalam sukan. Kecederaan

kepala tertutup kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Kanak-kanak

berumur 0-4 tahun dan warga emas berumur 75 tahun keatas mencatatkan

sebanyak 35.2% kecederaan kepala akibat daripada jatuh NYU Langone Medical

Center (2013) . Contoh kecederaan tertutup boleh dilihat dalam rajah 1 :

Rajah 1 : Kecederaan Tertutup

Simpton-simpton akan muncul selepas beberapa hari atau minggu selepas

berlakunya kecederaan. Antara simpton-simpton kecederaan kepala tertutup adalah

seperti berikut :

Lemah , hilang ingatan mengenai kemalangan tersebut

Kecederaan atau sakit di bahagian leher

Mual / Muntah

Menghadapi masalah untuk membuat keputusan

Perlahan dalam berfikir , bertindak , bercakap

Berasa penat dan letih

Perubahan dalam jadual tidur ( sukar untuk tidur atau tidur terlalu lama )

Hilang selera makan atau hilang deria rasa

Telinga berasa berdesing

(sumber : NYU Langone Medical Center ( 2013 ) )

Page 3: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

Sekiranya terdapat simpton-simpton seperti berikut , hendaklah berjumpa

dengan doktor dengan kadar segera. Hal ini kerana, kelewatan mendapatkan

rawatan akan menyebabkan kecederaan bertambah serius. Bagi mengenalpasti

tahap kecederaan kepala tertutup ini memerlukan seseorang menjalani

pemeriksaan seperti CT-scan , CT angiography , MRI scan , ujian darah,

Neurological examinatiol, Neuropsychological tests , dan

EEG (electroencephalogram) .

Antara-antara cara pencengahan yang dapat dilakukan bagi mengatasi

kecederaan ini ialah jangan memandu dalam keadaan mabuk. Hal ini amat

membahayakan keselamatan diri dan juga orang lain. Seterusnya ialah jangan

mengambil ubat yang boleh menyebabkan mengantuk ketika memandu dan

menggunakan peralatan yang berat. Pakai tali pinggang kaledar bagi penumpang

dan pemandu. Selain itu, adalah lebih baik sekiranya setiap kereta mengandugi

‘air bag’. Hal ini dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku

kemalangan. Bagi pengguna motosikal, dinasihatkan memakai dan mengikat tali

topi kaledar. Topi kaledar juga perlulah yang berkualiti dan mendapat kelulusan

daripada SIRIM.

Kecederaan kepala tertutup juga boleh berlaku didalam acara sukan. Oleh itu,

penggunaan topi kaledar bagi sukan motosikal, basikal, papan luncur, bola lisut

dan sebagainya adalah digalakkan. Hal ini dapat mengurangkan risiko

kecederaan kepala tertutup. Selain itu, penggunaan alatan keselamatan seperti

shin pads, face guards , mouth guards adalah penting bagi sukan-sukan lasak.

Kecederaan kepala tertutup ini sering berlaku ke atas kanak-kanak dan berlaku

dikawasan rumah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibubapa bagi memastikan

keadaan rumah selamat. Sebagai contoh, meletakan penghadang tangga bagi

mengalakan kanak-kanak bermain dan menaiki tangga , menggunkan ‘grip-bars’

dan pelapik bagi mengelakkan kelincinan di tandas dan simpan alatan permainan

kanak-kanak sekiranya tidak digunakan. Perkara-perkara yang dinyatakan diatas

dapat mengelakkan kita dari risiko kecederaan kepala tertutup. Bak kata pepatah,

mencegah lebih baik daripada merawat.

Page 4: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

2.0 Kecederaan Tulang Belakang

Tulang belakang adalah bahagian tubuh kita yang sangat penting tetapi seringkali

kita abaikan. Padahal di tulang belakang inilah tersimpan dan terlindungnya saraf-

saraf yang paling penting. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi

kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai

masalah yang terpaksa ditanggung. Tulang belakang yang menyokong badan kita

mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik

kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan

ligamen, otot, dan saraf. Setiap tulang vertebra ada sepasang saraf yang

bersambung dengan bahagian badan lain sebagai pembawa maklumat. Jenis tulang

vertebra berbeza mengikut kedudukannya dan ia juga dijadikan pengkelasan kepada

kecederaan yang dialami seseorang. Namun ke 33 ruas tulang tersebut dapat

dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu cervical (leher),thorak (toraks/dada),

lumbal(pinggang), sacral(punggung) dan coccygeal (ekor).

Secara umum tulang cervical memiliki bentuk tulang yang kecil dengan spina

atau procesus spinosus (bahagian seperti sayap pada belakang tulang) yang

pendek, kecuali pada tulang ke-2 dan 7 yang procesus spinosusnya pendek. Diberi

nombor berdasarkan urutannya dari C1-C7 (C dari cervical), namun beberapa

memiliki sebutan khusus seperti C1 atau atlas, C2 atau aksis. Setiap mamalia

memiliki 7 tulang cervical walau seberapa panjangpun lehernya. Saraf tunjang pada

bahagian ini mengawal pernafasan dan sebarang kecederaan boleh mengakibatkan

seseorang hilang keupayaan bernafas sendiri serta tidak mampu menggerakkan kaki

dan tangan

Tulang thorak, procesus spinosusnya akan berhubungan dengan tulang rusuk.

Beberapa gerakan memutar dapat terjadi. Bahagian ini dikenali juga sebagai ‘tulang

dorsal’ bagi manusia. Bahagian ini diberi nombor T1 hingga T12. Kecederaan saraf

tunjang pada bahagian ini menyebabkan hilang kawalan dada dan kaki. Tulang

lumbal L1-L5 merupakan bahagian yang paling tegap kedudukannya dan

menanggung beban terberat daripada yang lain. Bahagian ini membolehkan gerakan

fleksi dan ekstensi tubuh, dan beberapa gerakan berputar dengan darjah yang kecil.

Kecederaan saraf tunjang mengakibatkan kehilangan kawalan pada kaki, pundi

kencing, usus (untuk buang air besar) dan fungsi seksual.

Page 5: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

Tulang sacral mempunyai 5 tulang di bahagian ini (S1-S5). Tulang-tulang

bergabung dan tidak memiliki celah atau diskus intervertebralis antara satu sama

lain. Kecederaan saraf di sini menyebabkan hilang kawalan kaki, pundi kencing,

usus, fungsi seksual dan kerosakan saraf pada anggota terbabit. Terdapat 3 hingga

5 tulang coccygeal (Co1-Co5) yang saling bergabung dan tanpa celah. Beberapa

haiwan memiliki tulang coccyx atau tulang ekor yang banyak, maka ia disebut

sebagai tulang kaudal (kaudal bermaksud ekor). Di dalam susunan tulang tersebut

terangkai pula rangkaian saraf-saraf, yang apabila terjadi kecederaan di tulang

belakang maka akan mempengaruhi saraf-saraf tersebut.

Kedudukan tulang belakang adalah bengkok dan terdiri daripada tiga

bahagian iaitu badan, foramen dan tranverse process (spinous dan articular

process). Saraf tunjang masuk dan keluar menerusi lubang foramen di tengah tulang

belakang. Saraf tunjang adalah sebahagian daripada sistem saraf berukuran 45 cm

panjang (lelaki) dan 43 cm (wanita). Saraf tunjang bermula dari otak, memasuki turus

tulang belakang dan berakhir pada bahagian pinggang. Saiz saraf tunjang hanya

sebesar jari manis dan boleh diumpamakan sebagai ‘kabel’ untuk menyampaikan

maklumat. Oleh kerana ia sangat sensitif, ia dilindungi tulang belakang supaya tidak

mudah mengalami kecederaan yang boleh melumpuhkan sistem penghantaran

maklumat.

Kebanyakkan kes kecederaan tulang belakang yang membabitkan saraf

tunjang boleh menyebabkan kecacatan kekal dan lumpuh. Masalah ini tidak boleh

dipulihkan sepenuhnya. Apakah itu kecederaan saraf tunjang? Apakah masalah

yang akan dihadapi? Apakah rawatan pemulihan yang boleh dilakukan?, Apakah

kecederaan ini akan sembuh? Persoalan dan permasalahan ini sering wujud dan

umumnya, setiap pesakit, keluarga dan masyarakat masih tidak memahami tentang

masalah kecederaan saraf tunjang.

Page 6: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan

Kelana Jaya, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata kecederaan saraf tunjang tulang

belakang atau ‘Spinal Cord Injury’ selalunya adalah trauma pada tulang belakang

yang menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang sama ada kecederaan primer

(kerosakan saraf kekal sewaktu trauma) atau kecederaan sekunder (kerosakan lanjut

pada saraf tunjang selepas trauma). Pesakit yang mengalami kecederaan saraf

tunjang akan mengalami pelbagai masalah fisiologi, fizikal, mental dan emosi akibat

kecederaan. Mereka akan mengalami kehilangan keupayaan fizikal, mental dan

psikososial yang mana kebanyakan pesakit akan menyendiri, hilang semangat dan

malu untuk kembali kepada masyarakat luar sekaligus menyebabkan hilangnya

kualiti kehidupannya. Pelbagai kajian telah dilakukan, namun sehingga kini belum

ada rawatan yang boleh memulihkan kecederaan saraf tunjang.

Walaubagaimanapun, pesakit yang telah mengalami kecederaan saraf tunjang

mampu untuk kembali kepada kehidupan yang lebih berkualiti dan berdikari dalam

kehidupan seharian serta kembali berkeyakinan dalam kehidupan bermasyarakat.

Saraf tunjang adalah saraf yang paling besar dalam tubuh manusia dan

merupakan sebahagian daripada sistem saraf. Ia terbentuk oleh banyak fiber saraf.

Fungsi fiber saraf adalah membawa mesej antara otak dan anggota-anggota serta

tubuh badan. Ini termasuklah pergerakan anggota, sensori (seperti panas, sejuk atau

sakit) dan ia juga mengawal aktiviti luar kawal pada tubuh badan seperti tekanan

darah, suhu badan dan perpeluhan. Ia bertindak sebagai perantara antara otak dan

tubuh badan serta anggota-anggota lain. Saraf tunjang adalah lembut dan penting

maka ia dilindungi oleh tulang belakang dipanggil vertebra.

Page 7: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan perubahan selepas kecederaan

saraf tunjang. Ini mampu membantu kefahaman dan ekspektasi realistik kepada

mereka yang mengalaminya. Selepas kecederaan saraf tujang, keupayaan anda

mengawal anggota bergantung kepada dua faktor, iaitu paras dan tahap keterukan

kecederaan saraf tunjang. Paras adalah dari atas sehingga bawah saraf tunjang,

manalaka keterukan kecederaan merujuk kepada kecederaan lengkap atau tidak

lengkap:

Lengkap bermakna semua deria sensori dan keupayaan mengawal pergerakan

(fungsi otot) hilang dari bawah paras kecederaan.

Tidak lengkap bermakna masih terdapat kawalan pergerakan otot atau fungsi

sensori di bawah paras kecederaan dan ia adalah berbeza dari setiap kes

individu, di mana, ada yang ada sensori tetapi tidak ada atau ada sedikit

pergerakan; atau ada yang ada pergerakan tetapi tidak ada sensori.

Tetraplegia atau quadriplegia di mana anggota-anggota tangan, kaki, tubuh

badan dan pinggul terjejas.

Paraplegia adalah di mana anggota kaki, tubuh badan dan pinggul terjejas.

Kesan Negatif Akibat Masalah Tulang Belakang

1. Osteoporosis (bagi wanita)

2. Stress

3. Migrain

4. Rabun dekat/jauh

5. Sakit mental

6. Lemah tenaga batin

7. Kurang aktif atau kurang stamina

8. Cepat letih

9. Cepat marah

10. Lambat berfikir

11. Sakit pinggang

12. Masalah buah pinggang

Page 8: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

Simptom

Sakit bahagian belakang pinggang.

Sengal dan kebas punggung dan kaki.

Lemah kaki.

Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.

Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan

kebas kaki.

Rawatan

Pesakit yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika

tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.Justeru,

pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X

serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan

jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.

Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan

rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit

dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat

barang berat. Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang,

mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya,

pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doctor

akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui

pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya

tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.Biasanya, selepas pembedahan, pesakit

akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga

berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian. Bagaimanapun, pesakit

dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh

menyebabkan diska tergelincir.

Page 9: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

3.0 Amali Kecederan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries ) dan Kecederaan

Tulang Belakang ( Spinal Injuries )

Penerangan mengenai kecederaan kepala tertutup (closed head injuries) iaitu

akibat daripada hentakan melalui objek tajam , kemalangan , dan sebagainya .

Kecederaan akibat hentakan ini boleh mengakibatkan TBI ( Trauma Brains Injuries )

Penerangan amali mengenai rangka tulang belakang . Penerangan ini

merangkumi bahagian-bahagian tulang belakang dan penyakit yang akan berlaku

sekiranya berlaku kecederaan dimana-mana bahagian tulang belakang tersebut

Page 10: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

Amali melibatkan rakan kelas bagi melatih mereka apa yang mereka perlu

lakukan sekiranya berlaku situasi kecederaan tulang belakang ( spinal injuries ).

Gambar diatas menunjukan seorang mangsa terbaring akibat kecederaan tulang

belakang dan seorang pelajar menepuk bahagian belakang mangsa bagi

mendapatkan respon mangsa terlebih dahulu . Jika tiada respon dari mangsa ,

pelajar tersebut perlu meminta rakan lain untuk menghubungi ambulans atau

pasukan perubatan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Page 11: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

Pelajar tersebut meminta rakan lain bagi mengalih mangsa dari posisi

terbaring kepada posisi ke hadapan ( roll on process ). Amali ini melibatkan tiga

orang bagi mengalih mangsa. Seorang ketua dihadapan perlu memeggang kepala

mangsa agar tidak berlaku banyak pergerakan yang boleh menambahkan

kecederaan kepada mangsa. Dalam kiraan 1,2, dan 3 mereka perlu sama-sama

mengalihkan mangsa secara serentak Biarkan mangsa dalam posisi tersebut

sehingga bantuan perubatan tiba .

Jika keadaan persekitan berbahaya, mangsa perlu dialihkan terlebih dahulu.

Seorang pelajar sedang mengalihkan mangsa dengan mencekak kolar baju mangsa

sebelum dialihkan ke tempat yang lebih selamat

Page 12: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

4.0 Refleksi

Allhamdulilah dan bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia

rahmatnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek PJM 3182

iaitu Kecederaan Dalam Sukan. Terima kasih saya ucapakan kepada pensyarah

subjek ini iaitu Encik Simun Guntalib atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang sesi

pengajaran dan pembelajaran subjek ini. Terima kasih juga saya ucapakan kepada

rakan sekelas yang banyak membantu dalam sesi amali dan memberi perhatian

sepanjang sesi amali dijalankan.

Saya telah diberikan tugasan mengenai kecederaan kepala tertutup iaitu

closed head injuries dan kecederan tulang belakang iaitu spinal injuries. Pada

mulanya agak susah saya menjalankan tugsan ini kerana saya kurang pengalaman

dalam kecederaan sebegini, namun melalui pembacaan maklumat di buku dan

laman sesawang akhirnya saya dapat input baru dalam kecederaan dalam sukan.

Melalui dapatan saya, maklumat dalam bahasa melayu agak sukar diperolehi

berbanding bahasa inggeris. Saya terpaksa membaca dalam bahasa inggeris dan

memahami kecederaan ini sebelum menterjemahkanya dalam bahsa melayu. Hal ini

kerana bagi memudahkan amali dilakukan dan penerangan dalam bahasa melayu

lebih mudah untik difahami oleh rakan-rakan sekelas saya.

Selain itu, input baru yang saya perolehi telah saya kongsikan bersama-sama

rakan lain. Rakan-rakan lain dapat mengetahui apa itu kecederaan kepala tertutup

dan kecederaan tulang belakang melalui amali dan sebagainya. Meraka dapat

mengaplikasikan amali ini sekiranya berlaku sebarang masalah atau kecederaan

semasa dipadang mahupun kemalangan. Dengan adanya amali ini, rakan-rakan lain

lebih bersedia sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.

Akhir kata, tugasan ini banyak memberi maklumat baru kepada saya dan

rakan-rakan mengetahui apa itu kecederaan kepala tertutup dan kecederaan tulang

belakang. Harapan saya agar setiap amali yang telah dijalankan didalam kelas dapat

diaplikasi di sekolah mahupun ketika berhadapan dengan situasi tersebut .

Page 13: 1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )docshare01.docshare.tips/files/24572/245725678.pdf · Kecederaan kepala tertutup boleh berlaku akibat daripada kemalangan, jatuh,

5.0 Rujukan

1. http://www.brainandspinalcord.org/

2. http://www.pdrhealth.com/diseases/brain-and-spinal-cord-injury

3. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000028.htm

4. http://www.aans.org/patient%20information/conditions%20and%20treatments/traumatic%

20brain%20injury.aspx

5. http://www.gairgair.com/lawyer-attorney-1843103.html

6. http://www.medskills.eu/index.php/wiki/en/Body/Medical%20Fundamentals/Critical%20Tra

uma%20Patients/HEAD%20TRAUMA/

7. http://en.wikipedia.org/wiki/Head_injury